June 12, 2011

Mula Memahami Baligh

Assalamualaikum...


Masyarakat Melayu ini dikenali dengan sifatnya yang segan dan pemalu, bersopan santun. Nak nak lagi kalau bincangkan perihal dalam kain. tengok gaya aku menulis, sepatutnya aku sebutkan perihal seks, tapi sebabkan aku segan, aku sebutkan perihal dalam kain.

Disebabkan segan yang tidak bertempat ni kadang-kadang membuatkan budak-budak banyak yang salah faham. akibat daripada salah faham masa kecik, bila dah besar dia jadi malu-malu sendiri.

Bila dah malu sendiri mula rasa nak naik mesin masa doremon balik semula ke masa lampau, nak dilempang-lempang muka sendiri kan. Macam dalam entry yang aku tulis pasal kebodohan bersama handphone tu.

Rupa-rupanya, banyak jugak benda yang aku sangka aku faham masa kecik tu sebenarnya aku tak berapa nak faham, bila dah besar dan mula faham, baru aku faham yang aku tak faham masa aku perasan yang aku faham....

" Eh Zulfikar, apasal aku tengok pattern kau mengarang cerita mesti suka selitkan ayat-ayat yang berpusing-pusing hah? kalau kau cakap straight to the point je kan senang, tak payah nak baca entry kau panjang2, dah la panjang pening pulak tu... tengok ko nak tulis sesi dialog aku ni pun dah panjang"

" Biasalah john, nama pun sembang, sembang mesti la gebang-gebang, apa kata ko baca je sambil buat-buat paham. ni cerita pasal aku mula memahami baligh, baca sampai faham tau!"


1. Mimpi Kahwin-kahwin.


Aku rasa bab ni, aku takkan lupa kot sampai aku tua, sebab aku salah faham yang membuatkan aku digelakkan oleh mak bapak aku, termasuk ustazah yong jugak.

Mana lah aku nak tau, masa tu aku darjah 3 ke 4, kecik sangat lagi. Masa sekolah agama dulu-dulu, kalau kat Selangor dah ada ajar feqah bab baligh mcm ni. Kalau kat Johor, dah tua sikit baru ajar dalam kelas Munakahad darjah 5-6.

Masa Belajar Bab Baligh ni, Ustazah Yong ada cakap.....

" Murid-Murid, perempuan Baligh bila dia datang haid kan, semua dah pahaaammm?okey, macam mana pulak kita nak tau bila lelaki baligh?"

" Taktau Ustazah, lelaki datang haid jugak ke Ustazah?"

" Ishh kamu ni Ikar, Lelaki mana ada datang haid. Lelaki akan baligh bila dia dah mimpi kahwin-kahwin. Bila lelaki mimpi kawin je maknanya dia dah baligh la, dah wajib solat tau. kalau tak solat berdosa.. tanggung sendiri"

" OooOOOoooOOoo... mimpi kahwin-kahwin" ramai-ramai budak lelaki dalam kelas menge'OH'kan kenyataan ustazah tu..sambil riak muka tak puas hati, melambangkan tak paham sampai ke sudah.

Selang 2, 3 minggu lepas tu, aku pun dapat la mimpi kawin-kawin, masa tu aku mimpi aku bersanding atas pelamin dengan anak jiran aku, gigirl comel..

Tapi tu tak menandakan aku gatal, cuma masa tu musim orang kawin, aku pergi kenduri pakcik aku kawin kat Cheras. sebabkan aku terbawak-bawak dengan kenduri kawin tu, aku pun mimpi la aku bersanding atas pelamin siap pakai baju pengantin kaler gold lagi.

Bila pergi sekolah agama, aku cakap la kat ustazah yang aku dah baligh, dah wajib solat ngan bayar zakat. Kononnya lah.. masa tu jugak muka ustazah Yong berubah wei. Aku tak boleh lupa muka ustazah tu terbeliak, terlopong sambil tanya aku..

" Hah Zulfikar, betul ke awak dah mimpi kahwin-kahwin? macam mana awak mimpi? basah tak?"

Masa tu, dalam hati aku, aku betul-betul tak paham, apa kena mengena aku mimpi bersanding atas pelamin ngan basah? sebelum jadi dewasa kena mimpi kahwin-kahwin sambil kencing malam ke? aku pun cakap la kat ustazah tu...

