Entry ini adalah sambungan dari Bahagian SATU yang bertajuk Pedoman Membuat Keputusan - IPTA
*************
" ini bukan Kampus Shah alam, ini kampus Dungun ni" getus hati aku seakan-akan tak puas hati dengan tawaran yang aku terima.Tapi 5 minit lepas tu aku dah happy balik, mula-mula konon-konon nak pakai kabel untuk transfer pergi UiTM Shah Alam, tapi lepas fikir balik tak jadi, kalau banyak merungut memang dasar budak tak tau dek untung.
Kalau nak ikutkan apa yang bapak aku cakap lagi perit bunyi dia..
" Kamu ingat kamu tu siapa, banyak kerja orang nak mengisahkan punggung kamu je, dapat masuk Uitm pun dah cukup bagus dah, banyak cantik muka kamu nak demand-demand tukar Kampus?"
" Alaa abah, ikar bukannya beria pun nak tukar, sesaja je lah tengok mana peluang yang ada, kot kot boleh dapat UiTM Shah Alam syok la jugak kan"
" lantak kamu la, kalau kamu nak tukar kampus abah taknak campur, korang buat la anak beranak, jangan nak babit-babit abah, kalau ikutkan kuasa Veto abah ni, kamu pergi je la daftar kat Dungun tu, dah tentu orang UiTM tahu apa yang paling bagus untuk student dia, Dungun tu dekat dengan Mersing, senang la kamu nak balik nanti"
" ye lah yelah, no hard feeling, tutup kes, takyah panjang-panjang, muktamad, ikar masuk Uitm dungun je Bah"
Sebenarnya takde point pun pasal nak pindah-pindah kampus, abang aku pun UiTM Segamat apa ada hal, kalau kau pandai bawa diri, ilmu komunikasi dan masyarakat yang bagus, ada ramai kawan sebaya dan senior, percaya la belajar dekat mana pun mesti seronok gila.
Kalau tak, takkan la adik bongsu aku boleh happy gila duduk Uitm Samarahan Sarawak, siap boleh cakap Sarawak fasih lagi. Sampai tahap taknak sambung degree dekat kampus lain, punya la dah mula rasa terikat dengan persekitaran sana.
************************
Apabila 3, 4 hari lagi nak daftar dekat UiTM Dungun, macam biasalah, Mak la yang paling kelam kelibut, beli hanger 3 set, Baldi, bekas sabun, sabun fab, berus baju, sterika, cadar katil, selimut, nescafe 3 in1, Maggie, Biskut mayat, Jem, peanut butter, Play Station 3, Proton Inspira, Iphone, Ipad, Ipod, yo-yo, akuarium, golf set, peti ais dan macam-macam lagi. (hentikan pembacaan anda terhadap contoh barang-barangan setakat peanut butter sahaja)
Aku ada sistem kalau nak packing barang nak masuk IPTA atau Asrama, aku akan kumpulkan semua barang dekat satu ruang sebelah pintu keluar, area kecik sebelah ruang tamu yang kadang-kadang boleh jadi tempat rak kasut. Setiap kali aku teringat barang apa nak bawak, aku akan ambil dan letak dekat kawasan itu.
Tapi setiap kali selengkap mana pun aku planning dan setting, mesti terlupa berus gigi dengan shaver. Bila dah besar ni, aku amalkan ada travel kit/toiletries bag yang ada spare shaver RM1.50 dengan berus gigi spare. Takda la nanti korang nyorok-nyorok gosok gigi guna jari buh ubat gigi konon-konon mengurangkan rasa bersalah nak sarapan tak gosok gigi kan?
Masa proses nak bungkut-bungkut barang ni, mak akan sedaya upaya nak pack semua barang untuk anak dia, kalau boleh nak bungkus peti ais suh bawak sekali, si anak lelaki pulak kalau boleh nak bawa beg sandang adidas ngan kain baju je - malu katanya bawak barang banyak-banyak. Tapi percaya lah, bila dah sampai dorm baru lah menyesal taknak ikut cakap mak bila semua barang nak kena beli baru kan.
