September 27, 2012

Sempadan Peribadi

Assalamualaikum.

Sempadan peribadi, atau dalam Bahasa Inggerisnya privacy, isu ini adalah isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan bagi pasangan yang bercinta sejak dari zaman dulukala.

Definisi privacy sering kali disalahertikan oleh pasangan kekasih, dan seringkali yang matang akan mengikut yang kurang matang dalam menetapkan sempadan peribadi masing-masing.

Bila cerita pasal batas peribadi ini, aku selalu teringat cikgu aku masa darjah 5. Dia ada ajar pengetahuan am tentang zone keselesaan diri / sempadan individu.

" kelas, awak tau tak, selain dari keperluan makanan, minuman,perlindungan dan banyak lagi, manusia ni ada satu lagi keperluan dia?"

" apa dia cikgu?"

" Hak ruang individu"

" apa tu cikgu?"

" Macam satu ruang di sekeliling tubuh awak, yang awak tak benarkan orang asing untuk masuk, senang kira ukuran dia sehasta dari tubuh awak, bila ada orang dekat sangat dengan awak, awak akan rasa tak selesa dan secara semulajadi awak akan anjakkan diri awak dari orang itu"

" Owhh maknanya macam kawasan untuk diri sendiri rasa selesa la cikgu ye?"

" ye, betul tu, walaupun hukum agama cakap tak boleh sentuh bukan mahram, tak boleh pukul orang, tak bermakna awak boleh tenung muka dia setengah inci dari muka awak, kalau awak sendiri pun rasa tak selesa kan?

" ok paham cikgu paham"

************************

Dalam kehidupan berumahtangga dan berkasih-mesra, manusia bukan 24 jam mahukan intimacy atau bahasa pasarnya cuddling, ada masa dia nak kehidupan normal dia,dia nak berak, makan, rehat, bersukan, kerja, ibadah dan sebagainya.

Maknanya, kalau ada masa pasangan kau macam taknak bercuddling dengan kau,tak bermaksud dia dah tak sayang kau, cuma dia nak bagitahu bahawa....

"walaupun kita dah jadi satu pasangan hidup namun tak bermakna saya serahkan hidup saya pada awak" atau " tak bermakna saya perlu menjadi awak"

aku suka ambil contoh mak ayah aku, walaupun mereka bukan pasangan ternama, tapi bagi aku mereka adalah contoh terbaik dan terapat pada aku. Sepanjang aku hidup dengan mereka,aku tak pernah tengok Mama selak wallet abah sesuka hati tanpa sebab, dan yang lebih respect, abah pun tak pernah selak purse mama sesuka hati.

Lagi aku kagum, abah kalau ada hal nak ambil benda penting dalam purse mama, dia akan ambil purse, serah pada mama dan cakap "awie, bak sini Lesen kamu, Yeop nak hidupkan, kamu tak pernah nak cek lesen kamu mati ke hidup?kamu ni awie...bla bla bla bla"

Dan keluarga kami pun menerapkan konsep "menghormati zon keselesaan individu secara komprehensif" mama dan abah takkan masuk bilik kami sesuka hati, anak-anak pun tak masuk terjah bilik mama abah. Malah nak guna bilik air master bedroom diorang pun siap tanya dua tiga kali, baru lah guna.

************************

Dengan dunia moden yang mencabar ini, maka manusia didedahkan dengan pelbagai social network seperti Blog, Facebook, Skype, Email dan Twitter.

Dan aku sebagai golongan dewasa muda yang membesar di antara dua zaman mula merasa pelik dengan anak-anak muda zaman sekarang ini yang mengukur nilai kesetiaan pasangan melalui kesanggupan berkongsi Password...

"Password twitter, facebook u semua kena bagi kat i, kenapa u taknak bagi? u nak sorok-sorok yang u nak flirting dengan makwe lain? kalau u betul-betul jujur buat apa takut nak kongsi?"

1) Kadang-kadang, ada lelaki yang betul-betul jujur, dia tak menggatal dengan sesiapa,tapi dia memang jenis taknak bagi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain hatta makwe dia sendiri. Mungkin itu prinsip dia yang telah ditanamkan dari kecil. Mungkin dia tak rasa selesa nak bagi hak dia pada orang lain.

2) mengelakkan fitnah - mungkin ada spam email web gay ke, atau kawan lelaki dia buat lawak hantar email cerita gay, gambar lelaki gay bogel ke, pastu kau baca kau terus reka cerita dalam minda yang pakwe kau closeted gay.

3) Kadang-kadang  dia tak nak bagi sebab mahu mengelakkan salah faham berlaku, mungkin dia tak pernah menggoda orang lain, tapi orang menggoda dia, bagi email lucah dan gambar lucah, dia tak reply pun, lepas tu awak buka email dia, awak tak sempat nak siasat betul-betul terus nak mengamuk, udah gaduh.

" U memang, jantan tak guna, ni kenapa ada gambar betina garik hantar gambar tetek dia dekat u ni? u ada skandel dengan dia eh? i dah agak dah, i dah agak dah, sebab tu yang u tak boleh berenggang langsung dengan facebook u kan? sebab tetek ni lah kan?"

