July 7, 2011

Salahguna konsep "aku tak halalkan"


Disclaimer : Sebelum anda meneruskan pembacaan, korang kena faham dulu konsep terbuka dalam bertukar pendapat. Jika anda mahu belajar bagaimana, sila klik di entry Belajar untuk tidak bersetuju dan  bodoh sombong dan perasan bagus.








Assalamualaikum......

"Celaka kau Jamal, aku tak halalkan semua yang aku belanja kau selama ni"

"Kau ingat kau sorang je ke yang pernah belanja aku? aku pun tak halalkan apa yang aku dah belanja kau"

Bagi korang adil ke ungkapan halal ini dalam situasi di atas?

Aku jenguk-jenguk wall fb kawan-kawan, saja menyibuk hal hidup orang lain, kalau tak nyibuk hal orang takde la namanya orang, lebih elok jadi monyet. Boleh menyibuk hal monyet lain. (ini namanya ayat justifikasi)

Sepanjang aku intai-intai status update tu, banyak jugak la statement macam kat dialog atas tu. Jadi aku rasa ada eloknya kalau aku nak kongsi ngan korang semua apakah yang tersirat di sebalik ungkapan "aku tak halalkan"

" Taraf halal haram sesuatu harta seseorang itu adalah jatuh apabila ia diambil secara paksa atau tanpa keizinan dari empunya harta"

Jadi, jika satu masa dulu, korang adalah sahabat baik, makan 'charkueyteow kerang lebih, kuchai taknak' pun sepinggan berdua tetapi apabila jadi gaduh besar, baru nak ungkit bahawa charkueyteow yang korang belanja itu korang haramkan, ia telah menjadikan korang bengap.

"Sapa pulak yang ngajor korang ni konsep belanja dulu, makan bersama, dah gaduh kemudian haramkan? korang ni nak jadi lawyer jenayah perdagangan ke?

Jika satu masa dulu, korang bagi pinjam RM50 kepada kawan karib pastu gaduh, tiba-tiba korang nak cakap yang korang tak halalkan jasa bagi pinjam duit tu. Itu juga menunjukkan korang bengap.

" Korang dah setuju dengan akad bagi pinjam kat kawan korang, dan hamba Allah tu pun dah bayar hutang tu, jadi apa ke hal pulak korang nak haramkan jasa korang lak, agak-agak masa cakap tu ada akal tak?"

Malah jika kawan korang belum bayar pun lagi hutang tu, korang tak layak nak haramkan hutang, sebab ia adalah dalam akad/persetujuan hutang dalam satu period yg telah dipersetujui.

Bagaimana pula dengan situasi ini? :

" Mak, Zaiton banyak dosa ngan mak, Zaiton mintak mak halalkan susu badan mak yang mak dah bagi pada Zaiton mak....makkk....makkk"

Adakah adil bagi mak yang tanggungjawabnya memberikan susu , makan,jaga, tempat tidur dan didikan pada anaknya mempunyai hak untuk mengharamkan apa yang telah diberikan kepada anak-anak?

Pernahkah konsep ini diajar oleh Nabi SAW, para Sahabat RA dan ulamak? 

Konsep mintak halalkan susu badan ini hanya timbul dari unsur-unsur kesufian melampau dan penyerapan dari budaya Hindu dan Melayu itu sendiri. Sedangkan memberikan susu kepada bayi adalah kewajipan Ibu. Itu adalah amanah dan tanggungjawabnya.

Jika ibu yang tidak memberikan susu badan/makan kepada anaknya itu yang menjadi satu  perbuatan yang haram dan berdosa.

"Kamarudin, mak tak suka Nora Lelena tu, mak tak suka kau kawan dengan dia"

" tapi, kenapa mak? kenapa? Nora Lelena tu baik mak. Kamarudin sayangkan dia"

" kalau mak dah cakap mak tak sukakan dia, mak tak suka la. Rambut dia blonde kau tau tak?"

" kamarudin tak kira, apa nak jadi pun jadi lah!, kamarudin nak kawin jugak dengan Nora"

" Kalau kau degil jugak nak kawin ngan dia, mak tak halalkan susu badan mak yang dah kau minum!"

