August 13, 2011

Ilmu Merenung Mata Richard Gere

Assalamualaikum..


Dulu masa aku kecik-kecik, zaman sekolah rendah, budak perempuan kelas aku banyak yang cantik-cantik. bila aku  cakap yang budak kelas aku banyak yang cantik, itu bermakna aku cakap betul-betul dan bukan menggunakan kaedah syok sendiri.


Ada jugak zaman di mana budak kelas aku tak ramai yang cantik, contohnya masa aku masuk kelas memandu, masa tu tak ramai budak kelas yang cantik, yang ada pun tahap boleh melepas sangap tengahari panas bosan dengar ceramah.


Apabila budak lelaki duduk dalam kelas yang mempunyai kepadatan penduduk gadis yang cantik, maka tumbesaran pada masa itu banyaklah mendorong ke arah membuat kelakuan-kelakuan pelik demi menarik perhatian gadis cantik.


" ihik ihik, aku suka la tengok Zulfikar tu, dah la hensem, comel, baik pulak tu, aku paling suka lawak dia"


Dialog di atas adalah angan-angan yg selalu bermain dalam fikiran aku, dan angan-angan itu juga selalu bermain dalam fikiran budak lelaki lain.


Tapi bagaimanakah cara mengorat yang terhebat?


Bagaimanakah cara mengorat yang dilakukan tanpa budak perempuan perasan?


Belanja choki-choki? itu adalah teknik yang obvious dan tidak elegance, belanja choki-choki adalah satu trick yang memisahkan antara gentleman dan budak baru nak up!


Yang terer dan hebat akan buat teknik Renungan mataaaaaaa........


" baca renungan mata itu dengan harkat yang dipanjangkan sambil suara ke dalam, penuh dramatik tak?"
**********************

Masa sekolah rendah dulu, ada sorang kawan aku, nama dia Samiri (Bukan nama sebenar, walaupun bukan nama sebenar tapi bunyinya seakan-akan sama) 


Samiri adalah kawan yang rapat jugaklah dengan aku, walaupun dia adalah jenis budak lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh untuk kelihatan macho di depan perempuan. 


Samiri juga akan pakai minyak rambut setengah balang setiap hari, dan rambutnya akan berkilat sampai ke tengahari sambil sikat di poket seluar belakang itu tersisip rapi.


Bila main bola dengan semangat, peluh akan keluar banyak, bila peluh banyak maka meleleh la brylcream putih di dahi beliau. Dia ni pengawas sama macam aku, terer main bola dan lari laju mewakili rumah merah acara lari 100 dan 200 meter.


Tapi above of all, samiri ada kekurangan, dia bukan likeable person. Samiri kadang-kadang buat lawak basi, samiri jugak bila cuba mengorat perempuan, dia akan berlagak dan berskrip macam Azroy dalam gila-gila remaja.


Pada masa itu, aku adalah likeable person. walaupun aku tau masa aku menaip ni, bila korang baca korang akan cakap aku perasan, tapi itulah hakikatnya, berkatalah benar walaupun pahit, sorry korang semua, aku tak dapat membohongi diri aku sendiri. haha.


Kenapa aku cakap aku likeable person? sebabnya, sebab aku boleh join main batu semban dengan budak perempuan walaupun aku tak terhegeh-hegeh dekat meja diorang.


" zul... zul... jom lawan batu semban, ko terer main kan? jom lawan"


" errrmmm okey, kalah jangan nyesal!!"


nampak tak? nasib baik aku tak membesar dengan jari yang lentik dan berspender pink, kalau tak tentulah aku tergolong dalam golongan lelaki lembut sekarang...


****************


Pada satu hari, aku tengok TV cerita Pretty Woman lakonan Julia Roberts dan Richard gere, dalam filem legend ini, ada skill Richard Gere tenung mata Julia roberts lama-lama, dan akhirnya julia robert jatuh cinta. Jadi dari cerita ni aku dapat ilmu merenung mata.


