Semalam aku dapat call dari pakcik aku, dalam pukul 2 pagi..
**sunday morning la la la laa la la laaaa... Bunyi ringtone sunday morning oleh Maroon five.
Lagu Maher Zain tidak menjadi pilihan utama untuk ringtone. kenapa? aku bukannya urban-modern-duduk-hartamas-perasan-beranak-kat-LA pun, cuma aku tak berapa minat konsep lagu nasyid buat ringtone. Rasa macam duduk lepak surau Sekolah Agama Menengah Rawang sambil berkumpul ketuk-ketuk gendang.
" Assalamualaikum Ikar, busy ke? boleh pakteh nak cakap?"
" Waalaikumsalam Pakteh, takde la busy sangat, tengah layan Avatar, aishh serius sangat bunyinya. apa dia pakteh?"
" Esok ikar kena masuk penjara tau!"
"HAAAAHHHH?????"
Semestinya bunyi "Haaahhh" terkejut aku tu bukan sekadar kesan dramatik penulis blog, tetapi ia lebih kepada terkejut yang sebenar. Gila apa, pukul 2 pagi, pakcik aku call cakap aku kena masuk penjara esok. Adakah aku telah menjamin penjenayah yang telah melarikan diri? dan kini aku terpaksa menjadi galang ganti?
Jenuh aku ingat, apa aku ada buat salah. Mama ada cakap, kalau takut tu tanda ada buat salah la tu.....
" kamu pergi mana ni Ikar comot-comot basah-basah ni? kamu pergi curi-curi mandi empangan ye?
"ehhh mana ada mama, ikar gi main bola la mama, kan semalam hujan lebat, padang becak, tu yang baju penuh lecak ni ma"
"Kenapa aku tengok kamu ni macam takut je, kalau takut tu maknanye ada la buat salah tu!!!"
"Hishhhh, apa pulak takut, mana ada takut. ikar cuma bimbang je, bimbang mama marah sebab baju seluar semua kotor, kesian mama ikar ni penat nak basuh baju kotor-kotor lecak kan mama kan"
"pandaila kamu nak Jek aku, kalau mama tau kamu semua gi mandi Ulu yam tu, jaga!!, siap kome, aku besit!"
**********************
"masuk penjara pakteh?"
"Ha'ah, ikar ikut makteh masuk penjara, pakteh malas nak keluar masuk penjara tu"
"Penjara mana ni pakteh?"
"Penjara Sungai Buluh"
"Bakponyo la pakteh, ikar gi masuk penjaro plop?" (amacam slang aku? tak Kelantan langsung kan? mesti sakit telinga Pakteh aku dengar aku cakap Kelantan bunyi macam orang siam jual tikar mengkuang naik pikap berhenti kat bucu jalan)
Walaupun aku bukan orang Kelantan, tapi aku saja cakap loghat dia, sebab Pakteh aku orang sana. Dia kawin dengan makteh aku iaitu adik mak aku yang berasal dari Perak, tapi makteh aku adik-beradik dia dah ckp dia ni Perak murtad, sebab bila dia cakap, hujung-hujung ayat mesti nak ada 'Deh'.
"Ikar, ikar tolong makteh gi kedai jap deh"
"amende makteh ni deh deh?, 5 tahun duduk serumah ngan kami tak pernah pulak deh deh"
" ala ikar ni, biasa la.. terikut Pokteh Zainal la, hik hik hik.... ikar gi kedai deh" (sambil senyum hulur 2 ringgit beli daun sup bawang)
********************
Rupanya, aku kena teman makteh aku masuk dalam penjara atas urusan business dengan pegawai kat sana, so makteh ngan pakteh ajak aku sekali sebab nak kenalkan dengan pegawai yang uruskan keperluan penjara. Untuk aku bincang-bincang kalau ada peluang supply biskut Royale Danish Butter Cookies tu.
Sejujurnya, aku takdelah kekok sangat dengan Penjara Sungai Buloh ni. Masa zaman aku belajar 5, 6 tahun lepas, aku dah biasa keluar masuk penjara ni. Melawat kawan aku si Shahril Husin aka Debe.
Sesiapa yang selalu follow kisah aku mesti kenal dengan Shahril Husin, kawan karib aku zaman belajar diploma dan degree di UiTM..
Dia ni budak nakal, biasalah zaman muda-muda, siapa pulak yang tak pernah nakal kan?
"Jadi, budak nakal kena duduk mana adik-adik?"
