December 9, 2009

si cemeh di negeri si buta

apabila yang buta memimpin yg celik, apabila yang bodoh mengajar yang cerdik, apabila si biasa menolak si terbaik, apabila yang dianggap itu pula mengarah yg dilantik, jangan tanya aku jika yg elok dah terbalik, yg indah dah tak cantik, kini semuanya menjadi pelik... aku pula semakin jelik.

aku mengerti rindu

Andai ku mampu, ku cubitkan saja cahaya suria dan ku sulamkan dalam kegelapan malam,

Andai ku gagah, ku bina saja takhta emas agar lebih tinggi martabat ini,

Andai ku sedar, ku pusingkan saja dunia ini agar masa akan kembali berputar,

Andai semua ku mampu, akan ku bisikkan terus ke telingamu betapa aku sayang dan aku rindu..

jika.....

Jika taufan datang mencabut akar pohon gadang,

apalah yg dihirau angin sepoi di bendang.

Jika ombak merubah pantai,

apa dihirau air mengalir di denai.

Jika gurun sering kontang,

apa dibimbang musim kemarau mendatang.

jika malam gelap tanpa bulan & bintang,

apa dikecoh gerhana sepetang.

Jika fikiran kosong dan dangkal, apa dibimbang madah berakal.

November 13, 2009

kecantikan

kecantikan ayat berakhir bersama Hayat.
kecantikan budi seiring bersama bakti
kecantikan rupa terikat dengan cinta
kecantikan laku perlu dengan Fardhu
kecantikan insan wajib dirangkul iman...
kecantikan Sabar sering berkata benar
kecantikan dunia manakan sama dengan SYURGA..

Mohonku kecantikan menuju kesempurnaan
mohonku kecantikan menghindarkanku ketakburan
mohonku kecantikan ini bisa mendewasakan..

Engkau,aku,kamu,dia,kita semua cantik,
cantik dari erti kata yang sebenar,
yang keluar dari waktu yg berdetik.

antara benci dan sayang

Aku takut menjadi perengus,

Aku takut menjadi pembenci,

Aku takut menjadi pendendam.

Dari hasil aku dikhianati oleh kepercayaanku,

dikhianati oleh sangka baikku,

dikhianati oleh simpati dan sifat ihsanku,

maafkan aku pada insan yg merasa aku menjadi pembenci, bukan salahmu tetapi salahku jua..

aku akan kembali mengutip benih2 kelunakan dan kemesraan yg telah lama dibazirkan di tanah kegersangan

November 8, 2009

Gelombang pemikiran di luar kotak

Ramai anak muda yg sudah penat dan menyampah dengan taklid buta dengan org yg bergelar 'ustaz' yg terlalu survival dan struggle dalam mempertahankan ibadah bidaah, anak2 muda kebanyakannya tidak berlapang dada dalam majlis sperti Tahlil, Talkin, Arwah, doa beramai2 selepas solat,yassin malam jumaat dan berbagai lagi.
Dan anak muda tidak gemar akan majlis2 bidaah begini bukan kerana trend atau malas, tetapi kerana naluri dan fitrah yg sering mempersoalkan kewajaran ia.
Kenapakah di dalam mempertahankan majlis bidaah ini ulamak2 tradionalis bermati-matian mempertahankan kewajarannya? sedangkan mengamalkan Islam yg wajib dan sunnah itu lebih mudah, logik dan fitrah? Saya sentiasa memikirkan, ulama skrg ini lebih ingin menegakkan keputusan yg POPULAR atau yg HAK?

Ramai kita begitu keras dan tertutup dalam mempertahankan amalan bidaah yg diamalkan masyarkat dalam memberi alasan dan asbab demi menjaga kemaslahatan ummah di Malaysia, tetapi apabila pendapat Ulama besar dan imam besar yg tidak menyebelahi mereka di dalam mempertahankan amalan bidaah itu mereka langkau kerana ingin menjadi Popular dikalangan jemaah yg mengakui mengikut aliran Mazhab syafiee atau mazhab lain, sedangkan di dalam Kitab Al-Umm yg dikarang oleh Imam As-Syafiee, beliau telah mengharamkan kenduri arwah kerana bersabit dengan meratapi mayat.

