June 17, 2011

XPDC Pendakian Gunung Kinabalu Part 1



Assalamualaikum....

Sebelum ni aku ada berjanji kepada kawan-kawan semua yang aku akan buat entry pasal pergi gunung kinabalu.

Sejujurnya aku bukan malas nak buat, tapi aku pergi sana tak bawak camera digital, aku cuma tangkap gambar aku sendiri guna handphone nokia E52, korang boleh tengok hasil gambar tu dalam entry INI.

Okey, Mari aku mulakan entry ini dengan gaya penulisan yang santai dan tidak berformat sangat, sebab jap lagi aku akan upload banyak gambar2 gunung kinabalu.

Gambar-gambar ni aku download dari kawan-kawan geng gunung kat FB je, so entry kali ni dinamakan PART 1 sebab hasil dari gambar FB, nanti aku dah compile semua gambar dari camera-camera yang ada, aku buat pulak part 2 ye.

************************

Perjalanan dimulakan pada tarikh 2hb June 2011, kumpulan kami dinamakan Geng Gunung DMG, terdiri dari 12 orang, orang yang paling kuat berusaha dan mengilhamkan trip ini adalah Puan Nurzulraine Bt Muhammad, merangkap BOS aku, eksekutif director dan kak Nonie.

seingat aku, xpdc ini telah diilham dan dirancang seawal setahun yang lepas iaitu bulan november 2010. Aktiviti rasmi geng gunung iaitu latihan mendaki Gunung angsi dilakukan pada Tarikh 19 feb 2011 iaitu jatuh pada tarikh lahir aku, ada aku ceritakan sikit kat entry INI.

Kami Bertolak dari LCCT menaiki Air Asia seramai 6 orang, dan 6 orang lagi menaiki Firefly di KLIA. Kenapa jadi macam ni? sebab kami book awal nak tiket murah, tapi pada tarikh yg sama air asia dah habis tiket, jadi Kak Nonie dan Cikty tempah pulak firefly. kami bertolak dari LCCT pada pukul 7.50 pagi dan sampai ke KK dalam pukul 10.30 pagi

Hari pertama, kami tidur kat Kundasang Pine Resort, resort yang sangat cantik, selesa, berkualiti dan puas hati A klass!!! kat sini takda aircond, semua bilik pakai angin semulajadi yang sejuk, lebih sejuk dari genting dan cameron highland.

Tak banyak aktiviti kami buat kat sini melainkan merehatkan diri, berborak sakan menunjuk2 skil 'belum sampai' masing2... sembang buat orang bimbang, meletop2 mcam kampung asal dari puncak kinabalu, tapi sorang pun belum pernah sampai lagi melainkan Encik Norazimal. hehehe. so malam tu aku banyak senyap je sambil buat lawak2 ringan sambil packing2 barang.

Untuk perhatian, aku packing 2 pack, satu beg galas untuk bekal aku iaitu makanan, sandal, baju Hujan, coklat sneakers 4 batang, cloud9, roti krim 60sen gardenia 4 bungkus dan air redbull 4 tin. air mineral tak perlu bawak banyak, hanya 1 atau 2 botol je, sebab ada pondok2 rehat yang sediakan pili air mineral dari punca air bukit.

Dan satu beg aku sediakan untuk hari kedua bagi porter bawak, beg ni seberat 5 kilogram. aku buang ego aku jauh2... aku memang nak bagi porter bawak je, porter Charge RM 9 / kg, jadi aku kena bayar dia RM45 untuk dua hala.

Sesiapa yang bercuti ke KK (sabah) wajib lepak di kundasang, sebab tak la jauh sangat, tapi view dan iklim sangat best untuk berzuriat, eh tergatal pulak..berbulan madu dan bercuti bersama keluarga.


**************************************


3 hb June 2011,

Kami memulakan aktiviti selepas sarapan di Pine Resort, lepas sarapan kami pergi menaiki Van pelancong, kereta wira penyelaras Pakej iaitu Dino, dan lori angkut beg.

Beg punya besar2 dan banyak, mashallah.. semua datang bawak beg akademi fantasia yang Literally besar peti ais Mini kat hotel tu, besar macam gabus ikan. sampai tak muat bonet Van pelancong.

aku pulak amik kesempatan bersama dengan Mek Nor, Nasir, Syah menaiki lori satu tan yg mengangkut Beg ke sabah park tu. perjalanan amik masa dalam 15 minit, tak jauh sangat pun tapi sebabkan jalan2 di bukit tu curam, terpaksa la terhinggut-hinggut belakang lori panjang jalan mcm kure-kure..

Sampai je kat Kinabalu park, kami semua simpan beg 'akademi fantasia' di sutera Lodge dengan harga satu beg RM 10. kalaulah tak boleh simpan beg tu, aku duk bayangkan kami semua tarik beg beroda tu sorang satu naik gunung kinabalu..hahahahahha.

