Assalamualaikum...
Sepatutnya sebagai seorang rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu yang berbangga dengan jati dirinya, aku mesti meletakkan tajuk begini ' Mula Memahami Cemburu'... tetapi kerana tuntutan ingin memastikan entry ini sampai ke segenap lapisan anak muda yang sudah begitu sinonim dengan penggunaan perkataan jeles, aku mengambil langkah bertoleransi.
" aku jeles siot bila tengok balak aku dok sembang ngan adik aku, aku rasa macam nak lempang-lempang adik aku depan tu jugak"
" gila la kau ni Ina, dengan adik sendiri pun nak jeles, takkan balak ko nak ngorat bakal adik ipar dia plak. cuba la kau ni rasional sikit"
" Mana boleh rasional Shikin, adik aku lawa mcm kajol wei, tergugat la aku.kalau balak aku jatuh cinta kat dia mcm mana?"
" betul jugak Ina, kalau mcm tu ada baiknya kau lempang dia kat situ jugak"
" hotak kau Shikin, aku ni dah la berpura-pura ayu depan balak aku, kalau aku lempang adik aku sendiri depan dia, tak ke aku dicop sebagai pompuan meroyan? tak guna punya kawan bagi nasihat menjahanamkan"
" Okeylah Ina , masa nampak nya mencemburui kita...aku nak blah, mak aku suh jaga adik aku, kang adik aku masuk dalam mesin basuh, sapa nak jawab"
Anda tengok, semua orang tahu apa itu jeles dan semua orang faham bahawa jeles itu bermaksud cemburu, tapi kenapa cemburu itu hanya digunakan bagi term 'mencemburui masa' agaknya masa tidak sehensem Remy Ishak utk mendapatkan title jeles.
**************************
Okey, selepas bermain-main dengan trademark blog ini iaitu kata-kata pembuka yang panjang meleret, mari kita pergi ke isu sebenar. sejak bila aku mula memahami jeles?
aku mula memahami jeles itu sejak yang aku boleh start ingat adalah semasa sambutan hari jadi. Aku, Julia iaitu adik bawah aku, dan Fahrin iaitu adik bongsu lahir pada bulan February.
Jadi demi menjimatkan wang dan masa, mak bapak aku sambut hari jadi kami 3 orang serentak. Sebaliknya abang aku lahir bulan Disember, dan nampak gayanya hanya dia soranglah yang diraikan hari jadinya secara eksklusif sorang2.
Bila tahun demi tahun, aku mula rasa iri hati. Jeles ni bukan perasaan yang dibuat-buat atau dipengaruhi oleh rakan sebaya dan media masa. Dia datang sendiri. Jadi aku mula menyuarakan RASA HATI aku kepada Mak bapak aku....
" Abah, mama, kenapa Karnain sambut Birthday sorang2? kenapa Ikar kena sambut Birthday serentak 3 orang dengan Julia dan Ayin? tak best la mama"
" Ikar kan beranak bulan febuari sama dengan adik2, jadi apa salahnya sambut birthday sekali, senang kan kan kan"
" tapi mama, Karnain potong kek sorang-sorang, kitaorang kena kongsi kek 3 orang"
" Ollooooooo, takpe2, lain kali tahun depan Mama beli kek yang besar eh, kamu semua dapat kek lagi besar. ok tak?"
" errmmmmm.. kira okey la mama"
Walaupun aku dilanda dengan perasaan jeles semulajadi masa tu. tapi ia juga mengajar aku erti bertoleransi, berkongsi dan berfikiran rasional, ikhlas aku bercakap, masa tu aku bermonolog dalam keadaaan sebak sambil tengok cerita KFC hours pukul 11 pagi ..
" kek besar pun kena kongsi tiga jugak, tapi takpe la, kalau nak sambut asing2 wat rugi duit mama abah je, kongsi pun kongsi la, janji heppy."
Buat sekian waktunya, aku telah melupakan langsung proposal untuk mendapatkan sambutan birthday secara eksklusif sampai la aku tua, walaupun bila dah tua kami semua sambut birthday asing2 sebab adik aku beriya-iya nak buat secara asing. aku pulak dah terbiasa untuk tidak merasa eksklusif di hari jadi.
**********************
Dulu jugak aku selalu bergambar di pesta hari jadi abang aku masa kecik, masa tu kami 3 beradik je, adik aku Julia tu kecik lagi, baru pandai meniarap, adik bongsu pun belum lahir.
Bila bergambar depan Kek hari jadi abang aku, aku ditangkap gambar secara tidak sedarnya aku tidak senyum dan bermulut muncung.
Bila Bapak aku sedar muka aku muncung tak puas hati, bapak aku tanya dengan penuh naluri kebapaan.