" mana ada sayang, saya tak pernah contact dia pun, dia ni minat kat saya, dia selalu email saya gambar-gambar bogel, selalunya kalau i bukak email, nampak nama dia, i tak bukak email tu,i terus delete. Semenjak u pegang password i ni, u yang bukak kan? skrg u nak tuduh i menggatal pulak. U ni dah hilang akal ke apa?"

" I taknak dengar alasan u, i tak percaya apa yang u cakap!"

" kita clash!"

*****************************

Macam zaman sekolah dulu, kita mesti ada sorang kawan-kawan yang pemurah,dia selalu belanja kita jajan tapi awas,jangan sesekali kongsi air tin dia, mesti mengamuk dan merajuk dia nanti. Bukan bermakna dia taknak kongsi air tin dia itu dia kedekut, cuma dia tak biasa nak berkongsi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain, kalau nak sangat dia boleh belanja lain.

Amat malanglah pasangan yang mengukur nilai kesetiaan dan pengorbanan pasangannya itu dengan kayu pengukur social network. Amat malanglah pasangan yang mengukur kejujuran pasangannya dengan kesanggupan mahu berkongsi password akaun atau tidak.

Bukan semua benda dalam dunia berpasang-pasang ni kau nak kena kongsi, cuba fikir kenapa bilik air dalam bilik kelamin itu ada pintu? kalau nak ikutkan berkongsi segalanya, tiada lagi rahsia, maka tak perlulah nak berpintu-pintu bagai. Biar je terlapang macam tu. ha inilah analogi hendak menerangkan tentang sempadan peribadi, atau privacy atau zon keselesaan diri.

Cuba fikir kenapa bila makan nasi, masing-masing nak guna pinggan sendiri sorang satu, padahal kalau nak fikir pasangan sehidup semati semua berkongsi,baik bubuh nasi banyak-banyak dalam satu pinggan makan kongsi, suap-menyuap sepanjang hari, sepanjang tahun sehingga mati kan?

Eh aku sekali lagi rasa benda ni common-sense dan aku telah merugikan masa aku membebel benda yang tak perlu nak diajar pun, korang semua dah besar dan boleh fikir masalah ini sendiri.

Pokok pangkalnya, jika anda ada prinsip tentang hak sempadan peribadi / privacy anda yang telah anda amalkan sejak kecil dan ia adalah nilai murni, anda patut bangga mempertahankannya. Anda jangan takut untuk mempertahankan hak sempadan peribadi anda. Kerana keperibadian individualistik itu adalah hak milik setiap insan.

************tamat**************

Ini gaya aku membaca secara candid, makwe yang tangkap, tu muka senyum terharu baca 'lovejurnal' scrap book mcm movie hollywood. kenapa letak gambar ni? saje letak sebab aku rasa aku hensem dalam gambar ni. 

Gaya aku menulis, tangan yang hadang tu bukan habit,tapi konon nak nyorok taknak orang baca apa aku tulis. Lokasi Ikea.



P/S Bercinta/berumahtangga adalah tentang berkongsi hidup dan berkasih sayang, ia bukan tentang "aku menjadi kau" atau aku menyerahkan seluruh hidup aku kepada kau"

p/s Mak aku tak pernah tau nombor pin atm bapak aku,dan bapak aku tak pernah tau nombor pin mak aku.

p/s aku bersyukur dapat makwe yang memahami dan sependapat dgn aku,dia tak pernah timbulkan hal nak mintak no password akaun social network dan dia pun tak suka org mintak2.

p/s Ya, aku sejak kenal dunia internet dulu lagi, aku tak pernah bagi password akaun aku kepada sesiapa hatta makwe, adik beradik, dan sahabat andai dan itu adalah Sempadan peribadi aku.

September 19, 2012

Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar.

Assalamualaikum..

Nak ulas tentang bantahan umat islam seluruh dunia fasal filem innocence of muslims ini memerlukan satu kupasan yang berseni dan berhati - hati.

Ada sebelah pihak yang mencemuh gerakan tunjuk perasaan anti amerika dan ada setengah pihak pula menyokong gerakan ini. Pihak yang menyokong gerakan tunjuk perasaan anti amerika ini menjustifasikan perbuatan mereka dengan alasan ingin menunjukkan kekuatan umat islam yang bangun menentang jika ada sebarang aksi mengutuk Nabi Muhammmad Saw dilakukan.

Pihak yang mencemuh pula mengatakan bahawa, umat islam tidak perlu melatah dengan perkara tersebut kerana ia tidak berbaloi pun, kerana filem murahan itu tidak mewakili pandangan keseluruhan Kafir terhadap Nabi Muhammmad saw.

Kaedahnya begini, "kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar" kelambu pula kelambu rumah sendiri, bukan kelambu amerika.

" kerana marahkan filem murahan innocence of muslim maka kereta, bangunan dan harta benda awam di negara sendiri dibakar"

" Kerana marahkan sam bacile atau nakoula bassaley maka duta amerika dibunuh"

Jika ditanya pendapat aku, perhimpunan protest harus dilakukan bagi menunjukkan bantahan kita sebagai umat islam terhadap sebarang penghinaan kepada Nabi kita dan Agama yang kita cintai, tiada sebarang kompromi lagi.