"Duduk Penjara Abang Zul!"
"Paaaaaaaaandai......."
"Kalau adik-adik semua sayang mak ayah adik-adik, taknak diorang sedih, adik jangan jadi budak jahat tau!, kalau jadi budak jahat nanti kena masuk penjara, kena duduk jauh-jauh dengan mak ayah"
"Baik Abang Zulfikar!"
Aku pulak? kalau dah berkawan dengan budak nakal? apa yang dapat? mesti la terpengaruh dengan rakan sebaya kan?
Macam riwayat kisah nabi tu, sesiapa yang kawan dengan penjual minyak wangi dapat la bau wangi dia, sesiapa yang kawan dengan tukang besi, dapat la haba panas, busuk peluh dan habuk besi kan?
Seingat aku, ada 4, 5 kali dah aku masuk penjara tu, menziarah raya, kesian kawan raya kita tak datang kan? ape perasaan korang kalau raya orang tak bertandang? mesti sedih dan pilu kan?
Hehehe, okey aku dah penat nak menipu...sebenarnya Shahril Husin rumah dia memang dalam penjara. kuarters pegawai. Bapak dia Timbalan Pengarah kat sana, tapi sekarang dah pencen.
Dulu aku selalu singgah rumah debe, kadang-kadang tu ikut dia balik rumah jap amik duit belanja. hahahaha padan muka dia kena amik duit belanja tiap-tiap minggu.
Dia dengan Zikry sama la, mak diorang ckp kat aku, kalau tak buat macam tu, nanti diorang tak reti nak balik rumah. Jadi mandatory, setiap minggu balik rumah amik duit belanja.
*******************************
Sambung kisah hal aku tadi, Aku bukan setakat masuk dekat perkarangan penjara, aku bukan setakat masuk kat tempat parking lot, pejabat pengurusan atau kantin dia je, tapi aku literally masuk dalam kawasan penjara, yang berkubu dan berdawai mata punai itu.
Korang nak tau perasaan aku, aku jadi nervous tak tentu pasal. Disebabkan aku ada bawak barang-barang business dan sample, maka pegawai tu benarkan kereta aku masuk terus ke compound penjara. Kereta haruslah mercedes, mercedes pinjam demi menguatkan keyakinan pelanggan.
Melepasi pintu tembok besi kaler hijau setebal 6-10 inci kot (aku agak je) masuk je kat dalam tu, ada satu quarantine area. pintu besi sliding belakang ditutup dan aku terkurung di tengah-tengah.
Warden penjara, Pegawai bertugas, dan staff pengurusan datang, dekat nak 6 orang, sorang suruh aku kosongkan poket,tak boleh bawak apa-apa pun kecuali jam tangan dan cincin. lepas dah kosongkan semua, aku kena bukak semua pintu kereta.
Bukak pintu kereta dan bonet, ada warden datang cek, sampai la tahap macam dalam movie hollywood, ada seorang warden datang bawak kayu ada cermin tu, tala bawah kereta nak cek kot kot ada benda berbahaya, seludup orang masuk ke ape ke. (sapa pulak nak menyeludup masuk penjara kan?)
Masa ni aku jadi kelam kabut jugak la, tah la, rasa macam nerves-nerves kicap...
"Nerves kicap tu apa Zulfikar?"
"Tah lah, aku pun tak tau, seumur hidup aku tak pernah guna terminologi tu, aku cakap nerves kicap spontan masa aku nak taip cerita ni"
" tujuan dia Zulfikar?"
" tujuan dia, nak menunjukkan betapa ikhlasnya aku nerves, ikhlas kan aku Nerves?"
" Caiitttttt"
Bila dah clear semua, Makteh masuk dalam bilik menunggu iaitu locker room, hanya aku seorang je boleh masuk ke compaund penjara (blok banduan)
"Tuan, lepas sahaja pintu pagar di hadapan tuan ini dibuka, tuan jalan lurus, kemudian belok kiri, teruskan memandu sehingga nampak bumbung hujung sana, Koperal Madun tunggu tuan di sana"
" Baik tuan, terima kasih tuan" (orang bertuan kat kita, kita pun bertuan kat orang, ada rugi ke? bahasa melambangkan bangsa beb, jangan tak sedar diri satu hari nanti hilang ketuanan kat tanah sendiri)
Masa ni aku melopong gila, takjub sangat. Selalu tengok dalam series prison break atau discovery channel je pasal dokumentari penjara. hari ni aku dapat tengok secara real.
lepas 10 saat drive, aku berhenti depan Koperal Madun, aku berhentikan kereta, aku punggah la cargo yang ada. Selepas urusan semua selesai. aku ulang balik steps kat tempat quarantin area tu macam masa mula-mula masuk.
