June 23, 2011

Mengharungi Musim Jerawat

Assalamualaikum.

Sebelum aku nak mula mengarang entry ni lebih jauh dan berjela-jela, aku nak bagitahu dulu yang aku sedar bahawa blog Rasa hati ini dibaca oleh doktor, pensyarah dan ahli famasi.

Aku bukan syok sendiri dan perasan lebih, tapi disebabkan kawan-kawan aku ramai yang jadi doktor ada baca blog ini macam Mohd Fahim, Ajai, Adinie, dan ramai lagi. Terdapat jugak ramai blogger yang follow blog ni sedang study dalam bidang medic contohnya Alexa Yussida.

Jadi, aku tidak mahulah menceritakan terlalu fokus secara teknikal, teori dan educational perspektif tentang jerawat. Sebabnya, bapak aku selalu pesan, kalau kita tak tahu sesuatu secara pasti lebih baik kita diam dan biarkan orang yang tahu menceritakannya.

Tetapi falsafah ini tidak sama dengan pendapat "malu bertanya sesat jalan"

Sesiapa yang tidak tahu wajiblah bertanya, samada di dalam kelas, bilik kuliyah, group study dan forum-forum. Sifat suka bertanya jika tak tahu ini akan menambahkan keyakinan diri sekaligus mengeluarkan diri dari kebodohan yang nyata.

Sebaliknya falsafah 'jika tidak tahu lebih baik diam' adalah terpakai sewaktu kita cuba untuk "semangat-semangat cerita macam kita tahu walhal kita tidak tahu" perkara ini akan mencampakkan diri kita ke lembah kemaluan yang sangat nyata. Tetapi betulkah lembah kemaluan itu? atau aku telah salah taip akibat syok sangat mengarang? baik aku betulkan balik sebelum orang cakap aku ni cuba buat lawak Sammy Vellu.

Perkara ini akan mencampakkan diri kita ke dalam situasi malu, dan kita sendiri membuka kebodohan kita untuk dinilai oleh audience.

**************************

Sudah puas bermain dengan kata-kata pendahuluan, mari kita mula masuk ke isi utama. Jerawat! bagi pendapat pemikiran marhaen macam aku ni, yang aku tau jenis-jenis jerawat adalah jerawat batu, jerawat miang, jerawat musim, jerawat nasik, jerawat period.

Jerawat adalah satu kondisi muka yang meradang, disebabkan pembiakan bakteria di bawah epidermis, yang mana bakteria ni datang dari persekitaran. Samada akibat dari sentuhan tangan yang berkuman atau cadar/towel yang kotor, berkongsi dengan kawan-kawan satu bilik yang tak reti bahasa bahawa menjaga kebersihan itu amalan mulia.

Ada pendapat mengatakan bahawa jerawat itu adalah kerana hormon. Ya! jerawat itu sebab hormon. Tetapi ia bukanlah faktor langsung. Hormon adalah faktor penyebab secara tidak langsung bagi pembiakan jerawat. Bagaimana pula ia menjadi faktor tidak langsung?

Jerawat yang tumbuh secara aktif  adalah pada masa zaman remaja. Akibat dari fakta ini membuatkan orang mempercayai bahawa jerawat itu adalah kerana hormon remaja yang tidak stabil. okey aku bersetuju tetapi dengan bersyarat.

Hormon remaja diketahui tidak stabil, sedang rancak bertumbuh dan berubah dari slow phase masa kanak-kanak ke fasa dewasa manusia. akibat dari hormon yang aktif ini, maka epidermis akan mengeluarkan minyak di muka. 

Secara medicalnya diterangkan begini : permukaan kulit muka akan overproducing subtance berminyak dinamakan sebum. Bila liang roma muka terhalang akibat kekotoran dan sebum itu sendiri, maka bakteria akan berkembang biak akibat dari punca makanan, suhu, kelembapan yg sesuai di muka kita

Muka yang banyak minyak jika tidak dibersihkan akan menyebabkan ia menjadi persekitaran yang ideal kepada pertumbuhan bakteria-bakteria secara besar-besaran.