Tapi tidak perlulah kau nak merosakkan jalan raya negara sendiri, bakar bangunan rakyat negara sendiri, pukul polis, berlawan dengan polis sendiri dan merosakkan negara sendiri. Tak ke untung pembuat filem tu troll, dia kutuk nabi kita, kita bangun membantah, kita bakar negara sendiri. dia duduk rumah gelak mengekek-ngekek tengok kita semua dalam CNN.

memberikan pendapat tentang hal ini kaedahnya sama dengan hujah mengutuk serangan 11 september dulu, di mana fuqaha dan ulamak membantah keras sebarang usaha jihad yang memerangi orang awam yang tidak memerangi Islam.

Dulu masih segar dalam ingatan aku Ustazah ajar masa darjah 5 tentang fekah perang dan sirah Rasulullah, untuk meringkaskan penulisan,maka aku senaraikan golongan yang tidak boleh diperang atau dibunuh semasa perang.

1. Wanita dan kanak-kanak

 Kerana mereka tidak memerangi kamu, namun jika wanita-wanita itu turut sama dalam peperangan, itu wajib diperangi.

2. Orang-orang tua dan yang uzur, kerana mereka tidak berupaya untuk mendatangkan musibat kepada mujahidin melainkan mereka turut menyumbang kepada peperangan, contohnya jadi spy.

3. Orang yang beribadat dalam rumah - rumah ibadat seperti  paderi di dalam gereja, kerana mereka tidak mendatangkan bahaya kepada tentera islam.

4. Sunnah dalam adab perang Islam juga adalah, Nabi tidak benarkan membunuh perwakilan atau perutusan.  Kat sini dah nampak salah dah kaum muslimin yang membunuh Duta di negara mereka.

5. Para pekerja dan petani yang tidak terlibat dengan perang.

" Jadi siapakah yang boleh diperangi, Ustazah?"

" mereka yang memerangi kamu, yang mengangkat senjata di medan perang untuk memerangi kita"

Dari Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad)

Duta US ke Libya, Chris Stevens yang maut akibat serangan roket oleh rakyat libya ke bangunan konsulat amerika. Sebenarnya dia tak patut menjadi korban, kerana yang buat filem tu bukan kerajaan US tapi individu atau segelintir fanatik kristian 

penyesalan rakyat benghazi dan tunjuk perasaan memohon maaf mereka kepada org bukan islam atas insiden  pembunuhan duta amerika di Libya, Chris Stevens.

marahkan pembuat filem bajet rendah, kereta di negara sendiri dibakar.

**********************************

Jika korang nak berhimpun protes, korang berhimpun protes. Jika korang taknak berhimpun protes,korang jangan cemuh dan hina-hina orang yang protes selagi mana protes itu berlaku dalam keadaan yang aman dan terkawal.

Kita sebagai umat islam,jika tidak banyak, sedikit mesti ada penyesalan terhadap tayangan filem bajet rendah Innocence Of muslim, bukan sekali dua mereka cuba mempersendakan nabi, dari lukisan karikatur di Belanda, pembakaran alquran di USA, penglabelan Nabi Muhammad saw sebagai Pedophile dan penglabelan Islam itu disebarkan dengan mata pedang selama ini telah banyak merobek hati kita sebagai penganut agam yang aman dan sejahtera ini.

Kita ditroll untuk melatah, kita dibatu-apikan oleh orang kafir. Sudah terang lagi bersuluh, dorang ni sengaja nak cucuk-cucuk orang islam agar buat hiruk pikuk supaya org kafir dapat lihat islam ini adalah agama yang menggalakkan keganasan.

Dan kepada YB dari DAP, kau tak payah nak ajar macam mana orang islam patut menunjukkan rasa sokongan dan kecintaan mereka kepada Rasulullah dan agama kami. Sepatutnya orang kafir yang mencemuh orang islam sebagai umat yang membuang tenaga dan masa dalam isu imej islam ini tidak boleh dibuat kawan. Dia telah melampaui sempadan politik dan agama. Sepatutnya Pemuda Pas dan ahli-ahli pas mengkritik DAP yang kononnya sahabat tahalluf as-siyasi mereka.

Semoga kita semua dapat ambil iktibar dari peribahasa "Kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar" dan "menang sorak kampung tergadai"

********tamat*********

p/s sehari selepas kecoh hal ni, aku dah tengok trailer innocence of muslims dekat youtube, memang kurang ajar dan berniat nak memperlekeh imej Nabi Muhammad saw. filem bajet rendah yang berlakon banyak dekat green screen.

p/s momentum demonstrasi umat islam belum reda semenjak penggulingan kerajaan Zine el Abidin di Tunisia.

p/s aku demam, dah lama tak demam, bila demam ni rasa nak mengada-ngada dia membuak-buak. aku kena kawal diri sebelum dilabel sebagai perangai budak baru nak jadi.

September 13, 2012

Pacarku Lima Langkah

Assalamualaikum...

Takde entry panjang kali ni, ngantuk nak tidur, esok banyak kerja, lusa insyallah taip entry nostalgia kot. Atas banyaknya pertanyaan dan permintaan yang tidak kunjung padam di entry sebelum ini maka Aku embed video Youtube Pacarku Lima Langkah. 