************************
Bila masuk daftar UiTM Dungun, semua student tercangak-cangak tak tau hala tuju nak pergi mana, aku masa tu duk perhati je semua muka member-member dan teringat kenangan masa masuk asrama, sebijik.
ada pulak scene anak dara yang sedih nangis-nangis salam semut, cium-cium pipi dengan mak dan ayah, dan ada yang gomoi adik kecik, konon-konon nak bagi hilang rindu bila adik comel balik, kalau boleh nak gomoi habis-habis biar lekat bau baby bedak johson, losyen dengan minyak Yuyee cap limau kat badan tu.
Hari pendaftaran ni, aku tak boleh lupa kenangan masa tengok Askar Wataniah PALAPES Darat (ROTU) membuat ceramah promosinya, semua duduk masuk dalam dewan, pastu diorang bagitau lah kalau masuk PALAPES ni nanti ada elaun itu, elaun ini, elaun ina, elaun ino, elaun inai dan segala elaun lagi yang ada.
" adik-adik semua, bila awak semua masuk dalam PALAPES ni, nanti korang akan dapat elaun yang mana duit elaun ini boleh bantu mak ayah dekat kampung, sampai bila kita nak harap dan nyusahkan mak bapak je kan? dah sampai masa kita usaha cari duit sendiri"
" Bila korang masuk PALAPES ni nanti korang akan dapat masuk dalam hutan, training tembak-tembak senjata, naik Kereta Kebal, camping, pastu korang akan dapat macam-macam uniform, ada loreng, no 1, no 2, no 3, istiadat, pedang, sarung tangan, lagi satu, nanti kalau korang dah tauliah terus jadi pegawai tentera pangkat Leftenan muda tau? bila kahwin boleh la pakai baju askar istiadat tu, boleh jalan lalu bawah pedang!"
Pastu abang-abang dan akak Rotu tu pun tunjuk la slide show camping, video dan buat perarakan cat walk baju uniform yang akan diberikan kepada pegawai kadet.
Meskipun aku dulu sangat aktif dengan Pengakap dan Kadet Polis masa zaman sekolah, tapi aku memang tak minat nak masuk Askar, sebab aku dah dapat bayangkan apa yang jadi pada aku bila tengah nyenyak tidur sekali bunyi wisel dan orang jerit-jerit suruh turun bawah buat perbarisan (rokol/ row call), mahu bebal muka aku asyik kena tiow je.
Jadi promosi itu tidak berjaya menarik aku mendaftar sebagai Palapes Darat. Tapi kalau aku masuk, mungkin sekarang aku dah jadi Kapten Tentera Udara macam Shahril Husin walaupun Shahril dulu selalu take cover kat rumah seksyen 8. Kurang-kurang pun jadi Komander Kesatria macam Zikry yang buat mesyuarat post mo term selama 4 minggu bagi event camping yang berjalan selama 3 hari 2 malam..
" Ikar, yang kau tak puas hati sangat dengan pakya ni kenapa?"
" hek eleh zik, rilek lah zik, apa hal kau ni?"
Tapi kepada adik-adik lepasan SPM yang memang suka badan Uniform, abang memang promot dan sarankan masuklah PALAPES ni 100%, banyak benefit yang korang akan dapat, tapi kepada yang tak minat, takyah la ngade-ngade nak try, nanti korang akan keluar air mata darah menangisi keputusan yang korang buat. Jadi terpulang samada korang nak ke taknak, itu je.
******************
Minggu Haluan Siswa, minggu orientasi, minggu suai-kenal-kalau-salah-kena-cangkung-depan-kolej-ramai-ramai.
Minggu Haluan Siswa ni aku tak boleh lupa la, banyak kenangan manis, paling manis bila ada akak Fasi yang cun macam Ely Mazlin yang penuh semangat kekakakkan. kalau dia sudah ada anak secara rahsia mungkin dia lebih kepada bersikap keibuan...
" aku muda lagi lah, apsal lak nak cakap sikap keibuan? choiiii......"
" choi? akak ni perempuan ke atau gadis jadian?"
