July 5, 2011

Kisah cinta musim praktikal



Assalamualaikum...

Adat bagi student kos teknikal dan perkhidmatan ni mesti ada latihan praktikal, dan latihan praktikal itu adalah satu sumpahan moden kepada pelajar. Dari dunia praktikal inilah yang telah banyak mengubah manusia samada menjadi lebih baik atau lebih teruk. Contoh terhadap perangai - perangai pelik yg timbul lepas praktikal korang semua boleh baca di entry INI, aku dah karang lama dah.

Aku jugak tak terlepas dari sumpahan praktikal ini. Walau sekuat mana hujah aku bagi untuk justifikasi kelakuan aku, tapi akhirnya ia berbalik kepada perubahan sikap yang ketara selepas praktikal. Ada student yang dulunya pendiam, balik dari praktikal terus jadi periang. Ada yang dari keluarga miskin bila balik praktikal terus lupa diri dan rasa dia dari keluarga CEO petronas yang membesar di Damansara Utama.

Ada jugak yang perempuan dulunya allergik dengan lelaki, tapi balik dari praktikal dah pandai suwit suwit classmate lelaki kat kelas, ada jugak yang dulunya cakap slang melayu sungguh indah terus dah jadi pelat 'S'

" Hyeee U Olsss, u ols syemua buat ape kat syini, syampai hati taknak ajak syaya happening syame2. u all ingat syaya tak pandai nari techno ke? helloo... "

" ko ni tersampuk ape benda ni Faizal? lidah ko melecur ke? ke semua org kat Sabah cakap mcm ni? agak-agak arr, baru praktikal kat Sabah, pelat ngalahkan duduk sweden 20 tahun..caaaiitttt"

*************************

Dulu aku praktikal dekat Hospital Selayang, bahagian Jabatan katering dan dietetik. Tugas aku kat sana adalah membantu pembantu pegawai katering hospital untuk memantau pengurusan, pentadbiran dan penghasilan makanan.

Masa tu, aku praktikal bergandingan dengan Shahril Husin, dia ni kira 'practical buddy' aku la. Tugas-tugas rencam yang kami buat adalah cop kupon makan doktor dan nurse, issue susu dan makanan tambahan kepada pesakit yang memerlukan. kira inventory, cek kualiti, potong sayur, masak nasik, hidang kuih, tolak troli makanan, jadi peramusaji dekat cafe hospital, senduk lauk orang, jadi cashier, basuh pinggan, potong ayam..bla bla bla bla bla bla...

" sembang banyak takmau la, apa saja yang terlintas dalam pikiran korang proses dalam katering dari terima bahan mentah sampai la saat makanan tu masuk dalam mulut manusia"

Tapi disebabkan aku dan Shahril dulu budak sains masa spm, dan dikuatkan lagi dengan result gempak Biologi aku yang A2, ditambah pulak dengan angan-angan nak jadi doktor, Kami pun selalu jugak menyarung Lab Coat, pegang papan carta dan ikut Puan Lalita Sharma (dietitian) ronda ward..

Dengan berangan jadi doktor membuatkan kami masa tu merasa dah takde sape yang hebat lagi dah bila nurses, pelawat, admin staff dan patient yang lalu sebelah kami sambil senyum dan menyapa..

" selamat pagi doktor"

" selamat pagi" (sambil sengih-sengih tahan gelak)

" wei debe, diorang panggil kita doktor be!"

" ehh ko taktau ke Ikar? kan kita ni doktor... doktor ayam"

Nasib baik diorang tak perasan yang kami tak gantung stethoscope, dan nasib baik aku ngan debe tak gila glamer gi beli stethoscope kat pasaraya, kalau tak mau kami digelar gila isim. Agaknya perasaan mcm tu lah yang orang sakit jiwa delusional selalu rasa kan? perasan syok sendiri melampaui dunia realiti.

*****************************

Dekat jabatan katering tersebut, ada dua pihak bekerjasama iaitu pihak Catering Officer sebagai pegawai pemantau dan Pihak Besta iaitu syarikat swasta yang mendapat tender menyediakan makanan untuk pesakit dan cafe hospital.

Dalam syarikat Besta ni bertaburanlah makhluk Indah ciptaan Tuhan yang dinamakan perempuan amnya dan gadis khasnya. gadis itu bagi menunjukkan betapa ramainya perempuan yang belum berkahwin yang sangat cantik, comel, innocent dan sporting.

Mereka tidak malu untuk berjalan laju mengejar waktu, mereka tidak kontrol ayu masa suap nasik, mereka tidak malu untuk bangun menyenduk nasik tambah ketika lapar, mereka tidak segan memicit jerawat dalam bilik rehat di waktu senggang dan mereka tidak segan membonceng EX5 pergi beli sirap dan goreng pisang di luar pintu pagar hospital.

