July 5, 2011

Kisah Cinta Musim Praktikal 2

Entry ini bersambung dari Kisah Cinta Musim Praktikal


Lepas aku dah habiskan makan nasik padprik yang tak sedap tu, ntah aku taktau la betul ke tak sedap, aku tengok Zikry makan nasik lauk Ikan kembung goreng 3 rasa sedap je dengan kawan dia. aku pulak tak boleh telan nasik putih tu, aku rasa sangkut kat tekak.

Bila aku berhenti suap nasik kat mulut je aku bayangkan muka Meknor yang sangat la menawan, masa kerja dekat hospital dia pakai tudung bawal, tapi bila aku pergi jumpa dia malam tu dekat hostel dia tak pakai tudung. rambutnya yang hitam pekat, ikal mayang panjang hingga ke pinggang.

Membuatkan aku tak keruan, membuatkan aku menjadi bodoh dan tidak lagi berlagak matang seperti Dr Fadhilah kamsah memberikan nasihat panduan hidup kepada kawan-kawan. Pada masa tu aku merasakan dunia ni berpusing dan kabur kelam kabur kelam.

" Rilek la Ikar, takkan frust sampai makan pun tak lalu, setahu aku kau kalau dapat makan nasik tak ingat dunia, ni 3 sudu pun tak habis.. keh keh keh keh"

Tersentak aku dengan kata-kata Zikry, ah celaka, kau boleh la cakap macam tu kau tengah bahagia, kalau bagi makan nasik dining ikan jeket pun kau cakap sedap. Ni hati aku yang melara ni sape yang nak jawab? ni semua sebab over confidence punya hal la nih. kalau aku rilek-rilek je, takde la kecewa sampai macam ni sekali.

Agak-agak jam dah pukul 2 pagi, aku pun start motor blah balik Shah Alam, tengah aku ngelamun meredah Federal Highway nak balik Shah Alam tu aku asyik berfikir macam-macam.

" apa aku nak jawab kat kawan-kawan ni, sembang dah lebat, konon-konon doktor love, sekali petik sepuluh yang datang, tapi nak ngorat Meknor pun kena reject. Kalah dengan Black pulak tu. Aku nak tipu cakap aku dah gi dating tadi tak boleh pulak, Zikry dah tau citer sebenar, aahhh semaknye"

Sampai je dekat rumah Flat seksyen 8, aku campak diri kat katil, secara harfiahnya aku letakkan tangan atas dahi sambil baring tenung siling. Mengenangkan saat-saat tumpas dikecewakan cinta. Nasib baik malam ni rumah free, debe balik rumah dia kat Penjara sg buloh, budak-budak rumah lain semua balik kampung.

Lantas watak-watak penasihat imaginasi datang kat aku sambil menyucuk jarum-jarum persoalan yang sangat halus dan tajam.....

" Kenapa kau ni Zulfikar? punya banyak perempuan dekat fakulti kau tu, budak tolak trolli jugak kau kemaruk? kau ni dah hilang akal ke Zulfikar?"

" aaahhh lantak aku la, mak aku pun SPM jugak, apsal? semua cinta nak kena pakai degree ke?"

" ishh ishh ishhh kau ni Zulfikar, kau tu budak Universiti, dengan Black budak spm, supervisor cafe pun kau kalah, nampak sangat kau ni tak laku kan Zulfikar kan? kalau Black tu ada Evo VII takpe la jugak woi, ni ada EX5 cabuk je"

" Ala, dah aku memang tak hensem nak buat mcam mana? dah Meknor selera dia kat Black, takkan aku pulak nak bagitau dia dengan siapa dia patut bahagia"

" Kau ni tak malu ke Zulfikar?"

" Malu apa pulak, aku dah cuba. aku dah cakap yang aku suka dia, aku dah terus terang cakap yang aku cinta dia, kalau dia tolak pun sekurang-kurangnya aku dah try. Takde la aku menyesal sampai tua sebab aku tak pernah bagitau yang aku sayang dia"

**************

Bila cuti dah habis, aku pergi kerja dengan berat hati, malu, kurang konfiden, segan, kecewa semua ada tapi aku simpan jauh-jauh dalam hati aku. Kalau tidak berlagak rasional bukan Zulfikar namanya.