Bila aku pergi sekolah, kebetulan Samiri datang jumpa aku, face to face bawak aku dekat tangga area library yang sunyi sepi, Samiri tanya aku dengan ikhlas dan nampak terdesak.


" ehh zul, aku nak mintak tolong kau sikit boleh tak?"


" tolong apa? nak pinjam duit aku dah habis, tadi aku beli hotdog"


" bukan pinjam duit la, aku nak tanya kau ngan nak mintak kau ajar aku sikit"


" hah, kau nak belajar apa pulak ni Samiri?"


" aku nak belajar macam mana nak ngorat perempuan, macam mana nak buat perempuan suka kat aku, boleh tak?"


" errmm, boleh tapi aku bukan terer pun ngorat perempuan, awek pun takde"


" tapi perempuan banyak suka kawan dengan kau, aku jeles weh, ajar la aku, ajar la aku"


Pada masa tu, aku rasa aku macam tok guru silat Gunung Semanggol, ada anak murid datang nak belajar bertapa, punyalah aku rasa kembang kempis hidung, tapi aku berlagak cool dan buat-buat tawadhuk.


Pastu masa tu aku taktau nak ajar dia skill ngorat macam mana, sebab bagi aku, jika kau jujur jadi diri kau sendiri, masa bersembang ikhlas, tidak suka meninggi diri, tak suka downkan orang, tak suke ejek nama mak bapak orang, dan kau pandai buat lawak bagi orang gelak, nanti mesti orang akan suka pada kau.


Tapi takkan aku nak cakap macm tu kat dia, nanti mesti dia rasa....


" alaaa, tip macam nih semua orang ckp sama, takde apa special pun..huh"


So, disebabkan aku nak eksyen rasa jadi macam tok guru silat, aku pun teringat skill mengorat Richard Gere  merenung mata Julia roberts, tapi demi efek dramatik, aku ubah ayat sikit....


" Ko nak tau macam mana nak ngorat perempuan ke Samiri? kalau kau nak tau, aku dapat ilmu ni dari atok aku, dia wariskan ilmu ni kat cucu lelaki dia yang paling dia percaya"


" kan aku dah agak dah, kau mesti ada ilmu rahsia ngorat perempuan, ajar la aku, nanti aku belanja kau makan satay ikan"


" okey, janji ha, satay ikan 5 cucuk"


" okey set"




" cara dia macam ni, kalau kau nak perempuan suka, jatuh cinta kat kau, kau kena tenung mata dia lama-lama, kau tenung tepat-tepat kat anak mata dia, sambil dalam hati kau, kau cakap aku cintakan kau"


" Uiyyyyoooooo. macam tu ke zul?"


" ha'ah macam tu la, bila kau dah tenung lama-lama, bila dia start senyum, kau senyum balik, pastu kau kenyit mata, pastu kau blah, esok lusa mesti dia angau dekat kau, confirm punya lah!"


" okey tenkiu-tenkiu zul, nanti esok tunggu depan pagar, aku banje satay ikan eh"


lepas je aku dah perturunkan ilmu renungan mata ni kat Samiri, maka esoknya mulalah samiri memulakan aktiviti merenung mata budak-budak perempuan.


First sekali, dia panggil Norliana (bukan nama sebenar, tapi macam biasa bunyi seakan sama jugak) jumpa dia dekat tangga bawah bilik guru. masa tu aku ada kat tempat kejadian, dia panggil norliana, dia cakap ada bulu mata jatuh kat mata dia, pasti dia renung lama-lama mata norliana sampai norliana tersenyum.


Second, dia buat perangai lagi dalam kelas, dia ajak norliana dan 2, 3 lagi budak perempuan yang cun-cun... dia ajak main lawan tenung mata. Siapa kelip dulu dia kalah.


Lawan tenung mata semua tu hanyalah dakyah, sebenarnya itu niat dia nak renung mata perempuan nak bagi jatuh cinta lah!.....


Makin hari aku makin jeles, habis semua perempuan cantik dia nak tenung mata, habis semua gadis comel dalam kelas dia nak ajak main lawan tenung mata jangan kelip.


