Kenangan hidup bersama makteh, kawan-kawan yang kenal aku, dan kalau pembaca setia dah mula kenal aku gamaknya, aku adik beradik 4, 2 lelaki dan 2 perempuan. Atas aku adalah abang dan aku takde kakak.
Bila takde kakak, budak lelaki samada dia terlampau excited untuk berdampingan dengan kawan-kawan kelas perempuan dia, atau dia akan menjadi terlalu pemalu kepada perempuan. Bagi kes yang terpencil pulak ada yang akan menjadi anti perempuan.
Pada zaman aku membesar dulu, kami budak-budak lelaki walaupun mesra macam mana pun dengan mak, tapi masih ada sempadan yang memisahkan antara mesra anak dan rahsia-rahsia wanita. Aku rasa bukan zaman aku je, sampai zaman sekarang pun ahli keluarga yang perempuan taknak kongsi rahsia perempuan dengan adik beradik lelaki yang lain.
Disebabkan hal ni, banyak berlaku salah faham budak lelaki yang penuh dengan sifat keterujaan yang melampau.
Walaupun dulu aku takde kakak, aku ada sorang makcik duduk dengan aku, aku panggil makcik aku ni Makteh. Dia adik kepada mak aku, adik beradik mak aku ada 10 orang dan 8 daripadanya adalah perempuan.
Makteh aku anak ke 7 dari 10, sepatutnya pangkat panggilan dia adalah Maktam, tapi disebabkan dia perasan comel dan putih maka dia berebut dengan maktam aku, dan akhirnya makteh dapat merampas title makteh yang baginya adalah bermaksud Makcik yang Puteh.
Makteh aku duduk dengan keluarga kami lepas dia habis sekolah SPM, seingat aku dari tahun 1986 sampailah 1992, makteh duduk ngan kami sampai dia kawin pada tahun 1992 tu. Jadi memang aku membesar dengan kenangan bersama Makteh sampai la umur aku 8 tahun iaitu darjah 2.
Makteh adalah tipikal Anak dara yang begitu menjaga ketat rahsia-rahsia kewanitaan terhadap lelaki wahima lelaki itu adalah anak saudara dia yang belum bersunat, konon-konon malu sangat katanya. Tapi dalam nak jaga sangat fail sulit kewanitaan tu tanpa sengaja dia pecah rahsia senang-senang je dekat aku.
Aku taktaulah samada dia tak cermat dalam jaga rahsia atau aku ni dari kecik pikap dan observer sangat kot. ke aku ni memang kaki penyibuk entah. Antara rahsia-rahsia dan kelakuan taboo anak dara yang dia dengan selamba terbukak dekat aku adalah :
1) Perempuan sangat malu dengan Tuala wanitanya / pad / kotex
" hek eleh Zulfikar, ko ni close minded la, mana ada malu, kami tak kisah lah benda mcm tu. normal je kot"
memang la korang masa zaman sekarang kurang rasa segan sebab dah berleluasa iklan tuala wanita kat TV tu, sampai aku yang lelaki ni pun naik malu tengok iklan-iklan tu, tapi demi berlakon sebagai lelaki moden yang open minded, aku buat-buat macam tak amik port je, padahal malu gak la dok tengok kartun patung arnab menggelungsur atas pad dalam iklan tu.
Pada masa dulu sehinggalah zaman awal 2000, tuala wanita adalah etika-etika kerahsiaan seorang wanita. kalau terjumpa pad dalam beg sekolah, ia umpama kiamat kecil yang tiada taranya, ia umpama malu ibarat dibogel tengah padang.
ada budak-budak lelaki memang ada penyakit Pervert yang suka selongkar beg budak perempuan dalam kelas semata-mata nak tengok siapa bawak Pad spare ke sekolah, aku cukup menyampah dengan kawan-kawan aku yang perangai macam ni. macam dah takde kerja lain pulak.
Sebabnya, masa kecik-kecik lagi aku dah tau yang perempuan berusaha nak sorok hal ni. sebab pada satu hari makteh aku.......
" Ikar.. ikar... ikar rajin kan? dalam banyak-banyak budak, ikar la paling baik tau"
" baiknya makteh hari ni, mesti ada ape-ape ni kan"
" takde la pape, ni makteh nak mintak tolong ikar gi kedai kejap boleh tak?"
" Ikar dah agak dah, mesti kene suruh buat benda ni, makteh nak beli ape?"
" Ikar gi kedai Makcik diah depan tu, ikar tolong belikan sanita, yang kotak kaler kuning, ada corak bunga-bunga tu tau"
" okey makteh, upah 20sen haaa!!"
