November 29, 2011

Belajar Dari Alam - Gunung Rajah

Assalamualaikum...

Pada hari Jumaat yang lepas aku pergi menyertai ekspedisi mendaki Gunung Rajah, Bentong Pahang. Aku bertolak dengan 14 orang dari Geng DMG Trekkers, bergabung dengan Team BERNAMA dan Istana Budaya.

Pada hari Jumaat aku dah bertolak dari rumah pukul 6 petang, dan selepas sesi packing, borak, perjalanan dari  Batu Caves ke Bentong, membuat makluman mendaki balai polis, menunggu geng istana budaya dan sebagainya akhirnya kami mula mendaki dari kaki gunung pada pukul 3 pagi tepat.

Pendakian kali ini adalah yang paling hebat dan paling mencabar pernah aku lalui selepas beberapa ekspedisi yang lalu iaitu

1. Gunung Angsi
2. Bukit Broga
3. Gunung Datuk
4. Gunung Bunga Buah
5. Gunung Kinabalu ..... dan
6. Tanjung Tuan

Cabarannya adalah pada keperluan membawa peralatan bercamping di atas Base Camp Lata Hijau. Average beg bagi setiap peserta adalah dalam lingkungan 10kg-20kg, Namun bagi sesetengah yang sasa itu membawa hampir 40kg barang-barang.

Bagi mengelakkan korang semua mengalami keletihan mata membaca entry berbentuk karangan, aku sediakan isi melalui sistem point. Sebab nature pembaca tidak berminat sangat dengan entry journal perjalanan.

******************************

1. Aku adalah peserta paling koman, sebab aku bawak bagpack macam budak sekolah, isipadu aku rasa dalam 10liter je kot. aku hanya bawak  Tshirt 3 helai, Towel nipis, berus gigi, sabun, pisau lipat kecik pelbagai guna, stokin spare, snickers 2 bar, Revive dan botol besar air masak.

2. Aku terpaksa mengendong beg khemah menggunakan tangan dan sangkut di kepala di separuh perjalanan ke Base Camp Lata Hijau sebab beg aku kecik tak muat isi khemah, untuk tidak kelihatan mementingkan diri sendiri, aku wajib memikulnya demi berlaku adil. Terima kasih banyak sangat kepada Azlan Muhammad sebab tolong bawakkan ke separuh perjalanan lagi dengan sistem tukar barang, aku bawak sleeping bag dia plak yg lebih ringan.

3. Perjalanan melibatkan pelbagai route, panjat lereng bukit, lalu jalan lori balak dalam 40 minit, kampung orang asli, jalan tepi sungai dan berpuluh-puluh air terjun kecil dan besar.

4. Singgah rehat dan sarapan di suku perjalanan pada pukul 5 pagi iaitu selepas 2 jam berjalan di laluan balak.

5. Merentas anak sungai jeram, rehat sebentar di sana sambil mandi manda, di sana kemera Azlan Muhammad tercelup ke dalam air. Harapan nak posing kabur sekabur lense berwap, nak buat macam mana takdir, nasib baik ada banyak camera digital lain.

6. Singgah di Lata Naning, air terjun yang sangat sorga, best, air sejuk. view cantik, tanah landai. 20 minit sebelum sampai Lata Naning kaki aku dah Cramp di pangkal Peha (celah kankang) dan betis kanan.

7. Maju lagi sampai ke Lata Hijau, dikenali sebagai base camp untuk pendaki Gunung Rajah. Sampai sahaja, group awal (fast runner) dah siap pasang khemah untuk kami yang lambat dan tercedera.

8. Khemah best, semua best, cuma kecewa sebab sumber air jauh, tak macam base Latar Naning, camp site tepi air je.

9. Dalam hutan, apabila terdesak, pinggan mangkuk dibasuh dengan guna kaedah tiup.

10. Agak-agak keladak sangat dengan sisa milo boleh guna sistem lap dengan hujung baju, tapi buat dalam gelap dan pastikan rakan-rakan tak nampak. lepas tu terus boleh guna untuk masak megi.

11. Menu kami malam tu di camp site adalah Sardin Tumis, Kari ayam, sayur kacang panjang dan carrot tumis bawang, Murtabak Meggi, Cucur Bilis, Cucur Kodok, serunding ayam dan daging, nasik himpit, milo panas, mocha, kopi kau, ikan bilis goreng bawang dan nasi putih.

12. Suku dari makanan malam itu masih elok dimakan untuk sarapan.

13. Manusia dan haiwan semua perlu berak, yg bezanya adalah manusia malu nak berak bila orang perhati.

14. Pertama kali dalam hidup aku, aku berak berjemaah seramai 3 orang di air terjun Gunung Rajah. wah sangat mesra dan bersemangat setiakawan, cuma kami tidak peluk dan bergandingan bahu je. kalau tak boleh tangkap gambar bubuh dalam frame.

15. Mandi sungai di atas bukit adalah perkara best.

16. Dalam hutan, lelaki boleh mandi pakai spender tanpa rasa malu, Darurat. seluar dah habis. lagipun gelap.. pehhh alasan banyak.

17. Minum air sungai tu tak best, ada orang cakap minum air sungai tu adalah heaven, tapi percayalah, minum air masak kat rumah lagi heaven.

18. Separuh kerisauan aku adalah takut pangkal peha aku kena hamstring dan tak boleh jalan balik, separuh kerisauan aku adalah takut kena keracunan sakit perut cirit birit sebab minum air tak masak.

19. Beg aku bertambah berat bila nak turun dari nak naik. pelik.. tapi sebab kena bawak kanvas khemah dan towel baju semua dah basah.

20. Selipar spare adalah wajib! masa daki dan Camping, jangan ciben selipar orang lain. Selipar adalah spare jika kasut terkoyak masa turun gunung.

21. Kasut yg terbaik utk daki gunung di Hutan Hujan adalah kasut noreh getah RM8.00 sepasang, atau sandal outdoor tahan lasak macam TEVA atau Colombia. 3 kali ganda lebih sesuai dari pakai kasut fancy. sebab bila hujan dan lecah kasut anda akan berat dan tak selesa.

22. Amalkan sifat kendiri yang tinggi. Dari naik sampai turun kalau boleh bawa beg sendiri, Jika ada orang offer untuk bantu itu adalah bonus dan dia adalah manusia berjiwa suci.

23. Beg Encik Zumy dan Azlan adalah beg paling berat, aku tolong angkat kejap je rasa macam angkat tong gas! ini bukan metafora. ini betul-betul berat.

24. Jangan bawak beg mcm beg sekolah, sebab penyeksaan beban kat bahu tu hanya Tuhan yang tahu, melabur pada beg yang bagus adalah penting untuk pengagihan berat yang samarata pada tubuh dan bahu. 

25. Jika terdesak, manusia akan mementingkan dirinya dahulu, kemudian baru mementingkan orang lain. Ini fitrah makhluk hidup. Membuktikan sesiapa yang rela berkorban di waktu terdesak adalah manusia mulia.

26. Sepanjang mendaki, aku hanya berjumpa dengan 3 ekor haiwan di depan mata. Katak melompat melintas jalan, Ular tedung ketam tebu mati kena pakuk kepala tengah jalan dan anjing orang asli, selain dari tu tak nampak haiwan lain.Jangan tanya serangga, serangga banyak. oh lupa ada berudu dalam lopak Air Terjun Naning.

27. Jangan bawak barang melebihi keperluan. bawak barang paling basic sahaja. untuk survival hidup. Ulang ni sepuluh kali masa nak packing untuk daki dan camping.

28. Mendaki sambil camping adalah perkara yang BERBEZA dengan camping dekat campsite hutan tepi jalan atau tepi pantai. Berbeza sangat.

29. Pertama kali dalam hidup, aku dan kawan-kawan lelaki berjaya buat unggun api besar walaupun kayu api semua basah kena hujan lebat. Kami guna teknik lilin askar, salai kayu api dan minyak tanah. 

30. Aku tak berjaya sampai ke puncak Rajah sebab kaki injured teruk, terpaksa berhenti bermalam di Lata Hijau sahaja, sementara 8 orang yang lain meneruskan pendakian ke puncak pada pukul 4 pagi.

31. Masa turun bukit, aku terpaksa berlari laju sebab nak elak sampai waktu malam, sebab bateri Torchlight habis Noorbaya pinjam bawak naik puncak.

32. Lagi setengah jam nak sampai ke kaki bukit, ada segerombolan pemancing berhenti dan menunmpangkan aku menaiki motor EX5, dan aku hadiahkan coklat snickers yang tak berusik untuk bekalan anak dia kat rumah. aku offer nak bagi duit Tukar tiub kalau-kalau pancit dia taknak. terus pecut laju pergi.

33. Manusia yg baik dan mulia ada di mana-mana, bandar, hutan, kampung, orang asli, orang tak asli, lelaki, perempuan, kawan baik, kawan tak berapa baik, Bos, Kuli, Bos besar, Bos kecik, jika memang hatinya suci dia tetap akan suci.

34. Masuk hutan jangan sombong, nak sombong terjun lombong.

35. Masuk Hutan jangan gedik, nak gedik pergi shopping mall.

36. Dalam Hutan aku serik, mental down kejap, aku menjerit "Ini Kerja Gila, tobat taknak buat dah" Tapi kalau ada ekspedisi lagi, insyallah join punya, nak nak dah beli sandal ngan beg Karrimor baru.. weeehuuuu..

ini gambar aku amik dari Fb Kak Nonie, dia syok la dah sampai puncak, Tahniah! gambar-gambar yg lain tunggu kawan2 upload dan tag pas aku rembat, aku update k.

p/s Entry ni tak bergambar sebab aku takde mood nak tangkap guna handphone, aku mengharapkan gambar dari camera kawan-kawan Geng DMG TREKKERS yang lain. nanti dah ada aku upload lain.

p/s 2 terima kasih dan tahniah kepada semua Geng DMG Trekkers yang sporting, semangat waja dan berhati mulia, sayang korang semua.

November 25, 2011

Fanatik Politik

Assalamualaikum...

" Zulfikar, aku dah lama nak tanya kat kau lah, apa pandangan kau terhadap manusia yang fanatik politik ni, dan macam mana kau sentiasa boleh terima bermacam jenis kawan yang berlainan politik ni?"


************************

Nissan Sunny Pak Saad





Pada suatu masa dulu, iaitu pada tahun 1997, masa tu aku tingkatan satu. Pada mulanya aku dapat sekolah asrama di Sabak Bernam, tak salah aku sekolah itu bernama Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 Sabak Bernam.

Kemudian aku berpindah sekolah ke Sekolah Agama Menengah Rawang atas beberapa faktor. Semasa aku berpindah ke sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) aku tak dapat kemudahan asrama sebab dorm dah penuh. Jadi aku kena berulang alik sementara waktu sampai ada kekosongan katil.

