July 17, 2011

Kencing Malam Dan Keampuhan Pertahanan

Assalamualaikum..


Macam mana aku nak ceritakan pasal kencing malam ni ye? macam mana aku nak huraikannya sehingga ia menjadi sesuatu hipokrit yang dikompromi?


Kerana kencing malam itu adalah top secret, rahsia terhebat terhadap kemachoan seseorang, kencing malam adalah the last frontier yang mana jika ia terbongkar akan membuatkan seseorang itu mengalami ganguan emosi yang  tak terhingga hebatnya.


Sebelum mengutuk orang, baik aku menceritakan sejarah aku dulu. kami adik beradik 4 orang dah diajar oleh bapak aku, setiap malam sebelum nak tidur, mesti kena pergi kencing sampai tos, bapak aku akan bawak aku ngan abang aku.


" Karnain, Ikar, jom kencing, kencing dulu sebelum tidur"


" ala abah, ngantuk la, nak tidur"


" Ehem, bangkit gi kencing dulu, kang kamu kencing tempat tidur, abah suruh tok mudim kerat burung kamu"


Bunyi 'ehem' berdehem itu adalah trademark bapak aku, kalau dia dah start ehem kasar tu, maka aku ngan abang aku terus hilang ngantuk, melompat bangun dari katil sebab takut.


adik-adik perempuan aku pulak, tugas mak aku yang bawak diorang pergi jamban tiap-tiap malam untuk kencing sampai tos sebelum tidur.


Perkara ni dah jadi rutin dah sampai nak masuk sekolah menengah, kadang-kadang dah besar tua bangka macam ni pun, kalau berkumpul satu keluarga, abah akan merindui rutin dia mendidik kami masa kecik, bila kami mamai-mamai bangun tertidur kat sofa nak masuk bilik tidur, dia secara naturally akan cakap....


"Karnain, Fikar pergi kencing dulu sebelum tidur, pergi pergi, dah nak tidur dah ni"


Abang dengan aku selalu segan  tapi kami takde lah pulak pelik sangat, sebab kami faham yang abah teringat zaman-zaman mendidik kami kecik-kecik dulu, dan kami tak hek tak huk pun, layankan je.


******************************

Tapi, aku ni boleh jatuh hukum menipu la kalau aku cakap aku tak pernah terbabas terkencing tempat tidur kan? habislah hilang kredibiliti tulisan aku dalam Blog Rasa Hati jika aku cuba twist cerita aku. Jadi aku cuba menggunakan hikmat 'buat dek' sambil mengharapkan simpati pembaca. simpati dari Hipokrit yang dikompromi.


Bagi diri aku sendiri, aku pernah paling teruk terkencing malam masa aku darjah 2. Kesnya, aku mimpi tengah kencing tepi parit sambil bersiul-siul, punya sedap, punya lega melepaskan aliran suam tepi parit, tapi makin lama, rasa suam berubah menjadi sejuk, sedar-sedar seluar tidur aku dah lencun.


Kelam kabut aku masa tu, aku boleh cari kunci grill, bawak masuk Miow, kucing aku. dengan penuh muslihat keampuhan pertahanan, aku kurung kucing dalam bilik aku, dengan harapan aku boleh meletakkan beban pembuktian ke atas kucing tersebut.


Tapi hampeh, satu sen pun tak laku, mak aku selamba je..


"Ikar, kamu kencing tempat tidur ke?"


"ehh mana ada mama, miow yang kencing, dia terkurung dalam bilik semalam"


" kamu jangan nak membohong, rumah ni tak pernah kucing tidur dalam rumah, lagipun macam la mama tak tau beza hancing kencing kucing dengan orang, hishhh hancing pering!"


" errrr...errrr..errmm...ngaaaaaaa"


" kamu pergi jemur tilam tu"


Kesian Miow yang tak berdosa tu, tapi takpe miow, aku dah selalu tolong gaulkan nasik ngan ikan bagi kau makan, apa salahnya sekali sekala berjasa walaupun keampuhan pertahanan itu goyah.






**********************

Masa aku form 1, aku sekolah kat Sekolah Menengah Agama Sultan Abd Aziz Shah batu 16, Sabak Bernam, entah betul entah tidak nama sekolah tu, aku tak berapa ingat. Sebab aku sekolah kat situ tak sampai 2 bulan.

