November 25, 2011

Fanatik Politik

Assalamualaikum...

" Zulfikar, aku dah lama nak tanya kat kau lah, apa pandangan kau terhadap manusia yang fanatik politik ni, dan macam mana kau sentiasa boleh terima bermacam jenis kawan yang berlainan politik ni?"


************************

Nissan Sunny Pak Saad





Pada suatu masa dulu, iaitu pada tahun 1997, masa tu aku tingkatan satu. Pada mulanya aku dapat sekolah asrama di Sabak Bernam, tak salah aku sekolah itu bernama Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 Sabak Bernam.

Kemudian aku berpindah sekolah ke Sekolah Agama Menengah Rawang atas beberapa faktor. Semasa aku berpindah ke sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) aku tak dapat kemudahan asrama sebab dorm dah penuh. Jadi aku kena berulang alik sementara waktu sampai ada kekosongan katil.

Suatu hari tu aku terserempak dengan salah seorang student SAMER jugak di Bus stop. Disebabkan sifat aku yang peramah, aku pun berkenalan dan bersembang dengan mamat ni, dan seingat aku namanya adalah Azwan.

Azwan ni budak baik, skema dan sembang dengan aku pun guna kata ganti nama saya-awak, walaupun wajahnya ganas tak ubah macam wak joko kerja sembelih ayam dekat Pasar Borong Selayang.

Tak lama selepas bersembang itu, ada sebuah kereta Nissan Sunny 120Y berhenti dekat bus stop tu, dan pakcik dalam lingkungan 50an memandang tepat ke arah kami. Pakcik itu bernama Pak Saad, Pak saad adalah bapak Azwan. Dengan janggut putih sejemputnya, gigi putih melepak, rambut beruban sikit, berkupiah dan sentiasa berkain pelikat tak kira masa.

" Hah, kau.. kau...kau budak muda! apa yang tersengih-sengih lagi tu, masuklah!"

" eh takpelah pakcik, saya tunggu bas ni"

" kau nak balik mana budak muda?"

" saya nak balik bandar baru selayang (bbs), tapi bbs ni dekat ngan Ulu Yam sana, jauh pakcik"

" Hah kalau macam tu, sekali harung je la dengan pakcik, pakcik duduk Sri Gombak, cepat naik, kau jangan jual mahal"

" eh takpelah pakcik, menyusahkan pakcik pulak, saya dah biasa dah naik bas ulang alik ni pakcik"

" eh eh, nyusahkan apa, bukan aku suruh kau tolak kereta aku, tumpang sekali jalan je, nanti pandai-pandailah aku humban kau kat mana-mana..naik naik naik"

Bersungguh betul aku tengok Pakcik Saad mengajak aku, selagi aku tak bersetuju, dia taknak berganjak dari bus stop tu, jadi bagi berbudi bahasa aku pun ikut jelah kereta dia sekali balik rumah. Di dalam kereta, sepanjang perjalanan dari Rawang ke Batu Caves memakan masa 30-40 minit. Sepanjang perjalanan itulah aku duduk dengar Ceramah Ustaz Ismail Kamus dalam Nissan Sunny 120Y Pakcik Saad.

Rupanya Pak Saad adalah penyokong tegar parti PAS, walaupun begitu, beliau amat aku hormati, secara jujur ikhlas dan tiada muslihat memang aku respect beliau. Aku sangat hormati Pak Saad kerana ketinggian bahasanya, ilmu agamanya, ilmu kemasyarakatannya dan kemahiran berkomunikasinya.

Setiap hari aku akan menumpang Pak Saad dari SAMER ke Perhentian bus Warta Superstore di Batu Caves. Namun baik hatinya Pak Saad semakin hari semakin bertambah, lama-kelamaan Pakcik Saad berkeras mahu hantar aku terus ke pagar rumah walaupun rumahnya kat Sri gombak yang menyimpang jalan jauh dari jalan ke rumah aku.

Walaupun masa itu umur aku baru 13 tahun, tapi lagak sembang aku memang dah macam orang tua, dan aku pun lebih suka bersembang dengan Pakcik Saad dari anaknya Azwan itu. Aku ingat lagi satu perbualan dengan dia di dalam kereta.

" Pakcik suka eh dengar ceramah Ismail Kamus ni?"

" Suka Zul, dia ni tinggi ilmu agama dia, mana yang boleh kita ambil kita ambil la, kalau ada yang tak setuju tak perlulah kita nak bertegang urat, beza pendapat biasalah"

" Saya pun suka dengan Ismail Kamus ni, dia kalau ceramah banyak ilmu boleh dapat, sambil tu boleh jugak gelak-gelak dengar lawak dia, Tapi tu dulu lah Pakcik"

" Habis tu sekarang kau tak suka ke Zul?"

