November 16, 2011

Tak Sangka Betul Lah!

Assalamualaikum...

Minta maaf kepada semua pembaca blog Rasa Hati, semalam blog ini telah digantung perkhidmatan oleh pihak Google atas beberapa sebab yang tidak berjaya dikenal pasti, beberapa kemungkinan yang boleh aku fikirkan adalah :

1. Tak verify akaun google, mungkin terlepas pandang, mungkin terpadam email verification.

2. Mungkin hanya suspend akaun secara random untuk check akaun validity, samada user ini aktif atau hanya spam bot.

3. Mungkin kena hack (ni aku yg poyo paranoid)

4. Mungkin hanya sekadar Maintenance period.

Untuk pelbagai kemungkinan yang ada, semalam aku rasa cuak jugaklah, aku ingat blog yang dah lama aku bela ni akan berkubur begitu saja, tapi genap 24 jam, akaun aku diserahkan balik kepada aku. Syukur kepada Tuhan.



*************************************

Okey habis bab panik-panik pink, sekarang kita bersukaria, entry lepas adalah bertajuk Placebo Effects dan Air Yasin, kali ni kita bercerita pasal tak sangka, apa yang korang tak sangka sangat?

Orang tua ni cerdik, lebih cerdik dari budak-budak muda yang belajar kat Universiti. Nak jadi cerdik tidak mewajibkan kita menjadi pandai, dulu kawan aku ada belajar dapat Anugerah Dekan tapi nak masak nasi lemak pun mentah.

Ada kawan aku dulu masa SPM addmath score, tapi dia pelik tengok bihun kering kat dalam kabinet dapur rumah Cikgu Aziz, selama ni dia ingat bihun tu datang-datang basah macam bihun goreng kat kedai tomyam tu, bila dia tengok bihun tu kering......

"Wei Zul, ni ape ni ha Zul?"

" Ni la Bihun"

" Hotak kau, nak menipu aku pun agak-agak la, bihun mana ade kering mcm ni, bihun tu basah la, lembut"

" Hotak kau jugak, bihun memang la jual kering-kering macam ni, bila nak masak rendam la dalam air suam, bagi dia kembang, dah kembang baru lah boleh masak"

" yeye je kau ni Zul, nak bohong aku la tu, aku tak pernah pun tengok mak aku beli meehon macam tu, wakakakaka kau buat lawak eh zul?"

" mak kau sorang je yang beli Meehon basah-basah kat kedai runcit Juff, mak orang lain beli meehon kering"

Jufri...Jufri, nasib baik kau tak kenal meehon kering tu masa sembang dengan aku, kalau kau konfiden cakap macam tu depan mak mertua kau, mesti mak mertua kau solat taubat, keluar air mata darah pasrah.

*****************************************

Tak Sangka 1

Satu hari tu aku bukak radio muzik, lama dah tak buka radio kat rumah, asyik tengok tv je. Bila aku bukak radio tu terdengar lagu Search. Disebabkan masa tu umur aku 16-17 tahun, jadi aku tak khatamlah lagu search, sama macam korang semua, lagu Search yang kita familiar adalah Isabela dan Fantasia Bulan Madu.

Pastu aku dengar lagu yang sangat best dan agak femes jugak, cuma aku tak hafal sangat lagu dia. Dengan penuh yakin dan perasan mat rock ganas pakai jeans ketat tersepit buah, aku try tarik lagu tu sebaik mungkin macam Amy search.

Sejak Mula bertemu..
Kau buat siangku sedingin salju...
dan malam jadi hangat sehangat cintamu..
Kasihku...
 Suzana, kau gadis idamanku... 
dua hati jadi satu.. 
bila kita bertemu...
Oh Suzaaaanaaaa...
Gadisku....

Konfiden aku nyanyi, siap pejam mata kerut-kerut dahi, siap genggam tangan buat gaya pegang mikrofon sambil tangan kiri pegang rail tangga, konon-konon nak tunjuklah kat orang dalam rumah yang aku ni, walaupun lahir tahun 1984, tapi boleh hafal lagu Search, konon-konon macam aku otai la.

Sekali dengar suara Mak aku dari dapur....

" Nak nyanyi sangat lagu Search, tapi lirik pun tak tau, Rozana la! bukan Suzana...."

" Eh Rozana ke Mama? bukan Suzanna? rasanya dengar radio tadi bunyi macam Suzanna"

" ROZANA... Suzana tu lagu M.Osman... bikin malu mat rock je la kamu ni Ikar.. nak rock sangat! ade ke Suzana..wakakakkaka"

Tak sangka betul aku, kena gelak ngan mak sendiri salah nyanyi lagu Rozana. 
Tak sangka betul aku, mak aku hafal lagu Search
Tak sangka betul aku aku kena bahan ngan mak aku pasal lagu rock.

