Sebelum kita berhempas pulas berhujah secara retorik, mari kita faham dulu apakah matlamat forum dan Event Seksualiti Merdeka.
Seksualiti Merdeka adalah forum, bengkel, event, acara, perjumpaan yang di adakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang sikap keterbukaan dan keadilan dalam menilai dan menerima semua jenis manusia dengan apa saja jenis seks preferences mereka. Samada........
1) Heteroseksual - seks normal iaitu antara Lelaki dan perempuan atau dalam bahasa urbannya dipanggil Straight/Lurus.
2) Homoseksual - seks tidak normal iaitu hubungan kelamin antara pasangan yang sama jantina iaitu lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan contohnya GayBoy, Lesbian, Pengkid, Maknyah, Pondan, Drag Queen Malam Rabu, transgender, tomboy, Toyboy, lesbian-gay, mak keliru nok, arbok, ah penat taip mak tak larat patah kuku mak pedicure tadi, dan lain-lain.
3) Biseksual - seks tidak normal iaitu jantina yang boleh mengadakan hubungan kelamin samada sesama jantina atau berlawanan jantina, serentak atau switch on-off. semua boleh hentam, seks lelaki dengan lelaki pun boleh, seks dengan perempuan pun ada selera. Janji Seks.
Ini adalah pengkelasan seksual orientation asas, dan bagi aku sesiapa yang pandai klik mouse dan pandai bukak google, confirm 100% tau akan hal ini, dan usaha aku menulis kembali takrifan di atas menjadi sia-sia atau retorik semata-mata.
************************************
Jadi sebagai sembang-sembang blog, eloklah aku tidak luaskan lagi penulisan sampai ke tahap KinkyStuff, Fetish, Femdom, weird stuff dan benda-benda pelik dalam sex yang dapat menimbulkan ghairah kepada manusia. Kelak kalau aku menulis pasal ni, tumpuan korang akan terpesong ke fantasi seks yang lainnya dan terus taknak baca tulisan yang sedia terkenal panjang berjela-jela.
" Jadi Zulfikar, benda tentang seksual yang kau terangkan di atas sudah biasa dan semua orang sudah maklum akannya, so di manakah yang menjadi isunya?"
" Silapnya adalah semata-mata kerana kaedah dan matlamat, matlamat yang ingin dikecapi itu tidak bersesuaian dengan iklim budaya Malaysia, Agama Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Zoroastrian, Sikh dan lain-lain lagi, dan aku tidaklah tahu kalau Atheist menerima konsep Homoseksual dan kebebasan seksual pula"
Untuk meringkaskan pemahaman korang, mari kita melihat Q&A session di bawah.
1) Apakah timbul ketidakadilan terhadap individu yang mempunyai kelainan minat dalam seksualiti ini Zulfikar?
- "Bahasa kau bahasa buku la John, cuba pasarkan sikit soalan kau bagi orang faham"
" maksud aku, adakah Gayboy dan pengkid tak dapat masuk Universiti, tak dapat bukak akaun bank, tak dapat kerja, tak dapat amik daging korban, tak dapat masuk salon rambut, tak dapat guna toilet awam dan tak boleh jadi ketua pembangkang di Malaysia ini?"
Umumnya di Malaysia, tidak timbul langsung masalah ini, masa aku dekat UiTM Shah Alam dulu, berapa ramai kawan-kawan aku yang Gay dapat study, dapat kolej dan boleh bergaul mesra dengan kami masa makan dekat dining hall, malah diorang jugak ada yang menjadi wakil fakulti dalam acara seni, perbahasan, sukan dan macam-macam lagi.
Masa aku berkecimpung dalam dunia kerjaya, berapa ramai pulak kawan-kawan aku yang gay dan lesbian aku jumpa. Mereka kerja dan mempunyai hak yang sama dalam bidang kerja dan urusan rasmi samada hak buruh atau hak-hak pekerja swasta sama macam insan normal yang bernafsu normal.
Pada satu masa dulu, aku pernah duduk sebilik dua orang dengan kawan aku yang GAY, dan kami berbincang sama-sama masa study, pergi kelas sama-sama, pergi clubbing dan lepak makan nasik lemak kampung Baru pun sama-sama. tiada menjadi masalah pun.