Permandangan seumpama itu membuka mata aku bahawa

"owh rupanya gadis-gadis cantik juga manusia biasa. Owhh rupanya mereka juga berak dan kentut  apabila perlu. owhh rupanya ramai gadis plastik di fakulti itu"

Awal-awal praktikal aku dah terpana dengan seorang gadis comel berhidung kecik, mata sepet, kulit mulus, kurus tak kurus, gemuk tak gemuk, putih gebu, alis mata sederhana tebal, dagu tajam dan senyuman seperti kucing parsi di depan TV.

Dari Jauh aku perhati kelakuan dia, Nor Arfah namanya dan dia ni sangat simple tapi masih menjaga 'sales tag' yang sangat exclusive itu....

" Nice to see nice to hold, once broken considered sold"

" Dilarang mencuba duduk dan baring di atas tilam ini, sila minta bantuan dari pegawai jualan kami yang sedia membantu"

Dari hari berganti minggu aku hanya mampu merenung dari jauh lengguk badannya yang smooth sambil tolak troli makanan pesakit melepasi office pegawai katering. Renungan jantan miang tu berganti melangut di tembok pemisah tempat menyenduk lauk.

Langutan di tembok berubah ke sapaan yang sangat innocent bagi budak suci dan naif seperti aku...

" Hai awak, hari ni kerja kat ward ke cafe?"

" Hai.... Hari ni kerja cafe, ni nak hantar lauk gi cafe lah ni. Kenapa tanya, nak teman ke?"

" Erm, Saya Zulfikar, budak baru kerja kat sini, saja nak kenal dengan awak, mintak awak tunjuk ajar buat kerja, errmmm boleh jugak ikut awak gi cafe kalau awak dah ajak. boleh belajar tolak troli kan"

Camon lah Zulfikar, takde ayat ngorat yang lebih elegance ke wei? ada ke nak belajar tolak troli? ko ingat ni tadika ke nak belajar tolak-tolak troli. Tapi masa tengah miang kan... mana boleh idea rasional hinggap dalam otak aku, yang ada dalam otak aku masa tu...

"Mashallah, lawanye budak ni, aduhhh gebunye kulit muka dia, manisnya senyum dia, ni kalau kapel ni mau aku tidur senyum 4 minggu"

Dan dari sapaan simple itu telah mencipta kehangatan bibit-bibit cinta bak novel Ahadiat Akashah dan Nurhayati Ibrahim. Dari saat itu kemesraan muncul secara semulajadi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Kemesraan tanpa coklat cadbury, teady bear, kad ucapan valentine's day, tanpa sms beruang ucap gudnite, ianya hanyalah perasaan ringkas 'syok primitif' antara jantina lelaki dan perempuan. Perasaan yang tidak memerlukan lelaki menjadi Majnun meminum racun demi cinta si laila.

Namun kebahagiaan cinta remaja itu datang dengan tanda harga, tanda harga yang agak mahal iaitu persaingan dengan Black, siapa itu Black? adakah cerita ini telah berkembang sehingga watak villain muncul menghalang kebahagiaan Zulfikar dan Norarfah?

Black adalah seorang supervisor Cafe yang selama ini merenung tajam setiap tingkah laku aku menggoda Norarfah. Black ini adalah Boyfriend Norarfah. Tapi aku sampai sekarang rasa tidak bersalah, sebabnya takde sape-sape pun yang pernah warning aku yang Nor itu telah berpunya.

Dan tiada sebarang Hint atau Pengiklanan ringkas dari empunya diri yang menyatakan dia telah berkapel. aku hanyalah sorang lelaki yang mencuba sehabis baik untuk membuatkan dia jatuh hati. Aku hanya lelaki yang muncul di waktu yang salah, situasi yang salah dengan matlamat mencuba nasib dengan melontarkan dadu tuah.

************************



Maka pada malam tahun baru, aku dengan penuh semangat kepahlawanan...... bukan semangat kepahlawanan sebenarnya tapi semangat kemiangan bawak motor besar aku dari Shah Alam ke Selayang semata-mata nak ajak Nor lepak di KLCC menonton bunga api.

Tanpa sebarang sms dan call aku hanya bertaruh sahaja yang aku akan berjaya dating dengan dia. aku memperjudikan nasib aku dengan 'surprise element' dengan harapan dia akan terharu dengan usaha aku datang dari jauh semata-mata nak keluar dengan dia. Setelah 40 minit menunggang dengan kesejukan malam, kekebasan bontot dan tangan, akhirnya aku sampai di Selayang.