Kalau tak minat dangdut tak payah klik, kalau minat tapi broadband bandwith dah nak limit pun tak payah klik, kalau tengah meeting main smartfon baca blog rasa hati pun tak payah klik. kalau tengah duduk dalam kelas dengar kuliah pun jangan klik.Pendek kata, klik untuk dengar video bagi yang minat dan ingin tahu, tiada paksaan.

Jangan hairan mana aku tau pasal lagu ini, aku bukan peminat sinetron Indon, malah meluat. Aku tau dari Opera Van Java, Tv show feveret aku sekeluarga, lawak nak mati. Sule dengan Sinden pernah nyanyi lagu ni tu sebab aku tau.

Opera Van Java atau dikenali dengan singkatannya OVJ ditayangkan di channel 142 Astro Pelangi. Rumah aku siap record lagi siri ni dekat astro beyond. Weekend je tengok maraton 3, 4 siri. Lawak gila, Kat youtube pun korang boleh tengok juga, cuma susah sikit nak faham sebab takde sarikata,tapi kalau memang kaki sinetron agaknya memang boleh faham terus dengan jayanya,

Senang cerita,kalau tengok OVJ ni boleh lupa sekejap masalah serabut kepala otak, masalah cinta ke masalah kerja ke masalah hutang ke, masalah oppa gangnam style, masalah duit iklan nufnang tak naik-naik ke, semua boleh hilang sekejap.

Dibintangi oleh, Dari kiri Nunung, Aziz Gagap, Parto sebagai Dalang, Sule sebagai bintang  utama dan Andre taulany. dan sinden ( penyanyi panggung), kadang-kadang dorang panggil artis undangan. Senang cerita OVJ ni macam Show Senario la kat Malaysia dulu, zaman gemilang dia semua senario, dari budak ke orang tua semua senario, sama lah macam kat Indonesia skrg, semua OVJ. Walaupun aku tak suka Sinetron,tapi OVJ diberi pengecualian sebab sgt menghiburkan.
Tengok aku, dalam kata nak taip entry pendek dekat permulaan entry tu, tanpa sedar aku dah merepek panjang, padahal matlamat asal nak tempek video youtube pacarku lima langkah je pun. Dasar Ikar!

Cuba menepati janji, Dipersembahkan, Pacarku Lima Langkah, oleh Uut Permatasari.


Lirik dia ada dlm video tu, tapi aku nak cuba alih bahasa ke Bahasa Malaysia, tengok amacam.

pacarku memang dekat, lima langkah dari rumah
tak perlu kirim surat, sms juga tak payah,
kalau rindu muncul, terpacak terus depan pintu
Tangan lambai-lambai sambil ucap hello sayang

duh aduh memang seronok ada kekasih duduk dekat-dekat
biaya apel pun irit, (aku tak tau makna yang ni)
tak payah buang duit
tak ada malam mingguan, malam apapun sama
tiap hari berduaan merenda cinta yang mesra

tidak payah nak telefon-telefon, kalau teringin terus je pergi jumpa
tak payah nak sms pun, lima langkah terus berjumpa

pacarku memang dekat, lima langkah dari rumah
tak perlu kirim surat, sms pun tak payah.

**************tamat**********

P/s 1 Takde P/s-P/s ... malas, nak tidur.

P/s  2 bukan susah pun nak taip P/s ni, pokoknya percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.. wowooo

P/s 3 contohnya macam ni, "hai kowunk semua, saya rindu kowunk semua, cium pipi kanan, cium pipi kiri" kan dah jadi P/s kan? okey, renung-renungkan dan selamat beramal..


September 11, 2012

Oppa Gangnam Style Dan Mak Ultraman



Assalamualaikum..

"salam abang.. saya salah sorang silent reader blog abang.. saye suka sgt baca tulisan2 abang..kadang2 yag merapu tu la yang kelakar.hehe. meskipun mesej nye berat, tapi dengan penceritaan yang bersahaja, meringan kan kepala orang yang baca tulisan abang tu. 

sebenarnye kat cni, saye nak mintak tlg abang tulis pasal fenomena Gangnam Style. saye banyak kali dapat mesej berantai kata maksud lagu tu konon nye tak elok.. konon nye ade lirik yang membawa maksud "aku ingin menjadi yahudi". 

lepas tu, tarian penyanyi PSY yg silang tangan menunjukkan lambang Salib, n tarian kuda tu melambangkan penyanyi tu mempersendakan kewujudan kepantasan Burroq dalam kisah Nabi Muhammad SAW. 

selama ni kita dibesarkan dengan cerita Ultraman, takde plak orang dok sibuk kata Ultraman wat tanda Salib bila time die 'fire' tu.. pastu, mak Ultraman, siap ade tanduk 2 lagi, xde plak orang kata ultraman tu syaitan. berpuluh tahun kita membesar dengan cerita ultraman, takde pulak orang pertikaikan mende ni..yang saya tak paham, macam mane diorang leh terpikir karang mende macam tu. 

ye, saya taw, lagu tu bukan nye elok pun, pompuan dok dedah sane, dedah cni, n macam2 aksi yang kurang sesuai. saye jugak bukan lah peminat lagu korea. cuma saye skang ni kesian bila orang melayu kita dok sebar berita tak betol macam tu. 

saya nak tulis sendiri pasal mende tu, saye tak reti.. coz sy ni bukan pandai sangat menulis. jadi saya mintak sangat, if abang ade masa, abang tolong tengok-tengok kan mende ni.. kesian orang melayu kita, nampak sangat bodoh bila sebarkan berita bodoh macam tu. mintak tolong ye bang, if abang ade masa laa.. salam.. :) "

 Gadis Keliru Mohon Nasihat, Fifie Kenzo 2012 - Via Blog Rasa Hati Facebook Fanpage.