Suatu hari tu aku terserempak dengan salah seorang student SAMER jugak di Bus stop. Disebabkan sifat aku yang peramah, aku pun berkenalan dan bersembang dengan mamat ni, dan seingat aku namanya adalah Azwan.

Azwan ni budak baik, skema dan sembang dengan aku pun guna kata ganti nama saya-awak, walaupun wajahnya ganas tak ubah macam wak joko kerja sembelih ayam dekat Pasar Borong Selayang.

Tak lama selepas bersembang itu, ada sebuah kereta Nissan Sunny 120Y berhenti dekat bus stop tu, dan pakcik dalam lingkungan 50an memandang tepat ke arah kami. Pakcik itu bernama Pak Saad, Pak saad adalah bapak Azwan. Dengan janggut putih sejemputnya, gigi putih melepak, rambut beruban sikit, berkupiah dan sentiasa berkain pelikat tak kira masa.

" Hah, kau.. kau...kau budak muda! apa yang tersengih-sengih lagi tu, masuklah!"

" eh takpelah pakcik, saya tunggu bas ni"

" kau nak balik mana budak muda?"

" saya nak balik bandar baru selayang (bbs), tapi bbs ni dekat ngan Ulu Yam sana, jauh pakcik"

" Hah kalau macam tu, sekali harung je la dengan pakcik, pakcik duduk Sri Gombak, cepat naik, kau jangan jual mahal"

" eh takpelah pakcik, menyusahkan pakcik pulak, saya dah biasa dah naik bas ulang alik ni pakcik"

" eh eh, nyusahkan apa, bukan aku suruh kau tolak kereta aku, tumpang sekali jalan je, nanti pandai-pandailah aku humban kau kat mana-mana..naik naik naik"

Bersungguh betul aku tengok Pakcik Saad mengajak aku, selagi aku tak bersetuju, dia taknak berganjak dari bus stop tu, jadi bagi berbudi bahasa aku pun ikut jelah kereta dia sekali balik rumah. Di dalam kereta, sepanjang perjalanan dari Rawang ke Batu Caves memakan masa 30-40 minit. Sepanjang perjalanan itulah aku duduk dengar Ceramah Ustaz Ismail Kamus dalam Nissan Sunny 120Y Pakcik Saad.

Rupanya Pak Saad adalah penyokong tegar parti PAS, walaupun begitu, beliau amat aku hormati, secara jujur ikhlas dan tiada muslihat memang aku respect beliau. Aku sangat hormati Pak Saad kerana ketinggian bahasanya, ilmu agamanya, ilmu kemasyarakatannya dan kemahiran berkomunikasinya.

Setiap hari aku akan menumpang Pak Saad dari SAMER ke Perhentian bus Warta Superstore di Batu Caves. Namun baik hatinya Pak Saad semakin hari semakin bertambah, lama-kelamaan Pakcik Saad berkeras mahu hantar aku terus ke pagar rumah walaupun rumahnya kat Sri gombak yang menyimpang jalan jauh dari jalan ke rumah aku.

Walaupun masa itu umur aku baru 13 tahun, tapi lagak sembang aku memang dah macam orang tua, dan aku pun lebih suka bersembang dengan Pakcik Saad dari anaknya Azwan itu. Aku ingat lagi satu perbualan dengan dia di dalam kereta.

" Pakcik suka eh dengar ceramah Ismail Kamus ni?"

" Suka Zul, dia ni tinggi ilmu agama dia, mana yang boleh kita ambil kita ambil la, kalau ada yang tak setuju tak perlulah kita nak bertegang urat, beza pendapat biasalah"

" Saya pun suka dengan Ismail Kamus ni, dia kalau ceramah banyak ilmu boleh dapat, sambil tu boleh jugak gelak-gelak dengar lawak dia, Tapi tu dulu lah Pakcik"

" Habis tu sekarang kau tak suka ke Zul?"

" bukan tak suka, tapi sekarang kan dia dah jarang keluar Radio dengan TV, kena gam kot, sebab orang cakap dia Pas, so tak dapat lah nak dengar, melainkan dengar kaset dia"

" Kita ni Zul, dalam hidup ni kena selalu bersangka baik, tak kiralah dia PAS ke, UMNO ke apa ke, kita mesti bersangka baik. Nanti kalau kita dah mati bukannya malaikat nak tanya kita masa hidup duk sokong parti apa. Allah hanya nilai kita ikut amal kita, kalau kita sokong PAS bagai nak rak pun tapi akhlak macam beruk tak tentu lagi kita ni lebih Islam dari UMNO. Kalau kita sokong UMNO bagai nak rak pun bukan dalam kubur kita nanti ada aircond"

" Betul la tu pakcik, yang penting kita tak fanatik kan!"

" Kalau fanatik tu yang jadi sembahyang imam lain-lain tu, tu yang jadi kenduri kahwin orang kampung taknak datang, semua sebab fanatik"

" nasib baik pakcik tak fanatik kan? kalau tak, tak dapatlah saya nak numpang kereta antik pakcik"

" hahahahaha...antik kata kau! kang aku turunkan kau tepi hutan ni karang!..hahaha"

" eh tak tak tak, main main je..hehe"

Aku ingat lagi perbualan tu sampailah ke hari ni walaupun dah 14 tahun berlalu. Lepas aku dah masuk asrama, aku jarang jumpa dengan Pakcik Saad, tapi aku selalu tanya khabar melalui anak dia Azwan, Azwan ada banyak kakak, tapi kakak dia semua dah tua-tua, tak jadi aku nak mengorat. Kenangan bersama Pak Saad sentiasa akan aku ingat.

************************

Keranda Awang Chek


Pada Tahun 1998 aku berpindah ke Mersing, di Mersing aku bertukar ke sekolah menengah Kebangsaan. Johor adalah kubu kuat UMNO, dan penyokong UMNO terdiri dari anak kecil, sampai ke Atuk-atuk.

Negeri tempat kelahiran UMNO ini tinggi betul jati diri  Melayunya, dan pegangan Islam itu disemat kukuh ke dalam hati. Bagi aku tiada kurang sedikit pun dengan Kelantan negeri So Called Serambi Mekah itu. Jenama sama sekali tidak melambangkan Iman.

Majoriti rakyat Mersing Pro Umno, namun sedikit rakyat di Tanjung (Mersing kanan) adalah penyokong PAS, di Tanjung adalah Kubu Pas bagi Daerah Mersing, dan peti undi di sana cenderung lebih kepada Pas.

Di Tanjung juga tinggalnya seorang Pak Tua yang bernama Awang Chek, Pembuat keranda dan hal ehwal pengkebumian. Suatu hari ada seorang penduduk Tanjung meninggal dunia.

" Awang chek, nu ade orang meninggal, mintok ke mung buat kerande untuk die"

" Dia UMNO ke PAS?"

" kenapanya kalau dia UMNO?"

" kalau dia UMNO aku tak emboh buat kerande ke die"

" sampai macam tu sekali ke Pok Cik?"

" Mung tengok ke muke aku ni maing-maing ke?"

" kenapa taknak buat keranda ke dia? Politik-politik lah, mati-matilah"

" buat ape, dia ahli neraka, munafik!"

" Mung tu pung belum pasti syurga neraka awang chek oii, fanatik sungguh mung nih"

Awang chek kini sudah meninggal, dia kini di alam barzakh menanti kiamat tiba, saat untuk hari perhitungan, dan kita juga akan ke sana berbekalkan amal dan dosa. bukan kertas undi dan bendera tinggi atas pucuk kelapa. Semoga kita, Awang Chek dan semua muslimin mendapat rahmat dari Allah Azzawajalla.

Sekadar gambar hiasan....cuba korang tenung rapat2 gambar ni, ada tak lambang UMNO ke, PAS ke Anwar Ibrahim ke? ada ke tak?

******************************

Lembu Korban Seksyen 8


Pada hari raya Korban 2 tahun lalu, aku adalah anak muda yang turun melapah lembu di kawasan Seksyen 8 barat Shah Alam.

Sumpah, keluarnya aku dari pintu rumah ke padang bola itu takde sedetik pun ingatan aku pasal politik atau Parti-parti, aku pergi sebagai Umat Islam yang bergotong-royong demi menjalankan ibadah korban. Ibadah suci umat Islam. Lagipun banyak makcik-makcik yang ada anak dara cun di sana. Moga-moga bertemu jodoh hendaknya.

Tapi sayup-sayup kedengaran makcik-makcik isteri pensyarah dan profesional era baru, Melayu yang telah maju dan kaya dek perjuangan Dasar Ekonomi Baru sejak negara kita bebas dari MAGERAN.

" Mah, mah.. majlis korban ni anjuran UMNO ke Pakatan Rakyat?"

" Ishhh kau ni Jah, Kalau UMNO kenapa? kalau Pakatan kenapa?"

" Aku kalau UMNO buat malas nak terlibat lah, menyampah.."

" Tapi Jah, kalau masa kau buat kenduri, orang UMNO takde pulak pernah peduli kau pas ke umno ke, semua datang tolong rewang, takde pilih-pilih kasih macam ko aihhh"

" ishhh aku tak boleh lah Mah, aku meluat dengan UMNO ni"

" kau ni Jah, Ni kan raya korban, org korban lembu takde kira parti-parti ni, kau ni fanatik betullah la, aku tak kira UMNO ke PAS ke apa ke.. selagi mana orang Islam aku join. tu semua tolak tepi... parti Politik tak bawak mati Jah oiiiiiii"

" errr... err... gulpppp"

Mak jah terus hiris daging lembu laju-laju. Tenyeh kuat-kuat. Geram gamaknya.

******************************************

Jadi, anda sendiri boleh pilih nak jadi macam mana?

Nak jadi berbudi pekerti dan berhati mulia macam Pakcik Saad kah?

Nak jadi hati kering macam Awang Chek kah?

Atau

Nak jadi Makcik Mah yang sentiasa keliru-keliru manja kah?

Yang penting, ketiga-tiga watak manusia di atas aku ingat dalam kenangan aku selagi aku hidup, cuma aku ingat mereka berbeza dari segi Akhlak mereka. Aku rindukan Pak Saad. Semoga Allah kurniakan rahmat dan berkat kepada beliau atas tawassul jasa-jasanya.

Dan kepada mereka yang fanatik tak tentu hala, semoga semua mendapat pengampunan dan rahmat jua dari Allah. Takkan aku nak nilai korang semua dari akhlak politik korang kan? aku nilai korang sebagai saudara seislam aku. Tapi kalau korang nak nilai manusia dari sudut pandang politik juga, semoga kau tidak akan dikenang sebagai manusia yang mati jiwa.

