November 2, 2011

Pedoman Membuat Keputusan - IPTA

Assalamualaikum..

Selepas tamat SPM, aku pun duduk di rumah menghabiskan masa lapang, bila dah lama sangat duduk saja, datang pula rasa bersalah pada diri.

" Bangun tidur, makan, tengok Tv, makan, tengok TV, makan, tengok TV, tidur, dah macam hamster pulak rasa, hamster lagi produktif, ada rail roda, boleh lari pusing-pusing bagi tuan gelak seronok!"

Akibat dari perasaan ini membuatkan aku seringkali diselubungi rasa bersalah, jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke kilang ais bapak aku dan tolong pekerja tarik air batu. Pada masa itu air batu untuk nelayan adalah berbentuk bongkah kiub sebesar meja komputer dan ais itu samada dimesin menjadi seperti salji atau dipotong-potong secara blok.

Apabila aku bekerja di Kilang ais, aku buat side income, aku kutip baki-baki pecahan air batu (habuk) dan aku kumpul dalam guni baja, lepas tu aku simpan dalam walk-in freezer kilang tu. Bila ada nelayan, pengusaha keropok lekor, atau orang jual ikan pasar nak beli, aku akan jual dalam harga RM 6.00 untuk beg kecik (25kg) dan RM 9.00 untuk beg Besar (50kg)

Hasil dari side income ini membuatkan aku menjadi antara remaja paling kaya dalam Mersing, walaupun aku masih lagi meronda-ronda dengan Suzuki Best merah atau Suzuki GSX 250 lama, namun duit dalam wallet berkepuk-kepuk. Tapi sebenarnya bukanlah remaja paling kaya, cuma aku yang syok sendiri. Tapi bayangkan sehari setakat nak jual 10-15 guni air batu hancur belen ini takde masalah langsung.

Hasil dari duit kerja partime ni, aku buat beli raket badminton, repair motor, main internet dekat Cyber Cafe dan beli Majalah Galaxy, zaman dulu internet cyber cafe mahal gila, macam bayar tiket nak masuk kelab bogel, sejam RM 5.00. kalau kau dah ketagih main MIRC dan Ym sampai 3 jam, tak ke habis RM 15 sehari?

Oleh sebab itu aku menghabiskan masa bermain badminton dan memancing di Jeti kilang ais, Cuma apa yang aku kesalkan, aku tak jual ikan belukang yang aku dapat berlambak-lambak. Aku dapat ikan belukang atau ikan duri aku cabut mata kail pastu aku buang balik dalam sungai.

Suatu hari aku dapat tau yang Orang dari Kluang, Felda Nitar dan Jemaluang beli Ikan belukang dalam harga RM 2.00 sekilo, dorang cakap sedap buat masak asam pedas dan ikan masin katanya. Rugi aku buang saja, kalau kumpul-kumpul mesti aku boleh beli iphone 4 pada masa sekarang.

*************************

Bila tiba masa aku pun isi borang UPU bersama dengan Zulkifli Saadon, borang untuk masuk IPTA. Dek kerana result aku yang boleh tahan elok walaupun addmath aku tak berapa nak lulus, aku begitu yakin untuk isi borang tu tanpa rasa tekanan. Masa tu kenangan yang best, Zulkifli siap tidur rumah aku, nak siapkan proses isi borang sambil sembang-sembang tentang masa depan.

Sejak dari tingkatan 4 lagi aku dah set dalam minda aku nak amik kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan di IPTA nanti, dulu angan-angan aku nak bukak Cafe macam DOME atau Coffee bean, paling kurang pun nak amik franchise Gloria Jeans Coffee.

Di samping itu aku juga berangan-angan nak hidupkan cita-cita zaman kecik iaitu nak jadi Saintis mencipta makanan untuk angkasawan yang berekspedisi ke Marikh.

" Zulfikar, apakah cita-cita kamu bila dah besar nanti?"

" saya nak jadi Saintis cikgu!"