Dan semua Ulama dan imam besar telah bersepakat dalam hal ni, tidak kira samada ulama melayu seperti Syheik Daud alfatani, atau Ulama arab dan keseluruhan nya. Kenapa bersabit perkara begini kita tidak ingin akui bahawa seluruh Imam dan ulama besar telah bersepakat utk menolak, kenapa sering kali kita mengeluarkan hujah seakan2 kita ingin popular di hadapan ma'mum dan pemerintah?berlapang dadalah di dalam mengamal kan sunnah.berbuatlah sedikit asalkan ia sunnah, tinggalkanlah ia walaupun ia banyak jika ia Bidaah..

Adakah menolak Bidaah/bidaah hasanah, dan mengeluarkan pendapat tentang amalan Furuk, maka kita menjadi kufur? kita menjadi sesat? adakah kita menghukum org yg mengamalkan amalan bidaah dan furuk sebagai sesat?

saya berlapang dada dan bersedia untuk ditarbiyah jika ada Ustaz2 yg telah nampak saya condong ke arah sesat.
adakah kemegahan Islam itu berlandaskan Debat dan hujah yg tidak bertepian?
adakah keindahan iman itu apabila kepuasan dapat menjatuhkan nilai estatika seseorang?
adakah apabila Malaysia tidak berpegang kepada mazhab syafie maka muslimin Malaysia menjadi kufur, sesat, terpesong dan wahabi?
Adakah Mazhab mampu melangkau Alquran dan hadis?

Terlalulah bersungguh2 golongan yg mempertahankan Mazhab yg mana kebenarannya org awam hanya memahami mazhab ini di dalm ruang lingkup Fekah, ibadah dan syariah sahaja, tetapi bab usuluddin, tauhid dan penghujahan prinsip2 ketuhanan itu semua muslim bersepakat tak kira apa mazhab pun bahawa ianya mengikut Alquran dan hadis. saya belajar sekolah agama di selangor, mata pelajaran agama di sekolah rendah dan menengah, aliran agama di sekolah menengah agama, pelajaran agama di Universiti, tiada pun mempersoalkan akidah dan tauhid mengikut mazhab2, mengapa golongan tradisional mempersoalkan akidah dan ketuhanan dr konsep mazhab? dan menghukum kesesatan hasil pemahaman melalui Alquran dan Hadis.
saya kenal Allah, saya kenal Rasul, saya kenal Islam seperti mana telah diterangkan didalam Al-quran dan Hadis, tidak pula ada ustaz yg mengajar saya menyatakan bahawa "mengikut mazhab syafiee/hambali/hanafi/maliki bahawasanya Allah itu adalah begitu dan begini" (hanya sebagai contoh)

Yang telus, ringkas, dan jujur, pertentangan fahaman mazhab lebih berkisar tentang, fekah,ibadah dan syariah sahaja, dan ahlul sunnah wal jamaah telah beriktikad bahawa semua muslim boleh mempraktikkan fekah melalui fahaman mazhab yg mereka ingini setelah mereka secara sedar memikirkan mana nas yg lebih kuat, mudah dan sesuai.

Kenapa mahu kafirkan dan sesatkan Fahaman yg tidak anuti dan tetap dengan salah salah satu mazhab? kenapa sesatkan dan menekan golongan yg tidak mengambil ijtihad mazhab Syafie di Malaysia?kita ini beragama Islam atau beragama mazhab?

Apabila Ulamak tradisionalis mengambil Fekah atau pendapat dr mazhab lain tidak pula ia menjadi pertentangan, cth : pemberian zakat fitrah menggunakan wang tunai, imam syafie berkeras dlm hal ni untuk menggunakan makanan ruji sesuatu tempat itu sahaja.
cth: solat jumaat itu bukan wajib tetapi sunat muaakad (mazhab syafiee) sedangkan kita org Islam menganggapnya sebagai wajib.

