February 14, 2011

Antara Karaoke dan Hamster walking

"Tolongggg saya taknak kena bawak jalan2 merata2 duduk dalam bola plastik bulat tu...saya rimas laa.."

Assalamualaikum..

Malam tadi aku keluar pergi karaoke dekat Wangsa Walk Mall, di manakah Wangsa Walk? di Setiawangsa? Wangsa Melawati? Wangsa Maju? Taman Tasik Titiwangsa atau Banjaran Titiwangsa? aku selalu terfikir apakah itu Wangsa? sebab sesetengah tempat memang dia ada pattern tertentu macam putrajaya pakai Presint, ada guna Bagan mcm Bagan Datok, Bagan lalang, Bagan Serai,Bagan Pinang dan Cina Bagan..(eh cina bagan bukan nama tempat tapi lebih kepada mengejek) *wangsa walk kat wangsa maju.

" wei Samad, ko ni gi KLCC pakai seluar steng ngan baju pagoda, dah macam cina bagan aku tengok! gi tukar, tak tukar jangan ikut"

Okey berkenaan bagan, bagan ni kalau tak silap aku bermaksud kawasan berpenduduk di tepi laut/tanjung/kuala/teluk.... okey kalau aku salah harap kawan2 boleh betulkan.. sebab mlm ni aku cuba bukak website Dewan Bahasa dan Pustaka tak boleh, dengar cerita kena hack lagi.

Berbalik pada Isu entry ini, aku nak kongsi pendapat apa dengan anda semua? tau tak apa yang aku rasa pasal karaoke ni? (aku list guna method point2 je la kat bawah)

1. Kalau Siti Nurhaliza atau artis2 lain wahima artis nyanyi kenduri kahwin pun DIBAYAR untuk menyanyi, tapi para penggemar Karaoke bayar untuk menyanyi, sendiri mau nyanyi, sendiri mau dengar, sendiri juga bayar.... dan pada masa yang sama nak impress kawan2 dengan kehebatan kita sampai high pitching note maka dengan itu kita pun dengan rela hati mengeluarkan RM45 - RM60 selama dua jam. sungguh ironik kan.....

2. Aktiviti Karaoke menjadi pilihan anak2 muda remaja untuk menghabiskan masa bersama kawan2 di hujung minggu atas beberapa sebab seperti berikut ;

  • Dah habis tengok wayang kat Shopping mall dan dah tak tau nak tengok cerita apa lagi, sebab tinggal cerita yang tak best je,
  • Dah naik lemau lepak mamak sambil kutuk2 member yang tak lepak sama, teh tarik dah 2 gelas, nescafe 0 ais dah segelas, dah naik kembung perut lepak mamak minum manjang.
  • Takda Nafsu nak Shopping sebab duit tak berapa nak ada.
  • Karaoke boleh tong-tong/ payung atau kongsi ramai2 bayar, kalau RM30 sejam..ada kawan 5 orang baru sorang bayar 6 ringgit.
  • WiFi spot penuh samada kat oldtown white coffee atau Macdonald's, gila apa sepanjang masa nak online? sudah2 la, takkan sampai keluar rumah lepak ngan kawan2 pun korang nak ngadap laptop jugak... pergi la buat sesuatu yang variety sikit.
  • Malas nak bersukan, nak jogging, main skateboard, main tennis, rollerblade sebab taknak peluh2... apa kelas peluh2 nanti busyuk tiak...so mari kita duduk dalam aircond nyanyi lagu Scoin... "sakit hatiiiiii.. sakit sekaliiiiii, melihat engkau berpimpin tangan dengan si diaaaa" :P

3. Sesiapa Mat atau minah Karaoke korang perasan tak?, kalau jumpa otai2 karaoke, makcik perasan Datin, akak LV & Gucci atau Anuar zain wannabe, kalau pergi karaoke mesti stylo milo, ngalahkan Ramlah Ram nyanyi lagu 'Kau kunci cintaku di dalam Hati mu'.. pakai tudung tak tudung, aku selalu panggil pakai Skaf Siput... okey No Offend, kalau nak free hair boleh free hair, nak tudung boleh tudung, tiada diskrminasi, tapi Tudung siput? tak best, PssSSssTTttt "makcik, tdung siput tu buatkan makcik lagi tak cantik tau...saya bisik2 je kat makcik ni malu kat org kalau dengar"

Lepas balik dari Wangsa Walk, kawan aku Zikry dan Chewe ajak lepak, sebab Zikry nak pas kad kawin dia, hehe dah nak kahwin dah sorang lagi kawan aku ni, aku ucapkan tahniah... jadi kami pun singgah dekat Foodcourt seksyen 11 Shah Alam.. makan goreng2 kat sana, sampai sana pam pam parraaammm.... anda tau apa kami nampak? aku macam tak mempercayai mata aku, betul ke ni?? betul ke apa yang aku tengok ni??