" eh jap, belum habis lagi, ikar nanti cakap kat makcik kedai tu, suruh dia bungkus elok-elok kotak tu dengan surat kabor, pastu buh dalam plastik hitam tau, pastu ikar jangan cakap kuat-kuat tau, bagitau dia pelan-pelan"
" yelah yelah yelah... pelik-pelik lah makteh ni"
" Nah Rm5.00, sanita tu harga RM4.00, belen seringgit tu kamu ambik"
" Haahhh Seringgggittt!!...banyaknya upah, baik betul la hati makteh ni, sayang makteh lebih la"
" hah cepat cepat pergi, jangan bising-bising tau!"
Korang nampak tak? betapa tingginya upah pergi beli sanita, begitu banyak langkah-langkah keselamatan cover line yang kena buat. Dapat upah seringit pulak tu, korang bayangkan masa zaman aku dulu, upah seringgit tu umpama upah RM10 zaman sekarang tau... seringgit tu boleh beli 100plus botol kaca..berlagak gila minum 100 plus botol kaca bila penat main kejar-kejar tau! ape barang ais pop..
Cubaan pertama membeli sanita selesai dengan jayanya. aku dengan muka sardin je beli kat Makcik Diah sanita tu, tapi aku mushkil ringan la, sebab setiap kali beli sanita, makcik diah akan sengih-sengih kadang-kadang tu.
Bulan demi bulan demi bulan, aku duk jadi budak pembeli sanita, sampai lama-lama aku dah naik mua pulak. Ye lah, upah seringgit tu..syiling emas!!.. syiling emas!!.. Bila rasa nak belanja sekolah makan hotdog je, mula la aku tanya makteh aku..
" makteh..makteh taknak beli sanita ke? meh la ikar gi kedai belikan sanita"
" Hish ikar ni, belum masa lagi la, mana boleh beli hari-hari"
aku malas nak jawab masa tu, cuma aku tertanya-tanya, mesti makteh takde duit nak beli lagi, atau pun, makteh dah beli sendiri kat warta superstore.
*********************************
Pastu, pada satu masa tu, makteh suruh aku beli sanita seperti biasa, aku masa ni hati dah berbunga-bunga, semangat gila nak sambor basikal bmx merah nak pergi kedai. mata dah ada lambang dollar macam cerita kartun tu, pastu siap ada bunyi mesin cashier plak.. Karrrchingggg!! seringgit...... (okey tang ni aku tambah-tambah cerita)Tapi kali ni, ada satu kejadian yang buatkan aku tak boleh lupa sampai dah tua ni. Hari itu bakal membuatkan aku memahami rahsia di sebalik konspirasi "suruh gi kedai beli sanita"
Masa aku pergi kedai runcit Makcik Diah tu, aku buat macam biasa, rutin bulanan aku...
"Makcik, sanita sekotak eh, bungkus ngan surat kabor pastu buh dalam plastik itam tau acik"
" Okey, macam biasa la kan..hehe"
sekali datang anak lelaki dia dua ekor, duduk melangut kat kaunter papan kedai runcit tu sebelah mak dia, elok je budak dua ekor tu sound aku..
" ehhh ikar, ko ni asyik beli sanita, kau pakai sanita ke? hahahahahahahahahah"
aku garu kepala yang tak gatal sambil buat pandangan mata yang redup pada budak Hanif tu. Pastu adik dia pulak sound aku..
" ehh ikar... lelaki pun ada pakai sanita jugak eh? tak sangka aku"
" ni bukan untuk aku la, aku belikan untuk makcik aku, ko sibuk kenapa? upah singgit tau tak!"
" aku bukan sibuk, aku tanya je, pelik, mana la tau kau beli untuk kau pakai pulak"
Pastu aku tak jawap, sebab aku tak tau apa benda yang diorang cakap, kalau aku taktau, macam mana aku nak jawab kan? jadi aku senyap je. cuma makcik diah yang tolong back up aku..
" Hishh budak Hapis ngan Hanip ni la.. sibuk je la kerja korang ni, biarlah dia beli sanita, kalau dia nak pakai pun apa salahnya... dah dah pergi masuk dalam sana, tolong mak amik plastik"
Lagi aku garu-garu kepala, tapi aku buat tak amik port, aku belah macam tu je tanpa rasa dendam, tanpa rasa malu, tanpa rasa bersalah. sebab aku tak tau apa-apa.
Cuma bila balik rumah, aku tanya makteh aku, sanita tu apa benda, ngan kenapa masa beli nak sorok-sorok sangat, pastu makteh cakap jangan tanya banyak, kalau tanya banyak nanti tak dapat upah seringgit, tengok!! kecik-kecik lagi aku dah kena makan rasuah. ciss...