Ditambah pula dengan persekitaran remaja itu yang aktif dengan bersukan, banyak berpeluh, masuk hutan keluar hutan, main basikal fixie, menjelajah dunia, main basketball, main bola, futsal dan lepak kedai mamak sambil tangan letak atas meja yang kotor kemudian sapu-sapu muka konon-konon macam gaya Aaron Aziz menyelak rambut, kemudian belai-belai pulak muka awek sambil berkata .......

" wahhh muka u licin dan gebu bak sutera dari cina"

"apa u ni???, i tak main-mainlah barang made in cina k!"

" sayang, jgn jadi bengap sayang, sutera dari china itulah sutera yg terbaik di samping sutera thailand"

" ala, i mana tau, i selalu baca blog, diorang ckp semua barang china tak bagus"

" lain kali, baca buku jugak ye sayang"

Akibat dari semua faktor berkait-kait ini maka ia menyumbang kepada condition yang paling sesuai untuk kuman bertumbuh pesat di liang- liang roma muka kita tu. Dan akibat itu, muka kita pun berjerawatlah. 

Selain itu, jenis kulit juga memainkan peranan. Ada orang yang kulitnya sensitif dengan serangan bakteria dan cepat mengeluarkan pertahanan sel darah putih yang akhirnya menjadi nanah. dan nanah itu yg warna putih kat jerawat tu.. dah macam dermatologist pulak aku gebang, ntah ye ntah tidak. sila rujuk doktor peribadi anda jika terdapat sebarang keraguan ye.

Jerawat tu bila dah masak mesti korang akan picit. Bila picit je.. PUP!... pastu tenung lama-lama depan cermin kat locker, rasa puas sebab dapat picit jerawat dan menghayati betapa banyaknya hasil jerawat yang terkumpul.

**********************

Aku pernah kena teruk serangan jerawat, aku kena masa lepas SPM dan masuk UiTM, tapi masa aku Part 1 muka aku takda masalah jerawat, tapi bila aku masuk kolej meranti kat Shah Alam, muka aku mula tumbuh jerawat yang banyak dan agak menakutkan.

Jerawat tu kadang-kadang buat aksi akrobatik formation kat pipi aku, kadang-kadang minggu tu dia buat bentuk Diamond, kadang-kadang tu dia buat bentuk anak panah, kadang-kadang tu dia buat bentuk rawak.

aku selalu berangan sambil tenung cermin perhati bintik-bintik jerawat tu..

" ni kalau aku amik pensel, aku sambungkan titik jerawat ni mesti leh jadi bentuk zirafah"

" kalau aku sambung-sambung titik jerawat ni mesti boleh jadi bentuk Diamond"

" eh eh minggu ni jerawat ni buat formasi bintang horoskop plak, dah macam virgo je"

Punyalah kronik tahap jerawat aku dulu, tapi disebabkan satu kelas majoriti muka berjerawat, maka muka aku yg banyak jerawat tu tak menjadi kehairanan lansung.

Even Tun Zhafarina tumbuh jerawat kat tengah hidung macam tanduk badak sumbu pun kami semua dalam kelas buat rilek je tanpa rasa teruja.

Pada satu hari, aku rajin pulak selak buku bapak aku subscribed, Medical Breakthrough ; Reader's Digest. Dan hasil pembacaan ini membuatkan aku terus ke link-link yang diberikan buku ini untuk dibaca secara lanjut.



Maka hasilnya ia telah memahamkan aku dan menghapuskan mitos-mitos jerawat yang sebelum ini bergelumang dalam kepala otak manusia.