*****************************************

Tak Sangka 2

Satu hari tu, aku teringin sangat nak makan Kaya roti, aku pun pergi beli Kaya cap Kipas Udang. Bila balik nak makan, aku pulas punya pulas tak boleh bukak penutup. Alas guna kain batik pulas pun tak boleh.

Try lagi pulas kuat-kuat sampai timbul muscle biseps aku, pun tak boleh bukak jugak. Pastu aku bagi mak aku, mak aku selamba je cakap.

" kamu bukaklah sampai boleh, takkan tu pun nak harap mama, apa guna jadi anak jantan?"

" dah try banyak kali dah mama, alas pakai kain dah, tepuk bontot botol dah, takleh bukak jugak"

" Cuba kamu bukak api dapur tu, kamu panaskan penutup Kaya tu. Mama bet mesti boleh bukak punya lah"

Aku pun tak terfikir, aku pergi bukak api dapur, layur penutup kaya 3, 4 kali, pastu PUP! bunyi pop kedengaran, pastu sekali pulas je terbukak.

" kan mama dah cakap, boleh kan?"

" ha'ah la mama, boleh lah, peh peh terer la mama ni! macam mana mama tau ha?"

" Kamu belum beranak lagi, aku dah makan kaya tu Ikar oiiii"

" huh, pantang puji...eksyen betul la Cik Awie ni"

Tak sangka betul, mak aku boleh apply mata pelajaran fizik, Teori perkembangan gas dalam botol dengan gunakan haba, atau perkembangan logam penutup botol akibat terkena haba boleh membuatkan penutup senang dibukak.

 - tengok aku pun taktau samada gas yg berkembang dalam botol atau logam penutup tu yang berkembang menyebabkan ia terbukak.

" pengembangan la ikar... pengembangan! bukan perkembangan.. perkembangan tu untuk khabar dan isu semasa!"

*********************************

Tak Sangka 3

Balik dari sekolah perut aku lapar, aku sampai depan pintu rumah lepas bagi salam terus tanya mak aku.

" Mama, mama masak apa ha mama? Ikar lapar lah"

" Mama masak special hari ni, khas untuk kamu"

" mesti lauk best ni!"

" mama masak Ayam percik, gi tengok bawah tudung saji tu"

aku pun bukak tudung saji dengan rakusnya, sekali takde ayam percik, yang ada taugeh masak lemak dengan tauhu, sambal belacan dengan Ikan sadin goreng je..

" Aik..mana ayam perciknya mama? Sardin goreng ada la!"

" owh lupe, belum tangkap ayam lagi, kamu bukak pintu dapur tu, kamu tangkap ayam sekor bawak meh sini biar aku percik ngan air paip"

" Tah pape, tak lawak pun"

" sapa buat lawak.. aku nak amik ayam tu, pegang kaki dia, aku rendam tangan dalam ayor... percik percik percik percik.. percik... kekekekekekeke"

" tak lawak puuunnnnnnnnnnnnnn"

Tak sangka betul aku, dengan mak aku pun boleh kena lawak. Boleh dia buat lawak ayam percik tengah aku lapar-lapar macam tu.

Nasib baik aku lapar sangat masa tu, kalau aku banyak tenaga, dah tentu aku tangkap ayam hidup tu betul-betul, aku percik-percik depan mak aku. hishhh tak sangka betul lah...

******************************************

p/s esok kalau takda aral melintang, UNIFI pasang.. weeehu...

p/s II takleh letak gambar banyak-banyak, bandwith dah limit, nak upload gambar jadi lembab.

p/s III Tenkiu Sunah Suka Sakura sebab bantu proses recovery Blog Rasa Hati.

27 comments:

  1. He he he..tak sangka 4: tak sangka zulfikar pandai buat lawak buat saya tergelak..!:))

    ReplyDelete
  2. apsal asik terkena je ni.. inesen hahahaahaaha

    ReplyDelete
  3. tak sangka, pandai sungguh la ekau bercerite, ngeee :-)

    ReplyDelete
  4. peh.pasang unifi bolehla online laju2 tahap dewa!hehe

    org lg dewasa lg bnyk pngalaman..sbb tuh depa tahu je konsep fizik kimia sgala bagai..>.< sbb tuh ade mak bidan wlpon xblaja medik..hehe

    ReplyDelete
  5. mama ikar sangat hebat!!

    **ex-gelfren mesti bernama SUZANA, bukan? ;)

    ReplyDelete
  6. Woo pasang unifi baq hang... ahaha

    ReplyDelete
  7. kah kah kah.

    ayam percik tue lawak gila walaupun memula tak faham.hahahaha.

    ReplyDelete
  8. entri lawak dan bersahaja..

    ps : mak lebih dulu makan garam dari kita..

    ReplyDelete
  9. patut smlm xleh bkk blog ko.. aku igt internet aku yg problem.. welcome back!!!

    ReplyDelete
  10. kahkahkahkah..


    kesian ayam tu..kesian..

