June 30, 2011

Baju Ladybird, Seluar Kiki Lala

Assalamualaikum..

berkesinambungan dari entry gambar nostalgia tu sebelum ni, membuatkan aku menyelak-nyelak album lama sambil menghirup nescafe. Satu persatu gambar aku tenung lama-lama. Makin lama aku tenung makin kenangan lama main kembali.

Ada kawan-kawan cakap memori aku kuat, Suria lekat lekit, Nin Fazren Ilyana, Fayad Rahim, Mulan aisyah, Anis Siswadi dan ramai lagi lah kalau nak sebut. semua ckp aku patut bersyukur sebab aku mempunyai memori yang bagus.

Bagi diri aku sendiri pulak, aku tak rasa aku kuat mengingat sangat, cuma kenangan-kenangan lama tu aku berusaha peluk erat-erat, ketat-ketat sedaya mungkin. Aku taknak lepaskan sebab nanti apa lagi yang tinggal untuk cerita kat anak cucu pulak.

Mungkin kelebihan yg sebenarnya adalah aku dapat ingat benda-benda detail dengan baik dan tak keliru kot. Rasanya sebab kopi, sebab aku start minum nescafe dari umur 3 tahun sampai la sekarang ni, ada kajian cakap caffeine berupaya menguatkan memori.

Tak tau lah pulak kalau kajian ni Bias untuk menyokong industri kapitalisme pengeluar kopi. Tapi apa kata kalau kita bersangka baik je lah.

*************************

Bila cerita pasal nostalgia zaman kecik-kecik, mesti kita akan selalu ingat pasal baju kita kan?

Ada yang tersenyum sebab teringat baju mesti nak sama dengan adik beradik. Ada pulak tersenyum sebab selalu jeles dengan baju kakak atau abang. Ada pulak malu nak pakai baju yang mak bapak beli.

Kenapa malu? sebabnya baju tu sama dengan adik beradik, kalau pakai nanti takut kena gelak dengan kawan-kawan.

Tapi kita sendiri tak sedar kan, kawan-kawan kita masa kecik-kecik tu pun majoriti pakai baju sama dengan adik beradik diorang jugak. Kalau korang tak percaya, korang bukak album kecik-kecik, tengok gambar Birthday party korang,tengok secara terperinci dan tenung lama-lama, 

kan ke kawan-kawan kita yang datang dengan adik beradik mesti pakai baju sama?

kenapa mak bapak pakaikan baju sama dekat anak-anak? siapa kalangan pembaca aku yang dah jadi parents? boleh tolong jawabkan dak?

kalau ikutkan teori aku, anak-anak pakai baju sama ni sebabnya :

1. Taknak bagi salah sorang anak jadi jeles, bila tengok baju adik / akak dia lagi lawa dari dia.

2. Mak suka sangat tengok anak-anak pakai baju seragam, macam bawak rombongan pergi shoping mall je kan.

" weeeiii korang semua!!, tengok la anak-anak aku ni, aku ada 3 hero, semua pakai baju sama-sama, comel kan?"

3. Jimat Kos, tapi teori ni hanya terpakai kat baju yang beli kain ela la. kalau beli baju dah siap mana mau pulak nak dapat harga murah. apa ingat ni beli ikan kembung ke? 

tapi kalau beli kain ela senang, beli satu papan, pastu jahit 6 pasang, dari anak yang umur 8 tahun sampai la baby umur setahun, semua berderet je pakai baju sama kaler hijau pucuk pisang, sama plak tu dengan langsir. hehehe

*******************

Bagi aku pulak, aku teringat zaman aku kecik-kecik, ntah kenapa bapak aku minat sangat dengan brand ladybird dengan Kiki Lala.

"Karnain, Ikar, kali ni nak beli ladybird ke kiki lala?"

"alahhh, abah ni, asyik ladybird, kiki lala,  lady bird, kiki lala...takkan takleh beli brand lain bah!"

