August 28, 2011

Selamat Hari Raya Dan Khidmat Pesanan Masyarakat

Assalamualaikum
Selamat Menyambut Aidulfitri kepada semua pembaca Blog Rasa Hati, Kawan-kawan tercinta dan keluarga yang turut sama membaca blog aku ini..


Berdasarkan keadaan dan situasi aku sendiri, aku dapat menyimpulkan bahawa, pada musim perayaan iaitu start dari 'hari penampan' iaitu 3 hari sebelum raya ramai orang akan mula meninggalkan laptop dan bersibuk-sibuk mengemas rumah, pasang langsir, tukar sarung kusyen, mop lantai, balas-balas sms dan sibuk-sibuk kat dapur bakar lemang


Ada jugak yang busy atas jalan raya balik kampung, bagi yang guna highway mereka akan habiskan banyak jam sangkut dalam jem terutamanya di highway Karak - Kelantan dan highway plus Sungai Besi - Seremban. R&R yang sibuk pulak dah tentunya R&R Seremban, Tapah, Ayer Keroh dan Rawang.


Jadi disini, sebagai menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat, aku ingin berpesan, tinggalkanlah laptop, simpan kemas-kemas dalam almari, tak payah online sepanjang musim raya, paling koman 7 hari raya.


Ambil peluang beraya dengan sebaik-baiknya, berkunjung sahabat handai sanak saudara, yang dah ada anak, bawak anak-anak melawat atuk, nenek, opah sedara, makcik, makcik sepupu, dua pupu, 3 pupu, kupu-kupu dan segala pu yang ada.


Lawatlah mereka yang masih hidup dengan penuh semangat muhibbah dan penuh kegembiraan, Rayakan Hari Raya Fitri dengan kemegahan, kegembiraan dan kemenangan.


Ubah persepsi raya tahun ini, jangan sambut dengan melodrama dan tangisan airmata sedih, sebaliknya senyum dan gembira lompat-lompat dan makan-makan dengan hebat... Jangan melampau sudah.


Di Bawah ini aku kongsikan perkara Sunnah dalam menyambut Hari Raya Fitri :
  • Mandi Pagi.
  • Pakai pakaian yang terbaik dalam simpanan, tak semestinya baru dan wangi-wangian
  • Makan/jamah makanan sebelum keluar rumah
  • Takbir dan Tahmid pagi raya
  • solat sunat hari raya
  • bawak anak-anak, Isteri, ibu, saudara mara semua ke Musolla/masjid untuk sembahyang raya
  • ** tidak makruh dan tidak berdosa jika prempuan haid keluar ke musolla dan menyambut raya, cuma jangan masuk ke ruang solat (malah ia sunnah)
  • Sunat sembahyang di tanah lapang aka musolla.
  • balik dari masjid ikut jalan lain supaya dapat berjumpa dengan berbagai kawan dan saudara mara
  • bergembira dan berhibur
Di Bawah ini pula beberapa Mitos dan salah faham semasa menyambut Aidulfitri :
  • Menziarah kubur, adapun menziarah kubur pada pagi raya tidak sunnah wahima dibuat sebelum atau selepas sembahyang raya.
  • membaca Yassin dikuburan
  • membuat kenduri Tahlil dan Arwah pada hari raya pertama, kedua dan ketiga
  • Bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang raya.
  • bersedih-sedih dan layan perasaan masa sesi melutut mohon ampun maaf sambil airmata merambu-rambu dan hingus-hingus meleleh-leleh.
  • Kelam kabut kejar-kejar ke masjid sampai tak sempat jamah makanan.
*** Untuk memahami Dalil dan Huraian tentang ziarah kubur pada hari raya boleh membacanya di SINI  (klik perkataan SINI itu dan anda akan ke web yg berkaitan)

Hari Raya adalah hari kemenangan Umat Islam, dan Hari raya adalah hari untuk kita pamerkan kekuatan agama dan perpaduan Muslim kepada seluruh dunia.

Bertakbir dan bertahmidlah dengan lantang dan bertona semangat penuh keceriaan dan bukan mendayu-dayu sedih ya amat.


*********************************



Saya Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri, Penulis Blog Rasa Hati mengucapkan selamat menyambut Hari raya Fitri kepada Seluruh Keluarga, saudara mara, sahabat, Pembaca blog yang saya kenal rapat dan yang kenal di cyberspace dan seluruh Umat Muslim Amnya.. semoga bahagia disamping keluarga dan teman tercinta.

Hati-hati memandu, kalau penat tidur dulu.


jemput tonton video ceramah Dr Asri Zainul Abidin tentang etika dan sunnah menyambut raya.





P/s nanti kalau aku ada buat Open House, aku insyallah jemput korang semua datang ye... :) tahun ni aku raya balik Ipoh rumah opah aku, insyallah 4/5 raya aku balik Raya kat Shah Alam. kalau aku tak update entry tu paham2 la ye, aku tak bawak laptop balik kampung.


p/s Yeay, aku dah dapat Kasut Raya,wee witt... salam sayang raya pada kawan2 blogger, aku takut nak taip nama korang semua, takut nanti ada tertinggal terasa hati.. jadi aku pukul rata ye, sayang korang semua.. 

August 27, 2011

Baju Raya Tahun 1998

Assalamualaikum...

Dulu bapak kita selalau beli baju raya Ultraman taro kat kita, kadang-kadang beli baju kesatria baja hitam, ninja turtle, kiko, kiki lala, john master, snail, camel, jeans GA blue dan macam-macam lagi.