" apa makkkk??? kenapa mak buat Kamarudin macam ni mak? mak sanggup meruntuhkan kebahagiaan kamarudin mak, mak taknak tengok kamarudin bahagia ke mak???"

" Jangan cakap banyak lagi Kamarudin, kalau kau degil lagi, mak nak haramkan jugak susu botol yang mak bancuh, mak akan berpiket dengan semua persatuan lembu-lembu tenusu supaya diorang turut mengharamkan susu-susu yang kau minum masa kecik tu jugak"

" errmm.. ala mak ni, sikit-sikit nak haram, sikit-sikit nak haram, Kamarudin nak majuk la mcm ni"

Adakah masa kecik, baby mengambil susu ibunya secara paksa dan tanpa izin? adakah tergamak seorang ibu yang memilih untuk tidak menyusukan anaknya? tak kira lah susu ibu ke susu botol.

" Jadi Zulfikar, bagaimanakah konsep ungkapan halal yang sepatutnya digunakan Zulfikar?"

Mungkin bila korang geram dan tak redha harta korang yang diambil tanpa keizinan dan kerelaan korang. contohnya :

Korang kene tipu masa beli Ayam, masa beli ayam tuan kedai cakap ayam fresh baru sembelih  dan tak busuk, bila balik nak masak tengok-tengok ayam dah biru, busuk bau tungkik. Bila nak pulangkan tuan kedai taknak terima dan korang rasa tertipu. Jadi...

"kurang ajar kau, kau ingat kau boleh kaya dengan duit aku ayam sekor tu? kalau kau memang nak tipu aku, aku haramkan duit aku yang dah kau tipu tu"

Ataupun

" Hey Zamzailani, aku tgk Blackbery yang kau guna tu sama dengan BB aku yg hilang tu je, kau amik aku punya ke? kalau kau amik pulangkan, lagipun Bb tu  BBM Pin dia sama dengan pin aku, kalau kau taknak pulangkan, aku haramkan sampai akhirat, kalau kau tak amik, aku mintak maaf tuduh-tuduh kau" 

Senang je, selagi korang ingat yang masa korang bagi, belanja, dan berjasa untuk seseorang dengan kerelaan hati korang tu.... korang takde hak nak haramkan kemudiannya...

sekian.

p/s  aku tak pernah minum susu botol masa kecik.

18 comments:

  1. tak penah minum susu botol gak masa kecik..

    tetibe tringin nak minum susu botol laa..

    mak mak mak.. nak susu botol 1..kasi penuh2 eaa.. nnt nak tmbah lak

    ReplyDelete
  2. eee tak malu la Ann ni.. nak num susyu botol lak dah besar2....


    nak mnum milo botol la... ann. watkann!!


    hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. oooooooooooooooo

    aku taknak cakap macam tu lagilah.
    ha'ah ekk sapa yang mulakan ayat tu ekk.*wondering*

    ReplyDelete
  4. NOrinaomar : wahh kan main pjg lagi oooooo tu eh?

    kalau tak salah, start dr budaya org melayu yang salam pagi raya mntak halal mkn minum

    ngan start dari pengaruh cerita Ulamak sufi yang terlalu zuhud sehingga tak logik

    ReplyDelete
  5. aku giler susu botol dulu..

    nak tido mintak..bngun tido mintak..
    sbelum makan mintak..lepas makan mintak..

    sebulan, 2 tin besar susu nespray..

    mungkin sifat mengalah dalam diri aku tinggi..

    biarlah adik aku yg dapat susu badan..

    juling mata rasa tiba2 puji diri sendiri..
    wahahaha..

    ReplyDelete
  6. haha.akak suka curi durian sy,jd sy selalu ckp taknak halalkan.kahkah.

    dulu sy pernah tny mak,nape sy tak suka minum susu tepung,ke ms kecik2 mak tak pernah bg susu botol.ada kaitan tak?hahaha

    ReplyDelete
  7. Salah satu keadaan yang boleh mebuatkan susu badan itu haram ialah apabila si ibu seorang alkoholik dan kuat togok beer haram (diulangi: beer haram, buka beer halal ye. :p) dan susu itu tercemar dengan kandungan alkhohol lebih dari 0.05 %.