" bukan tak suka, tapi sekarang kan dia dah jarang keluar Radio dengan TV, kena gam kot, sebab orang cakap dia Pas, so tak dapat lah nak dengar, melainkan dengar kaset dia"

" Kita ni Zul, dalam hidup ni kena selalu bersangka baik, tak kiralah dia PAS ke, UMNO ke apa ke, kita mesti bersangka baik. Nanti kalau kita dah mati bukannya malaikat nak tanya kita masa hidup duk sokong parti apa. Allah hanya nilai kita ikut amal kita, kalau kita sokong PAS bagai nak rak pun tapi akhlak macam beruk tak tentu lagi kita ni lebih Islam dari UMNO. Kalau kita sokong UMNO bagai nak rak pun bukan dalam kubur kita nanti ada aircond"

" Betul la tu pakcik, yang penting kita tak fanatik kan!"

" Kalau fanatik tu yang jadi sembahyang imam lain-lain tu, tu yang jadi kenduri kahwin orang kampung taknak datang, semua sebab fanatik"

" nasib baik pakcik tak fanatik kan? kalau tak, tak dapatlah saya nak numpang kereta antik pakcik"

" hahahahaha...antik kata kau! kang aku turunkan kau tepi hutan ni karang!..hahaha"

" eh tak tak tak, main main je..hehe"

Aku ingat lagi perbualan tu sampailah ke hari ni walaupun dah 14 tahun berlalu. Lepas aku dah masuk asrama, aku jarang jumpa dengan Pakcik Saad, tapi aku selalu tanya khabar melalui anak dia Azwan, Azwan ada banyak kakak, tapi kakak dia semua dah tua-tua, tak jadi aku nak mengorat. Kenangan bersama Pak Saad sentiasa akan aku ingat.

************************

Keranda Awang Chek


Pada Tahun 1998 aku berpindah ke Mersing, di Mersing aku bertukar ke sekolah menengah Kebangsaan. Johor adalah kubu kuat UMNO, dan penyokong UMNO terdiri dari anak kecil, sampai ke Atuk-atuk.

Negeri tempat kelahiran UMNO ini tinggi betul jati diri  Melayunya, dan pegangan Islam itu disemat kukuh ke dalam hati. Bagi aku tiada kurang sedikit pun dengan Kelantan negeri So Called Serambi Mekah itu. Jenama sama sekali tidak melambangkan Iman.

Majoriti rakyat Mersing Pro Umno, namun sedikit rakyat di Tanjung (Mersing kanan) adalah penyokong PAS, di Tanjung adalah Kubu Pas bagi Daerah Mersing, dan peti undi di sana cenderung lebih kepada Pas.

Di Tanjung juga tinggalnya seorang Pak Tua yang bernama Awang Chek, Pembuat keranda dan hal ehwal pengkebumian. Suatu hari ada seorang penduduk Tanjung meninggal dunia.

" Awang chek, nu ade orang meninggal, mintok ke mung buat kerande untuk die"

" Dia UMNO ke PAS?"

" kenapanya kalau dia UMNO?"

" kalau dia UMNO aku tak emboh buat kerande ke die"

" sampai macam tu sekali ke Pok Cik?"

" Mung tengok ke muke aku ni maing-maing ke?"

" kenapa taknak buat keranda ke dia? Politik-politik lah, mati-matilah"

" buat ape, dia ahli neraka, munafik!"

" Mung tu pung belum pasti syurga neraka awang chek oii, fanatik sungguh mung nih"

Awang chek kini sudah meninggal, dia kini di alam barzakh menanti kiamat tiba, saat untuk hari perhitungan, dan kita juga akan ke sana berbekalkan amal dan dosa. bukan kertas undi dan bendera tinggi atas pucuk kelapa. Semoga kita, Awang Chek dan semua muslimin mendapat rahmat dari Allah Azzawajalla.

Sekadar gambar hiasan....cuba korang tenung rapat2 gambar ni, ada tak lambang UMNO ke, PAS ke Anwar Ibrahim ke? ada ke tak?

******************************

Lembu Korban Seksyen 8


Pada hari raya Korban 2 tahun lalu, aku adalah anak muda yang turun melapah lembu di kawasan Seksyen 8 barat Shah Alam.

Sumpah, keluarnya aku dari pintu rumah ke padang bola itu takde sedetik pun ingatan aku pasal politik atau Parti-parti, aku pergi sebagai Umat Islam yang bergotong-royong demi menjalankan ibadah korban. Ibadah suci umat Islam. Lagipun banyak makcik-makcik yang ada anak dara cun di sana. Moga-moga bertemu jodoh hendaknya.