Aku call cakap nak jumpa, dia dalam nada serba salah setuju untuk jumpa di depan hostel pekerja. dengan penuh harapan aku parking motor, sangkut helmet spare kat seat dan satu helmet aku sangkut kat tangan. bila aku merapati dia di tangga rumah kedai itu, maka terjadilah 'surprise element' yang aku harapkan.

Tapi bukan dia yang surprise, sebaliknya aku yang terkejut beruk...

" Nor, malam ni New Year, awak esok kerja tak?"

" tak kerja la bang, esok cuti, kenapa?"

" kalau cuti baguslah, ni datang jauh-jauh ni ingat nak ajak Nor pergi ronda-ronda KL, Jom ikut jom"

" Laaa kenapa tak cakap awal-awal yang awak nak ajak saya keluar? saya dah janji dengan Black nak keluar makan ni"

" Hah? black? kenapa dengan black? baik pulak awak dengan dia nak keluar makan sama-sama, ke keluar makan ramai-ramai dengan kawan-kawan semua?"

" eh tak lah, keluar makan dengan Black je lah, errmm.. awak.. erm.. dia tu bf saya la wak"

" maksud awak, selama ni saya mesra-mesra dengan awak dekat cafe tuu... black tengok-tengok saya tu..."

" errmm, ala biarlah dia, saya pun ada hak nak pilih kan? saya suka kawan dengan awak, saya taktau pulak awak ada taruh hati dekat saya, saya ingat awak nak gurau-gurau je dengan saya"

" sebenarnya, dari awal-awal saya praktikal dekat sana saya dah minat dekat awak, takkan awak tak perasan lagi lepas saya duk baik-baik ngan awak lagi Nor"

" laaaaa, nape tak cakap awal-awal wak, saya taulah yang awak macam suka dekat saya, tapi saya betul-betul ingat awak nak main-main je."

" kenapa pulak awak boleh ingat saya nak main-main? saya serius suka kat awak"

" Iyelahhh, saya ni budak belajar tak tinggi, Spm je. Takkan awak nak kat saya, lagipun awak tu belajar Universiti, saya ni budak tolak trolli je. saya sedar diri saya, nanti dah lepas praktikal awak balik kat dunia UiTM awak tu, awak lupalah kat saya"

" Tapi Nor, saya dah betul-betul mengharap kat awak ni nor"

" errmmphhh, aduh macam mana ni.... awak... awak...saya ....saya.....saya tak boleh buat keputusan sekarang, awak, awak baliklah dulu ye, saya mintak maaf sangat.saya takda niat nak mainkan perasaan awak. sebenarnya saya sama dengan awak, saya keliru"

" kalau macam tu takpelah, nampaknya bukan rezeki kita untuk bersama, mungkin jodoh awak bukan dengan saya, tapi saya harap awak jujur dengan perasaan dalam hati awak tu. awak muda dan saya muda, jauh lagi perjalanan masa depan kita...takpe lah, saya taknak bebankan awak lagi, saya balik dulu"

Aku pun dengan perasaan malu-malu alah, kecewa, terus tenggelam dalam diri sendiri. terus sesak nafas dalam atmosfera normal yang penuh oksigen. Aku dengan penuh kekecewaan memulas Throttle Daelim Momos M-1 aku meluncur laju membelah highway ke Shah Alam...

" ahhhh awal sangat nak balik Shah Alam, malam masih muda... nanti-nanti lah balik"

 aku capai handphone dan sms Zikry, kebetulan Zikry ada area Selayang, malam itu instead of aku berdating dengan Awek kulit mulus dan putih gebu, aku hanya makan nasik padprik dengan Zikry di warung...

" amacam ikar? kata nak ajak Mek Nor keluar? apsal sorang je? tu helmet bawak lebih takkan sangkut je"

" aku salah sabdu la zik, Mek Nor keluar dating dengan Black. mana aku tau diorang kapel, tadi baru aku tau"

" Ala rilek la Ikar, jangan putus asa, takkan ngan Black supervisor Cafe tu kau tewas kot, malu wei, takpe takpe usaha lagi, malam ni kita lepak-lepak makan dulu, takpe jangan frust...nanti-nanti ada la tu.."

" kata-kata Zikry itu kata pembakar semangat, kata pemujuk hati, kata-kata petrol yg terus bakar keinginan aku untuk berjuang mendapatkan cinta aku"

DAN Lepas kejadian itu...........maka aku pun mengorak langkah....




Bersambung....





Bagaimanakah akhirnya kisah cinta antara Zulfikar dan Meknor ini? apakah yang akan terjadi? adakah aku dapat menawan hati gadis yang berjaya membuatkan aku kemaruk siang dan malam?

Adakah aku akhirnya terkeluar dari bebanan perasaan kecewa yang meruntun jiwa ragaku?

adakah aku akhirnya menjadi pria kesepian yang penasaran?

