July 8, 2011

Hipokrit yang dikompromi

Assalamualaikum...


Manusia ni pada dasarnya hidup dalam fitrah.Fitrah adalah perkara rutin semulajadi manusia yang akan dilakukan tanpa diatur, diajar dan dikawal. contohnya Sex, mandi, makan, berinteraksi dan sebagainya.


Fitrah itu samada berbunyi terlalu formal dan cliche. dan cliche itu sendiri dah menjadi cliche dalam dunia penulisan.


" Cinta itu adalah Fitrah manusia yang bersifat normal"


" eeeee sebut fitrah...fitrah... cinta ape la bagai.. tu semua topik cliche la"


" eeee ko tu sebut cliche, cliche doh"


" eh cliche eh sebut cliche ni? kalau mcm tu aku ubah sikit la, guna ejaan Melayu, klise"


" bukan ke klise tu dalam Bahasa Melayu basi ke?"


" sape ajar ko? basi tu untuk nasik ngan lauk je la"


"ahhh malas la layan ko"


***********************


Apa yang korang paham dengan tajuk di atas? Hipokrit yang dikompromi, Kalau diterangkan makna dalam 'bahasa' adalah kepura-puraan yang diterima umum. kalau diterangkan dalam maksud syarak adalah


Perkara kebiasaan yang kebanyakan manusia buat, tetapi malu untuk mengakui bahawa mereka selalu atau pernah buat perkara itu hanya semata-mata tidak mahu kelihatan keji dan dipandang lekeh oleh masyarakat


Jadi bagi menepati selera anak muda dan juga pembaca dewasa yang mahukan pembacaan santai, jom aku bagi contoh-contoh common dalam kehidupan harian.


1. Baca subtitle/ sarikata masa menonton Filem Hollywood.


Kebanyakan orang Malaysia bergantung pada subtitle bila tengok movie samada kat TV atau wayang. Tapi cuba korang tanya atau bangkitkan hal nih, aku gerenti 9/10 orang taknak mengaku. Malu katanya baca subtitle bila tengok cerita omputih.


" woi woi best gila ahh transformers 3 tadi, berbaloi aku bayar tiket la.. peeehhh CGI tak hengat!"


" yer la john, best gila ah, semua part aku suka, cuma  TGV ni hampeh gila ahh, letak subtitle macam nampak tak nampak je, kabur...tu yang ada part aku tak faham tu"


" Hek eleh Mahmud, gila bengap kau ni, dah tua-tua pun tengok cite omputih baca subtitle, wat malu je der"


Di hari dan waktu yang lain, John tengok HBO kat astro, kat rumah, pandang kiri pandang kanan, orang takde, KLIK.. tekan button subtitle.


Semua orang sama je beb, tak payah hipokrit sangat, 8/10 orang Malaysia lebih mudah baca subtitle masa tengok cerita omputih. Tapi kalau dah cerita bollywood ke, hongkong ke, mmg sah sah la baca subtitle kan? kalau tak melampau la hipokritnye..


2. Kencing dalam Swimming pool, air terjun, laut dan sungai


" woiii lari woi... Kamal kencing, kamal kencing!"


" Tak senonoh arr Kamal, gile keji kau kencing dalam swimming pool"


" Mana korang tau aku kencing? pandai-pandai je tuduh!"


" ahhh sudah la kau Kamal, aku duk sebelah kau tadi, tiba-tiba je rasa panas"


" Hahahahahahahahhahaha.. kekekekekkeke... ala biasa la, macam korang semua tak buat"


" mana ade, mana ade, aku kalau kencing gi toilet!"


Haha, aku taktau la perempuan macam mana, tapi kalau budak lelaki, kalau dia tengah berendam dalam swimming pool, air terjun ke lombong ke, kalau dah namanya berendam dalam sungai, nak kencing main lepas je dalam air, jaaaaaaaaaarang sangat aku jumpa manusia yang jujur yang bila nak kencing keluar gi toilet.


Selama aku hidup ni, aku belum jumpa lagi kawan-kawan aku, yang bila nak kencing, dia keluar dari air sungai tu gi kencing kat toilet or semak. hahaha


3. Korek hidung dalam kereta


" Woiiii Hassan.. tengok woi tengok... amoi tu korek hidung dalam keter kannnnn ...hek eh!!!"


Tengah sedap Mokhtar ckp macam tu, pandang sebelah tengok Hassan bolayan sambil tekun korek hidung.