1. jangan makan kacang, nanti jerawat.
2. jangan makan udang, ketam nanti jerawat.
3. jangan tunjuk jerawat kat muka orang, nanti muka kita ada jerawat.
4. Kamu tu miang nak berbini, sebab tu muka kamu tumbuh jerawat toin toing toing, kawin nanti ilanglah.
5. Aku jerawat sebab hormon, bukan sebab bakteria la Zul. tolong faham boleh tak?
6. Bila aku period je, mesti tumbuh seketul dua jerawat.
7. aku tak boleh makan epal, timun, tembikai, tomato, nasik, ikan, ayam, coklat, aiskrim, nanti aku jerawat. sumpah!!!...Jom gi baskin robin Jom.. Yeayyyy!!!
8. dan lain-lain, terserlah kepada pembaca nak tambah mitos apa lagi kat ruangan komen.


**********************

Suatu hari tu, aku pergi kelas, budak-budak mula perasan jerawat aku makin hari makin nipis, makin kurang, dah tak merah lagi. Aleng, Tun dan kawan-kawan mula tenung muka aku.

Aku pun perasan sebenarnya yang muka aku dah surut jerawat secara drastik, tapi aku buat-buat macam tak perasan, sebab aku nak rasa 'surprise efek' macam timbang badan tiba-tiba turun tu.

Selang sebulan 2 lepas tu, muka aku pun bebas jerawat sepenuhnya. Kulit muka aku pun menjadi licin dan bergaya bak lelaki metrosexual yang membesar di hartamas bersama kereta Porshe. Tapi aku tak poyo-poyo pergi canang dekat kelas macam nyah kepoh konon dia sorang pandai jaga muka.

Kulit muka aku masa tu punya licin kalau nak banding ngan blogger lebih kurang macam Nyah Lekat Lekit tu lah.. hahaha

pastu kawan-kawan aku start tanya-tanya ...

" Damak, Damak.. Macam mana muka kau boleh jadi licin? boleh hilang semua jerawat ha? ko pakai produk apa?"

" eh yeke? hehe, biasa je, aku tak gi klinik, tak pakai benda pelik-pelik syurah semua tu pun. aku pakai sabun beli kat tesco je.

" macam mana kau buat, ajar la aku oi" (baca gaya aleng ye sapa yg kenal aleng)

Ni caranya, caranya simple sangat. takda rahsia petua petui pun. 

Korang jangan expect la aku akan bagi tips rupa macam mana nak pakai shawl hana tajima dan cara solek mata agar mata nampak lagi bundar dan boleh tempek muka kat blog supaya semua orang teruja dan ngorat kita  dengan harapan dapat jadi pakwe kepada blogger maskara lentik. ** fuuuhhh panjang, aku taip sambil tahan nafas.

Cara-cara menghapuskan jerawat gaya ala-ala Zulfikar Zalikha :)

1. Aku beli Neutrogena facial foam dekat tesco, harga masa tu tak salah aku RM17.90



2. Cuci muka dengan facial foam tu 2 kali sehari iaitu masa mandi pagi, dan mandi malam. seelok-eloknya 3 kali sehari iaitu masa mandi tengahari, sewaktu lepak kat bilik sementara menanti kelas sebelah petang.

3. Cuci muka dengan gaya melayang-layangkan tangan di kulit muka secara lembut dan rata. JANGAN tenyeh muka kuat-kuat, JANGAN SENTAL. Jangan keruk kulit muka dengan kuku.Jangan gosok laju-laju. ambik masa lama-lama, layan je stim sabun muka tu sambil berangan yang korang akan turun ke kelas ada pakwe bawak Ferrari Modena muka pulak macam Gerald Butler.

4. Bilas muka sebersih-bersihnya, rasakan kenikmatannya bak air terjun di Lembangan Sungai Mekong. ok tak best. Bak air terjun di lembangan sungai  Nil, baru la sophisticated sikit.

5. Digalakkan basuh muka selepas bersyampoo dan condition. Sebab bimbang ada residue dari syampu atau conditioner yg trigger kesensitifan kulit muka korang tu meleleh kat muka.

6. Lepas dah bilas, lap muka kering-kering dengan towel bersih, kalau boleh sediakan towel bersih khas utk lap muka lepas mandi. tapi rasa macam over pulak tip ni, aku pun dulu tak buat. sekali lagi, jangan sental muka dan tenyeh kuat-kuat ngan towel tu.. tap tap tap je..

