August 23, 2011

Pukulan Tanpa Bayang, Sepakan Padu Maut

Assalamualaikum...


Nanti-nanti lah aku sambung cerita nostalgia dan kisah cinta, ni aku nak cerita tentang rasa yang menjentik tawadhuk ke dalam hati.


Ramai manusia yang pandai berkata-kata. Ramai manusia yang handal berhujah, ramai manusia yang semangat berdakwah, ramai juga manusia yang jadi pemerintah..tapi nak cari manusia yang tawadhuk dalam ibadah itu yang susah...


Sama la jugak macam aku, kadang-kadang kalau dah selalu mabuk dengan pujian, kita lupa dengan rasa rendah diri, walaupun kita cuba justify dengan ayat macam ni.....


" aku taklah hebat sangat, aku biasa-biasa jeee"


Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa pujian dunia itu telah menjauhkan manusia dari sifat tawadhuk, Dan apabila kita merasakan kita hebat walau dalam bidang kita buat membuatkan kita lupa kita hanya hamba.


Kadang-kadang Tuhan nak ingatkan kita tentang tawadhuk bukan dengan pesanan dari Ustaz atau Tuan guru, bukan juga dari Pahlawan Blog dan Facebook 'Mohon Share ye!" tapi hanya dengan sembang-sembang ringan seorang kawan.


******************
Steph : Hai Zul, How are you, lama tak dengar cerita, how's life?


Zul : aku okey skrg, alhamdulillah... cuma skrang busy sikit hal kerja. dah nak dekat raya, dan dan lah kerja banyak steph oiii... kau amacam? anak sihat?


Steph :  family aku semua sihat..biasa lah tu zul, semoga success dengan kerja kau, harap-harap semua kerja setel ok, jangan give up.


Zul : Itu lah, aku dah buat sehabis baik, aku dah buat yang aku terdaya, semua aku dah buat, hari ni dateline, due date yang final, kalau tak setel jugak, aku tak tau la. The Last Frontier aku berdoa banyak-banyak kat Allah la steph.


Steph : Tak boleh macam tu, semua benda kita kena letak Tuhan firtst place kat depan semua benda, Jangan jadikan Tuhan Last frontier or last resort. Mula dengan ingat tuhan, habis pun doa kat Tuhan.


Zul : errrrr.. gulp... err... betul la kau cakap steph, sebenarnya aku bermaksud, kita kena usaha dulu semua benda, dah usaha baru bertawakal, berserah pada Tuhan.


Steph : Konsep Tawakal tu pun betul, konsep buat kerja Demi Tuhan pun kena apply jugak zul.


Zul : Astaghfirullah al-azim, apa dah aku buat ni, mintak la tuhan ampun dosa aku. Thanks Steph. appreciate it so much.


"kau tahu Rasa dia macam mana masa tu?"


"Rasa pada masa itu, umpama Rasaksa gorgon terkena pukulan tanpa bayang dan sepakan padu maut Kesatria Baja hitam.."


Aku yakin Steph nasihat aku ikhlas tanpa sebarang agenda, dan aku kenal dia dah lama... Nasihat ikhlas macam tu mampu menjentik hati tanpa perlu hujah berjela-jela dan tanpa sifat 'aku lebih mulia dari kau'


************************


Tak kiralah kau Ustaz Youtube yang Popular...


Tak kiralah kau Tok Guru disanjung ramai...


Tak Kiralah Kau blogger terhebat sepanjang zaman..


Tak kiralah kalau orang panggil kau 'Manusia kurniaan Tuhan'


Tak kiralah kau pakai tudung bawal...atau tudung Hana Tajima.


Tak kiralah kau Tahu Nama ke - 100 Allah...


Tak Kiralah Maqam Tarekat, Makrifat dan Hakikat kau dah sampai Maqam ke 7.


Tak kiralah kau Cakap Lim Guan Eng adalah umpama Khalifah Umar Abdul Aziz...


Tak kiralah kau  Perdana Menteri,Menteri, timbalan menteri atau menteri pasola..


Tak Kiralah kau Isteri Perdana menteri, Isteri Manusia Kurniaan Tuhan atau Isteri Tuan Guru


Tak Kiralah  kau doktor, engineer atau suri rumah sepenuh masa..


Tak Kiralah kau Ahli Karkun Tabligh ada pengikut 200,000 orang


Tak Kiralah kau semangat nak hukum orang lain lekeh dan masuk neraka....


Jika lagak kau umpama kau suci dari dosa, dan orang lain nampak hina di mata kau, aku rasa elok kau istighfar banyak-banyak. 'kau' itu juga merujuk 'aku'.


Semua manusia tidak suci dari dosa, setiap manusia hari-hari buat dosa, Nabi saw yang maksum itu pun beristighfar beratus kali setiap hari walaupun dia Habibullah. 


Ini kan kita manusia biasa, kita terdedah dengan dosa..


dan penyakit tidak tawadhuk itu lebih menjauhkan lagi kita dari rahmat dan pengampunan Tuhan Allah Azzawajalla..


"Bilakah masanya manusia itu mula jauh dari sifat tawadhuk?"


"Apabila mulut dia semakin senang memperlekehkan insan lain, apabila mulut dia terlalu senang me'Neraka'kan orang, apabila dia rasa syurga itu hanya untuk dia dan puak dia. Apabila dia rasa semua kata-kata dia lebih hebat dari manusia lain, apabila dia merasakan setiap ibadah dia adalah paling baik untuk tontonan, apabila dia merasakan ibadah dia untuk kepuasan hati sendiri berbanding semata-mata kerana Tuhan"


"Apakah itu Istighfar?"