Tapi sayup-sayup kedengaran makcik-makcik isteri pensyarah dan profesional era baru, Melayu yang telah maju dan kaya dek perjuangan Dasar Ekonomi Baru sejak negara kita bebas dari MAGERAN.

" Mah, mah.. majlis korban ni anjuran UMNO ke Pakatan Rakyat?"

" Ishhh kau ni Jah, Kalau UMNO kenapa? kalau Pakatan kenapa?"

" Aku kalau UMNO buat malas nak terlibat lah, menyampah.."

" Tapi Jah, kalau masa kau buat kenduri, orang UMNO takde pulak pernah peduli kau pas ke umno ke, semua datang tolong rewang, takde pilih-pilih kasih macam ko aihhh"

" ishhh aku tak boleh lah Mah, aku meluat dengan UMNO ni"

" kau ni Jah, Ni kan raya korban, org korban lembu takde kira parti-parti ni, kau ni fanatik betullah la, aku tak kira UMNO ke PAS ke apa ke.. selagi mana orang Islam aku join. tu semua tolak tepi... parti Politik tak bawak mati Jah oiiiiiii"

" errr... err... gulpppp"

Mak jah terus hiris daging lembu laju-laju. Tenyeh kuat-kuat. Geram gamaknya.

******************************************

Jadi, anda sendiri boleh pilih nak jadi macam mana?

Nak jadi berbudi pekerti dan berhati mulia macam Pakcik Saad kah?

Nak jadi hati kering macam Awang Chek kah?

Atau

Nak jadi Makcik Mah yang sentiasa keliru-keliru manja kah?

Yang penting, ketiga-tiga watak manusia di atas aku ingat dalam kenangan aku selagi aku hidup, cuma aku ingat mereka berbeza dari segi Akhlak mereka. Aku rindukan Pak Saad. Semoga Allah kurniakan rahmat dan berkat kepada beliau atas tawassul jasa-jasanya.

Dan kepada mereka yang fanatik tak tentu hala, semoga semua mendapat pengampunan dan rahmat jua dari Allah. Takkan aku nak nilai korang semua dari akhlak politik korang kan? aku nilai korang sebagai saudara seislam aku. Tapi kalau korang nak nilai manusia dari sudut pandang politik juga, semoga kau tidak akan dikenang sebagai manusia yang mati jiwa.

********************tamat****************


" arip..arip, abang ikar ada teka teki, kalau arip dapat jawap arip terer, abang ikar banje cekelat"
" apa teka teki dia abang ikar?"
" macam mana nak pegang pen 4 batang tanpa guna tangan?"
" senang je.. tadaaaaaaa..bak cekelat!"



p/s I " kau tak adil Zulfikar, kau tulis ni bias, kau lead Conclusion kepada pembaca kau, apasal kau bagi contoh penyokong fanatik Pas je? Fanatik UMNO pun ada jugak kan?"

p/s II " sabar orang muda, aku nak tulis contoh Fanatik UMNO jugak, tapi next entry lah, entry ni kan panjang berjela. jangan lah fanatik sangat sayang..."

p/s III " pusing kut mana pun aku jugak terkena.. eeee benci benci benci...namo kawan"

p/s IV " alolololo  meh sini meh...sian dia, sapa buat dia tu? meh kita babap dia...ambboiii biasa dia!"

22 comments:

  1. awalnya bangun? atau tak tdo2 lagi?

    ReplyDelete
  2. pandangan aku ( yg 23 , modern plus elegant serta berdaya saing nih nih )
    - ADENYE 'PEMBANKANG' DALAM KERAJAAN 'BARISAN' or ADENYE BARISAN DALAM KERAJAAN 'PEMBANGKANG' , SAINGAN YG SANGAT POSITIF APABILA MEREKA BERLUMBA2 MENGUBAH NASIB RAKYAT . MEREKA MENCARI KESALAHAN ANTARA 1 SAMA LAIN (x kesah atas niat diorg menjatuhkan antara 1 sama lain ke) UNTUK DI PERBETULKAN . SIAPA YG UNTUNG ??? UNTUK KITE2 AJEee
    hah x yah garu2 kepala klu x paham huhuu!

    eyy mok jgn kutuk doraemon!marah nih..

    ReplyDelete
  3. aku tak cukup umor lagi nak sembang ni..wakaka

    ReplyDelete
  4. bila baca entri ni Mas teringatkan arwah abah... abah memang penyokong kuat Pas tapi tak pernah nak memusuhi penyokong Umno! kalau ada kenduri kendara tetap tolong, tak kisahlah orang tu penyokong Umno...

    tapi abah dibalas sebaliknya, bila buat kenduri, orang Umno seperti memusuhi abah... tak mahu pun datang!

    tapi abah tak ambil hati pun... abah kata biarlah orang memusuhi kita dan tak suka pada kita janji kita tetap bersangka baik dengan mereka! yang berhak turunkan balasan adalah Allah bukannya kita..

    huhuhuhuuu...ingat lagi sampai sekarang kata2 abah tu!

