November 1, 2011

Nasi Lauk Sardin Tabur Garam Itu

Assalamualaikum..

Dua tiga hari ni aku tak boleh melupakan ingatan aku tentang satu peristiwa lama dahulu yang berlaku pada aku. Peristiwa ini aku ingat detailnya sebab ia memberi impak besar kepada aku tentang bagaimana belajar untuk bersyukur dan merasai simpati kepada manusia lain.

Semasa aku tinggal di Batu Caves, Tuan-tuan rumah di sana menggunakan segala ruang dan sumber seoptimum mungkin untuk menjana keuntungan. Tidak menjadi satu kehairanan kepada masyarakat Sub-urban kota besar untuk hidup di dalam rumah yang mempunyai ruang yang sempit.

Kawasan-kawasan sub-urban seperti Gombak, Batu Caves, Keramat, Ampang dan lain-lain banyak mempunyai rumah yang berstruktur seperti Rumah double storey tanah lot, tapi ada banyak pintu. Dalam satu bangunan rumah double-storey, Tuan tanah akan buat banyak rumah-rumah kecik seumpama rumah flat dua bilik atau satu bilik. Rumah tuan tanah pula samada keseluruhan tingkat bawah atau tingkat atas. Terpulang pada minat Tuan tanah nak duduk di tingkat mana.

Contoh rumah yang ada struktur rumah macam ni adalah jiran aku iaitu rumah Yusuf Kelantan, Dia adalah tokey kedai runcit depan simpang masuk kampung merangkap Imam masjid. Selain tu Rumah Tok ompek Hamzah juga seperti itu, Beliau adalah Datuk kepada Mustafa Kamal anak makcik Kantin, tak salah aku Tok Hamzah ini duduk tingkat atas, tingkat bawah dibuat beberapa pintu rumah sewa.

**************************

Pada Zaman 1990-1994, rumah aku takde Telefon rumah, kalau orang kampung nak contact mak aku, diorang akan call rumah Nenek Timah iaitu jiran paling baik aku, kalau ada orang call, mesti dengar suara Nenek Timah menjerit dari rumah dia....

" awieeeee, ni ha ado oghang kampung ekau telipon nih!"

" ye makcik Timah, kejap, kejap, awie datang ni"

Takde la jauh mana pun rumah tu, dipisahkan dengan sebatang jalan kampung, 2 setengah langkah manusia dewasa sampailah. Tapi bila mak aku nak telefon orang kampung, mak aku akan guna telefon public dekat depan balairaya.

Pada akhir-akhir 1994-1995, budak-budak kelas aku sudah mula membawa virus-virus baru, virus ini dinamakan penyakit bertukar nombor telefon -  malam-malam call sebab nak bincang macam mana nak siapkan kerja rumah matematik bab pecahan.

Akibat dari kemajuan Malaysia hasil idea bernas bapa pemodenan negara iaitu Dr Mahathir Mohamad, Rakyat Malaysia telah mengecapi kemajuan secara drastik dan ini banyak menimbulkan kejutan budaya terhadap masyakat di persimpangan interchange budaya retro ke moden.

Disebabkan perkara ini, aku selalu merasa rendah diri sebab rumah aku takde telefon rumah, Bila budak-budak bertukar 'business kad' background Power Rangers dan Andy lau, aku mula rasa jeles. Tapi bagus juga, takdelah aku berhabis duit belanja nak tempah kad nama ada no phone rumah berlatarkan pemandangan 4 musim ada pokok daun kuning, luruh, salji dan bunga-bunga sakura.

Sebaliknya bagi kawan-kawan aku, mereka merasa seronok sekali bermain telefon-telefon pada waktu malam dan apabila mereka bersembang, aku hanya mampu buat tak dengar dan pergi main tepuk daun terup  dengan kawan-kawan dekat meja belakang.

************************

Aku ingat lagi, aku pernah tanya bapak aku pasal telefon rumah

" Abah, abah.. Kenapa abah taknak masukkan telefon kat rumah kita ha abah?"

" nak buat apa telefon tu? bukan penting pun, kamu nak telefon siapa?"

" ala, kalau ada telefon kan senang, boleh telefon kawan-kawan sekolah tanya pasal kerja sekolah"

" Public phone kan ada depan sana, pakai je public phone... Duit tu kita simpan makan nasik dengan pergi Yaohan lagi best"

" Yelah..yelah"

Pada satu masa, aku ada berkawan dengan sorang mamat ni, aku tak berapa ingat nama dia siapa sebab aku tak berapa rapat sangat dengan dia, dan aku tak pasti macam mana dia boleh nak sangat berkawan dengan aku, tapi yang pasti dia bukan sekelas dengan aku.