" Ye Ustazah, hari tu saya mimpi saya kawin. saya mimpi saya kawin ngan budak perempuan, bersanding atas pelamin, pakai baju pengantin warna emas. tapi tak basah la Ustzah, saya tak kencing malam, sebelum tidur dah kencing kat jamban"

Dibantainya gelak 3 hari 3 malam (ok aku tipu).... tapi ustazah tu gelakkan aku secara marathon la, siap pergi cerita kat mak aku lagi pasal lawak mimpi kawen-kawen ni. balik rumah je, mak bapak aku tanya macam mana aku mimpi kawin-kawin.

Aku pun masa tu innocent, aku tak paham apa yang lawak sangat pun. aku buat muka selamba je la cerita yang aku mimpi bersanding atas pelamin, yang tak tahan tu siap cerita baju pengantin kaler gold lagi tu woiiii......

Mana lah aku nak tau yang Ustazah Yong dan mak aku maksudkan mimpi kawin-kawin ngan mimpi basah tu adalah mimpi seks bersetubuh dengan perempuan sehingga terkeluar air mani.

Kan senang kalau orang tua-tua ngan cikgu semua ajar benda yang betul-betul bagi aku faham. ni cakap mimpi kawin-kawin, akal budak-budak masa tu, kalau mimpi kawin atas pelamin dengan Melisa Saila pun kira mimpi kahwin jugak kan? ke aku sorang je yang tak paham masa darjah 3 or 4 masa tu?





2. Datang Haid

Dulu masa sekolah agama, ada kelas baca Alquran, masa tu murid-murid akan baca bergilir-gilir ikut urutan tempat duduk dalam kelas.

Mula dari kanan sekali dari tepi tingkap bacalah sampai ke budak-budak yang duduk tepi tingkap paling kiri sekali. sorang akan baca dalam 3-5 ayat, pastu pas ke budak sebelah.

masa tu darjah 5 atau 6, Bila pas giliran demi giliran, sampai la ke row budak-budak perempuan pulak dekat sebelah kiri kelas. Tapi belum sampai giliran aku lagi, sebab aku duduk belakang kelas.

Aku ni agak malas la nak baca Quran tu masa tu. selalu la budak-budak nakal ni nyorok kat tempat duduk belakang-belakang dengan harapan waktu kelas Alquran tu akan habis sebelum sampai turn kami nak baca alquran.

Tapi hari tu, aku ngan member2 nakal aku mula naik bengang, sebabnya, ustzah skip skip giliran, kami mula lah rasa tak adil. Bila lalu je kat sesetengah budak perempuan je..akan mula la kedengaran suara yang mcam ni...

" saya tak boleh baca ustazah, saya cuti"

Masa tu aku kanak-kanak lagi, mana la nak paham bahasa kias-kias macam ni, aku tak tau pulak yang term "saya cuti" tu adalah term kiasan bagi memberitahu yang dia datang bulan, tak boleh baca alquran.

Dengan semangat memberontak dan nakal aku ni, bila sampai je kat turn aku, aku mula buat aksi pemberontakan kebodohan yang tiada tolok bandingnya...

" Hah Zulfikar, Baca dari ayat 3 sampai 7"

" Saya tak boleh baca Ustazah, saya cuti"

" Aik, awak lelaki pun boleh cuti?"

" apsal pulak saya tak boleh cuti ustazah? tu Fadhilah tu boleh cuti, anis tu boleh cuti, siti tu boleh cuti, saya pulak tak boleh cuti? tak adil la mcam ni ustazah!"

" Kamu jangan nak melawan boleh tak Zulfikar? saya suruh baca tu baca je lah, diorang lain, diorang memang cuti."

" Boleh pulak macam tu ustazah, tak adil betul, pilih kasih.. kalau ustazah nak suruh saya baca, ustazah suruh semua yang cuti tu jugak baca, baru adil"

Masa ni sumpah aku rasa aku macam hero hak pengguna dan keadilan pelajar. Aku rasa aku dah berjaya menyuarakan pendapat hak saksama di dalam kelas mengatasi ketidakadilan Gender.

Tapi bila aku dah besar sikit, baru aku faham kenapa diorang semua 'cuti'.......sambil sorang-sorang dalam bilik..... aku bermonolog sendiri dengan perasaan yang sangat malu.

" OooOOooooOO patutlah ustazah tak kisah diorang 'cuti' baca Quran... datang bulan rupanye " aku bercakap dengan penuh rasa malu, dan insaf yang teramat sangat.

Salah aku ke? ke salah ustazah dan budak-budak perempuan tu. kan ke senang kalau diorang cakap terus terang tanpa bahasa kiasan yang mengelirukan..


