February 12, 2011

Bodoh sombong & Perasan Bagus

Assalamualaikum

Aku xnak mengaku aku pandai everything, aku malu nak ckp aku budak bijak sebab aku ni bukan bijak pun, CGPA pun cukup2 makan 3 pointer ++ je, tak 4 flat, tak anugerah dekan pun.


cuma kadang2 tu aku mmg tau sesetengah fakta, dan aku yakin dengan fakta tu sebab aku betul-betul baca dan ulang banyak kali. Maka ramailah kawan2 aku dulu selalu tanya aku :


" eh Ikar, ko ni banyak tau general knowledge kan, mana ko tau ha? mana ko dapat bahan2 nak goreng banyak2 ni?"


Hobi aku suka membaca, dulu zaman 1990 sampai la aku habis sekolah menengah, bapak aku tak masukkan ASTRO kat rumah aku, jadi aku tak banyak habiskan masa tengok Drama kat TV, Video Game pun bapak aku tak beli bagi anak2 main....


Seingat aku, Game paling gempak bapak aku pernah beli kat kami adalah TETRIS game.. tu pun beli kat pasar malam...


seketul je pulak tu, kongsi la kami 5 beranak main tetris sambil tunggu giliran macam budak sekolah tunggu giliran beli makanan kat kantin...


Bila takda ASTRO dan game mcm playstation, SEGA dan konsol game lain, mcm mana aku habiskan masa dan hilangkan boring? aku habiskan masa dengan adik beradik dan kawan2...


Dengan bermain menggunakan imaginasi sendiri, main Kombat2 pakai senapang kayu peluru terung pipit.. main Saidina, main Karom, main mak-mak, main polis sentri dan mcam2 lagi...


Walaupun pada masa itu bapak aku mampu dan kami keluarga yang agak moden dan separa bandar... bapak aku tetap dengan prinsip tidak mahu menjajankan anak2 dengan video game dan jugak ASTRO.


Masa tu, yang ada siaran TV pon hanyalah TV1,TV2, dan TV3.. masa kami pindah Mersing, NTV7 pun tak dapat lagi, sebab gelombang frekuensi tak sampai, jadi.. aku sangat boring dengan ketiadaan hiburan di rumah..


Nak tengok TV asyik2 drama melayu, drama pulak takda kualiti bagi aku la... asyik-asyik cerita anak jutawan, syarikat bapak holding juta-juta.. bawak kereta Mercedes 2 pintu tak pun BMW 3 series..


shot kat anjung kereta ngan rumah sampai 5 minit... sembang2 dengan mak yang bergelar datin berlatar tempat swimming pool dan kereta mewah...


Drama melayu masa tu adalah sangat stereotype.. jadi aku telah menjarakkan diri aku jauh dari industri drama Melayu...


Jadi apa yang aku minat dalam Rancangan TV??? aku hanya minat Buletin Utama, setiap malam aku akan tengok tanpa miss... buletin 1.30..Majalah 3, Movie2 org putih kat TV3...Melodi(zaman dulu la, skrg aku tak tengok dah) dan juga Remaja...


lain tu aku kurang berminat. Maka bila aku masuk sekolah menengah, form 4, form 5 mcm tu, hebohla di sekolah menengah pasal kuiz "who wants to be millionaire" di NTV7... disebabkan Mersing masa tu xdapat frekuensi NTV7 dan aku pulak takda ASTRO. aku hanya melopong kebingungan... takleh nak join sembang...


Maka untuk menghilangkan kebosanan aku, aku selalu baring kat sofa setiap kali balik dari sekolah, aku akan baca UTUSAN dari muka depan sampai ke muka akhir... sampai ke ruangan Rencana, informasi, iklan semua aku baca la...


Masa tu bapak aku x pernah miss beli Utusan setiap pagi... hasil dari baca surat khabar setiap hari ni maka aku sering ada informasi baru tentang apa yang berlaku dalam negara, antarabangsa dan juga tentang sejarah silam dr fakta2 rencana..


Bermula dari situ.. bila dalam kelas je, cikgu tanya je aku dapat jawab, cikgu bukak issue aku dapat jawab, maka ramai la kawan-kawan hairan mana aku tau begitu banyak jawapan terhadap segala persoalan...boleh tanya Blogger SM Banjamin sebab dia satu kelas dengan aku dari Form 3 sampai 5...


