December 9, 2009

si cemeh di negeri si buta

apabila yang buta memimpin yg celik, apabila yang bodoh mengajar yang cerdik, apabila si biasa menolak si terbaik, apabila yang dianggap itu pula mengarah yg dilantik, jangan tanya aku jika yg elok dah terbalik, yg indah dah tak cantik, kini semuanya menjadi pelik... aku pula semakin jelik.

aku mengerti rindu

Andai ku mampu, ku cubitkan saja cahaya suria dan ku sulamkan dalam kegelapan malam,

Andai ku gagah, ku bina saja takhta emas agar lebih tinggi martabat ini,

Andai ku sedar, ku pusingkan saja dunia ini agar masa akan kembali berputar,

Andai semua ku mampu, akan ku bisikkan terus ke telingamu betapa aku sayang dan aku rindu..

jika.....

Jika taufan datang mencabut akar pohon gadang,

apalah yg dihirau angin sepoi di bendang.

Jika ombak merubah pantai,

apa dihirau air mengalir di denai.

Jika gurun sering kontang,

apa dibimbang musim kemarau mendatang.

jika malam gelap tanpa bulan & bintang,

apa dikecoh gerhana sepetang.

Jika fikiran kosong dan dangkal, apa dibimbang madah berakal.

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...