7. okey boleh pergi ke kelas dengan jayanya.. no bedak, no foundation, no toner, no krim, kalau nak bagi seri muka tu, pakai je lipstik dengan sikit blusher atau eye shadow. (tip untuk pompuan, lelaki yg ngade nak ikut, aku telanjangkan nanti, aku suh kencing tepi pagar macam kawan-kawan aku buat dulu kat 'wani')

8. banyakkan makan sayur, tomato, buah oren, anggur, jambu. bla bla bla bla bla vitamin C... takkan ni pun nak taip pepanjang.

9. Jangan sentuh muka kalau tak perlu. jangan korek jerawat, nanti parut.

10. Jaga kebersihan diri, basuh towel kerap, basuh cadar kerap, perempuan pulak, sila basuh tudung anda tu kerap, alah bukan aku taktau rahsia korang, tudung basuh seminggu sekali, takpun ada 3 tudung pakai gilir-gilir. macam budak lelaki gak, seluar jeans tak berbasuh.

11. Jika jerawat kronik, beli je cream anti acne, atau krim OXY kat farmasi, sapu kat muka, jangan percaya mitos yg ckp krim jerawat boleh buatkan muka berparut.. karut semua tu.

12. Berserah pada Allah.

Okey, selamat mencuba kepada adik-adik semua ye. jangan putus asa, Jangan cepat percaya mitos kawan-kawan. kadang-kadang ada kawan nak pedajal kita, ada yang nak buat lawak, kita pulak dalam keadaan desprate, ikut je la ingatkan benda betul-betul boleh hilangkan jerawat.

Korang bayangkan, aku pernah baca blog mana ntah. Dia bagi petua nak hilangkan jerawat kronik, sapu (sori cakap) sapu pad period yang dah diguna kat muka yang berjerawat, masa tu aku tepuk dahi sambil urut dada. 

Itu lah pengalaman aku dalam Mengharungi musim jerawat. Jangn risau, kalau korang dah dewasa, korang akan ilang jerawat secara naturally sebab korang dah common sense pandai jaga diri sendiri. :)

okey, aku nak gi mandi sambil basuh muka dari air mata air tujuh telaga sakti, dengan tujuh kelopak bunga dari tujuh jenis bunga dari tujuh jenis hutan dipetik dalam tujuh malam jumaat yang dipetik dengan tujuh jari.

adios.

** Updated : gambar testimonials aku dah remove, early reader dapat la tengok, bukan apa, aku sendiri rasa segan pulak nak tayang2 gambar. kalau korang nak tengok boleh tgk profile pict aku tu, sama je. :) terima kasih.. pinggg pungggg..... station berikutnya.... KLCC.....


p/s dah tak dalam dilema dah. :)

31 comments:

  1. Aku dok baca entri ko sambil anak dlm perut ni menendang non-stop sebab ko ckp muka mak dia licin bebas jerawat.wakakakakakaka
    ada lagi mitos pasal nak hilangkan jerawat ni Nyah.. kononnya sapu spender kat muka. Yg ptg spender tu blm basuh. Ni mak tak tipu nyah.. ada petua mcm tu. Geli pula mak nak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. u tahu bapak i ske dulu time remaja2 ckp kt anak2 dia,"nah amek spender bapak ni ha lap je kt muka hang" . bukan mitos la tu kot kalau orang2 dulu pernah buat.... wkakakak. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.