Tapi Shahril Husin perasan kekecewaan aku, tapi dia kenal aku, dia tau aku tak amik pusing hal-hal cinta ni sangat, dia tau aku ni memikirkan tentang kehidupan tu lebih besar dari hanya sekadar persoalan cinta.

" Tiada apa yang lebih besar dalam kehidupan ini melainkan kehidupan itu sendiri"

Selalu aku nasihat hal ni kat kawan-kawan bila diorang down dalam masalah cinta, aku ni konon-konon perasanlah aku ni  ahli falsafah cinta, doktor cinta... penasihat kehidupan.

Tapi.. bila datang bab cinta hempap batang hidung sendiri, aku pun jadi macam ayam berak kapur sama macam orang lain dalam dunia ni.

Akibat dari pengalaman ini menambahkan lagi kata-kata mutiara dalam perbendaharaan aku, dan menambahkan lagi prinsip dalam rules of thumb hidup aku...

" Tiada siapa yang pandai tentang cinta dalam dunia ni, semua akan jadi bodoh bila kompromi dengan cinta"

********************

Arghhhh.... kecewa tu kecewa jugak, kerja kena buat hidup mahu terus. Aku pun sedar yang aku tak boleh nak lari mana-mana pun, aku tetap kena mengadap Meknor dan Black dekat cafe sebab aku still attached kat department cafe, sedangkan Debe attached dalam dapur patient.

Bila cukup masa, pukul 11 pagi, aku kena buat rutin, tolak troli lauk nasik campur. Troli tu kena tolak dari central kitchen dekat basement sampai la tingkat atas ke cafe. dengan siapa aku nak tolak troli lauk ni? korang rasa dengan siapa?

Mesti la dengan Meknor, gadis ayu penolak troli. masa aku menaip kisah ni pun aku rasa sebak dan sayu sebab rindukan kenangan lama.

Kalau korang kan? macam mana korang nak mengadap muka Meknor sambil tolak troli lalu lorong bilik mayat, naik lift hanya berdua, tolak di sepanjang koridor hospital, melalui ward sampai ke cafe? kekok dak?

Panjang perjalanan tu wei, masa tu aku rasakan macam aku akan tolak troli bersama dengan Meknor sejauh Selayang - Sydney. Kalau boleh aku masa tu, nak je lipat-lipat muka aku ni simpan dalam poket. Punya segan nak ngadap muka perempuan yang reject cinta aku.

Masa tu aku rasa, kalau boleh aku cabut kepala ni tukar dengan kepala Rajnikant pun aku sanggup, aku dah tak dapat bayangkan malu masa tu macam mana, kalau ayat clichenye di sebut "toreh muka pun tak berdarah"

Tapi masa aku merapati troli lauk pauk dan di sebelahnya Meknor, aku nampak dia senyum dari jauh, senyuman yg sangat jujur, sangat manis, sangat menaikkan darah miang remaja aku.

Senyuman Meknor itu genuine, beserta mata yang bersinar, dan pipi yg bulat terangkat. Bila aku semakin rapat dengan dia.. aku dengar dia nyanyi...

Yaaaaaaa!!! dia nyanyi sambil jeling jeling aku, sambil senyum epic, senyum yang aku takkan lupa selagi aku belum nyanyuk...... dia nyanyi Lagu Ruth Sahanaya. dia nyanyi untuk aku, ye untuk aku

Kaulah Segalanya

Aku diam, aku block semua deria rasa, dan aku masa tu hanya fokus dekat bait-bait lirik lagu tu sambil terpaku tengok muka dia yang nyanyi dalam nada rendah.

Takkan pulak nak nyanyi jerit-jerit high-note macam Jaclyn victor pulak, mau aku ngan dia dua-dua kena ketuk ngan sudip ikan goreng.