Ok kemudian, otak aku merasa makin jemu dengan akhbar je, akal mula ketagih dengan cabaran...mungkin nafsu dan akal remaja bergabung masa tu cuba menghasut aku untuk memberontak terhadap Mama dan Abah supaya membelikan Playstation mcm Jufri, Dwen dan kawan2 sekolah menengah yang lain,


tetapi entah mcam mana, aku seperti tidak terpengaruh dengan semua itu, mungkin sebab kami selalu beriadah bersama keluarga dan meluangkan masa bersama mengembara dan melancong, jadi kami adik beradik tidak membesar dengan Videogame dan tidaklah kami ketagih terhadap Grafik yg bergerak-gerak dengan kawalan Joystik itu...




Pada masa itu aku terasa sedikit tersisih dengan dunia teknologi grafik rekaan manusia.. maka kengkawan yg mempunyai minat yang sama mula berkumpul di rumah Dwen dan rumah-rumah yang lainnya menghabiskan berjam-jam bermain Game Playstation Wrestling WWF....


Steve Austin Stone Cold dan Rikishi Fatu bergaduh2 menghempuk2 diri di gelanggang sambil dikawal oleh anak remaja yg teransang dengan Hormon tumbesaran...


bagaimana pula aku? bagaimana pula aku menghabiskan hari2 aku sebagai remaja belasan tahun? adakah hidup aku bosan? adakah akhirnya aku dibesarkan menjadi Skema Gaban dan hanya tau pasal Algebra dan Janjang aritmetik sahaja???? pammm paaarrraaammm.....




Pada masa itu, aku menghabiskan usia remaja aku dengan Bermain Badminton petang2 bersama bapak aku dan orang dewasa yang 20 tahun 30 thn lebih tua dari aku.. dari sini aku mendapat pendidikan berfikir secara matang dan tau kisah-kisah teladan orang-orang tua...


aku bercampur dengan ahli kelab badminton paling aktif dekat Mersing.. setiap petang dari pukul 5 petang hingga mlm aku akan bermain badminton sampai sebelum pukul 8 mlm...


hasil dari itu aku menjadi Johan seperti yang aku dah ceritakan dalam Dilema si Naib Johan .... selain dari menghabiskan masa bermain Badminton, aku jugak selalu lepak di Asrama Putra Mersing bersama kawan kelas...


kawan-kawan ni duduk jauh dr sekolah.. ada dari kepulauan Mersing mcm Tioman, Pemanggil, Aur dan Sibu... ada yang datang dari Tanah Rancangan Felda mcm Tenggaroh dan Nitar... kat sini aku selalu lepak dengan SM Banjamin aka Zulkifli Sa'adon...


kat asrama ni kami habiskan petang tengok bebudak pulau main Takraw, takpun aku ngan Zulkifli lepak menghirup udara laut di tepi pantai... (YA! asrama itu betul2 berhadapan laut, di tepi pantai Mersing) membincangkan hal Falsafah, berfikir2 dan menganjing2 budak dengan lawak-lawak seram dan mencabar.. hehe :P




" Eh ye ke Zul ko ada baca jurnal Perubatan? ko ingat senang ke nak baca jurnal, kene pegi Library, pinjam pastu baca kat sana, bukan boleh bawak keluar, kakak aku belajar medic dekat UM so aku tau la..ko nak membohong pun agak2 la zul" " La ko ni tak paham ke, aku ckp aku baca info dari jurnal perubatan yang diQUOTE dalam Reader's Digest, summary dr jurnal tu, takkan semua orang kat dunia ni kalau nak tau semua benda pasal health nak kene duduk baca the real jurnal plak"


Makin aku dewasa.. Tingkatan 4.. aku makin bosan dgn ketiadaan hiburan di rumah, jadi aku pun selongkar Buku-buku berkulit keras dan bermukasurat tebal yang Abah beli dari Reader's Digest dan langgan dari Times..


setiap malam, lepas aku tengok berita, atau lepas tengok Movie Hollywood yang aku minat, bila je semua Cenel telah menayangkan drama tipikal dan stereotype yg bosan, aku akan naik atas ke bilik aku, dan aku akan baca habiskan buku-buku Tebal ni satu demi satu...


dari Buku Mystery Of the Past, buku Politik, buku sejarah, Ensiklopedia, majalah rencana kecik Reader Digest ala Mastika Malaysia itu...Majalah Times dan sebagainya...


sehari ke sehari aku akan habiskan helaian demi helaian merangkak demi merangkak.... cuba faham english sebaik mungkin.. sebab buku2 tu majoritinye dlm english, dan aku pun jenuh bertemankan kamus Oxford edisi pelajar...kalau aku masih tak paham aku akan tanya Abah, tak dinafikan Abah boleh tahan english sebab dia study dulu kat Anderson High School Ipoh.




