September 27, 2012

Sempadan Peribadi

Assalamualaikum.

Sempadan peribadi, atau dalam Bahasa Inggerisnya privacy, isu ini adalah isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan bagi pasangan yang bercinta sejak dari zaman dulukala.

Definisi privacy sering kali disalahertikan oleh pasangan kekasih, dan seringkali yang matang akan mengikut yang kurang matang dalam menetapkan sempadan peribadi masing-masing.

Bila cerita pasal batas peribadi ini, aku selalu teringat cikgu aku masa darjah 5. Dia ada ajar pengetahuan am tentang zone keselesaan diri / sempadan individu.

" kelas, awak tau tak, selain dari keperluan makanan, minuman,perlindungan dan banyak lagi, manusia ni ada satu lagi keperluan dia?"

" apa dia cikgu?"

" Hak ruang individu"

" apa tu cikgu?"

" Macam satu ruang di sekeliling tubuh awak, yang awak tak benarkan orang asing untuk masuk, senang kira ukuran dia sehasta dari tubuh awak, bila ada orang dekat sangat dengan awak, awak akan rasa tak selesa dan secara semulajadi awak akan anjakkan diri awak dari orang itu"

" Owhh maknanya macam kawasan untuk diri sendiri rasa selesa la cikgu ye?"

" ye, betul tu, walaupun hukum agama cakap tak boleh sentuh bukan mahram, tak boleh pukul orang, tak bermakna awak boleh tenung muka dia setengah inci dari muka awak, kalau awak sendiri pun rasa tak selesa kan?

" ok paham cikgu paham"

************************

Dalam kehidupan berumahtangga dan berkasih-mesra, manusia bukan 24 jam mahukan intimacy atau bahasa pasarnya cuddling, ada masa dia nak kehidupan normal dia,dia nak berak, makan, rehat, bersukan, kerja, ibadah dan sebagainya.

Maknanya, kalau ada masa pasangan kau macam taknak bercuddling dengan kau,tak bermaksud dia dah tak sayang kau, cuma dia nak bagitahu bahawa....

"walaupun kita dah jadi satu pasangan hidup namun tak bermakna saya serahkan hidup saya pada awak" atau " tak bermakna saya perlu menjadi awak"

aku suka ambil contoh mak ayah aku, walaupun mereka bukan pasangan ternama, tapi bagi aku mereka adalah contoh terbaik dan terapat pada aku. Sepanjang aku hidup dengan mereka,aku tak pernah tengok Mama selak wallet abah sesuka hati tanpa sebab, dan yang lebih respect, abah pun tak pernah selak purse mama sesuka hati.

Lagi aku kagum, abah kalau ada hal nak ambil benda penting dalam purse mama, dia akan ambil purse, serah pada mama dan cakap "awie, bak sini Lesen kamu, Yeop nak hidupkan, kamu tak pernah nak cek lesen kamu mati ke hidup?kamu ni awie...bla bla bla bla"

Dan keluarga kami pun menerapkan konsep "menghormati zon keselesaan individu secara komprehensif" mama dan abah takkan masuk bilik kami sesuka hati, anak-anak pun tak masuk terjah bilik mama abah. Malah nak guna bilik air master bedroom diorang pun siap tanya dua tiga kali, baru lah guna.

************************

Dengan dunia moden yang mencabar ini, maka manusia didedahkan dengan pelbagai social network seperti Blog, Facebook, Skype, Email dan Twitter.

Dan aku sebagai golongan dewasa muda yang membesar di antara dua zaman mula merasa pelik dengan anak-anak muda zaman sekarang ini yang mengukur nilai kesetiaan pasangan melalui kesanggupan berkongsi Password...

"Password twitter, facebook u semua kena bagi kat i, kenapa u taknak bagi? u nak sorok-sorok yang u nak flirting dengan makwe lain? kalau u betul-betul jujur buat apa takut nak kongsi?"

1) Kadang-kadang, ada lelaki yang betul-betul jujur, dia tak menggatal dengan sesiapa,tapi dia memang jenis taknak bagi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain hatta makwe dia sendiri. Mungkin itu prinsip dia yang telah ditanamkan dari kecil. Mungkin dia tak rasa selesa nak bagi hak dia pada orang lain.

2) mengelakkan fitnah - mungkin ada spam email web gay ke, atau kawan lelaki dia buat lawak hantar email cerita gay, gambar lelaki gay bogel ke, pastu kau baca kau terus reka cerita dalam minda yang pakwe kau closeted gay.

3) Kadang-kadang  dia tak nak bagi sebab mahu mengelakkan salah faham berlaku, mungkin dia tak pernah menggoda orang lain, tapi orang menggoda dia, bagi email lucah dan gambar lucah, dia tak reply pun, lepas tu awak buka email dia, awak tak sempat nak siasat betul-betul terus nak mengamuk, udah gaduh.

" U memang, jantan tak guna, ni kenapa ada gambar betina garik hantar gambar tetek dia dekat u ni? u ada skandel dengan dia eh? i dah agak dah, i dah agak dah, sebab tu yang u tak boleh berenggang langsung dengan facebook u kan? sebab tetek ni lah kan?"

