Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.
Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.
Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.
******************************
1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"
A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL.
Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.
Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.
Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.
B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman
C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.
Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan?
"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."
2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"
A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.
Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.
B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?
Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.
3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"
A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?
B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.
4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.
Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.
Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...
Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)
Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.
"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"
Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?
Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.
Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?
Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.
Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.
contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?
Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan!
Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.
5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"
i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan.
ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.
Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.
Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa
Sampai bila nak habis?
Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila.
Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.
Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ...
" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka"
Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.
Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.
Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.
6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"
i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.
ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?
Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?
iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!
"Kenapa pulak Zulfikar?"
Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.
Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?
Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.
iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.
Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.
**********************************
Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.
Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.
Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia.
Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat.
P/s "Hai mambang tanah mambang air mambang api mambang angin, mambang berasal dari gunung si mambang"
" Hey berapa banyak mambang mau tulis daaa"
" Hey jangan cakap, tulis haaa!, berdampinglah dengan ku wahai si mambang, hanya itulah pesan ku mambang.
p/s/s dont worry bebeh, tak kiralah apa pegangan politik korang, aku sayang korang semua. :)
poyo je 50 ribu kununnnn....web bersih.org "LIVE UPDATE" kata polis melemparkan bom gas pemedih mata kepada 100 ribu orang. Boo! 100 ribu?LOLOLOLOLOL
ReplyDeleteagaknya dia ingat kita ni semua taksub BERSIH tu kot.. semua nak percaya je..
ReplyDeletedia ingat kita ni buta ke taktau beza 50ribu, 100 ribu... mcm mana...
aku tengok yg depan pudu tu.. 10ribu pun tak sampai.. BooOOo
boo sama dia, boo
boo panjang booooooooooo, boo pendek boo!...hahaha
budak2 muda pun ramai ikut sebab tak tahu/tak ambik tahu sangat pasal benda ni.. nak ikut darah muda je.. hishh.
ReplyDeletekesan benda ni untuk beberapa tahun lagi takde pulak diorang nak fikir..
*amat setuju dengan kau
hahahaha.mana mana kata 300 ribu rakyat dtg nak berhimpun bagai.kalau tak tahu macam mana nak mengira buat balik yang cikgu ajar masa sekolah rendah yang guna batang lidi tue.cakap nak besar je.
ReplyDeletesemalam sorang penyokong bersih kata kelantan dah ckp maju tak perlu ade pub,disko,panggung wayang bagai nak maju.aduh cetek gila otak orang taksub kan.cakap guna lutut ke bang?
lepas tue kata ambiga cuma ketua utk mandapatkan ketulusan,keadilan dan kebagaian tapi bia ckp apa yg pernah ambiga pernah perjuangan utk menjatuhkan Islam mereka boleh ckp memanglah nk mrh tp kalau bersih 2.0 berjaya semua yg ambiga nk wt dlm IFC tue tak jadi.nei dia ckp dgn adk dia yg br umr 2 bln kot.yg tahu isap nenen je.
alamak terpanjang plak komen,nei sebab berlapikkan dgn emosi ms mengomen nei.hahahahaha..
p/s : nak suruh org belajar psl Islam,biar diri tue penuh ilmu di dada dulu.
Aku bangga sebab kau adalah Seorang melayu...aku menitiskan air mata aku bila melayu diperalatkan...tq Atas pendapat kau...dan pendapat ini aku Sokong 100% tANPA keraguan
ReplyDeleteaku malas nak menaip...so aku curi kau punya entry nih... sekian...
ReplyDeletePendekar Berkuda : silakan, :) jangan lupa kredit.. TQ utk bersetuju...
ReplyDeletemeremang je bulu roma tengok berita n cerita2 pasal ni..Selamatkan negara n bangsaku Ya Allah AMIN
ReplyDeleteYEAH!
ReplyDeleteLOL! LOL! dan LOL!..
itula..ikot ambigay nieh la uru hara negara kita..even aku tak cukup umur nak ngudi tapi aku ada akal nak guna! aku kesian bila tengok yang dok kibar mengah bendera roket tu ialah pakcik2 yg serbannya tinggi belaka tapi kena macam tu??adoii...
kesian aku tengok orang yang tak bersalah..pastu polis yang jalankan kerja pon kena hentam sebab wat roadblock.. HELL..
p/s::selidik dan banyakkan membaca pasal sapa yang kamu nak ikot tu...jgn membabi buta ikot punggung orang yang benar-benar menentang Islam..jangan berlagak pandai agama kalau pendirian kamu pun boleh berubah-ubah!
harap kau kekal berfikir mcm nih sampai boleh ngundi bro...heheh.diorang tuh pg bantah tapi ngundi yner idok
DeleteLagi satu aku pelik...ari tu Ambigay nieh dah jumpa agong kan..asal tak bagi ja memo tu??perlu ka nak kumpul "50ribu" org tu..haha..ada agenda la kotor laa
ReplyDeletenice one.
ReplyDeleteyang melayu islam ikot ambiga tu bodoh. belaja tinggi2 pun benda ni tak leh fikir memang bangsat punya orang.
point no.2 tu aku penah buat entry.
ReplyDeleteaku tak suka jem pasal bende mengarut macam ni, tapi membe aku tu provoke aku mulia sangat sampai tak penah lambat pegi keje. in fact, i am tak penah lambat pegi keje...
hahahah...
tapi aku tak kisah pon... sebab membe aku tu bukan reti sangat berfikir... dia nampak dari pandangan dia je...
maklum laa... free hair, tapi dulu blaja kat uia kene paksa pakai tudung... memang ah berontak habes...tambah plak kene extend sem...
semua point lain pon aku setuju... sape jenis sokong bende takde faedah membuta tuli memang ah dia buta hati...
suara konon 50 ribu orang mewakili 27 juta rakyat malaysia?
hahahaha....
aku setuju.. sangat2 setuju ngan entry ko, jangan buta sangat ngikut jek.. gunakan kuasa anda ms pilihanraya nanti, abes cite.. love this entry..
ReplyDeleteapa-apa pun biar telus masa PRU nanti.
ReplyDeletejangan buat undi rosak.
dan berhati-hati dengan orang yang in charge dalam pilihan raya tu. mungkin anda akan menjadi salah seorang 'pengundi hantu'.
jaga-jaga
Ambiga ambiguous. Aku punya prinsip, senang je: never trust a lawyer. Especially if it is an Indian. *vroom vroom, racism spotted!*
ReplyDeleteApa-apa pun, apa yang aku perhatikan dalam video-video Bersih semalam, ada jugak rallyers yang buat provokasi. Bila dah di provoke, siapa tak panas, kan?
Bersih ke, kotor ke, nampak sangat dua-dua belah pihak nak pertahankan kepentingan masing2, bukan orang ramai.
betul bro, bukan semua polis tuh dapat claim over time hahah...so claim ngan penyepak ok gak kan..
Deletehai aku sokong bersih sbb aku nak pilihanraya yang adil. ambiga? agenda tersembunyi? sapa peduli.
ReplyDeletebab politik mak genggam jari jer.. tak tau nak komen apa sebab mak krg arif & krg ambil tahu yang mak tau semalam mak & laki mak sangkut kat roadblock kena tahan dgn polis yg curiga kitorang rushing. laki aku terpaksa buat dosa menipu ckp nak buat pregnant check up walhal nak pegi makan kenduri. Kang ckp pegi makan kenduri byk lak soal jawab.. ckp pi check perut boyot dia tak tanya banyak dah. Tu je kesan mak rasa selain mak dpt beristerirehat dengan hubby sempena dia tak blh keja semalam. Segala order terpaksa postpone hantar sbb nak masuk KL amik brg tak blh. Tu je mak tau.. lepas tu mlm kitorang layan TV & youtube tgk video2 pasal perhimpunan bersih. Kalau sorang kutip satu sampah, memang confirm bersih KL semalam. kekekekekeke. Sekian makaseh
ReplyDeletecik MECK molek yg dekat atas tu. kenapa x peduli agenda tersembunyi ambiga? inilah dia manusia. sokong sesuatu sebab tak fikir jauh. agenda yang ambiga sembunyikan tu sebenarnya yg penting utk future. kenapa perlu lihat pada masa sekarang je? abes future nnti bila islam dah mundur baru nak ambil peduli? mcm tu perangai pun boleh ke? just a selfish person!
ReplyDeletexper alynn dia ada kewargenegaraan uganda tuh, kalau malaysia kacau bilau dia boleh lari sana hahhaah
DeleteWAAA.... nk amik ang jadi guru bleh x ikar? nk belajar sejarah :P
ReplyDeletekagum juga aku dengan cara penulisan kao....sedap[ sangat dibaca dan bila kebenarannya ada makin sedaplah lagi..:)
ReplyDeletefinally found a sensible post about this.
ReplyDelete(mak saye dah ready nak simpan stock makanan kat umah sebab takut 13 mei jadi lagi xD)
masuk part sayang2 je, aku lemah dah..
ReplyDeletetak jadi laa nk berbalas point..
padahal xde point pun nk betah..
loser je jd penduduk xde pendirian..
tqvm..aku ke yg trlmbt taw psl ambiga ni la lawyer lina joy?seb bek bc blog ni..law x,smpi sudah x taw..
ReplyDeleteaku nk petik kate2 sowg senior aku,kalau korang tu student uitm/poli/usm/unimas/any ipta,knp nak against gov ag?x cukup ngn tu,korang berjoli lak ngan dwet ptptn. pastu, join bersih..haaa,,elok sgt la tu.
Mcjust : itu sebab kita kene berilmu bila nak berjuang kan :)
ReplyDeleteElyana : tu lah jadi bila emosi sangat, boleh plak main separuh2, dulu ckp takleh pisah politik dengan islam, skrg boleh lak separuh2kan matlamat ambiga, gila ke ape...
Zippo Miller : terima kasih. semoga melayu tak diperkotak-katikan...
Balecan : yang pergi bersih tu pun bukannya semua belajar agama, ramai yg pergi sebab suka jd 'macam' anarchist je.. puiii
Fiffy : biasalah , dah taksub politik mcm tu la... setan dah hasut kepala...