********************tamat****************


" arip..arip, abang ikar ada teka teki, kalau arip dapat jawap arip terer, abang ikar banje cekelat"
" apa teka teki dia abang ikar?"
" macam mana nak pegang pen 4 batang tanpa guna tangan?"
" senang je.. tadaaaaaaa..bak cekelat!"



p/s I " kau tak adil Zulfikar, kau tulis ni bias, kau lead Conclusion kepada pembaca kau, apasal kau bagi contoh penyokong fanatik Pas je? Fanatik UMNO pun ada jugak kan?"

p/s II " sabar orang muda, aku nak tulis contoh Fanatik UMNO jugak, tapi next entry lah, entry ni kan panjang berjela. jangan lah fanatik sangat sayang..."

p/s III " pusing kut mana pun aku jugak terkena.. eeee benci benci benci...namo kawan"

p/s IV " alolololo  meh sini meh...sian dia, sapa buat dia tu? meh kita babap dia...ambboiii biasa dia!"

November 23, 2011

Potong Stim

Assalamualaikum

Potong stim tidak semestinya masalah besar, potong stim bukanlah isu negatif sangat, potong stim terjadi apabila korang excited sangat melakukan sesuatu perkara, tetapi tiba-tiba ada aral melintang yang membuatkan korang terus hilang keterujaan.

Saat kehilangan keterujaan itu dinamakan potong stim, tapi ia bukanlah membawa kepada masalah, cuma korang sudah takde mood nak teruskan lagi perkara yang korang sedang lakukan itu. Seringkali dalam perkara-perkara Potong Stim ini tidak menyabitkan mana-mana pihak bersalah, ia hanya potong stim!

Di bawah aku senaraikan perkara potong stim dari sudut pandang, pengalaman aku dan pengalaman orang di sekeliling aku, takpayah lah korang nak sentap-sentap sangat, kalau ada kena dengan korang sendiri, senyum je lah baca sorang-sorang depan pc.

**********************************

Perkara-perkara Potong Stim.


1. Main Facebook curi wifi Macdonald, duduk dalam sejam sekali dapat ngorat awek, tengah chat gedik-gedik, sekali pup bateri habis, kelam kabut selak beg laptop, charger pulak tak bawak!

2. Makan nasik dengan ulam petai, nasik belum habis, petai dah yilek. Try nak kunyah kulit petai, tetap tak sedap.

3. Tengah gelak-gelak tengok maharaja lawak, sekali tersedak pedas, makan sambal bakso petang tadi.

4. Tengah main-main sms, loving-loving, romance-romance sekali pakwe terus tukar mood ajak sembahyang maghrib.

5. Minat dekat seorang awek, kepala gila-gila dan sempoi, layan sampai naik rindu, hari-hari kalau boleh nak sembang dengan dia, terus jatuh cinta dan ajak kapel. Tapi hari ni bila kau declare kapel, esok dia terus berubah jadi Calon Isteri Ustazah Pilihan.

6. Tengah korek hidung sambil drive, dapat taik hidung yang seketul besar, tengah adjust-adjust jari nak gentel, sekali kereta depan brek, kelam kabut kau pun brek, tekan clutch, tangan kiri nak tukar gear, terus taik hidung ketul besar jatuh atas karpet, habis hilang modal nak gentel sambil drive.

7. Dah adjust sofa 3-seater baik punya, lipat-lipat bantal bubuh dekat handrest, tukar channel HBO, bancuh kopi panas dalam tumbler mahal, nak tahan panas lama katakan, pakai short feveret, baju tidur nipis, ready nak baring tengok movie 2, 3 jam... sekali kawan call baru sampai dari kampung ajak lepak minum, kalau tak datang putus sahabat. terus campak teady bear atas sofa, potong stim lah.

8. Nak bersin, tapi tak boleh, try jugak ambil bulu ayam geli-geli kat hidung pun tak dapat bersin jugak, elok  ngadap muka awek rapat setengah inci, masa tu lah nak bersin.

9. Keluar dengan awek, muka awek cun sangat macam Bunga Cinta Lestari, sembang pasal masa depan, cerita pasal berapa pasang anak, anak nanti nak bubuh nama apa, sekali kunci kereta jatuh bawah meja.. Tunduk ambik, bangun-bangun tengok muka awek ada taik hidung tergantung dekat hidung dia. Nak tegur segan, tak tegur kesian.

10. Bangun-bangun tidur hari ahad, dah set dalam minda nak rilex, nak bangun pukul 2 tengahari, sekali mak ketuk pintu  pukul 10 pagi suruh bangun pergi beli santan.

11. Duduk rumah bujang, teringin hujung minggu nak masak sendiri ramai-ramai makan dengan kawan, buh beras dalam rice cooker, masak lauk satu macam. Sayur dua macam, ulam, sambal belacan. Sekali dah ready nak makan, bukak-bukak rice cooker tengok ada pulut. Salah beli rupanya pergi beli beras pulut.

12. Duduk rumah bujang, teringin hujung minggu nak masak sendiri ramai-ramai makan dengan kawan, buh beras dalam rice cooker, masak lauk satu macam. Sayur dua macam, ulam, sambal belacan. Sekali dah ready nak makan, bukak rice cooker tengok elok je beras terendam dalam air, rupanya lupa picit button cook.

13. Rumah banyak nyamuk musim-musim hujan ni, dari KL dah ingat 15 kali nak singgah beli ubat nyamuk dekat kedai runcit, sebelum sampai rumah berjaya juga beli ubat nyamuk lingkar. Sampai rumah nak pasang ubat nyamuk Mancis takde, Lighter takde gas, bukak api dapur pun takde gas jugak. Nak ketuk batu depan rumah guna skil pengakap pun batu basah kena hujan.

14. Nak rehat-rehat baca blog, sekali bukak blog ada pulak pop-up iklan, kena klik dulu sebelum boleh baca blog, kalau tak klik blog hitam. Bengang, mencarut depan Laptop 2, 3 bakul tapi sayang blogger tu tak boleh dengar pun.

15. Benci dengan Maxis Broadband sebab bayar mahal tapi bandwith 6GB je, terus isi borang daftar UNIFI, RM 149.00 dapat 30GB, set tarikh pemasangan, sekali kontraktor datang nak pasang hujan lebat pulak, terus tunda bulan depan, tapi maxis dah sumpah seranah awal-awal, siap taknak bayar lagi bil.

16. add friend dengan seorang perempuan cantik, layan punya layan hati berbunga-bunga, rasa macam jatuh cinta. Tidur malam terkenang akan saat-saat bahagia yang bakal diciptakan bersama. sekali selak album dia yang lama-lama, ada gambar dia bersanding. Bukak lagi album lain ada tajuk my baby, ada gambar anak lelaki dia tengah shuffle.

17. Nak pergi main futsal, sekali dah sampai court, baru perasan terbawak but padang stud 6.

18. Hari ni pergi Jakel, beli kain Chiffon Paris paling mahal, kain bunga kekwa besar dengan strawbery kecil. Dalam Malaysia ni ada satu gelung kayu tu je, itupun mahal nak mati, satu meter RM120. Dah siap tempah sebulan, bawak pergi opis nak melaram, sekali tengok pantry maid Neng Suriyati pakai jugak, sama sebijik. Saling tak tumpah.

" waduhh, kok ibu pakei baju yang sama juga dengan saya ya buk!"

" ahh diamlah kau!"

" mesti mahal ni deh, kok kalau dibeli di jakel harganya dua tiga ratus ringgit ya buk!"

" mestilah, ni Chiffon Paris tau tak!"

" kok sama, tapi saya beli di bandung enggak mahal buk..hanya 200 ribu rupiah"

19. Lepak dekat mamak, tengok bola, tak minat sangat bola tapi ikut jugak sebab nak sekepala dengan boyfriend. Bf tengok bola, kau tengok BB main twitter, sekali Goal kau terus lompat sorak, tapi sayang kau sorak Indon yang skor.

20. Sakit perut, ni kalau kentut mau meletup puas ni, tapi malu nak kentut dekat ruang tamu rumah bakal mak mertua, bangun lari jauh sikit pergi bilik tengah, elok tutup pintu je terus kentut lepas kuat-kuat tak pandang kiri kanan dah, lega! Sekali pusing belakang tengok bakal Mak Mertua duduk atas katil tengah tekun sulam manik dekat baju kurung sambil tangan kiri kepit hidung, geleng-geleng kepala dia tengok kau, kau pulak senyum macam kerang je.

21. Bawak Ipad pergi lepak mamak, cari port hujung-hujung, bukak cerita porno, tengah khusyuk tengok diam-diam, pusing belakang..beratur mamak 4 orang join tengok sambil lidah semua menyentil.

22. Kelas petang start pukul 1.30, Zuhur masuk pukul 1.20. Dari kolej siap-siap ambik wuduk, lepas wuduk pakai foundation tebal-tebal, lipstick, dan maskara mabeline, sampai fakulti ingat sebelum masuk kelas nak pergi sembahyang dulu, sekali naik tangga terkentut. aduh malasnya nak tepek-tepek mekap balik..

23. Selang sehari basuh toilet bersih berkilat dan wangi, itu memang habit kau, tiba-tiba datang penyakit malas, tak basuh toilet seminggu, bau hancing dan berdaki, dan dan masa tu lah awek datang rumah terus lari pergi pinjam toilet nak berak.

24. Semangat sangat satu hari bangun dengan azam baru, nak sampai ofis pukul 8.45 pagi, kalau boleh nak siap sarapan semua dekat mamak bawah ofis. Maka azam terlaksana, sampai awal, 8.15 dah lepak mamak, order nescafe tarik kaw dan nasik lemak sotong kembang. Dah selesai makan tunggu kawan-kawan opis dan Kak Waty bukak grill pintu, pukul 8.45 tak sampai, 8.50 tak sampai, 9.00 tak sampai, 9.30 tak sampai....10.00 pun tak sampai, rasa gusar di hati, call kawan..

" Hello Noor, Apsal takde orang kat opis ni?"

" Opis pe kebendanya Zul?"

" Opis lah, korang semua pergi kursus team building ke? apsal tak bagitau aku awal-awal? notis mana?"