Aku dapat soalan dari seorang pembaca senyap blog ini yang mempunyai rasa hati yang bergelojak di dalam dada, mahukan kepastian tentang fitnah yang tersebar tentang lagu Oppa Gangnam style. 

Soalan beliau di atas aku copy dan paste secara terus tanpa sebarang edit kecuali aku tolong buatkan perenggan, sebab dia takde bagi perenggan satu pun, nanti penat pula mata korang nak baca. Terima kasih kepada Fifie Kenzo untuk soalan dan jawapan dalam soalan yang sangat bernas di atas. 

Ha ni punca dia, ni lah punca dia. ni ni. siapa lagi? inilah dia, inilah dia, samada  tulisan troll, atau org kafir yg nyamar nak buat org islam nampak bodoh, atau mmg ada org islam yang tak berapa nak pandai tulis.

a'ah laaaa, betul lah woi fifi cakap mak ultraman ada tanduk dua! aku tadi google image,  taip "ultraman 's family" dia keluar ni, kalau korang terer kan, mana satu ultraman betina?

***************************

1.  Mulanya aku telah bertekad dengan seluruh jiwa raga tak nak menulis dan menceburkan diri dalam arus perdana Oppa Gangnam style kerana ia tidak mempunyai nilai intelek untuk dibincangkan. Tapi demi soalan yang bernas di atas, aku terpaksa menjawab atas kapasiti mengeluarkan saudara islam dari kekeliruan yang nyata.

2. Sebenarnya fitnah yang ditulis pasal lagu oppa gangnam style pada aku bukanlah satu masalah paranoid atau fanatik islam yang memfitnah lagu Korea. Tapi ia adalah satu troll budak-budak nakal nak bagi peminat lagu korea ni panas punggung, dan melaga-lagakan geng Usrah dengan insan-insan prospek yang bakal ditarbiyah.

3. Budak-budak nakal yang pandai sikit pasal agama, pastu dia tulislah teori konspirasi ni nak buat lawak, pastu seronok tengok geng-geng usrah fanatik agama makan pancing pergi sebar-sebarkan maklumat palsu troll ni. Dan puaslah hati mereka bahawa mereka berjaya membuatkan budak-budak so called pendakwah yang termakan pancing pergi sebarkan fitnah tanpa usul periksa.

4. Pada masa yang sama, Budak-budak Kpop juga sentap dengan teori konspirasi yang disebar-sebarkan oleh geng-geng-usrah-kengkonon ini dan berlakulah hiruk pikuk di alam semesta semata-mata bincangkan hal lagu Stail abang - abang dari daerah Gangnam.

5. Eh aku rasa macam aku pun termakan pancing troll bila tulis fasal hal ni.

6. aku bukan suka sangat dengan lagu oppa gangnam style ni sebab aku tak faham lirik dia,lagipun ramai sangat dah menari lagu ini, ia sudah menjadi terlalu mainstream, biarlah aku diam-diam suka lagu dangdut "pacarku lima langkah dari rumah" dan hey makarena..hey makarena, last ketchup pun best juga.

7.  "Abang, Troll tu apa bang?"

- Troll adalah tulisan yang mempunyai niat untuk memancing dan menimbulkan perasaan amarah kepada komuniti pembaca, yang mana penulisnya tidak merasa serius pun akan keputusan yang terbit dari penulisannya - Kamus Dewiikar, Ms 66, Jilid 6. Lihat! 666 no setan! ikar agent setan! bahaya, lari...

8. Pokok pangkalnya, sepatutnya korang semua dah besar, dah belajar tinggi, dah keluar dari desa, dah ada google, dah ada buku, ada akal fikiran, dah masuk universiti, ada internet, nak apa je semua boleh klik,maklumat di hujung jari, awak boleh dah nak fikir mana yang troll mana yang betul-betul fitnah geng usrah yang keliru. Rasa bapak bapak sangat cakap mcm ni.

9. Korang highlightkan seluruh lirik Oppa Gangnam Style tu, right klik, ada option copy kan? ha klik copy, pastu bukak google translate, pastu korang paste lirik tu semua dalam box tu, pastu dia keluar maksud lirik tu, tengok ada tak dia mention pasal aku nak jadi yahudi, ada tak pasal tunggang buroq, bila dah tau maksud lirik tu, duk diam-diam,jangan melatah, jangan gaduh dgn geng usrah fanatik agama yg sebarkan fitnah, buat dek je. Watlek je. Bila korang tak melatah, pastu tak gaduh pulak dengan geng usrah maka Pen-troll pun boringlah sebab takda orang makan pancing troll dia, dia pun sambung scroll 9gag sampai pagi.

