June 20, 2011

Mula Memahami Aku Bukan Superhero

Assalamualaikum..

Korang semua mesti perasan kan, kalau baca blog aku ni dari awal, aku mesti selalu buat perumpamaan tentang doremon, laci masa doremon lah, buluh terbang lah, nobita semua kan. mesti korang senyum sorang-sorang dan tertanya-tanya,

" ek eleh mamat ni, muka macam bapak budak, badan tuff, tak comel mana pun, misai jambang lebat, tapi nak perasan comel sebut doremon banyak kali, mengadanye..."

Atau

" sikit2 doremon, sikit doremon, orang takda dah dok main doremon2, org dah main Ben10, Dora the Adventure, spongebob, Nora elena, Seth Tan, mari menari, shaun the sheep, ketinggalan gila mamat ni sikit2 doremon"

Untuk pengetahuan korang, aku ni dah agak tua, dah 27 tahun, masa aku kecik-kecik, aku selalu habiskan masa tengok doremon pukul 7.05 malam sampai la 7.30 mlm. lepas tu diorang rombak masa pergi ke 7.30 sampai la 8.00 malam. tak best sebab mak aku akan mula bising suruh pergi mandi sebab nak gi ngaji kul 8 malam.

Gila apa aku dah tua-tua ni nak tengok Ben10 ngan shaun the sheep? mau aku kena hempuk ngan kusyen sofa, orang ingat aku buang tebiat. jadi biarkanlah aku bergelumang dengan memori aku masa kecik iaitu Doremon. Aku ngan abang aku punya la obses dengan doremon dan Dragon ball dulu wei.

Sanggup kumpul duit nak beli komik tu yang kena baca dari kanan ke kiri. sebab direct translet bahasa jepun kan. aku sampai sekarang ingat lagi mak aku perli-perli kami kat bapak aku..

"Yeop, tengok anak-anak kita yeop, baca komik laju je dari kanan ke kiri, kan elok kalau deme mau baca Quran rajin macam tu kan Yeop kan?"

" kenapa pulak awi?"

" kan sama je doremon tu ngan bahasa arab, baca start kanan habis ke kiri"

" biar dorang, tapi kalau periksa ada pen merah, tau la abah nak bagi hadiah special"

Aku pun pandang muka abang aku, abang aku pun pandang muka aku, sambil buat muka cuak-cuak comel, aku pun blah gi basuh kasut sekolah, abang aku pulak terus buat muka toya sambung baca doremon dalam bilik.

kenangan aku pasal komik ni kan, apa yang aku tak boleh lupa. Dulu rumah kami ada 3 bilik. satu dah tentulah master bedroom untuk mak bapak aku, satu bilik untuk adik perempuan aku kongsi 2 orang. satu bilik untuk aku ngan abang aku.

Kami bukan setakat kongsi bilik, tapi kami kongsi katil Queen size, punya la akrab dan mesra kan? rasa macam anak dara pulak tido katil queen size kongsi2 kan? ala konon-konon macam cerita miley cyrus, ada slumber party main pillow fight lompat2 atas katil sambil pakai pijama satin.... ** okey aku makin jauh berimaginasi, sambung balik.



Dekat katil queen size tu ada 2 laci sliding kat kaki hujung katil, satu laci kami susun komik dragon ball dari no 1 sampai la habis, laci sebelah pulak kami susun komik doremon banyak-banyak. Bila kawan-kawan aku yang jenis tak pernah beli komik tu nak pinjam je.........

" Karnain..Karnain, pinjam doremon boleh tak?" (melangut kat tingkap bilik kami sambil tangan pegang batang besi kat tingkap tu)

" korang ni asyik pinjam je. dah la pinjam baca free, pastu baca sampai koyak2, tercabut muka surat...ahhh takde takde takde, nak beli sendiri!"

" Ala karnain, pinjam la. nanti aku banje makan kuih mak aku buat nak?"