"Ko Bace TIME magazine ke zul? tu kan Dakyah Orang Kafir nak brainwash kita, tah betul tah tidak fakta dalam tu?" "ermm tah la Hapis, aku malas nak komen, maybe betul la, elok kita tak payah baca majalah dengan semua buku dari USA, semua dakyah Kafir..aku rasa kita baca Mangga je dengan Muqadam..untung2 boleh jadi engineer nanti"


Bila aku membaca dan terus membaca aku menjadi sangat seronok dan teruja, dan aku membaca dengan ditemani siaran Radio Muzik yang di DJkan oleh Isma Halil Hamzah.. bagi aku masa tu aku sangat minat kat dia ni...


masa tu aku tak dapat dengar ERA.Fm sebab frekuensi Era tidak sampai ke Mersing dan sekali lagi rumah aku takda ASTRO jadi aku pun xdapat dengar lansung ERA yang sangat dibangga2kan pada masa tu.


Jadi untuk Justify diri aku lebih dekat dengan arus kemodenan dan ketemadunan yg terkini aku cuba dengan sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru dari Majalah Times...


bermula dari saat itulah aku telah mengumpul begitu banyak fakta-fakta saintifik. fakta-fakta yg dibahaskan didalam jurnal perubatan.. dan 'di summarize' kan di dalam rencana TIMES..


maka aku pun mula la dapat fakta-fakta yang melangkaui pemikiran anak muda pada masa itu yg majoritinya disogokkan dengan fakta dari mitos org tua dan fakta "kawan aku cerita" atau "bapak aku bagitau"


"WEI2 korang, korang tau tak, Kawan kakak aku cerita kan, yang Paris Hilton dah masuk Islam...aku bangga betul la dia dah masuk Islam"..."Korang ni, asal dengar je cakap orang terus korang percaya, taknak baca dulu, selidik dulu.. dah tentu lah berita tu berita palsu, berita Parody...nak perli2 je..korang boleh pulak percaya berita mcm tu kan...tah hape hape"


Dari pembacaan itu juga aku dapat tahu bahawa jerawat tidak tumbuh kerana banyak makan kacang atau kerana banyak berangan pasal cinta, sebaliknya tumbuh kerana jangkitan kuman yg ada pada jari yang dipindahkan ke kulit muka.


" Hak elah Zul, ada ke Jerawat sebab kuman, mana ko dapat benda ni? dah tentu lah jerawat tu sebab hormon, kita ni remaja, mmg automatik jerawat tu tumbuh sebab hormon tak stabil, MAK AKU CAKAP nanti dah kahwin hilang la"


"A'ah la Zul....mandai2 je ko ni kan cakap sebab jangkitan kuman.. aku ni jerawat sebab allergic lah... aku tak boleh makan kacang, bila aku makan kacang je mula la tumbuh jerawat penuh kat muka aku...KAWAN KAKAK AKU CITER.. mcm tu.. dia study kat politeknik tau.. ko mana tau ape!"


( oh pada masa tu....selepas aku menerangkan bab jangkitan kuman tu, aku begitu sayu hati melihat akan sikap Bodoh dan kemudian sombong mereka itu..dan aku menjadi begitu sedih melihat anak bangsaku tidak mahu membuka akal mereka mendengar pendapat dari sumber yang berlainan dengan kebiasaan mereka)


Dan aku simpati kepada jenis-jenis orang yang tidak boleh berbeza pendapat, tiada dalam definisi falsafah mereka tentang


"kita mungkin berbeza pendapat tapi kita tak perlu bertegang urat" 


atau 


"kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya pendapat kita sahaja yang betul dan pendapat org lain salah"


Akibat tiadanya sikap terbuka dan berfikiran matang begini, maka terdapatlah anak2 remaja yang membesar sebegini terus membesar dalam situasi tidak mahu berfikir, mengkaji dan menyelak buku ensiklopedia yang dihadiahkan sekolah untuk kecemerlangan PMR...


sebaliknya hanya menerima bulat2 apa yang diberitahu kepada mereka atau "kawan kepada kawan aku bagitau aku" dari sinilah timbul satu pattern HASAD DENGKI dari mereka yang akan menggunakan beberapa senjata atau tool kit standard bagi mengekalkan Status Quo mereka sebagai manusia bodoh sombong. ayat yg sering mereka utarakan adalah :-


1. "hek eleh, ko ni poyo, macam la ko tau semua, ntah betul ntah tak, mana aku nak tau yang ko cakap tu betul, kecoh la ko ni" -----> ayat pematah samangat dengan Unsur poyo diterapkan.