Rumah mamat ni takdelah jauh mana, selang 4, 5 buah rumah je dari rumah aku dekat lorong belakang. Jalan Kekwa tak salah aku.

Pada satu hari dia bawak aku pergi rumah dia, rumah dia adalah jenis yang aku describe di atas. Rumah sewa banyak pintu double storey atas tanah lot. Pada masa itulah pertama kali aku masuk rumah banyak pintu ni dalam hidup aku.

Masa aku masuk rumah dia aku rasa cramp, layout rumah tu aku masih ingat lagi, ada sofa rotan satu set depan ruang tamu dekat pintu masuk, pastu ada meja makan 4 kerusi, bilik tidur 2, ada dapur kecik, ada balconi kecik tempat sidai kain, pastu ada bilik mandi sekali dengan jamban siap ada mesin basuh lagi dalam tu.

" detail sangat kau cerita tu, meleret-leret tau dak? cuba kau cakap je macam rumah flat"

" mana la aku nak tau rumah flat macam mana, zaman tu aku tak pernah masuk rumah flat"

Tapi rumah dia ada banyak gajet, ada Sega Saturn, ada Mini TV saiz besar bola sepak boleh angkut ke sana ke mari dan boleh  letak atas meja makan. Paling mengujakan rumah dia ada TELEFON rumah! jaki gila aku tengok.

********************

Lepas setengah hari duduk rumah dia, lepas dah puas belek TV super mini dia, lepas dah puas main sega saturn, aku pun mula rasa lapar, dia dan adik dia pun dah start rasa lapar.

Oh aku lupa nak cerita yang dia tinggal berdua dengan adik dia kat rumah, adik dia tadika lagi rasanya, mak bapak dia kerja. Bila dia dah lapar, Din pun pergi la ke dapur nak siapkan makanan. Apa yang aku tengok sebentar lagi bakal membuatkan aku mula merasa bersyukur dan simpati pada masa yang sama.

Aku tengok Din korek-korek nasik sejuk yang mak dia dah siap masak awal-awal subuh sebelum pergi kerja. Lepas tu, kawan aku tu bukak tin sardin, dia keluarkan sardin seketul, pastu dia kerat 2 di bahagian tengah, separuh bahagian dia bagi dekat adik dia, separuh bahagian lagi letak dalam pinggan dia bersama dengan nasik.

Lepas tu, adik dia berlari-lari anak lah pergi meja makan dekat ruang tamu, nak makan sambil tengok tv, Kemudian Din offer aku nasik dan separuh ikan sardin bahagian dia,  Mula-mulanya aku rasa sangat lapar, tapi bila aku tengok keadaan makan nasik berlaukkan sardin berdikit-dikit itu membuatkan aku terus kenyang, tak sampai hati aku nak pow lauk sardin dia.

Yang lebih mengharukan bilamana aku tengok adik kawan aku tatang nasik lauk sardin tak masak tu, dia bawak pergi dapur, dia korek balang garam, pastu dia ngan abang dia tabur garam atas nasik bergaulkan kuah sardin tak masak tu. Resepi terakhir, dia buh sikit ajinamoto atas nasik, gaul gaul dan pergi makan dengan lahapnya bersama-sama.

Masa tu aku tengok diorang dua orang makan dengan penuh nikmat, dan aku hanya menangis dalam hati.

" sedapnye korang makan nasik lauk sardin macam ni"

" Seeeedap Zul, macam ni lah kami selalu makan tau tak"

" Kenapa kau tabur garam ngan ajinomoto atas nasik tadi ha?"

" sebab tawar la Zul, tak rasa apa, kitorang memang makan macam ni, nasik, lauk sardin, garam, aji, dah cukup lah, ko taknak rasa ke Zul?"

" eh takpe lah, kau makan lah dulu, aku kenyang lagi, lagipun mak aku pesan jangan makan rumah orang, kalau lapar balik rumah makan, jap gi aku balik makan kat rumah la"

Pada masa tu, dalam hati aku berkata-kata, "takde kicap ke rumah diorang nih?"

Bila diorang dah selesai makan semua, aku pun dah lapar, dah waktu lunch ingat nak balik rumah makan, sebelum balik aku bawak-bawak bersembang dulu dengan member aku tu.

" Mak ko tak masak ke Din? mak ko gi mana?"