" Yelah, yelah...kali ni je, pas ni nak pinjam 20sen"

Amacam,penuh dengan sifat kapitalis tak abang aku? tapi tak pernah pun kami sapu duit kawan-kawan tu, tak sanggup. Baik 20sen tu bagi diorang simpan, nanti petang2 boleh belasah aispop diorang kat taman permainan. kepak 2 aispop ungu, sungguh menyihatkan dan menyegarkan, mengelakkan kami dari beli air roda tiga sirap bungkus yang sejuk tak berapa nak sejuk, suam suam je dan rasa air paip kadang2 tu.

ini adalah aispop, sesiapa yang dah umur 20thun keatas tak kenal aispop, mungkin dia membesar kat  arizona USA kot. credit gambar di blog ini : http://zazrin.blogspot.com/2011/02/memori-budak-budak.html


**********************

Bila dah banyak sangat baca komik, tengok kartun dan tengok cerita Flash kat Metrovision, aku mula la berangan yang tak mustahil memang ada manusia yang ada superpower. Aku rasa bukan aku je yang rasa macam tu, semua kanak-kanak rasa macam tu kot.

aku pulak, kisahnya, ada bacalah pasal nobita pinjam topi ajaib doremon, topi tu fungsi dia menguatkan kuasa  ESP seseorang. ESP tu apa?

ESP tu adalah Extra Sensory Perception : iaitu kuasa luarbiasa macam telepathy, pandang tembus Xray dan telekinesis iaitu gerakkan barang menggunakan kuasa minda. siapa yang dah tengok movie x-men tu faham la ESP tu apa dia.

Aku pulak perasan yang aku ada kuasa Telekinesis macam Jean Phoenix dalam x-men tu, aku rasa kalau aku fokus dengan bersungguh-sungguh, aku mampu untuk gerakkan tupperware milo yang kaler hijau tu. tupperware tu horror gila, dah la kaler hijau, pastu ada retak-retak, pastu ada kesan-kesan gigit kat bibir atas tumbler tu, pastu kat bontot dia ada kerak2 geledak milo ngan nescafe yang dah tak boleh tanggal biarpun disental dengan axion.

mari tuan puan dengar ini cerita,
suami saya asyik balik lewat saja
ada pembantu baru katanya.
mungkin dia perempuan lawa.

kan abang dah kata Axion namanya,
Axion ke Aziah? tunjukkan saya...
lalalala..lalalala..lalalala.lalalala... 
**terus aku menyanyi dengan spontan bila teringat iklan axion dulu kala.

Tapi Tupperware tu la yang paling best guna bila nak bancuh Nescafe susu, sebab tupperware tu tinggi, sekali bancuh boleh dapat banyak, kalau bancuh dalam mug  tak best sebab sikit, nanti cepat habis.

Ya Allah, nostalgianya, inilah rupa tumbler tupperware hijau aku masa kecik2 dulu, aku terharu tengok masa aku search google image, aku ingat takde dah gambar nih.rupenya ada jugak orang upload letak.

Jadi, dek kerana terpengaruh dengan komik doremon dan cerita superhero kat TV, maka aku tutup pintu bilik, tutup tingkap semua, aku duduk dalam keadaan meditasi atas katil tu..pastu aku letak tupperware hijau kat atas lantai, pastu aku kosongkan minda aku.

Tapi sebenarnya tak pernah dapat pun nak kosongkan minda, bila nak kosongkan je, aku mesti terpikir pasal kasut sekolah aku yang dah basuh tu dah jemur ke belum, kapur kasut dah habis kena rembat ngan adik aku ke tak, mama pergi pasar malam beli taufu fa panas gula merah atau gula putih. Abah balik kerja bawak pedel pop atau hotdog...eeehhh macam2 lagi lah aku pikir.