" Saintis ada banyak, kamu nak jadi saintis macam mana?"

" saya nak jadi saintis yang macam dalam buku dokumentari tu cikgu, yang boleh reka makanan letak dalam ubat gigi!"

" wahh, tinggi betul cita-cita kamu, satu hari nanti saya doakan kamu berjaya Zulfikar"

Jadi atas beberapa faktor yang berhubung kait antara idealisme dan rasionalisme membuatkan aku memilih beberapa kursus dalam pilihan IPTA

Pilihan Kursus Tawaran IPTA mengikut turutan :

1. Kursus Mikrobiologi

2. Teknologi Makanan

3. Pengurusan Perkhidmatan Makanan

4. Pengurusan Hotel

5. Farmasi

6. bla bla bla bla...

7. Kursus Matematik Tulen, Pure Math tahap Goodwill Hunting menyelesaikan persamaan kuadratik sambil ngorat awek dalam Pub.

Itulah pilihan-pilihan yang aku telah letakkan dalam senarai pilihan kursus borang UPU/IPTA itu. Akibat dari pilihan-pilihan yang bercampur baur itu, aku begitu yakin tahap 98% bahawa aku akan dapat Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan tanpa berbelah bagi lagi.

Aku bukannya pesimistik, tapi Kursus Mikrobiologi dan Teknologi Makanan itu hanyalah pilihan utopia bagi menghidupkan harapan kanak-kanak yang mahu cipta makanan dalam tiub ubat gigi, tetapi secara realistiknya pilihan nombor 3 lah yang bakal menjadi laluan aku satu hari nanti.

Dulu pernah Shahril Husin sembang-sembang mengeluh dengan aku, aku tau dia meluahkan secara serius sebab bila dia serius muka dia macam tengah gelabah hilang kunci motor.

" Ikar, kalau ikutkan hati aku ni, aku taknak kursus Hotcat (Hotel & Catering) ni, aku minat bab kira-kira la"

" Habis tu, kau nak course apa?"

" kalau boleh, aku teringin nak study dalam Engineering ke, Mekanikal ke"

" ahhh kau debe, Akaun asas perhotelan pun kau boleh gagap nak tarik debit credit, ada hati nak masuk engineering, nyampah gila aku dengar wei"

" hehehe...hehehe betul la ikar, aku minat engine laaaa...hehehe"

" blah la woi"

" ala kau macam la masuk kos Foodservice ni dengan rela hati..ceittt"

" kau memang kawan aku be, tapi bab ni kau salah, aku memang masa isi borang aku letak foodservice no 3, pastu dari form 4 aku dah target nak masuk HotCat kat Shah Alam"

" huh, tak caya lah aku.. dan dan je kau Ikar"

Tapi selepas 3, 4 kali sembang menganjing diadakan dan aku agak serius mempertahankan keputusan aku untuk pilih Foodservice membuatkan Zikry dan Shahril Husin (debe) mula menerima hakikat yang aku memang minat Foodservice.

*****************************

Selepas mengisi borang dan menunggu keputusan IPTA, aku terus menghabiskan masa mengumpul ais hancur, main Mirc dan badminton, sambil tu jugak aku tengok Tv drama cina tentang persaingan restoren kobis goreng dan air bubble pearl tea.

Pada saat yang dinanti-nantikan, kami pun cek keputusan UPU online dan alhamdulillah aku dapat masuk IPTA course yang aku mintak, cuma seminggu dua lepas tu, barulah surat tawaran rasmi akan sampai ke rumah secara pos.

Akibat yakin diri, sebelum cek result online pun aku dah mula tak layan surat-surat tawaran dari IPTS dan kolej-kolej. Tapi seram sejuk ada jugak, aku dengan yakin monyetnya selamba tak isi permohonan masuk matrikulasi. Sebabnya aku dah target nak dapat kursus Foodservice, Tapi aku tak pernah cerita dekat mak bapak aku yang aku tak mohon matrikulasi, kalau bapak aku tau, mesti aku dah kena ceramah perdana hal ehwal semasa 'abah dulu'...