Bagi aku, kesongsangan selera seks dia terhadap sesama lelaki tidak menjadi kayu pengukur untuk aku menilai dia sebagai seorang insan, Dan bukan hanya aku seorang, keseluruhan kawan-kawan aku masa Universiti dan alam pekerjaan tidak pernah discrimanate mereka.
2) Tapi kenapa kawan aku Sally yang pondan tu selalu kena cemuh dan diejek-ejek oleh kawan dan masyarakat?
- Memanglah kena cemuh, sebab dia berlagak diluar norma, lelaki pakailah baju lelaki, dia pergi pakai Tube dengan Gurdel, pakai skirt dengan panties, pastu pakai wigs blonde pergi kuliah subjek pendidikan Islam. Camonlah beb, jadilah rasional, kalau kau nak mengiklankan kau punya seksual orientation sekalipun tak payahlah semangat sangat, be a profesional, kau nak masyarakat judge kau secara adil, jadi kau perlulah adil kepada masyarakat, jangan seksa batin orang lain. geli tau tak, geli.
teruk-teruk dia nak beronani sambil tengok gambar Gerard Buttler sekalipun buat la sorok-sorok, takde sapa nak heran aih, tapi dia dah berlaku diluar kebiasaan, sudah menjadi lumrah satu-satu spesis makhluk jika satu individu pelik maka mereka akan di cemuh dan dipandang asing.
" jadi betul lah, inilah yang merdeka seksualiti nak perjuangkan, tak salah la kan?"
- Salah lah, cuba contohnya mak kau baru balik haji, Jadi nama mak kau dah berubah menjadi Hajjah Umi Kalthum, sekali mak kau pergi shuffle depan orang ramai dekat kenduri kahwin, siap pakai kasut Supra lagi, tak ke pelik tu? mesti lah orang cemuh mak kau. sebab mak kau pelik, tak berkelakuan seperti yang sepatutnya.
- Cuba kalau bapak kau pergi kerja pakai kemeja oxford, kasut bertali dan seluar slack ada line sterika, smart!
balik-balik dia buang tebiat keluar dari kereta pakai baju kelawar dengan bra bubuh Tisu Cup B, pastu pakai High heel merah, tak ke pelik dan di luar norma tu? kau pun akan cemuh bapak kau kan?
kalau dia nak sorok-sorok pakai baju kelawar dalam bilik dia yang berkunci, sambil menari lagu hindustan dengan mak kau yang pakai baju Tarzan siapa pulak yang nak tau? siapa pulak yang nak cemuh. simpel John...simpel... common sense.
3) " Habis, kalau macam tu apa yang Ambiga and The gang (penganjur) ni nak capai dalam Seksualiti Merdeka ini Zulfikar?"
Secara tersiratnya, organizer dan Ambiga mahu berkempen untuk memberi kesedaran kepada Masyarakat supaya dapat menghalalkan seks songsang ini. Mereka mahu orang tidak prejudis kepada GayBoy dan Lesbian.
Bagi aku, bila masa pulak kami nak prejudis terhadap selera benda dalam seluar mereka, takde Koje weh, lantak korang la nak beromen lelaki dengan lelaki dalam bilik yang berkunci, takde sapa yang nak pergi mengintip dan kemudian rejam kamu pada masa itu.
Lagipun Allah dan Rasul melarang Tajassus, iaitu mengintip keaiban orang dan kemudian mendakwa manusia yang menyorokkan dosa individu mereka sendiri. Melainkan pelaku melakukan dosa terang-terangan dan masyarakat maklum akan itu - (baca kes sally, Hajjah Khaltum dan Bapak di perenggan atas)
Yang menjadi masalah kepada Masyarakat Malaysia, samada pihak Kerajaan, Dato' Seri Najib, Nik Aziz, Pemuda UMNO, Pemuda PAS, Perkasa dan NGO Islam ialah kamu mahu mengiklankan dosa kamu! kamu mahu ada satu standard di mana kamu tidak malu menyatakan kecenderungan seks kamu kepada umum dan kemudian kamu mahu masyarakat menerimanya sebagai OK...
Seolah-olah kamu seperti mahu orang pergi melanggan pelacur pada malam Jumaat dan kemudian terkantoi lepas tu tak rasa malu dan mengharap isteri, bos, lecturer, jiran, keluarga dapat menerima kebejatan yang berlaku itu.