Jadi akhirnya aku pura-pura je lah yang aku dah kosongkan minda, aku terus tenung tupperware tu dengan matlamat nak gerakkan dia. aku tenung tajam-tajam sambil duduk pegun atas katil, tangan genggam letak atas riba macam tok guru silat tengah bertapa.

lepas 10 minit aku tenung tak gerak-gerak jugak, lama-lama aku tenung dahi aku mula berpeluh. aku teruskan jugak tanpa rasa putus asa, dengan harapan akhirnya aku akan berjaya menggerakkan tuperware tu. kalau tak dapat tumbangkan dia, dapat gerak sikit pun jadilah. Lepas setengah jam tenung pun tak gerak-gerak jugak, aku mula sangsi dengan misi dan visi aku.

" first time nak test power mana boleh guna benda besar-besar macam ni, kena start ngan benda kecik, apa kata aku ganti dengan duit syiling satu sen"

Aku pun ganti dengan duit satu sen, letak atas meja, sambung tenung nak gerakkan dia, tapi bila dah 20minit tenung pun tak gerak-gerak, aku mula rasa bosan.. pastu aku buat percubaan terakhir tenung tupperware tu balik.

"Kalau aku berjaya kali ni, aku rasa lepas ni mesti aku dah tak payah nak susah-susah basuh jamban ngan kemas bilik lagi. aku guna telekinesis je, mesti kasut sekolah berus sendiri, berus jamban gerak sendiri, selimut  terlipat sendiri, cadar katil pun tegang-tegang sendiri"

aku pun fokus maha hebat kali ni, kali ni lebih tinggi maqam pertapaan. aku tutup mata sambil bayangkan tupperware tu terjatuh dalam kepala aku pastu aku dengar bunyi keletuk keletak. aku tetapkan hati, aku teruskan tutup mata sambil terus fokus fikiran.

Bila aku bukak mata, aku tengok tupperware tu dah hilang!!!!! ye, hilang dari pandangan mata....

aku ingat aku dah berjaya, aku dah senyum lebar dan rasa aku paling hebat dah kat Malaysia, yes! aku ada ESP!!!




sekali aku pandang belah kanan aku, aku tengok mak aku berdiri sambil pegang tupperware hijau kat pintu bilik aku. cis, tak hilang rupanya, mak aku amik.

" kamu nak buat apa letak tupperware ni atas lantai ikar? yang kamu duduk bersila macam orang bertapa tu kenapa? berangan? kasut sekolah kamu dah basuh ke belum?

" takde pape mama, Kasut ikar dah basuh dah tadi"

" kasut dah basuh, dah kapur ke belum? kamu ni buat kerja semua 'jadila'.. orang basuh kasut awei-awei, kamu basuh bila esok nak sekolah, pastu jemur belakang peti ais. kapur malas, cubalah kamu ni buat koje tu betul betul sikit ikar...kamu ni bla bla bla bla bla bla bla.. ngam ngam ngam .. bla bla bla bla bla..ngam ngam"


Barulah aku mula memahami bahawa aku bukannya superhero.


p/s atas permintaan pembaca, insyallah esok lusa aku scan gambar aku kecik2 aku try upload ye :)

29 comments:

  1. hahahaha.aik samelah basuh kasut lambat lps tue letak belakang peti ais.kehkeh.

    ayooo aikrim pop tue sdp lagi2 kalau patahkan dgn lutut.hahaha.

    samelah suka beli doraemon tapi tak pernah jaga elok2 komik tue.hee

    ReplyDelete
  2. selamat pagi, org 1st komen la dia. :)
    kesian komik doremon tu dah ilang kan??

    kamu ada tupperware hijau tu tak??hehehehhee

    ReplyDelete
  3. i luv Shaun..
    i also luv Sin Chan..
    mmmm.. imaginasi jurus berapa ni? hehe!

    ReplyDelete
  4. OMG!mukadimah sampai aiskempop!separoh dah tu!tarik aku untuk baca..dh 27 hg nieh?aii abang..zaman saya masih ada aiskempop tu la abang.hahha

    HAha..esp tu macam aku yang hg kata ritu ke??wahh.!dasat2.haha..umah aku ada satu tupperware nieh..kaler pepel..bila bancuhkat mug kena pow dengan abg kejap sangat abeh tak nikmat kan!haha..

    nasib baik laa aku darjah 6 baru dapat baca..kalau aku darjah satu dah pandai baca mau jadi macam nih!hahaha...berangan lagi tak skg ni?