Tapi bila kita ni anak-anak dah besar tua bangka ni, dah kerja gaji ribu-riban, takda teringat pun nak belikan baju raya kat mak bapak kita. Jangankan nak campak baju melayu RM50 sepasang kat bapak, kadang-kadang tu tshirt parkson diskaun 70% tu pun haram.

Bila kawan-kawan tanya, adik beradik tanya kenapa tak belikan baju raya kat mak bapak kita, kita jawab balik...

" aku takde duit la angah, gaji belum dapat lagi, ni pun ciput-ciput je duit buat tambang balik raya, dapat balik pun mujur"

Pada hal, zaman kita kecik-kecik dulu, bapak helah daya takda duit pun pergi cari jugak semata-mata taknak anak kecewa takda baju raya.

**************************

Pada satu zaman masa bapak aku tengah berduit sebagai division manager regional level, kami duduk dekat batu caves. masa tu duit boleh tahan banyak, kereta company bagi dan bla bla bla bla. Jadi kami shopping raya masa tu dekat Sogo, Metrojaya BB plaza, Metrojaya Kotaraya yang sekarang dah jadi mydin dan  sudah pasti the ultimate favourite shopping mall adalah Yaohan.

Pada masa tu, kekonon taknak beli baju kat mydin. tak kelas katanya, tapi aku rasa mydin pun takda masa tu. Masa tu taknak jejak kaki kat Warta Superstore beli baju raya, Warta hanya tempat untuk beli barang dapur dan beli baju hari-harian.

Pada masa tu, bapak aku akan buat sistem anak-anak pergi pilih baju raya sendiri...

  • Kasut sepasang
  • Baju tshirt kolar dan roundneck 2 pasang
  • Khakis atau Jeans sepasang
  • Baju melayu / baju kurung untuk adik perempuan aku.
  • Kasut raya 
itu adalah pengagihan yang adil dan sangat ketat, takleh mintak lebih dari tu, siapa yang nak beli lebih dari tu, samada potong allocations duit raya atau pakai duit poket sendiri. masa tu kami adik beradik bersepah la dalam metrojaya pilih baju-baju raya.. 

Lepas dah pilih, masing-masing peluk baju raya dan bawak ke kaunter beratur untuk sesi bayar, masa bayar ni bapak aku akan buli kami, dia suruh beratur panjang-panjang, dia pulak tunggu dekat kerusi dalam metrojaya tu. bila sampai giliran, bayar dan bungkus baju ikut plastik masing-masing, bila dah selesai balik rumah jalan megah je, muka senyum mcm joker, sengih je manjang..umpama takda hari esok lagi dah.

Tapi bapak aku didik kami adik beradik dari kecik, masa nak shopping baju raya pilih baju yang ada diskaun 50%-70%, baru la hak pengguna terjaga, dan takde lah jadi bodoh nak beli baju yang takde sale kan.

" Tapi Baju yang ada diskaun tu trend lama la zul, tak updated, beli baju takde sale la baru latest, newcoming, lain dari orang lain"

" kami bukan keluarga kaya mcam kau, kami keluarga biasa-biasa je, cuba kau belajar berjimat sikit, kalau taknak jimat, tolong hormati perasaan orang yang nak berjimat boleh?"

Abang aku pelik sikit, dia Diva sikit bab-bab baju raya, beli baju taknak sale 50% ke atas, nak beli yang 30-20% kebawah je, dia selalu kena marah ngan mak bapak aku. dan akhirnya dia setuju nak topup guna duit dia sendiri atau dia kurangkan budget untuk second pair baju raya dia.

***********************

Pada tahun 1997 -1998, bapak aku berhenti kerja dari Cold storage akibat dari masalah kegawatan ekonomi Malaysia hadapi masa tu, terima VSS dapat la pampasan imbuhan sebanyak RM 170,000 rasanya tak salah aku, aku ada tengok cek dia masa tu. 

Bila dah takde kerja, macam mana nak bagi anak bini makan? nak duduk KL sampai tua dengan 170k tu tak cukup, masa tu bapak aku baru 40-an. 

Jadi dia terima tawaran dari cold storage yang nak jual Kilang air batu di Mersing kepada bapak aku. Dengan Kaedah kontra dengan pampasan itu  campur kongsi dengan 4 orang kawan dia untuk cukupkan nilai kilang air batu tu yang berharga lebih kurang RM500k kalau tak salah aku.

Kilang tu murah sebab dijual pada harga scrap value, book value kalau dalam istilah akauntan.

*******************

Bila Family aku pindah sana pada tahun tersebut, hidup kami terpaksa berjimat cermat, duit simpanan bapak aku habis sebab buat modal beli kilang, kami masa tu duduk rumah kilang, ada dua bilik kuartes yang sebelum tu dijadikan store barang-barang sparepart enjin kilang ais.

Kuarters tu tak layak pun dipanggil rumah, sebab hanya ada 2 bilik tidur, satu dapur, satu bilik mandi dan satu jamban, semua ini bukan dalam satu bangunan, tapi berpisah-pisah. Masa tu kami tak kisah pun, kami seronok duduk sana sebab kebahagian satu keluarga tu buatkan kami tak rasa susah.

Dulu kami duduk rumah lot besar dan teres satu tingkat bertukar kepada kuarters kilang, tapi apalah yang nak disedihkan kalau nak bandingkan dengan permulaan hidup yang tinggal di setinggan Lim Garden.

Pada masa itu walaupun kami gah dengan title bapak aku sebagai Managing director dan tokey kilang, tapi hanya kami yang tau strugglenya bapak aku mempertahankan maruah seorang bapak menyara keluarga dia makan dan gembira setiap hari.

