August 9, 2011

Keterujaan Yang Kian Pupus - Public Phone

Assalamualaikum...


Pada Zaman dulu, berlakunya banyak keterujaan, keterujaan ini berlaku bukan kerana kurang belajar, tapi budaya masa itu tidak dapat memahamkan masyarakat tentang tamadun yang berkembang terlalu drastik.


Ada yang mengatakan manusia yang lahir pada tahun 1981 sehingga ke pertengahan 90an adalah generation Y, okey abaikan pengkelasan yang dilakukan oleh sarjana oxford, sebab sikap generasi ini berlainan dengan latar tempat dan budaya masyarakat sesebuah negara.


Aku taknak la poyo-poyo macam sesetengah orang tua cakap....


" Zaman Pakcik dulu...... pakcik nak makan nasik tanam padi sendiri tau tak?"


Jadi bagi mengelakkan cakap berbunyi "aku dulu" yang mengjengkelkan itu, aku nak 'kongsi' kisah hidup kami budak-budak yang lahir 80an di lokasi sub-urban kota metropolitan, tak kisah la KL ke, JB ke, Penang, Ipoh, Kluang, pontian, asalkan ia adalah sub-urban.


****************************
Ada kawan aku tanya...

"kenapa budak-budak yang lahir 82-86 sangat memahami perubahan kemajuan, dan dapat membandingkan  dengan tepat dunia pra-maju ke dunia moden sekarang?" (ditanya oleh Fayad Rahim)

Untuk pengetahuan korang, masa era kami lahir, kami membesar sealiran dengan perubahan kemajuan itu. Walaupun selayaknya abang-abang or pakcik-pakcik yang lebih tua patut lebih faham, tapi pada masa itu, mereka telah pun meningkat remaja dewasa, dan zaman mereka membesar pada era kejakunan teknologi telah berlalu.

mereka tak hairan dan tak amik port sangat, bak kata Nyah Yusuf Rosli...

" mak pandang light light jerrrrr"

Sebaliknya era kami membesar adalah era kejutan budaya, era economic boom, era pertukaran iklim politik dari Perdana Menteri lemah lembut ke Dr Mahathir yang aggresif dan bersemangat juang.

"Ya, pada tahun 1990-93, Ada ahli akademik mengatakan bahawa kemajuan di Malaysia adalah salah satu bentuk kejutan budaya kepada Masyarakat"

Era kami membesar juga adalah keterujaan melihat Proton Wira dirasmikan secara gilang gemilang,dan esoknya semangat sembang kecoh-kecoh kat sekolah. Era itu juga kami sempat merasai perubahan dari kaset player-walkman-discman-sony discman anti shock mahal nak mati kuat makan bateri-mp3 player- ipod - dengar lagu pakai handphone.

Era kami membesar itu adalah dalam ruang lingkup dari melihat rumah takde telefon sampailah kepada kempunan teringin I-Phone, jika dibandingkan dengan anak-anak yang lebih muda mestilah mereka tak dapat membayangkan bagaimana keadaan rumah yang takda telefon dan takda telefon bimbit.

Untuk bacaan yang lebih menyeluruh pasal Handphone boleh klik ke entry kebodohan bersama handphone

******************************

Pada masa itu, Roy gila-gila remaja, geng gagak hitam,rockers kapak dan mat jiwang mencari kepuasan nafsu telinga dengan bergayut dekat public phone, korang yang sebaya dan seangkatan ngan aku ingat tak zaman itu?

ini bukan public phone yg cuba aku gambarkan, ini public phone area sarawak tak silap aku, aku dapat kat google, setengah jam aku cari tak dapat, cuma gambar ni seakan-akan suasana yang aku tengah cerita.

Zaman di mana, malam-malam hari ada 4-5 orang budak muda beratur dekat Public phone plastik warna kuning dengan dinding aluminum. Masa aku kat Kampung Sungai Tua. aku selalu ulang alik depan Public phone tepi jalan tu. 