Habis tu, siapa lagi yang tinggal untuk aku bermanja-manja dalam kelas?


Gadis mana lagi nak ajak aku main batu semban?


Gadis mana  lagi nak gelak-gelak sambil dengar lawak aku?


Gadis mana nak pelawa aku makan gula-gula arnab susu boleh kunyah plastik sama-sama?


Gadis mana nak puji aku kiut?


Habis semua perempuan dia ajak main renung mata, aku ingatkan teknik mengorat tu hanyalah unsur dramatik Pretty Woman je, mana pulak aku nak tau teknik tu boleh berkesan. makin hari aku bertambah 'Jaki' dengan Samiri. bengkek, berbulu je aku.


Akhirnya, aku tak dapat menahan rasa berbulu aku, aku panggil Samiri pergi lepak tangga library balik untuk membuat perhitungan dan sesi menawar balik ilmu memikat.


" Samiri, macam mana petua ilmu ngorat yang aku ajar kau dulu tu? berjaya tak?"


" Berjaya Zul, Lepas aku tenung mata Norliana lama-lama kan, lusanya terus dia ajak aku balik sekolah sama-sama"


" baguslah kau dah berjaya, tapi aku lupa nak bagi petua, petua ni kau kena buat untuk pelengkap ilmu, kalau tak nanti tak mujarab"


" ehhh ada petua tak habis kau ajar eh? apa dia?"


" Petua ni ada pantang larang, Atuk aku cakap, lepas kau dapat ngorat perempuan yang kau minat, kau tak boleh dah guna ilmu renung mata ni kat perempuan lain"


" Isshkk, betul ke zul? kalau tak ikut mcm mana? kalau aku tenung lagi budak lain?"


" kalau kau tenung lagi budak lain, Nanti Norliana mintak clash dengan kau"


"okey Bosh"


**************************


Tak percaya betul aku, begitu senang Samiri percaya dan ikut petua aku bagi.


Tak percaya betul aku, Teknik menipu yang aku cedok dari filem Pretty women boleh berkesan dalam ngorat perempuan.


Tak percaya betul aku, aku boleh jeles dengan Samiri, si budak rambut kilat Brylcream setengah balang.




p/s Samiri skrg dah besar, dah kawin dan ada anak perempuan yang comel, dan Norliana baru je melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya sendiri. semoga korang semua bahagia hendaknya.

24 comments:

  1. hahahaha, ada ke kecik2 dah guna ilmu renung mata. gila advance.

    dah tu, boleh jeles dengan anak murid sendiri. wakaka

    btw, nama samiri macam nama orang masa zaman nabi musa, yang dikaitkan dengan penyembahan lembu emas tu. hohoho.

    ReplyDelete
  2. hahahaha.nak tips mengorat jugakkkkkk.Haha

    ReplyDelete
  3. zaman aku sekolah rendah pun main batu semban, tp xde plak org ajk main lwn tenung mata..haha~

    ReplyDelete
  4. selalu orang yang bagi tips ni mmg kawen lambat sikit dari orang yg mintak tips..


    tu mmg biasa zul..

    orang kata tok guru kene mngalah...

    ReplyDelete
  5. mcm sengal jek tektik ko.. klu ade lelaki nak tenung aku camtu, sblm mata dia tenung aku, aku dh bagi penampar sedas.. byk burok muka dia nk tenung2.. berdosa tau tak!

    ReplyDelete
  6. uik uik...main tenung mata..bahaya betei tu

    ReplyDelete
  7. mesti R.Gere bangga bila bace ni. :-)

    ReplyDelete
  8. woott woott! boleh terai ni~! terima kasih tok guru! muahahahaha

    ReplyDelete
  9. hehehe..tapi malangnya tok guru macam dah expired ilmu je ikar.

    ko g lah bertapa kat batu caves tu ikar..

    tapi serius aku suka orang yang suka ngusik aku.boleh jatuh chenta.cuba ko usik usik budak yang ko minat,mula2 memang dia macam tak suka lama-lama dia boleh lep lep (love love).percaya tak?????