" Team building kejadahnya Zul... hari  ni Holiday la. Hari Jadi Sultan Selangor! yang kau rajin sangat pergi kerja kenapa? kacau jelah aku nak tidur..dah ar blah blah blah..bye"


25. Tengah drive kereta dekat federal highway, sekali keluar lagu feveret Aisheteru, terus rasa semangat-semangat nak nyanyi tapi tak tau lirik, hanya tahu lirik sikit-sikit dekat chorus itupun hujung-hujung. Memang potong stim.

menunggu sesuatu yang duduudududu... bagiku
saatku bersabar dan terus bersabar....
nanananananananna dirimu...
ba ba ba  ba  bu bu menunggu..
amphh amph amph ku jalani
nananana sepi tanpamu...
nananana penggantimu..
saat kau jauh DI SANAAAAA

gelisah...nanananana kabar mu kucurigaa
nananananana sia sia..
nananananannanananan bertahan
dum dum dum cemburu...
apakah sama yang kau rasakannnnnn...

walau.....
jauuuhhh....
dekat.....
pejam kan matamu...
eemmm eme ememem 
eemmm emmmm emmmm rasakan...
dan rasakan A A A A AKUUUUUUUUU

walau..nananana Jauh.....
bila bila bila pejamkan matamu
rapuuuhhh....
terhapus ruang dan waktu..
Pada Ketulusan AI AI AI AISHETERUUUUUUUUUUU

UuuUuuUuuuu AI AI AI AISHETERUUUUU
Uuuuuuuuuuuuuuuuuu Terruuuuuuuuuuu

**************************

Berapa kali aku nak cakap, aku ni kucing siam, bukan kucing parsi, aku nak ikan ikan ikan, taknak friskies, Potong Stim!
(Abun, kucing aku yg telah pergi)


P/s nantilah buat entry pasal dusun durian.


P/s II harap-harap tak demam, antibodi dapat melawan, jumaat ni nak pergi daki gunung dan camping dekat Gunung Rajah. Janganlah potong stim. amin...


P/s III kalau korang rasa nak kongsi, taipkan peristiwa potong stim di ruangan komen. baru ada aktiviti sikit. tetiba pulak rasa macam motivator kursus team building.

November 22, 2011

Ilmu Pandang Tembus

Assalamualaikum..

Kanak-kanak itu tidak menanggung dosa, mereka dilahirkan suci ibarat kain putih yang belum dicoretkan. Pada masa kanak-kanak itu kecil, seluruh perhatiannya adalah untuk menjelajah dan memahami bagaimana dunia ini berjalan dan apakah fitrah yang sesuai pada dirinya.

Masa aku balik kampung hari jumaat lepas, aku bergelumang dengan anak-anak sepupu aku yang kecil-kecil lagi. Walaupun aku dah 27 tahun dan masih bujang, walaupun aku perasan aku adalah eligible bachelor yang masih belum terdesak untuk berkahwin, namun aku tidak dapat mengekang rasa kesyahduan mendukung anak-anak buah yang masih bayi.

Itu bukan perasaan mengada-ngada atau pengiklanan 'saya bujang-hensem-rockers-sensitif-mesrabudak' sebaliknya ia hanyalah perasaan fitrah untuk orang dewasa menjadi sayang kepada offspring mereka.

Ganas-ganas bapak singa, tengok anak singa lompat-lompat main depan dia, dia join jugak tepis-tepis kepala manja-manja. Bila tengok budak-budak ni main pasir, rebut-rebut kereta control, main kombet-kombet dalam bilik hatta bapak sepupu dia tengah nyenyak tidur mengingatkan aku pada zaman kecil aku.


*******************************

Pada Tahun 1993 atau waktu yang lebih kurang sejajar dengannya..

Dulu aku ada rahsia masa aku kecik, dan rahsia ini adalah antara kita berdua saja. Janji jangan bagitau siapa-siapa tau!..

" gediknya kau Zulfikar, dah tentulah kau publish cerita ni kat blog, ceit"

" ala, aku hanya nak timbulkan mood. mood kau dan aku bersembang di tepi pantai di bawah sinaran bulan purnama sambil mendengar deruan ombak memukul pantai bak irama alam mengiringi sahutan pungguk yang rindukan bulan nan tak kunjung tiba"

" oh jika begitu, teruskan perwiraku.."

Nenek aku adalah seorang business women, selain dari membuat business rombongan melancong Cik Selamah, nenek aku juga ajar mengaji Al-quran dari rumah ke rumah, selain itu dia juga rajin menawarkan khidmat marhaban, berzanji dan Khatam Alquran di sekitar Perak terutamanya Ipoh.

Selain daripada kerja-kerja tipikal seorang nenek kampung yang disebutkan di atas, nenek aku juga adalah seorang pengedar barang-barang catalog, barang yang paling laris sekali adalah Avon dan Amway. Dalam katalog Avon ni ada tunjuk barang apa kalau korang semua tahu?

Mekap, Jus, cordial, ubat pelangsingan badan, korset, Royal jelly ubat lelah, multi-vitamin, Bedak, deoderen,   aloe vera, Spender, Bra, lotion dan banyak lagi... kita berpatah balik pada contoh di belakang dan fokuskan pada perkataan spender dan bra.

Pada katalog spender dan bra tu ada banyak model-model cun yang mempunyai kulit yang mulus, badan yang curvy dan muka yang cantik. Muda-muda, bergetah dan sangat best. Aku tak tau kenapa, setiap kali aku boring dekat rumah opah aku, aku akan punggah almari dan rak meja kopi dia dan aku akan bukak katalog Avon.

Mula-mula aku akan tengok set bedak dan mekap kemudian lepas beberapa saat mesti aku akan langkau ke bahagian Bra dan Spender. Jenuh aku kekang diri aku dari mengalihkan muka surat katalog itu ke bahagian bra dan spender. Jenuh aku tahan diri aku namun tak boleh.

Pernah satu ketika aku ikat tangan aku sendiri dan aku nak humbankan katalog bra tu ke dalam api namun tidak berjaya.....ok aku tipu.

Pada satu petang, tengah aku lepak dalam banglo lot setingkat itu, aku pun macam biasa nak tengok katalog Avon, mak bapak aku kat luar tengah kait buah kelapa muda nak minum petang-petang, sebelum aku keluar join diorang dan main bakar-bakar sampah, aku sempat selak-selak katalog avon tu.

" Ikar, kamu buat apa sorang-sorang dalam rumah tu?"

" tak buat apa-apa ma"

Kelam kabut aku tutup katalog Avon dan simpan bawah meja kopi takut kantoi, tapi kenapa aku boleh takut pun aku taktau. Aku bukan buat salah pun kan.

" Kamu pergi amik gula kat dapur sana nuu kejap, kelapa ni sedap makan dengan gula sikit ikar"

" jap mama"

" sudah-sudah lah kamu tengok coli dalam katalog tu Ikar, Takde kerja lain ke kamu nih?" jerit mak aku dari laman rumah.

Tersentak aku, macam mana mak aku boleh tahu yang aku tengah bukak mukasurat bahagian bra dengan spender? mak aku ada ilmu mata pandang tembus ke?

Mana pulak tak tau kan? kalau dah duduk mengkerekot atas sofa sorang-sorang sambil diam je tenung halaman mukabuku tu tak berganjak-ganjak. Confirmlah tengok gadis separa bogel. takkan tengok Jus Kordial Markisa pulak.

Dan selepas kejadian tu, aku dah malu nak bukak katalog Avon lagi kat rumah opah aku, melainkan kalau ada katalog baru. Itupun aku buka tengok sambil meniarap depan mak aku, bagi menunjukkan keikhlasan aku tengok katalog bahagian perfume lelaki sahaja, dan bukan curi-curi bukak halaman Coli dan spender gadis pan asian Avon itu.

"aku syak mak aku ada Ilmu Pandang Tembus lah"

*****************************

Pada tahun 1998. Tepat tahun 1998 dan bukan waktu lain yang sejajar dengannya.

Tahun itu adalah tahun Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998 bermaskotkan Orang Utan. Pada tahun itu juga adalah tahun reformasi Anwar Ibrahim terhadap UMNO. Tapi abaikan kisah Anwar Ibrahim yang tak habis-habis itu dan tumpukan perhatian pada Sukan komenwel.

Pada Tahun 1998 itu aku berusia 14 tahun atau tingkatan 2. Pada perkiraan aku pada masa itu aku dah baligh kot, eh ke aku mimpi basah umur 15 tahun? aku lupalah, tapi senang cerita ketiak aku masa tu dah start berbulu-bulu manja lah.

Bila balik rumah dari sekolah aku selalu tengok mak aku mengiring atas sofa menonton Sukan Komenwel dekat TV, Mak aku suka tengok Badminton, Bola, Olahraga, Gimnastik dan Renang.

Aku pun suka tengok Badminton, Bola, Olahraga, Gimnasitik, Renang, Gimnastik, Renang,Gimnastik, Renang.

Tapi aku paling suka tengok Gimnastik perempuan dan Gimrama, selain itu aku minat sangat tengok renang berirama, Terjun Perempuan  dan Renang perempuan. Senang cerita apa saja acara sukan yang melibatkan Riben dan Air dan pesertanya adalah perempuan. Aku pun tak tahu kenapa.

Tapi yang peliknya, Abah aku, abang aku, Pakwan, Pak Mat Uban, kawan-kawan bapak aku, pak aji, pak umrah dan pakcik-pakcik warung kopi pun suka tengok Gimrama dan Renang wanita. Bila acara gimrama ini ditayangkan, semua penonton lelaki menjadi diam dan fokus. Pelik betul, nak kata kami semua penggiat sukan gimrama tak pulak.

Nak kata abah, abang dan aku main riben dan gelung hulahup berirama petang-petang mengisi masa lapang pun tak jugak, tapi entah kenapa kami suka sangat tengok acara tu. Selain tu, kalau tengok kawasan penonton di dewan acara selalu penuh. Majoritinya lelaki.

Satu hari, aku dekat rumah sorang-sorang, aku cepat-cepat tukar cenel dan cari acara gimrama Komenwel 1998, tiba-tiba mak aku turun dari tingkat dua dan terus selamba je ambil remote dan alih ke aturcara olahraga.

" Aik mama, selamba je tukar Cenel, mama tak tengok ke ikar tengah tengok gimrama ni?"

" Ah kamu ni memang tak habis-habis dengan Gimrama, tak gimrama renang, tak renang gimnastik, tak gimnastik gimrama"

" ishh, kan best Gimrama tu ma, Ikar suka tengok budak-budak perempuan tu baling riben dengan bola sambil menari lompat-lompat, bukan senang tau ma nak buat macam tu.. susah tau ma!"

" Eleh kamu nak menipu aku, nak tengok riben ngan bola lompat ke kamu nak tengok ponggong bergegor?"

" ponggong bergegor!"

" aku dah agak dah kamu tu, takde mane nye nak tengok riben ngan bola, yang aku heran polo air pompuan pun kamu minat..heran lah aku"

" alah mama tu pun sama, nape suka sangat tengok olahraga lelaki lari pakai baju ketat-ketat?"

" Ishhh aku takpe, aku dah kawin,dah biasa...kamu budak-budak mana boleh"

" dan-dan je mama ni, tak adil.. ni diskriminasi"

" dah dah kamu pergi mandi, mama nak layan 100 meter lelaki ni"

Rupanya mak aku bukan sahaja ada Ilmu Pandang Tembus, tapi dia juga ada Ilmu pandang terus.

Apakah yang pelik tentang Majalah Playboy ini? yang pasti majalah playboy ini bukanlah  katalog Avon tahun 1993 itu. 