" Uishhh, Ladybird ngan kiki lala tu brand mahal tu, imported tau..kalau pakai mesti kawan-kawan nak geng!"

Habis dah, aku ngan abang aku dah start makan jek dah. tak dapat diselamatkan lagi. memang ladybird kiki lala jugak la jawab nye....

Lagipun, zaman tu seingat aku, kalau pergi Yaohan ke The store ke warta ke, brand yang femes tak lain tak bukan Ladybird ngan kiki lala la pun. 4, 5 tahun lepas tu baru la keluar jenama KIKO. 

Zaman dulu mana ada brand Oshkosh Bigosh, Guess for kids, nike kid, adidas kid, dan segala macam kid yang lain. Zaman dulu kot kalau ada pun anak orang kaya yang nak nampak lain dari kiki lala diorang pakai la baju Disney world. Baju Pooh dengan mickey mouse.

Zaman sekarang ni, budak-budak pun dah pakai baju Polo korang tau? sehelai sampai RM90++, ada pulak bagi anak pakai adidas kids. Kalau korang tengok anak-anak opis mate aku macam Noorbaya Jinal dengan Abg Nasir. Astagha...... anak-anak diorang tu pakai satu set baju mahal ngalahkan baju aku.

Kalau zaman aku dulu? duit banyak-banyak beli baju tu mak bapak belikan basikal. Bila anak-anak bising nak baju baru, letak diorang atas basikal suruh kayuh keliling kampung.

" abah... mama... kawan ikar kan pakai baju Ultraman... lawa bah, raya ni nak baju ultraman taro boleh tak bah?"

"Baju Ultraman Taro? ala,duit dah habis, abah dah buat beli Bmx kamu tu, kamu gi kayuh basikal tu main kat luar. Ultraman esok-esok je tengok kat TV"

***************

 Pada satu ketika, apabila aku dah besar sikit, dah lepas sunat, bapak aku still belikan baju brand kiki lala. tapi masa ni ladybird dah takde dah, aku rasa company tu kena take over kot.

Punya la aku ngan abang aku malu nak pakai brand kiki lala tu nak pergi jalan-jalan raya wei. Baju masa tu okeyla kiki lala, tak obvious sangat kecomelan dia, sebab bapak aku bagi kami pilih sendiri dah. Jadi aku berusaha la pilih baju yang paling kurang sekali darjah kecomelannye.

Yang buatkan kami malu adalah sebab seluar jeans kiki lala tu. Masa tu dah takde pilihan lain, hati teringin sangat nak pakai Jeans, sebab pakai jeans tu kool. Tapi dekat seluar jeans tu ada tulisan besar KIKI LALA dekat belah peha sampai ke lutut. Tulisan tu pulak ada corak-corak tali dengan tangga.

Kiranya Abjad K.I.K.I  L.A.L.A tengah memanjat tangga dan bergayut kat tali la turun dari peha ke lutut seluar jeans aku tu.

Masa beli seluar tu punya eksited, tu lah seluar jeans pertama aku. tapi bila balik rumah, pakai testing-testing depan cermin dah rupa macam baby masuk nursery pulak.

Tapi dah beli nak buat macam mana woi, pakai jugak la. Bila hari pertama pakai Jeans kiki lala, usaha jalan mengereng, sebab seingat aku tulisan corak-corak babyish tu belah kanan kaki, so aku akan sedaya upaya cover bagi kawan-kawan aku tak perasan.

Siap masa jalan tangan tak gerak, rapat kat peha, nak tutup tulisan abjad kiki lala tengah panjat tangga tu wei.

Tapi lama-lama kantoi gak. Kawan-kawan aku gelakkan aku.