" Saodah..ooo Saodah oi, semalam aku nampak Azmin laki kamu tu pergi toron si Anuar Jemali kat belakang kandang kambing Lebai Sungkip... Saodah Oi...itu perbuatan laknat Saodah oiii"
" Ish, Kita ni kan masyarakat Demokrasi, kita kan dah angkat Ambiga Jadi Khalifah kita, Ambiga cakap kecenderungan seksual adalah hak kebebasan Individu, jadi kita perlu bersikap terbuka Azizah, biarlah Azizah , itu hak dia untuk seks gay ke straight ke, janji dia tidak melanggar perlembagaan negara dan ganggu ketenteraman awam sudah"
Bayangkan, adakah perkara begini yang kita mahu berlaku, adakah ultimate matlamat begini yang perlu kita pupuk dan semai dalam Masyarakat demokrasi Malaysia? kita ni nak bertunjangkan demokrasi ke atau dokrin Agama? atau paling kurang RASIONALISMA.
"Tulaaahh, dulu masa Bersih 2.0 lagi aku dah nasihat kamu semua jangan angkat Ambiga sebagai pemimpin kamu, sekarang ambiga sudah mencalitkan lumpur pada badannya, dan habis lumpur itu semua terpalit pada kamu yang mengagungkan idealisme, pimpinannya dan perjuangannya. Orang yang berkempen untuk kebebasan murtad sama sekali tidak boleh dipercayai"
4) Tapi Zulfikar, kau ni Prejudis la, Subjudis, kau mana boleh pukul rata salahkan Ambiga, kita sokong dia masa perjuangan Bersih 2.0 tapi kita melaknat usaha dia untuk kempen Merdeka seksualiti ni!
- Kau pernah dengar pepatah cina tak?
"Kepala ikan yang busuk akan membuatkan seluruh ikan menjadi busuk!"Memang aku selama ini berkempen supaya jangan prejudis dan pukul rata, tapi itu terpakai untuk orang awam, rakyat Marhaen, orang kebanyakan, yang mana ideanya tidak akan mempengaruhi sejumlah besar Masyakat. Orang awam tidak akan dijadikan teladan dan ikutan, apa yang mereka cakap tidak akan menjadi Iklan kepada manusia lain untuk menilai keseluruhan Masyakat bawahan.
Sebaliknya, dalam memilih pemimpin, kita mestilah memilih pemimpin yang mempunyai paling sedikit Mudarat dan paling banyak Kebaikan (Fiqh al-awlawiyat) Jika sudah terang-terang Ambiga menyokong IFC dan Murtad, buat apa kamu pergi ikut bontot dia lagi masa berarak untuk Bersih 2.0
Sekarang dia sudah terang-terang menyatakan pendirian terhadap Kebebasan Seksualiti, dan berkempen untuk masyarakat menerima secara holistik dan ekualiti terhadap Gay, Bisex dan Lesbian, barulah kamu semua terkedu dan merasa malu. Masih lagi Ambiga menjadi Hero kamu?
Betullah seperti sangkaan aku, bahawa cara nak bagi faham masyarakat tentang isu politik adalah dengan Isu seks, berbuih aku berhujah macam socrates dan ilmu mantik, jenuh dah nasihat jangan fitnah, jenuh dah nasihat pasal IFC dan Murtad, tapi kamu semua hanya tersedar setelah Ambiga and the gang mula bicara isu seks.
5) "Aku sedikit was-was la Zulfikar, kerap kali penulisan kau berbaur kebencian kepada pembangkang dan Ambiga, aku syak kau ni sengaja memfitnah, provok, mengapi-apikan isu ni, aku rasa Seksualiti Merdeka takde lah teruk sangat kot. kau tu yang hyperbola... kau Blogger upahan Kerajaan ye?"
Aku takda untung satu sen pun kalau aku nak berkempen pilihanraya, aku bukan ahli parti mana-mana, nama penuh aku ada tu kat tepi, pergi cek dekat kaunter UMNO, PAS, PERKASA atau sesiapa saja. Ini cakap jujurlah, nama Blog pun Rasa Hati. Nak baca politik pergi Papa gomo, parpu kari, ameno world, milo suam. Blog aku cerita kisah rakyat marhaen.
Aku tau hati korang jauh dalam benak tu pun rasa sama macam aku, cuma korang malu nak mengaku sebab korang dulu menari rumba masa sokong Ambiga kan?