Sampai tahap aku sebak tengok bapak aku tukar syiling tabung jadi duit kertas, tapi bapak aku memang banyak duit syiling, dia suka simpan syiling lepas beli barang ngan bayar tol parking. almost dekat nak setengah stor, tukar dapat la dekat nak RM700.

***********************
Dan Hari raya pada tahun itu melihatkan musim tersusah bapak aku, pada masa yang sama kereta pulak eksiden dekat Felda serting on the way nak balik Ipoh. Jadi bapak aku bawak anak-anak dan mak aku pergi pekan mersing beli baju raya naik Suzuki Best...

Pergi beli sorang demi sorang, nasib baik rumah aku dalam bandar mersing masa tu, jadi dekat je lah, pada masa itu, kami shopping baju raya di pasaraya local, masa tu tak salah aku Parkson kot, tak pun Giant, pasaraya bangunan dua tingkat, jadilah aku beli seluar slek cap arrow, pastu aku beli kasut raya cap apa tah aku lupa, beli baju lak baju Cap Kangoo.

" Ye, ia bukan typo salah eja Kangaroo, tapi memang baju tu cap Kangoo. tapi brand dia memang ada lambang kanggaroo"

Pada masa tu aku merasakan sangat terharu sambil duduk bonceng belakang bapak aku atas suzuki best tu, aku pegang bahu bapak aku sambil mata aku panas tahan air mata.

sedih dengan pengorbanan bapak aku, yang helah daya cari jugak duit nak belikan baju raya untuk anak-anak dia walaupun beban menimpa mampu buat jiwa tak tabah jadi gila.

Masa tu, terbayang kemewahan sogo, yaohan dan metrojaya terpaksa dilupakan sebentar bagi  memberikan sokongan kepada ketua keluarga menstabilkan kembali ekonomi rumah tangga.

Pada masa tu aku semat jauh-jauh dalam hati.....

" satu hari nanti bila aku dah besar, dah kerja gaji ribu-ribu, aku nak belikan baju raya branded mahal-mahal gila untuk mak bapak aku"

Sungguhpun lepas fasa kesusahan gawat 1997-1999 berlalu, sungguhpun bapak aku kembali stabil ekonominya, aku masih tidak melupakan tekad hati aku pada tahun 1998 tersebut.

Biarpun dengan baju kurung 'PKNS-bukan sutera china'  untuk mak aku, dan baju John Master Messerize 50% diskaun untuk bapak aku, tapi sekurang-kurangnya ia dapat sentiasa menghidupkan kembali ingatan aku pada Aidilfitri paling struggle di Mersing pada tahun 1998.
*************
Bersyukurlah kita kalau kita dapat lagi beli baju raya, walaupun baju raya yang kita nak size dah takde, atau baju raya kita nak tu dah habis kena rembat. sekurang-kurangnya merasa jugak kita baju raya baru.





p/s Entry ini ditulis selepas dimohon oleh Missenget aka Shila...

p/s II  sedutan dari status FB : Dulu masa kita kecik2, bapak kita belikan baju Ultraman Taro 

buat baju raya. Tapi bila dah besar, kita dah kerja, gaji ribu2, nak belikan bapak tshirt 

pagoda pun kita lupa.. apsal rasa nak nangis bila taip status ni?

August 25, 2011

Fakta Mercun dan Bunga Api Zulfikar

Assalamualaikum....


Beberapa perkara yang korang tak dapat tahu pasal mercun dan bunga api kalau korang tak rasa sendiri. nak tahu pendapat dan pengalaman aku pasal mercun? sila habiskan pembacaan anda. Jangan baca masa opis hour, opis hour adalah masa membuat kerja...


Baca masa lunch hour, kan takda aktiviti makan, gantikan dengan sesi membaca blog. atau boleh pergi jumpa kak mah tengok katalog, kuih raya ngan baju raya dah tak boleh tempah, dah nak raya, jadi korang tengok-tengok je katalog, kot kot boleh order tupperware baru kan.


1. Mercun yang paling aku benci..


Mestilah mercun Mancis, mercun mancis sebab dia takda api, takde sumbu, takda bunyi sumbu terbakar, ada asap sikit je bila diorang nyala, bila dah nyala, diorang campak masuk dalam beg mengaji, atau campak dalam kasut, atau campak sebelah korang masa korang duduk lepak-lepak kat tembok depan rumah.


5 hingga 10 saat lepas tu baru meletup, bila meletup korang akan terkejut. Terkejut kerana mercun tidak akan buatkan korang benci pada mercun mancis dan si dajal yang nyalakan...


Tapi terkejut sambil menjerit keluar suara pondan macam ziana zain tarik lagu 'kau kunci hati ku dalam hati mu' itu yang buatkan korang benci tau tak.


" lagu tu bukan Ziana zain nyanyi, lagu tu Ramlah Ram nyanyi la zul, Ziana zain nyanyi lagu Teratai layu di tasik madu"


" aku tau, saja buat-buat comel tak tau, aku tau Ziana Zain nyanyi  lagu madah berhelah kan? lagi satu teratai layu tu Fauziah Latif yang nyanyi tau tak??? dia tu anak latif ibrahim 'pilih lah aku..jadi temanmu' tau tak ko?"


Mercun mancis adalah mercun yang penuh dengan muslihat dan adalah satu senjata bagi mereka yang dayus, letupkan mercun mancis ibarat pukul curi di medan perang... Huhhh aku benci Mercun Mancis!