Saya tak tuduh sesiapa suka atau telah mengkafirkan org, perlu kenali pandangan saya, saya tidak berpandangn mengkafirkan atau menyesatkan sesiapa sahaja, saya cuma menimbulkan pertanyaan dan bertanya tentang priority Ummat islam dalam mencari dalil dan nas di dalam Alquran dan Hadis. Saya sangat berlapang dada dalam berbincang perkara tersebut, hatta saya sudah pergi ke Arab Saudi pun, saya tidak pernah mengenali dan faham apa itu wahabi atau manhaj salafusolleh, saya hanya org awam yg tidak alim dan faqih dalam tarjih atau ingin mujtahid, saya cuma mengeluarkan persoalan ringan tentang amalan2 ibadah dan fekah, yg sama sekali tidak menyentuh tentang akidah.

Perkara yg seperti ini telah merencatkan pemikiran kaum Islam di mana2 sahaja, yg mengambil alasan Tafakuf kepada pendapat ustaz, sedangkan dalam hal asas dan mudah ia boleh difahami oleh sesiapa sahaja, cthnya : saya dan rakan2 yg ingin mendekati dan lebih mendalami ajaran Islam,takkan saya tak boleh faham perbezaan air suci untuk wuduk? takkan saya terpaksa berpegang pada pandangan air mustakmal? saya perlu mencari ilmu, sebab itu adalah tuntutan agama.Islam datangnya secara mudah, dan agama suci ini menjadikan semua org mudah dan luas dalam menjalani kehidupan.Kenapa anak muda semakin jauh meninggalkan ibadah dan ajaran??? kerana terlalu banyak ritual dan majlis2 yg tidak syariat dan tidak sunnah pun diberi priority untuk mengukur keimanan dan keilmuan seseorg..

sebagai contoh perkara yg telah menghambat jauh pemuda2 dan remaja dalam beribadah dan mendekati Islam adalah seperti ini;

Ramai pelajar, golongan muda tidak mahu bersembahyang jemaah kerana apabila di dalam jemaah yg kecil, bapa atau saudara yg menjadi imam, akan menyuruh makmum(si anak atau sedara) wirid dan berdoa selepas sembahyang, bukan semua pemuda hafal doa panjang(khas), bukan semua tahu aturan wirid dan zikir lepas solat, dek kerana takut malu dan keimanan dipersoalkan oleh imam dan jemaah, ramai budak2 muda melarikan diri utk bersolat jemaah, pelajar2 di asrama ada yg menyorok di hostel, budak2 di sekolah menengah lari menyorok di blok2 kelas untuk mengelakkan solat jemaah kerana bimbang nanti malu disuruh doa dan wirid, disamping itu, wirid dan doa lepas solat itu sangat panjang dan budak2 muda merasa bosan dan sering mempersoalkan pekara tersebut.

Kenapakah perkara yg dianggap bidaah hasannah ini yg terlalu ditekankan utk dilakukan, tetapi cara ibadah yg betul mengikut sunnah seperti diterangkn di dalam mazhab tidak pula bersungguh2 untuk diajar. Apabila ada kenduri memberi makan yg mengandungi tahlil dan arwah, yg banyak dtg adalah golongan2 tua,bapa2 dan makcik2. Golongan muda menjauhkan diri dan memberi berbagai alasan kerana fitrah mempersoalkan majlis tersebut,sebab mereka mengetahui semasa belajar di sekolah agama rakyat, pahala tidak sampai pada yg telah mati. Kenapa apabila org menolak bidaah sebegini maka ia dilabelkan wahabi, kurang iman, sesat, membawa ajaran songsang, keluar mazhab dan tidak mementingkan maslahat ummah?

Adakah tahap keimanan, keilmuan,tawadhuk,istiqama
h dan semangat Islam seorang muslim dinilai dari ibadah2 bidaah ini?Adakah keilmuan dan keimanan diukur dengan pandainya membaca doa lepas solat dan wirid, diukur dengan kekhusyukan bertahalil dan ketepatan berwuduk????SAYA TIDAK PERNAH SEKALI PUN MENUDUH MANA2 IMAM,ULAMAK,FUQAHA,USTAZ SEBAGAI SESAT,KAFIR ATAU MENYELEWENG..APAKAH UNTUNG BG UMAT ISLAM KITA MENYESATKAN IMAM2 DAN FUQAHA2 TERDAHULU????