Lepas dah simpan beg, kami berkumpul untuk berkenalan dengan Encik Azuwan iaitu Guide Rasmi kami. Guide wajib ada bagi setiap kumpulan yang mendaki bagi mengelakkan sesat, cedera, parah, kemalangan, dan mati yang tidak dilapor. Guide disediakan oleh Sabah Park, korang takyah gatal2 nak lantik suka-suka hati.

Lepas dah briefing dan kenal2 dengan guide, sesi kenal2an dengan Porter iaitu pengangkut barang-barang, pengangkut barang ni bukanlah orang asli atau orang dalam hutan, tapi orang tempatan yang tinggal di kundasang atau ranau, porter2 kami budak sekolah paling kecik darjah 5 dan paling tua belum habis sekolah menengah. Diorang ni memang buat kerja ni cari makan nanti2 lah aku cerita kehebatan diorang ni.

*************************

Okey mata korang dah penat membaca, aku yang menulis ni pun dah penat, apatah lagi korang semua, jadi untuk part 1 ni sampai sini dulu, korang boleh menjamu mata dengan gambar2 ni ya. nanti sambung cerita kat part2.





Ni dalam hutan 2/10 dari puncak, korang jgn mengharap sangat dapat tengok gambar view bawah gunung masa ni, masa ni hutan tebal, jadi banyak gambar jungle track je. tu aku tengah berehat jap sabil berphoto dengan kak nora dan kak lin.


Ni dah suku gunung, lepas dari pondok rehat layang-layang, aku tak ingat, cuma this particular aku ingat sebab lepas layang-layang punya rehat, kami kena start pakai baju hujan, aku panggil baju hujan aku poncho, beli kat Mydin harga rm 5.90


Inilah rupanya pondok-pondok rehat yang ada di sepanjang perjalanan dari timpohon gate sampailah puncak kinabalu, nampak tak aku baru lepas keluar kecing kat toilet tu? nampak tak tong biru tu? tong tu lah digunakan untuk tadah air mineral dari puncak, pastu ada pili air, korang tadah je air tu boleh minum, sapa takut minum boleh angkut air mineral 10botol dari bawah, aku alhamdulillah tak mati minum air bukit tu.. sedap rasa macam spitzer dalam botol jual kat kedai mahal2 tu.


Hah, ni group Photo lengkap, ade 12 orang, aku yang badan tough pakai seluar oren tu, muka paling bercahaya, senyum paling manis, hati suci, muka legend... tapi bukan "ape pun tak boleh"... boleh banyak jugak la. masa ni kat Pine resort kundasang. sebelum naik lori 1 tan pergi kaki gunung kinabalu sabah park.


Gambar ni Kak Nonie ckp penuh dengan 'cerita' nya sendiri, aku tegok serabut macam orang nak masuk hutan tebang pokok bukak kampung, Hujan renyai2 masa ni, tapi sejuk macam dalam peti ais. tak salah aku masa ni jauh lagi nak sampai laban rata.


Tu la Kak lin, atau nama dia Azlin Bt Muhammad, dia la punya gambar ni, aku copek dari FB dia, aku tak bawak camera digital sebab aku dah bawak handycam, hanya Kak lin je yang mendaki bersama suami tercinta cik Hairi Jasadi. Tapi masa ni laki dia takda, laki dia kat mana? laki dia tengah tangkap gambar ni lah.. haha


Group Photo lagi, betul2 kat papan kenyataan depan pintu masuk Sabah Kinabalu Park. konon2 buat good semua perasaan neves ilang lah...caiiitttt......


Masa ni sesi briefing dekat Timpohon Gate, selangkah je dari gate masuk untuk mula mendaki, yg bagi penerangan berjambang tu lah En.Azuwan, Guide rasmi kami.


Yang ni pulak, kami terserempak dengan artis Hollywood, superstar ni pun sama-sama join kami mendaki ke puncak. Aku tanya dia ada darah2 mix pan asian ke? sebab muka dia iras2 orang melayu sikit kan? dia jawab mak dia dari Ipoh, bapak dia pun orang Perak... dia cakap keadaan dia macam Stephen Rahman Huges la, anak jati Malaysia yang menjadi bintang di Hollywood.