" Mak aku kerja la Zul, dia kerja kat KL, pagi-pagi lagi mak aku dah masakkan nasik. Lauk plak ikut la apa yang ada kat rumah"

" errrrrr"

" mesti kau pelik kan tengok kami? untung lah Zul mak kau tak kerja, duk rumah masakkan nasik sedap-sedap kat kau, Duit banyak tak happy buat apa Zul, lebih baik hidup biasa-biasa je, tapi makan sedap, hidup selesa"

" er, betul la tu Din, aku kena bersyukur banyak la Din, takde telefon rumah ngan Sega Saturn pun takpelah Din, asalkan tak makan lauk sardin ngan garam hari-hari"

" hahahaha, kau ni lawak la Zul, sebab tu aku suka geng ngan kau"

Pada masa tu, aku rasa kawan aku tu berfikiran pasrah dalam kematangan betullah, sepetah-petah aku bercakap, belum sampai tahap kepasrahan dia dengan adik dia menerima nasib diri seumpama itu.

On the way balik rumah, aku jalan dalam keadaan lemah longlai sangat, lemah sebab perut lapar dan lemah sebab Rasa Hati aku yang meruntun lepas tengok keadaan kawan aku yang mengalami nasib apa yang dikenali sebagai kemiskinan bandar itu.

**************************
Bila sampai rumah, masa aku nak makan, aku sedut dalam-dalam aroma lauk mak aku masak hari tu. aku tarik dalam-dalam bau Kobis masak lemak putih, Ikan Selar goreng garing dan sambal belacan asam limau nipis.

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil pejam mata, sambil aku bayangkan rupa Din dan adik dia kat rumah tengah gaul kuah sardin tak masak dengan garam kasar, sambil aku hidu aroma aku rasa Mata aku suam-suam, overwhelming dengan keadaan kawan sendiri di tinggalkan mak demi mencari nafkah hidup, tinggal adik beradik berdua menjaga diri sendiri.

Pada masa tu aku bersyukur sangat dengan nikmat yang tuhan bagi, nikmat kebahagiaan melangkaui harta duniawi. Benarlah kata-kata Klise orang-orang drama, bahawa duit bukanlah segala-galanya. Kebahagian boleh dirasai di hadapan nasik berlaukkan Kobis gulai lemak putih, sambal belacan dan ikan selar goreng garing di dalam rumah yang takde Sega Saturn dan Telefon.

Lepas beberapa ketika aku cerita dekat mak aku pasal nasib Din dan adik dia, mak aku pun suruh ajak diorang makan dekat rumah sekali sekala, dan walau berapa kerap aku telefon ajak Din datang makan kat rumah, dia tetap berkeras tak mahu, segan katanya. 

" aik kejap kata takde telefon, kejap kata telefon Din, kau ni mana satu Zulfikar?"

" dah tentulah aku pergi ajak dia guna mulut, pergi jumpa dia kat rumah, kat sekolah. Baru nak feeling2 berangan calling-calling pun tak boleh..huh!"

******************Tamat****************


Ini adalah 7 keajaiban dunia masa zaman aku kecik2...gila kau ada Tv kecik boleh angkut sana sini, rasa macam bawak  ipad lepak kat Macdonald.


P/S I Kaya itu adalah relatif, terpulang pada interpretasi sendiri, samada anda maksudkan Kaya raya atau Kaya roti. Namun Hantu Raya Jarang makan Kaya Roti.

P/S II Jem juga adalah relatif, samada anda maksudkan Jem Federal Highway tak bergerak 2 jam sebab semua berhenti tengok lori babi terbalik, ataupun Jem itu jem roti. Namun jarang tengok ada elemen babi dalam ingredients Jem Roti.

P/S III di antara Kaya dan Jem , aku lebih suka makan roti dengan Planta tabur gula, "baik-baik tabur gula tu, tumpah atas kabinet, mama rotan kamu"










P/S IV selain dari penulis Rasa Hati ketagih menulis P/s banyak2, pembaca Rasa Hati juga ketagih untuk membaca P/s. buktinya anda baca P/S IV ini, kalau betul sila senyum sorang-sorang. Jangan la malu-malu, anda bukan keseorangan.....


29 comments:

  1. Sedihnya bila baca nasib Din.Saya tak sempat rasa hidup melarat dulu mcm abang kakak sebab kecik lagi.Hingus pun meleleh lagi.