Bila aku tanya mak aku, baru la aku paham sambil ber'O' panjang.
" mama, sanita tu apa mama? kenapa diorang gelak-gelak masa ikar gi belikan untuk makteh?"
" sanita tu sanitary towel, untuk orang perempuan guna masa datang bulan"
" OooOoooOOOooOOooo, tapi towel??? kenapa towel tu kecik je letak dalam kotak, apsal towel mandi kita besar mama?"
" Towel mandi ngan towel wanita lain, tak sama, nama je sama.. tu rahsia, takleh tunjuk, takleh sembang, kamu kecik lagi, nanti dah besor kamu tau la.. cikgu ajor kat sekolah"
" OooOOooOOoooOOoo...... "
"dah dah, lain kali kalau makteh suh gi beli lagi, kamu gi beli kat kedai jimat sana, takyah dah beli kat kedai makcik diah"
" okey mama"
*******************
Lepas aku dah masuk darjah 3 ke 4 macam tu, ada silibus pendidikan asas pasal hukum baligh dan datang bulan semua tu, baru aku muncung mulut panjang sambil terus terbayang peristiwa makteh dengan sanita... Masa tu baru aku paham kenapa aku kena gelak masa pergi belikan sanita.
Masa tu baru aku paham kenapa makteh beriya-iya nak sorok sanita dalam suratkabor dan plastik itam..
Masa tu baru aku paham, kenapa makteh mintak tolong beli setiap bulan je...
Masa tu baru aku paham, bahawa perempuan sangat malu kalau orang tau dia tengah period...
Masa tu aku dah paham yang benda itu adalah maruah perempuan, dan sejak dari itu aku tak pernah nak buat main geledah-geledah beg sekolah perempuan...
Kadang-kadang tu, aku ada gak la rasa comel dan disayangi oleh kawan-kawan perempuan...apabila.......
" weeii... apa ni Aswad main geledah-geledah beg aku ni, bak la sini balik benda tu..weeii jangan la main-main" siti ngamuk bila naik rehat tengok geng2 aswad geledah beg sekolah dia.
" hahahaaha taknak taknak taknak"
" eeee korang ni bongok la, macam budak-budak, cuba tengok Zul tu, takde pun bukak-bukak beg perempuan"
" lantak la.. lantak la.. hahaha.. Siti bawak 'roti' hahahahaha.."
"Dah la Aswad, ko pulangkan la benda tu, bodoh betul main benda tu, tak malu ke?" kata seorang hero bernama Super Zulfikar........
" ishhkk ko ni takleh geng la zul" aswad bengang..
aku masa tu rasa idung kembang dan comel, dan aku rasa macam role model sepanjang tahun...best beb budak pompuan cun puji!!!! hik hik hik hik...
P/s aku rasa lepas ni akan ada siri 'kisah makteh' sebab banyak pengalaman membesar bersama makteh.
'upah singgit tau tak!'- wah belagak giler budak nih.. haha
ReplyDeletedulu malu giler nk beli bende2 camtu, sm ar ngan akak aku, suh aku g beli..
zaman skang mcm dh tak malu dh, iklan pun dh byk, tah pape jek..
tp aku still malu la ngan bab2 ni.. haha, klu beli kat mydin ke, aku tgk dl cashier tu laki ke pompuan, klu laki aku g counter lain.. rasanya sume pompuan camni, malu weyy..
budak sekolah aku takde plak main geledah2 beg budak perempuan.
ReplyDeletetapi bab red flag ni adalah rahsia yang semua orang lelaki takboleh tau..eksklusif!
dan aku rasa bapak aku adalah lelaki termacho dalam dunia kerana sudi belikan aku sanitary pad.masa tu aku memang kritikal yang takboleh ke mana-mana pun.
bagusnya ko nak buat entri khas untuk makteh ko.kalau anak buah aku pandai berblog,agaknya dia buat cerita pasal ciknoi dia tak,sebab aku pun dok rumah dia macam makteh ko dok rumah ko jugak..
p/s:ngidam puyuh salai buatan negeri sembilan
Jue : ahahaha, mesti masa ko nak gi bayar tu, ko pandang slek je kat kaunter kalau kaunter ada satu je.. lelaki lak tu kan..
ReplyDeletetengkuk panjang2 je cari kaunter lain hahaha
norinaomar : haha, ko ni ciknoi yang suka membuli ke tak?
aku memang banyak gila kenangan ngan makteh la.. smpi skrg kamceng ngan dia...