2. Saat paling potong stim masa main bunga api.


Saat korang main bunga api bodoh tu, bunga api yang kaler merah tangkai belang-belang tu, sekali bunga api tu belerang kat tengah-tengah atau pangkal dia terPADAT.... bila terpadat, dia meletup. korang akan terkejut yang amat sangat.


Pastu kalau korang tengah main ngan adik-adik yang kecik lagi, bila dia duk pusing-pusing bunga api tu, sekali meletup sebab belerang padat, adik korang akan menangis terkobak-kobak, menjerit sampai nampak anak tekak.


Bila adik korang nangis mcm tu, mak bapak korang akan keluar dari dalam rumah dan perkara pertama diorang akan cakap adalah....


" hah ikar, kamu buat adik nangis ye? kenapa kamu buat adik kamu? kamu curi bunga api dia kenapa? nak kena batang reket ke? ni yang aku tak gemor kamu main bunga api nih..."


" mana ada ika buat dia mama, bunga api julia tu yang meletop tetiba, dia terkejut tu yang dia nangis tu"


" bunga api boleh meletop? kamu jangan nak menipu ikar, dah dah masuk dalam, takyah dah main bunga api!"


Amacam korang rasa tak apa yang aku rasa? potong stim kan?


3. Bunga api dan mercun paling magic


Mestilah bunga api Ular, bila nyala dia keluar ular berlingkar-lingkar atas simen,bau dah la busuk. 


Satu lagi bunga api besi cap mata kucing tu.


" apa tah magiknya Zulfikar ni tah, poyo je"


" bunga api besi tu takleh padam, percaya la cakap aku, cuba ko try kambus ngan pasir, ko try tiup, pastu ko try pijak, pijak pakai selipar murah tau yang lembut-lembut cepat terbakar tu. pastu ko try rendam bunga api tu dalam air longkang depan rumah korang, kompom tak padam, siap nyala dalam air longkang lagi...... blup blup blup blup meletop air longkang campur asap belerang, bau busuk mcm bau kentut"


4. Macam mana rasa sakit bila jari kena mercun?


Korang mesti tertanya-tanya macam mana rasa sakit kene mercun kan? aku pernah rasa dah. jari aku kena mercun masa aku main mercun batik.


Mercun batik ni macam mercun papan, tapi dia lagi besar dan meletup lagi kuat. Aku yang degil masa tu konon-konon nak nyala kat tangan lepas tu baling la, mcm Rambo baling grenade la kan.


10 biji baling pas! yang last tak pas sebab sumbu dia pendek, tapi aku degil nak tunjuk terer gak, nyala dengan gaya nak campak terus, sekali tak sempat, meletup kat jari, sakitnya ya ampun.... sampai aku melompat lari masuk dalam bilik terus tidur.


Takut mak aku tau aku kena mercun, nanti kena marah lagi, rupa nya bila mak aku tau, dia kesian, dia sapukan ubat gamat langkawi. tapi kena bebel jugak la. cuma bebel bebel manja yang penuh kasih sayang penawar luka.. weeeewiiitttt....


" taaapiii.. macam mana sakit dia zulfikar?"


sakit dia macam jari terketuk Hammer kuat-kuat masa ko tengah paku kat dinding nak gantung wayar langsir.


" tapi aku tak pernah kena ketuk hammer jari aku ni Zulfikar"


" ko bayangkan sakit dia macam jari ko kena lenyek dengan tayar lori"


" lenyek tayar lori? lagi la tak pernah Zulfikar"


" issskkk, pernah tersepit pintu?


" pun tak pernah Zul"


" pernah kena penampor sambil jari ko kena pijak kuat-kuat dengan kasut tumit keras?"


" lagi la tak pernah...."


" meh sini aku bagi 'pernah' meh"




**************

Ini Mercun Papan, mercun batik macm ni jugak tapi badan dia lagi gemuk, ngan ada corak2 batik kaler biru dan hijau, aku cari gambar dia kat google tak jumpa lahh! korg bygkan je lah.


Ini mercun mancis, nampak, takde sumbu kan?


ini bunga api besi, nampak tak mata kucing?
Ini bunga api bodoh. atau bunga api sekupang.

P/S aku tak suke main meriam buluh atau meriam tanah sebab aku taknak muka aku pecah jadi tak hensem, lagipun aku dah pernah rasa sakit jari meletup kena mercun membuatkan aku jadi penakut sikit.

August 24, 2011

Seni Merajuk Yang Tiada Galang Ganti

Assalamualaikum...


Semua manusia pernah merajuk. Korang ingat semua lelaki dalam dunia ni lahir-lahir terus jadi 'macho tough rockers man kidal rambut  macam slash gun and roses metalica stone cold steve austin can u smell what the rock is cooking' ke?


Korang ingat semua perempuan ganas lahir-lahir terus jadi 'emo, gothic, alternative punk rock indieband minat Hujan sebab rambut Noh itu menawan' membesar mcm tu ke?


Takyah cover line sangat, semua manusia masa kecik-kecik akan merajuk. Kalau ikutkan ilmu human behaviour ni, merajuk itu adalah salah satu kaedah menunjukkan perasaan bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu keputusan atau keadaan atau pandangan orang pada empunya diri. 


Ada macam-macam jenis merajuk, ada merajuk layan sentimental, asal merajuk je duk diam kat bucu dinding sambil muncung dengan harapan ada orang kesian. datang pujuk sambil bawak teady bear.


Ada orang merajuk dengan cara duduk katak sambil kaki mencapap, mata mengalir air mata membasahi pipi, sambil bibir bawah mencebik keluar. Konon-konon meratapi nasib sendiri yang sangat malang.