10. Pasal tanduk mak ultraman ada dua lagi tu sumpah lawak gila, buat aku gelak dekah-dekah pagi buta, adik fifie kenzo ni boleh jadi penulis jemputan kat blog rasa hati lah. fikiran kritis dan kreatif.

11. "aku ingin menjadi yahudi"  org yahudi tak iktiraf bangsa lain,bagi diorang bangsa lain ni lebih hina dan rendah darjatnya dari bangsa yang memang lahir-lahir yahudi. Diorang memang tak terima pun bangsa lain jadi yahudi. 

12. " aku ingin menjadi Hindu" syarat untuk menjadi orang hindu ialah anda perlu lahir sebagai orang hindu. Okey takde kena mengena, cuma rasa nak tulis sebab teringat tengok dokumentari nat-geo pasal agama hindu.

13. Rakyat Korea mengamalkan Shamanism, iaitu agama berdasarkan ritual pawang, Shaman tu maksudnya pawang, bomoh, dukun. Percentage nak berlaku pertembungan idea dan competition dengan agama islam tu rendah.

14. Sekali lagi aku rasa macam termakan pancing troll bila tulis pasal ni dah kenapa?

15. Kalau betul lah menari Oppa Gangnam Style pun boleh buat umat islam lari akidah, penat je pendakwah paderi keluar masuk hutan duduk dengan orang asli nak sebar agama kristian, patutnya pasang video oppa gangnam style je hari-hari, seluruh benua jadi kristian.

16. Apasal makin rasa termakan troll ni?

17. Kepada Troll - troll yang buat teori konspirasi Gangnam style ni,aku ucapkan tahniah sebab korang berjaya menimbulkan hype dan hiruk pikuk, serampang dua mata, belah geng ustad ustadjah pun termakan pancing sebar fitnah, blogger pun menari caklempong, Geng Kpop pun melompat-lompat panas punggung, penulis Blog Rasa Hati pun terjebak. 

Cuma aku pesanlah, tak baik buat troll  melampau ni, dosa mengadu domba, laga-lagakan orang, nabi cakap orang suka mengadu domba ni tak masuk syurga.

18. Jika, sebaliknya jika teori konspirasi dakyah Kristian Yahudi dalam lagu Oppa Gangnam Style ini benar-benar bukan troll tapi ia adalah fitnah yang direka oleh fanatik agama yang ingin berdakwah, Korang perlu bertaubat. Matlamat tidak menghalalkan cara, Korang berbohong atas nama nabi, maka korang tempah tempat duduk dalam neraka - (petikan hadis sohih) 

OoOo Jual modal menari naik kuda gangnam dengan Buroq ye, amboi main-main nama nabi ye, nak dakwah ye. Amboi ghairah cari syurga sampai lupa panas api neraka.

19. Blogger, jika korang tak pasti fasal ni,korang tak payahlah nak tulis jugak dan sebar-sebarkan. Pesen nak kejar traffic lettew, tulis "Oppa Gangnam Style dakyah Kristian dan Yahudi" pastu tulis sikit-sikit, pastu cakap "tak percaya korang boleh google" amboi senangnya nak lepaskan tanggungjawab. Konon nak ingat mengingati, tapi tak sedar dah jadi pengadu domba.

20. Gangnam, Gang = Kumpulan, Nam = Enam,  666 nombor setan. Gangnam = kumpulan setan. Kesian keluarga aku, mama  + abah + kami 4 beradik, campur jadi 6 orang semuanya. Pilunya terpaksa jadi keluarga setan. semua ni salah nombor 6. aku tak mintak dilahirkan dalam keluarga 6 orang, sampai hati korang cakap aku keluarga setan! sampai hati. *terjun ataskatil, sambung tidur*

21. Kenapa entry ini berakhir di nombor 21? bukankah 21 itu permainan judi daun terup blackjack? ini dakyah Las Vegas ni menular dalam penulisan Zulfikar, Jangan menari Gangnam, kita gantikan dengan tarian sufi turki!



gambar ni kononnya nak bagitau yang meletakkan gambar Oppa Gangnam Style dalam blog itu sudah terlalu mainstream,  nak cari gambar aku tengah gelek dangdut pun takde, jadi letaklah gambar tengah menari gendang afrika. gituuu

******************tamat******************

p/s 1 aku syak akan ada komen, " ala apsal nak emo sangat, walaupun fitnah,tapi tak payahlah defend oppa gangnam style,budaya barat,tak senonoh,bangga sangat ke anak2 muda kita menari tak senonoh macam tu"

p/s 2 Takdenye orang nak komen mcm tu Zulfikar oi, kau tu je yang syok sendiri, org semua wat lek je.

p/s 3 Pacarku memang dekat, lima langkah dari rumah, tak perlu kirim surat, sms juga enggak usah, kalau rindu bertemu, tinggal nongol depan pintu, tangan tinggal melambai, sambil bilang halo sayang. duh aduh memang asyik punya pacar tetangga, nananananana lalala tak ada malam mingguan, malam apa pun sama.. tiap hari berduaan merenda cinta yang mesra. uuukkk aaahhh... ** goyang sampei pagi buk..