Aslina : point no 2, adalah argument paling bodoh aku penah dengar, aku nak bahas pun aku malas..kan kan kan... :)
Jue Abd Rahman : Tepat!! kalau tak puas hati pangkah masa PRU la kann
Lily : persoalan anda telah dijawab dengan point no 6. timekasih
Irshadim : politik itu kotor.. dan politik itu mewajibkan hipokrit. tu lah jadi bila manusia hipokrit.
Meck : rujuk no 6... dan sila pahamkan perjuangan melawan murtad.
Lekat Lekit : senang je politik dr pandangan rakyat, tak puas hati undi masa PRU :) toksoh berbaloh.. hehe
alynn : betul3... Islam takboleh dipertaruhkan untuk politik.. politik patut dipertaruhkan utk islam.
Adfeez : kena byk baca buku dan AD :)
Assoyfinger67 : Terima kasih atas pujian..mashallah..semoga entry ni bagi paham anak muda.
Fatehah : bukan mak awak je, ramai org tua yang dah panik...
Misssenget : takpe kalau berlainan pendapat, tapi takyah berbalah.. hidup aman damai.. tak suke undi masa PRU.. habis citer.. kan yang kan? hahaha
Ked : u r most welcome, yg sokong ambiga tu kalau dah tau pun buat2 taktau...sebab rasa malu dan tertipu.
Salam alaik Bro..
ReplyDeleteTertarik entry ini.
Pendapat bro. naim terisa . Saya seorang pro-BERSIH.
^_^
Jangan marah ye.
Tuntutan BERSIH mahu SPR lebih adil. Undi pos dimansuhkan dan akses media yang lebih telus.
Sekarang, sedia maklum. Media elektronik dan arus perdana sudah menyokong kerajaan pada zahir dan batin nya. :)
itu sahaja. Dan saya bukan budak yang taksub politik sangat. Saya budak nak demokrasi yang adil dan saksama. Bersih bukan luahan suara evolusi Mesir.
^_^
Peace bro
Jika ada terlebih kata dan perasaan daripada hamba aLLah yang lemah ini. Segala yang benar iaitu Allah.. ^_^
-:Naim:-
http://pemudattbc.blogspot.com
tumpang mencelah.
ReplyDeleteaku pun tak side mana2 pihak.
cuma pada aku setuju dengan cakap kau... perarakan jalanan tu byk dtgkan kesusahan dari kebaikan...
even dari apa yg ex-PM Mahathir kat page dia...
https://www.facebook.com/notes/dr-mahathir-bin-mohamad/demonstrasi/10150252837067529
(kalo rajin sila la baca)
kebanyakan anak muda zaman skarang mmg tatau peristiwa 16 Mei berdarah..
derang sme byk terikut2...
sedikit sebanyak kau dah kupas sini... aku harap derang leh paham la kenapa Malaysia menghalang perarakan begini...
pasal pemerintahan sekarang..
aku nampak byk flawless nya...
aku pun tak rasa Najib sesuai jadi PM... bukan salahkan Rosmah tak bertudung... tp penyalahgunaan duit rakyat yg buatkan rakyat tak puas hati. aku baru terbaca yg rosmah beli cincin reger juta2...
terfikir juga... jika jadi PM.. mmg byk duit ker sampai bole beli senang2 cincin harga begitu...
kat sini mmg nampak obviously dari mana duit tu dtg... kecuali mereka ada bukti duit mereka sendiri..
tentang pasukan polis..
aku lansung tak salahkan polis bila berkeras dengan penunjuk perasaan, mmg terdapat beberapa orang yg agresif dan berdegil..
dah diwarning still tak nak dengar.. polis gunakan kekerasan...
jgn la salahkan polis..
bila polis tahan orang...
berpusu2 kameramen dtg amik gamba utk post konon2 polis ganas...
abis? dah tanak denga cakap..
nak dtg salam.. mintak hulur tgn utk digari ker? sigh...
kau ditahan sebab menghalang polis buat kerja... kenapa nak salahkan polis pula...
pasal media... dah tentu ler media gamen pegang, tunjuk kebaikan ttg gamen, confirm la jadi bias.
bila parti pembangkang memerintah (katakan lah) nak ker kasi berita buruk ttg diri sendri...
mana2 kat dunia pun sama jer...
pada aku AMBIGA mmg ada motif dia sendiri... atau dia dipergunakan orang.. asalan pilihanraya BERSIH secara tak lansung mmg kompem akan disokong sepenuhnya parti pembangkang... sebab tu AMBIGA amik kesempatan ni dan gunakan alasan utk dapatkan pilihanraya adil. dulu dia dibenci orang Islam sebab kes Lina Joy. skang?
"Owh kes Lina Joy ker? takpe.. asalkan pilihanraya adil dapat dijalankan"
satu yg aku mmg nampak...
ambiga memang cari publisiti setinggi2 bak kata Najib (aku bukan pro Najib)
tapi dari berita aku tgk Najib mempermain2kan BERSIH... aku boleh cakap.. dia memang TAK SESUAI memerintah. PM tak sepatutnya bermain dengan emosi sendiri dan tunjuk kepada semua orang...
akhir kata...
aku cuma harap seorang pemerintah macam Dr.M akan muncul kembali...
-baa-
eiii silap tiap.. typo 13 Mei*
ReplyDelete-baa-
hmmm..... xreti nak kata apa... tp apa pun, saya xgemar perhimpunan jalanan.... aritu, kl dah mcm citer i am legend and selangor plak dah mcm apa .. xbleh nak describe... dgn jem, hon hon kereta... dgn ada helikopter polis wat tinjauan... seram betul... anak saya yg duk dalam keta pun nangis ajak balik rumah..... takut katanya...
ReplyDeletebagi saya, xkiralah siapapun kita, walau pembangkang atau kerajaan, cara yg plg berkesan sekali nak tegakkan pendirian kita tentang sesuatu perkara ialah pada kertas undi... walau 1 juta rakyat sekalipun yg buat demo jalanan, nak tunjuk xpuas hati, tp hari mengundi xpergi mengundi, jd simpanlah demo tersebut dalam mimpi...
kepada muslim pula: amboi!!! demo awak pegi, jemaah subuh, awak xpegi pulak .. sedangkan sorg ustaz sekolah saya pernah cakap bhw seorang penguasa yahudi pernah mengatakan, yahudi especially zionis akan mula gerun dgn umat islam apabila jemaah solat subuh menyamai jemaah solat jumaat. ini kerana ia menunjukkan kekuatan umat islam... wallahualam..
Salam..
ReplyDeleteThx a lot.. Post ni mmg byk isi n manfaat n aku setuju dgn pndapat2 yg ditulis n komen2..
Aku nk share sikit pndangan dr sudut positif..
1. Mmg ramai rakyat msia yg brsemngat n berani mmperjuangkn apa yg mereka percaya. Betul atau salah adalah masing2 pnya pndapat. Tp kita patut sedar bhw mungkin org2 yg join bersih ni tau n sedar siapa ambiga, siapa dalang, niat jahat dsebalik, agenda trsembunyi dll.. Tp knp mereka masih turun? Semangat utk menegakkn apa yg mereka prcaya n sy puji mereka tntg itu..n ramai yg ckp "mereka igt mereka mewakili jutaan rkyat yg lain?".. Memang tidak sama sekali.. Tp siapa yg brjuang utk keburukn? Niat kita semua sama baik; inginkn pemimpin yg baik n jujur. Tp pndapat shj berbeza.. N sy rs kita x patut ckp mereka ini xde knowledge apa tntg apa yg saudara tulis di atas..
2. Sy rs x sama keadaan 13 mei ngn bersih skrg.. Mmg menyusahkn org, polis, peniaga, kerugian jutaan ringgit.. Tp syukur alhamdulillah tiada sebarang kerosakn spt bakar stadium(contoh je) dll.. Hnya sisa smpah je [xde beza pn ngn smbutan mlm new year].. nilai2 kemelayuan n kemanusiaan masih ada.. N mgkin akan lebih xtreme pas ni. Tp itu bgntung dgn tndakan krajaan mngenai hal ini..
Uhuk2.. Susah la tulis gna iphone ni.. Nti ada kesempatan sy tulis lg pnjg2 orite?
thank you for sharing.
ReplyDeletethese are very important thoughts for today and generations to come!
salam.. sy sambung pandangan dari sudut positif.
ReplyDeletetujuan saya tulis komen d sini bukan utk berbalah atau bertntang pendapat, tetapi utk menambah atau cuba melengkapkn apa yg saudara tulis di atas.
byk penulisan baik blog, fb, news2 dll yg saya baca samada menyokong atau tidak menyokong gerakan atau perjuangan bersih ini.
kita sedia maklum bahawa bersih 2.0 adalah agenda yg dianjurkn oleh pihak pembangkang yg konnonnya ingin menuntut keadilan dan ketelusan semasa PRU.
bagi org2 pro-kerajaan, mereka mengangggap bahawa bersih 2.0 adalah mainan politik pihak pembangkang yang di dalangi oleh anuar ibrahim dan ambiga selaku penggerak.. mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk kepentingan diri sendiri dll. (x perlu la sy tulis pnjg2. saudara2 pasti dh tahu apa yg sy maksudkan)
Bagi org2 yg menyokong pihak pembangkang pula merasakan ini adalah perjuangan murni dan mereka akan cakap mcm2 yg buruk pasal kerajaan dan dengan keyakinan yg tinggi dan penuh semangat, walaupun roadblok sana-sini, mereka dapat tiba kedestinasi tempat perkumpulan mereka bagi mnjayakan rancangan para pemimpin mereka.
persoalan nya.. bagaimana bnda ini yg dianggap tidak elok dari pelbagai sudut seperti yg saudara tuliskan di atas bole terjadi? apa yg mncetuskan semangat mereka sehingga mereka sanggup mengketepikan keamanan dan kesejahteraan hidup mereka seketika utk hadir menjayakan rncangan bersih 2.0 ini? adakah mereka ini golongan2 yg dibuli oleh kerajaan? adakah kerajaan mengenakan cukai yg berbeza terhadap mereka brbanding yg lain? sehingga sanggup membiarkan diri mereka di gunakan oleh org yg mendokong ke'murtad'an.. adakah mereka ini bodoh? sy rasa mereka tidak bodoh..
negara kita Malaysia adalah sebuah negara yg aman damai dan bersatu-padu tidak kira bangsa, suku kaum, agama, bahasa, dan warna kulit. fahamilah bahawa kita diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing2.. kebijaksanaan dan akal fikiran kita berbeza2 supaya kita belajar dan mengenali antara satu dgn yang lain..
jd.. kejadian Bersh 2.0 kali ini memberitahu rakyat malaysia bahawa terdapat sekelompok kecil yg tinggal bersama2 kita d negara ini ada isu dgn kerajaan. mereka ingin menyuarakn pndapat mereka..mereka ingin kerajaan dengar apa yg mereka mahu. mereka percaya apa yg mereka perjuangkn..
saya sndiri sebagai org2 biasa takut bnda ini akan terbawa2 sehingga kejadian yg lebih buruk brlaku.. dan sy berpendapat bahawa kita patut menilai bnda ini dari suatu sudut yg positif yg mana mungkin suatu hari nanti kita semua akan bersependapat dan lebih bijak menangani masalah2 pd masa akan datang.
sy ialah org Sabah. Sbg rakyat Sabah, sy dh melihat sendiri proses prtukaran kerajaan beberapa kali.. semuanya melalui pilihanraya.. dan tidak mudah untuk BN menakluk hati rakyat Sabah pd ketika itu. Contoh yg baik utk kerajaan skrg..