November 2, 2009

munajatku tentang dugaan

didini hari aku cuba pejamkan mata namun tidak bisa, kucuba hembuskan nafas lega jua tidak berdaya, kucuba ukirkan senyuman di kala sendirian masih tak kesampaian, ku hamparkan sejadah, padaMU jua tempat ku mengadu Oh Tuhan.gemersik hati ini tak pernah aku bersangka buruk padaMU, mungkin rancanganMU sebesar alam masih tidak jua ku ketahui. Ya Rabbi jgn sesaat kau serahkan aku pada diriku.Amin

maksud tergapai dek telinga yg tuli

Apabila hati tidak terbuka untuk menerima,

Apabila mata tidak terbuka utk melihat,

Apabila telinga tidak bersedia utk mendengar,

Mulut pula sudah tidak bisa ingin berbicara,

Apakah kuasaku ini utk menyampai?

Kata dilempar maksud tak tercapai, mulut tersenyum air mata berderai, tangan terbuka namun Jiwa berkecai.

Berusaha jua aku utk tersenyum, Namun hatiku jauh merudum.

keindahan palsu dihujung pelangi

"Ku sangka emas dihujung pelangi, tetapi hanya emping jagung yg menguning"

indahkah emas yg diharapkn berbanding pelangi yg terpampang?

Atau hanya membiarkan pelangi itu hilang pabila berhenti gerimis petang?

Lantas kubiarkan saja pelangi pergi dan aku masih menggenggam ringgit dan kupang. :)

August 13, 2009

kemaruk cinta yg palsu

kisah penasaran.. tentang percaturan kasih dan sayang di antara sang arjuna dan dara...cinta yang sebegitu lama terbina dirasakan tidak goyah walaupun muara ombak merobah, cantik gunung telah diratah.... cinta yang terasa sebegitu agung... sebegitu anggun... bisa memalingkan empunya cinta dari titis - titis roma kehidupan.... cinta yg membiaskan satu tabir dinding pemisah antara alam impi dan fana...."Arrghhh persetan semua kata2 yg tidak enak telinga ku mendengar,persetan nasihat dari sahabat yg seakan mahu menghambat kebahagiaan aku bersama ratu takhta kesuma jiwaku'' bentak sang anak muda terlatah dek penangan mabuk asmara... lantas kakinya terus terusan melangkah meninggalkan dunia yg sebelum ini memeluk erat nya.. menghidarkannya dr jatuh ke tebing kemusnahan jiwa... Si anak muda terasa sayapnya sudah gagah untuk melawan arus rancak hidup yg zalim dan ketaksubannya suatu hari nanti bisa mengoyakan jiwa nya dan memecahkan semangatnya yg akan rapuh dan mula melepuh dek panahan impian cinta gila.

Menghampiri si rakan yg setia.. bilang pada sang arjuna.." sudah-sudahlah engkau melayan hayunan cinta kau itu.. aku bimbang nanti di kala empayar cinta agung kau runtuh.. tiada lagi kenalan, sahabat dan teman bisa menyambutmu yg tergelincir dari menara tinjauan keangkuhan cinta mu itu.. tiada lagi hilai tawa dan senyuman peneman yg mengisi jiwamu dikala tiada lagi Ratu kesuma jiwa mu ... ditimbangkan lah segala kata-kata ku kerana aku tidak mahu engkau mengulangi kembali kesilapan ku dulu yg membuang kawan kerana terasa indah dunia percintaan.. wahai Arjuna imbangkan lah keghairahan mu itu .... simpan sedikit kemesraan untuk dilempiaskan bersama rakan.... cium lah kehangatan persahabatan... dakapi erat kenangan perkenalan... jangan sesekali engkau mengatakan sang ratu itu bisa menolak keluarga, kenalan dan kawanmu lebih jauh dari mu... kerana sebelum engkau hanyut dibuai khayalan dan belaian manja sang ratu kesuma jiwa,sebelum engkau mengenalinya... keluarga dan kawan-kawanmu yg telah terlebih dahulu membaluti hidupmu.. dan mengisi kekosongan hidupmu, ingat itu wahai sahabatku".. panjang lebar kisah diputarkan sahabat setia pada sang arjuna yg tidak langsung mengambil pusing... fikir sang arjuna, ''enggak apa kehilangan kawan dan keluarga sekiranya kasih cinta aku berbaloi.. aku redha dan terus ingin di uliti cinta kekasihku.. kerana kasih sayangku itu berbaloi untuk semua dikorbankan... walau dunia terpaksa aku sangkutkan dimata kail, dicampak ke lautan demi pulangan sahutan kecil cinta dari sang dara pujaan''...