    ReplyDelete
  2. kesiannya..da macam bersamamu pulak..tapi mak dia keje KL, maksudnya ada la jugak harta kan...kadang2 kaya wang tu tak memadai kalo miskin kasih sayang...aku kecik2 dulu sempat jugak lah merasa susah hidup macam tu...kira jakun cam nkoo jugak lah bila tengok umah orang lain ade tepon, ade komputer, ade macam2...ni adik2 kita zaman sekarang ni memang da cukup beruntunglah...bersyukurlah dengan ape yang ada...























    p/s: aku nak bagi p/s ni...nape kene ada bunga-bunga sakura jugakkkk? ahahaha~

    ReplyDelete
  3. Nin : kalau hingus meleleh, bila jilat kat bibir dia rasa apa? masin tak?

    Sunah : itulah dia. Zaman skrg ni susah nak jumpa kawan yg rapat ngan kita pernah rasa susah mcm ni..

    bunga2 sakura tu bagi menggambarkan keriangan dan membawa pembaca semua ke alam fantasi...wakakakakakaka mcm blog sunahsukasakuraje plak kan.. hahaha

    ReplyDelete
  4. sedihnyer T_T, agak2 din tu cane dh skang..

    merasa gak idup ssh sekejap, tp tak sesusah masa along, kak ngah ngan abgcik kecik2 la :)

    ReplyDelete
  5. kawan yang sebenar ialah masa susah dia ada dekat dengan kita.

    bila dah senang sikit,ko jangan lupa bersedekah,sedekah kat tabung masjid,atau paling simple pun,ko belikan nasi lemak kat makcik cleaner kat kilang tempat ko kerja.

    ReplyDelete
  6. rumah dia takde kicap ke? hahahaha

    takde kicap mudin memang tak sah.. sanggup aku beli kecap mudin 2 3 botol bila balek kedah.. aku dr kecik sampai sekrang msti kena ada kicapa atau tungyu kalau kedah pgel.. huhu

    ReplyDelete
  7. Jue : sedih wooo bila tengok diorg makan sardin mcm tu..

    Noi : aku selalu belanja kakak cleaner makan kat mamak bawah opis.. ok tak noi? nombol satu tak?


    angah : kicap mudin? peghh tak penah dengar, umah aku kicap habhal kipas udang merah.. dulu pernah nak try kicap tamin, tapi lama2 masin..

    bila dah besar, start 15thn aku dah tak suka makan nasik ngan kicap sangat dahh...

    ReplyDelete
  8. ok sangat...ternombol SATU lah!

    Moga murah rezeki kau ye Ikar!!!

    ReplyDelete
  9. huhuhu...touching la plak baca entri ko pepagi ni...

    p/s : memang senyum dpn pc pon setiap kali baca entri ko..dah kena sindrom senyum lak aku nih...haishhh!!

    ReplyDelete
  10. nice entri bro, kekadang bila di atas, kita lupa yang di bawah, semoga kita jadi manusia yang sentiasa syukur

    ReplyDelete
  11. kesiannyaaa...


    mak aku pun xkeje macam mak ko..
    walaupun makan tak mewah, tp takde laa mkn takde rasa..





    aku suka makan roti ngn planta..tapi tak suka tabur gula..

    ReplyDelete
  12. hahaha
    aku bersyukur jugak..
    walaupun emak aku bekerja.. awal pagi dah kuar ke tempak kerja..

    mak aku tetap masak lauk pauk yg sgt sedap.. sama seperti dulu..

    bersyukur sebenarnya kan...

    apapun, sederhana itu lebih baik, agar semua nikmat yg ada kita rasai belaka.. biarpun tak banyak, rasa sket pun, jadi la...

    ReplyDelete
  13. dramatik sguh entri kli ni. plg tacing tu psl mak keje kena mkn sardin lom masak yg dtabur garam aji ats nasik . . huhu

    ReplyDelete
  14. aku masa kecik dah biase hidup susah..pernah makan nasik berlaukkan garam berkuahkan air bersayurkan pucuk ubi kutip belakang rumah..ko pernah?

    dulu mak aku tak kerja..abah aku pulak polis hutan je..pangkat rendah..gaji tak berapa bnyk..bile tengah bulan duit dah takde nak buat beli lauk..jadi mkn je ape yg ade..

    sebab tu skang aku bersyukur sgt dgn kehidupan aku walaupun tak mewah mana..hidup susah masa kecik2 dulu byk ajar aku erti bersyukur, sabar dan hormat kehidupan org lain..

    ReplyDelete
  15. saya pernah alami hidup susah camni, makan nasi dengan garam! boring dengan garam makan pulak dengan gula.. tekak dah lali dah...

    bila mak abah dapat duit hasil jual getah sekerap barulah merasa makan ikan dan ayam!

    tapi tak jadikan kesusahan itu sebagai penghalang untuk berjaya!