.....bersambung nanti la.. tetiba ada hal pulak...
-Cie-
salam untuk semua..
ReplyDeletesaya baru nak mengundi dalam pilihanraya ke-13, saya harap kita tidak ditipu..bak kata PM.."saya x rela memimpin negara dengan kemenangan yang ditipu.."
apapun mari kita fikirkan.."Mungkinkah pokok bergoyang sendiri tanpa kehadiran angin?"
Salam,
ReplyDeletebro,penulisan yang sangat menarik...insaf bila orang baca..
minta izin nak letak di blog gua bro..
TQ
sangat2 setuju dengan aper yg d post kan....
ReplyDeletebkn anti BERSIH bkn nak sokong PM...
cuma ingin Malaysia yg aman...
dan rasa nyer malaysia pon aman jer d bwh pemerintahan PM...
tp bukan utk segelintir mereka yg x pandai nak bersyukur dgn aper yg d berikan...
peace no war.. :)
mereka
1. orang2 yg tinggi pendidikan agama nyer..dok menyokong baiknyer Ambiga dlm memberi usul pasal Islam..
2.Pelajar2 IPTA yg dr mula di beri tajaan utk trus blaja..dengan wang saku dr MARA..PTPTN..JPA dll..khusus nyer lelaki maybE..kalo ader pompuan2 tu mungkin pengaruh dr En.Bf mereka..
3. Orang2 yg tidak berpendidikan tinggi..mudah terpengaruh dengan dakyah AMbiga....
salam alaik
ReplyDeletesila tonton dengan rasa kepartian...
http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI&feature=youtu.be
-naim-
Terima kasih untuk komen semua, saya seorang yg terbuka dan sudi dengar semua pendapat..
ReplyDeletedan saya bukanlah pro kerajaan membuta tuli. sokong ikut topik..
bab cincin tu mintak penjelasan...saya pun ada baca blog pasal cincin tu.
tapi cincin tu takda nama rosmah atau DSnajib...
ia hanyalah printscreen. cuma mintak penerangan sebab taknak terlibat fitnah... Wassalam.
Bersih memperjuangkan reformasi pelaksanaan pilihan raya dan pelaksanaan negara demokratik . bukannya mempertahankan Ambiga dalam kes murtad . mereka(umat islam) dalam bersih tidak akan mempertahankan org yg murtad. kalau saya nak pukul Ambiga pun kena pukul Kerajaan yg tidak melaksanakan hudud !! oleh itu refomasi mesti belaku. langkah pertama menyertai bersih dahulu.
ReplyDeleteBODOH
DeleteBODOH 3.1/4
DeleteNoN 7.23 : soalan awak telah dijawab dalam Point no 4.
ReplyDeletesemua org betul, semua rakyat ada hak nak undi sesiapa yang dia nak...
ReplyDeleteini negara demokrasi. jika anda layan diri anda sebagai penyokong pakatan rakyat yg ada hak. anda juga mesti anggap saya sebagai rakyat yang ada hak.
entry panjang lebar diatas ditulis untuk menjawab persoalan khusus tentang BERSIH...
sesiapa yang mahu menunjuk perasaan, dipersilakan cuma jangan susahkan org lain, stadium beribu dekat malaysia, dataran beribu ada...
dan soalan tentang hak utk menunjuk perasaan telah dijawab di Point no no 1, 2, 3 dan 5
minta share ye
ReplyDeleteBila pemikiran masing - masing dikepung sesuatu ideologi, memang kolotlah jawabnya. Bukak mata, pandang ke hadapan. Belajar dari sejarah lampau, bukan mengulanginya.
ReplyDelete*polis berpangkat bawahan disalahkan kerana memukul rakyat. TINGGI betul expectataion kau terhadap remaja lepasan SPM yang tidak menyambung pelajaran dan menyertai PDRM dan dipressure orang atas berminggu - minggu sempena persiapan menghadapi BERSIH sedangkan sebelum ini boleh duduk di pondok, menyaman orang, minum - minum dan menjaga keselamatan bandar. Agak2 Polis tu MALAIKAT ke nak datang dengan pressure di kepala menghadap beribu orang berhimpun di jalanraya dan membentangkan sejadah untuk semua?
JANGAN JADI BODOH MENGUTUK POLIS sesuka hati. memang ada yang bodoh, tapi kasihanilah mereka juga. Mereka juga ditekan oleh orang atasan mereka dan mereka juga mampu rasa TERTEKAN sepertimana kamu tertekan dengan piihanraya yang dikatakan tidak adil.
eeeiii..jahatnye ambiga..ap yg DS Najib buat utk halang permintaan ambiga tu abg blogger? np x tuka je undang2 hak beragama?
ReplyDeleteag 1 kan abg blogger..adik x paham r np x susah nk terima memo bersih utk gune pen, hapus undi pos..bla..bla..bla 2? jgn iso mesti pembangkah kalah pnye sbb ramai org sokong bn..
error *np SUSAH NAK TERIMA
ReplyDeleteerror *np SUSAH NAK TERIMA
ReplyDeletesalam. Aku dibesarkan era Dr M menjadi PM, utk adik2, masa aku kecik2 dulu, nak makan anggur pun setahun sekali....ko tau x betapa susah kami walau tak teruk zaman jepun, tapi kami yg berumur 30 an keatas, adalah antara saksi proses kemajuan dan pembangunan, so x payahlah ahli2 bersih nak sekolahkan aku pasal politik..xde politik bersih dlm dunia, cuma kita memilih kerajaan yg stabil, sebagai rakyat biasa, aku nak pilih siapa DAP? terlalu cina...PAS terlalu Islam, aku budak nakal, PKR?? lg hampehhhh....kelam kabut x terurus...so utk blogger Zulfikar, aku fan terbaru anda, pecah gak perut tgh tension2 psl politik nih, watpe la korang nak pecah kepala...serius aku x paham la...hahaha kalau ada kerajaan yg blh menggantikan kerajaan skg, silakan...so far mmg xdeeeee.....yilekkk
ReplyDeleteCik T keli : terima kasih dengan jawapan jujur dan realisitik anda.. saya dapat merasakan apa yang hati anda rasa.. TQ
ReplyDeleteAnon 11.59 : soalan anda telah dijawab dengan point 4 & 6.. tak guna aku nak drag jauh2 lagi ye dik.
H for Henditta : terima kasih untuk pendapat anda yang jujur dan rasional.
Ardy Shamir :silakan.. :) TQ
ReplyDeleteO yea izinkan saya jd nasi tambah sikit lagi hehehe saya lupa lg satu en Zulfikar, kalau ada yg mengata polis dan FRU kita nih jahat gilavavi...tolong pergi duk US, duduk kat ghetto area...tgk mcmana diorg layan penunjuk perasaan kulit hitam...nama pun FRU...nama pun perhimpunan haram, korang ingat FRU nak bg bunga dan chocolate bila dah himpun ramai2? kalau kat Israel, kt eropah tu setahun ada lebih 20 kali rally, korang yg taksub nih bangga Al jazeera, CNN sokong, hahaha badut beb..sure la..elahhh, mat saleh mana yg jahat...semua baik belaka...Arab pun semua baik sungguh...ish ish..ish...tgk org palestin buat tunjuk perasaan sesilap kena tembak kt kepala x ckp byk...ini siap dpt mkn free,,,kepala otak berjambul..haaa tgk link aku bg ni http://www.youtube.com/watch?v=ZBOq8XWS798 tolong fikir dalam2...duk teriak2 pakai nama Allah, tp x konon campur Ambiga, satu aku nak tanya org2 bersih ni, kenapa 5 tahun lepas menang 5 negeri x buat rally...why now??
ReplyDeleteCik T Keli : kalau kat negara luar, jangan ckp buat demo, nak keluar airport pun kene bogel, kena scan satu badan.
ReplyDeletekalau kat israel, nak pegi semayang kat masjid pun kena belasah..
dah nama rally haram, memang kerja polis la nak amik tindakan!!!
masa Pakatan Rakyat buat rapat umum kat Stadium shah alam, masa buat solat hajat kat stadium Malawati, takda pulak org kena tear gas???
ni tunggu jugak org nak jawab soalan saya ni kan.. kan cik T kan kan
INDIA: takbir.
ReplyDeleteMELAYU ISLAM: ALLAHUAKBAR.
CINA: gelak saja.
ape lahh orang melayu islam nihh.aku orang melayu islam pon segan tengok.
semua pemimpin bersih ada agenda tersendiri. DSAI nak gulingkan kerajaan, ambiga nak dirinya dipercayai ramai, dan yang lain-lain pun mesti ada niat tersendiri. yang jadi mangsa, orang yang kena sembur time demonstrasi. sedih sungguh.
ReplyDeletesuka la pos ni bro. exactly ape yg saye pk cume saye kureng sket la ilmu politik ni. saye bkn ckp kerajaan sume betul tp salah2 kerajaan pun seumur hidup kerajaan seboleh2 tolong rakyat. saya bimbang org memb*b* buta ikut pembangkang negara tak ke mana. saya duduk oversea. media luar da menguar2kan isu ni macam starting utk kehuru haraan negara.