" sentap mak nok, kau cakap akak jadi-jadian! taknaklah belanja kau makan karipap pusing depan pantai petang karang"
" alaaaaa akak ni, usik sikit dah sentap, choiii.. ehh apsal saya pun main choi choi ni? very very the drag queen malam rabu tau!"
Pada masa Minggu Haluan Siswa ni lah semua freshies akan mula membina empayar, mencari kroni dan proxy, tapi selalunya kawan yang ada masa minggu orentasi jarang berkekalan sampai habis pengajian. sebabnya bila dah mula kuliah, korang akan mula attach dengan kawan-kawan satu kelas, satu dorm dan satu wing yang membuatkan korang lebih rapat dan mula menjauhi kawan-kawan sehidup semati - ikat buku lali masa main sukaneka minggu orentasi tersebut.
Kiranya masa minggu orentasi, korang akan allied dengan kawan-kawan desperado yang akan berpuak-puak masa nak makan kat dining, pergi Ko-op Mart beli sabun, pergi cafe tapau nasik goreng USA, dan sama-sama lepak bilik TV tengok Detektif conan sebab takut terlepas siri wahima korang dah tua bangka masuk Universiti.
" selalunya bagaimanakah caranya nak memilih kawan masa mula-mula masuk U dan dalam minggu Orentasi ni ye abang Zul?"
" korang akan cepat-cepat mencari persamaan yang paling ada walaupun sedikit ataupun korang akan mencari pattern untuk mencetus suasana saling bertegus sapa, contohnya kawan dari negeri yang sama, satu sekolah, sama-sama ada Skuter suzuki VS125, sama-sama suka korek hidung guna tangan kanan, sama-sama hobi suka tengok CD Blue dalam dorm sambil berselimut atau korang jenis satu kepala jenis gila-gila suka gelakkan budak skema yang gantung kad matrik kat tengkuk"
Aku pulak masa tu, dah terus buat ally dengan Mat Lan, Fadhil Gelugok, Arzizi, dan beberapa budak lagi, diorang ni semua jenis budak gila-gila yang suka menganjing budak skema dan budak poyo, tetapi kami tidaklah terlalu advance jahat sampai tahap isap rokok dan muka ada parut kesan kena libas dengan ekor pari, cuma kami geng suka menganjing je.
" wei, Padil, kau tak pakai spende ye pergi kelas?"
" shuhhhhhh, diam diam diam, macam mana hangpa tau aku tak pakai spenda ha?"
" bengong Padil, sah sah nampak bontot ko, dah tau tabiat tak suka pakai spende, pergi pakai seluar slek kaler putih buat apa?
" aku tak boleh la pakai spenda, rimaih, rasa senak!"
" mesti berayun kan kan punya tu?"
" bengong la hang ni... dah dah senyap-senyap, ni rahsia kita, tau markha malu habaq hang"
Tengok! sampai begitu sekali akrabnya hubungan kami kawan-kawan sekolej di UiTM Kampus Cawangan Dungun.
Betul la orang cakap, bahawa hubungan antara rakan sebaya, sekolej, senior-junior dan student-lecturer lebih rapat masa di cawangan berbanding Induk iaitu UiTM Shah alam.
" eh macam mana kau tau ha Zul, kau kan masuk Cawangan je, mana boleh nak compare dengan UiTM Shah alam"
" Owh, aku merasa dua-dua, Dungun pun aku rasa, Shah Alam pun aku rasa masa diploma"
" ehh mcm tu pulak, cerita la cerita la cerita la"
" boleh, tunggu sambungan Part 3 pulak, ni dah panjang sangat, dah macam nak jadi Cerpen bertajuk Bapa ku bernikah dengan Kekasihku pulak"
***********Belum Tamat, sambung lagi di Part 3**************
Summary Bahagian 2 :
1. Dapat Tawaran dari mana pun bersyukur, jangan memilih, masuk dulu, pastikan anda sudah berada di dalam sistem Universiti, jika satu masa tidak berpuas hati dan nak tukar kursus atau kampus, lakukan secara profesional. JANGAN TOLAK TAWARAN..buang masa.