Setiap hari yang berlalu dirasakan penuh lambat....tik tok tik tok... penantian itu bagaikan tidak berpenghujung... satu hari tuu... (jap berhenti menulis nak pergi sembahyang subuh kejap)

Penantian itu bagaikan tidak berpenghujung... satu hari tuu... aku dengar bunyi  rem enjin EX5 bercampur dengan bunyi tong surat, bising tapi merdu, bunyi itu adalah bunyi motor abang posmen. Aku terus lompat-lompat macam anak kijang mencari ibunya di hutan Redwood California, walaupun aku tidaklah comel macam anak kijang si bambi, tapi cukuplah bayangkan aku macam beruang dalam kartun jungle book mowgli itu.

Aku amik surat tawaran bersaiz besar dalam envelop warna coklat, eh putih, eh coklat, tengok! kan aku dah pesan korang lama dulu, memori sering menipu kita, aku tak ingat envelop tu kaler apa. ok aku try habis baik, aku pun amik surat tawaran itu dan bukak dengan penuh semangat waja..

Tahniah, sukacita dimaklumkan bahawa saudara telah berjaya dalam permohonan melanjutkan pelajaran di IPTA, anda ditawarkan Kursus Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan, Universiti Teknologi Mara  (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

Bila aku bukak je surat, aku nampak je pembuka ayat mula dengan huruf S....ukacita tu, aku dah senyum lebar dan segala beban gusar selama ini berbayar, lepas habis baca, aku salam cium tangan mak aku, masa tu aku ingat lagi mak aku tengah pegang penyapu lidi, baru lepas sapu karpet. Pastu dikuti adengan salam peluk cium laga-laga pipi.

Kemudian, bila aku dah kurang excited, aku duduk tenang-tenang, baca surat tu perlahan-lahan, baru perasan balik.. ehhh ini Universiti Teknologi Mara  (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun ni, bukan Shah Alam...

Apakah yang akan berlaku selepas itu?

Bagaimanakah sambungan kepada kisah pedoman membuat keputusan ini?

Adakan akan berlakunya arahan Injuksi dari mahkamah terhadap kisah yang berlaku?

Nantikan sambungan kisah membuat keputusan di sambungan bahagian kedua (2)


                                 **************Belum Tamat, Bersambung*************


Ini adalah scene favorite aku dalam Goodwill Hunting, saat di mana Matt Damon menganjing mahasiswa havard (kot) dalam pub. tapi dia sebenarnya bukan buat persamaan kuadratik, dia selesaikan masalah math masa kat koridor sambil mop lantai.

p/s I Pilihan no 7 itu memang aku sengaja letak yang heavy gila, sebab aku tau, diorang akan bagi pilihan 1-4 je. kiranya pilihan pure math tu macam menganjing la, gila apa, math moden pun dapat 4, ada hati nak pure math.. hahaha...

p/s II "kau ni banyak main la Zulfikar, isi borang UPU pun nak menganjing pemilih tu, tak dapat padan muka kau" 

p/s III "ala, menganjing ringan-ringan je pun, geli-geli" asalnya aku nak tulis sampai habis, tapi bila cek preview tengok dah macam panjang berjela, jadi aku sambung je la kat entry akan datang ye....







p/s IV kalau tiadanya polisi hak istimewa bumiputera, Sistem Meritokrasi dan jasa Pemimpin Negara yang menjamin masa depan anak bangsa Melayu dengan MARA, aku tak dapat bayangkan betapa banyak antara kita semua anak-anak bumiputera yang tertinggal dalam arus pendidikan Peringkat Universiti - Bersyukurlah dan jangan jadi Ignorance sangat.