Dan pada masa itu, barulah aku mula memahami kekuatan sebuah lagu cinta terhadap penyampaian isi hati kepada kekasih, dan pada masa itu baru aku paham kenapa kisah percintaan dikaitkan dengan lagu melankolik dan melodrama.

Pada masa itu juga baru aku tau kekuatan sebuah kata-kata ringkas dalam lirik lagu Ruth Sahanaya mampu membuatkan aku rasa terapung.

Aku rasa high, aku rasa stoned, aku rasa khayal, khayal dengan keseronokan cinta. Tapi kali ni aku tak gelojoh lagi. sambil senyum simpul aku pegang troli tu atas sikit dari tangan dia. sambil tenung mata dia lama, aku cakap,  "jom hantar lauk jom...."

" korang berdua ni akak tengok dah macam orang bercinta je pulak, korang berdua bercinta ye?"

Sampuk makcik potong buah belakang kami, aku dah lupa nama dia, tapi muka dia aku ingat. Aku memang jenis jujur dan tak menyegan, aku jawab balik...

" eh takde la kak, kami bukan bercinta, cuma saya je yang syok kat dia"

" alah, kalau dah sampai nyanyi nyanyi tu, bukan kamu je syok, dia pun dah angau dah tu"

Kami berdua senyum, aku senyum miang, dia senyum gatal.

Sepanjang perjalanan aku dari central kitchen di basement sampailah ke lift cargo, aku dapat simpulkan masa tu, It is time of my life. Masa dalam Lift, hanya aku ngan dia dipisahkan dengan trolli lauk panas baru lepas masak. bau dalam lift itu tak romantik lansung, bau ikan goreng berlada dengan gulai kari daging.

Tapi sape peduli. Kalau dah kemaruk cinta, bau tempoyak jadi vanilla, yang aku ingat masa tu, aku terus berbual dengan dia tanpa rasa kekok.

" awak, lagu tadi awak nyanyi untuk siapa?"

" untuk awak la"

" tapi awak dah ada black"

" kami gaduh kelmarin, dia cemburu buta, dia cakap dia taknak lagi kapel dengan saya"

" tapi, tak patut, sebelum ni awak bahagia dengan dia, saya ni kacau daun rosakkan hubungan awak dengan dia"

"kan saya dah cakap, saya ni manusia, ingat perempuan ni kayu ke? bukan manusia? ingat perempuan tak layak nak pilih dengan lelaki mana dia nak bahagia?"

" saya suka kat awak membabi buta, saya tak patut buat awak keliru dan beban"

" kalau macam tu, pastikan pilihan saya ni berbaloi"

" maksud awak, pilihan awak tu saya ke?"

" habis tu takkan En Nizam pulak?"

" hehehe mana la tau"

" mengada! ke sebenarnya awak nak saya nyanyi lagi sekali ni? awak nak saya nyanyi yeeeee?? elelelele.."

" nyanyi lah, nyanyi lah"

" sayang awak"

" sayang awak jugak"



26 comments:

  1. wawawaaaahhhh..
    eh sama ke endingnya dengan tekaan aku tadi?

    btw ikar,blog feed aku dah ok,kalau nk letak dalam bloglist,guna feeds.feedburner.com/blogspot/HDSVO atau klik logo feed kat page aku n copy urlnya then paste ke url bloglist kamu.just nak bgtau aje

    ada gambo meknor tak?heeeeee

    ReplyDelete
  2. weewit...

    pang pang pang kopang kopang kopang kopang kopang..

    ding..ding..digiding..giding..giding..

    pastu?

    bila nk keluar kad jemputan ni?

    ReplyDelete
  3. eh aku orang first bagi komen rupanya hehe

    ReplyDelete
  4. huiyyooo... update time aku keje... dah la terbaca ini dulu... pastu gegeh la baru baca yg first tu...

    adoyaiii...

    hahaha... jangan lupe jempot weh :D

    ReplyDelete
  5. Norinaomar : eehehehe, dapat agak ye... tahniah jd pengkomen first :) gambor dia takde, dah ilang dalam thumbdrive zaman belajar.