2. Sesetengah UITM dan IPTA ada Kokurikulum PALAPES atau ROTU - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Askar Wataniah, Tentera Malaysia.
3. Hayati Minggu orentasi, cari sekutu secepat mungkin untuk survival, tapi sekutu masa orentasi jarang bertahan sampai hujung nyawa, akan berubah apabila start kuliah.
4. ada akak Fasilitator comel macam Ely Mazlin
5. Jangan melawan mak masa proses packing2, apa yang mak bungkut tu, terima je dan sumbat banyak-banyak dalam bonet kereta, takyah segan-segan, percaya lah ckp abang, kalau tak kau akan menyesal!"
6. Kalau korang tak suka pakai spenda, jangan pakai Seluar slek kaler putih. Huduh!
apsal sebak bila teringat kenangan lama masuk Universiti? mestilah sebak kan, the best thing happen in our life. Credit Gambar : http://nurhanun.wordpress.com |
'abang kitchen' tengah buat sensory evaluation daging burger untuk thesis. |
P/S tak perlu P/s banyak2 sebab cerita dah panjang dan summary pun dah ada. bye bye, nantikan sambungan di bahagian 3.
teringat zaman mude2 duduk kolej perindu, selalu kene ngorat :-)
ReplyDeleteorientation atau taaruf week adalah hari yg plg tak best sbb kene bangun kol 4/5.. :D, pastu blk hostel mesti tgh2 mlm, smpai satu tahap rasa nak tdo je kat tepi jln raya tu haha.
ReplyDeletetp kenangan di belajar di u adalah kenangan yg paling best :)
haha kadang2 tempat yg kita xnak la tempat yg paling best. mcm mula2 aku dpt kt matrik labuan dulu. rasa nak menangis tgk penempatan kat labuan. sebab labuah has nothing. tapi bila dah sampai sana, labuan x sibuk, dgn member2 yg best n environment college pun best mmg x sedar dah setahun study sana. rindu bangat. just masalahnye susah nak balik. double flight dah la jarang lak tu. haha
ReplyDeletehuhu, memang teringat kisah belajar dulu.. dapat kampus Dungun tu ok la, mane tau kot2 jumpa aku sane..hehe
ReplyDeletepanjang entry ni, jari aku letih scroll tapi olahan menarik, tak terase sangat. tunggu sambungan ke 3 lak
entri ko memang menggamit memori betul la...teringat memori zaman muda2 suatu ketika dulu saat aku masih study kat oversea...keh3
ReplyDeleteseronoklah baca kisah ni...teringat pulak masa saya masuk uitm shah alam dulu! mak abah antar naik bas je masa tu sebab takde kereta..
ReplyDeletepastu kenangan masuk kesatria, best sangat!
p/s : ada part 3 ke?? hehehee
Dapat Kuala Pilah rasa nak balik rumah kecik gila.Rs mcm tak duk U pun.tapi bila dah habis belajar punya sakan menangis sebab syg nak tinggal kengkawan.
ReplyDeleteDpt perlis pun sama tapi bila dah habis belajar br kenal erti penyesalan.haha
moral of the story kena campaklah dekat kampus mana2 terpulang pada kita utk sesuaikan diri.memana pun best kalau ade kwn yg best.
adhoiii..aku teringat-ingatlah zaman kat U yang best tu..
ReplyDeleteko pernah guna istilah 'aihong' tak?
hahaha...gua tumpang gelak je bro
ReplyDeleteaku on da way apply uitm.. :)
ReplyDeletetolong kira saya msuk uitm plsss:p
ReplyDeleteMana part 3????
ReplyDeletesaya ex student UITM Dungun...mmg terlalu byk memori kat sana...suka duka....yg best sebab tepi laut...tepi tasik..belakang bukit...gi kelas best nya angin laut menderu2....bila hujan abis basah kuyup....makan kat cafe pun best angin asyik bertiup...mcm hindustan rasanya...dan paling tak dpt lupakan kisah2 dgn pakwe2 disana..heee
ReplyDelete