Atau aku akan bahagia tidur tersenyum 4 minggu 4 malam?

nanti korang baca sambungan kat Part 2...

Aku dah penat dan ngantuk nak tidur, lagipun entry ni dah panjang berjela-jela bila aku tengok kat preview tadi...

Selamat Menantikan SAMBUNGAN DI PART 2.

17 comments:

  1. alaaa..

    ape ni buat cerita bersiri...

    sakit hati tau...!!

    ReplyDelete
  2. sorry sangat la miss, dah panjang sangat... esok aku update lagi ye...

    :)

    ReplyDelete
  3. pehhh !! panjang ,aku baca sampai habes la plak kan. *clap clap... hahaha..

    aku rasa macam dapat je...

    ReplyDelete
  4. hahah.mcm nei ye lelaki bila suka perempuan.comel.hee

    ReplyDelete
  5. aku rasa dia dapat kapel sekejap..haha

    p/s:bab feed tu aku dah tau.ramai yang cakap macam tu,tapi aku blank taktau nak setelkan macamana..masih blur sampai sekarang

    ReplyDelete
  6. best la bro cerita bersiri hang ni.. dah macam drama lak, heheh..

    ReplyDelete
  7. cepat sambung kesah cinta praktikal ko ni weh..aku pulak kemaruk nak baca..ahahaha..

    ReplyDelete
  8. kisah cinta yang sweet.. hehe, tak sabar nak tahu kesudahannya..

    ReplyDelete
  9. ohhh..sahabat ku...trajis sgguh cerita mu itu...nasib bek tk wekang sampai kebubun tayar moto tu...mana la tau hati direndung hampa...baguih2..u the man...

    ReplyDelete
  10. Waduh kok!!cerita cintanya mesti mesti ada scene naik motor jauh2 kok!! Hahahaha

    ReplyDelete
  11. as salam..
    zul . pergh! seteleah sekian lama tak ziarah sini lepas kisah jam boy london, kawe datang kembali. haha~

    er..dah kawen ke si norarfah tu? ops! lupa lak,. belum baca part 2. ok2, sedang menunggu nih. panjang pun panjang lah, janji boleh buat modal faham apa itu cinta. hehe.

    peh.kisah sepanjang cuba mempertaruhkan hati hang, cukup mencabar.. rasa seperti dipermainkan. alahai..risau la pulak..macam single lagi bagus

    >_<

    <-- tak reti bercinta. tunjuk ajar

    =_=


    Teknologi Cas Bateri Guna Air (RM 48)


    Teknologi Cas Bateri Guna Air (RM 48)


    by : http://fadzli-rt.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. lu bikin entry tangkap leleh pulak. cisss...

    ReplyDelete
  13. wah kisah cinta ko ngan meknor ni memang menarik la Nyah... mcm mak nak copy paste buat novel pastu letak hakcipta Lekatlekitgurl.. Jual dpt untung,pemes, popular, ada producer minat ambik buat drama bersiri/filem... Mak rasa ko tewas kot tackle MekNor... takpe mak tunggu episod seterusnya

    ReplyDelete
  14. :-)...senyum lak baca kisah ni. apa-apapun mmg mr ikar lelaki sejati ar coz sanggup teruz trng. susah nk jumpa a man like u know.. peace!

    ReplyDelete
  15. Vampire lovex : hehe, entry2 aku selalu panjang2... selalu gagal nak minimals.. :P

    Elyana : haaa mcm tu la apa yg lelaki pikirkan.. :)

    Norinaomar : mcm betul je sangkaan tuuu

    Azman Roslan : tapi takleh buat selalu, sebab nanti org bosan nak baca sambung2 kan :)

    Cik sha : aku dah siapkan dahh.. :)

    Nur Hani : sorry panjang sangat, terpksa nbuat sambungan :)

    ReplyDelete
  16. Zappa : kan saya dah ckp, kalau usaha, takyah bayar pun leh dapat yang cantik.. :P

    Nizam Jasni : aku melayu kok!!.. mesti la bawak motor jauh2 baru la azroy kannnnn

    Pakcik : cinta, anda akan belajar sendiri bila sampai masanya :)

    Tamlegend : terpulang, kalau rasa mcm nak tulis, mungkin sampai part5... haha

    Dale : layan syahdu dale.. layan syahduuuu

    Lekat lekit : selalu bayangkan ade org amik citer aku buat skrip... harap kalau ade, jangan lupa bagi credit kan? royalti pun mesti mahu! wakakaka

    anakanda hainiey : saya lelaki biasa je,. cinta membuatkan lelaki menjadi luar biasa .. huhuuuu

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...