Public phone tu betul-betul dekat pagar kompleks balairaya, depan rumah cikgu Zawaiyah, tempat aku belajar ngaji tiap-tiap malam pukul 8.00 lepas habis cerita doremon.

Masa tu keterujaan yang tiada taranya adalah apabila, aku terkejut tengok ada mat mat bunga dan rockers kapak yang seret kerusi plastik dari rumah. ada yang pikul atas motor, pastu bila nak bergayut,  duduk mencangkung atas kerusi plastik tu. 



" dah ada kerusi kenapa pulak nak mencangkung? macam tipu je cerita kau ni"

Terpaksa mencangkung, Baru ada feel rockers tengah memadu asmara, takda la nampak sopan sangat, baru tak segan dengan org kampung yang lalu lalang. Pada diorang lebih baik duduk mencangkung atas kerusi dari terpaksa berdiri sejam dua, mau kebas kaki.

Dan pada masa tu, diorang tak boleh parking motor sebelah public phone sebab ada longkang betul betul depan tepon tu, Jadi tak dapat la diorang nak bergayut sambil duduk kat seat motor jipang tank kaler hijau tu.

Pada yang tak bawak kerusi plastik mamak mapeley tu, diorang ada dua pilihan. Samada menjadi Bangau berganti-ganti atau menjadi Jerangkung dalam telefon.

" macam mana rupanya Zulfikar kedua-dua benda tu?"

Bangau berganti-ganti : Mula-mula berdiri dua kaki, lepas setengah jam lenguh, angkat kaki kiri topang kat kaki kanan di bahagian lutut atau betis..badan senget sikit sandar kat dinding aluminum public phone tu. 

Bila dah lenguh kaki kiri, ganti pulak dengan kaki kanan, buat sama macam kaki kiri. ganti ganti ganti ganti lah sampai habis duit syiling di poket, atau lepas kena maki hamun dengan mamat romeo kat belakang yang bengang tunggu giliran.

Jerangkung dalam Telefon : Kaedah ini adalah Hardcore, sepanjang aku hidup, aku pernah tengok dua kali je. Ada mamat yang kurus keding, dia dah penat berdiri cakap 3, 4 jam, last last dia panjat public phone tu, duduk mengkerekot dalam phone tu. 

Dari jauh tak nampak kaki dia.. tapi bila dekat nampak manusia bongkok mengkerekot sambil cakap sambil peluk kotak public phone. kaki lak sandar kat dinding plastik kuning tu.
Jerangkung dalam telefon inilah punca banyak badan public phone jahanam, senget benget dan pecah.

************************

Selain dari itu, disebabkan public phone tu sebelah dengan longkang yang segan-segan nak mengalir, maka banyak la nyamuk-nyamuk yang membiak, jadi sungguh potong stim nyamuk itu mencucuk betis-betis abang-abang hensem semasa abang hensem sedang asyik mencucuk jarum cinta.

Mula- mula, pemuda-pemuda harapan bangsa ini seakan-akan tegar dengan hukum alam itu. mungkin prinsip Alah bisa tegal biasa menjadi pegangan hidup membuatkan mereka dapat berkawan baik dengan nyamuk itu.

Tapi lama-lama tak tahan jugak beb kaki duk kene ratah. Dari sinilah datangnya ciptaan-ciptaan yang bernas, kan orang cakap necessity is the mother of invention kan. Mesti korang ingat invention bermula dengan ubat nyamuk? korang silap..

Mula-mula penggayut tegar ni akan bawak surat khabar, bakar bagi keluar asap lepas tu taruk dekat kaki public phone, lepas tu rasa cepat pulak habis, diorang bawak kotak-kotak megi tu, diorang kepak-kepak dan kemudian bakar bagi keluar bara ngan asap je,

Tapi cepat sangat padam pulak. Lantas diorang bawak la pulak  papan bekas letak telur tu, yang ini sumber asap yang terbaik sekali, asap yang banyak, dan sumber nyalaan yang konsisten lagi padu.