ReplyDelete-BR
manusia sgt pandai berkata2 & sentiasa mencari point utk menyokong apa yg dia suka sekalipon sebenarnya yg disokong itu adalah salah...
ReplyDeletemanusia seringkali dibutakan dgn mata hati, dikaburi dgn wang ringgit...
manusia selalu rasa dia tu pandai sampai taknak bukakan hati terima pendapat org lain yg lebih baik...
manusia suka taburkan FITNAH yg konon2 semua benda dia tahu, semua benda yg dia cakap tu betol, tapi sebaliknya Allah yg lbh mengetahui...
sebagai umat ISLAM, sama2 lah kita perjuangkan agama ISLAM, bkn perjuangkan parti politik yg kita tahu zaman skrg ni kebanyakannya tidak telus...
org2 'di atas' akan sentiasa berkuasa demi kepentingan sendiri...org2 'di bawah' pula akan sentiasa disogok demi menutup kelemahan org2 'di atas'...
semoga kita semua jauh dr fitnah dan mainan dunia...jgn kerana mulut kita, esok2 kita dipersoalkan di akhirat...
wallahualam~
interesting blog entry. menambah pengetahuan saya yang kureng dalam politik ni... tq...
ReplyDeleteTahniah saudara zulfikar..
ReplyDeletesaya suka point yg saudara post. Mmg kerajaan kita banyak kelemahannya tapi demo jalanan itu bukan jawapan kpd masalah itu.
lagi satu para pendokong Bersih ni dok sibuk canang polis ganas, polis jahat.. padahal polis stakat sembur air dgn tembak tear gas je. its non lethal weapon pun.benda biasa kalau rusuhan dan demo ni. Kalau kena tembak pakai peluru idup mcmane? pree2 je mati. kalau taknak kene tendang polis jgn le dtg demo ni..
Saya tak kisah sama ada individu itu pro-Bersih atau anti-Bersih.
ReplyDeleteTetapi tahukah kita apa tujuan BERSIH 2.0 ditubuhkan?
BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman pada 9 Julai nanti menuntut reformasi terhadap 7 perkara iaitu :-
1) Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
2) Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
4) Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
5) Tempoh kempen minimum 21 hari
6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
7) Menghapuskan rasuah pilihan raya.
Saya secara peribadi agak menyokong usul di atas, tetapi tidak menyokong perarakan jalanan diadakan sebab ianya akan menyusahkan penduduk ibukota.
Selepas mendapat tahu penganjur BERSIH 2.0 bersetuju dengan titah Agong untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium, serius saya merasa agak lega.
Debaran mula terasa apabila mendapat tahu PM dan Hishamuddin bersepakat menyekat terus perhimpunan aman ini dengan mengatakan ianya haram.
Saya mula berfikir secara analogi, "Orang-orang BERSIH ni ibarat orang tak tahan nak kencing dah, tuan rumah (Agong) dah bagi kebenaran untuk pakai tandas dirumahnya, tiba-tiba orang gaji pulak sekat atas alasan takut orang BERSIH tu kencing merata. Sebab 13 Mei dulu pernah dah orang kencing atas lantai tandas rumah tu."
Jadi, menurut pandangan saya amatlah tidak wajar tindakan PM itu menyekat terus arus yang membuak-buak dalam diri peserta BERSIH 2.0.
Aliran air sungai yang deras kalau disekat, ianya akan membinasakan tempat lain. Tetapi kalau dialirkan kepada jalan yang betul itu lebih bijaksana.
Sekiranya saya PM yang memahami erti demokrasi, saya akan memberi laluan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman di stadium. Dalam pada masa yang sama, saya harus sedar risiko untuk rakyat merusuh kerana dalam ramai-ramai sebegitu, apapun boleh berlaku. Risiko itu akan saya kurangkan dengan merancang Plan B, iaitu dengan menggunakan sepenuh kuasa polis dan ketenteraan. Untuk menjadi pemimpin haruslah berani dan bijaksana mengurus risiko.
Bagi yang menuduh pihak polis bertindak kejam, anda seharusnya mengerti tak semua busuk dalam ramai-ramai tu.
Manfaat yang dapat saya ambil daripada peristiwa BERSIH 2.0 ini, saya lebih sedar (aware) akan hak-hak rakyat dalam bersuara. Selain itu saya dapat melihat kesatuan peserta Bersih yang menolong satu sama lain ketika dikepung FRU dan sebagainya.
Terima kasih kepada penulis blog ini kerana berkongsi pandangan anda sebagai rakyat marhein.
Akhir kata, sedikit pesanan daripada saya:
The more you read, the more you gain knowledge. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita tahu. Kalau malas membaca tetapi lantang bersuara, samalah seperti tin kosong yang apabila diketuk cuma bunyinya sahaja yang lebih, isi tiada.
You are what you read. Jangan kita memilih untuk membaca bahan yang selari dengan kehendak kita sahaja, bacalah semuanya supaya kita dapat membuat perbandingan yang lebih adil.
Agree to disagree. Tidak ramai orang mampu menerima orang yang berlainan pendapat dengan dirinya. Dimana-mana sahaja kita lihat, Puak A mesti memusuhi Puak B kerana saling tidak dapat menerima pandangan masing-masing. Sikap ini saya gelar sebagai 'houlier than thou' yang bermaksud lebih kurang 'aku sahaja yang betul 100%' Sekiranya anda mampu menerima pendapat lain yang berbeza dengan pegangan anda, maka tahniah saya ucapkan kerana anda telah memiliki 'special ability'; agree to disagree. Menerima untuk memperbaiki itu lebih baik.
Sekian, mohon maaf sekiranya ada salah silap.
Al Hadi : terima kasih dengan penerangam anda
ReplyDeletesaya sedar akan resolusi/tuntutan Bersih 2.0 sedari Bersih 1.0 diadakan lagi.
A)saya juga menyokong sebilangan tuntutan iaitu tuntutan no 1) dan 4) dan tuntutan lain saya kurang bersetuju bukanlah untuk dibincangkan disini
B)malahan tuntutan rasmi saya telah kemukakan di SPR pada tuntutan 1) pengundi didaftar automatik pada usia 21thun.
3)entry luahan hati saya jika dibaca bukan tentang menentang tuntutan tetapi kaedah tuntutan.
4)Matlamat tidak menghalalkan cara.
5)saya adalah neo-thinker, dan mempercayai konsep 'undi saya adalah rahsia...
6)Sila rujuk rujukan blog bacaan di kolum sudut pandang bloglist saya dan anda dapat kenal saya dari apa yang saya baca.
7)Berkenaan perarakan itu, telah dijawab sepenuhnya di point 1, 2, 3 dan 5.
terima kasih utk keperihatinan sedara. Wassalam.
MR Amry : itulah kesimpulan yg saya tulis pjg lebar dalam entry di atas.
ReplyDeletesemua org ada hak nak sokong siapa yang dia nak.
saya mempertikaikan kaedah yang mereka lakukan..
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Terima kasih dengan komen sedara.
satu lagi kepada En AL-Hadi, anda boleh mengenali cara pemikiran saya dengan membaca tulisan saya yg lain...contoh
ReplyDelete1) belajar untuk tidak bersetuju
2) bodoh sombong dan perasan bagus
3) surat terbuka kepada kementerian kesihatan Malaysia
4) Isu Astro
5) so called beer halal
6)seat belt dan sarban..
sila search di entry list atau box search di atas.. tenkiu..
Terima kasih atas cadangan yang diberi :)
ReplyDeleteAda kelapangan saya akan soroti tulisan saudara yang lain.
Mengenai 'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara', saya setuju cara berdemonstrasi ini adalah tidak halal. Hal ini terjadi kerana kita hidup dalam negara yang mengamalkan sistem Demokrasi.
Menurut apa yang saya tahu, demokrasi itu sendiri adalah tidak halal kerana sistemnya mempunyai kesan buruk atau 'flaw' iaitu memecahbelahkan manusia.
Tetapi oleh kerana kita sudah bergelumang lama dengan sistem ini, maka tindakan yang kurang memberi mudarat harus diambil seperti yang dianjurkan dalam kaedah feqah (usul fiqh). "Antara dua mudarat, pilihlah mudarat yang paling ringan "- Yusuf Qaradawi.
Kes ini lebih kurang dianalogikan dengan isu ASB haram. Oleh kerana terlalu ramai yang terlibat dalam ASB, maka majlis fatwa kebangsaan mengambil tindakan meng'HARUS'kan hukum menyertai ASB. Harus kerana sudah terlalu ramai yang menyertainya, tetapi pada sudut syariatnya ia tetap haram.
Begitulah juga, apabila tuntutan perhimpunan aman yang sepatutnya menjadi halal dalam sistem demokrasi ni diharamkan. Maka, bercelarulah rakyat dan pemimpin melainkan mereka yang mengambil jalan yang memberi sedikit mudarat.
Saya tak pandai sangat bidang agama sebab lulusan jurusan sains je. Tetapi saya minat mendalami ilmu agama.
Sekian.
setuju dgn ALIA & al-hadi!!!
ReplyDeleterenung2 kan dan selamat beramal...bljr terima pndangan org, bkn sekadar lantang bersuara...
u ada kat sana ke masa perhimpunan tu? tau ke apa yg terjadi kt sana? sekadar tgk & bc berita je x mencukupi...sila kaji dlm2 lagi...
http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI&sns=fb
Anon 3.15 : entry panjang lebar telah menjawab soalan yg berlegar. samada anda mahu belajar terima pendapat org lain atau anda juga Houlier than thou.
ReplyDeleteAl-Hadi : pemikiran kita sama, dan pemikiran saya tentang Fiqh al-awlawiyat telah lama saya hujahkan.
ReplyDeletedan saya juga sudah membaca banyak tentang keharusan berdemo seperti fatwa yg dikeluarkan dalam resolusi Ikhwanul Muslimin dari Syeikhul islam Hasan Albana dan As-syahid Syed Qutb..
terima kasih untuk bertukar pendapat. hargainya sangat..
P/s seperti yg dikatakan dari awal, separuh dari diri saya sendiri menyokong tuntutan bersih.
ALIA : tiada satu perkataan pun dalam entry berupa tuduhan atau FITNAH..