Okey tu je gambar untuk part 1 dulu, mesti ramai yang bengang tak puas hati kan...
"ape ni Zulfikar, mana gambar puncak? atas awan, Low's peak semua bagai? mana? mana? manaaaa????"
" takda ye sayang-sayang sekalian, yang ni part 1, jangan bimbang, ada dekat nak 200 lebih gambar2, nanti aku masukkan part by part okey? baru la saspen, cemerlang gemilang dan terbilang kan.. kau bilang sama mak kau, hujan mau turun, angkat kain jemurannnn"
okey sampai sini dulu, nanti kita sambung baca dan tengok gambar kat part2 pulak ye lepas aku compile gambar2 dari DLSR ehhh DSLR... EH DRSL.. errrmmm DRLS kot... hah hantam je, nanti aku amik, aku upload lagi ye. :)

16 comments:

  1. seluar oren ko tu buat ko nampak mcm hero bollywood bukan hollywood.. dah macam amir khan. baca entri ko ni baru mak igt nak buat review pasal teater mak tgk last week Alang buana. Minggu ni penuh cerita sgt.. sampai lupa. kejab demam.. laki sakit.. perut la makin berat. otak pun makin blur

    ReplyDelete
  2. pergh menarik gile pengalaman tp statement last tak menahan..kehkeh..

    okie larikkk..nk smbg sembam muka dalam buku @_@

    ReplyDelete
  3. aku klu g kk xkan singgah kat kundasang semata2 nak kencing...x tebasuh aku...air sejuk mcm air batu...sanggup tggu smpai kk..ngeh~

    ::ko makan tak kepak ayam yang jual kat restoran atas bukit 2?rugi x try..

    ReplyDelete
  4. pan asian ye??:P hahaha..nak sainnnn....;)

    ReplyDelete
  5. Mejuez : ini aku copy paste dari Kak nonie kat group kat FB....ikut ko la leh potong mana tak berkenaan...

    berikut adalah pecahan setiap seorg xpdc mt kinabalu 2011 :-
    1. permit daki RM400.00
    2. makan, hotel & transport airport-kk-kundasang-kk-airport RM650.00
    3. extra lewat turun dari laban rata RM15.00
    4. makan, homestay & transport ke hot spring RM50.00
    5. baju & printing RM62.65
    6. poring private RM5.00
    7. banner, tag bag & wisel RM9.15
    8. purata tiket flight RM434.80
    9. transport ke klia @ lcct RM45.00
    total RM1,671.60

    ReplyDelete
  6. lekat lekit : tau dah mcm hero bollywood.. saje je taknak ckp.. humble kan kan....alang buana? best tak? cepat la review nak bacaaa

    Yussida : perasan betul tuan blog ni kan... tak menahan artis hollywood konon... dah dah gi baca buku elok2.. takmau main2... babab kang!

    Nur alina : ala, tak sempat la makan ciken wing.. sempat makan nasik campur je kat luar poring air panas tu...hehehe

    Fayad : pan asian sangat kan kan.. meh nak sign tang mana? :P

    ReplyDelete
  7. aissshhh mcm best je gunung kinabalu,tapi paling tak tahan jumpa artis hollywood.kehkeh

    ReplyDelete
  8. mintak otograph bang!
    we want more!entah bila nak ada rezeki naik kinabalu ni,entah masih kuat ke tak stamina aku ni.

    ReplyDelete
  9. Elyana : tak sangka snagat tau masa jumpa artis hollywood tu, rasa macam nak mintak sign je, tapi segan.. tehehehehe

    norinaomar : elelelelelele dia ni kan... buat2 skrip gaya mcm umur 50tahun, padahal tua setahun je dari aku kan.. mesti lah ada stamina cikgu oi....

    otograph dah habis..datang esok ye dik!

    ReplyDelete
  10. rugi lah..hehe...

    ::klu plan nak dtg lg,dtg lah sandakan..saya bawak g lawat saudara mara kat sepilok (*^*)
    sandakan punya seafood terbaik..hehe

    ReplyDelete
  11. oooo tahniah tahniah aku ni ntah bileee la nak sampai ke kinabalu tu..dok kat kaki gunung tu dh banyak kali dah tapi hati tak berani lagi naik sbb takut tak larat..pancit gitu..hehehehe..biase laa baru beginer je bab2 panjat ni :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. 1) Tak aci pakai porter
    2) Pines Resort mmg best
    3) Macam Tandori Payat dalam komik Ujang
    4) Pakej anda sangat mahal
    5) Gambar kat tandas tu anda sedang pegang ape........? (owh tidak...)

    ReplyDelete
  14. 1) aci kat batu caves
    2) beeesssttt~~~
    3)tandori payat mcm rahman hughes maknanye
    4) pakej manager2, tdo suite..
    5) anda otak kuning, tangan jln lenggang dihadapan.

    ReplyDelete
  15. 3) takde maknanye. jauh beza
    4) ahaha! gambar itu sudah jelas sbg bukti

    ReplyDelete
  16. baru berpeluang masa entry ni....patutlaa tak baca sblm ni rupe2nyer entry ni dicoret sama tarikh CikNyz berangkat g Sabah......Alhamdulillah CikNyz berjaya menawan puncak GK...InsyaAllah nk g lagi thun dpn.....mendaki melalui Mesilau pulak.....

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...