"saya tak boleh baca quran Ustazah.. saya datang bulan"




p/s aku rasa bukan aku je ada kes salah faham nih kan? kalau aku je salah faham, maknanya aku malu sorang-sorang la nih..

16 comments:

  1. hahahaha..dia pun nak cuti jugak..;)

    ReplyDelete
  2. haha.part mimpi kahwin kahwin pakai baju warna gold tak tahan.Hehe

    ReplyDelete
  3. Fayad : haa itulah pasal kan... :P dengki tau...leh lak cuti...

    Elyana : punya lah inesen kaaannnn.. :P

    ReplyDelete
  4. memberontak kuat die ni...

    kene baca 4ayat je pooooooooooon...

    isk..!!!

    nasib skrg da paham.............

    ReplyDelete
  5. bukan masalah 4 ayat tu.. masalah tak aci diorg leh cuti kan.. pastu ustazah rilek je bagi...

    skrg dah paham...ok dahhh :)

    ReplyDelete
  6. tapi kan...jadi pmpuan..kene bgtau cuti kt kelas kuat2, bukannye perkara yg best..

    malu laaaa..serius..rs cm nk duk bawah meja... =.="

    lagi kalo yg ajar quran tu ustaz muda trang tang tang....wakakaka...

    lagi malu kalo sorang2 je..xde member...

    ReplyDelete
  7. setuju dengan miss senget ...cam de pengalaman je miss senget tu...

    tgh promote blog baru ..kalau ada kelapangan dan sudi nak explore blog sumanje...disini

    kaninchengeschichte(dot)com

    Thanks sudi singgah......

    ReplyDelete
  8. bab puasa pulak?adik yang bujang masa dia kecik2 dulu memang tak puas hati tengok kitorang pakat2 masak megi kat dapur tapi makan dalam bilik..=)

    ReplyDelete
  9. Nyah kalau ko pun cuti.. mak nak sponsor kotex baru yg ada bunga2 tu.. kekekekeke.
    Ps: demam dah 2 3 hari. kalau ko baca entri mak yg ala2 demam, pendek tu ko jgn kutuk lak yer..

    ReplyDelete
  10. kalu kata datang bulan karang awak konpius plak duk ingat pasal bulan datang kat diorang mlm2. hish...

    budak2 takleh la nak berterus terang sebab depa ni suka mencuba sesuatu yg baru dan best serta suka megejek sampai leh menjatuhkan air muka kawan. Tak semua budak2 baik mcm budak yg bernama fikar tu..kannnnnnnn..

    Lagipun ada baiknya berkias2 supaya kita mengajar mereka2 ini tahu malu mengenai seks2 ni.

    ReplyDelete
  11. miss senget : memang memalukan pun... cuma kami budak lelaki comel masa kecik2 tak paham istilah 'cuti' tu...

    ustaz yg muda trang tang tang tu ade serupa ashraf muslim tak? hahahah

    su manje : mcm familiar je nama ni...

    Norinaomar : mesti adik laki ko sengsara jiwa bau meggi kari tu kan kan kan.. hahaha

    ain : tu yg rasa nak balik zaman tu balik tu...

    Lekat lekit : kotex bunga2.. ni nak tanya la kan, ade gak tengok iklan kotex bunga2 tu, tapi, sapa yg nak tengok kotex tu corak lawa2 pun kan.. ade org nak tgk ke? semoga cepat baik demam, sama la kat sini pun.

    Nadia Rani Rai : memang elok pun kias tu, paham pompuan rasa malu.. tapi, kami budak laki masa tu yg sengal2 ubi tak paham..., semua salah keadaan nih...

    ReplyDelete
  12. ha.. ha..ha... dah lama tak baca blog... bila baca blog ika nie.. terus mood akak yang tak berapa nak happy nie terus je bertukar.. kelakar lah.. ajid pun ketawa juga... best.. best.. best.. paling best bila time nak cuti juga tu.. ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  13. hahahaha ramai kot yang konpem salah paham!! dah nama pun masa kecik - kecik kan...haha

    bab mimpi kahwin tu aku tak pernah lak dapat mimpi naik sanding..tapi yang part basah tu sampai sekarang pun ada lagi...perghh, adakah aku sudah mula menggatal?? KAH3

    ReplyDelete
  14. woi Mr Blank... ko sampai skrg mimpi basah ke? ishhh.. ishhh... ishhh hahahahahaha

    ReplyDelete
  15. Kak ekin : mana pergi? sibuk jaga baby sampai tak sempat bace blog ika ye.. hahahaha.. kim salam ajid..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...