ReplyDeletejika baca tanpa sentimen dan prejudis akan membuatkan anda belajar untuk sokong mengiku Isu.
Entry diatas dikarang melalui kaedah Q&A dan jawapan adalah serasional mungkin..
jika anda tarik nafa panjang2 dan rileks. anda akan merasakan anda bebas dari kekangan pemikiran taksub!
jangan jadi assabiyah..
terima kasih.
DAN YA!!! saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis, dan saya redha menjawab atas setiap patah perkataan saya di akhirat nanti.
berani kerana benar.
suka hati la nak luah pape..rambut sama itam..hatiku x sama dengan hati mu..ada yg betul ada yg tidak..hanya Allah yang tahu dan Dia Maha Mengetahui..
ReplyDeleteMaaf ye..sye rase soalan sy ap tindakan PM untuk mempertahankan agama Islam dan mengapa sukar untuk menerima tuntutan BERSIH masih tidak dijawab pada nom 4 dan 6..jgn hnya tulis berdasarkan teori..sy nak fakta
ReplyDeletesalam... izin sy tambah sikit pasal lina joy n ambiga...
ReplyDeletesebenarnya itu adalah isu lama. tp nak salahkan ambiga 100% pon x leh gak sbb mmg undang2 malaysia cam 2. lina joy telah guna alasan 'kebebasan beragama mengikut pekara 11 perlembagaan malaysia' sebagai alasan dia... kes nya bermula bila dia nak tukar kat mykad 2 buang agama islam sbg agama rasmi sbb dia dah murtad. dia dah murtad sblm 2 lagi. so bila dah dibawa ke mahkamah syriah, mmg mahkamah syriah x bg tp bila dibawa ke mahkamah tinggi, mahkamah syriah sudah x berkuasa..... so bila dah masuk mahkamah tinggi, peguam yg bukan islam pon datang la membela dia. sbb ini merupakan 1 peluang keemasan untuk diorng menang melawan islam... tp nasib baik mahkamah tinggi n persekutuan x benarkan buang perkataan islam pada mykad 2. hanya nama je diterima untuk di tukar.... walau macamanapun, lina joy dah pon murtad.... klu undang2 negara kita ni ketat dan lebih kepada islam, kita boleh mencegah orang islam dari kuar islam sesuka hati tp apakan daya.... kerana perlembagaan lebih berkuasa. sbb perlembagaan kita pon lebih kearah british... itu yg saudara kena paham. ambiga 2 hanya menanguk di air keruh. sy yakin ambiga paham perlembagaan kita cam mane. ssb 2 dia bole buat macam2 tuntutan... kesudahannya kita orang islam yang rugi....
ini apa yg sy paham la masa blajar form 6 dulu. perlembangaan ini boleh diubah dengan mendapat undian majoriti di parlimen...
kalu salah harap diperbetulkan. sy masih mentah lagi...
p/s baca la kisah natrah cam mane beliau dipaksa murtad oleh org putih. juga yg mati syahid untuk mempertahankan akidah natrah. moga kita mendapat pengajaranye....
sekian ..... tq
mry : dah ulas dalam entry...anon sila baca elok2, apakah maksud entry tu..
ReplyDeleteyang lebih Pathetic adalah, kita yang tau undang2 dan fakta. dan kita yg dah mengetahui Ambiga menangguk di air keruh lepas tu lagi kita nak sokong dia...
perbuatan itu lagi hina dari orang jahil yang lemah dalam design artikel 11..
kau dah tau dia amik kesempatan nak serang islam, kau lagi sokong,
tak ke ironi, phatetic dan sadis?
Anonymous 4.50 : anda takpaham twist point no4 tu nak kemana ke? baca ulang banyak kali lagi...
ReplyDeletemry : "kau dah tau dia amik kesempatan nak serang islam, kau lagi sokong,
ReplyDeletetak ke ironi, phatetic dan sadis?"
ini adalah ayat melodrama, bukan tuju kat awak..
tertinggal pembuka kata dan penutup kata.
terima kasih dengan fakta itu.
nix nixz : sesama insan, manusia itu tidak dinilai dengan niatnya tetapi perbuatannya.
ReplyDeleteniat yang baik, tapi perbuatan yg batil. batil jugalah hasilnya.
hahhaha.... aduh... ade sy kata sy sokong dia. x de pon... itu la kelemahan kita. suka menuduh org lain tanpa asal periksa..... sy cuma menerangkan yg perihal kes lina joy ni je.... dalam kes bersih ni, x de kena mengena ngan kes lina joy. ape yg sy nampak awak cuba menggunakan kisah ini supaya orang melayu benci kat bersih sbb pengerusinya adalah ambiga seorang peguam yg membela lina joy. kan td sy dah ckp slm kes lina joy ni, perlembagaan itu sendiri yg membenarkan berlakunya murtad. klu ikut undang2 islam pastinya awak tahu ape hukumannya terhadap orang yg murtad..... so sape yg patut disalahkan bila terjadinya murtad? tanya la semua peguan bukan islam pasti diorg akan membela org yg murtad sbb itu kehendak mereka..... itu saje. x de kena mengena ngan bersih...
ReplyDeletemry : kan saya dah bagi disclaimer kat bawah tu... bukan ckp awak sokong dia sayang..
ReplyDeletesaya ckp dialog tu dialog melodrama...untuk sesiapa yang sokong terasa la..
kalau awak tak sokong bagus la
tertinggal pembuka kata...
OMG ! your entry really open my eyes and mind about our current politic affairs :D bravo !
ReplyDeleteEmma Akhma : terima kasih banyak...
ReplyDeleteMRY : point no 4 dah menerangkan segalanya. point itu bukan defend kerajaan atau sistem..
point itu mempersoalkan penilaian penyokong terhadap charismatic..
dan idealisme behind the leadership's prinsip
thats all..cuba baca ulang 3, 4 kali. dapat x apa yg dimaksudkan?
mry : "kau dah tau dia amik kesempatan nak serang islam, kau lagi sokong,
ReplyDeleteso ni bukan kata kat sy ke??? kau itu menunjukan kat sy... klu bukan nape isi nama sy....
bahasa awak terlalu tinggi sangat smpi nak susah paham ape yg sy tulis kan....
panjang ko tulis..tapi aku gigih bace sampai habes nak tahu pandangan ko pulak..takde kata lain selain aku rasa luahan ko ni telus dan jujur dan berpandangan terbuka..
ReplyDeleteMRY : astaghfirullah....
ReplyDelete"KAU" itu adalah kata ganti nama watak, untuk org yang terasa...
cth : kalau KAU dah bagus sangat, kenapa KAU gi masuk disco itu (diceritakan kepada kawan2 nya yg sepndapat sambil kunyah goreng pisang di warung.. padahal KAU itu untuk sebut mamat2 yg masuk disco)
hishhh panjang pulak nak explain bab ni
Cik Sha : terima kasih dengan pendapat tu, aku terharu sebab ramai org paham yg entry ni telus dan terbuka...
ReplyDeletepada yg islam elok kiranya merujuk pada rukun iman dan rukun islam, seterusnya apabila merasa diri rakyat malaysia rujuk rukun negara. golongan antihero sering merasakan semua tindak tanduk kerajaan adalah salah, namun sungguh kelihatan bodoh mereka melaungkan takbir tatkala berketuakan hindu (yang membela pemurtad)mempertikaikan hukum keduniaan. nyata sesiapa yang menyokong ambiga walau apa sebabnya lupa dirinya muslim dan apabila mempertikaikan SPR maka samalah seperti mempertikaikan kredibiliti pegawai yang dipilih yang dipertuan agong. apa nak kata lagi? bukan kah itu menegakkan benang yang basah?
ReplyDeleteANON : komen awak simpulkan sangat tepat dan padat...
ReplyDeletebukan susah pun nak paham...
ni yg rebelious ni swing sana swing sini...
sedangkan dalam entry atas dah ulas habis dah.
jangan lupa, pihak polis telah menjalankan tugas mereka sejajar dengan cukai yang telah dibayar untuk membayar gaji mereka. siapa yang melanggar undang2 sememangnya merekalah yang bersalah. kita tinggal di zaman moden bukan zaman koboi. reformasi tu cerita 1999, tahun 2011 orang dah cerita hal transformasi meningkatkan bangsa malaysia (melayu+india+cina+asli+dsb). kepada pemilik blog tahniah kerana anda rasanya antara 28.15 rakyat malaysia yang tidak mengikuti perhimpunan BERSIH 2.0. sekian, terima kasih.
ReplyDelete*juta ( (: )
ReplyDeleteAnon 6.16 : simple tapi berisi, 28.15juta yang tak pergi demo... perghh fakta..TQ very much
ReplyDeletebaguslah entry anda nih.paling tidak pun yg pro atau tak pro pun bole ambik iktibar ( tu pun kalo dia dia paham apa yg dia baca ) kalo tak serupa lah dgn ank akak yg berumur 4 thn.tahu mengeja membaca tapi tak paham sgt pun apa yg dia baca standard lah bdk 4 thn! akak nih suri rmh jer tapi penah lah pi sekolah dulu walo stakat spm je tapi tau lah jgk peristiwa2 getir dlm negara semenjak di awal merdeka.alahai sorry to say ya adik2 kita skang nih boleh bilang jer brapa ramai yg tau kisah silam negara kita.Yer lah skang ramai yg berpendidikan tinggi..blajo luar negeri celik itu celik ini tapi kalo buta hati dok syarah hari2 pun takder makna.Ada tu rukun islam pun tak tau ada brapa inikn rukun negara lagi lah hampeh.tu la yg dok bangga bwk bendera ntah aper kain rentang bagai.paling akak meluat mak2 yg dok bwk ank2 join skali adoi mcm tu ka cara didik ank.paling kesian tengok bangsa sendiri yg jadi lagu tuh...sekian dari seorang surirumah yg cuma nmpk huru hara aritu kat tv...tapi risau bagai nak mati pada suami yg tak smpai2 kat rmh terperangkap dlm jam...Berdosa tau menyusahkan org lain.
ReplyDeletesalam.... saudara.
