June 29, 2011

Gambar Nostalgia, Ini Bukan #Wordless Wednesday

Assalamualaikum,

Memandangkan audience aku telah penat mendengar aku mengomel tentang isu-isu pendapat sebelum ini iaitu  pasal Beer Halal, Belajar tidak bersetuju dan isu Astro, kali ni aku nak mengendurkan tension semula dan mengurangkan rindu pembaca kepada Hero 'ikar' yang agak lama menyepi. 

Tapi kali ni aku buat kelainan sikit, aku scan gambar zaman aku kecik-kecik dan kini persoalan tentang bagaimanakah rupa budak ikar itu akan terbongkar.

Adakah muka dia seperti anak cina dengan mata yang sepet? atau mukanya berhidung mancung seperti anak bangla yang menjadi backdancer cerita mohabbatein?

Tahniah kepada Fayad Rahim yang menjadi orang pertama mengutarakan permintaan ini dan bersungguh-sungguh mempengaruhi aku untuk scan dan bubuh gambar kecik-kecik dalam blog.

Tapi ada kekecewaan sedikit, Entry ini bukanlah #Wordless Wednesday, sebab belum jumpa gambar pun lagi korang dah baca tulisan aku berjela-jela. Jadi terpisah jauhlah blog Rasa Hati ini dengan arus kemodenan trend blog-blog sedunia...

Kita kembali semula ke niche blog ini iaitu kisah-kisah nostalgia memori zaman kecik-kecik. Sila ambil mood anda iaitu bygkan baju kikilala dan kiko bersama dengan tupperwer hijau bancuh milo di depan laptop.


Zulkarnaen, Mama, Julia, Zulfikar Hazri aka Ikar (penulis)
Gambar ni masa umur aku 4 tahun, gambar  ni kat Masjid Shah Alam, abah bawak kami sekeluarga jenjalan, nampak tak mak aku tak bertudung? oh zaman ini zaman ranggi, sebelum mak aku aktif belajar mengaji kat surau. Nampak tak baju aku dan abang aku sama?

Ye!!! baju itu berjenama Ladybird, zaman kecik kan aku ngan abang aku sangat akrab mcm entry yang korang baca sebelum nih? jadi haruslah baju pun sama sedondon bak boria tanpa tongkat saktinya. Dan baby ditengah-tengah itu adalah julia, dah nak kawin dah adik aku yang tu.. huuuuuu


Dari kiri : Zulfikar Hazri(penulis) Karnaen dan Mama

Gambar di atas adalah sambutan Hari jadi abang aku, nampak tak tulisan tarikh di gambar? tulisan tu bertarikh December 1985, aku punya birthday pulak Februari, jadi apa ke hal pulak aku yang sibuk-sibuk nak tiup lilin kan? mesti korang rasa penuh misteri? Tapi sesiapa pembaca setia blog aku dah tau dah kisah disebaliknya, yang taktau dan baru ikut boleh baca apa sebabnya kat SINI


Masa ni tak salah aku umur dalam setahun 4 bulan, Nampak tak tarikh gambar? JUNE 1985, jadi aku lahir Februari 1984, Tolong kirakan untuk aku, betul tak setahun 4 bulan? Jangan tanya kenapa aku senyum dan gelak suka sangat dalam gambar tu, mungkin aku suka sebab terkentut.


Masa ni Aku duduk Jalan Uganda, Kampung Jawa Klang. masa ni aku umur 3-4 tahun, oh baju masa ni memang tak sama, sebab bukan aktiviti jalan bekeluarga, ini ikut abah aku pergi tengok orang lumba speedboat remote control kat tasik Shah alam. Gambar ni juga sebagai bukti yang aku cakap kat kawan aku secara angkuhnya

"eeeleeehhh, korang baru masuk UiTM Shah alam awal 1bulan dah kecoh, aku dulu-dulu.. pokok kat Tasik tu renek lagi, tanah merah, rumput pun belum tumbuh lagi aku dah lepak makan aiskrim kat tasik tu tau tak??"

Penulis di tengah tengah.

Masa ni dah Pindah Kampung Sungai Tua Baharu, Nampak kan? baju aku ngan abang aku sama? kan dah cakap, baju mesti sama barulah melambangkan keluarga yang bahagia. tu misai tebal dengan Rayban Aviator tu Bapak aku, takkan Pengembala Zirafah plak kan? masa ni kami gi jenjalan Zoo negara. Zoo negara dulu cool sebab ramai orang, kenapa ramai orang? sebab zaman dulu takda pavilion dengan suria klcc.


Bagi aku ni ialah gambar epic, gambar ni banyak cerita, saat dimana aku menyedari aku bukan lagi adik, menyedari bahawa aku abang yg sayang adik perempuannya, nampak tak aku dukung Julia atas sofa merah kegemaran bapak aku? nampak roda kat bawah sofa tu? kerana sofa tu beroda lah menjadi penyebab sofa tu lingkup, kami adik beradik main tolak-tolak sofa buat teksi dalam rumah. best gila! 


aku duduk atas ford cortina 2.0 abah aku. kereta ni kenangan banyak sangat. aircond kereta ni kuat kat area tengah, aircond tepi pintu tu dah diconquer oleh bapak aku dan mak aku, jadi kami pun berebut la nak duduk tengah, sebab boleh dapat angin aircond, tapi bila dah besar semua berebut nak duduk tepi tingkap.. taknak duduk tengah sebab rasa kena himpit. Itulah rumah pertama kami masa kami hijrah dari Ipoh ke Selangor. sewa masa ni tak salah aku rm80/bulan.