2. " Ye la, ko sorang je la yang pandai, yang tahu semua, cerdik, bijak, perasan bagus, hebat, segala2 kau la, semua benda ko tau, aku ni bodoh, mana setanding dengan kau..untungnya jadi kau kan" ----> ayat perli/sindir dengan unsur utk membuatkan anda malu dan patah semangat.


3. "Ahhhhh, cakap ko bukan boleh pakai pun, Gebang je lebih!!! macam la kau tu bagus sangat!!!----> ayat yang digunakan secara kasar dan berniat menghentikan hujah.


Kadang2 perkara ni tidak hanya berlaku kepada remaja juga, ia juga berlaku pada org dewasa yang rasa org muda tidak tahu apa2, dan patut hanya diam dan dengar sahaja, tidak perlu menyuarakan pendapat..


aku masih ingat peristiwa, aku memberi pendapat kepada Datin Professor  Lecturer aku...masa tu kelas Dietitian tak salah aku, lepas dia bagi ceramah, semasa sesi soal jawab dan perbincangan, aku tanya...


" Datin, betul ke saya ada baca pasal Orang India banyak dapat Zat besi/Iron dari scratch tidak sengaja dari pinggan ayan (pinggan besi) makanan diorang?"


"Zulfikar, hahahaha, are You Joking? i think this is not fact, fo sure it is just a joke young man"


"but Datin, saya baca dari penemuan baru yang dilaporkan oleh jurnal perubatan dalam majalah TIMES yang cakap mcm tu, so with due to all respects yang Datin expert in this field, so i nak tanya dan dapatkan kepastian..


"No Laaahhh.. it is just False discovery, how come u nak serap Iron mcm tu?"
" Datin. It is same way with how your tooth absorb Calcium from Colgate"


" hahahha, it is not same, U joking LAhhh... hahah hehehe (sambil ketawa kuat2 dan mengajak budak2 kelas yang tak paham untuk gelak bersama beliau)


Jadi... di sini, aku mengingatkan diri aku..dan jugak kawan2 aku, dan pembaca semua....Tolong belajar utk hormat pendapat orang lain, jika tidak tahu tanya dan carilah fakta akan ia samada baca buku/internet atau bertanya org yg berilmu..


jangan dengan mudah mempersendakan seseorang hanya kerana kita tidak dapat terima akan pengetahuan dia, kita merasa menyampah dengan kepetahan dia untuk berhujah tentang sesuatu perkara dan kerana kita merasa malu untuk mengakui yang kadangkala kita memang bodoh...


Padanla orang tua dulu dah tau lama dan menyimpulkan keseluruhan tulisan aku yang berjela2 ini (atau mungkin Syok Sendiri ini) dengan pepatah yang tidak sampai serenggan pun :-----


"JANGAN JADI BODOH SOMBONG, BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DIIKUT"


P/s Enjit2 semut, siapa sakit naik atas... best pulak kawan Fb aku ajar benda ni, ganti pada siapa makan cili dia terasa pedas....


P/s/s : Ustazah aku ckp dulu, awak ni pandai 4 tingkat, bodoh 6 tingkat...

11 comments:

  1. enjit2 semut..siapa sakit naik atas...hahahahaha....bkn sy yg ajor mende ni. hantu mak limah yg ajor. hehehehehe.....
    Setelah membaca blog kali ni, daku mempunyai beberapa pendapat iaitu :

    1) dalam membincangkan sesuatu, setiap ahli harus mendengar dan menerima pendapat sesama ahli. mungkin ahli yg satu tu byk membaca dan yg satu lagi kurang membaca tp mengambil dari sumber yg betul, who knows? sebab ilmu di dunia ni subjektif. boleh diambil dari byk sumber. jdnya,bg membincangkan sesuatu hal, perlu menerima pendapat sesama ahli dan jika tidak pasti fakta itu betul atau tidak boleh amik balik fakta yg dikeluarkan dan cari di mana2 kot2 betul...

    2) Dan perlu diketahui bahawa kebnyakkan info2 yg kita dapat adalah berdasarkan pada teori. bukannya fakta. sbb tu apa yg dibaca dalam buku tak semmestinya betul. sebab tu perlu merujuk pada byk sumber bagi memastikan ianya satu fakta. Contohnya mcm dalam buku teks kita, dan byk buku2 org kafir telah memakai teori bahawa manusia itu dulu asalnya berupa dari seekor beruk. hahahaa.... tapi apa yg kita baca pada Kitab Allah Al-Quran, tidaklah begitu. (al-Quran adalah sumber ilmu yg teragung dan tidak dapat disangkal. tak perlu cari sumber lain utk mempercayainya).