    ReplyDelete
  5. sengal ko..

    sebangang-bangang aku mase kecik-kecik dulu takde la sampai caye yan aku buleh prektis telekinesis..

    nguahahahahahaha... =p

    ReplyDelete
  6. tinggi beno imaginasi ko ni ikar oi..ahaha..

    weh2..eskem malaysia la best..kalau dapat perisa bubur kacang hijau sedap tuh..nyummy..eskem pop takbest sgt sebab die guna perasa pewarna..best pon sebab boleh tunjuk terer karate nak patahkan jadi 2..ekeke..

    ReplyDelete
  7. member2 aku suka bawak doremon ,majalah kawan,anak-anak sidek kat
    sekolah agama petang,aku suka pinjam lepastu bawak balik..dan sahlah member2 aku memang nyampah dengan aku sebab aku ni kaki pinjam hahaha

    ReplyDelete
  8. dragon ball aku ngn abg aku kumpul dr 1-44..giler bangga masa 2 sbb kami jek yg dpt kmpul byk2 biarpun sggup kmpul duit sekolah yg mak aku bg 50sen tiap hari..

    ReplyDelete
  9. Masa sekola rendah, dragon ball dengan doraemon memang menjadi pilihan utama. giler berangan kame hame ha setiap hari kat sekola n kat ruma.

    the flash aku suka babak dia lari, orang sekeliling melambung - lambung. HAHA

    ops, tupperware tinggi tu aku suka gak sampai skang aku guna. banyak boleh isi dan air tak cepat sejuk! :D

    ReplyDelete
  10. 1) dulu ada gak tumbler tupperware panjang utk bancuh milo
    2) ada koleksi komik gak dari mula sampai habis:
    i) sailormoon
    ii) dragon ball
    iii) chibimaruko
    iv) penyiasat remaja hajime kindaichi
    v) Dik Cerdas (Shin Chan)
    vi) Sekolah Detektif Q
    vii) Beberapa komik tempatan
    3) kekadang basuh lewat gak. sangkut belakang peti ais. dan kekadang pakai kasut tak kering lagi a.k.a basah ke sekolah.

    ReplyDelete
  11. salam.. r u husband mama@ kak linda? :)

    ReplyDelete
  12. ade pembaca lain mintak tgk pic kmu kecik2 ey?hehehe:)

    sampai besar x abes2 berangan ye...hehehe

    ReplyDelete
  13. tips kurus : Shaun tu pun saya suke.. biri2 kool.. pandai main bola hahaha... ni jurus ke 9... hebat tak?: hehehe

    Bale : masih lagi berangan, tapi berangan pasal eva mendes la, heheh

    along : rugi la ko tak berangan kalau tak mesti ko bleh wat citer blog kan hahaha

    cik sha : tinggi kaann?? hehehe aiskrim Malaysia tu paling sedap bubur kacang, tapi mahal sebatang 20sen... pastu cepat habis lak.. hehe

    Norinaomar : majalah kawan?? baru ingat balik majalah tu, hahaha. ni kaki pinjam komik la nihhhh

    Nu alina : ape? 1-44? hebat2.. ape ending komik tu ha wei??

    Haikalblank : kekeke, tapi tupperware tu ade kelemahan. dia tak stabil, kalau letak atas karpet, karpet kedut dia bleh tumbang kan.. hahaha

    ReplyDelete
  14. nadia : punya banyak koleksi komik wei. meh pinjam! sama la kita, saya pun selalu gak pakai kasut basah gi sekolah.. wakakak.. lepas rehat baru dia kering.. :P

    ReplyDelete
  15. anonymous : Husband? i'm single.. hehe mama @ kaklinda? tu GF zaman dulu2 kot..hehe

    Fayad : pembaca tu kamu laaaa~~ :) berangan ape la kan dah besar2 ni? haha

    ReplyDelete
  16. yang pasti nostalgia ko tak lengkap kalau takde cite aispop kan?? wakakakakaka
    Aku dulu pun berangan jugak konon2 mcm heroin mirror attact main bola tampar sambil lompat pusing2 badan atas angin tak pun macam miss comet yang ada tongkat sakti boleh buat apa saja.. memang pengaruh tv betul!