ReplyDeletesy berikan penghormatan kpd saudara
pandangan ini cukup bernas..
dalam berpolitik kita tak sepatutnya pro atau ekstrimis. masih byk lagi cara nk selelsaikn. manusia selalu ikutkn hati, akhirnya yg baik pun dipandang buruk.
silap besar bersih bagi saya:
ReplyDelete1)rapat sangat dengan pembangkang. tak nampak 'independent' langsung.
2)kerajaan tak berdialog cecepat. bagi 'nip in the butt' masalah ni.
3) stand off je. tak perlu tembak gas pemedih mata. anytime FRU boleh disperse crowd. stand off la sampai diorang blah. tgk sapa paling sabar. skang ni PR gomen teruk. sebab ada banyak video tgk FRU/polis berganas
4) media buta 3 mata. bukan 2. 3. ganas tuh. haha. takde sorang pun cerita secara tulis apa sebenarnya objektif bersih. tak salah (segelintir) rakyat nak 'electoral reforms'. media patut dedahkan yang baik dan buruk mengenai bersih. jangan la nampak bias sangat.
5) last skali aku promise. tak kisah la melayu ke cina ke yang atas jalan. jangan la nak mengungkit kembali 13 mei dan guna untuk menakutkan orang. Selagi kita mengungkit, selagi tuh saya rasa, rakyat takkan bersatu. kita saling ada rasa 'musykil' dalam sudut hati kita untuk mempercayai kaum lain. sebaliknya guna peristiwa 13 mei untuk mengingatkan kenapa kita harus saling menghormati satu sama lain dan jangan sesekali masuk 'grey area' yang boleh membengangkan sesuatu kaum. kalau cross grey area, all gloves are off. stokin pun tanggal.
good post. thumbs up!
Aku nak tambah 3 point pasal Bersih ni yang patut dikutuk dan mainan pihak-pihak tertentu semata-mata:
ReplyDelete1.Tuntutan tak konsisten atau istiqamah dalam erti kata laennya. Cube tengok berapa banyak tuntuan die masa November 2010, 17 beb. Sekarang tinggal baper? 8 je. Gi SPR pun camner nak layan, kejap 17 kejap 8 cam budak2.Tak leh pakai nyer kertas kerja.
2.Kenape tak diusulkan lgsg bill untuk bersih ni di parlimen oleh wakil2 pembangkang? Kat sini nampak bebenor nak menipunya dan tak ikhlas lgsg nak bersihkan pilihan raya. Berapa tahun dah berlalu sejak pilihanraya yang lepas? Berapa kl sesi parlimen dah dilakukan? Nak pass memorandum kat SPR pun kalau x de bill yg diluluskan kat Parlimen tak denye SPR nak buat.Sendiri mau pkr aaaa.
3.Gi amik Ambiga jd ketua buat ape? Dah tau die anti-Islam gi angkat buat ketua cam dah x de org Islam len yg lebih layak kat Msia ni.Maaflah nak kate tolong jangan jd bodoh. Berfikir dengan rasional dan nilai keburukan die lg bnyk dr kebaikan, kalau ade la.Ambiga ni musuh yang terang lg nyata.
Sekian.
kan kalau ikut najib nye 1 malaysia tak kira lah melayu cina india.
ReplyDeletemakna nya xsalah la kalau melayu ka, india ka cina ka jadi pemimpin.
itu yang kerajaan pentingkan kan
bukan nak pentingkan konsep islam itu dulu.
dijawab di sini: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/fakta-post-mortem-bersih-yang.html
ReplyDeleteassalam. to commentar,do remember if u are A REAL MUSLIM,do WATCH OUT ur words.Even the Qur'an taught us to behave our WORDS, because maybe the PERSON u are talikng about is going to be much2 better than u. Allah do remind us about that. DO THINK what u gonna to speak out.
ReplyDeleteas for our MALAYS,they'r not STUPID.
..maybe they too are confused themselves. maybe they dont know what should do,so they just follow on what they think as good.as
they only want for Justice.
but they got wrong path. maybe should person like u or someone can wake up dis mind of our people....
..Do HELP them awake. dont just say,
BODOH la,or what so eva.HELP our MALAYS.
they need a GOOD GUIDER.
maybe people like u can even make a BETTER change for our nation.
zulfikar, ure on Amenoworld.blogspot.com. kau famous gituuuu
ReplyDeleteLIKE sangat2 entry nie!! :D
ReplyDeleteMelle : hehehehe, seumur hidup aku, aku tak pernah bukak Ameno world.
ReplyDeletediorg panas bontot.
diorg pengecut, amik separuh dan ulas separuh.
apa ade hal. ni entry pendapat dri jiwa rakyat marhaen... apa kalau aku bukan pro pembangkang, aku tak layak nak bagi pendapat ke?
Melle, ko dapat bygkan tak mcm mana diorh menggelupur?
anon 11.32 : jawapan yang munafik, ambil separuh dan ulas separuh..
ReplyDeleteentry aku adalah fundemental. isinya hanya akan dapat paham jika baca keseluruhan.. jika amik separuh, ia akan jadi pembohongan yg besar!
Assalamualaikum Zul,
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk berkongsi pengalaman disini.
Saya adalah peserta bersih. dan saya juga adalah muslim, cuma "not a good muslim".
Saya antara mereka2 yang tak ada fav parti/personaliti, tapi turun kerana saya adalah tax-payer yang mahu suara saya didengari (selain dari mengundi dan spam facebook najib). Saya juga turun untuk memahami dan merasai pengalaman konsep 'demokrasi' di Malaysia dengan lebih dekat. Perginya saya adalah lebih kepada prinsip (bukan mengenepikan agama ya), iaitu lapan tuntutan selain tidak setuju dengan approach racism (bapa dan makcik saya adalah mangsa 513 sendiri) dan unprofessionalism kerajaan (bila berurusan dengan jabatan kerajaan, mesti ada satu dua insiden yang membuatkan saya sedih) dalam menangani hal ini. Perginya saya sebab dah terlampau meluat dan mahukan tindakan daripada dolak-dalih kerajaan, itu belum masuk skandal sana-sini.
Difahamkan ada satu sahaja kumpulan dari blog yang saudara ketengahkan, tetapi saudara mungkin lupa akan golongan "saya" yang pro-'bersih'-BERSIH. apa yang saya nampak ianya lebih 'stereotype' yang muslim pergi BERSIH dengan sekian agenda, maka dalilnya sekian. Jadi kurang terpanggillah untuk pembaca2 blog anda supaya lebih 'terbuka' dan universal dalam menerima sesuatu cerita.
Sepanjang insiden 709, perasaan saya lebih kepada terharu daripada takut. Apa yang saya dapat dari 709 ternyata merubah tidak kurang dari 50K Malaysian yang cintakan damai, tidak buruk sangka walaupun berbeza pangkat dan pegangan. Bak kata lebih banyak kebaikan dari keburukan. Agenda lain dari sesetengah orang tu, itu dia dengan tuhan, tapi agenda saya, dan mungkin yang lain2 sekapal dengan saya, harap jangan disamakan. Mungkin kami dilabel "Hang Jebat". tetati kami pergi untuk Malaysia Baru, iaitu tiada bangsa selain Malaysian.
Kebanyakan orang sebangsa saya panik, kerana yang nak diselamatkan adalah bangsa. Demokrasi itu sendiri tidak memihak kepada bangsa, samaada anda pilih demokrasi atau bangsa. pilihan anda. Saya tidak promote racism, agak pelik jika saya sokong ketuanan bangsa. Keluar melayu tidak bermakna keluar Islam ;)
Dan mungkin saya bukanlah muslim yang baik, tapi apa yang saya percaya, jika saya sebagai muslim berbuat baik dan memberi contoh yang baik kepada non-muslim, tak mustahil menarik minat mereka mendalami kecantikan islam itu sendiri. insyaallah...
Waalaikumsalam Lukmanism :
ReplyDeleteterima kasih dengan pendedahan dan pendapat awak, saya hargai dan saya take note.
adapun entry diatas bukan tentang perjuangan bangsa atau perjuangan party..
jika diteliti maksud keseluruhan entry. ia adalah entry tentang menghujah secara rasional.
saya tak sentuh pun tentang matlamat dan agenda bersih, kalau saudara baca, ia adalah tentang rasionalnya statement yg dikeluarkan oleh orang PRO bersih, dan mengharapkan Rakyat Marhaen supaya memahami persoalan bersih sama yg macam mereka paham
Bagi saya, agenda satu perkara, perjuangan satu perkara.. dan cara hujah satu perkara yg lain...
terima kasih.
Terima kasih untuk feedback anda Zul. appreciate it!!
ReplyDeleteSekadar berkongsi pengalaman (perspektif berdasarkan participation).
Maafkan saya jika mungkin tersilap bahasa, terbias dari komen2 anda yang saya baca, yang mungkin tercampur-aduk dengan tulisan blog anda.
Agenda dan perjuangan adalah pre dan post. Mesti diambil sebagai satu (pls correct me if i'm wrong), agak keliru jika tiada persoalan motive dan consequences yang selari. hujah adalah method yang menyokong agenda, maka ia jatuh dalam sifat agenda itu sendiri.
Wallahualam bi shawab..
as-salam,
ReplyDeletethanks for the entry. since anda sendiri mengaku, ini adalah pandangan rakyat biasa..maka saya tiada no komen.apapon, saya sebagai rakyat biasa juga, membaca pandangan para ulama' bebas politik dalam hal ni. The best is dr asri zainal abidin dan ustaz zaharuddin. pandangan islam lebih utama dr pandangan2 lain.
somehow i can see u being bias though. of course u pro-gov.
ReplyDeleteSalam, Saya tak sokong perhimpunan jalanan...tapi saya juga rasa gov kurang bijak dalam menangani hal ini....contohnya...provokasi di media...it resemble fear mongering
ReplyDeletewa...mekaseh2....skung saya dah ade la jugak nak yakin kan hati sy yg kelam kabut skung nie....hehehhe really nice one la...eh...silap...good one la....hehehe
ReplyDeleteadakah kerana ambiga seorang ahli majlis peguam yg pernah mempertikaikan mahkamah syariah kita perlu mengikut dia untuk mendapat kekebalan undang2 untuk menyertai perhimpunan???... adakah perhimpunan itu diklasifikasikan sebagai jihad???... bagi saya ianya bukan jihad kerana Rasulullah SAW pernah mengajar umatnya cara berpolitik di dalam Islam... hanya Al-Quran dan As-Sunnah menjadi panduan hidup bukan perlembagaan, bukan pilhan raya dan bukan memorandum... "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (A-li'Imraan 3:118)
ReplyDeleteAnon 10.44pm : sila baca entry2 lama aku, FYI takde satu pun family aku yg kerja gov, dapat tender gov, PTD or whatsoever.