    ReplyDelete
  16. Hihi..membaca nukilan zul ni mmbuatkan saya terkenang zaman 'cilik' dulu..kisahnya tak sama tapi jalan cerita yang hampir serupa..makan nasi dgn garam, berlaukkan lada hijau bercicahkan budu-semuanya sudah dirasa..

    Juga tang telefon rumah tu..dah masuk uni barulah mak abah stuju nk masukkn telefon rumah..hehehe..

    Kenangan..kenangan..:)

    ReplyDelete
  17. hidup dihostel buat aku betul2 cukup terharu dengan ayat ini..
    BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA.

    walaupun menu mcm sedap tapi tekak ,lidah dan perut je yang tau erti kelazatan makanan hostel..tak makan kebulur lak tengah2 malam.
    jadi nak tak nak..bersyukur je la sambil makan nasi kawah hostel sambil terkenang mangsa2 kebluran di afrika.

    p/s:
    lepas dapat syndrom p/s..xpasal2 dapat syndrome senyum plak..haha..berat nanang wehhhh..

    ReplyDelete
  18. sedih baca kisah din...btolla die ckp bia miskin harta,jgn miskin kasih dan sayang...

    suka smua kaya,roti,planta gula..dan plg2 suka peanut butter!!

    ok skrg dah lapa!bye

    ReplyDelete
  19. Alahai..kesiannya..tiba tiba teringat rancangan Bersamamu..Satu family tu makan siput babi yang dibakar buat lauk..miskin sangat..

    ReplyDelete
  20. Bintang Hati : ehehe, sengih je manjang..kan muka berseri2 :)

    Chegu : Insyallah chegu... jangan lupa bawak pembaris kuning pergi sekolah ye chegu

    Missenget : tabur gula, baru boleh feeling kacang dalam planta.. krup krup krup.. kekeke

    Ikhram : betul betul, rajin la mak ko. aku syak mak ko cikgu, betul tak?

    sygibuaniq : dramtik, sampai skrg ingat lagi..

    Cik Sha : aku tak pernah rasa susah mcm ko sha.. T__T sedih pulak bayangkan...huhuuuuuu

    mas saari : makn nasik dengan GULA??? ini pelik la kak...

    sufeenan : ehehe, skrg Kat UK ada bawka budu sekali tak? hehhe

    pjah : berat nanang mende weh? ehehehe... makan kat hostel adalah makan yg sedap... walaupun tak sedap... haha

    Yussida : sedapnya peanut butter ada jem anggur......nyum nyum...

    Ernie : siput babi kat Perancis mahal tau.. escagort nama dia..

    Hainiey : sian kan...

    ReplyDelete
  21. Pembaris kuning da hancur bro.. Pepah budak je

    ReplyDelete
  22. lewat skit mentelaah entri ko ni Nyah.. semalam streamyx demam skit..hari ni anak aku tido baru bawak bejalan kt blog ko ni
    Terbayang aku mcm mana kawan ko ngan adik dia makan nasik sejuk dengan sardin mentah tabur garam tu.. huhuhu sedih. aku dulu pun mak bapak keja.. tp arwah ayah tgh hari balik rumah masak.. bila balik skolah memang dah siap nasi dgn kari ikan.. ayah aku ni mcm xde menu lain.. kari ikan jer manjang. mak aku blk keja ptg br dia masak utk makan malam.. jd takde la kari ikan smpai malam

    ReplyDelete
  23. penah makan nasik air taruk gula n garam je.. even mak x keje sbb time tu idop susah jugak... tp ok laaa takde laa sampai tahap x mam langsung :D

    nice entri baby fika.... :p

    ReplyDelete
  24. tahu takpa...gajet ni sekejap ja..dah bosan maleh main dah..tapi kalau makan mak masak tak penah bosan kot..

    euuww.sadin mentah ke??tak sakit perut plak din ngan adij dia erk

    ReplyDelete
  25. bukan hg panggil din ngan adik dia makan kat rumah hg pakai bbm ke??
    ahaha

    ReplyDelete
  26. sedih...rasa macam tak sanggup baca sampai habis huhu (tapi baca jugak sampai semua P/S di baca haha)

    ReplyDelete
  27. hehe aku sebenarnya tak pernah merasai detik camtu, sejak kecil dilayan dengan manjanya macam anak raja, dapat makan ayam hampir setiap hari, hmm
    aku nak tanya adik kawan kau tu laki ke perempuan?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...