" ikar, senyum la sikit, kenapa masam je, senyum la abah nak tangkap gambar ni"
" Taknak, kenapa bila tangkap gambar asik Karnain je yang duk tengah depan Kek?"
" ala sian anak abah ni, okey okey, ikar pulak duk tengah depan kek, abah tangkap ye..."
Memori itu begitu syahdu, dan sangat sebak.. tapi pada masa yang sama ia menunjukkan aku bodoh.
Memang patut lah abang aku yang duduk tengah depan kek masa tangkap gambar sebab masa tu birthday party dia, apa ke hal pulak aku yang takde kena mengena nak duduk depan kek? teruk betul la aku ni.
***************
Tapi bila aku tua sikit, aku dah tak jeles pasal hal remeh temeh antara adik beradik dah, sebab aku telah belajar untuk menjadi toleransi dan berkongsi kasih sayang. cuma jeles itu berpindah pulak kepada perempuan.
Dulu aku ada minat sorang perempuan masa sekolah menengah, perempuan tu takde la lawa mana, tapi dia lawa di mata aku.
Tapi aku tak berani nak cakap yang aku suka kat dia, sebab aku masa tu saham tengah melambung dan menjadi bualan orang ramai. Demi kegilaan mengekalkan harga saham itu aku telah mengorbankan perasaan cinta aku pada dia.
Tapi memang bagus pun aku tak bercinta masa tu, spender pun bapak belikan lagi, ada hati nak bercinta.
walau bagaimanapun, aku tak dapat halang hati aku dari cemburu. aku jeles gila bila jalan-jalan dengan dia kat tepi pantai Mersing, sekali datang tah mamat mana tah lepak sekali ngan kami.
Dengan selambanya mamat tu baring atas riba perempuan tu, tiba-tiba terpacul dari mulut dia yang itu adalah adik angkatnya.
Masa tu aku rasa macam aku nak angkat buah kelapa kering yang ada kat situ tinggi-tinggi, hempas atas muka mamat mengada tu, tapi disebabkan aku teringat kisah adik beradik anak Nabi Adam yang berbunuhan dalam Al-Quran akibat cemburu dengan pasangan yang lebih cantik... aku mula insaf dan mula kawal rasa jeles aku.
Kalau aku tak kawal rasa amarah aku, Mahu aku terpaksa hidup dengan memori kebodohan sepanjang hayat.
***************
Bila aku makin Tua, aku mula memahami bahawa jeles itu perasaan fitrah semulajadi manusia yang tak perlu diajar, digosip, dicucuk, diapi-apikan, dipengaruh media masa, diperhangat rakan sebaya.... sebab fitrah Jeles itu datang sejak kecik tanpa Intervention dari sapa-sapa...
sebab aku tengok sendiri dengan mata aku, Perasaan jeles yang datang dari budak kecik secara semula jadi.
Anak kawan aku. Yang si abang berumur 4 tahun kot, dan yang kecik umur setahun lebih. Mak budak tu dukung si adik. sambil borak-borak dengan aku si adik tu selesa dan secure dalam pelukan mak dia.
Tiba-tiba Si Abang mengajukan proposal berbaur jeles yang agak epic....
" mak-mak..."
" apa dia along?"
" Mak, turunkan adik, adik cakap dia nak jalan"
" eh apa along ni, kan adik duk diam je ni, bila pulak adik nak turun"
Masa ni hati aku merasa sepi dan sayu, melihatkan abang dia jeles sebab adik dia didukung mak dia, sedangkan dia sudah berlalu zaman kemanjaan...
Tapi jika aku orang bujang yang belum beranak ni pun dapat rasa kesayuan proposal berbaur jeles itu, apatah lagi mak budak tu.
sesungguhnya, makin tua manusia, makin dia mula memahami jeles.
makin tua manusia, makin dia belajar untuk mengawal jeles.
Makin tua manusia, makin dia merasa malu untuk menjadi tak tentu pasal jeles.
agak tidak salah jika quote ini selalu ditujukan untuk orang yang jeles tak tentu pasal...
" Kurang kasih sayang la tu"
buruk nampak sebenarnya bila jeles ni..
ReplyDeletelagi kalo da tua-tua kannn incek ikar...?
kalau budak-budak tu, dia xmatang lagi..
eh..kawan ko tu da de dua orang anak..ko tak jeles ke??
agagagaggaa...
kawan dah anak dua?
ReplyDeleteerrmm kawan tu dah umur 36tahun.. memamg patut dia anak 2.. :)
tapi aku jeles gak tengok kwn2 aku dah kawen dan ada anak satu...
dah start gatal nak kawen dah nih.. :)
sometimes jeles means i love you too much..but i think it depends with how the second person looks at it...