    ReplyDelete
  11. memang tak sangka..haha

    eh..tapi kan, semalam aku boleh je baca blog ko..tp bila nk tglkan komen terus kuar error 404..bile aku refresh blog ko baru kuar natang yg kate blog ko kena remove tu..


    aku nasihatkan, ko buang navigation bar yang kat atas tu..sebab bile ada org dengki kat ko nnt die klik "lapor salah guna"..tak mustahil blog ko boleh kena remove jugak..

    ReplyDelete
  12. tak sangka mak ko seorang pelawak fikar...leh masuk maharaja lawak tu...

    ReplyDelete
  13. mama ko dengan arwak mak aku sekapal. Dua-dua hafal lagu Rozana. Ini sangat pergh!

    ReplyDelete
  14. woowwww...'lajjuuuuuuu dowhhhhh':D

    ReplyDelete
  15. ahahahahahaaa...lawak gile!
    memang tak sangka mak buat camtu...

    ReplyDelete
  16. owhhh...sungguh ku tak sangka...entri lawak ko ni boleh hilangkan mengantuk ku tetiba...hahaha

    ReplyDelete
  17. hahaha...sungguh tidak aku sangka....best entri ni...lawak tapi ada maksud...

    ReplyDelete
  18. eh Nyah ko dgn sunah sakura tu ada apa2 ker??? jeng jeng jeng..

    Wah dah ada UNIFI lepas ni lg meriah la blog ko yer..

    Tak sangka mak ko lagi handal mengenakan ko dari ko mengenakan dia.. Lagu Suzana tu aku suka.. suzana.. gadis pujaan ku..

    ReplyDelete
  19. kah kah kah

    ayam percik tuh xleh blah! heheheh
    and bihun basah? hehehehe

    ReplyDelete
  20. kehkehkeh...
    suka dengan semuanya.. hahaha.. gelak lagi.. aduh.. sakit perut jap..

    ReplyDelete
  21. tak sangka la..mak ko bahan ko..sempoi ..haha

    ReplyDelete
  22. hahahahha. tabik la ngan mak kau yng pandai buat lawak time kau ngah kelaparan tu. hehehe

    ReplyDelete
  23. tak sempat nak baca lagi....nak ucap sama2 aje ni..uhuhu..

    ReplyDelete
  24. ikar
    tak sangka ikar ni anak emak jugak rupanya..

    haha

    p/s-tp citer ayam percik tu mmg buat aku gelak besar.. nk knal la dgn mama ikar.. huhuhu

    ReplyDelete
  25. Sufeenan : tu baru sikit.. :) kalau banyak dia jd bahak.

    Jue : anak terkena dengan mak adalah normal :)

    Nazrul : macehhhh.. :)

    Alexa : masa nulis ni nak bagi conth pasal bidan juga, pastu tak jadi, tetiba awak komen cmtu jugak., :)

    Blog tip kurus : mama2 kita semua hebat... ex gf saya nama.. nama.. nama apa tah...

    Akim Iqbal : action gila baq hang...

    Nin : kompleks sangat ke cerita ayam percik tu?

    Ana Farha : mak saya asam, gula, beras, roti, popcorn semua dia makan dulu dari saya..

    MuhAs : tenkiu2.. ni nak kembali beraksi ni

    Missenget : ayam ok, aku yg patut kesian...

    Cik Sha : Nasihat diterima, baru buang Shoutbox dulu...

    tamlegend : mana tumpah kuah kalau tak ke nasik kan...hahaha

    Sandokhan : cayalah Arwah mak kau, aku suka mak mak yang rock2 manja..

    Fayad : belum pasang dowhh

    mas saari : sebab tak sangka lah jadi entry :)

    Cik Kompas : maksudnya apa?

    Suria Lekat Lekit : takde apa2 ngan sunah sakura, kau salah tembak.. haha

    cik bambam : ayam percik tu memang geram..

    aizamia : nanti dak kakak ngan dak adek tulis blog tak pasal awak? :P

    pjah : tu baru sikittttt

    anakanda hainey : asal aku kena bahan je ko tabik mak aku..

    Sunah : dah ucap..cepat baca!

    Ikhram : mmg tak sangka, dulu ingat anak planet mcm superman.. rupenya memang anak emak.. hahaha

    jemput dtg rumah, bawak ayam 3, 4 ekor kita percik sama2..

    ReplyDelete
  26. panjang lebarnya..tapi baca dari mula sampai habis.

    La, awak tua setahun ke. Patut la shima sempoi je cakap dengan awak. Baru tahu. Ingatkan (er, tak nak la teruskan). Nampak sangatla tak stalk fb awak. hehe~

    Suka entri ni walaupun panjang. Lucu jugak mama awak ye =)

    ReplyDelete
  27. Weh... Aku kena gak macam ko a bro... Adoi... mane blog aku ni

    Chegu
    terusidup.blogspot.com

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...