Kadang-kadang aku tergelak jugak bila tengok diorang terbatuk-batuk kelam kabut pijak-pijak kertas papan telur tu, mau tak batuk, dah berkembut asap macam asap kepala keretapi steam dah. 

Bagi anak muda yang dah kerja dan berduit sikit, diorang akan beli sekotak ubat nyamuk, masa tu ubat nyamuk murah, tapi tetap sayang nak keluar duit beli, sebab duit yang beli ubat nyamuk tu boleh buat syiling gayut lebih lama.

Tapi memang aku tabik la, diorang sanggup bawak ubat nyamuk, siap bawak kaki ubat nyamuk lagi, pacak dan nyala.. letak dekat kaki. Sungguh Istiqamah perangai diorang, kalau sifat istiqamah tu bawak ke gotong royong surau, mesti surau berubah cantik menjadi masjid. Mesti pak imam tanpa ragu-ragu pelawa jadi menantu.

****************
Zaman dulu, kalau nak menderma takda macam sekarang hantar sms pukal 10, 20, 30 dan send 323899. zaman dulu ada rancangan TV, masa tu kempen menderma untuk orang yang memerlukan. sumpah aku dah ingat-ingat lupa, sape-sape yang ingat betulkan kat ruangan komen ye, terima kasih.

Seingat aku, nama rancangan atau kempen itu ada bunyi talian talian, kasih kasih belakang dia, talian kasih kot. bila korang nak menderma kepada org yg memerlukan, korang dail la no phone yang tertera, cakap la berapa lama nak cakap, seringgit ke dua ringgit ke, 5 ringgit ke, kalau korang bertuah, dapat la suara bersembang korang dalam telefon tu ke udara ke TV.

Kalau tak silap aku, artis yang dijemput jadi penjawab telefon macam Ramlah Ram, Naser wahab, Roy, Raja Ema,  Norsheila amin, dan macam-macam lagi, aku hentam je ni, mana yang mengena nasib la.

Dulu Rumah aku takda telefon, tapi mak aku semangat nak menderma sambil bercakap dengan artis. seronok sangat oi zaman dulu kalau suara keluar TV nih. Rasa macam dapat award bintang RTM.

" lihatlah duniaaaaa" bak kata Azean Irdawati.

Berlari-lari lah Mama, Makteh dan aku ke public phone depan balairaya, tak jauh pun jarak tak sampai 5 minit jalan dari rumah aku. Sampai je kat public phone semua tarik nafas lega sebab takde sape guna..

Mak aku pun sibuk la dail talian nur kasih ni, mak teh aku pulak jadi bendahari kehormat tukang pegang duit syiling, keadaan makteh aku tu dah macam dayang istana merafak sembah sambil menjunjung ufti emas untuk mak aku jolok syiling satu persatu dalam lubang tepon tu.

Aku pulak konon-konon tukang escort, konon-konon lelaki yang boleh diharap tukang jaga mak ngan makteh aku dari dikacau anjing ngan orang mabuk. Padahal aku masa tu darjah 2. sunat pun belum lagi, jaga keselamatan konon!

Bila dah gelabah-gelabah jolok syiling sambil mengharap dapat cakap dengan Nasser Wahab, mula la telefon buat hal, syilling tersangkut, jem!! dah la banyak dok jolok, aku rasa ada dekat RM 3.00, Zaman tu 3 ringgit besar oi, boleh beli sarapan untuk 6 orang tau tak!

Bila dah sangkut duit syiling, mak aku terus berubah jadi Tarzan yang mengamuk bila orang datang tembak gorila dia. mak aku pun jerit-jerit maki telefon tu sambil ketuk-ketuk body tepon tu dengan daya yang sangat kuat.

Korang kira sendiri la daya inersia melawan tujahan yang terjadi.
m1v1 X m2v2  X EmC2 = m2v2 EmC x1000000 teorem Pythagoras gambarajah Van tah apa aku mepek ni aku taktau.
Ketuk punya ketuk, bertaburan duit syiling keluar, bersepah-sepah, segenggam demi segeggam mak aku tadah, punya banyak, keadaan dia mcm scene cerita orang kena jackpot keluar duit banyak tu.  Dalam kelam kabut aku duk kutip duit, aku tak perasan jatuh masuk dalam longkang depan public phone tu.