Ada orang merajuk dengan cara mengamuk, orang putih panggil 'throwing tantrum'.. Keadaannya sangat menakutkan, jenis budak-budak over-spoiled yang kalau pergi pasaraya tak dapat barang yang dia nak, dia akan hentak-hentak kaki, menjerit-jerit, berguling-guling atas lantai, menjerit sampai nampak anak tekak bergetar, pastu mata mengalirkan air mata darah dan mulut mengeluarkan air liur berasid..


Awas, jangan sentuh budak tengah throwing tantrum, kerana ia sangat bahaya, jika anda tersentuh anda bakal dicemari dengan sinaran radioaktif.** ini dinamakan seni exaggerate dalam bidang penulisan.


Entahlah, aku memang pantang tengok budak jenis merajuk mengamuk macam ni, sebab mungkin budaya aku membesar, adik beradik kami memang dilarang keras mengamuk-ngamuk tak tentu pasal, jangan cakap adik beradik aku je, sepupu-sepupu aku semua tak berani mengamuk guling-guling atas lantai bila mak atau bapak aku ada kat rumah diorang. Aura kepimpinan kot. Atau misai bapak aku tu tebal macam ular sawa.


Kalau aku dulu, bila merajuk mengamuk guling-guling ni, nanti mak bapak aku akan kurung kami dalam jamban sebagai peringatan bahawa dengan menunjuk perasaan melalui kaedah hempas-hempas badan dan jerit mulut terkangkang kobak, ia tidak akan memberikan hasil yang berbeza, dan orang takkan nak please kau punya kehendak. 


Merajuk mestilah penuh dengan kesopanan, gerak laku mesti penuh elegance seperti angsa yang sedang menari...


" tapi kenapa angsa yang sedang menari Zulfikar?"


" entah, sebab masa sekolah cikgu aku selalu cakap, pergerakan paling gemalai adalah ibarat gracefully dancing swan" 


Padahal, angsa kat rumah jiran aku dulu, selalu kejar kami, kerja tau nak patuk buah kami je, punya jahat angsa ni, lebih jahat dari anjing yang kena tambat. 
Entah mana gracenye entah! buah betis ye, lupa nak taruk betis lepas buah, bukan buah lain.


*******************
Aku dulu masa kecik-kecik banyak kali jugak merajuk, dan banyak peristiwa yang aku ingat sampai sekarang, tapi peristiwa merajuk yang paling Legend aku pernah buat sampai aku tak boleh lupa ada dua....


1) Merajuk Taknak Masuk Kedai Wanggey, (nasik Kandar dekat Ipoh)


Setiap tahun aku akan raya dekat ipoh, sebab kampung halaman mak bapak aku kat ipoh, selalunya kami akan balik beraya 3, 4 hari awal sebelum raya, jadi dapatlah berpuasa kat sana sambil jalan-jalan cari makan nostalgia.


Dekat Ipoh, selain dari kueyteow goreng kerang, nasik ayam hailam, mee kari, laichikang ada telur puyuh rebus, yong tau fu, fish head kari coffee house tokey china, dan nasik daun pisang tamil yilem the villas, ada satu lagi kedai restaurant terhebat, nama kedai tu....
'Kedai Nasik Kandar Wanggey Station Bus Tanjung Rambutan'
panjang kan nama dia? nama dia sebenarnya orang tak tau, orang cuma refer nama macam tu la bila nak cerita pasal dia,  Nasik kandar dia sangat sedap, kadang-kadang ada orang gradekan yang ia lebih sedap dari kebanyakan Restaurant Nasik Kandar-pseudo ie; Pelita, Kayu dan Subaidah. 


pada satu hari, kami sekeluarga setting nak bukak puasa dekat nasik kandar wanggey ini, tapi disaster nak berlaku, ada seorang budak comel bernama Zulfikar telah terpengaruh dengan iklan TV A&W... iklan tu sangat best sebab ada beruang besar yang sedang menari-nari sambil pegang mug rootbeer float.




Dengan perasan yang mak bapak aku akan dengar proposal aku untuk bukak puasa dekat A&W telah membuatkan aku menaruh harapan dari pukul 3 petang....


" yesss malam ni abah bawak kami bukak puasa dekat restoren A&W ada beruang pegang air sarsi ada aiskrim"


" Malam ni kita bukak puasa dekat pekan ye, tak yah masak tau" abah cakap dekat kami.


Bila sampainya masa tu, dalam pukul 5.30 macam tu, kami pun keluar nak bukak puasa, bila lalu je dekat restaurant A&W tu, bapak aku takda bayang-bayang pun nak slowkan kereta, takda hint pun macam nak cari parking, takda gaya pun macam nak drop off kami depan pintu A&W tu...


Bapak aku terus je bawak kereta tu laju-laju pergi tempat yg sangat familiar, iaitu all time family aku punya favourite restoren iaitu nasik kandar wanggey. apa lagi, masa tu aku punya tak puas hati hanya tuhan yang tahu....


"Abah, kita nak pergi mana ni bah? tadi abah cakap nak makan kat A&W"


" tak jadilah nak makan sana, lapar nasik la, kita makan nasik kandar la baru sedap, ammak rombek nallarekek!"


bapak aku cuba buat lawak cakap tamil sambil goyang-goyang kepala sambil sengih-sengih. Tapi sumpah masa tu aku rasa annoyed gila, aku sikit pun tak rasa lawak. Apa ni kes mungkir janji, tak boleh dibiarkan!


nasib baik masa tu Hazama takde lagi, kalau tak mesti aku dah nyanyi lagu mungkir bahagia dalam kereta!