Masa kat sekolah ni, aku ada seorang kawan, nama dia Khaidir, anak orang kaya, dia dari Manjalara Kepong. satu hari, si mamat Khaidir ni ajak aku ngan 2, 3 orang kawan-kawan borak. 

makin lama borak, makin ia membawa kami kepada matlamat penjustifikasian. apa yang si Khaidir ini cuba sampaikan?

" korang nak tau tak? masa aku kecik-kecik kan aku kena sorok ngan orang bunian"

" Hoh! sorok ngan orang bunian? macam mana tu?"

" Masa aku kecik, orang bunian culik aku dari mak bapak aku, pastu diorang bela aku jadi anak angkat"

" habis tu macam mana kau boleh sekolah kat sini? apsal tak sekolah kat tempat bunian  tu Khaidir?"

" mak aku sedih sangat, mak aku panggil bomoh suh amik aku balik"

" pastu pastu pastu?"

" lepas dah macam-macam usaha buat, last last bomoh tu dapat la amik aku balik, tapi ada beberapa syarat la"

" Uiyyohhh terer gila bomoh tu kan, ada syarat? syarat apa plak khaidir? mesti kau dah besar nanti kau kena kawin ngan anak orang bunian kan?"

" Takde lah macam tu wei, cuma bomoh tu cakap, dalam masa sebulan aku mesti ada terkencing malam, paling kurang la, dalam setahun tu 30 kali aku akan terkencing masa tidur"

" Mak datokkkk!! sampai macam tu sekali Khaidir, kesian kau kan, kau tak pergi berubat ke?"

" Tak boleh berubat dah, memang dah macam ni syarat dia, so aku nak bagitau awal-awal la kat korang, kalau satu hari nanti, aku terkencing malam, harap korang faham la ye? aku bukan mengada-ngada, dah memang tu sakit aku, kena buat dengan orang bunian"

Mula-mula, aku dengan kawan-kawan rasa simpati sangat, tapi bab ayat last tu kan, aku rasa macam nak buat sepakan capoeira je dekat rusuk dia, banyak cantik!! dah memang kau jenis kerap kencing malam, kau nak salahkan bunian pulak, 

Mamat Khaidir ni lagi terer kan wei, dia salahkan bunian in advance, aku rasa sekarang mesti dia dah jadi lawyer kan?

*******************

Masa aku Tingkatan 1, aku sambung sekolah dekat Sekolah Agama Menengah Rawang, aku sambung sekolah sini sebab sekolah kat sabak tu pack gila, dengan jauh sangat mak bapak aku nak datang melawat tiap-tiap minggu, biasalah, anak manja kan? tak datang melawat tiap minggu mau aku nangis telefon mak aku.

Masa kat Rawang, ada banyak kisah epic kencing malam, ada yang kencing malam secara marathon, ada yang kencing malam sampai tingkatan 3, ada yang tidur atas lantai sebab takut nak jemur tilam lagi. 

ada jugak yang kantoi jemur tilam kat koridor, budak perempuan kat hostel bertentangan nampak, siap jerit lagi.

" ahahahahaha, weeeiii, jemur tilam keee? kencing malam la tu! hahahahh kaaaantoiiiii"

Tapi kesemua kisah epic ini tidak dapat melawan kisah Si Madun. Madun ni satu dorm dengan aku, dan dia jugak kawan aku cuma aku tak suka sangat perangai kedekut dia. 

Korang bayangkan lah, dia boleh makan meggi sambil meniarap bawah katil! setakat kisah hebat makan meggi dalam locker?,

Aku rasa aku lagi respek madun yang makan menerap bawah katil, sebab aku bayangkan tak menitik ke hingus dia dalam mangkuk meggi tu kan...punya istiqamah si madun tu.

Nak dijadikan cerita, pada satu subuh yang hening, Madun telah melompat straight dari tingkat atas katil double deckernye. Dubbb!!! bergegar jugak la simen tu.

Aku tersedar, aku bukak mata kecik-kecik, aku perhati je apa kena si madun ni, memang patut pelik la, kalau tengah pagi subuh kawan lompat straight dari katil 2 tingkat kan.

Pastu aku tengok dia kelam kabut bawak tupperware putih dia, pergi amik air panas kat hujung koridor tingkat 2. pastu aku tengok dia panjat balik katil dia, dia godak-godak bancuh air, pastu dia letak tupperware tu atas locker sebelah katil dia, dia sambung tidur.

Esoknya, kecoh satu dorm, sebab kan hari tu ahad, jadi kami semua bangun lambat, kecoh dengan suara abang Faizal....