ReplyDeleteaku kuat jeles ikar,tak kira lah ngan sapa,adik beradik ke,buayapren ke,kawan2 ke,nape entah..kadang2 macam takleh nak dikontrol,huhuu
ReplyDeletehahahhaa masa kecik - kecik dengan adik beradik paling kuat jeless wooo... tak boleh kalah langsung. apa dia dapat, kita mesti mau berjuang nak dapatkan jugak.haha
ReplyDeletetapi sumpah kelakar part nak begambo tu...majlis dia, ko nak duk tengah...hahahaha nama pun masa kecik2 kan bang....:D
ehhehe..
ReplyDeleteyg bujang jeles tgk org dah kahwin..
yg dh berkahwin jeles tgk org bujang dok berjimba2..
conclusion??!!
bersyukur je lar apa yg ada..sambil2 berusaha lar kan..kekekeke
aku ni jenis tak cemuru. tgk org kawin pun tadahal la. kawin lg 7 tahun 10 tahun pun tadahal la. ala small matter. mehehehehe
ReplyDeletekawin la cepat. kau tgkp gmba byk2 masatu kau duk tgh2. kalau abg kau duk tgh gak sini aku tolong tendangkan
hahaha.nanti sambut father's day nei nak duduk depan kek lah sebab jeles dgn ayah.hehehe
ReplyDeletecemburu tandanya sayang....
ReplyDeleteMendalam sungguh makna cemburu itu kan???
ReplyDeleteKadang2 Gayah pon terasa hati jugak,tapi sebab kita akak jadi terpaksa tunjukan sifat akak tu pada adik2... Kita nak tunjukan cemburu tak pandai,hanya yang mengerti sahaja boleh tahu yang kita sedang cemburukan sesuatu...hahaha...
**btw Salam kenal dr Cik Gayah :)
hahaha..kte pun kuat jeles mse mse kecik2..kalau mak beli baju bru mesti beli same dgn kakak kalau tak nnt kte nanges..selalu nmpak kakak punye lg cantik..hehehe..bile da besar ni da tak jeles2 lagi..;)
ReplyDeletepatut ko upload skali gambar muncung ko dengan kek hari jadi tu Nyah.. nak jugak tengok bapa inci muncung jeles ko tu.
ReplyDeleteMacam mak ni Nyah.. tempoh bermanja memang agak terhad sebab lagi beberapa hari nak genap setahun adik aku dah keluar dari perut mak aku, akak pula jarang setahun jer dengan Mak nyah. Jeles tu mesti ada.. Menurut cerita ibunda.. pernah aku picit idung adik aku yang tidur dlm buaian sampai meraung. Masa tu mak pun tak ckp akal lagi tp dr cerita tu mak dpt agak ni mesti punca jeles..
Andriks : love can kill yearrghhh :)
ReplyDeleteNorinaomar : makin manusia tua, makin dia pandai mengawal jeles... :) sila kawal2 jeles tu hehehehe
Mr Blank : tu lah namanya jeles mengade-ngade... kalau dah besar duk ngade jeles mcm tu jugak.. bagi penampor sedas kannn haha
BamBam's : itulah konsep utk mengawal jeles = Bersyukur! bagus2
Azza : ikutkan gatal dah nak kawen dah, ikutkan keadaan tahun depan atau depan atau depan baru kawen kot.. takde org nak :P
ReplyDeleteNin : amboihh melampau jeles mcm tu sekali.. hahahaha
Ekin : itu namanya jeles 'sihat' amalkan selalu bagus :P
Cik Gayah : Jeles itu memerlukan hati yg dalam untuk memahami akan kepentingannya, kalau tak paham, tu yang teguk racun tuuu..
salam kenalan dari Zulfikar jugak :)
Fayad : eeeeee fayad ni kuat jeles tau.. nak kene babab??? amboiii biase dia nih
Lekat Lekit : Nyah, mak dapat rasa perasaan jeles ko masa ko picit idung adik ko.. tapi dah insaf bagus laaa.. jgn ko picit lak idung laki ko masa tdo.. mau bergimrama atas katil nanti.. wakakakakaka :P
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteahahaha. aku baru nak cakap kau kurang kasih sayang. -.-
ReplyDeleteaku lagi nsem dari kau.
kau jeles?
kehkeh
kahkah!aku jeles gak banyak awek comel komen belog nieh!haha
ReplyDeletedulu aku kuat jeles gak. sekrang je da leh kawal sket. bukan kawal jeles. tapi kawal cara nk bagitau aku jeles. hahaha. dulu2 aku ngamuk je trus. skrg aku diam je. miahahaha. tapi still jeles ok
ReplyDeleteaku tak cukup kasih syg eh
cik azeya : aku dah boleh baca pikiran kau.. sebab tu aku dah tulis dulu hehehe...
ReplyDeletebalecan : berusaha lebih gigih.. wakakakakak :P
wath : ehehe, agak2 sendiri kurang tak kasih sayang? heheheheh
p/s adik beradik umur jarak dekat tak?