    ReplyDelete
  8. yang bestnya bila ada cikgu atau lecturer yang telah berikrar utk mendidik anak bangsa. terasa ati dgn bekas pelajarnya. lalu berkata tidak menghalalkan semua ilmu yg diberi. ishk...kenapalah mereka ni tak pikir. semua manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. bila diaorg dah tekad nak jadi pengajar tu diaorg kena la ngajar ngan ikhlas.biarpun anak murid atau pelajar tu pernagai mcm setan sekalipun. tau dah x perlu nak ungkit ilmu yg tlh diberi. tapi akibat terlalu ikut perasaan, terus mengeluarkan ayat yg menunjukkan betapa rendahnya attitude diaorng nih. dunia pengajar adalah dunia yg mencabar. kalu rasa tak dapat tahan dgn sikap anak murid. tak perlu jadi pengajar. segala budi yg ditabur pun tak la menjadi sia2. sekian..
    (ayat skema sket. mybe menaip sambil dgr lagu R. Azmi)

    ReplyDelete
  9. hehe mintak halal makan minum. ayat tu bisanya buat syarat je. padahal tak dulik pun, lantak ko lah labu...

    teringat masa kecik2 tulis pakai jari alif, lam, lam, ha dekat kerusi budak. satu hari dak tuh berdiri dalam kelas tanak duduk. KEH3...

    *tak ada kaitan, abaikan komen ini. HAHAHA

    ReplyDelete
  10. hooooooooooooooo.. baru paham.. macih ye ustat :D

    ReplyDelete
  11. kes buruk siku la ni.. memula bg pastu ungkit balik. Ayat2 mcm mak tak halalkan susu yg anak minum tu semua pengaruh drama/filem. Bila orang touching dgn ayat2 tu.. mula la ada manusia bengap yg ambil kesempatan bila terjadinya sesuatu untuk menyiksa perasaan org.

    ReplyDelete
  12. Missenget : Ya Rabbi kuatnya nyonyot botol!!!!... ehh best ke isap susu botol ha?

    Elyana : sama la kita, saya pun tak suke susu tepung :)

    Irshadim : kalau baby tu isap susu, dia pun mabuk gak ehh? UuuUuuU

    Nadia : ala, dah teringat nak bagi contoh cikgu tak halalkan ilmu, tapi tak teringat nak tulis.. tenkiu yee :)

    HaikalBlank : hahaha, aku dulu tulis Alif lam lam ha pastu chop atas awan.. sampai bila2 org takleh amik aku punye..wakakaka

    Jue : paham ye anak anak???? baaagusss.... :P

    Lekat-lekit : harapnya lepas baca entry aku nih, org tak lagi terseksa batin bila makanan dia makan diharamkan kawan kan kan.. :)

    Mejuez : betul betul betul...

    Melle : elelelele, perli la tu..

    ReplyDelete
  13. Apa hukum jika seseorang ibu tu tidak menghalalkan susu untuk anaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dibenarkan sesiapa untuk mengharamkan apa yang dihalalkan oleh syara' (Allah)...

      Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-Maidah 87)

      Delete
  14. Maaf ye... menyelit sikit.
    Tidak jatuh haram dan berdosa jika ibu tidak memberikan susu badan kpd anak..menyusukan anak adalah hak ibu...hatta suami tidak berhak memaksa isteri tersebut utk menyusukan anak..malah perlu menyediakn susu alternatif utk anak tersebut..
    Tp...klu dah beranak tu..susu pun ada...knp xnk nyusu anak..membazir je...susu ibu susu terbaik.. maafla iklan plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. selama ni saya dok dengar n baca2 blog kata, haram jika xnyusukan anak sbb susu itu hak anak.. tapi tak pulak disertakan mana2 pendapat para ulamak or hadis2 sahih pun..
      Kdg2 timbul gak rasa stress ibu2 yg xdpt nyusukan anak sampai anak usia 2 tahun.. jenuh la memerah, tp hasilnya anak melalak xcukup susu.. terpaksa topup dgn susu formula..

      Delete
  15. Tolong beri pencerahan...dulu sy x suka pedas...bila kahwin bini suka pedas...pendekkn crita APA hukumnya sy pernah kata "aku haramkan bawak masuk cili dlm rumah" sdgkn skrg Sy mkn x Ada cili rasa x lalu mkn..please....sy dah halalkn balik...tqpi jiwa xtenang...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...