Huhu.... skang da takde da kedai runcit mcm tu... semua blasah bg dlm plastik merah transparent... aku penah la membesar skejap dlm 4-5 tahun ngan sanita neh... pastu da dtg demo pasal brand lain kat skolah...(skolah menengah seme pompuan) terus tukar. Pastu skang da tak jumpe da sanita tuh. weh ko nak tau sesuatu tak... masa aku jadi kadet dulu, kemain ramai lagi cari sanita ni tmasuk lelaki... ko tau knapa? Sbb dier cukup tebal buat lapik tmpat galas bagpack yg da mcm lusuh sikit. Ko tak caye, try tanye dak tentera darat atau komando len... kekeke...
ReplyDeletejahat la budak2 laki yg suka geledah beg pompuan..dulu kawan kte penah kena geledah beg sama la dialog mcm kt ats tu..start tu kte malas nk bwk pad spare dlm beg tau...takut pulak dorang geledah beg kte..
ReplyDeleteeeiii..
ReplyDeletenakalnye kawan-kawan kau ikar..
mujur kawan aku dulu xmacam tu..
dulu time kelas alQuran, kalo red flag je, dok belakang diam2..
hurmm..malu jugak kalo tiba turn, kene geleng2 laju x bole..sbb selalu baca ikut turn turutan tmpt duduk..
mustahil kalo budak lelaki taktau lepas budak ni sapa..lepas ni sapa..
aku dulu budak2 tak tahu apa ...aku ambik buat lap muka berpeluh selepas main kejar2...keh3
ReplyDeletesebabnya dia lembut dan tebal...
aku dari dulu smpai skang malu kot nak beli natang tu..skang dah open sgt tak macam dulu2..dulu kalau beli natang ni mesti bungkus..skang takde makna nye nak berbungkus..kalau nk g bayar aku cari kaunter cashier die pompuan..kalau laki jg kaunter tobat aku tak beli..kuikuikui..
ReplyDeletepernah la merasa pakai brand sanita..skang tak jumpa dah brand tuh..kalau kat kedai kmpg maybe ade jual lagi la kot..
memang mende ni memalukan..
ReplyDeletebila nk beli. tkot casher lelaki..
segan tgk laki pgang pad tu..huhuhu
memang segan pun nak beli benda nei.tapi sekarang mcm semua org dah open minded jd krg sikit keseganan.hikhik
ReplyDeletep/s : sy pun rs adik sy macho sgt2 bila sanggup pergi belikan pad utk sy time emergency.hehehe
i open minded tp..skrg stil ade rse malu~ u je rse gurl skrg x dek malu. cuma ble sruh adik g beli soalan pelik cam nih kuar:-
ReplyDelete"kakak kenape mesti beli ade wings?
die ley terbang kew? kakak nk tengOk? "
budak2 skrg cukup bijak.
ya, aku pernah mengalami benda yang sama. dibalut dengan surat khabar, ngeh3.
ReplyDeletetu lah, diorang je yang rasa diorang tak malu, tapi aku buat-buat 'open minded' tengok iklan pad kat tv. sigh
dlu aku slalu dapat upah p kedai dr arwah Opah aku..
ReplyDeleteBeli rokok Taxes..hahahaha
Aslina : kawan aku ROTU pernah bagitau, yg diorang beli sanita buat spare, sumbat dalam kasut bila masuk hutan.. serab basah dengan hilangkan melecet..
ReplyDeleteFayad : habis tu simpan mana? mesti simpan dalam poket baju kurung je kan.
Missenget : ehehehe, jgn ckp dulu je, smpi skrg duk malu lagi benda mcm tu.. bende tu satu dunia malukan...
RepublicAku : hahaha, komen ko paling lawak ngan horror... aku takpernah pegang pun benda tu masa kekecik...
Cik sha : hari tu aku gi kedai runcit area kmpung2 ada lagi jual benda tu.. taktau la, tapi akak2 ckp..benda tu tebal.. so bagus masa heavy.. tu yg ade lagi tu.
Nadirah : hehehe, semua perempuan kena ada cashoer khas perempuan utk kaunter beli pad kan.. kekeke
Puteri : heheh, haha, bygkan pad tu terbang mcm burung twitter.. lawak tak? haha
GR : sama la ngan aku, buat2 konon2 tak kisah, tapi malu sikit la tengok iklan adibah noor ngan yuna librese tu kan.. kakaka
betol lar.. budak skolah daku dulu..dah lar geledah beg pempuan.. pastu dorang leh buka and buat main bola dalam kelas! rasa nak sekeh kepala sekor2 malaun smua tuh.. -.-'
ReplyDeletehahaha.. sengal..
ReplyDeletedulu sy pun blushing bile ikut mak gi beli benda alah tu.. hahaha :P