ReplyDeletekalau kau nak hukum macm tu senang la, kalau ko tuduh aku pro gov, then u r pro pembangkang. senang betul
lukmanism : maksud saya, very simple. jika nak nampak cerdik semasa memperjuangkan agenda dan matlamat maka CARA dan HUJAH/KEMPEN pun mesti logik, rasional dan cerdik..
ReplyDeleteanda sebenarnya ada baca komen balas saya kan? saya dah bagitau ada agenda dalam tuntutan bersih saya bersetuju dan saya sendiri buat permintaan rasmi pada spr tentang tuntutan 1.
tapi camonlah... cara hujah justifikasi yang kawan2 probersih membuatkan macam rakyat marhaen nampak bodoh. itu saja.
p/s terima kasih sebab jadi pengkomen yang rasional. appreciate it.
Anon 10.23 : waalaikumsalam...
ReplyDeletependapat saya juga dirujuk dengan ustaz
dan entry atas adalah pandangan rakyat marhaen macam awak ckp...
adapun saya bersetuju dengan CADANGAN untuk bersih yang dikeluarkan DR ASRI/ DR MAZA dalam websitenya DR.maza.com.. saya percaya awak sudah baca..
dan sila search youtube, padangan dr asri tentang ambiga, dan IFC... dia telah condem mereka dengan keras.
Zul, alhamdulillah saya sudah nampak sedikit sebanyak apa yang anda ingin sampaikan.
ReplyDeleteUntuk rekod, BERSIH ada menjemput kerajaan (selain parti2 politik yang lain) untuk sama menjayakan program BERSIH. Tetapi tiada seorang pun wakil yang turun. Yang memburukkan lagi, bila kerajaan provoke BERSIH secara tidak langsung mengundang kebangkitan rakyat (manusia sedia maklum, lagi ditegah, lagi menjadi).
Saya ingin mengudang saudara untuk berkongsi idea dari perspektif anda dan juga pembaca2 yang lain. Mungkin jika cara BERSIH bukan channel yang sepatutnya, saudara Zul serta pembaca2 blog yang lain boleh kemukakan cadangan/pendapat positif, untuk membaik pulih keadaan di Malaysia. Saya rasa ramai golongan kita yang sayangkan Malaysia,ramai juga yang aware, dan mungkin ada segelintir yang belum menyambut seru.
Insyaallah, kita ketepikan semua apa yang membezakan kita, kita mungkin berbeza dalam banyak perkara tetapi kita juga mungkin ada kesamaan dalam banyak perkara.
tu la gunanya pembangkang yg ramai dalam parlimen...
ReplyDeletedan seperti Dr Asri cadangkan, buat rally yg betul2 ikhlas. tak nyusahkan org ramai...tak kontreversi...
jangan ingat negara kita takda rally yang aman dan ikhlas,
kita pernah ada demo dan rally menentang malayan union...
rakyat pernah berdemo depan tol jalan kuching sehingga tol tu di runtuhkan...
rakyat berdemo secara jujur dan ikhlas masa merdeka.
pembangkang pernah demo masa solat hajat menolak fitnah di stadium kota bharu dan stadium melawati shah alam, hadirin berpuluh ribu..
jika agenda ikhlas, government tak sekat, polis tak kacau, permit boleh kluar dalam masa 72jam. FRU takda.
media tak provoke...
sebaliknya, BERSIH 2.0 penuh dengan kontreversi dan provokasi, menimbulkan resah dalam hati rakyat.
mana dengan isu ambiga, isu SB polis yg dapat maklumat, perarakan di tengah KL, ganggu kehidupan majoriti penduduk kl yang tak redha dengan bersih.
pokoknya demolah dengan ikhlas dan jujur. seperti yg dicadangkan DR MAZA....
kalau betul demo itu jujur, terkawal, takda unsur keresahan, tiada ambiga, tiada watak2 pembangkang yg kedepan menjadi kepala....
saya janji dengan awak, saya sendiri akan turun utk rasa experience itu.
period, cease fire.
saya sangat terharu dengan budi bahasa Lukmanism dan saya hargai
terima kasih BANYAK.
Wassalam. wallahualam
Terima kasih saudara Zul. Saya appreciate dan terima penjelasan dan cadangan anda.
ReplyDeleteKepada pembaca2 blog saudara Zul, sama2 lah kita muhasabah diri kita, insyaallah dari sini kita ambil iktibar, dan pedoman untuk anak cucu kita. Tidak bersetuju bukan bermakna wajib kita bermusuh, itu bermakna kita ada pendirian (lebih elok ada pendirian dari menjadi pak turut). Buka minda dan elakkan persengketaan. Dalam kes ni, masing2 kita mempunyai pendirian, dan gunakan pendirian kita untuk sama2 selamatkan Malaysia sebelum terlambat.
Maafkan saya sekali lagi jika ada yang termakan hati.
Wassalam...
Bro ..pasal IFC salah perlembagaan jgk..sbb kerajaan xnk gubal ape yg termaktud pd perlembagaan..Ambiga mampu utk memurtadkan Lina joy sbb mahkamah Syariah pun x cukup kuat utk lawan perlembagaan..so patutnye pihak kerajaan perlu ubah..x perlu salakan Ambiga..dia hanya lawyer kpd anak guamnya.. actually time pilihanraya kt permatang pauh..byk yg BN cube buat utk pastikan Anwar kalah..tp mmg smue org dh x suke BN..tipu mcm mane pun dh x boleh..samelah jgk dgn selangor,kedah,penang n kelantan..sbb penduduk2 disana majoritinya sudah mudak dgn BN..tipu lah mcm mane pun mmg x boleh menang...sbb nisbahnye terlalu jauh..jika nk dibandingkan dgn negeri2 lain..but if betul2 ade pilihanraya yg adil dan telus..mungkin kesemua 14 negeri akan jatuh pd PR..byk penipuan telah terjadi pd SPR..satu alamat rumah smpai ade 74 org pemilih misalnya..mane boleh mcm tu bro..its like ajak main bola tp pengadil dan tiang gol bn yg punye..x fair la..
ReplyDelete-Fairuz-
untuk gubal undang2 perlembagaan kerajaan mesti dapat majoriti 2/3 dan selepas itu dapat perkenan raja2 melayu bab agama islam..
ReplyDelete1)ok kerajaan salah sebab not willing gubal undang2, tetapi PAS dan PKR juga bersalah sebab tak pernah usul, dan pas tidak pernah mesyuarah dengan BN untuk gubal perlembagaan itu. hence BN memang skular dan salah, adakah membuatkan PAS menjadi buta dan bebal?
2) hujah diatas adalah bukan tentang siapa yg salah, tapi kalau Kerajaan salah, adakah AMBIGA boleh menjadi betul. adakah ambig menjadi mulia automatik apabila kerajaan salah?
3) anda pukul rata menyalahkan kerajaan kenapa anda tidak pkul rata salahkan ambiga?
4) Kerajaan salah, tapi anda tidak boleh ambiga sebab dia menyerang prinsip islam. akidah islam. adakah anda memilih untuk menyokong kafir Harbi dari pemerintah muslim yg memerintah?
5) PRK permatang pauh, anda ckp banyak yg BN cuba lakukan, apakah ia?
6) anda tidak boleh syok sendiri ckp 14 negeri jatuh pada PR, atas dasar ape? jika anda menang anda ckp PR menang dengan telus, tapi jika kalah anda ckp SPR menipu. mcm mane ni?
7) 74 pemilih dalam satu rumah, adakah rumah yang juga menjadi 74? atau rumah yang lain menjadi kosong? itu kelemahan SPR.. anda persoal PKR secara rasmi lah. kenapa anda pukul rata kepada kerajaan? SPR bdn bebas bawah RAJA. bukan bawah kerajaan.
Salam,
ReplyDeleteIzinkan saya utk berbeza pendapat sedikit sebanyak.. =)
========
========
1) Isu kecoh dan aman 1
A) Saya faham concern 13 May, dan tiada seorang rakyat Malaysia pun yg mahu ia berulang. Cuma saya melihat rakyat sekarang sudah matang dan bijak. Tragedi yg "ditakuti" berulang itu terbukti tidak berlaku pun akhirnya, malah berubah menjadi suatu medan yg cukup baik bagi memperlihatkan kesatuan dan kematangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
And for a Malaysian who really concerns and eager to see this country move forward, this is a very good sign for our country.
B) Tiada komen utk point ni.
C) Jumpa YDPA sebab nak bincang pasal demonstrasi ni. Bukan pasal nak serah memorandum. Jika serah memorandum pada masa tu, maka tak jadi la tujuan asal utk "berhimpun secara aman" sebagaimana yg tertakluk dan dibenarkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
Cumanya, saya setuju yg pihak BERSIH tak perlu la nak berkeras utk pilih Stadium Merdeka jugak. Stadium lain pun boleh. Yang ni no komen.
========
2) Isu kecoh dan aman 2
Saya masih konsisten buat masa ni, berpendapat bahawa traffic jam dan sebagainya tu berpunca daripada pihak berkuasa yg tidak handle benda ni dengan lebih baik.
Jika polis boleh kerjasama bagi jalan mana yg patut lalu, dan tolong kawal pula dengan baik, takde lah satu KL yg kena tutup.
Sambung..
3. Isu jumlah
ReplyDeleteA) Jumlah yg menyertai rally hari tu tak menggambarkan angka sebenar yg menyokong BERSIH 2.0. Ramai yg menyokong, tapi rasa takut nak pergi bila melihatkan cara ia di-demonised sebegitu rupa oleh pihak kerajaan menerusi media dll. Tengok saje tangkapan yg dibuat, kemudian ada juga orang yg tak boleh masuk KL sehari sebelum event, menyebabkan ramai orang berkira-kira dan jadi takut nak join.