Aku akan copy-paste apakah Stand dan Matlamat Seksualiti Merdeka di bawah ini, baca, faham dan telan, telanlah kebenaran walaupun ianya pahit....please be matured, jangan jadi bengap.
Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
Contact us
seksualitimerdeka@gmail.com
Facebook Seksualiti Merdeka
Bukan aku yang cakap, mereka yang cakap |
********************************
Telah banyak kekecohan dan kekeliruan dilakukan oleh Ambiga and associates, tak kiralah parti apa pun, Nama gah macam mana pun, Tok Guru ke, Manusia Anugerah Tuhan ke, So-Called jelmaan Khalifah Umar Abdul aziz ke, Menteri ke, timbalan menteri ke, Presiden Parti ada perempuan simpanan ke, Big Mama ke, sapa lah jugak, tak kiralah sapa, termasuk diri aku sendiri.
Manusia Terdedah dengan dosa dan kesilapan. Cuma kalau dah terang-terang sedar buat silap dan sokong benda yang silap, segeralah Istighfar dan mohon Ampun pada Tuhan.
Kalau kamu degil lagi, dan ajak aku berdebat secara retorik, kamu tiadalah beza dengan mereka yang kamu Gelar Assobiyah!
****************************
*****
cegah sebelum parah...
ReplyDeleteAzat : Masyarakat perlu diajar cara membezakan antara fitrah dan fiksyen
ReplyDeletebahaya ni..
ReplyDeletelepas ni mesti naik isu kawen sesama jenis plak..
Terbaek bro entri ni, padu dan padat, ilmu tu yg utama, bile ade kemungkarankita mmg kn cegah, mcm hadis bg tau, bl kite nmpk kemungkaran, cegahlah dgn anggota, jika tidak cegah dgn lidah, dan jika x mampu juga bencilah dgn hati, itulah selemah- lemah iman
ReplyDeletehahaha.. puas aty aku bace entry ko ni pikar..
ReplyDeletepening pale aku nak pk care nak bidas bebudak yg dok bantai org yg benci kat geng2 seksualiti mdeka tuh..
yang Murtad sibuk tuntut
kebebasan beragama
yang songsang sibuk tuntut
kebebasan seksualiti
lepas ni yang penyamun perogol penjenayah sibuk tuntut hak kebebasan bekerjaya pulak ye!
dulu aku pernah terbukak belog group ni..ingatkan dah senyap..rupanya siap buat event tu..nak mampos ke hape..
ReplyDeleteinilah yang dikatakan manusia bertuhankan nafsu..
haishh..aku tak faham betul la dengan kebanyakan manusia sekarang ni..banyak beno yg gile..(-_-")
p/s i :: part dialog saodah tu terasa macam akak aku panggil aku je..nama glemer aku kat rumah woi..haha..
p/s ii :: betul manusia ni sentiasa terdedah dengan dosa dan kesilapan..bile dah tersedar tu silalah bertaubat..jangan nak melatah lepas tu nak tutup kesilapan yg dah dibuat dengan menghentam pulak orang yg menasihatkan..ye dak?
p/s iii :: kelas kau noks! dialog last tu nak terburai aku gelak..ahaha..
damak,mmg terbaikk entry ni!i liikeee.... ~tunz
ReplyDeleteartikel yang sangat sangat sangat bagus. zulfikar memangtidak mengecewakan dalam penyediaan artikel yang berkualiti dari segi isi dalam penulisan! thumbs up!
ReplyDeleteDari semalam lagi sy cari penyokong ambiga bei.hahaha.
ReplyDeletehah terus diam bila ken amacam nei,time bersih dulu bukan kemain lagi duk pakat sokong dia.kahkahkah.
'nin kau xleh samakan perjuangan bersih dgn perjuang ambiga sekarang.'
'woit kalau dah dari dulu lagi berjuang bnda yang karut sampai bebila mcm tue.tak payah nak start buat ayt cover lah'
p/s : terbaik awak.claps*
bestlah entri ni, isi yang padat dan hujah yang hebat!
ReplyDeletebila ada perkara macam ni nampak sangat manusia sekarang lebih jahil dari manusia zaman jahiliah dulu!
yang terang2 dah haram dan berdosa pun nak dipertahankan lagi..
manusia makin alpa!
aku sokoong nin hahahah
ReplyDeleteharap tak muncul lagi video 'saya gay saya ok' kat youtube. Bak kata pak menteri semalam (menteri apa lupa lak aku. tgk kat buletin utama) semua perbuatan pun ada batasan..