    3) Jadinya, mungkin kita tau, ada yg cakap dgn yakin dia tau. Tapi utk mahu lebih kepastian (sbb ilmu dunia ni terlalu subjektif) ada yg cakap tak tau saja. dan kepada yg betul2 tak tau tu, jgn memandai2 kata tau sbb kalau fakta salah, abih smua org terjerat ngan fakta tu. tau jelah kan, manusia ni lemah. cepat sgt percaya pada fakta/ teori pada satu sumber saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa mesti cakap org non muslim nie kafir?

      Delete
  2. Wah komen Cik Nadia mcm ade potensi nak ngalahkan entry kat atas je... berjela2.. :) anyway thanks...

    ReplyDelete
  3. huh? macam bagus je kau ni? jangan berlagak sangat la? riak sangat tu brader!!!

    ReplyDelete
  4. a'a lah. aku tgk kau pun asyik perasan bagos je. selalu riak tak baik bro. terhapus segala amalan wa cakap lu. kau pun tak boleh terima pendapat dan pandangan orang ape. blog kau kali ni macam dah tuju pada diri kau sendiri. harap kau sedar.

    ReplyDelete
  5. haha, okey2... perubahan setting komen yang terbuka kepada anon telah menggalakkan industri komen mengomen...

    ReplyDelete
  6. errmmm nasihat yang bagus dari anonymous...kalau dapat kenal2 lagi bagus...ada sikit kredibiliti kan. :) peace no war...

    ReplyDelete
  7. ah bangsatnye anon2 ni hahha kenapa komena de 6 je. entri ni deserve beratus2 komen disebabkan level inteleknya. kalau sempat pas test kang aku share.

    tp bab hormon tu, kuman dr jari 1 hal, dan hormon pun 1 hal. bukan jangkitan kuman je yg menyebabkannya. kau sendiri cakap hormon xstabil dulu baru dia prone kepada jangkitan kuman

    ReplyDelete
  8. ishk....
    bleh tahan teruk gak lecturer tuh... nasib baik xder sorg pun lecturer biotech dulu perangai mcm tuh, semuanya jenis yg eager nak belajar, xkira dari mana ilmu dia bleh dapat... kalu dapat student yg jenis suka tanya n suka discuss lagi diaorg happy...

    ReplyDelete
  9. Salam Zul...

    baca entry ko ni mengingtkn aku kebahagiaan aku hidup dan membesar kt Mersing walaupon hanya 3 tahun.

    Ade Ayong, Steph, Tik, Nira, Aishah da membuat idup aku sgt2 sempurna. haha.

    Samela kite Zul, rumah aku lg la. dpt tv1 ngn tv2 jer. aku suka tgk movie ompuith kt TV2 yg kol 10 malam.

    aku dulu kaki utusan gak.. nak2 wktu tu PM kite Tun M. tiap ape berita, ucapan dr dia aku tk lepas bace. rs bsmgt bc even ms tu um0 bru 14-15 thn.

    Hiburan lain aku bc ujang, apo, yg aku kongsi2 bace ngn Ayong.. hahaha..

    Skian, komen aku kali ini..

    ReplyDelete
  10. sy AZ..sy hamba yg kecil..hmm.. xdinafikan kdg2 bil kite bckptu adalh utk tau smada ia benar ke tidak tp ada yg slh tafsir mngatakn kita tnjuk pandai..
    tp apapn xbaik nk perlekeh org trus.. xsemua yg org ckp tu slh..xsmuanya betul.. so kte harus mngubah mentaliti kita ke kelas pertama.. menjawab walaupn slh adalh utk org len perbetulkn kite tp jgn trus mmbunuh.. seperti saintis lama dikatakn gila sedangkn dia bckp dr pndpt dia.. susah nk tafsirkn sikap manusia ni bbeza2 sbb tu psikologi manusia adalh meluas. sy kali pertama mngongsikn pdpt sy dgn mnulis ulasan ini. apapn sy hormat dan rsa ada yg btolnya kata admin. admin luahkn itu kalo kita xdpt trima tp cuba tgk dr sudut bbeza. sy sbgai graduan pelajar bidng perubatan dan sains psikologi ingin brkongsi satu cara utk memotivasikn minda dan pikiran kita adalah dgn menerima ssuatu dr sudut bbeza. stiap keburukn yg kte nmpk cuba tgk kbaikn yg ada.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...