Gayat mendengar cerita gila sang arjuna... sahabat setia berpaling dan melangkah pergi.. gelengan kepala sebagai isyarat.. perahu jiwa sang arjuna sudah enggak bisa di tampung lagi... air lautan cinta mencurahi masuk kedalamnya... menenggelamkan sang arjuna sedikit demi sedikit... namun sang arjuna seronok di basahi... gembira dilemasi...bersorak melihat perahu perlindungan terakhirnya tenggelam sedikit demi sedikit... telah dicampakkan semua alat yg mungkin bisa menyelamatkannya... maruahnya sebagai pelampung untuk terus bernafas telah di buang.. berat pada perlayaran cinta aku kata sang arjuna.... akalnya sebagai pendayung telah dipatahkan kerana terlalu susah untuk memudik bersama gelora asmara... iman sebagai kemudi telah dicampak ke dasar laut kerana ia enggan menuruti laluan pelayaran di lautan nafsu cinta yg tidak bertepian... hanya tinggal gelak tawa dan senyuman kepuasan yg mungkin akan terus membuatkanya bernyawa tatkala perahu telah hancur disiat ombak kezaliman percintaan...

Dari hujung tebing kehidupan... semua Rakan-rakan dan sahabat meninjau perlayaran cinta sang arjuna.... mungkinkah ia akan bertahan?... pada siapa ia akan menjerit pinta pertolongan selepas keangkuhannya itu karam?... bisakah ia dapat bersenandung irama cinta tatkala air memenuhi kerongkong nya.. bisakah ia sanggup berenang kembali pada kawan2 yang telah diirobek jiwanya oleh ketajaman pisau sombong dan angkuhnya itu...mampukah arjuna menggapai semua jemari sahabat yg telah lama disuakan dikala dia masih mempunyai peluang...mampir seorang sahabat yang lebih pintar dan anggun dalam bermadah...'' wahai sahabat sekalian.. biarkanlah sang arjuna terus-terusan begitu.. jangan kalian berdendam padanya... hingusan itu baru merasa penangan asmara pertama, orang lain tampak bodoh dimatanya... ratu kesuma jiwa jika boleh ingin dijadikan agama... namun kalian jangan lah nanti menghukumnya.. jika arjuna gagal di arena cinta, pauti lengannya.. hembusi nafas semangat dalam tubuh nya... dengar segala omong penyesalannya.. sesungguhnya semua manusia itu agak canggung dengan cinta pertama nya"

NAH...... selepas beberape purnama.... telah dijatuhkan hukuman pada sang arjuna.... Ratu kesuma jiwa.. tidak ingin lagi bermain asmara.. tidak betah lagi duduk bersama.. rimas dengan segala madah indah... penat sudah memetik gitar irama mengalun lagu indahnya cinta.Pada sang Ratu, Takdir dan jodoh sebagai alasan perpisahan.... bukan sebab ketidaksetiaan... tidak dapat lagi di ceritakan penderitaan sang Arjuna.... kerana jika di madahkan sengsara jiwa.. butir kata yg menggambarkan bisa berdarah.... dunia bisa bergoncang dan langit bergempita kerana dasyatnya sengsara cinta terhenti di tengah ayunan kemesraan....istana indah menjadi kuburan...alunan irama indah ibarat jeritan musibah...''HANCUR CINTAKU MUSNAH'' pekik arjuna tanpa sebarang isyarat.. berterbangan burung kemanan.. tersedar rakan-rakan dari lamunan. jenguk sahabat setia dari beranda... ''gerangan siapakah itu sang muda camping dan kusut masai lakunya?'' datang si Rakan yg bijak dan mahir bermadah mengingatkan kembali pada sekalian rakannya.. ''ingat pesan ku kelmarin.... janganlah dihakimi dan dihukumi... sengsara jiwanya sudah cukup merobek semangat hidupnya...bantulah ia menggapai kembali maruah nya.... akalnya dan nafsunya...tentang segala hamburan kata-katanya yg angkuh sebelum ini, jangan diungkit lagi.. bukankah semua manusia itu tidak lekang dari segala kekhilafan. bukankah manusia itu sering bingung dek cinta... adam itu sunyi mencari hawa... hasutan iblis menghumban mereka ke dunia.. keluar dari syurga keindahan yg tidak dapat digambarkan...sesiapa yg ingin mengikuti ku membantunya bangun dari sengsara, segeralah buangkan kemarahan mu... ingat... SANG ARJUNA tiada lagi mempunyai kesuma jiwa untuk mendodoinya... tiada lagi RATU untuk sama-sama berdendang lagu asmara.. tiada lagi kekasih hati untuk berkongsi keindahan dunia ciptaan mereka... segala nya kelam.. dan hidup suram.. siang tidak berganti malam...malam tidak ditaburi bintang.. pekatnya sengsara ibarat darah merah mengalir hitam.....áyuh rakan kita membantunya melalui musim yg bisa mendewasakan akalnya... sedikit meninggalkan parut dlm hidupnya''