**************************

Pada Tahun 2011. Iaitu pada masa sekarang dan bukan waktu dulu yang sejajar dengannya..

Aku tak tengok sangat Gimrama dan Renang wanita SEA games, mungkin sebab takde peserta eropah dan antarabangsa yang lain, jemu dah kot tengok bibik dekat sinetron dan pengako sayo Filipina.

Yang penting, aku tengok bola dekat kedai india Jalan Meru Kelang. Dan bola penalti bergolek kemenangan megah Harimau Malaya itu tiada kena mengena dengan Katalog Avon bahagian Bra dan Sukan Komenwel acara Gimrama.

Ia adalah kemenangan bergaya Harimau mengokak Garuda.

Mungkin Garoda takde ilmu pandang Tembus.

Atau Garoda lupa kejutkan Hantu Raya bomoh santetnya.

**************************** tamat******************************


Pukul satu pagi, Di warung durian tepi jalan Jeram kampar Perak, di dalam gambar sebelah kiri adalah Pak andak iaitu pakcik aku merangkap Tuan punya Durian, Sebelah kanan adalah seorang artis eropah yang cuba pengalaman makan durian kampung. Baju koboi pulak kannn..

Sungguh bertenaga dan bersemangat sekali Artis eropah ini cuba untuk bukak duriannya, walaupun reaksi mukanya nampak sangat berlakon, dan ketara sekali kelihatan Pak andak telah memakuk pangsa durian dengan goloknya terlebih dahulu.




P/S next entry nak cerita pasal semalam aku masuk dusun durian lah.

P/S II balik kampung kelmarin aku punggah-punggah jugak kabinet opah aku, tapi tak jumpa dah Katalog Avon lama. Mana pergi tah!




P/S III Terima kasih semua, kini pageviews Blog Rasa Hati sudah ratusribuan.

November 17, 2011

Masalah

Assalamualaikum...

Masalah, manusia hidup dengan berbagai masalah...kepelbagaian masalah itu mencipta identiti kepada pemunya masalah, masalah bagi seorang di sana mungkin bukan masalah bagi seorang di sini. Jadi apakah yang disebut-sebut sangat dengan pelbagai masalah itu?

" Berbagai ke pelbagai masalah?, atau pun berbagai-bagai?"

"Tengok!!! nak tulis bagai pun dah ada masalah, belum start tulis cerita lagi"

Masalah ini adalah relatif, masalah Junaidi Suboh mungkin kerap tidur terlajak sembahyang subuh, tapi bagi Mat Lazim Lisukun dia tak pernah terlajak subuh sebab dia selalu tidur pukul 7 pagi dan bangun pula pada pukul 5.30 petang, jadi masalah Mat Lazim Lisukun adalah terlajak Zohor.

Cukuplah hanya mereka berdua yang menjadi contoh masalah, kalau aku teruskan jua mungkin aku terbuat masalah-masalah untuk sembahyang asar, magrib, isyak, Qobliatan, Tahyatul Masjid dan sebagainya lagi.

Kalau kita sembang-sembang dekat Facebook dan baca blog, kita mesti akan semak dengan status update dari kawan-kawan yang selalu merungut pasal masalah dia, Jadi disini aku akan cuba menyelami segenap lapisan masyarakat melalui umur dan persekitaran, dan lihat masalah-masalah yang sudah sebati dengan mereka

************************************

A. Masalah Remaja yang belum bekerja, masih ditanggung mak bapak

1. Masalah nak basikal fixie, 2 bulan berlakon jadi anak soleh depan mak, mak termakan pancing, sekali mak belikan hadiah basikal, tapi bukan basikal Fixie, cuma ia basikal senaman.

2. Masalah kawan yang tikam belakang, kalau ada 3 kawan, kalau seorang tak de terus kene kutuk kaw-kawa. standard la tu.

3. Masalah duit takde, nak beli Ipad duit takde, Jadi buat usul mintak kat mak..

" mak mak.. Akim nak Ipad boleh tak mak?"

" apa... pad? kau dah buang tebiat mintak pad ngan aku? kau ni Akim, dulu lagi mak cakap jangan main masak-masak, gi main senapang kombet-kombet, tengok dah besar kau nak main Pad mak pulak"

" Orang nak Ipad la mak, Apple Ipad..Ipad..Ipad...Ipad.. Bukan pad yang tu"

" Pad apple takde, Pad Kotex ada, jangan bimbang sayang, pakai yang ni dijamin tikus takkan bertelur dan membiak dalam rahim kita!"

4. Mak bapak gaduh, nak cerai atau bapak halau abang keluar rumah. Remaja merasakan beban yang sangat berat sebab rasa tak boleh nak bantu apa-apa, lagi sadis bila terpaksa memilih Side. dan paling semak bila mak ayah buat sesi melobi nak mintak sokongan anak-anak.

5. Anak kucing sakit. hari ni lompat-lompat, esok dah lembik macam nak mati. tak tau nak buat apa, gi amik panadol extend hancurkan pastu suap dalam mulut anak kucing, 2 minit kemudian anak kucing mati keras.

6. Mak bapak sindir-sindir cakap kau anak tak guna, takde kerja, duduk rumah ngabihkan boreh jo..

7. Taktau adakah cinta itu cinta sebenar. Selalu lepak KFC pancing awek, masa pancing bukan main seronok, bila dah dapat kapel rasa macam nak muntah bosan, kalau boleh rasa nak single balik, tu la kerja kau! kapel clash kapel clash kapel clash, kalau kau duduk diam-diam buat kerja matematik tu kan kau dah boleh masuk Universiti.

8. Study bagai nak rak, tapi tetap markah sikit, kawan study sambil nari poco-poco tapi tetap score.. bengkak hati, rasa macam nak koyak-koyak slip result kawan, tapi tak berani, takut kena belasah berjemaah. itu pun masalah jugak.


*************************************

B. Masalah Rumah Tangga Suami Isteri

1. hidup bahagia... tapi abang punya batin tak kuat. selalu tewas di ranjang..

" mah benci, mah benci, abang jantan tak guna, depan orang bukan main abang sembang tongkat ali power la apa lah, tapi abang buat mah umpama teratai layu di tasik madu!"

" Nak buat macam mana mah? abang bukan sengaja, abang tak perform malam ni, maafkan abang ya mah!"

" no way... mah benci..takmo kawan abang"

" abang janji, abang kirim gambir Sarawak kat Watson Nyambek esok!"

2. Asyik-asyik bini buat style sama, tak kretif. Tapi tak sampai hati nak bagitau..

" Jah, Jah ni lawa, comel, ayu, kulit gebu, pandai masak, lipat baju cantik, pandai pakai shawl, tapi ..tapi...tapi.. bak kata kawan abang, hari hari makan ikan kembung pun bosan jah"

" Itu jelah kerja abang, itu je lah dalam kepala lelaki... style..style..style.. takde kerja lain ke? jah ni kerja lagi, anak lagi, kain baju lagi, masak lagi, bukan nak melayan style skill abang tu je...abang ingat... bla bla bla bla ngam ngam ngam ngam bla bla bla"

3. Muka anak lain dengan muka bini dan muka sendiri..kadang-kadang tengok macam muka benggali karpet, kadang-kadang tengok macam muka Sudin Posmen, kadang-kadang tengok ada iras-iras Jiran depan rumah.

4. Gaji laki ciput, lebih kurang gaji bibik, dari bayar bibik, baik suh laki duk rumah jadi househusband.. bini yg kuar kerja. Bila laki jadi househusband malu pulak nak jawab kat jiran-jiran, arghhh masalahnyaaaa

5. Nak ambil bibik dari Palembang, bibik pulak cun macam Dian Sastrowardoyo, ni tak boleh jadi, kang suruh tepuk anak bagi tidur, dia pergi gosok laki aku pulak!

6. Nak ambik bibik dari Palembang, Bibik cun macam Dian Sastrowordoyo, bagitau kat bini, bini tak approve, seminggu kemudian tengok bibik dah ada, tapi macam Ruminah Sidek 'Mak Mah' ... Terus fantasi tidur nak kena tepuk ngan bibik hancur ditelan zaman.

************************************


C. Masalah Duda

1. Nak kahwin lain tapi taknak janda nak dara, tapi anak dara taknak duda, nak teruna

2. kadang-kadang takde masalah, tapi keluarga perempuan pula tak suka anak dia kahwin duda.

3. Nak kahwin dengan anak dara, anak dara dah setuju, nak pulak anak dara cun macam Nora Danish, tapi teringat pulak ada anak bujang yang dah umur 23 tahun duduk serumah, bimbang rasanya nak tinggal anak bujang dengan mak tiri baru dia. aduhhhh masalahnyaaa


*********************************

D. Masalah Student baru nak up, baru nak rasa jadi Town.

1. Nak main snooker, tapi taktau beza snooker dengan pool..

2. Try minum beer, tapi buat-buat teruk, baru minum satu tin dah mabuk mcm baru lepas minum whiskey 2 botol, minum depan pintu 7 elevan, tak sampai 2 minit terus mabuk nampak kucing jadi harimau.

3. Nak gi clubbing, tapi pakai tudung bawal, tu okey lagi, tapi pakai dengan skirt. Bila orang tanya

" kau ni kenapa Senah?"

" aku ni clubbing-clubbing jugak, tapi aurat aku jaga tau!"

" Abis tu yang skirt tu kenapa?"

" errrr errrr errrrr"

4. Nak dye rambut tapi terbeli dye itam..

5. Nak ikut kawan nyanyi karoke. Lepas nyanyi ingatkan bayar seringgit satu lagu, rupa-rupanya RM250 sejam, tak pasal-pasal kene tongtong ngan kawan-kawan.. habis duit belanja seminggu.

6. Nak Try cium mulut, nak mencuba katakan, sedap sangat rasa, terawang-awang, sekali bukak mata lepas cium tu baru sedar tengah cium bapuk lorong haji taib

******************************

E. Masalah Budak perempuan yang mahu coba-coba.

1.  Size asal Bra 32 A, Teringin sangat nak bra size 36B, tapi  tak berapa nak ade, sumbat tisu je lah senang, sekali tisu ada telur lipas, menetas dalam kelas...

2. Nak pakai tudung shawl, taknak pakai bawal...sekali lilit lilit, tercekik muntah hijau dalam McD masa waktu puncak.

3. single tapi jual mahal, bila jual murah orang mengata jugak, jual mahal orang mengata jugak, jual murah, jual mahal, jual murah, jual mahal.. eeeee benci benci benci..

4. Nangis sebab balak kapel dengan kawan baik sendiri, nak balas dendam kapel dengan pengkid Taman Rashidah Utama, sekali pengkid rogol pakai Jari, Sakit terluka kena kuku tajam, menyesal sangat. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian luka jawabnya.