" Hei zulfikar, Hazama tu nyanyi lagu tanya sama pokok la, Hazami tau tak, Hazami..Hazami!"


***********************
Masa dalam kereta, aku cuma layan muncung mulut je, sambil mata buat pandangan redup dan tajam, tapi agak-agak 20 minit takde respon dari mak bapak aku, aku ubah strategy dengan membuat gaya merajuk zaiton sameon, bangun dari sandar kat kerusi, pandang kat tingkap kereta, buat pandangan jauh, mata tak berkelip sambil mengalirkan air mata azean irdawaty.
" pun takde sape kesian jugak"
Last-last, bila dah parking semua, nak pergi restoren wanggey tu, langkah kaki aku longlai je, sambil jalan macam nak seret-seret selipar...tangan panjang je ke bawah macam orang utan...sedih kan???
"pun takde sape kesian jugak"
Mak bapak aku buat dek je, langkah terakir, bila dah nak masuk pintu restoren wanggey tu, aku buat gerakan finishing yang tiada tolok bandingnya..


Gerakan ini akan memahatkan kenangan yang memalukan dan meloyakan bagi aku... aku merajuk gila babi, taknak masuk dalam restoren, mata berair, hingus meleleh, sambil aku berdiri je kat luar restoren nasik kandar tu sambil aku bersedih pandang lantai, kaki kuis-kuis pasir. Tragis kan?


Agak tragis la jugak kalau restoren tu full pack ramai orang, semua orang yang perasan tengok je sesi merajuk tunjuk perasaan aku. Malu gila wehh!!


" Malu gila wei, ko rasa apa masa tu Zulfikar? ko tak malu ke?"


Tak malu ko cakap? malu gila sekarang,  tapi sebab masa tu aku budak-budak sangat, umur dalam 4-5 tahun tu buat aku tak rasa malu, sebaliknya aku rasa akan adanya makcik dan pakcik yang kesian tengok aku dan bersimpati, lantas cakap dekat mak-bapak aku. 


" kesian teman tengok anak kamu tu yeop, pergi la bawok dia makan A&W tu, sedih bebenor tengokkan muka dia. udah rupe sardin!"


kadang-kadang aku berangan jugak ada kakak yang cun macam Raja Ema akan datang pujuk aku macam bidadari turun dari UFO....


Tapi itu semua hanya angan-angan dan impian aku je, Takde siapa yang ambik peduli pun, orang duk tengok kejap je, pastu diorang sambung kelam kabut siap-siap nak berbuka. 


Aku je perasan sendiri kot-kot mak aku kesian kat aku, tapi bila tengok mak aku bangun kelam kabut pergi kaunter display lauk pilih ayam, sotong ngan ikan bawal. Aku mula rasa punah harapan.


Pastu, sesi merajuk tunjuk perasaan ini berakhir, bila bapak aku bangun pergi dekat mak aku, Kaunter display lauk tu dekat pintu masuk, aku pulak merajuk dekat pintu masuk konon-konon taknak masuk la..


Bapak aku cakap.....


" kamu nak protes sampai bila ikar? kamu taknak makan? tak lapor? masuk makan! takde sape nak bawak kamu makan A&W"


" Tapi abah cakap siang tadi, nak bawak gi makan A&W..sooott.. soott.. srott.. sob sob sob..huk huk sob sob"


" Takde-takde, kamu tak makan sekarang, balik nanti kamu lapor, abah kurung dalam jamban, biar tidur dengan katak!"


Dengar je kurung dalam jamban tidur dengan katak, terus hilang mood merajuk aku. cepat-cepat aku masuk duduk kat table sambil tunggu azan maghrib bukak puasa. Tragiskan ending episod merajuk aku?


Dah lah takde sape nak kesian, pastu takde sape nak pujuk, tak dapat makan A&W, dapat ancaman kurung jamban pulak tu. 


"Kesian betul Budak Zulfikar tu lah"

 *******************

Ini Nasik Kandar Wanggey Versi kuah banjir lauk banyak tak ingat dunia

Inilah rupa all time favourite restoren nasik kandar keluarga aku, dan inilah rupa scene merajuk aku, exactly sama, sebab  tak berubah lansung rupa dia

Ni kaunter display lauk tempat mak aku pilih2 lauk ayam, ikan semua bagai.

ni portion, dan lauk yang selalu aku mintak, cuma aku  punya kari lebih dan  ada kuah pedas. Bulan-bulan puasa ni memang la sedap tengok gambar ni kan? Yang si Zulfikar ni takde benda lain ke nak letak?

P/s sebabkan aku tengok entry ni dah dekat 8 page kalau convert dalam word, aku sambung merajuk #2 kat entry lain la ye..  :)  apa kata korang citer sikit2 merajuk korang kat ruangan komen.. weeehuuuuu~~~

August 23, 2011

Pukulan Tanpa Bayang, Sepakan Padu Maut

Assalamualaikum...


Nanti-nanti lah aku sambung cerita nostalgia dan kisah cinta, ni aku nak cerita tentang rasa yang menjentik tawadhuk ke dalam hati.


Ramai manusia yang pandai berkata-kata. Ramai manusia yang handal berhujah, ramai manusia yang semangat berdakwah, ramai juga manusia yang jadi pemerintah..tapi nak cari manusia yang tawadhuk dalam ibadah itu yang susah...


Sama la jugak macam aku, kadang-kadang kalau dah selalu mabuk dengan pujian, kita lupa dengan rasa rendah diri, walaupun kita cuba justify dengan ayat macam ni.....