    ReplyDelete
  17. Nak pinjam? tak boleh. nnt susah pula dipulangkan :p. Tapi kalu nak juga kena kasi deposit rm 3 hinggit dan kadar sewaan pula rm0.50 sekali. Deposit akan dipulangkan setelah buku dikembalikan. :)

    ReplyDelete
  18. ko xkmpul smpai abis ke?ko xsama leauge dgn aku lah..hehe

    last sekali majin buu ada anak..nama mana uub..tebalik kan speel buu jek..

    ko ingt x penjahat majin buu??dlm byk2 penjahat,dia je xpndai nak mati2..last2 mati tp tggal plak waris dia..tp uspet skit la dgn ending dia sbb dlm komik 2 xtau uub tu baik ke jahat..yg aku ingt, last sekali rilek je uub terbang mcm doraemon..hehe

    ReplyDelete
  19. tingat zaman kekanak mase bace entri nih...senyum sesorang :D

    ReplyDelete
  20. really... i know u...dah la profile pic org lam list ym i tu pun sejibik mcm gmbr u ni... hmmm...well... i x tau gakla... i'm quite sure it was u but since u dah ckp x, x la kan... :).. but i'm sure that u pnh cite u keje kt pizza lps grad dulu...sorry klu slh org

    ReplyDelete
  21. lekat lekit : wakakaka, main bola tampar... "summersault berpuuuusinnggg!!!" hehehehe teringat la nyag oiiii... :)

    Nur alina : aku kumpul sampai no 38 kot, pastu aku masuk sekolah asrama, terus takleh kumpul lagi...

    aku kenal majin buu tu tapi tak sempat baca pasal anak dia terbang ending sorty tuuu..

    JM :hehehe, suka yee :)

    Anonymous : maybe kita pernah sembang kat YM kot, dan i kenal Linda. :) ur name ape ye?

    ReplyDelete
  22. bila bce cite knk2 si ikar n karnain ni je mmg imbs memori la...dlu slalu berebut dgn akk kalo aispop ade satu je..berebut nak bahagian yg ade muncung..bajet yg muncung tuh lagi bnyk la kan sbb lagi pnjg padahal bukannya ade aiskrim bnykk pon kat muncung kecik tuh..sabo jela

    ReplyDelete
  23. :)... i never thought that u have blog ... well, never mind... igtkan krg dah kawen.. hehe.. my mistake

    ReplyDelete
  24. nostalgia imbas kembali...huhu... zaman aiskrimpop...hehe... lps main bola beli satu... patah dua.. kongsi dgn kwn... haha

    ReplyDelete
  25. nasib baik umo dah lebih 20an..so smua bnda kat ats tu merasala...

    p/s : ada yg ckap budak2 yg lahir selepas taun 89 cmon sense dorang xsehebat yg dari zaman lampau...

    ReplyDelete
  26. Yussida : hahaha apsal sama ngan pemikiran saya? konon2 muncung tu panjang ade aiskim banyak la kan.. cissss hahaha

    Abu Huzaifah : aku suka aispop merah, tapi taklama lepas tu aispop ijau kuar.. lagi bestt jhaha

    inilahaku: common sense.. ok nanti aku nak wat entry pasal common sense budak 90an :)

    ReplyDelete
  27. Mejuez : memang dari kelmarin lagi nak kecikkan font.. tak bukak2 lagi template design tu. hehehe

    kontras tak best ke? sakit pala?

    ReplyDelete
  28. hahaha....lawak la entri awk ni....kehidupan yg awk lalui tu sebijik mcm sy je......

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...