5. Gaduh ngan bapak, gaduh teruk, ugut nak lari dari rumah, belum sempat bukak mulut bapak dah letak beg depan pintu pagar.

6. Nak try isap ganja, mintak kat balak, balak bagi balut suh isap, isap-isap sekali buat-buat pening, belakang-belakang balak gelak, sebab bukan ada ganja pun, cuma letak rumput kering..

7. Krisis identiti nak pakai tudung ke free hair, sekali buat keputusan nak pakai macam selendang datuk siti, nampak jambul.. selendang belakang berterbangan ditiup angin... kat parking tutup pintu kereta kelam kabut nak cepat-cepat kejar tengok cerita Twillight, tak sedar selendang sangkut dekat pintu, jalan 3, 4 tapak terus terjerut... tercekik, mati tragis kat tempat parking

8. Dah Mati, Try SMS kawan suh datang ambil mayat, Credit pulak habis. Terus putus asa, Baik pergi mati!! pekik kepada diri sendiri...eh memang dah mati.

****************************



p/s Masalah Blogger Rasa Hati start niat nak tulis pendek dan ringkas, ending tetap panjang macam cerpen.

p/s II Hidup tidak akan berjalan mengikut apa yang kita rancang, sebaliknya kita yang merancang mengikut kehendak hidup.

November 16, 2011

Tak Sangka Betul Lah!

Assalamualaikum...

Minta maaf kepada semua pembaca blog Rasa Hati, semalam blog ini telah digantung perkhidmatan oleh pihak Google atas beberapa sebab yang tidak berjaya dikenal pasti, beberapa kemungkinan yang boleh aku fikirkan adalah :

1. Tak verify akaun google, mungkin terlepas pandang, mungkin terpadam email verification.

2. Mungkin hanya suspend akaun secara random untuk check akaun validity, samada user ini aktif atau hanya spam bot.

3. Mungkin kena hack (ni aku yg poyo paranoid)

4. Mungkin hanya sekadar Maintenance period.

Untuk pelbagai kemungkinan yang ada, semalam aku rasa cuak jugaklah, aku ingat blog yang dah lama aku bela ni akan berkubur begitu saja, tapi genap 24 jam, akaun aku diserahkan balik kepada aku. Syukur kepada Tuhan.



*************************************

Okey habis bab panik-panik pink, sekarang kita bersukaria, entry lepas adalah bertajuk Placebo Effects dan Air Yasin, kali ni kita bercerita pasal tak sangka, apa yang korang tak sangka sangat?

Orang tua ni cerdik, lebih cerdik dari budak-budak muda yang belajar kat Universiti. Nak jadi cerdik tidak mewajibkan kita menjadi pandai, dulu kawan aku ada belajar dapat Anugerah Dekan tapi nak masak nasi lemak pun mentah.

Ada kawan aku dulu masa SPM addmath score, tapi dia pelik tengok bihun kering kat dalam kabinet dapur rumah Cikgu Aziz, selama ni dia ingat bihun tu datang-datang basah macam bihun goreng kat kedai tomyam tu, bila dia tengok bihun tu kering......

"Wei Zul, ni ape ni ha Zul?"

" Ni la Bihun"

" Hotak kau, nak menipu aku pun agak-agak la, bihun mana ade kering mcm ni, bihun tu basah la, lembut"

" Hotak kau jugak, bihun memang la jual kering-kering macam ni, bila nak masak rendam la dalam air suam, bagi dia kembang, dah kembang baru lah boleh masak"

" yeye je kau ni Zul, nak bohong aku la tu, aku tak pernah pun tengok mak aku beli meehon macam tu, wakakakaka kau buat lawak eh zul?"

" mak kau sorang je yang beli Meehon basah-basah kat kedai runcit Juff, mak orang lain beli meehon kering"

Jufri...Jufri, nasib baik kau tak kenal meehon kering tu masa sembang dengan aku, kalau kau konfiden cakap macam tu depan mak mertua kau, mesti mak mertua kau solat taubat, keluar air mata darah pasrah.

*****************************************

Tak Sangka 1

Satu hari tu aku bukak radio muzik, lama dah tak buka radio kat rumah, asyik tengok tv je. Bila aku bukak radio tu terdengar lagu Search. Disebabkan masa tu umur aku 16-17 tahun, jadi aku tak khatamlah lagu search, sama macam korang semua, lagu Search yang kita familiar adalah Isabela dan Fantasia Bulan Madu.

Pastu aku dengar lagu yang sangat best dan agak femes jugak, cuma aku tak hafal sangat lagu dia. Dengan penuh yakin dan perasan mat rock ganas pakai jeans ketat tersepit buah, aku try tarik lagu tu sebaik mungkin macam Amy search.

Sejak Mula bertemu..
Kau buat siangku sedingin salju...
dan malam jadi hangat sehangat cintamu..
Kasihku...
 Suzana, kau gadis idamanku... 
dua hati jadi satu.. 
bila kita bertemu...
Oh Suzaaaanaaaa...
Gadisku....

Konfiden aku nyanyi, siap pejam mata kerut-kerut dahi, siap genggam tangan buat gaya pegang mikrofon sambil tangan kiri pegang rail tangga, konon-konon nak tunjuklah kat orang dalam rumah yang aku ni, walaupun lahir tahun 1984, tapi boleh hafal lagu Search, konon-konon macam aku otai la.

Sekali dengar suara Mak aku dari dapur....

" Nak nyanyi sangat lagu Search, tapi lirik pun tak tau, Rozana la! bukan Suzana...."

" Eh Rozana ke Mama? bukan Suzanna? rasanya dengar radio tadi bunyi macam Suzanna"

" ROZANA... Suzana tu lagu M.Osman... bikin malu mat rock je la kamu ni Ikar.. nak rock sangat! ade ke Suzana..wakakakkaka"

Tak sangka betul aku, kena gelak ngan mak sendiri salah nyanyi lagu Rozana. 
Tak sangka betul aku, mak aku hafal lagu Search
Tak sangka betul aku aku kena bahan ngan mak aku pasal lagu rock.

*****************************************

Tak Sangka 2

Satu hari tu, aku teringin sangat nak makan Kaya roti, aku pun pergi beli Kaya cap Kipas Udang. Bila balik nak makan, aku pulas punya pulas tak boleh bukak penutup. Alas guna kain batik pulas pun tak boleh.

Try lagi pulas kuat-kuat sampai timbul muscle biseps aku, pun tak boleh bukak jugak. Pastu aku bagi mak aku, mak aku selamba je cakap.

" kamu bukaklah sampai boleh, takkan tu pun nak harap mama, apa guna jadi anak jantan?"

" dah try banyak kali dah mama, alas pakai kain dah, tepuk bontot botol dah, takleh bukak jugak"

" Cuba kamu bukak api dapur tu, kamu panaskan penutup Kaya tu. Mama bet mesti boleh bukak punya lah"

Aku pun tak terfikir, aku pergi bukak api dapur, layur penutup kaya 3, 4 kali, pastu PUP! bunyi pop kedengaran, pastu sekali pulas je terbukak.

" kan mama dah cakap, boleh kan?"

" ha'ah la mama, boleh lah, peh peh terer la mama ni! macam mana mama tau ha?"

" Kamu belum beranak lagi, aku dah makan kaya tu Ikar oiiii"

" huh, pantang puji...eksyen betul la Cik Awie ni"

Tak sangka betul, mak aku boleh apply mata pelajaran fizik, Teori perkembangan gas dalam botol dengan gunakan haba, atau perkembangan logam penutup botol akibat terkena haba boleh membuatkan penutup senang dibukak.

 - tengok aku pun taktau samada gas yg berkembang dalam botol atau logam penutup tu yang berkembang menyebabkan ia terbukak.

" pengembangan la ikar... pengembangan! bukan perkembangan.. perkembangan tu untuk khabar dan isu semasa!"

*********************************

Tak Sangka 3

Balik dari sekolah perut aku lapar, aku sampai depan pintu rumah lepas bagi salam terus tanya mak aku.

" Mama, mama masak apa ha mama? Ikar lapar lah"

" Mama masak special hari ni, khas untuk kamu"

" mesti lauk best ni!"

" mama masak Ayam percik, gi tengok bawah tudung saji tu"

aku pun bukak tudung saji dengan rakusnya, sekali takde ayam percik, yang ada taugeh masak lemak dengan tauhu, sambal belacan dengan Ikan sadin goreng je..

" Aik..mana ayam perciknya mama? Sardin goreng ada la!"

" owh lupe, belum tangkap ayam lagi, kamu bukak pintu dapur tu, kamu tangkap ayam sekor bawak meh sini biar aku percik ngan air paip"

" Tah pape, tak lawak pun"

" sapa buat lawak.. aku nak amik ayam tu, pegang kaki dia, aku rendam tangan dalam ayor... percik percik percik percik.. percik... kekekekekekeke"

" tak lawak puuunnnnnnnnnnnnnn"

Tak sangka betul aku, dengan mak aku pun boleh kena lawak. Boleh dia buat lawak ayam percik tengah aku lapar-lapar macam tu.

Nasib baik aku lapar sangat masa tu, kalau aku banyak tenaga, dah tentu aku tangkap ayam hidup tu betul-betul, aku percik-percik depan mak aku. hishhh tak sangka betul lah...

******************************************

p/s esok kalau takda aral melintang, UNIFI pasang.. weeehu...

p/s II takleh letak gambar banyak-banyak, bandwith dah limit, nak upload gambar jadi lembab.

p/s III Tenkiu Sunah Suka Sakura sebab bantu proses recovery Blog Rasa Hati.

November 14, 2011

Kesan Placebo Dan Air Yasin

Assalamualaikum..

Kesan Placebo ni dia punya takrifan majoriti sudah tahu rasanya, bagi korang yang dari kecil study aliran sains wajib tahu apakah itu placebo? kalau sesiapa yang tak tau apa itu placebo effect, samada dia selalu main sms masa cikgu mengajar atau dia salah masuk kelas masa time kena masuk makmal bio.

Bagi berlaku adil dan mencapai maksud untuk berkongsi ilmu, aku akan terangkan maksud Placebo mengikut kaedah pemahaman aku, tidak perlulah pulak aku nak copy paste maksud placebo dari wikipedia, satu - samada korang takkan baca tulisan 'paste' itu, ataupun kedua - lebih baik korang taip je balik placebo dekat google search ye dak?

Placebo adalah satu kesan penyembuhan yang berlaku kepada pesakit akibat sangat yakin mempercayai samada ubat palsu, pembedahan palsu atau rawatan terapi itu berkesan ke atas mereka wahima ianya tiada kesan perubatan langsung.

"hurmmmmmmphhhhh????????"