ReplyDeletemerdeka tak semestinya membebaskan kita buat apa saja walau sampai melawan fitrah.. ye tak??
terbaekkk la entri ni...sokong 200%...yang salah tu jugak la dorang nak perjuangkan...apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni...
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteheh. betul2 makin ketinggalan isu semasa aku ni. dem dem.
ReplyDeletemissenget : for sure!
ReplyDeleteChegu : kalau taknak cegah, tak guna hidup ada pegangan agama kan cikgu?
along usop : kalau kawan ko tu islam tapi still sokong seksualiti merdeka..diorg adalah asoobiyah
cik sha : ooooo nama ko saodah eyh? ala diorang dah sedar tapi malu nak ngaku sebab dulu sokong ambiga kannnn
Tunz : tenkiu Tunz...
FiFiey : terima kasih banyak secara ikhlasnya fifiey..
Nin Ahmad : saya pun tunggu jugak puak ambiga ni, tapi nampak gayanya diorg bacul kot...
Mas Saari : manusia makin gila kuasa...bila gila...matlamat akan halalkan cara...
ARC : Nin nanti jadi politician blah kelantan.. haha
lekat lekit : kita pun ramai kawan pondan kan? siapa nak discriminate, tapi takyah lah sampai nak halalkan..
Bintang Hati : nak jadi kelam kabut.. semua sebab demokrasi sangat ni
Akim : tq
Haikal : kau pergi mana ni? lama sangat senyap? bz study ke takde line?
mmg betul zulfikar, zaman duk u dulupun mmg ramai member2 yg bernafsu di luar normal ni. tp xpernah sape pun yg nak diskriminasikan diaorg.
ReplyDeletepernahlah sekali salah seorg dari mereka nih meluahkan perasaan minat kat sorg member yg merupakan lelaki lurus. tp selepas lelaki lurus ni cakap, dia tidak berminat ke arah tu, diaorg masih boleh berkawan baik, pegi kuliah sama2 n duk dalam satu group discussion tanpa sebarang masaalah.
so, apakah sebenarnya yg dikejar dek Ambiga and the geng nih? apa motif diaorg sebenarnya?
keterbukaan yg mcmana lagi yg diaorg nak?
secara jujurnya, bg saya dan jawapan yg sering saya berikan pd kwn2 saya yg termasuk dlm golongan menyimpang ni, sebg umat islam, mmg saya tidak meredhai perbuatan mereka sebab bercanggah dari syariat islam. tp tak pernah terlintas di hati saya utk diskriminasikan mereka n saya juga sentiasa doakan perubahan positif pada diri mereka....
Holla orang mersing... Salam Aidil Adha
ReplyDeletesabrina : aku jangkakan diorng nak rakyat terima umum.. pastu terima kalau diorg nak pakai baju pondan mcm thailand.. dan kawen gay mcm USA...
ReplyDeleteChegu : holla.. org mersing gak ke?
fuh, curlas kau bhai. berdarah mata aku bace. haha. papepon, yang haram tetap haram. aku penah baca blog gay. geli kot. geli geli geli
ReplyDeleteisk.jika kita yang mengulangi kisah seperti kaum nabi lut yang diterbalikkan d laut mati, menyesal time tu pun xda guna. nauzubillah.
ReplyDeletenk *clap jg entri org mersing ni, kompem eh bukan bloger upahan krjaan? hahha. gurau jer.
ReplyDeleteibu igt lagi ms si ambiga ni kuar doktrin bersih 2.0 dia tu. .bdegar2 status fb. yg si isteri siap doakan suami slmt bjuang kat demo. .ibu bc panasss jer.. mana idaknyer, yg tunjuk prsaan udah balik umah lepak2 tgk tv goyang kaki. . suami ibu kena jaga aman smpai kul4pg esok bru smp umah gara2 mangkuk2 sekalian.
xsmpai stahun, ambiga kuar dgn isu bru plak 'merdeka seksualiti' katenyer. terdiam ko jenab.tampar laju2 muke sendiri!!
ambigay !aku benci dia! tu la ramai sangat yg support dari belakng tu jadinya!
ReplyDeletejangan pulak nnti hg post pasal ada laki lamar hg kawen pulak sedahh
nice bro!
ReplyDelete