      >>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<

      Delete
  2. Jerawat pon datang dari faktor makanan jugak. :) ehehe. Emm ade je manusia yang pengotor tapi kulit licin siap mulus tulus lagi. Anugerah tuhan. :)

    ReplyDelete
  3. Lekat lekit : anak ko suka la tu ada orang ckp mak dia hot kan...nak jd blogger jugak la tu nanti.. haha

    series aku penah baca pasal sapu spender tak basuh kat muka.. petua menjahanamkan namanyaaa tuuu

    Cik Ifah : makanan tidak disebut dlm kajian saintifik melalui ujian berkawalan.

    tetapi mungkin ia boleh jadi faktor tidak langsung... bab org pengotor yang takde jerawat, mungkin dia nasib baik, kulit dia imun dengan bakteria.. :)

    ReplyDelete
  4. "Muka yang banyak minyak jika tidak dibersihkan akan menyebabkan ia menjadi persekitaran yang ideal kepada pertumbuhan bakteria-bakteria secara besar-besaran". ayat bombastik gila kalau cikgu bm aku baca mesti dia akan cakap macam tu..haha..

    hang masa kat u tak jiwang ke??tadak pon jerawat tersusun bentuk love..haha.

    mitos jerawat:: setiap kali kawan aku naik jerawat mesti kami akan kata dia tgok blue...

    NIce tip dari Ikar!..aku selalu sental muka aku nieh..sebab geram sangat jerawat!time basuh dengan safi..haha.. tapi time aku pecahkan jerawat lagi stim kot!haha.

    pergh!!next entri boleh tak kongsikan tips nak cerahkan kulit??aku dah terbakaq sebab kerja pam minyak itu hari..haha

    last dari aku!gila besrsih muka hg dalam gambaq tu erkk.kalau lisa suriani satu u dengan hg mesti dia cakap "agak boleh ke saya ber'pancar'an ya?"

    ReplyDelete
  5. nak try neutrogena jgk la cmni..licin btul kulit kmu ye..:)

    ReplyDelete
  6. eeeeeeee.. betul ke wey ada org guna cara sapu tettt tu, tak senonoh jek.. huhu..

    Alhamdulillah muka aku bebas jerawat, tp kekadang ade gak ar seketul 2 :D

    ReplyDelete
  7. balecan : aku mmg suka bomba-bombastik ni, perasan jd popesor.. haha..jiwang jugak tapi aku tak penah miss basuh towel ngan basuh muka...

    muka yg gelap mmg takleh nak cerah kecuali teknik pengelupasan yg bodoh kalau lakukan.. cuma ko boleh bagi ilang simptom tebakar dengan pakai UV protection cream/ sun tan cream..

    lisa surihani? begitulah sebenarnya apa yg aku angan2kan selama ni.. :P

    Fayad : try la neutrogena.. percayala, chemical dia cukup kuat utk bunuh kuman..

    Jue : Betul , aku ada terbaca blog mana tah, dia suh sapu teetttt kat muka... aku rasa dia permainkan kawan dia kot...

    ye la, aku tengok gambor ko hari tu, nampak licin muka ko... :)

    ReplyDelete
  8. aku xboleh nak ikut cara ko bersihkan muka tu wei..aku xlemah lembut mcm tu..sental sekali jek,cukup..
    haha..aku jd elergik klu baca aturan2 nak cuci muka ni..sapu bentuk bulat,start dr dagu naik ke dahi..urut pelan2...adeh...bukan hobi aku kot...hehe

    ReplyDelete
  9. Nur Alina : aku pun tak buat ikut aturan..malas nak apal... aku gosok muka secara lembut je, tak tenyeh kuat2.. :)

    ReplyDelete
  10. sebagai lelaki, kadang2 aku tak peduli pun jerawat, hehhe.

    ReplyDelete
  11. Sca Ndx : barulah Incubus kan kalau ada jerawat sikit2.. :) hahaha

    ReplyDelete
  12. HAHAHA nak taip, terbaca komen,
    "barulah incubus" HAHAHA dem. sampai ke situ abang fikir... haha

    "jangan jadi bengap sayang" dan "lain kali baca buku, jgn blog aje ko baca"

    ok, itu memberi pengajaran yang mendalam. :P

    ReplyDelete
  13. Haikalblank : haha, tersenyum aku,

    " budak haikal ni tak kelam kabut rupenya"

    hehehehehe

    ReplyDelete
  14. hehe...alhamdulillah~setakat ni muka takde masalah...xpakai produk2 muka neh..neutral je ;)

    best artikel neh..byk info...shu 'curi' idea ye.xsemua, mitos 2 je...XD

    ReplyDelete
  15. Adeh name aku pun ade ke...hehe. tp mmg bkesan aku pkai netrogena tu lps tgk muke ko bebas jerawat... ;)

    ~tunz..