Hirau langsung semua keangkuhan... hilang sudah kemasyuran...tiada lagi lena diatas buaian intan...perahu arjuna tenggelam di tengah lautan.... persetan itu semua.. arjuna kerdil menyambut jemari yg disuakan rakan-rakan... bergempita seluruh alam.. RAKAN-RAKAN bertempik laungan semangat..''ayuh arjuna...melangkah kita, hidup baru tercipta''

-Demikian kisah sang arjuna bermain asmara.. sahabat mahir bermadah mencoret kata indah-

nukilan,

ika@damak@zul

Terdesak

Manusia apabila terdesak semua akan bergasak, jika tiada pintu dinding jua akan diasak. tangis berselang dengan gelak, maruah dilempar dan dipijak, itulah manusia jika sudah terdesak.. aku merasai segelintir manusia yg mendesak, namun aku tidak nampak matlamat kemahuannya, sebaliknya aku yg seakan menagih sesuatu dari dia,setelah dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan kemewahan dunia, aku seakan lupa bahawa aku seorang manusia yg masih mempunyai maruah, maruah yg bukan murah untuk digadaikan, maruah yg menjadi benteng terakhir aku sebagai manusia yg merdeka dan bukan hamba. tetapi ramai sudah sahabat2 ku telah kecundang dan menjual maruah dengan harga yg sungguh murah, sungguh murah sehingga dapat dinilai dengan harga RINGGIT gaji dan elaun. bukan bermakna aku tidak menunduk terhadap org maka aku ini adalah keras kepala dan ego, tetapi berpadalah, kita mencari makan dan bukan menjual diri...

aku teringat abah cerita, kalau betul hendak menjadi kaya tanpa lansung tidak menghiraukan harga diri, pelacur kelas atasan di bukit bintang boleh dapat RM2000 satu malam, pokoknya kita perlu mencari makan, tapi jangan lah sampai maruah kita di ratah dan kita masih tersenyum....

August 10, 2009

Apabila gurun menanti hujan

Tahu Gurun dirinya tanah yang luas, tempat dihamburkan kesengsaraan. diguna nama dalam puisi dalam cerpen lambang jiwa manusia yang ketandusan, gurun Redha gurun sedia..sedia dianggap tanah yg penuh kekecewaan. kadang gurun lari bersembunyi di balik ufuk terbentang, dimanakah hujan? dimanakah keredupan agar dapat saja aku menghilangkan kekeringan, kegersangan yang sering dianggap penderitaan...

Hujan hampirilah aku, hujanilah aku.. basahilah aku dengan sejuta nikmat kesejukan dan beribu rendang keredupan, mengapa engkau memilih untuk turun membasahi ladang dan taman yang sediakala sudah Bah dan penuh dengan hidupan?, yg didalam taman itu terhampar penuh seribu satu senyuman dan hilai tawa kebahagiaan, kau biarkan aku terus menjadi gurun. terus aku menjadi murung?