September 4, 2012

Kalau Awak, Awak Makan Mayat Mana Dulu?

Assalamualaikum..

Dulu berlaku satu perbincangan fekah yang santai di antara Ustaz Nazmi dan  kami semua budak kelas tingkatan 3 Amanah. Persoalan fekah itu berbunyi begini..

" saya nak tanya kamu semua satu soalan yang menguji minda, siapa dapat jawab dia terer!"

" Ha, apa dia Ustaz?"

" Bayangkan kamu naik kapal terbang berempat dengan Samy Vellu, Lim Kit Siang dan Mahathir, pergi bercuti ke satu kawasan kepulauan antartik"

" Okey.... Ustaz..lagi...?"

" Apabila sampai di satu pulau aisbeg ni kapal terbang terhempas, Samy Vellu mati, Lim Kit Siang mati dan Mahathir pun mati, hanya kamu seorang saja yang hidup dalam pulau aisberg tu, takde barang makan langsung, kamu terpaksa makan mayat 3 orang kawan kamu itu, kalau kamu terpaksa makan mayat kawan-kawan kamu itu,siapa yang akan kamu makan dulu? samy vellu kah? lim kit siang kah, atau mahathir kah?"

Lantas kawan aku yang pro pembangkang walaupun baru tingkatan 3 cepat-cepat kelam kabut jawab..

" Hahahahaha, padan muka Mahathir dan Samy Vellu mati!"

Lantas Ustaz jawab dengan jawapan yang ikhlas..

" awak janganlah gelak pasal nama tu, nama tu takde kena mengena dengan politik,saya bagi contoh nama tu sebab Melayu paling femes mahathir, India paling femes Samy Vellu dan cina paling femes lim kit siang, anggap je semua tu contoh, persoalannya, antara mayat 3 orang ni,siapa yang kamu akan makan dulu?"

Lantas seorang kawan aku jawab.

" Kita makan mayat mahathir dulu la Ustaz, Lepas tu kita makan Lim kit siang dan akhirnya kita makan Samy vellu"

" kenapa awak jawab macam tu Saiful?"

" Sebab Mahathir tu orang islam, dia tak makan babi,jadi takde unsur-unsur babi dalam badan dia, kurang la sikit haramnya ustaz"

" Jawapan kamu tu salah, tapi bagus sebab mencuba"

" habis tu jawapan dia Ustaz?" (tanya kami semua tak sabar nak tau jawapan pada persoalan yang sangat epic dan tricky ini)

" Jawapannya, Kita makan dulu mayat bukan Islam, mula-mula kita makan dulu Samy Vellu, sebab dia india, india kurang makan babi, lepas dah habis mayat Samy Vellu, Kita makan pula mayat Lim Kit Siang, dah habis, barulah kita makan mayat Mahathir iaitu mayat orang islam"

" Kenapa pula ustaz?"

" Sebab kita ni umat Islam, Kita dituntut menghormati Jenazah orang Islam, Bukan saja jenazah orang Islam, Mayat orang Kafir pun kita kena hormat, tapi sudah tentulah kita akan utamakan menghormati mayat orang islam. Bila kita makan mayat orang kafir dalam keadaan darurat itu, maknanya kita berusaha menjaga mayat orang Islam dari diapa-apakan

Mana tahu,lepas awak dah habis makan mayat Ah Lim, ada bantuan datang selamatkan kamu, kan dah terpelihara mayat mahathir tanpa dimakan oleh kamu?"

" OOoOooo, macam tu ye ustaz!" panjang kami OoOooO kan jawapan ustaz tu lambang kekaguman kami pada jawapan yang penuh twist dan anjakan paradigma.




soalan beranalogi di atas bukanlah sekadar soalan retorik, tetapi kejadian yang hampir serupa pernah berlaku  kepada survivor kapal terbang terhempas di pergunungan Andes, survivor yg terselamat terpaksa makan mayat org tak kenal,akhirnya mereka makan mayat saudara mereka sendiri.  mereka menjadi Cannibalism kerana darurat.
*********************************

Kemudian datanglah tahun 2012...

Kelihatanlah anak muda yang membuka seluar dan menunjukkan bontot di khalayak ramai seperti kelakuan mahu berak ke atas muka Perdana Menteri Malaysia dan Isteri, dan berdekah-dekahlah anak-anak muda yang so called Muslim itu mentertawakan dan menyorak kelakuan anak muda itu menghina maruah muslim. Bukan sekadar muslim tapi pemimpin negara yang beragama Islam.

Kemudian datanglah tahun 2012...

Nyonya tua memijak-mijak muka Pemimpin Islam, dan anak-anak islam di situ diam membisu, malahan bersorak gembira melihat maruah saudara seagama mereka diinjak-injak. Pemimpin-pemimpin pebangkang dan NGO yang ada pada malam merdeka itu atas nama Janji demokrasi tiada seorang pun yang tampil ke depan menghalang perbuatan terkutuk itu.

Jika sekalipun membenci musuh politik, dan seronok melihat keterujaan penyokong dalam gerakan menawan putrajaya. Namun adalah batasnya sebagai seorang Muslimin. sekurang-kurangnya nasihatlah seperti begini lebih kurang..