    ReplyDelete
  16. Shu : amik je Shu, jangankan amik yg mitos tu je, amik semua pun boleh.. hehehe

    p/s i tekan link nama u apsal kuar iluvislam.com? errr..er.. adakah Shu ini pengarang Iluvislam? jeng jeng jeng....

    apsal rasa diri ni mengecil....pam parammm...

    ReplyDelete
  17. Tunz : ahaha tuan punya badan dalam cerita dah baca dan komen.. :)

    betul ke tun? ke kau nak amik hati aku je nih? heheheh :P

    ReplyDelete
  18. korg perasan tak muka imam-imam muda 2 kat astro oasis semua licin-licin...ada teori ataupun kajian klinika tak kenapa fenomena ini terjadi???astro bagi imam-imam ni pakai neutrogena gak ke???

    ReplyDelete
  19. yup...saya editor iluvislam..english version..bukan pengarang.hehe ;)

    ReplyDelete
  20. tamlegend : adakah itu soalan retorik yang jawapannya akan menjurus kepada berwudhuk dan mendekatkan diri dengan ibadah membuatkan muka berseri2?

    Shu : ** tarik kerusi ngan meja..letak depan shu. duduk sambil bersedia nak belajar.. :P

    ReplyDelete
  21. huhu...patutnye saya yg kene menuntut ngan zulfikar..gaya penulisan dan penyampaian menarik dan tersusun..sempoi and cool~itu buat ramai org minat nk baca lagi dan lagi..

    umur saya baru setahun jagung je pun ;)...pengalaman tak byk

    ReplyDelete
  22. alaaaaaaaa..mana aci!tak sempat tgk gmbr testimonial ko tu..T_T


    aku skang menderita dgn parut jerawat yg bertempek di muka..huwaaa..

    ReplyDelete
  23. shu : :) tenkiu... :) bertambah semangat nak terus menulis.

    Cik Sha : aaaallllaaa~~~ ko lambat la. takpe leh je tengok kat profile pict belah kanan tuuuu.. sama je.. cuma lebih besarrr~~ parut jerawat makan masa nak ilang.. kene sabar...

    tamlegend : soalan retorik adalah soalan 'acah'. soalan yang telah mempunyai jawapan. takpayah jawab pun takpe.. sebenarnya soalan tu ditanya untuk tidak dijawab

    contoh:

    " apa yang kita mahukan dalam hidup kita?"

    " anda hidup di negara yang aman damai, apa lagi yang anda mahu?"

    ReplyDelete
  24. hehehe...aku tak ngacah la cik zulfikar. sory le kalo itu yang diterjemahkan. just ngajak sama2 fikir. retorik tu mcm pernah dgr. tp dah lupa. masa sekolah dlu byk sgt main...he

    ReplyDelete
  25. dasyatnya ada orang bagi petua dengan tuala wanita tu (>.<) saya dulu pun pengidap jerawat tegar jugak.

    jemput baca kisah jerawat kronik di blog saya =)

    http://ibuammar.com/kisah-benar-jerawat-kronik-kecut-dalam-3-hari/

    ReplyDelete
  26. salam, kpd siapa2 yg ada masalah kulit muka..jerawat atau jeragat bole hubungi akak ye..+6017 3131517..insyaallah sedia membantu

    ReplyDelete
  27. salam, kpd siapa2 yg ada masalah kulit muka..jerawat atau jeragat bole hubungi akak ye..+6017 3131517..insyaallah sedia membantu

    ReplyDelete
  28. Kalau kulit sensitif sesuai ke pencuci muka tu?

    ReplyDelete
  29. Kalau kulit sensitif sesuai ke pencuci muka tu?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...