"Astaghfirullah.....maknanya aku memohon ampun daripada Allah"




"Wahai Kesatria baja hitam, di manakah belalang tempur engkau? dan lagi satu.. kenapa perlu Baja?"


P/s Apabila matinya seorang anak adam, maka terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara, Sedekah, Ilmu yang disampaikan dan Doa dari anak yang soleh

17 comments:

  1. suka..suka..suka...!!

    astaghfirullah~~

    kene baiki niat aku ni..

    patut laa aku asik menggelupur..

    letak Allah last resort..

    hurmm..

    moga ari esok lebih baik untuk kita semua...

    ReplyDelete
  2. missSenget : suke kan? aku masa tu suke campur senak... ckp mcm terer.. sekali konsep Demi Allah pun tunggang langgang...

    semoga manusia tenang dalam mencari makna hidup.

    ReplyDelete
  3. huh, aku sangat2 terasa. kena ubah banyak aku nih. haish.

    ReplyDelete
  4. usaha,doa,tawakal. bila dia cakap dari mula kerja niat perlu kerana tuhan tu aku pun tfikir japp.huu..

    ReplyDelete
  5. terima kasih post~ :]

    astaghfirullah~

    ReplyDelete
  6. HaikalBlank : aku lagi terasa masa kene sound dengan steph tau! huhuuuu

    Sweetymui : tersentak kan?

    daim : sama2.. astaghfar banyak2, pengampun dosa dan pemakbul doa..

    ReplyDelete
  7. steph tu stephen eh? indian ke?

    bagus kawan ko yg mengingatkan ko tu walaupun die bukan seagama(kalau bukan la berdasarkan nama)..aku pun respek org macam tu..kite ni hidup tak kesah la siapa pun yg ingatkan kita..tak semestinya nak kena alim ulama je tegur..org biasa2 pun takpe..amik pengajaran yg baik2 dari peringatan mereka..kan?

    aku sendiri pun selalu rasa dosa aku makin berlambak2..bukan makin berkurang..ye la, bukan aku sedo aku ade terbuat salah dgn sape2 kan..dosa jugak tu..wuuu..insaf~~

    ReplyDelete
  8. insaf aku bc entry nih.. betul ar ckp kwn ko, apepun Allah first..

    mohon share.. miahahaha

    ReplyDelete
  9. Sha : Stephani Francis Dominic.. serani T_T

    Jue : sila sila share... wakakakakaka

    ReplyDelete
  10. adeh, aku kena sepak terajang oleh entri ini.

    ReplyDelete
  11. kita smua sama..hanya beza iman.. :(

    Satria Baja hitam tak best..otomen lagi best.. ekkeke

    ReplyDelete
  12. mudah dan simple tapi menikam jiwa...erghhhh!


    keh3!

    ReplyDelete
  13. a,ah bukan mudah ..
    kdg2 memang selalu alpa ..huhu
    thanx bro for this entry ..
    insyaAllah

    ReplyDelete
  14. wowwwww...

    ternganga aku sat baca nih...

    ReplyDelete
  15. dulu masa kecik kawan aku kata nama dia kesatria baja hitam, aku pulak cakap nama dia suria perkasa hitam. Tapi tak kesahlah sapa yg betul. rasa2 sama saja dua2 tu.

    Saja nak share ngan ko video lucu ni walau pon tak de sape 'mohon share'. hehehe
    Satria Baju Hitam - Pengumuman Raya

    p/s : Totally agreed that Allah should be place 1st above all matters. :)

    ReplyDelete
  16. bukan baja la..Kesatria BAJU Hitam..suria perkasa hitam pun betul juga.. sebab dulu2 ni la citer favourite aku..tak ingat yang mana dulu ..samada kesatria baju hitam pastu tukar suria perkasa hitam atau sebaliknya ..hehe

    ReplyDelete
  17. Fakta penting pasal tayangan suria perkasa hitam@kamen rider black di malaysia

    1) ditayang di rtm tv1 hari khamis pukul 4.30 ptg pd tahun 1991-1992

    2) nama rasmi versi malaysia ialah suria perkasa hitam, dalam dialog alih suara bhs malaysia dia dipanggil dgn nama tu.

    3) tetapi knp juga dipanggil sbg ksatria baja hitam? baja hitam adalah nama versi indon. Versi tyangan di msia adalah versi indon dn dialihsuara semula ke bhs msia, di mana tajuk baja hitam trpapar di lgu awal cerita brsama dgn tajuk asal jpun

    4) baja dlm bhs indon brmaksud besi yg sgt keras, bkannya baja taik utk tnam pokok mcm dlm bhs mlayu. Nama indon rider black kalau tukar ke bhs melayu bunyinya 'pahlawan besi hitam'

    5) tak habis tayang kat malaysia disebabkan polisi kementerian penerangan pada masa itu yang melarang tayangan rancangan berunsur seram dan tahyul

    6) kesimpulannya, nama2 rider black adalah spt brikut:
    1- kamen rider black(nama jepun)
    2- masked rider black(nama inggeris/antarabangsa)
    3- suria perkasa hitam(nama malaysia)
    4- ksatria baja hitam(nama indon)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...