Hah, ni gambar aku ngan bapak aku, muka kami sama tak? mesti lah tak 100% sama, sebab mestilah ada acuan muka mak aku jugak kan. ye, aku jawabkan soalan hati korang... rambut aku memang ikal mayang

" woi kerinting la woi, takdenya ikal mayang!" kata si debe.
" ikal mayang la, mana ada kerinting"
"Ko ingat kau maya karin nak rambut ikal-ikal?"



P/s mak aku tengok gambar lama ni dalam laptop terus muka macam sebak, teringat kenangan dulu-dulu, saat anak-anaknya bergantung padanya. Dan aku pun sedar bahawa dalam dunia ni semua harta tidak dapat menandingi kasih sayang anak kepada orang tuanya dan orang tua kepada anak-anaknya.



17 comments:

  1. hahaha.baju mesti kena sama kan kalau kecik kecik.kdg2 corak sama kaler lain2.hee.

    ReplyDelete
  2. aku dulu kecik2 ego..

    tak nak baju sama ngn adik pmpuan aku..

    kalo sama, xnak pakai serentak..

    bodoh tul..baju je kot.. T___T

    ReplyDelete
  3. dah2.. jgn nangis lagi.. buruk muka naa.. :P
    kan bagus kalo gambar2 aku masa kecik masih ada... smua album2 lama dah terbako masa rumah dijilat apa kecik2 dulu.. sekeping pun xda tinggal.. huwaaaaaa~~~

    ReplyDelete
  4. Masa kecik kenapa mak bapak suka beli baju sedondon dgn adik beradik yang lain ekk?? wakakakaka.. teringat masa kecik2 byk baju aku sama dgn adik bawah aku (No 4) sampai igt kami kembar sbb jarak tak jauh cuma setahun. Blm genap setahun dah ada adik.. yelah adik lahir 15 Ogos, akak lak lahir 28 ogos. Mak aku pun dulu tak bertudung..

    ReplyDelete
  5. budak kecik selalu comel tapi bila besar entah apa jd pada kecomelan. rosak..rosak..

    okbai *pecut 100meter*

    ReplyDelete
  6. a'a la..tetibe aku teringat masa aku kecik2 dlu baju mesti nak sama je dgn adik aku..haha...lawaks la pulaks..


    hoi..pasal rambut pun nak gaduh ke weh?hahaha..style ape rambut kerinting..;p



    kasih orang tua pada anak2 takde tnadingan tapi anak2 kadang2 terlupa tentang tu bila dah meningkat dewasa..kan?

    ReplyDelete
  7. good to be back!
    gambaq2 hang rare la.... !

    ReplyDelete
  8. hehehehe...puas hati da ni..mak kte pun selalu beli baju utk kte n kakak same..mybe kalau beli lain2 nanti salah sorg mesti jeles sbb baju die x cantik..utk elakkan jeles menjelesi harus la beli sama2..lagi 1 senang bile pegi tempat yg ramai org mcm zoo kalau hilang senang nk cari..heeee:D

    p/s: akhirnya terbongkar jugak..:P

    ReplyDelete
  9. Nin Fazren : baju sama baru la bahagia kan? :P

    Miss senget : ko ni degil la~~ bila dah tua beriya plak nak pakai sedondon masa kenduri.. theme katenye..

    Jerung Rimba : kesian ko, gambar terbakar ..sob sob sob..

    ReplyDelete
  10. lekat lekit suria : erm, pakai baju sama masa kecik nak elakkan anak2 cemburu, lagi satu, mak bapak suka apa kalau anak2 dia sepesen je, comel.. hahahaha macam bawak rombongan jenjalan,

    Azza : nasib baik aku terkecuali kan...comel je dr kecik smpai tua.. all thee wayyyyyy~~~~

    Cik sha : rambut ko mesti kerinting kan? scan gambo nak tgk pakai baju sama!!!

    areripe : bapak aku dulu ade DLSR hahaha

    putrifayad : haaa dia ni la punca sampai terbuat entry ni nih.. dia ni la punca...

    Sunah Sakura : maceh sunah :) wink wink wink..

    Jue Abd Rahman : suwit sangat kan? terus teringin nak amik jd adik angkat kan jue kan? :P wakakakaka

    ReplyDelete
  11. nice pic...kenangan menggamit memori!!

    ReplyDelete
  12. weh. putihnye kau kecik kecik dulu. dah besar kenape macam.. err...


    hahah.

    ReplyDelete
  13. aiza zara : tu la pasal, sebabkan nak scan ni, habis selongkar satu stor..

    cik azeya : alaaa~~ majuk la mcm ni
    :(

    hahahaha, dah besar main panas banyak...lagipun mmg style pan asian mcm tu.. ala ala stephen rahman huges,..... kaaatenyeee

    ReplyDelete
  14. woi!!nostagik gila larh!!..aku kecik2 dulu pon baju mesti sama dengan abg2.best gila bila flasback balik nuh!hahah...terbaek larh!!!

    p/s::jangan dibiarkan gambar2 tu rosak...aku skg setiap gambar nak dapat gambar retro macam nieh..haha..gudjob bro

    ReplyDelete
  15. hehe, baik bosh.. ni tengah usaha nak selamatkan gambar.. ada 4 album nak scan... Fuhhhh~~~~

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...