    Elayana Ahmad : suwit kan? tapi tak kekal punnnnnn

    Miss senget : ini kisah lama, dah lost contact dah pun dengan Meknor ni.... :(

    aslina : mana ade, skrg aku single la... ni kisah cinta la.. dah loct contact dah punn nye.. adoyai...

    ReplyDelete
  6. err...

    kene sambung lagi laa nampk nye cerita ni..

    camne bole lost contact plak..

    huhuhu..

    sedih tiba2..

    ReplyDelete
  7. Miss senget : kene sambung ke? lost contact sebab... errmm nanti la citer dlm entry :) hahaha

    ReplyDelete
  8. bro, pendapat aku kan, klau kau tulis novel psl kesah ekau tu, sure laku, sure bole adaptasi ke drama tv plak, ayat2 ekau superb la bro...

    ReplyDelete
  9. Nazrul Azat : penulisan takde tekanan memang baca best, tapi bila dah suasana novel ngan drama, ada supervision dari publisher atau producer, nanti jadi kekok nak menulis...

    tapi angan2 tu sentiasa ada.. terima kasih ngan penghargaan tu broo .. :) aku senyum skrg ni hehehehe

    ReplyDelete
  10. ala..clash ke? dah suwitt dah jalan cerita..ke meknor p kat black balik??

    ReplyDelete
  11. Aduhai.. ku sangka ko tak dpt tackle meknor.. rupanya filem hindustan jugak cerita ko nyah... ni ada episod lagi tak?

    ReplyDelete
  12. Bigdadyz : tenkiu very much

    Ciksha : kalau nak tau kena tunggu part 3, nak ke part 3? atau biarkan happy ending je?

    Nadia : semua citer cinta geli.. :P

    Lekat Lekit : dapat la nyah, ada gak cinta yg frust kat entry2 lepas.. tapi kali ni bg chance hero menang la...

    nak episod lagi ke?

    ReplyDelete
  13. cter tergantung lagi ni...nak kena ada part3

    ReplyDelete
  14. likes, akhirnya berjaya menambat hati si dia.. tahniah.. ('-')/ bbaloi jg bw motor jauh2..

    ReplyDelete
  15. yeke? la, x aci ni tak habis citer g rupanya..

    ReplyDelete
  16. *berlari ke sinki dan muntah* :P

    ReplyDelete
  17. euu~ kiut2 jew!
    mnew part3???

    ReplyDelete
  18. hehehe, amboih jue sampai termuntah ko yeee.. hahaha


    nak kena sambung part3 ke korang? adoiiiii

    ReplyDelete
  19. sambung..!! sambung..!! sambung..!!

    tapi tak paksa pun..

    kot laa ade kisah2 yg mahu disimpan sedikit utk diri sendiri.. :D

    takut nnt tgh tulis2, meleleh2 air mata + hingus..

    kang merah2 + bengkak2 mata, cmne nak gi opis??

    ReplyDelete
  20. ntah camne masa bace ley imagine sume....hahahaha...thums up,dpat merasakan emosi ketika itu

    ReplyDelete
  21. Aku lepak2 dalam kereta pukul 5am ni, acah2 nak tido. Tersengih2 plak baca kisah cinta ko. Terus cancel nak tido! Haha!

    Betul2 takde part3 ke? Ke aku yg terlepas pandang? Hehe...

    -mier-
    P/S: aku ada acc gmail. Malas nak login dr phone. Sorry! :D

    ReplyDelete
  22. mier : part 3 ada, tapi bukan happy ending story, rasa mcm nak sambung.. nanti sambung kot...

    p/s aku teringin nak baca blog aku sendiri pakai henpon, tak pernah buat... hehehe

    ReplyDelete
  23. Ko memg hebat bro.Aku bleh imagine betapa ko adalah insan yg paling bahagia di bumi waktu dlam lif tu.haha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...