Ala biasa la tu korek hidung dalam kereta, best ape? tengah jammed, kereta pulak tinted gelap, aircond lak sejuk, hidung lak rasa penuh taik hidung, kiri kanan semua orang buat tak peduli. syok ape layan korek hidung.


Yang kurang bestnya, kita je perasan kereta kita tinted gelap. Tapi orang keliling tengok terang je lutsinar tembus sampai ke dalam, kadang-kadang boleh nampak hasil bijih. siap tengok lagi korang tekun gentel-gentel buat taik idung bulat - bulat.


4. Tenung lelaki hensem / ushar awek cun.


" Ayang, ayang jangan nak menggatal tengok perempuan cun ye! ucuk tak suka. jeles tau"


" Takkan la ayang nak tengok perempuan lain, bagi ayang, kat dunia ni takde perempuan lain yang lebih cun dari Ucuk tau, Ayang takde nafsu nak tengok perempuan lain kalau kita kuar sama-sama"


" Ye ke ni ayang? betul ni? sumpah?"


" beeetul, tapi kalau nak sumpah tu takleh la, mana tau ayang tertengok ke nanti"


" Opsss chop chop chop, ayang ayang yang...tengok lelaki tuu"


" mana mana mana?"


" Tuuuuu kat cashier tuuu, muka dia macam Maher Zain kan? Mashaallah hensemnyeeeee"


" huh"


Sapa cakap kalau dia dating ngan awek dia tak toleh pandang perempuan lawa body solid, dia penipu besar.


Perempuan yang cakap dia tak tengok dan tak terpegun tengok lelaki kiut kat shoping mall dia pun penipu besar.


tapi penipuan itu masih dalam julat 'Hipokrit yang dikompromi"




**********************

Okey buat masa ni itu saja, nanti kalau aku rajin aku tambah lagi, sebenarnya banyak lagi nak bagi contoh, tapi nanti nafsu menulis aku tak dapat dikekang, jadi la 5-6 page karangan KBSM.

Apakata korang-korang yang baca entry ni, bagi contoh yang sangat common kepada situasi hipokrit yang dikompromi? yang korang sendiri pernah berdepan.






p/s pasal sambungan kisah cinta musim praktikal tu, nanti aku sambung bila datang fill....

" Feel la wei........Fill tu untuk.... fill in the blank"

22 comments:

  1. ish... zul ko korek taik hidung dalam kete kan!!!!!!!!!... ish3... hahahaha

    ReplyDelete
  2. yang part kencing dlm sngai setuju,yang laki suka usha awek lain tapi tak ngaku pun setuju.haha.kira senang setuju semua kali nei,.hahaha

    ReplyDelete
  3. aku mcm byk je kot contoh nk bg..

    tapi x dapat nak tahu hipokrit tu bole kompromi ke tak..

    uwaaa..

    ReplyDelete
  4. ikar,please spell the word correctly otherwise you have to do the correction 100 times!hehehe

    aku kalo swimming kat swimming pool,to be frank tak pernah kencing dalam tu,kugagahkan diri masuk jamban.sengsara sebab kena bukak swimsuit yang ketat ban banyak lapis =p

    Bab baca subtitle tu aku memang tak hipokrit sebab otak aku ni malas nak translate even though aku ni cekgu BI skolah rendah


    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html#comments

    ReplyDelete
  5. aku kalau tgk cte subtitle, english-english xde english-bm sebab translation dia mesti salah. WAJIB ADA YANG SALAH

    ReplyDelete
  6. yang couple2 the love bagai tu tapi takde apa-apa ikatan yang sah tu bukan hipokrit ke fikar???org kita tak kisah pun kan...kompromi la tu kan...




    p/s : ni first time aku baca entri ko y tak berapa berjela sgt...hehehe...anyways i like ur style...eh...ur writing style ye...

    ReplyDelete
  7. aku macam arc..kalau cite omputih biar la subtitle omputih jugak..senang paham lagi kot..kalau translate bm kang lari maksud..tak suka..tapi cite tamil,hindustan,cina nak translate bm lantak la salah ke tak sebab aku memang tak paham bahasa dorg..kui3..


    bab korek hidung tu terasa weh..ahaha..gile tak senonoh pompuan ni..;p

    ReplyDelete
  8. ish lelaki kiut tu mmg susah nk alih mata sekali aku dh nmpk. aku akan tatap hingga hilang dr pndgn mata.