Habis separuh badan bau limbah! korang tau bau limbah? ini bahasa Perak, Limbah adalah kumbahan yang bercampur dengan segala macam cecair domestik belakang rumah seperti air jamban, kencing, basuh pinggan, mandi, nasik ayam campak belakang rumah, taik kucing, taik ayam, dan segala macam. 


Sistem Limbah ini sangat sinonim dengan rumah setinggan. Sapa pernah duduk setinggan ada la memori limbah ini. 


Bila esok dah siang hari, aku pergi check balik telepon tu, dengan harapan ada la duit syiling lebih-lebih tersorok celah rumput, dapat boleh beli aispop dengan sengkuang sos merah campur kacang makcik buntil. Jangan harap, kalau ada pun orang lain dah rembat dulu. 


Bila aku seluk-seluk tangan tempat duit jatuh dan lubang tempat masuk syiling tu, patut lah duit tersangkut, ada kutu sebahuk letak chewing gum kat tempat coin jatuh, bila mak aku hentak kuat-kuat malam tu, habis tercabut la cinggam, bertabur la duit yg telah lama terkumpul.


Aku syak mat Ganja yang letak Cinggam tu, tak pun Mat Bangau Berganti-ganti.




p/s Pada asalnya entry post ini bertajuk Kejakunan yang kian pupus, dan bagi aku kejakunan itu lebih kena, tetapi untuk sedikit berasa sensitif, aku ganti dengan Keterujaan, adakah maksudnya menjadi sama, atau ia telah mengurangkan sedikit impak penulisan ini?



18 comments:

  1. huishh.. kuat betul pengaruh public phone ea..time skolah asrama je gune public phone ni..tu pn time junior, ble jd senior, seludup handphone sdri..walaupun 2 kali kena rampas..btw, nice experience :)

    ReplyDelete
  2. masa kat matrik sanggup tawaf matrik sebab nak carik public phone mana yang kosong sebab semuanya fully occupied.

    then pantang dengar informasi yang mengatakan public phone A masuk seposen boleh cakap selama mana yang kita mau.Ada pulak taktik nak bagi cakap lama kalau masuk doposen aje..

    masa matrik jugak (sbb takde handphone),pegi bilik ke bilik tanya ''ada 20sen tak?dah seminggu saya tak cakap dengan mak ni"..berbaloi-baloi..siap boleh beli nasik 3 kali hahahaha

    ReplyDelete
  3. da x reti pkai public phone skrg..sakit ht ble die telan x pasal2

    ReplyDelete
  4. jakun=salah 1 suku kaum orang asli kan? ;)

    ReplyDelete
  5. alaa..ko masukkan laa sekali tahun 87..

    hahaha..

    aku rs zmn kakak2 abg2 aku bg surat kt umah..sbb tepon umah pun x masuk lagi..

    penah jugak teman kakak aku gayut kt public fon malam2..tp xleh lama2..ramai org beratur..

    smpai kt mtrik pn call umah masih dgn public fon..rajin aku call..

    tp bila da ada mobile fon yg mudah di bawa ke mana2, da start jrg call..

    smpai kene perli ngn bapak aku..
    "tepon da kt tangan pun, susah sgt ke tepon abah?"

    ReplyDelete
  6. hahhaa.. bergayut guna publik fhone... nape kedudukan public fhon msti kt simpang jalan... hahaha

    ReplyDelete
  7. klasik giler.. haha.. teruja giler weyy bila ade public phone kat kg.. haha

    ReplyDelete
  8. teringat zaman bergayut guna public phone depan rumah mak sedara dulu. setiap kali guna mesti sorok-sork celah pokok, nak elak dari diorang nampak tengah bergayut, haha. tapi taklah hardcore sampai kebalkan kaki melawan nyamuk.

    bila ada masa duit tersekat, memang public phone kena hentak kuat-kuat. kesian public phone tersebut. :P

    ReplyDelete
  9. haha aku sokong penggunaan keterujaan itu. lebih RARE...

    zaman aku bila gayut pakai public, kana tekan button # dengan * serentak...zaman kau pun macam tu gak ke?