kicau burung hereng diatas gurun, bisikkan satu pesanan madah pada si gurun, Bersyukur lah engkau menjadi gurun, sekurang-kurang nya tiada lah penuh manusia yg sering kufur nikmat menyumpah di atas perut mu..aku telah jauh terbang di langit nan luas, terdengar rungutan dan makian.. dari manusia dan hidupan yang tidak mengerti makna kesyukuran. mengherdik hujan yg turun di tengah laman. dan melenjunkan baju di sidaian, mencomotkan indah kenderaan.. Gurun. kan lebih enak engkau redha dan terus bangga menjadi gurun.. kelak datang mampir musim teduh, hujan akan turun menyegarkan mu... di waktu itu. sungai kontang menjadi lautan, hidupan kan tumbuh melata taman.... Aku dengar orang bijak bermadah.. "Waktu dan masa menyembuhkan segala kekecewaan dan mencipta satu sejarah yg mendewasakan"

-aku mengerti sudah maksudmu si Hereng-

Nukilan

Zulfikar@ika@Zul

Renunganku

Renunganku di dini hari, renunganku yg seakan simpati dan sedih dengan bangsaku, dengan jatidiriku, sedih dengan percaturan-percaturan yang memperjudikan kewujudan bangsaku, aku kini melihat pihak2 yg dahagakan kuasa dan ingin mengambil alih kuasa dari bangsa melayu yg sudah lama menjaga tanah bertuah ini kian rancak memperjudikan nasib bangsanya sendiri, nasib anak-anak cucunya. jika suatu hari nanti bangsa melayu di malaysia ini sudah hilang cintanya kepada negara dan perjuangan bangsanya sendiri maka berpestalah bangsa pendatang, bangsa yg pada masa dahulu begitu tunduk dan bersetuju dengan segala syarat yang telah kita tetapkan..

Renunganku..yg bimbang akan nasib bangsaku yang akhirnya akan jadi seperti bangsa melayu di singapura, yang akan jadi hamba di negara sendiri, yg telah hilang rajanya, yg telah hilang hak2 istimewanya,yg telah hilang tanah istana dan tanah mereka sendiri, yg kini jalan tidak lagi mendabik dada, yang kini hanya megah dengan nama negara tetapi bukan nama bangsa..Melayu di tanah Malaysia ini masih lagi bangga dengan nama bangsa, dengan keris pusaka, dengan puisi dan pujangga,namun kemegahan anak bangsa sedang dikelirukan oleh pengkhianat bangsa, pengkhianat yg bersekongkol dengan bangsa pendatang yg begitu rancak menghina islam,sultan,hak2 melayu,dan nama melayu itu sendiri...aku makin jauh merenung..dan renunganku disulami dengan rasa bimbang yg mendalam..

-Bersembang dengan bapaku, abah berpesan,Islam itu diturunkan kepada manusia untuk di tegakkan dan dianuti,,manusia itu fitrahnya berbangsa,,jika di Malaysia ini bangsa yg anuti dan memperkuatkan Islam ialah Melayu,maka kita mesti memperkuatkan dan memperkukuhkan melayu itu sendiri-dengan itu Islam di Malaysia akan kuat juga-

Perubahan

Perubahan.....manusia tidak mampu mengelak perubahan yang mendatang, meskipun telah ditolak dan ditepis perubahan pasti akan menang,walau susah,walau gusar perubahan tetap datang dengan tenang, namun kadang perubahan datang dengan garang, acapkali manusia tewas dengan angin perubahan, namun manusia yg mendakap perubahan bisa didewasakan..dan menjadi manusia yang lebih matang.

Perubahan..mengapa ramai yg gugup dengannya? sedangkan setiap detik yg berlalu kita terima perubahan tanpa sedar...aku terima segala perubahan walau kadang aku meyentap rambut dan berkerut dahi melawan badai perubahan... akhirnya aku belajar jua bahawa perubahan itu tetap akan datang dan merubah sanubari dan jiwa menjadi lain dari yang dirancang...kerap jua ramai teman sekeliling cemburui perubahan...rezekiku wahai sahabat, rezekiku wahai saudara... sering aku tunduk kesyukuran, menadah tangan umpama pengemis di depan TUHAN mendambakan perubahan yang membawa keuntungan..Terima kasihku wahai TUHAN yang tiada lebih besar dariMu, tiada lebih pemurah dari Mu..Sambil aku syukur aku aminkan segala permintaan.