" Hahahahahahah Ika, ape lah kau ni pakai seluar KIKI LALA!!!, mana ada budak darjah 4 pakai seluar kartun-kartun lagi woi"

" Eh ye ke? aku tak perasan lah jeans ni ada kartun, dah bapak aku beli, aku nak wat camne? pakai je la,"

" dah dah, ko jalan jauh2 sikit, budak budak mana boleh jalan ngan kami"

" okey, takpe.. jangan harap nak kongsi aispop ngan aku lagi"

" hehehehhe ok ok ok... kitorang main-main je la"

*****************

Balik dari peristiwa masa tu, aku ngadu la kat mak ngan bapak aku, aku cakap malu nak pakai seluar kiki lala ada kartun-kartun.

Agaknya bapak aku kesian sangat kat aku ngan abang aku, dah la pakai seluar kiki lala  ngan baju ladybird, pakai sepasang sama lak tu kan..

Bapak aku pun  dah mula perasan dan sedar yang anak-anak lelaki dia bukan Babies dia lagi, dah mula besar dan mengerti malu kelihatan comel. bapak aku pun bawak la kami sekeluarga gi Yaohan.

Masa kat yaohan, First time bapak aku bagi chance pilih baju bukan ladybird dan kiki lala.

Hahahahaha, aku ngan abang aku pilih baju KESATRIA BAJA HITAM!!!!!!!!

tapi baju masih nak sama adik beradik, cuma kesatria baja hitam abang aku kolar Hijau, kesatria baja hitam aku kolar merah. Seluar pulak, cari punya cari takde size. pergi cari brand John Master ngan Snail, tapi takde saiz kanak-kanak. takkan nak beli seluar ladybird pulak? Oh tidak.

Balik Rumah mak aku order dekat Pakteh aku seluar Siam.

Malboro Klasik, jeans Biru lusuh yang sangat bergaya. tiada lagi Abjad yang memanjat tangga, tiada lagi pokok bunga matahari menari-nari.. hanya ada seluar jeans yang berkain biru dan tag label kulit kat punggung seksi.



Amacam.......ada gaya koboi tak??



p/s aku rasa, aku ada gambar tu dalam album, nanti aku scan ye, skrg kat rumah takda scanner. nanti dah scan aku upload kat sini balik..
sapa suka dengan nostalgia ni, sila komen dan tekan butang like kat bawah nih :)




14 comments:

  1. aku dulu masa kecik2..

    takpenah ada seluar jeans..

    kalau raya pn, xpenah beli baju seluar..

    selalu gaun..

    eh...gaun??? wawawa...

    ReplyDelete
  2. alah nyah ko beli je printer 3 in 1 tu.. ada scanner mcm printer mak ni walau jarang sgt nak pakai. Masalahnya gambar2 zaman comot aku lak takde nak wat entri nostalgia mcm ko Nyah.. semua berarkib kat kampung. Ko bayangkan Nyah aku dulu 6 adik beradik.. selalunya baju aku sama dengan adik bawah mak (no 4) akak sulung sama dgn akak no 2, adik no 5 sama dengan bongsu. Kiranya kita tak boria la 6 adik beradik cuma di kembarkan je.dah la semua jarak tak jauh. kalau pergi jalan2 tu campur mak & ayah.. jadi 8 orang. berderet je kecik2.. Setiap tahun 2 kali kita akan pergi jenjalan tp dekat2 jer.. tak penang, perak. Tiap2 bulan mak bawak pergi tengok wayang & makan. tiap2 bulan mak akan tapau kfc bawak balik umah (time gaji la) esok tu bawak gi sekolah. Aduhai Nyah.. rasa nak nangis aku teringat pengorbanan & kasih sayang mak & arwah ayah. Walau hidup serba sederhana tp alhamdulillah aku dpt mak bapak mcm dorang yg menyediakan secukupnya makan pakai & sekolah utk kami 6 adik beradik.