" mana ada sayang, saya tak pernah contact dia pun, dia ni minat kat saya, dia selalu email saya gambar-gambar bogel, selalunya kalau i bukak email, nampak nama dia, i tak bukak email tu,i terus delete. Semenjak u pegang password i ni, u yang bukak kan? skrg u nak tuduh i menggatal pulak. U ni dah hilang akal ke apa?"

" I taknak dengar alasan u, i tak percaya apa yang u cakap!"

" kita clash!"

*****************************

Macam zaman sekolah dulu, kita mesti ada sorang kawan-kawan yang pemurah,dia selalu belanja kita jajan tapi awas,jangan sesekali kongsi air tin dia, mesti mengamuk dan merajuk dia nanti. Bukan bermakna dia taknak kongsi air tin dia itu dia kedekut, cuma dia tak biasa nak berkongsi hak sempadan peribadi dia dengan orang lain, kalau nak sangat dia boleh belanja lain.

Amat malanglah pasangan yang mengukur nilai kesetiaan dan pengorbanan pasangannya itu dengan kayu pengukur social network. Amat malanglah pasangan yang mengukur kejujuran pasangannya dengan kesanggupan mahu berkongsi password akaun atau tidak.

Bukan semua benda dalam dunia berpasang-pasang ni kau nak kena kongsi, cuba fikir kenapa bilik air dalam bilik kelamin itu ada pintu? kalau nak ikutkan berkongsi segalanya, tiada lagi rahsia, maka tak perlulah nak berpintu-pintu bagai. Biar je terlapang macam tu. ha inilah analogi hendak menerangkan tentang sempadan peribadi, atau privacy atau zon keselesaan diri.

Cuba fikir kenapa bila makan nasi, masing-masing nak guna pinggan sendiri sorang satu, padahal kalau nak fikir pasangan sehidup semati semua berkongsi,baik bubuh nasi banyak-banyak dalam satu pinggan makan kongsi, suap-menyuap sepanjang hari, sepanjang tahun sehingga mati kan?

Eh aku sekali lagi rasa benda ni common-sense dan aku telah merugikan masa aku membebel benda yang tak perlu nak diajar pun, korang semua dah besar dan boleh fikir masalah ini sendiri.

Pokok pangkalnya, jika anda ada prinsip tentang hak sempadan peribadi / privacy anda yang telah anda amalkan sejak kecil dan ia adalah nilai murni, anda patut bangga mempertahankannya. Anda jangan takut untuk mempertahankan hak sempadan peribadi anda. Kerana keperibadian individualistik itu adalah hak milik setiap insan.

************tamat**************

Ini gaya aku membaca secara candid, makwe yang tangkap, tu muka senyum terharu baca 'lovejurnal' scrap book mcm movie hollywood. kenapa letak gambar ni? saje letak sebab aku rasa aku hensem dalam gambar ni. 

Gaya aku menulis, tangan yang hadang tu bukan habit,tapi konon nak nyorok taknak orang baca apa aku tulis. Lokasi Ikea.



P/S Bercinta/berumahtangga adalah tentang berkongsi hidup dan berkasih sayang, ia bukan tentang "aku menjadi kau" atau aku menyerahkan seluruh hidup aku kepada kau"

p/s Mak aku tak pernah tau nombor pin atm bapak aku,dan bapak aku tak pernah tau nombor pin mak aku.

p/s aku bersyukur dapat makwe yang memahami dan sependapat dgn aku,dia tak pernah timbulkan hal nak mintak no password akaun social network dan dia pun tak suka org mintak2.

p/s Ya, aku sejak kenal dunia internet dulu lagi, aku tak pernah bagi password akaun aku kepada sesiapa hatta makwe, adik beradik, dan sahabat andai dan itu adalah Sempadan peribadi aku.

22 comments:

  1. benci bila hak peribadi diceroboh.. titik

    ReplyDelete
  2. Kisah darjah 5 pon die ingt satu2..ikar2..agree!

    ReplyDelete
  3. errrr....tak suka juga bagitau and tak suka orang mintak,tapiiiii...pakwe yang bagi camne?....katanya takut dia lupa...huuuuu...

    ReplyDelete
  4. yesszzaa!! kena la respect hak peribadi masing2..baru la harmoni kannn...

    ReplyDelete
  5. ye betul..sepanjang idup berumah tangga (walaupun baru 5 tahun) kita org tak pernah tau password fb masing2..melainkan password utk online banking..sebabnya kekadang tu.."abah tolong wtkan online transaction bayar cc..dh due ni..smlm lupa buat.." tak pon.."mama tlg bayarkan streamyx..ambik dari bank xxx..dh due..nnti kena potong..kita gak yg tension..meeting tak abis2 ni" :P

    ReplyDelete
  6. ha..ha..ha.. Yong suka tajuk ini.. saya amat-amat memerlukan SEMPADAN PERIBADI... terutamanya masa membaca novel dan melayan blog.... dan masa itu hanya ada selepas En Hubby dan Miss Sofiya tidur...

    bab password tu... paling best Yong tahu semua password En Hubby.. fb,atm kad,online banking,hp password,email dan segalanya... but jangan salah faham.. semuanya atas kebenaran En Hubby tau... tak usik selagi tak di benarkan... tapi satu password Yong.. En Hubby tak tahu.. sebab dia malas nak ambil tahu... ha..ha..ha.. Yong untung kan...