" aku taklah hebat sangat, aku biasa-biasa jeee"


Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa pujian dunia itu telah menjauhkan manusia dari sifat tawadhuk, Dan apabila kita merasakan kita hebat walau dalam bidang kita buat membuatkan kita lupa kita hanya hamba.


Kadang-kadang Tuhan nak ingatkan kita tentang tawadhuk bukan dengan pesanan dari Ustaz atau Tuan guru, bukan juga dari Pahlawan Blog dan Facebook 'Mohon Share ye!" tapi hanya dengan sembang-sembang ringan seorang kawan.


******************
Steph : Hai Zul, How are you, lama tak dengar cerita, how's life?


Zul : aku okey skrg, alhamdulillah... cuma skrang busy sikit hal kerja. dah nak dekat raya, dan dan lah kerja banyak steph oiii... kau amacam? anak sihat?


Steph :  family aku semua sihat..biasa lah tu zul, semoga success dengan kerja kau, harap-harap semua kerja setel ok, jangan give up.


Zul : Itu lah, aku dah buat sehabis baik, aku dah buat yang aku terdaya, semua aku dah buat, hari ni dateline, due date yang final, kalau tak setel jugak, aku tak tau la. The Last Frontier aku berdoa banyak-banyak kat Allah la steph.


Steph : Tak boleh macam tu, semua benda kita kena letak Tuhan firtst place kat depan semua benda, Jangan jadikan Tuhan Last frontier or last resort. Mula dengan ingat tuhan, habis pun doa kat Tuhan.


Zul : errrrr.. gulp... err... betul la kau cakap steph, sebenarnya aku bermaksud, kita kena usaha dulu semua benda, dah usaha baru bertawakal, berserah pada Tuhan.


Steph : Konsep Tawakal tu pun betul, konsep buat kerja Demi Tuhan pun kena apply jugak zul.


Zul : Astaghfirullah al-azim, apa dah aku buat ni, mintak la tuhan ampun dosa aku. Thanks Steph. appreciate it so much.


"kau tahu Rasa dia macam mana masa tu?"


"Rasa pada masa itu, umpama Rasaksa gorgon terkena pukulan tanpa bayang dan sepakan padu maut Kesatria Baja hitam.."


Aku yakin Steph nasihat aku ikhlas tanpa sebarang agenda, dan aku kenal dia dah lama... Nasihat ikhlas macam tu mampu menjentik hati tanpa perlu hujah berjela-jela dan tanpa sifat 'aku lebih mulia dari kau'


************************


Tak kiralah kau Ustaz Youtube yang Popular...


Tak kiralah kau Tok Guru disanjung ramai...


Tak Kiralah Kau blogger terhebat sepanjang zaman..


Tak kiralah kalau orang panggil kau 'Manusia kurniaan Tuhan'


Tak kiralah kau pakai tudung bawal...atau tudung Hana Tajima.


Tak kiralah kau Tahu Nama ke - 100 Allah...


Tak Kiralah Maqam Tarekat, Makrifat dan Hakikat kau dah sampai Maqam ke 7.


Tak kiralah kau Cakap Lim Guan Eng adalah umpama Khalifah Umar Abdul Aziz...


Tak kiralah kau  Perdana Menteri,Menteri, timbalan menteri atau menteri pasola..


Tak Kiralah kau Isteri Perdana menteri, Isteri Manusia Kurniaan Tuhan atau Isteri Tuan Guru


Tak Kiralah  kau doktor, engineer atau suri rumah sepenuh masa..


Tak Kiralah kau Ahli Karkun Tabligh ada pengikut 200,000 orang


Tak Kiralah kau semangat nak hukum orang lain lekeh dan masuk neraka....


Jika lagak kau umpama kau suci dari dosa, dan orang lain nampak hina di mata kau, aku rasa elok kau istighfar banyak-banyak. 'kau' itu juga merujuk 'aku'.


Semua manusia tidak suci dari dosa, setiap manusia hari-hari buat dosa, Nabi saw yang maksum itu pun beristighfar beratus kali setiap hari walaupun dia Habibullah. 


Ini kan kita manusia biasa, kita terdedah dengan dosa..


dan penyakit tidak tawadhuk itu lebih menjauhkan lagi kita dari rahmat dan pengampunan Tuhan Allah Azzawajalla..


"Bilakah masanya manusia itu mula jauh dari sifat tawadhuk?"


"Apabila mulut dia semakin senang memperlekehkan insan lain, apabila mulut dia terlalu senang me'Neraka'kan orang, apabila dia rasa syurga itu hanya untuk dia dan puak dia. Apabila dia rasa semua kata-kata dia lebih hebat dari manusia lain, apabila dia merasakan setiap ibadah dia adalah paling baik untuk tontonan, apabila dia merasakan ibadah dia untuk kepuasan hati sendiri berbanding semata-mata kerana Tuhan"


"Apakah itu Istighfar?"


"Astaghfirullah.....maknanya aku memohon ampun daripada Allah"




"Wahai Kesatria baja hitam, di manakah belalang tempur engkau? dan lagi satu.. kenapa perlu Baja?"


P/s Apabila matinya seorang anak adam, maka terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara, Sedekah, Ilmu yang disampaikan dan Doa dari anak yang soleh

August 22, 2011

Metamorphosis Kefahaman

Assalamualaikum....


Islam adalah agama kehidupan. Islam adalah agama logik, islam adalah agama rasional, indahnya islam itu apabila ia tidak menjadikan penganutnya kartun dan tatacaranya ibadahnya sarkis. Tepatnya Islam itu apabila segala Ibadah dan kisah teladan berlandaskan Nas Al-quran dan Hadis.