    ReplyDelete
  3. Missengat : gaun ropol2 kaler ungu, hujung gaun ada ropol2 lace ...

    pakai lak ngan stokin tinggi ada bunga ros kecik.


    kasut kulit kilat tapi bukan kulit...


    cekak....

    bedak tepek2.... hahahahaha

    ReplyDelete
  4. suria lekat lekit : hahaha kira korang mcm kembang 3 pasang la ye?

    hehehe, bestnye zaman dulu dapat makan kepsi sebulan sekali.. sama la kita.....

    masa tu menghargai betul... kalau ade belen bawak gi sekolah makan.. dah takde sape dah yg lagi hebat.

    tu sebab bila kita dah besar, kita kena hepikan mak bapak kan.. sian dorang...

    p/s nanti aku beli scanner tu ye...tak tepikir lak sebelum ni...

    ReplyDelete
  5. hahaha..memang kiko n kikilala jadi pilihan ibu bapa dulu2..dulu2 teringin nak pakai gaun tp mak asyik beli seluar pendek n jeans je..mybe mak da tau anak die ni xde gaya nak jadi perempuan ayu kot mse kecik2..heeee:D..mane tak nye tiap2 taun lepas rye bile ade jamuan raya kat sekolah kena pakai baju rya tp bile balik umah je mesti baju raya da terkoyak..hahahaha;)

    ReplyDelete
  6. hahaha.apasal entry nei lawak sangat.baju kurung mesti sama kaler sama corak masa nak raya dengan akak.

    disebabkan ank perempuan bongsu sempat jugak merasa pakai gaun,stoking ropol2.kasut kilat.haaaa.comel kan.kahkah

    ReplyDelete
  7. beshnya baju kecik2 dulu. jenama apa tak penting. yg penting mesti mau skirt singkat dan seluar pendek singkat atas betis. sekarang ni blh pakai kat umah je. :p

    ReplyDelete
  8. baju KESATRIA BAJA HITAM, rasa2nya baju polis angkasa gaban pun ada.

    Ladybird & kikilala, tu yg paling terkenal utk bdk2 dlu.

    ReplyDelete
  9. err.. aku tak ingat la kisah kecik2 ni, sikit je yg aku ingat. Pasal baju, aku jarang pakai gaun, klu ade pun selai dua jek, selalu pakai tshirt + seluar.. sebab ms kecik2 aku ganas sket, nakalnye tak payah cite la, bila dh remaja tiba2 jadi lemah lembut + sopan plak *eh terpuji diri sendiri lak :P*

    ReplyDelete
  10. pergh, aku teringat masa kecik2 menangis mintak baju jenama KIKO. mahal jugak baju tu bapak aku cakap masa tuh. Adik lak beza setahun je, memang semua baju seluar madang nak sama jenis je, kaler je lain2. fuhh...kopak duit orang tua tu dengan gaji sarjan askar dia...HAHA

    mainan? sama je semua. botol susu pun nak sepattern je...

    ReplyDelete
  11. Fayad : ni baju raya ke baju hantu raya balik rumah terus terkoyak nih???

    Nin : comel sangat, macam Velvet Af. eh saya tak kenal la velvet, saya kan tak minat af :P

    Nadia : hang pernah pakai seluar katak dak?? hehehe

    Shameel : baju polis gaban??? uiyohhhh

    Jue : apsal ko leh lupe zaman kecik2 ko? ko banyak makan semut ke jue?

    Haikal : eeeee tak malu la dia isap susu botolll~~~ eeee tak mau geng!

    ReplyDelete
  12. Baju kurung jarang beli sama kayu.Tshirt selalu sama ngan adik yang bawah aku,Yang paling aku suka pakai Ninja Turtle.Sampai dah sendat pun pakai lagi.Sekarang aku tengok family kaklong aku suka jugak buat baju raya satu kayu.Nak nampak comel kot

    ReplyDelete
  13. This is my first time νisit at hеre аnd i аm genuinely happy
    to гead all at sіngle plасe.


    Look at my blog :: Www.Vapornine.Com
    Also visit my web-site -

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...