Saya percaya jika ia dibenarkan dari awal, lebih ramai jumlah yg akan sertai BERSIH 2.0
B) Demonstrasi tak sama dengan pilihanraya. Demonstrasi hari tu bukan nak gulingkan kerajaan. Saya rasa sedara sudah sedia maklum benda ni. =)
========
4. Isu Ambiga
A) Dalam kes Lina Joy dulu, dia bukan nak murtad. Tapi dia DAH murtad pun. Dia cuma nak mintak tulisan ISLAM dalam IC dia tu digugurkan. Orang yg dah murtad, takkan nak biar ISLAM ada dalam IC dia begitu je?
Secara rasionalnya, walaupun sy seorang Muslim, permintaan Lina Joy itu perlu dipertimbangkan bila memikirkan komplikasi yg macam2 yg boleh berlaku sekiranya dia masih ISLAM pada IC, tapi hakikatnya telah murtad.
Maka Ambiga hanya menggunakan kapasitinya sebagai seorang peguam utk fight hak Lina Joy.
Saya tak nak panjangkan kes tu di sini. Bukan itu pointnya pun. Isu Lina Joy ni boleh kita bincang tempat lain. Sekadar nak betulkan fakta.
B) Isu IFC juga sama. Bukan Ambiga seorang yg lead tuntutan IFC dulu. Dia kebetulan merupakan Pengerusi BAR Council, so kiranya dia lah yg nampak paling berperanan. Tapi hakikatnya kita jangan lupa IFC dulu ramai yg menyokong nya. Pak-pak dan Mak-mak menteri kita yg Islam pun ada yg secara terang-terangan menyokong IFC, begitu juga ada para peguam yg Muslim juga menyokong. Saya rasa tak perlu sy sebutkan namanya satu persatu, boleh sahaja Google kalau betul nak tau.
Jadi kenapa isu IFC kita mahu salahkan Ambiga sorang?
C) Ambiga hanyalah steering committee, dan dia bukan memimpin BERSIH seorang diri secara mutlak pun. Bersama Ambiga ada beberapa tokoh Muslim lain dari JIM dan IRF misalnya, Bro Zaid Kamaruddin dan Dr Farouk, aktivis Muslim yg sangat banyak jasa kepada orang Islam di negara kita.
Jadi tak adil pada saya kita nak kata orang yg join BERSIH hanya ikut Ambiga.
D) Pada saya, kita kena judge based on issue. Jika esok, ada satu Persatuan Gay or Persatuan Hindu yg menuntut supaya sistem pengangkutan awam di KL dipertingkatkan efficiency nya, atau pun misalnya berjuang menuntut supaya dihentikan kekejaman Israel di Palestin, maka pada saya takde masalah utk kita sokong.
Bila kita sokong, bukan bermakna kita jadi Gay or kita jadi Hindu, atau pun kita "merestui" perbuatan mereka.
Kita kena ada prinsip jelas dalam hal ni.
Sejauh mana kita marah dan benci pada Ambiga dan semua yg menyokong IFC dulu, itu tak bermakna kita jadi tolak semua benda yg datang dari mereka ni.
Sambung..
5) Konsep demonstrasi
ReplyDeleteDemonstrasi ni just nak nyatakan suara rakyat, tak kira la suara rakyat tu majoriti or minoriti. Walaupun ada 100 orang je rakyat nak bersuara, maka pihak pemerintah kena beri perhatian. Itu konsep demonstrasi. Bila dah sah dikaji dan diteliti bahawa permintaan tu tak relevan or tak masuk akal, maka silalah tolak. Takde masalah.
Yang penting, demonstrasi bukan utk rampas kuasa. Yang tu baru betul kita kena lawan. =)
========
6) PRU Adil?
Saya tak nak komen panjang sangat pasal yg ni. Setiap orang berdasarkan pendapat dan penilaian masing-masing sama ada PRU di Malaysia ni adil atau tidak.
Cuma secara superficial nya, kita takleh nafikan bahawa SPR dan PRU di negara kita, bahkan di mana-mana negara pun perlu terbuka kepada sebarang cadangan utk penambahbaikan. Itu point utama BERSIH2.0, dan itu yg dinyatakan oleh Bro Zaid Kamarudin dari JIM bila ditanya tentang objektif utama BERSIH.
========
7) Extra point,
Isu UMNO tak kebal?
Memang UMNO pernah diharamkan. Cerita ni panjang. Tapi kita jangan lupa, kes 1988 tu lah yg menyebabkan 11 hakim kena pecat termasuk Ketua Hakim Negara, kerana tak selari dengan kehendak kerajaan pada masa tu. Dan sejak tarikh tersebut, institusi kehakiman dah jadi makin cacamarba.
Jangan ambil peristiwa "UMNO Haram" saje, tapi tengok juga consequence kepada peristiwa tu.
Sejarah ni berkaitan dengan sumber ia diambil. History is written by the victors. Dah tentu kalau baca buku Doc in the House - Tun Dr M, lain pula ceritanya.
Tapi tak perlu lah panggil orang bebal atau bodoh dan sebagainya kerana tak baca sejarah dari sumber yg sama sedara baca. Peace =)
========
========
Sekian komen ringkas (albeit seem quite long, huhu) terhadap tulisan sedara.
(Sambung..)
(Ini yg last, =) )
ReplyDeletePendirian saya (secara ringkas),
(a) Saya sokong penuh satu sahaja tuntutan dalam BERSIH iaitu "free and fair access to media", kerana media mainstream hari ni sangat tak adil. Dan ia sangat mempengaruhi keputusan pilihanraya. Jadi media kita kena adil dalam membuat liputan.
Ini tuntutan yg umum. Media sekarang terbukti tak adil. Namun jika benar PR menang ambil alih kerajaan nanti, saya juga tak nak media kita jadi seperti TV Selangor sekarang.
(b) Demonstrasi juga saya sokong. From the outset, demonstrasi ni salah satu cara utk menyatakan suara rakyat. Ia hak umum rakyat dalam sesebuah negara demokrasi. Ia termaktub dan dibenarkan dalam Perkara 10 Perlembagaan. Jika kita kata perhimpunan aman itu sebagai satu yg tak boleh, maka lebih baik buang sahaja Perkara 10 tu.
Dan jika benar kita kata demonstrasi tidak boleh dan membawa keburukan, maka apa pula reaksi kita terhadap demonstrasi isu Palestin di depan kedutaan US? demonstrasi kartun Nabi di kedutaan Denmark? demonstrasi isu kalimah Allah? dan lain-lain lagi.
(c) Pada saya, kerajaan dan juga segelintir rakyat yg kata BERSIH dah dipolitikkan oleh pihak pembangkang, mereka lupa bahawa kerajaan juga telah mempolitikkan BERSIH utk memburukkan pihak pembangkang. Sama sahaja. Tak kira menerusi laporan media sepanjang tempoh sebelum event BERSIH, dan jugak laporan pasca BERSIH sampai sekarang. Begitu juga layanan terhadap BERSIH pada hari kejadian.
Alang-alang sebut nama Ambiga, sewaktu BAR Council buat forum perbandingan agama tempoh hari, ramai umat Islam demonstrasi di KL. Bahkan ramai yg keluar demonstrasi dengan melaungkan kalimah JIHAD kerana ingin mempertahankan Islam. Kalau ikutkan, bukankah itu lebih tinggi risiko dan bahayanya? Silap haribulan boleh jadi pertumpahan darah kerana ada segelintir yg memang niat nak JIHAD.
Tapi takde pula FRU dan Polis datang suraikan mereka yg berdemo dengan tear gas or sembur air pula.
PERKASA yg hobi mereka berdemonstrasi selama ni, tak pernah pulak Polis dan FRU mengambil tindakan seperti yg dibuat pada 9 Julai.
Double standard. Plain and clear.
End.
========
========
Note : Sy personally jarang reply/komen di blog-blog. Tp tulisan dan blog saudara beza sikit, sy lihat ada kesudian utk berbincang dengan rasional dan matang berbanding di tempat lain. Sy suka satu public space begini, di mana kita boleh berbincang dengan aman tanpa emosi. Cuma nasihat sy, mungkin sedara boleh elakkan dari menggunakan perkataan bodoh, bebal dll kepada pembaca. Pada saya ia tidak sihat. Tak encourage ruang diskusi yg matang. Sekadar pendapat =)
Wan Hafizi
France
Wan Hafizi :
ReplyDeleteTerima kasih dengan pendapat jujur dari seorang rakyat marhaen..
dan saya dah baca dan take note. terima kasih dengan pandangan pencerahan.
sebahagian point sedara saya telah jawab dalam entry post dan sebahagian komen di atas..
adapun entry diatas adalah tentang kerasionalan tuduhan yang dilemparkan kepada org yang tak senang dengan BERSIH 2.0
saya sendiri tidak menghujahkan tentang agenda dan tuntutan dalam bersih.
anyway, terima kasih banyak.
p/s adapuan perkataan Bebal dan bodoh itu terguna pakai kepada mereka yang memang meletakkan diri mereka dalam zone bodoh sebab membuta tuli keluar statement tanpa membaca. dan 99% entry saya diatas digarap dengan kata2 yang elok.
Dan sumber bacaan saya tentang UMNO haram dan 13 mei bukanlah hanya dari sumber buku pro kerajaan sebaliknya dari tulisan bekas journalist DAP bertajuk 'melayu gagal?' dan banyak lagi.
clap2....mmg paling mantap pernah aku baca walaupun aku terlewat jumpa!
ReplyDeleteaku lambat baca ini. sory. tapi aku dah baca skrg. nice!
ReplyDeleteAku suka orang yang berpandangan sama dengan aku, anyway ni adalah entri yang paling best tentang bersih yang pernah aku baca.
ReplyDeletesaya "like" hujah anda 100%! :)
ReplyDeleteSaya dah habiskan 3 jam nak baca semua nih... apa apa pun...kalau nak berentap... berentap je masa election nanti ... tinggal pangkah je kot...~
ReplyDeleteAnyway... walau apa pun alasan-alasan ahli Bersih .... Aku tak PERLU terima!! MENYUSAHKAN!!!
I like the valuable infoгmatiоn you proѵide in yοuг articles.
ReplyDeleteӀ will bookmark уour blog and cheсk аgain heгe regularly.
I am quite sure I'll learn many new stuff right here! Best of luck for the next!
Feel free to visit my weblog : payday loans