    MANADA! MANADA! aku jaga pndgn mata! :B

    ReplyDelete
  9. pasal subtitle itu lebih senang bi-bi. kalau bi-bm, mampus jadi

    "saya can't jadi sejuk"

    *i can't be cool.

    totally extremed subtitle. HAHAHA

    ReplyDelete
  10. sbb tu aku tak gemar berendam dlm swimming pool.. selain aku memang tak pandai berenang. Kalau kt waterfall sungai bagai tu ok lg sbb air mengalir. Betul tu nak ngaku malu tp hakikatnya... (rujuk entri ko la Nyah. ckp panjang2 pun tak guna).

    ReplyDelete
  11. Hahahaha..aku bace xbenti sengih mcm kerang busuk..hahahaha..

    aku penah tgk awek cun korek idung time trafik jem..cermin tinted ingt aku xnmpk la tue..hahaha

    aku pn penonton setia yg menekan button subtitle kt remote astro tue..kdg2 boleh xde mood nk tgk movie klu xde subtitle..hehehe

    apepn gmbr dlm entry ko nie menyingkap kenangan silam la..penuh bermakna tersirat dlm gmbr tue..hahahahaha!!!

    ReplyDelete
  12. hahahahahahahahaha.. lawak la weyy.. tp relity, klu tgk cerekarama pun aku baca eng. subtitle, sbb biasanye aku duk jauh dr tv, aku tak dengor dialog derang, tp klu dekat pun aku still baca gak..

    ReplyDelete
  13. Aku selalu kentot dalam kereta tapi aku selalu tuduh apak aku yang kentut.,,macam mana plak tu ikar??

    ReplyDelete
  14. AKU GELAK NGEKEK2 BACA KOMEN2 KORANG...


    WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKKAKAA

    ReplyDelete
  15. Jerung : memang pun .. hahaha

    Mejuez : aku duk bygkan mcm mane korek hidung bising2.. hehe

    Elyana : eeee tak malu kecing dlm sungai!!! :P

    Missenget : ce bgtau, kot la boleh kelaskan dikompromi ke tak... citer laaaa...

    Teacher Norina : sorry teacher, F.E.E.L feel teacher.. :).... ape la teacher ni, baca subtitle..malu laaa....

    ReplyDelete
  16. ARC : aku kalau tengok DVD mmg tengok Sub BI-BI.... kalau BI-BM aku rasa mcm nak jerit maki apek cina yang wat traslet tuuu hampeh....

    tamlegend : tu pun contoh hipokrit yang dikompromi la tu... best kan entry aku yg tak berjela kan kan? :)

    CIk Sha : eeeee tak malu, Sha korek hidung dalam keter!!!!

    Azza : tengok!!! kan aku dah ckp...! nasib baik ko tengok sekali je kan? kalau tgk 2 kali tu pandangan setan... :P

    HaikalBlank : wakakakakaka, aku pernah tension sampai jerit2 bila tengok subtitle DVD cetak rompak...

    ReplyDelete
  17. Lekat Lekit : wakakakaka lawak nya. ayat ko pasrah je bunyi kan.... tapi best pe kencing dalam air terjun... suam suam je rasa.. hahahahahahaha

    Nizam Jasni : huduh woi awek cun korek idung kantoi...

    hahaha, gambor dalam ni kau la yg tangkap kan? debe ngan cewe yang lompat2 dtg nak amik sekali hahahahahaha

    Jue : sama la wei, aku pun tak dengar sangat dialog tu, nak nak lak diorg pakai slang yang kita lambat nak tangkap...

    aaaahhhh baca subtitle lagi senang .. hahahahahahahahah

    Balecan : tu bukan hipokrit yang dikompromi wei.. tu hipokrit terang2an.. hahahahaha

    ReplyDelete
  18. hahaha.mana ade.saya tak terlibat.

    ReplyDelete
  19. hahhaa boleh dikatakan sumenya btul.. part yg subtitle n kencing dlm swimpool tu mmg tepat giler.. hahhahaa..

    ReplyDelete
  20. HAHAHA....tapi anak2 buah saya kalau time tgh berendam kat swimming pool @ mane2 jelah, kalau nak kencing je mesti keluar. Kencing kat tepi2 @ gi toilet...Klako je dak tecik tu.

    Yang pasal time detin mata still toleh tgk org lain, mmg setuju sangat2....kadang2 kegiatan macam tu leh dijadikan topik time nak borak2 ngan pasangan. Kui3...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...