July 12, 2011

Jeddah Ke Cheras, Corat-Coret Dinihari



Assalamualaikum.

Ok, buat masa ni kita berehat sekejap dari isu politik, aku cuba mengekang nafsu berdebat aku tentang politik ni dah lama, aku cuba mengawal diri dari menjadikan blog aku berbau politik juga dah lama sangat.

Bagi rakan-rakan pembaca yang dah lama ikut blog aku kenal pattern blog Rasa Hati ni, Blog tentang kisah hidup, pengalaman, pendapat tentang isu semasa dan jurnal aktiviti.

Kepada pembaca baru yang baru mengenali Blog ni dari entry 'Bersih 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen', boleh la ambil masa untuk selak-selak entry lama dan dari situ mungkin boleh memahami bahawa aku ni takda la rigid sangat bab politik.

Berkenaan Entry tentang Bersih 2.0 yang aku tulis sebelum ni. Ia telah memecahkan rekod peribadi aku sendiri, bilamana dalam masa 2 hari entry tersebut telah di 'like' di button Facebook sebanyak 590 LIKES (setakat entry ini ditulis)

Dan bagi aku, secara tidak hipokritnya mengakui bahawa angka tu membuatkan aku teruja dan terharu.

Terharu dengan sokongan korang semua.

Terharu dengan masa korang semua yang dihabiskan untuk baca sampai habis

Terharu dengan pendapat jujur korang.

Terharu dengan pengetahuan bahawa ramai rakyat Malaysia yang masih sayangkan negaranya.

Terharu bahawa, dalam dunia maya ini, masih ada remaja dan dewasa yang matang yang mampu berfikir bahawa negara tidak boleh digadaikan demi kemenangan parti politk.

"mana kau tahu yang klik LIKE tu sokong kau mamat perasan?"

" aku rasa sokong lah kot kalau dah picit butang like, kalau yang baca rasa sakit hati  tu rajin pulak dia nak like biar entry tu bertempek kat wall FB dia?"

Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan Rakyat Malaysia yang menyokong dan mencintai kedamaian, harapan aku semoga rasa hati aku tu tersebar di wall2 fb anak muda dan ada manfaat tuk kongsi bersama

" hehehehe, Bunyi dah macam wakil rakyat jiwa kacau, kalah bertanding, meroyan tulis blog"

Adapun, entry tersebut bukanlah entry kempen kepada Kerajaan, entry itu juga bukanlah entry mengondem pembangkang, sebaliknya entry itu adalah mengajak pembaca berfikir secara rasional melalui kaedah soal jawab yang ringkas.

Sokong ikut Isu

Rakyat dan pengasas negara ni dah memilih untuk mencorakkan pemerintahan secara Demokrasi Raja Berperlembagaan. Bukan hanya Demokrasi semata-mata dan bukan Monarchy/ sistem beraja semata-mata. apatah lagi bukanlah sosialis/communist.

Jadi, selagi ada parti yang mahu bertanding dalam Pilihanraya dengan tiket sistem 'Demokrasi Raja Berperlembagaan' kita berhak untuk memilih dengan cara mengundi masa pilihanraya tak kira la Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat atau Bebas sekalipun.

Jika ada unsur rusuhan jalanan, ternyata ia sudah salah kategori di awal pertarungan.**Disqualified!

Ibarat Mike Tyson bertinju dengan Sapok biki.

Ibarat melaga lembu dengan ayam.

Ibarat ahli gusti dalam gimrama.

************************

Tadi kawan aku dari Jeddah, Adel Al-Malayu nama dia. datang melawat aku lepas menghabiskan masa dengan anak bini di Ipoh. aku lepak dekat Cheras sampai pukul 12.40 am

Hari tu dia nak balik Jeddah tersangkut sebab BERSIH 2.0, tak boleh nak masuk KL.

Sembang punya sembang, sekali tanya pendapat dia

Dia cakap.............

" Zul, kalau kafir macam tu yang isytihar protes terang-terang dan support murtad, dekat Arab Saudi dah kena pancung!"

" Hambik kau...Ishhkkk, tak baik pancung-pancung orang, tu pun ada orang sokong dia Adel"

" Malaysia dah best mcm ni pun ada orang nak buat kacau lagi, aku heran la dengan manusia ni Zul"

" takpe-takpe, nanti aku tulis kat blog ye..dah dah minum minum minum"

Sembang punya sembang, sorang balun 2 cawan juga habis. Eh baru perasan, kalau takde demo-demo hiruk pikuk mcm hari tu, aman damai je minum white coffee dekat KL....

"Apa, susah sangat ke nak buat comparison?"


Adel Al-Melayu



p/s korang rasa-rasa, aku borak dengan Adel tu dalam bahasa Arab ke Melayu?
p/s/s lepas entry ni, kita kembali dengan entry nostalgia balik ye darling :)


11 comments:

  1. Suka ayat adel 'Malaysia dah best mcm ni pun ada orang nak buat kacau lagi, aku heran la dengan manusia ni Zul.hahaha.

    ReplyDelete
  2. aku rasa dalam bahasa melayu..

    sebab..

    nama dia adel al-malayu..

    gelaran utk org melayu kan??

    pandai2 je aku..

    jom kite mandi?hahaha

    ReplyDelete
  3. tahniah sebab dapat 590+ likes..kena catit dalam diari tu!

    orang luar pun pakat gelak je tengok negara kita.

    ReplyDelete
  4. entry bersih ko memang e best, harap2 org Melayu buka mata luas2, jangan sampai negara kita dijajah balik, tak sanggup haku..

    jap aku teka, ckp melayu kot, err ko pandai ckp arab ke? :p

    ReplyDelete
  5. i dont like politiking2...hehehe.as long as i can eat cucuq udang cicah dgn sos cili cap kg koh during watching2 sinetron it should be fine...when election come, i do voting..but i vote for the best...who the best??? remain secret. becoz it naturally like that...

    ReplyDelete
  6. aku rasa ko ber"ana-ente" dengan adel al-melayu. haha

    ReplyDelete
  7. haha, tahniah, kau dah berjaya masuk dalam blog list aku, semua pasal entri Bershit tu. jeng jeng jeng. aman sekarang ni hasil kucar kacir lampau. hargailah! yeahhh

    ReplyDelete
  8. Pasal isu bersih yang ko kopek tu Nyah mak ucap tahniah bukan sebab ko dapat vote 'LIKE' yang banyak tp ko mengekalkan penulisan yang berhemah walau lantang. Mujur la mak tak jumpa perkataan 'F**K, B*****T bagai yang mak selalu jumpa kat blog2 yg komen pasal isu politik & bersih ni tak kira la pompuan or lelaki.

    ReplyDelete
  9. Elyana : tu org arab ckp tu, yg dari kecik taktau apa itu pilihanraya dan demokrasi

    Misssenget : anda betul!!!.. sila ambil hadiah, voucher memandikan zulfikar dengan kasih sayang.. hahahaha

    norinaomar : terkini 750likes :) ... tu la nyusahakn orang ramai betul mereka tuuu hishhh

    Jue : arab arab arab arab arab..tengok pandai tak aku ckp 'arab' :)

    tamlegend : kita sama, undi adalah rahsia, nak sokong sapa sokong masa undi laaa..

    Irshadism : ko pernah dengar tak filem bertajuk Kunta kinte? hehe

    cikmiea : time kasih bebanyok :)
    patut mandikan dengan klorok kan, bagi bersih betul diorg tu

    Lekat Lekit : aku kan budak baik nyah, takpandai mencarut :)

    ReplyDelete
  10. eh die dah ade darling la...hehehe:P

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...