22 comments:

  1. Ntah ape laa aku fikir masa pilih kos kt ipta dulu kann.

    ReplyDelete
  2. misssenget : ala. takkisah kan? yang penting kau dah grad dengan jayanya dalam kos yang ko plih kan.. :)

    ReplyDelete
  3. aku punya result matrik tak gempak,so aku amik kos yang aku sendiri taktahu apa kesudahannya..
    tapi sebenarnya apa yang membentuk kita ialah pengalaman kita survive bukan sijil kita.

    mode-berangan nak sambung Master tapi ada orang tak bagi hahaha

    ReplyDelete
  4. saya dulu dua kali mohon uitm, first intake tak dapat, dapat second intake! memang pilih course secretarialship, siap letak pilihan pertama lagi... memang confident gila boleh dapat!

    alhamdulillah dapat jugak course tu kat uitm shah alam!

    p/s : tak sabar nak tunggu apa keputusan yang dibuat! ^_*

    ReplyDelete
  5. Tapi aku tak berjaya survive lagi..

    ReplyDelete
  6. p/s yg last tu aku setuju sangat! bersyukur la..


    aku lepas spm dapat tawaran masuk form 6 je..U,matriks langsung yilek..T_T


    lepas stpm aku apply lg nk masuk u..tp yilek jugak..mungkin result aku tak berapa nak strong..2P2R je..dah le kos sains..uhuhu..dan mungkin takdir nak aku bekerja dulu untuk kumpul duit..ingat org senang ke gitu2 je nk smbg belajar?aku mesekin weh..


    tahun berikutnye aku apply lagi utk masuk u..alhamdulillah..baru dapat..dan memang kos yg aku belajar tu adalah pilihan aku yg utama..tapi kena campak jauh nun kat Sabah..


    skang berangan nak sambung Master pulak..huahuahua..kalau ade rezeki la..;p

    ReplyDelete
  7. hmmm...dlm dilema gak nak buat keputusan dulu sbb dpt tawaran course & universiti yg tiada dlm pilihan, pastu jauh plak tu over the sea beb..tp ayat drp ayah yg ringkas tp padat menyedarkan aku dr lamunan dan memberi semangat serta kekuatan utk meneruskan cita2..syukur alhamdulillah aku berjaya mengharunginya walaupun bukan senang dok kat tempat org..nasib baik aku tidak terlalu mengikut perasaan suatu ketika dulu..rupanya best wooo menimba pengalaman di tempat org...hehehe

    ReplyDelete
  8. topik entri yg sgt relevan. nak2 plak dekat ngn spm ni. syukur jd anak bumi ni kan. bleh pilih2 smp 8 kos (upu 2001)..jd peluang tu sentiasa ade. apepun thniah kat tn umah dpt kos yg dihajati :)

    eh, bongkah ais tu yg blok beso tu ibu penah tgk org tarik pkai cangkuk besi zaman kecik dlu...(smp skg duk pikir..idak berat ker yop??)

    ReplyDelete
  9. Saya dulu excited kemain nak amek sesama dengan kawan baik,sekali dia dapat shah alam saya dapat perlis.uwaaaa.kemain excited pilih kos.kahkahkah

    ReplyDelete
  10. kool la bro!! salam dri uitm s.alam

    ReplyDelete
  11. teringat zaman isi borang UPU..
    orang semua isi guna online

    aku jugak yg isi guna buku.. siap main coret2 kat kertas OMR..

    naif kan?

    ReplyDelete
  12. aku lepas SPM dok layan kosmetik je.. baru pandai nak tenyeh muka dgn benda2 alah tu.. kisah aku lg kesian Nyah.. beli borang IPT tp tggu result SPM tak sampai2.. sampai la org lain siap pos borang. Walaupun aku bersekolah tp ada kisah di sebaliknya kenapa aku tetiba tukar status calon persendirian & amik exam kat luar.. panjang lak kalau aku cerita dlm komen entri ko. Kang jd 1 entri kat komen ni kan?? kekekekeke

    ReplyDelete
  13. yes, sokong sangat . klu takde yg pertahankan MARA . mmg habis laa ramai orang :)

    eyh, Mersing Johor yee? wahh, kampung sayaa . haha .