    ReplyDelete
  7. yesszaaaa.. aku sangat suka entri ini.. sempadan peribodi... eh.. peribadi.. koh koh koh.. memang boleh mengundang salah paham pon.. aku tau, aku pernah kena..

    ReplyDelete
  8. entry ni best.. tak semua rela berkongsi rahsia dengan pasangan.. nak pulak no. pin + password bagai ni.. ;)

    ReplyDelete
  9. laike komen kakyuyus. hahaha.

    baideway,this entri iz daebak!;p *clap2*
    memang tak gemar langsung dgn pakwemakwe yg pesen share segala bagai pswrd semua tu. hewhew

    ReplyDelete
  10. aku dah 7 tahun bercinta pun tak pernah tahu ape password laman sosial beliau..lantak le beliau..itu hak beliau..

    kalau die menggatal pun aku tak tau..kesian kat aku..hahaha..

    tapi kalau betul die sayang aku, aku yakin die takkan buat yg bukan2 di belakang aku..eceh! konon cinta kuat la ni..puihhhhh..hahaha..

    ReplyDelete
  11. benda common sense,walaupon hidup berpasangan tapi ada benda boleh share ada benda tak boleh share.

    awak memerlukan ruang,dan pasangan jugak memerlukan ruang.

    eh,teringat pulak dalam cerita Bedtime Stories lakonan Adam Sandler,dia ada cakap pasal "cushion of protection". hikhik.

    ReplyDelete
  12. yup, ada benda je yg kita boleh share, ada yg tak boleh. kadang2 kita sendiri terlepas pandang bab2 hak pribadi masing2. sebab itu masing2 kena ingatkan pasangan ;)

    ReplyDelete
  13. Dr bercinta smpai berkahwin aku x penah terfikir lak nak minta password bagai laki aku ni.. aku sendiri pun nak ada privacy, inikan pulak dia.. hp pun aku x penah nak check.. Kalau dia nk curang jugak belakang aku.. Aku takde kemampuan nak halang sbb benda tu jd di luar pengetahuan aku. Apapun.. setakat aku bahagia lg la.. takde la enpon laki aku nak berdering tak tentu pasal tgh malam.. Yg ptg kena ada hormat hak peribadi walaupun dah berkahwin. Aku memang la suka buka wallet laki aku sebab dia malas susun duit. jadi aku la tukang kemaskan duit2 tu.. tu pn depan mata dia & memang dgn keizinan.

    ReplyDelete
  14. Kire kome setuju la dengan benda ni. Tapi kalau makwe nak jugak, bagi je lah. Bior dier bukak dulu semua, kalau ada benda pelik mesti merajuk hihi. Lepas tu baru ler nak jelaskan. Hmm camne eh eh. Haha. Tapi kalau bukak lelaki punya fesbuk ni biasalah, kengkawan lelaki suka hantor benda bukan-bukan. Nanti mula ler nak pikior bebukan, macam yang kat atas tu. Tak pepasal kene tuduh gay. Haha.

    ReplyDelete
  15. Err... Aku lak dgn ex dlu2 tu dorg rajin ah buat serangan terhadap harta benda seperti phone, wallet ke apa... Tapi sejak aku sound direct pasal sorg2 tak berani nk jumpa arwah ayah aku, terus clash. Haha...

    Pakwe aku skang jugak best. Dia tak sibuk mintak pasword la apa, aku pon malas nak mintak password apape bende yg dia ada...

    Cuma yg peliknya, abang kandung sendiri rajin gila bagi semua password email la, fesbuk, online banking, ntah apape lagi la kat aku... Alasan dia, dia pelupa. Ade wife pon suh aku jugak simpankan... Ape daa...

    ReplyDelete
  16. Kalau makwe tu pandai, dia akan catat no. IC, no. kereta, tarikh lahir dan pelbagai lagi maklumat yang berkaitan dengan pakwenya. Lepas tu boleh la cuba teka kata laluan. Hahaha.

    ReplyDelete
  17. Aku suka baca Blog ko Zul...tpi kbnyakkan aku setuju n ada part yg aku xbersetuju......

    ReplyDelete
  18. dalam sebuah hubungan tu mmg kna ada privcy border ni... kena start sekrg nti dah kahwin xdek r cam ssah je...

    ReplyDelete
  19. setuju..

    tamo hak kita dicacamerba. so, cukuplah klu kita ada garis sempadan masing ant pasangan

    ReplyDelete
  20. Setuju ngn Nama Aman.Cam akula pandai..hehehe..tahu semue password laki aku sebab die jenis malas dan pelupe password..aku xkorek pon..dah boleh agak ape password die..

    ReplyDelete
  21. Entri kali ini amat bermakna sebab banyak sebut "tetek", "bogel" dan lain-lain yang sama waktu dengannya. Teruskanlah demi untuk kesusasteraan melayu

    Tuan Hensek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...