Perubahan....tetaplah engkau sahabatku menerima perubahan meskipun sekali air bah sekali pantai berubah, sekali angin berdendang sekali pohon bergoyang, sekali hujan renyai sekali pelangi menggapai...sekali jiwa terabai sekali air mata berderai...

Membedakan antara insan yg senyum tatkala terima perubahan adalah yang sedar dan tahu apa itu perubahan.

P/s aku sedar perubahan yang berlaku, aku dakap perubahan yang melanda umpama tumbuhnya sayap sang burung Helang..Yang terbang keluar dari sarang.....Syukur Padamu Ya TUHAN..Alhamdulillah

NUkilan

Zulfikar@ikar@Damak

BUDI

Berbicara tentang Budi....budi yang mana boleh memberi dan menerima, yang mana kadang hati tidak sanggup menagih budi, meminta budi..menerima budi, namun kadang keadaan terdesak memaksa manusia termakan budi.

Tidaklah menjadi kesalahan pada insan untuk terhutang budi, namun perkataan terhutang budi itu mendalam maksudnya, jika kita memberi hutang duit kepada sesiapa maka hutang itu wajib dibayar,namun keindahan BUDI itu membuatkan ia terlepas dari hukum wajib bayar...tetapi sedikit wajar untuk dikenang, jika orang tidak mengenang budi maka dia akan disumpah sebagai orang yg tidak tahu mengenang budi, taraf manusia yang tidak tahu mengenang budi ini adalah lebih hina dari perompak, lebih rendah dari pengemis. kenapa sebegitu hina taraf orang yang tidak tahu mengenang budi ini? kerana dalam kehidupan ini perumpamaan urntuk orang yang tidak tahu mengenang budi ini adalah "bagai melepaskan anjing tersepit" manusia yang penuh sifat kemanusiaan kasihan melihat anjing tersepit di pagar kawat, membantu melepaskan anjing yang tersepit, namun setelah dilepaskan, anjing itu tidak mengerti tentang jasa dan budi, mengigit manusia yang telah melepaskannya....maka secara harfiahnya...org yang tidak tahu mengenang budi ini sama tarafnya dengan anjing yang baru dilepaskan dari tersepit. Betulkan aku jika aku salah dalam menafsir dan berfikir.

Dalam membicarakan tentang budi ini kita tidak akan terlepas dari membicarakan tentang 'MENGUNGKIT'. bagi orang yang mulia untuk menabur budi jika dia kembali mengingatkan tentang budi yg telah ditabur maka menjadi satu kesalahan kepada dirinya, dirinya akan dikecam sebagai org yang suka mengungkit dan tidak ikhlas dalam membantu, namun aku mempunyai pemikiran yang lain di belakang senario ini..... bagi aku masalah mengungkit ini hanya akan timbul apabila org yang termakan atau tehutang budi ini tidak pandai mengenang budi apatah lagi untuk membalas budi...mereka lebih gemar untuk mengharapkan budi orang dan selepas itu tidak tahu untuk menghargai pengorbanan orang dan mengingati bantuan yang telah dihulurkan...dek kerana geram kerana merasakan dirinya tidak dihargai..si pemberi budi akan mula mempersoalkan tentang jasa2 yang telah ditaburkan dengan mengharap si penerima budi untuk memberinya sedikit penghargaan..namun apabila terkeluarnya perkataan tentang mempersoalkan tentang budinya, si pemberi budi akan di hentam dengan sekerasnya sebagai org yang suke mengungkit dan tidak ikhlas didalam membantu....

Bukan si pemberi budi itu tidak ikhlas atau suka mengungkit..cuma hanya ingin mengingatkan dan mengharapkan..si penghutang budi boleh mengenang kembali.....segala jerih payahnya di dalam membantu tidaklah hanya bagaikan di angin lalu...kalau rasa sendiri tidak mahu diri diibaratkan seperti anjing...yang mana menggigit selepas dilepaskan..maka pandai-pandailah mengenang budi sebelum budi itu diungkit...kerana malu dan hina maruah diri jika...dikatakan diri itu 'ORANG YANG TAK TAHU MENGENANG BUDI"

-AKU MENCUBA DENGAN SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN ORG UNTUK BERTANYAKAN TENTANG BUDI YANG DITABUR, MAKA AKU SENTIASA MENGENANG BUDI-

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...