"Jangan katakan korang, aku sendiri pun rasa berbelit-belit nak faham apa yang aku terangkan kat atas. Nak simplekan macam ni lah, baca contoh kes di perenggan bawah"

Placebo ni mcm ni, korang sakit kepala migrain yang teruk dan kerap, setiap kali korang sakit kepala migrain tu korang pergi jumpa doktor pakar mintak ubat prescription, setiap kali lepas korang makan ubat tu, 5 minit kemudian sakit kepala korang akan terus baik.

Tetapi pada satu hari, doktor tu sengaja nak test korang, bila korang sakit kepala, korang guling-guling depan dia, tapi kali ni doktor tak bagi ubat prescription yang betul, sebaliknya dia bagi ubat palsu yang diperbuat dari tepung ubi kayu. Ubat ni langsung takde nilai medicine, tapi dia buat seolah-olah sama dengan ubat sah korang, packaging dia, bentuk dia, cap brand semua sama. Bila korang makan ubat palsu tu, 5 minit kemudian sakit kepala migrain korang terus baik macam rawatan yang selalu.

Inilah sebenarnya yang berlaku pada Placebo efek, Ahli sains dah bersepakat bahawa placebo effect berkesan kerana keyakinan korang untuk sembuh, dan mungkin pseudo sains iaitu 'mind over matters' mengambil tempat. atau tubuh korang tertipu dengan penyembuhan oleh otak korang.

Maksud marhaennya : " jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu, engkaulah apa kau fikirkan, terkandung dalam pemikiran, berfikir boleh melakukan, kau boleh... tabah apa kau usahakan, bertindak atas kemampuan berfikir boleh melakukan kau boleh... kau boleh... kau boleh.. kau boleh!!!!"




Dalam kehidupan harian kita sebenarnya banyak kesan placebo yang berlaku tanpa kita sedari, Pernah satu musim di mana ada kes Panadol dipalsukan dalam sekala yang besar, ramai orang tak dapat bezakan antara Panadol betul dengan yang palsu, tapi selalu kita tengok bila orang makan je panadol, lepas 10-20 minit dia akan cakap....

" baru lah lega sikit sakit kepala aku ini"

Sedangkan dia tak tahu panadol tu real ke tak,  cuma dia rasa lega hanya kerana perasaan dan keyakinan dia terhadap ubat berjaya memberitahu tubuh dia bahawa dia sudah OK.


***************************************

Pada musim-musim nak periksa SPM ni, akan berlakulah banyak perbuatan Placebo Effect dengan upacara minum air yassin.

Biarpun budak tu tak sembahyang 5 waktu sehari semalam.

Biarpun mak bapak budak tu turun berjemaah kat masjid hanya setahun sekali iaitu sembahyang raya.

Tapi Air Yassin adalah wajib setiap kali muncul minggu periksa besar. Nak nak musim SPM. Nampaknya air yasin, air penerang hati, air berkat tok imam dan air tahlil ini menjadi satu kaedah last resort kepada pelajar untuk bergantung harap.

Walaupun 2 tahun tak pernah buka buku sejarah pasal isu Malayan Union, walaupun nak selesaikan persamaan kimia ibarat melukis batik canting, walaupun tak dapat bezakan antara karangan surat rasmi dan autobiografi, tapi mereka tetap mempertahankan Air Yasin mereka.

Tak percaya cakap aku? Cuba try kaedah aku ni...

Tanya dekat diorang

" Nabi ada buat ke jampi-jampi air Yasin ni? Nabi ada buat ke bukak air mineral berbotol-botol letak depan jemaah Tahlil nak suruh air tu jadi air penerang hati? siapa yang cakap air ni boleh tukar budak benak jadi scorer SPM 10 A1?

Pasti diorang akan jawab..

" Kau mulut jangan kurang ajar sangat, walaupun nabi tak pernah buat, tapi dosa ke kalau aku nak buat? salah ke kalau nak buat? yang kau sakit hati sangat kenapa?

Ataupun dia akan sindir balik dengan jawapan macam ni..

" Nabi zaman dulu naik Unta je, mana ada naik kereta, kalau semua benda tak boleh buat, kau jangan naik kereta la, kau naik je Unta"

Atau lebih kasar dia akan jawab macam ni...

" Kau wahabi! kau sesat! kau masuk neraka!"

Tapi jangan terkejut, kalau ada orang-orang terpelajar yang akan jawab penuh lunak dan berbudi bahasa seperti ini....

" Air penerang hati ni bukan satu usaha nak ubah pelajar jadi pandai terus tanpa baca buku, air penerang hati yasin ni tujuan dia nak bukakkan hati dan terangkan akal supaya dapat belajar dengan lebih istiqamah dan jadi lebih fokus masa belajar"

Tapi walau macammana pun jawapan yang diberikan, ramai orang terutamanya ahli koservatif yang cuba mempertahankan ritual rekaan ini, walaupun dulu aku salah seorang jemaah yang bersungguh-sungguh mempertahankan ritual rekaan ini, namun semakin dewasa dan semakin minda aku terbuka, aku mula menjawab diri aku sendiri tanpa perlu bertikam lidah dengan sesiapa....

" Anak cina tu, tak pernah minum air yasin, tak pernah minum air tahlil penerang hati, siap makan babi lagi, tapi boleh pulak score 10 A1s straight"

" Bangsa Yahudi semua pandai-pandai sebab belajar sungguh-sungguh, takde pulak dia pergi mintak air yasin"

" Orang eropah dah lama maju dan menjadi moden pada zaman dulu, dah beribu tahun dia keluar dari zaman gelap gereja papal's regime, orang eropah jadi maju pada era renaissance dengan mencontohi Umat Islam pada zaman keagungan kota ilmu baghdad dan andalusia, tapi kita umat islam zaman sekarang pula yang menolak kerasionalan hanya kerana nilai sentimental air yasin tu"

***********************************

Above of all, aku bukan buka doktrin baru, aku bukan nak ajar korang semua ni pasal ajaran sesat, cuma aku menzahirkan persoalan korang sendiri yang ada dalam benak hati selama ini.

Majoriti pembaca blog Rasa Hati menggemari penulisan di sini kerana entry-entry yang menyentuh perasaan dan persoalan gelap yang jauh paaaaaling dalam di benak sanubari anda semua, tapi anda was-was nak kemukakan soalan sebab bimbang ia akan berselisih pendapat.

Dan kini aku memilih untuk menjadi wakil kepada korang semua untuk bertanya kembali kepada diri kita sendiri.

Sampai bila kita mahu bergantung harap pada Air Yasin sebagai Placebo Effect kita?

Sampai bila kita mahu jadi takut untuk menghadapi peperiksaan seperti manusia normal yang lain?

Sampai bila kita mahu menyedapkan hati bahawa kita akan hafal Jadual kimia hanya dengan minum air yasin?

Sampai bila kita mahu angguk-angguk di depan so-colled Ustaz yang menjual air yasin pada harga dua ringgit sebotol dengan menggunakan tiket agama untuk mencari keuntungan dan dibelakangnya kita muncung bibir pula?

Sampai bila kita mahu terus membohongi jiwa kita dan anak-anak bahawa "jangan bimbang dengan SPM, selagi air Yasin ada maka hati kau akan terang?"

Sampai bila kita mahu jadi hipokrit, depan jamaah tahlil kita senyum-senyum dan peluk air yasin itu, tapi bila dalam kereta nak balik rumah, kita sendiri ckp dalam hati kita.. 

" alah si Zul tu, baca bukunya malas,  homework addmath malas nak buat, aku bawak balik air Yasin 10 gelen pun belum tentu nak terang hati dia"


****************************

For your childrens' future sake, tinggalkan placebo effect korang, angkat buku teks tebal itu dan mulalah membaca. Tinggalkan FB tu, dan mulalah membuat latih tubi matematik moden. Jika anak bangsa lain boleh score straight As walaupun mereka makan pork chop, sudah tentulah kita anak-anak islam boleh lebih berjaya dengan Rahmat Tuhan di samping kita.

Kalau malas baca buku, malas belajar, kau siram air yasin 7 telaga sakti, dari 7 benua alam, dari 7 lautan dan 7 embun malam pun takkan berjaya membuatkan kau hafal jadual kimia dan formula inersia.

********************

" Awie, mak sakit kepala betul la awie oi, kamu ada penedol tak?"

" Mak sakit kepala ke mak? nah amik makan Panadol awie ni.. makan dua bijik, pastu minum air masak ni ye mak"

" gluppp..gluppp ahhhhhhhhh"

" dah telan dah mak?"

" Udoh, uuuuuuhaiii baru lah hilang sakit kepala aku ni awie"

" ai mak.. beragak la sikit mak, ubat tu belum lepas anak tekak mak lagi, takkan terus baik kot"

" iyeee betul awie woooi, udoh ilang sakit kepala aku ni wie oi"

" Placebo la tu ikar kan?"


Tafsir sendiri, semua ada akal, semua belajar agama, takkan semua nak feed. common sense.

LINK berguna untuk (wajib untuk pencerahan) Baca : http://bin-sahak.blogspot.com/2008/08/air-yasin-untuk-lulus-periksa.html


p/s I Wahyu pertama kepada Nabi Adalah Iqra' iaitu bacalah, Nabi belajar dengan Malaikat Jibrail sampai hafal, bukan Nabi mintak Air Jampi.


p/s II Placebo Effect dianggap berjaya dan berguna hanya apabila rawatan palsu itu berjaya menyembuhkan penyakit seperti rawatan sebenar, jikalau minum air yasin masih bebal tahap rumput karpet, itu bukan placebo effect, itu namanya 'BanyakCengkadakBelajarMalasMinumAirYasinTerusNakdapatJawabAddmath Effect'

November 10, 2011

Rahsia itu Kekal Bersamaku

Assalamualaikum...

Orang kata ibu ini tau selok belok perangai anak-anak dia, bak bidalan dulu-dulu..

"sekilas ikan di air, aku dah tau jantan betinanya"

Masakan tak tau perangai anak sendiri, dari anak dalam perut, sampai anak lahir, dari baby yang taktau cakap nak sampaikan maksud hati, mak boleh baca kehendak anak-anaknya. Itu dinamakan naluri Ibu, dan naluri ibu jarang tersilap, cuma kadang-kadang tersasar, tersasar pun sasar-sasar manja saja.

Aku lepak dekat kedai Cili Padi, nak makan nasik. Maklumlah hari raya Haji pertama adalah hari raya kebesaran kaum mamak. Semua restoren mamak tutup dekat Shah Alam, Restoren melayu pun apatah lagi. Tengah aku makan nasik goreng ayam kunyit aku tengok ada baby sorang depan meja aku, comel sangat.

Baby tu asyik meragam nak itu nak ini, tapi tak tau cakap, tapi mak dia tau je apa yang anak dia nak.