Kali ni aku mula guna 'bahasa kabel sikit'... ye lah, lama sangat nak kena tunggu pegawai semua datang buat rutin chek kan.
" Tuan, tuan lama dah kerja kat sini?"
" ada la 3, 4 tahun, kenapa tuan?"
" takda apa, cuma tanya je, saya ni sebenarnya dulu selalu masuk sini"
" Masuk sini? maksud tuan?"
" Bapak kawan saya dulu kerja sini"
" eh ye ke? siapa ye?"
" Husin Mastan, tuan kenal tak?"
" Husin Mastan???? kenal sangat...KOPERALLLLLLLL, periksa tuan ni cepat!, lama dah dia tunggu.
maaf ye tuan, kami wajib ikut procedure ketat ni untuk keselamatan warden dan banduan"
" Eh takpe..takpe tuan... dah biasa"
Mesti Pakcik Husin Mastan, Bapak si Shahril Husin tersedak-sedak kat rumah petang tadi kan? sorry la pakcik, saya saja nak test market je.
Shahril Husin, Chewe, aku. masa ni zaman aku degree, aku yakin degree sebab bila diploma masuk kitchen skema kena pakai scarf hijau kat tengkuk ngan topi putih, degree dah degil sikit. |
Chewe, Yus Panjang, Kapten Shahril Husin, Cikgu Farah Alili (isteri Shahril) aku dan Zikry. di majlis kawen debe di rumah pihak lelaki kat sungai buloh. |
p/s tiada satu pun gambar dalam penjara aku tangkap, agak-agak korang nak aku bermalam dalam lokap tu, korang suruhlah aku tangkap gambar. tribute utk Shahril Husin dan Kak ida, Kak ida ni kakak kepada Debe, dia silent reader blog aku.,.... Haiiii kak idaaaaa!!!! :)"
p/s 2 : aku tau kau jeles debe, aku dah masuk dalam tuuu.. ko duduk sana bertahun2 pun tak masuk lagi kan?? hehehe
terigin gak nak nengok keadaan dlm penjara....kdg2 terfikir time sek dulu..xdok kr buat lwtn g penjara..hihihi
ReplyDeletesaya dapat 'masuk penjara' melalui entry ni. saya tak nak masuk penjaralah TUAN! saya orang baik. :-)
ReplyDeletewah, cter wat suspen je...
ReplyDeletenak masuk penjara kajang lak?jom ikut sy...hehe
takleh eh amek gambo dalam penjara?
ReplyDeleteLa suspen je Nyah.. mak ingat ko kena tangkap kat lorong Hj taib semalam... wakakakakakaka
ReplyDeletePergh, ketat jugak ye peraturannya..
ReplyDeletebanyaknya cerita dlm cerita ni..
ciknyz : penjara susah nak bagi masuk dalam compound banduan dia. bahaya... :) tu pun kira nasib baik
ReplyDeletetips kurus : bagus....jgn jd budak jahat ye... budak jahat pegi mana???
cik husna : saya andaikan awak ni kerje penjara kajang kaaannn~~~? hehe
lekat lekit : mak cuti la nyah, period. mana bleh kerje kat haji taib.. haha
Sha My heart : amacam? mcm Inception tak citer ni?
mencik ah.. ingatkan kene tangkap sebab merempit ke, curik ayam jiran ke.. cehh.. business rupanye.. cett.. pooodah!!
ReplyDeleteingatkan hang buat salah apa tadi samapi masuk penjara. hahah. Teringin juga nak lawat penjara, nak tgk keadaan banduan. mana tau dpt insafkan diri.
ReplyDeleteJue : hahahahaha, kecewe leetteew.. ala, garapan cerita mestilah mellow ke klimaks.. baru la saspen kan.. :P hehehehe
ReplyDeleteShameel : susah beb nak masuk sana., aku nak hantar barang pun 3 jam procedure.. hehehehe
dekat kluang ada 2 penjara dah tapi aku tak pernah pergi. kena tahan road block depan penjara adalah...
ReplyDeletenerves ketchup? HAHA
bos boleh buat novel. mmg org sastera tulen
ReplyDelete