    ReplyDelete
  10. teknik dari mata turun ke hati la ni?ahahaha..macam2 la ko ni ikar..jom main lawan mata dengan aku jom..tengok sapa menang..;p

    ReplyDelete
  11. Hahahaha... kalo ajak aku lawan renung mata confirm aku kalah. blom apape aku da tertido dulu. bende bosan mmg aku cpt je ngantuk tak banyak soal.

    ReplyDelete
  12. GR : tulah, tadi masa menulis siap garu2 pala, mcm pernah dengar je pulak nama samiri ni tapi kat mana ye...

    Elyana : toksoh duk tips sangat.. hahaha

    Huda_no : takkan takde pulak? maknanya sekolah tu takde tok guru ajar ilmu ngorat tengung mata kot.. haha

    Missenget : tu la, org ckp pomen keter sendiri pun tak siap reper kan.. tukang rumah, rumah sendiri pun nak roboh.. hurmmpphhh

    Jue : hahahhaa, aku trgelak bayangkan lelaki duk semangat tenung2 sekali kene penampor.. hahahaha

    Puteri : dah try dah,, selalu menjadi hehe, smlm kan try tengok muka u..:P

    Erysweetie : bahaya amat kan kan? haha

    Blog tip kurus : r.gere tak pandai bm.. dia kene gugel trnslet..hehe

    budakmpung : guna baik2 ye cu....

    Noi : percaya, ramai dah lep lep, taktau nak lep balik yg mana.. takut nanti org kecik hati..:(

    Cik sha : alaaaa jgn la ajak aku tenung mata, aku selalu malu la.. tersipu2..nanti...

    Aslina : teruk gila ko ni. takkan masa tenung ko leh bantai tdo.. kene gi jumpa doktor ni..wakakaka

    littel ain : apsal lak samiri yg kesian? huhu

    ReplyDelete
  13. aku mmg camtu...

    aku cakap lelaju pon... kalo org suh aku slow down pon aku dah terasa ngantuk abes dengar diri sendiri bercakap slow2...

    memang aku tak layak jadi lecturer atau cekgu ahh... payah...

    ReplyDelete
  14. buatlah beberapa ujian untuk menguji hati mereka yang lep lep kat ko tu,salah satunya bawak g rumah jumpa family..lepas tu suruh mak ko telek sikit mana yang boleh 'pass'.instinct sorang mak kuat woh..
    cuba try test,mana tahu sempena ramadhan al mubarak ni Allah beri petunjuk dan urusan murni ko dipermudahkan.

    Benda baik Allah akan senangkan jalan tau ikar.lep lep lepp!!!

    ReplyDelete
  15. oowh.. statement confident je ek? U x tahu lg tahap kekebalan i taw :p
    Jue Abd.Rahman > nice tips!

    ReplyDelete
  16. hahahaa...penjeles....

    ReplyDelete
  17. nampaknya tinggal Tok guru yg menurunkan ilmu mengorat je masih membujang.. kekekekekeke :D

    ReplyDelete
  18. hahahaha. untuk orang low-profile cam aku, rasanya takkan buat pun teknik tu.

    banyak tak percaya betul dalam citer ni, termasuk ko masih single XD

    ReplyDelete
  19. Hahahahahahaha...ko xde petua utk aku ker?hehehe

    Skali en Zulfikar bercerita, berlawak, weskeper waporpoh..sume org terpikat..hahahaha...

    Rasenye aku blh tau klu ko turun ilmu sahih atau waporpoh..hahaha..ilmu sahih gaya body language nye lain..ilmu waporpoh plak lain gaya nya..hahahaha..

    ReplyDelete
  20. mcm2 la ko ni zul... hahaha... gile kuat daya ingatan ko... zaman kecik2 aku da byk lupe la.. byk mkn semut kot... huhuhu ...

    ReplyDelete
  21. teknik mengorat kaum adam xde lak ek?? hahahahaha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...