    ReplyDelete
  5. hahaha....

    akhirnya terjawab gak persoalan aku..

    huhu..

    blog ni mmg aku kagum sejak jd SR..kdg2 menyirap gak kau selit2 politik dlm penulisan kau...buat potong mud nk bace...tp aku bkn nk bangkang mmg identiti penulisan kau...

    anyway, thanks for the good entry, n for before2 also...=)

    ReplyDelete
  6. Ni entri yang aku cari selama ni.. anyway nice entri ni. Aku suka sangat.. hahaha.. susah betul bila bhadapan dengan orang yang fanatik ni.. banyak dah aku jumpak.. huh

    ReplyDelete
  7. hmmm...senario begini la yg berlaku sekarang ni..berpecah belah, bersengketa krn perbezaan politik..susah kalau dah terlampau fanatik ni, apa pun tak boleh..alangkah indahnya kalau semua bersatu...

    ReplyDelete
  8. kata kunci nya fanatik.tak kisah lah nak sokong parti apa pun janji tak payah nak fanatik sgt.masuk kubur nanti takde tanya pun dulu kau fanantik bn ke pas.hahahaha.

    ReplyDelete
  9. aku fanatik cikgu shida jer.. kalau cikgu shida jd wakil rakyat confirm aku jd pembangkang cikgu shida...wakakakaka

    Kat kg aku pun majoriti memang byk spesis fanatik politik ni. Berpuak2 jadinya.. sebab aku membesar tgk org berpecah belah pasal politik terus aku x minat & x pernah mengundi. adakah aku rakyat yg tak tunaikan tanggungjawab @ manusia takde pendirian?? Sebenarnya aku pun konpius nak undi siapa walau undian adalah rahsia.. aku undi sapapun takde org tau & takde org nak masam2 muka dgn aku sebab perbezaan politik

    ReplyDelete
  10. aku tak minat politik.. tak suka mereka yang fanatik terhadap parti tapi takde hasil pun.. cakap je pandai..

    psstt: serius tak langkau walau sepatah perkataan pun bila baca entry ni..


    psstt lagi: menjawab soalan: dak Kakak kena pindah sana sebab dekat dengan rumah berbanding sekarang jauh..

    last psstt: aik.. baik buat satu entry macam ni.. banyak sangat pssttnya.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. kawasan dun tmpat aku pro pembangkang.tiap pagi jumaat..ada pasar pagi yang rata2nya peniaga dr parti pembangkang..untuk aku dan family aku yang tak fanatik politik..belasah je pergi borng barang harian kat pasar pagi tu.dan hari sabtu pasar pagi untuk semua golongan kot(ni kat area lain)..semua bangsa dr parti politik ada.
    so xkisah la mane2 parti politik...rezeki sama dikongsi,sama dirasa.
    bagi aku sape yang fanatik politik,manusia bodoh sombong tahap baben.
    uikh..panjang la komen.hehe

    p/s:pandai mung cakap ganu zul..hehehe

    ReplyDelete
  12. fanatik~~fanatik~~fanatik~~fanatiknya dunia ku~~lalalalaalla...kru

    ReplyDelete
  13. aku penyokong BN....tapi bapak angkat aku ramai PAS....cam mana tu??? wahahahaha....

    ReplyDelete
  14. malas nk fikir psl politik melayu nih, ibarat menang sorak kampung tergadai je

    ReplyDelete
  15. teringat ms kat sek. dl. Ms tu tgh hot anwar kene pecat. Ade sorang mamat ni mmg fanatik giler ngan anwar smp taknak dengar pendapat org lain. Cara dia pertahankan anwar tu macam la dia kenal giler ngan anwar ibrahim.

    Aku menyampah giler bila bercakap ngan org yg fanatik politik. Suka bersifat berat sebelah. Fanatik bole menyebabkan org buta dan hilang pertimbangan dlm memberi fakta.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. secara jujurnya aku sangat tak suka dgn mereka-mereka yg terlalu fanatik dgn sesuatu parti..pendek kata obses sangat nak berpolitik..tak suke tau!;p


    p/s:: aku pun jd respect kat Pak Saad tu..beliau sgt awesome la!

    ReplyDelete
  18. bagus entry ni.. harap2 yg fanatik baca la entry ni.. kot2 terbukak sikit minda..

    ReplyDelete
  19. bagi link yang fanatik umno plak boleh?

    Kawan Lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://zulfikarhazri.blogspot.com/2012/05/masalah-imej-umno.html

      Delete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...