" Anif, anif nak air ye? anif haus? alololololo"

Dah minum, Anif rilek, 5 minit kemudian anif gigit kemam-kemam meja, dia nak bagitau sesuatu, rupanya dia lapar, Mak dia cepat-cepat suap Anif dengan peach in a bottle untuk Anif. Akhirnya Anif kenyang tanpa perlu suarakan isi hati dia, bagi signal je.

Dari sini aku hadam dalam-dalam, oh patutlah dulu mak aku selalu sound aku..

" kamu jangan nak menipu mama, mama tau kalau anak-anak mama menipu tau tak?"

" ala, betul lah mama, ikar mana ada main dalam lombong tu, ikar celup-celup kaki je"

" MOHONG!"

************************

Dari kecil, Mak aku ni over-protective sikit kat anak-anak dia, sangat berdisplin, walaupun mak aku tegas tapi tak terbuat jugak dia dengan aku dan abang, nama pun anak jantan, kalau tak lasak nanti besar aku pakai spende pink ropol-ropol siapa nak jawab?

Untuk mengekalkan status quo kenakalan itu, perlulah wajib ada pembohongan. Selalunya pembohongan ini akan gagal dengan jayanya. Bila mak aku keluar kata-kata keramat seperti...

" Ikar, kamu pergi mintak makan rumah Nenek Timah ye?"

" mana ada mama, kan mama dah pesan jangan mintak makan rumah orang"

" kamu jangan nak bohong, Lillahi Taala kamu tak buat?"

" sumpah.. tapi tak Lillah la, Ustazah cakap tak baik main lillah lillah, nanti makan sumpah"

" kalau kamu tak bohong, kalau kamu jujur buat apa kamu nak takut kena makan sumpah?"

" errrr.. errrr... errr...."

" kamu jangan nak err...errr, dah lah makan kat rumah orang, menipu pulak tu lagi, jaga kamu, aku besit kamu kang!"

" sebenarnya mama, Ikar memang makan rumah Nek Timah, tapi bukan ikar mengendeng, Nenek Timah yang pelawa, ayam masa merah tu maaaaaa.. seeeedaaaapp, tapi tak sesedap macam mama masak la, mama masak lagi sedap, takde sape boleh celen ah"

" banyak la kamu, dah buat salah, nak jek jek aku pulak, pegi mandi!"

******************

Dalam menjayakan Kem displin terhadap aku dan adik beradik, mama ada beberapa pantang besar, pantang kecik jangan cakap la, ada banyak. Tapi pantang-pantang besar ni jangan sesekali kamu buat, jika kamu buat kamu menempah bencana. Antara pantang-pantang itu adalah....

1. Jangan mandi sungai, empangan, tasik, lombong dan sebagainya tanpa ada mak bapak atau cikgu

2. Jangan keluar dari kampung, jangan merayap sampai main road

3. Jangan mintak makan rumah orang

4. Jangan main luar sampai lebih dari maghrib

5. Jangan ambil barang orang.

Tapi walaupun sebegitu ketat peraturan ini dibuat, aku pernah beberapa kali melanggar peraturan kecil pihak berkuasa tempatan hal-hal rumahtangga klausa 3 kurungan (b) aturan-aturan mak Ikar ini.

Dan rahsia perlanggaran peraturan ini masih kekal sampai kini. Namun mengapa aku boleh sebegitu berani mencabar peraturan itu?

Tidak lain tidak bukan, semuanya adalah kerana cabaran dari rakan-rakan sebaya...

"wei wei Zul, jom gi mandi Ulu Yam jom!"

" errr.. errr... mandi Ulu Yam? jauh tu, tak boleh lah, mak aku tak bagi gi mandi sungai, dia takut ada orang lemas nanti"

" Ni bukan sungai atas tu, ni tempat special, anak sungai bawah empangan, cetek je. Takdenya orang lemas Zul"

" ishh tak boleh lah wei, satu tu mak aku tak bagi mandi sungai, kedua tempat tu jauh, dah keluar dari kampung ni, mak aku marah lah, nanti tau dia mati aku kena belasah"

" hek eleh, kalau kau tak bagitau, takkan mak kau nak tau"

" Tak baik menipu mak wei, berdosa, masuk neraka"

" Zul penakut, Zul penakut, Zul penakut, pengecut..pengecut...anak mak, anak mak, wek wek penakut"

" Mana ada takut, okey, ko nak sangat aku pergi kan, jom.. kita tengok sape boleh terjun pusing!"

" haaa macam tu lah baru geng"

Korang tengok betapa halusnya hasutan syaitan yang direjam, tak dapat bisik kat telinga, dia hasut pakai cabaran rakan sebaya.

Dipendekkan cerita, aku pun kayuh basikal pergi mandi dekat kaki empangan Ulu Yam, tempat tu memang jauh tersorok dalam hutan, bahaya nak mati sebab sungai tu adalah tempat laluan air empangan Ulu Yam dilepaskan bila dah banyak sangat, bagi mengurangkan tekanan pada empangan.

Bila Air nak dilepaskan, akan ada satu alarm sound yang sangat kuat, macam bunyi tiupan sangkakala, Ya ampun kuat betul aku menambah cerita. Sebenarnya bunyi dia macam bunyi Hon lori yang sangat kuat dan bergema.

Tengah sedap-sedap mandi, sekali bunyi hon bergema, kelam kabut kami semua lari naik atas tebing sungai, sebab kalau air tu melimpah, kedalaman boleh jadi 2-3 kali ganda dari biasa. Bila je aku tengok air tu naik dalam sampai hapus. Ditambah pulak seram tengok air tu datang menerpa mendadak, aku mula naik risau..

Aku mula berimaginasi sumpahan mak tanggang,

Aku mula berimaginasi cerita batu belah batu bertangkup, 
"makanlah aku, telanlah aku, aku kempunan telur tembakul"

Aku mula teringat kisah mastika pasal anak kena sumpah jadi babi...

Aku mula teringat cerita cinderalla, selepas 12 malam kereta kudanya bertukar menjadi labu.

Aku taknak basikal aku bertukar jadi labu dan aku jadi ikan tembakul, ini tak boleh jadi. Aku pun buat pendirian sendiri, aku cakap kat kawan-kawan aku nak balik, dan tak peduli kalau diorang nak terus mandi, nasib baiklah ada 2 orang kawan setia aku yang follow aku balik, takdelah aku rasa jadi loser sangat balik sorang-sorang.

*******************************

Sebelum balik rumah tu, aku jenuh jemur diri aku tengah panas matahari, nak bagi kering rambut ngan baju seluar semua, tapi haram nak kering, aku dah mula rasa macam nak kena heat stroke. Bila aku tengok baju aku semua ada kesan tanah-tanah sungai, terus aku dah rasa dalam hati yang ni mesti kantoi bila balik nanti.

Jadi sebelum menghadap sesi soal jawab, lebih baik aku buat teknik penyamaran dan reka alasan. Jenuh aku fikir alasan apa aku nak bagi tapi tak jumpa, Tapi bila lalu kawasan tanah lapang, aku nampak budak-budak main bola dalam kawasan becak.

" hah, ni idea baik ni"

Aku pun kayuh basikal laju-laju pergi Padang Cangi, padang yang paling famous budak kampung main bola petang-petang.

Aku pun pinjam bola kawan aku, pastu aku ajak dorang main bola bertiga, pastu aku sepak bola tu sekali dua, kemudian aku rebahkan diri diving dalam lopak tanah merah depan tiang gol, lopak becak tanah merah yang sangat familiar kat area sepakan penalti sebab semua orang kalau main bola selalu berbolok-bolok kat situ.

Bila dah puas aku bergelumang dalam lopak tanah merah tu sambil peluk bola, aku tak ubah macam Badak Sumatera yang berkelubang dalam becak. Aku dah yakin bahawa kesan lopak tanah merah itu berjaya menutupi kesan-kesan tanah sungai. Jadi kini hanya tinggal pertarungan mental dengan mak aku je...

" Assalamualaikum... mamaa.. Ikar dah balik ni maaaa"

" Waalaikumsalam, lambat balik? selalu hari ko-ko sabtu pukul 11, 12 dah balik, ni dah pukul 3 baru balik?"

" lepas ko-ko tadi Ikar gi main bola ngan kawan la ma"

" Ni apsal basah kuyup ni? rambut, baju, seluar semua basah lenjun, Kamu pergi mandi sungai ye?"

" Eh ape pulak mandi sungainye, ni ikar gi main bola tadi mama, malam semalam kan hujan lebat, padang becak, kami main bola dalam becak, ni yang basah ni"

" ye ke kamu niiiiiiiiiiiiii?????" 
( bayangkan muka mak aku tu mata renik dan kerut-kerut hidung, gaya muka percaya tak percaya je)

" beeeeeeetul mama"

" Sumpah kamu main bola tadi????????"

" betul mama, ika main bola tadi"

" kalau betul, sumpah lah, jangan nak ngelak pulak"

" Iye mama, SUMPAH ikar tadi main bola dengan kawan-kawan SEBELUM balik rumah tadi"

" kalau betul main bola, udahlah. Tak payah lah beriya sangat nak sumpah-sumpah"

" Pulak dah.. tadi beriya suruh orang sumpah"

" du du du du..malam ini kasih teringat daku padamu..seakan kau hadir di sisi menemanikuu...na na na " 

terus mak aku berlalu pergi ke dapur, rilek je, sambil humming lagu Hetty Koes Endang bertajuk Kasih, senang hati dia umpama tiada lagi hari esok.

Jadi aku pun selamat dari dibelasah oleh Mama, dan aku juga selamat dari mendengar leteran bak Dj Time Highway Radio. Mak aku kalau dapat berleter setakat 2, 3 jam tu takde hal lah, Macam takde je.

Dan rahsia aku pergi mandi sungai kat Ulu Yam pada Tahun 1995 tu masih kekal bersama aku hingga kini.

****************************

" Tapi Zulfikar, kenapa kau ambil Foodservice Management dan jadi Pengurus Pemasaran, kan ada baiknya kau belajar Law, jadi Lawyer"

" malas nak baca dan hafal buku tebal-tebal... ehhh entah-entah ni sumpahan mandi sungai kot, huwaaaaa tak dapat jadi lawyer!"


Empangan Ulu Yam, antara empangan yang paling dekat dengan KL, Dulu kalau panas atau air terputus, bapak aku bawak kami semua mandi sungai Ulu Yam, separuh bandar, separuh kampung, ideal betul lah...


Moral of the story? Kalau dah betul jujur, tak salah buat apa takut nak sumpah ye dak? sumpah je lah.

"Lillahi Taala saya tak tidur dengan Pelacur China" Terus Ceased Fire. Sonang bai tu.


P/s "Awak ingat awak dah hidup lebih lama dari saya selama 40 tahun membuatkan awak lebih betul dari saya? tidak semestinya, mungkin awak telah hidup lebih lama dalam kesilapan dari saya yang hidup sebentar dalam kebenaran"

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...