" weeeihhhhhh apa bau hancing menyengat ni!!!"

semua dalam dorm mula tarik nafas panjang-panjang, cuba cari bau hancing tu..snif sniff sott sott.. memang kantoi la bau hancing tu kan, dah macam bau jamban central market.

Kisah horor pun bermula bila si Senior faizal tu mula buat seram, dia punya rajin, boleh dia cek satu persatu tilam, last last kantoi bau hancing tu kat tilam madun, cuma madun ni otak penipu. 

Dia dah ready awal-awal, dia terbalikkan tilam dia. siap bubuh bedak lagi banyak-banyak kat tempat kencing tu.

" woiii celaka kau madun, kau kencing tilam eh?"

" mana ada bang!!! mana ada kencing!"

" Habis tu ni apa ni tompok kuning ni, lembab lagi pulak tu?"

" Ni semalam air teh O saya tumpah semalam bang, tak sedar, jatuh dari locker ni"

Madun cakap sambil tangan tunjuk Tupperware separuh penuh atas locker dia, sambil muka gelabah. punya lah dia ni otak penipu.

" banyak la kau punya teh O tumpah!, kau jangan nak mengencing aku madun, kot ye pun takkan Teh O bau hancing!"

" ada bau ke bang? saya tak bau pun.."

" sudah la kau madun, kau pergi angkat tilam kau sekarang, kau pergi jemur depan koridor tu, selagi tak kering, tak hilang hancing, kau tidur atas lantai, aku haramkan tilam kau tu masuk bilik nih"

" tapi saya dah bubuh bedak bang"

" mana hilang bau dia madun, dah dah kau pergi jemur cepat!"

Baru la aku paham, kenapa pagi subuh tu madun melompat straight dari dabel deker dia, rupanya dia terkejut menggelabah terkencing masa tidur.

Rupa-rupanya yang dia kelam kabut malam tu, bancuh air semua bagai hanyalah menyediakan helah keampuhan pertahanan untuk hari mendatang.

*************

Punya la malu kalau kencing malam, keampuhan pertahanan mesti di set dengan kemas dah teratur. ada yang tuduh kucing kencing atas katil, ada yang tuduh bunian buat syarat, Tapi Madun terbaik, dia mencuba sehabis baik membuat segalanya nampak logik.

Tapi sayang seribu kali sayang, sampai kiamat pun Teh O tidak akan berbau hancing.








p/s aku rasa, semua orang ada experience pasal 'eksiden' kencing malam kot, cuma segan tak segan je la nak mengaku. tapi kalau dapat kongsi kisah kecik-kecik ramai-ramai best jugak kan. :) 

21 comments:

  1. hahahaha.

    ape lah kencing malam lagi dah masuk sekolah menengah.

    kirim salam dekat yg kena buat dgn org bunian dgn teh o tumpah atas tilam.Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahah aku haritu ada gak nak buat entri pasal ni tapi kok lupa.

    Kalau aku panggil kencing malam ni NGOMPOL

    Kalau zaman ko kat hostel tu dah ada jual Febreeze mesti budak Madun tu boleh NGOMPOL tiap malam kan kan.

    Aku zaman skolah rendah je NGOMPOL tapi sekali dua je la.(*_^)v

    ReplyDelete
  3. hahaha..cerdik siot korang..kalau ak dulu, kencing, mngaku je, x de ayat cover2..XD

    ReplyDelete
  4. hahaha. lama dah aku tak kencing malam, last sekali masa umur 6 tahun kot.

    ReplyDelete
  5. hahaha NGOMPOL. nostalgia betul...

    aku kt asrama xpenah ngompol. masa kecik je la...normal tu...

    eh ko skolah SMA Rawang?kenal akak aku kot. Farzaana lol

    ReplyDelete
  6. hahaha ikar ngompol... ekekekek :P

    x semua orang kencing malam.. ekekeke
    *saje nk bakar line ;P

    ReplyDelete
  7. hahaha...

    apsal aku tak pernah pon kencing malam even masa kecik2???

    hahahaha...

    *bako line jugak*

    ReplyDelete
  8. aduhh org kencing mlm ni tak rasa langsung ke ek?tp plg syok bila mimpi kencing..haha.ramai gak budak2 kecik ckp mereka mimpi kencing tiba2 dah basah.

    ReplyDelete
  9. Salam, fisrt time jenguk sini.

    Baca entri ni, macam baca komik lak.. sesuai sgt buat komik ni!