" Eh kamu jangan pijak muka perdana menteri, dia orang islam, kamu jangan menghina maruah umat islam sebegini rupa, walaupun kita mahu menang pilihanraya tapi bukan begini caranya, ini perbuatan masyarakat tidak bertamadun, tiada adab,tiada akhlak"

************************************

Setiap parti politik ada pro dan kontranya, kita boleh nak pilih siapa saja, aku mengamalkan kebebasan hak memilih parti, kebebasan menyokong siapa saja. Tapi memijak gambar perdana menteri dengan niat menghina adalah melampau dan melebihi batas provokasi kempen politik.

Kita masa kat sekolah dulu pun kalau gaduh selalu ejek nama mak dan bapak. Tapi kita ada batasnya.

" Solihin tokey ayam, solihin tokey ayam, solihin tokey ayam!"

" kurang ajar kau ejek nama bapak aku! Ah Mariam meriam Mariam meriam! pom pom pom!"

" Lebih ah ni ejek mak aku meriam!!.. Mak kau Senah, Senah pelacur senah pelacur, makan babi!"

" celaka kau cakap mak aku pelacur! nah hambik.. kepokkkkk!!!"

Haaa tu lebih lah kan? masa zaman sekolah kita dulu, kita sebagai kanak-kanak pun tau limit, kalau dah sampai ejek emak pelacur makan babi, itu sudah lebih! memang bertumbuklah jawabnya, kalau dulunya boleh bergurau, lepas tu boleh putus kawan 7 keturunan.

*************************

Kalau dulu kadang-kadang aku melihat parti pembangkang ini di pihak underdog dan macam tertindas untuk berkempen, kadang-kadang timbul simpati sikit walaupun aku banyak tak bersetuju dengan mereka. Tapi makin lama aku tengok diorang dah semakin Anarki dan Antagonis.

Perwatakan mereka sudah semakin mencerminkan watak jahat,watak manusia gasar yang tidak bertamadun, tak gentleman dalam berkempen. Semua boleh asalkan bukan Umno. Jahanamkan harta awam, demo selang sebulan, kasar, maki hamun mainan mulut, carut marut, fitnah suka hati, sarkastic mengutuk orang tanpa batasan. Telanjang depan Public, pijak muka perdana menteri, semua boleh, semua pakatan rakyat redho asalkan menang ke Putrajaya.

Ha sorang bogel depan orang ramai tunjuk bontot atas muka PM, sorang tepuk tangan, sorang tunjuk jari fuck. Inilah  akhlak terpuji yang kita mahu semaikan dalam jati diri anak muka sebagai pemimpin negara masa depan. Inilah dia by -product perjuangan parti yg mengutamakan keadilan, mengutamakan Islam dan Mengutamakan demokrasi

Sorang pijak muka Pemimpin negara islam, yang lain  diam,tengok dengan bangga, ha macam ni lah harapan bangsa, Barulah Sejiwa Sebangsa dan Senegara!

Matlamat Menghalalkan cara ye tak?

Asalkan Bukan Umno ye tak?

 "The enemy of my enemy is my friend" ye tak?

Tak kisahlah kau Pro Syiah, kau kafirkan sahabat nabi dan kau tuduh Isteri Nabi berzina tapi kalau kau lawan Umno maka kau boleh masuk PAS ye tak?

Tak kisahlah kalau kau Aktivis Murtad dan Lesbian Bisexsual Gay Transeksual tapi kalau kau musuh UMNO maka PAS parti Ulung Islam di Malaysia akan support perjuangan kau ye tak?

Tak kisahlah,kawan Tahaluf As-siyasi kita cakap dia takkan setuju dengan hukum islam dan hudud dalam Malaysia maka kita masih bersama dengan mereka ye tak?

Nabi bersabda, "Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak." Sahabat bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yahudi dan Nasara, siapa lagi." (Riwayat Muslim)

Nampaknya kerana politik, semua insan tak kisahlah UMNO, PAS atau PKR tidak mampu bebas dari assobiyah iaitu perbuatan memihak kepada puak walaupun puak terang-terangan membuat perkara batil.

Mujurlah dengar berita buletin utama tadi, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyelar dan mengutuk perbuatan para pendemo yang memijak muka perdana menteri dan menunjukkan punggung di khalayang ramai. Syabas kepada Tuan Guru yang bersikap tegas dan adil dalam menilai mana yang makruf dan mana yang mungkar!

***************************

p/s Memilih parti pilihan adalah hak individu, tapi menghina maruah insan lain adalah perbuatan yang salah, sebagai insan yang masih ada iman, wajib kita menentang,walaupun dia kawan.

p/s Bila nampak perkara batil, kita mesti tentang! tak mampu dengan tangan, kita tentang dengan Lidah, tak mampu dengan Lidah kita tentang dengan hati,adapun itu adalah selemah-lemah iman.

p/s Benci kepada Individu tidak boleh menjadi lesen untuk menyebarkan fitnah.

p/s hari tu aku makan karipap hijau! aku ingat inti dia kari daging,rupanya kelapa bergula, kuih ketayap rupanya!



tak caya ni ha gambar dia...


Tamat



Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...