    ReplyDelete
  14. setuju ngan ikhram..lepas je zaman aku spm..borang2 ni dah tak main dah..sume pakai online..

    aku spm 2005..bulan 3 2006 nak hantar borang upu (OMR)..sbb kat borang tu ada kene tulis nom fon kan..ada sorang mamat ni ambil nom fon aku tanpa aku sedari.
    time tu aku kat cyber cafe.ada mamat kat sebelah aku mintak borang upu aku sbb katenya nak buat rujukan dia .aku pun bagi la.
    tak lame kendian..ada miskoll masuk.no digi..pelik aku.last2 baru aku dapt tahu tu nom mamat yang duk sebelah aku kat cyber cafe tu..dan bermula hubungan kawan tapi.....
    huhuhu..(sambung la sendiri..miahahahah)

    p/s:mamat tu sama umur ngan aku..hehehe..dan dah jadi kenangan je memori tu..huhuhu

    ReplyDelete
  15. fuhhh semput jap nak abeskan satu entri..tekun kan baca..haha baca buku pon tak setekun ni taw..sekali nafas (tipu benor)hehe...cpt2la sambung...baca cite nih buat sy teringat zaman sy lepas spm :)

    ReplyDelete
  16. kadang2 rs rugi tak pilih course yg along suggest, ms muda biase la, degil..

    tp bersyukur je ngan apa yg ade skang ni, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  17. Noi : mesti bakal roomate ko tak bagi kan? nanti takkan dia nak tdo ngan kucing je plak..

    Mas Saari: ni senior saya ni ke? ke kita satu batch? tahun berapa ye?

    missenget : pelan-pelan beb..pelan2...

    Chegu : heh... mestilah, blog aku byk nostalgia..

    Cik Sha : ko memang tabah.. ko memang tabah sha.. untung laki ko nanti...

    Bintang Hati : duduk tempat orang la best.. bosan kalau asyik duk dekat ngan rumah je plak kan...ko duk study swak ke sabah?

    sygibuaniq : UPU 2001? umur kita sama ke? 27 thun? saya tarik ais pakai Hook.. mcm hook lanun tu.. cangkuk kat ais pastu tarik, tak berat. licin je atas papan...

    Nin : sama la, dulu berangan nak masuk ngan Zulkifli sadon hahaha

    Azuha : wahh junior nih :) salam salam..

    ikhram : sama la kita. ehehe

    Lekat lekit : nanti kau buat la entry kisah SPM calon persendirian.. ramai kot yg nak tau pengalaman tu..

    Fatin : setuju!! awak mersing area mana?

    pjah : pehhh kena ngorat kat cc.. nostalgia habis la mung nih.. haha

    Yussida : errm, bayangkan Yussida baca blog tak pakai spek, mesti renik je bijik mata kan.. hahaha

    Jue : ala benda dah berlalu.. lupakan.. kejar kisah baru pulak...

    ReplyDelete
  18. yuppp!! betul tu zul...dulu zaman gila2 remaja x matang lg nak pikir, asyik nak dok bawah ketiak mak bapak jer...hehehe..aku study kat ums kampus induk kota kinabalu...tp serius aku memang suka dpt study kat sana, memori terindah dok merantau kat tempat org..x kenal maka x cinta kan...:)

    ReplyDelete
  19. hmmm... zulfikar, zaman kita masuk u tu dah zaman meritokrasi la... mana ada kuota lg. dan kita bersaing secara adil dgn semua bangsa.. kita tahun pertama kan?

    ReplyDelete
  20. sabrina : kau ngan aku sama umur ke? ehehe, yerp, zaman kita zaman first meritokrasi.. tapi meritokrasi berpercentage, ada kuota jugak... pastu walaupun merit, MARA dan UITM masih jamin 100 tempat duduk dalam U untuk anak melayu...

    ReplyDelete
  21. Boleh saya tahu peluang kerjaya lepasan diploma dalam bidang ni?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...