    Kelakar giler... hahahahaha...

    ReplyDelete
  10. wakakakaka Nyah.. cerita kencing malam ko memang Malatop la Nyah.. sedu sedan aku gelak pepagi ni. Nasib baik dah siap masak bihun goreng sebelum mentelaah entri ko kalau tak confirm aku dok gelak sambil goreng bihun.

    ReplyDelete
  11. hahahhahhahhahhahhahhahha..

    kencin malam..



    pss..: tak snga nk serupa gak cite kau tuu aw >,<

    ReplyDelete
  12. aku pernah tak kencing malam?err..err...rasanye..err..takde pape lah..ahahaha..

    ReplyDelete
  13. smp ati ko jadikan kucing tu sbg kambing itam semata2 nk tutup kesalahan ko.. cettttt!!!!!

    ReplyDelete
  14. kesian kucing..xpepasal disalahkan..=p

    pengakuan:masa aku kecik..aku pernah kencing malam sampai lencun 1badan..agak2 aku mimpi berenang dlm sungai kot.tu yg lencun tu..kikiki..

    ReplyDelete
  15. Elyana : tak jumpa dah dorang kat mana.. kekek dah jadi lawyer kot.. hahaha

    Norinaomar : ha'ah org jawa panggil ngompol... mcm mane ke gaya pompuan ngompol mesti banyak kan? kekekeke

    Syipard : jujur betul kau, mesti comel kan kan kan.. hahaha

    Irshadim : kalau skrg kencing mlm, mau tilam kena lapik plastik kan ... hehehe

    Arc : Farzaana, nama mcm pernah dengar, bape umur dia? mesti ko selalu ikut parents ko melawat kakak kau ujung minggu kan kan :)

    Ad : terbakar sikit je nih.. hehe

    Aslina : ko boleh jadi duta ubat anti-kencing mlm kan kan :) hahaha

    Lydia : mcm tu la selalunya, seb bek dah tua nih ada gak mimpi kencing, tapi tak kencing la.. kekeke

    Aya Yus : Tq singgah, sila selak entry2 lama.. :)

    suria lekat lekit : seb bek gelak sedu sedan tak terkencing kan nyah kan kan... hehehe. nak bihun goreng sikit!

    M Smile : cerita yang mana yang sama tu? ko salahkan kucing jugak yeeee

    Cik Sha : errrr aku sorang je ke yg kecin malam haaa???

    Jue : tu namanya berkorban untuk sahabat.,. wakakakaka

    Pjah : sian kucing tu muka selenge jee..

    hahahahahaha;encun satu badan .. hahahahahaha lawak..

    Ernie : awak ngompol tak? :P

    ReplyDelete
  16. Dari kecik sampai darjah 6 agak lebat jugak. last tamat zaman kencing tilam tingkatan 3. teruk kan?

    ReplyDelete
  17. dulu masak kecik2, tido malam, mak aku lapik plastik alas meja..

    T__T

    aku x igt last aku kencing malam..

    tapi yg aku igt, last aku terkencing dalam seluar..xsempat smpai jamban...


    wahahaha...

    ReplyDelete
  18. Misssenget : phewwww nasib baik aku tak penah tdo kena lapik plastik....

    ReplyDelete
  19. biasak la tu...akupun kencing malam gak dulu...ileks je...tak yah nak buat helah keampuhan pertahanan pun...buat muka selamba toya jer la...kalo buat muka gembira kang tkut mak aku libas dengan penyapu lak kang...

    ReplyDelete
  20. aku pernah kencing malam selalu jugak lah umur lebih kurang 4-7 tahun...aku ni plik sikit bab kencing malam ni.aku klau kencing mlm aku berjalan...mak aku bangun tengok2 lantai ade air kencing...aku rasa cam pegi tandas tapi rupa2 nye pegi kencing dalm tong sampah tak pun dalam singki tapi itu sume dah berlalu ........yang tak best nye sekarang mimpi basah bangun nak gi sekolah tengok lekit lekit...nak gi mandi wajib mana sempat....sampai sekolah waktu akhir subjek agama islam .. sekolah habis pukul 2 jadi ustaz suruh solat zohor ..aku ckap kat ustaz yang aku tak leh sembahyang...ustaz terus ckap kuat2'apasal kamu uzur'malu tak terhingga aku kawan2 sume gelak yang pompuan gelak malu malu konon..ini yang bikin panas ni rase nak @@##$$#%$@^^# ustaz tu

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...