************************


1) Dalam kita nak beribadah dan berdakwah yang bagus, kita mesti pegang pada 2 perkara Utama...


1. Niat kita ikhlas kerana Allah Taala, pada setiap hal yang kita lakukan.
2. Tatacara ibadah kita tepat ikut cara yang Nabi saw ajarkan.


Kaedah di atas bersangkut-paut bersama. Mesti seiring.


Jangan Ikut kaedah 'semangat lebih' dan jangan ikut teori tolak tambah syok sendiri. sebab sebelum Nabi saw wafat, Allah telah sampaikan bahawa agama islam ini telah sempurna dan diredhakan sebagai agama anutan seluruh manusia hingga kiamat.


Menyentuh sikit pasal tulisan aku pada Isu tidak pakai tudung masuk neraka, ada orang yang berhujah ikut sentimen, kalau ikut dalil aku setuju untuk berbeza pendapat..mungkin aku tertinggal dalil dan nas, mungkin aku budak bodoh yang tak habis belajar, aku hanya insan biasa yang berborak ringan-ringan je, aku bukan Mujtahid.


Hujah sentimen begini menimbulkan keraguan : 


" takpelah diorang cakap tak pakai tudung KOMPOM masuk neraka, tujuan dan niat baik kan nak bagi orang free hair Insaf!"


Niat sahaja tidak cukup, kena follow dengan cara dan kaedah yang nabi ajar, sebab itu pun nabi saw dihantar kepada manusia...supaya menjadi contoh kepada manusia biasa. Baginda Makan, minum, mandi, bergaul dengan isteri, luka, sakit, gelak, nangis, tegas, hidup dan mati.


Namun banyak juga hujah yang bernas dan aku sokong pendapat itu. kalau aku sendiri tidak boleh menerima perbezaan pendapat, maknanya aku ni cakap putar belit, tak macam yang aku kempenkan selama ini.


Jadi, tolong jangan jadi syok sendiri masa nak berdakwah, jikalau tak tau dan tak pasti, anda ada dua kaedah, satu pergi sambung mengaji atau tanya balik dengan Ustaz yang berkaliber atau buat macam aku.. kalau tak tau diam.. jangan cakap.. 
"Sesungguhnya diam itu pelindung kepada orang bodoh dan hiasan pada orang pandai"
Kalau nak ikutkan kaedah niat, ramai manusia yang beribadah dengan niat yg ikhlas, Sami buddha punya la tawadhuk sampai taknak makan daging, taknak kawin, tak boleh ada harta, tak boleh ada nafsu.. tapi cara dia tak mengikut apa yang Nabi ajar dan tak ikut Nas Al-quran, maka ibadah dia tidak diterima di sisi Allah.


Kalau nak ikutkan kaedah 'niat baik dan buat benda baik takpa', berapa ramai paderi kristian yang baik dengan jiran mereka, hulur bantuan pada fakir miskin, tak berkahwin..konon-konon tolak nafsu godaan wanita dan hidup tidak mengumpul harta... tapi kerana konsep dan cara beribadah itu tidak sama dengan yang Nabi ajar dan Allah firman dalam Alquran, maka ibadah dan amalan dia tertolak di sisi Allah.


sama la juga dengan cerita sami Hindu, Zoroastrian, Yahudi, dan lain-lain lagi.


" Tapi Zulfikar, Bidaah ada yang baik dan ada yang tak baik, bidaah yang baik kalau kita buat takpa"


" Kalau bidaah itu baik, Sudah tentu Rasulullah dan Para Sahabat sendiri berlumba-lumba buat dulu masa hayat mereka, sebab mereka paling bertakwa dan paling rajin beribadah mencari redha Allah"


" Tapi Bukan semua benda zaman moden ni ada pada zaman Nabi, kalau semua nak Ikut cara nabi, kita kena naik Unta je la"


" Istighfar banyak-banyak, jangan jadi rebellious sangat, Bidaah dan tokok tambah yang dilarang adalah dalam Hal IBADAH dan perkara Ghaib yang Allah sampaikan...tapi perkara muamalat dan kehidupan seharian ia tidak dikelaskan dalam hal bidaah"


Biar buat sikit amalan asalkan ia tepat dengan sunnah. Jangan semangat lebih, tapi tak pasti hujung pangkal.


*******************

2. Hadis yang mengatakan ramadhan itu awalnya(10hari) adalah Rahmat, pertengahannya(10hari) keampunan dan akhirnya(10 hari) adalah bebas dari api neraka...adalah mungkar..


Ia adalah Hadis Mungkar, ada pula yang mengatakan ia hadis Dhaif. bukan aku yang cakap, bukan aku syok sendiri, tapi aku dengar Dr MAZA yang ceramah.


" tapi Dr Maza tak boleh pakai zul, dia tu org cakap wahabi dan dia bukan Muhadhithin"


"okey, takyah guna Dr Maza yang cakap tapi Ibnu Hajar Al-asqalani, Ibnu Khuzaimah dan Imam As-Suyuthi yang cakap, mereka semua ini Ulamak Hadis yang Tersohor"


Nak dapatkan lebih pencerahan, boleh sambung pembacaan di Blog INI


Sekian khidmat bertukar-tukar pendapat di malam hari ramadhan, semoga kita semua dapat manfaat. Dan aku Insyallah taknak ego, kalau aku salah, sila ajar di ruangan komen, lagi best kalau ada sumber rujukan Dalil.



P/s siapa dah beli baju raya, angkat tangan!!!

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...