    ReplyDelete
  10. huda_no : sekolah asrama, public phone adalah kekasih hati..kakaka

    Norinaomar : hahaha, nostalgia. teringat masa dok asrama cari tepon nak tepon mama, rindu sangat... siap geledah syilling..kakakakak

    Puteri Shizuka : dah 2 thn tak penah pakai pblic phone.. sama laaa

    Blog tips kurus : yeeeess!! betul

    Missenget : bila org beratur rasa serba salah je tengok muke toya diorang.. hahaha

    ko memang, bila pakai henpon mula sayang kedit kannn!!!

    Taufiq : sebab taknak orang jalan A gaduih dengan org Jalan B yang ngaku masing2 tu tepon dia. hahaha

    Diana : skrg nombor pun dah banyak sampai kelam kabut nak dail...

    Jue : bila balik kg...perhati je port public mana best nak kol awek.haha

    GR : lain kali gunalah teknik Jerangkung dalam telefon.. kekeke :)

    Haikal : perrghhh, ingat kan..skil #*... naik kebas jari aku duk tekan mende tu taknak bagi duit sekupang habis kan.. punya la kedek...

    sapa la engineer yg pecah lubang bende tu eh?

    ReplyDelete
  11. Ikar ..akak stuju sgt ngan ko ..pasal akak lahir 1983..memang byk sgt keterujaan yg x da pd budk la ni..salah satunya hang ingat x cita SATRIA BAJA HITAM..hebat sgt weh..bayangkanlah sanggup lari dari ngaji sbb nk sampi umah cpt standby dpn tv..rasanya msa tu cita tu start pukul 4.30-5.30 kot..pastu GABAN ..waduh dasat..dulu2 cita ngarut ala kartun n komik ada time kul 6.30@ 7 ja..bukan mcm sekarang buka tv ja kartun ja..tambah2 kalu ASTRO..

    ReplyDelete
  12. hahaha.pernah jadi mangsa tunggu public phone dan pernah jadi pemangsa sebab bagi org tunggu lama2.hahaha.

    sekarang kalau terpaksa guna public phone rsnya mesti senget kepala cr syiling dlm jeans.Hehe

    ReplyDelete
  13. jerangkung dalam telefon??wakakakaka..woi lawak nak mati woi..saket perot aku gelak..boleh bayangkan oi..wahahaha..

    ReplyDelete
  14. hahaha..saudara zulfikar,memang nostalgia la.mana yg bawak kerusi mapley,jerangkung dlm public fon lagi best biarpun kita berlainan tempat..tempat gua lg brutal..pondok telefon kaler biru Telekom tu duduk bersimpuh dah antu2 "kerterujaan" public fon ni diadjust oleh mereka...hahaha (pondok telefon tu bole kena tarik sampai kat tanah)

    ReplyDelete
  15. tapi button tu memang berkesan pada semua public phone...

    hahaha benda pertama yang aku belajar hack ialah public phone...dia ada button yang boleh buat dia hang dalam 10 minit dan kol free 2,3 minit...

    belajar dari orang yang datang servis public...kah3

    ReplyDelete
  16. aku sempat guna public fon masa kat sekolah asrama...budak2 skrg entah tahu ke tak public fon tu mcm mana rupa nya... hehhh...

    ReplyDelete
  17. teringat aku masa kecik2 nyah.. kecik2 dulu takde boipren nak call.. jadi aku & gang abis je ngaji quran.. gi publick phone call 999 gayut ngan abg bomba. bleh gitu?? yg si abg2 bomba time tu pun mau lak layan bebudak hingus tak kering dok main talian percuma kat publick phone... kekekekekkee

    ReplyDelete
  18. heeee :D lamanya tak komen blog die..rinduuuuuulahhhhhhhh! ada nama kte lahhh...;)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...