Aku tengok ada satu meja ni, ada sorang perempuan tu bawak Hamster dia dalam bekas seakan2 'Bola plastik' .... dia letak 2 ekor Hamster dia dalam Bekas tu, dan letak atas meja beralaskan kain buruk yang dibawak dari rumah.... apakah yang ingin disampaikan oleh perempuan berkenaan bersama2 pakwe dan kawan dia???



Pasal bola kuning atas meja tu la, aku terjerat tulis entry panjang pagi2 buta nih...bola kuning dalam pict ni la aku tengok 2 ekor hamster teman tuan dia makan tomyam...* gambar tak jelas, sebab zooming curi2 tangkap gambar dr jauh.. hehehehehe :P

Adakah "aku seorang Aktivis Penyayang Haiwan yang sangat sayang pada haiwan, Korang tak paham jangan nak sibuk" atau....

"Ni Kiki dan Koko, hamster kesayangan aku, aku tak sanggup berpisah dengan mereka walaupun setengah jam, kalau aku kehilangan mereka 2 ekor dari pandangan mata aku, aku boleh meroyan tau tak!" atau....

"aku open minded, trend setter, modern thinking, up to date, kalau aku nak bawak hamster aku jalan2 jadi kenapa? ada aku susahkan korang ke? ada aku mintak duit korang nak beli kuaci hamster aku ni? ada aku kisah?? kau ada??? mampu???? please jangan nak busy body keyyy"

Pendapat aku????

1. okeyla, hamster tu korang punya, hak kau la nak buat apa dengan menatang tu, tapi kalau letak kat rumah barang sejam dua, sementara korang keluar pergi makan takpe kot, tak mati dia duduk sorang2 kat rumah tu.... :) peace no war!!

2. Hamster tu sejenis haiwan Rodensia, rodensia ada potensi bawak penyakit dalam air kencing dia, bimbang nanti tersebar penyakit kalau tak bernasib baik..

"hek eleh ko ni kecoh la Zulfikar, poyo gila hamster pun nak takut bawak penyakit, rilex sudah" hehehe ok2 aku rilex, point no 2 ini sila abaikan pada sesiapa yg rasa meluat sebab rumah aku dulu pun ada bela hamster..takda kene penyakit pun kami. :)

3. Nampak agak melampau dan melebih2 la 'akak' bawak hamster jalan2 letak atas meja makan, manja dan stylo tak bertempat...kalau akak lepak dekat padang Dataran Shah Alam, piknik dan beriadah bawak sangkar hamster saya salute dan saya kagum... tapi bab bawak hamster dalam bola plastik, letak atas meja makan...bagi saya tak menarik, walaupun saya manusia berfikiran terbuka.

4.Bukan budaya kita untuk hamster walking, hamster adalah hamster, ia bukan Anjing untuk aktiviti Dog walking.. eh betul ke? ke walking the dog?? ahhh lantak la...janji korang paham... budaya orang putih memang bawak pet jalan2.. tak caya tengok Paris Hilton tu, asik kehulu ke hilir je bawak chihuahua dia...tapi aku belum pernah tengok dlm MTV atau Movie ada orang bawak hamster jalan2 kemana2 sahaja sebagai peneman sejati ....

Kesimpulannya entry ini adalah.. Hamster sama sekali tidak boleh nyanyi Karaoke....

P/s ape da Zulfikar, ko nak cerita pasal karaoke dengan hamster pun taip berjela2..camon2 i know u can do it..ko boleh ringkaskan cerita kau.....

PssSssTtTt : animal lover, dont worry, aku pun sayang binatang, aku bela banyak kucing kat rumah, dan aku jugak pernah bela hamster, tapi aku tak pernah bawak hamster pegi makan tomyam. :)

13 comments:

  1. oowhhh~~~ dinasihatkan kalu minah tu buka kedai makan, jgn pegi. hadoi...kat kola berang ni ada pemilik restoran. restoran mcm nak wat grand tp sekerat jln. plak tu letak kucing dlm sangkar kat dlm restoran. tak gi kursus lagi gamaknya tuan restoren ni...

    ReplyDelete
  2. Maybe baru balik dari beli hamster tu kot..?

    Tapi kalau betul pun hamsterwalking, tak heran sangat kot, sebab adala sorang member ni cakap.. makcik dia bawa kucing jalan2 pakai rantai macam anjing tu, pegi shopping complex.. manusia zaman skarang..

    ReplyDelete
  3. mmg mula2 bersangka baik jugak.. mungkin baru beli hamster tu kot... tapi lepas perhati beberape faktor, rasanya tak... :)

    Pernah gak dulu tengok catwalking kat area umah flat.. tuan rumah bagi pakai harness pusing2 playground..

    ReplyDelete
  4. lepak tanpa kehadiran diriku...huhu..

    ReplyDelete
  5. laaa.. awat x ckp karok kt wangsa walk.. da dkt da tu ngan tmpt aD tinggal.. ekekek :D

    ala.. akak tu nk feeling paris hilton la.. paris hilton kan bwk anak anjing sana sini.. so paris hilton wannabe bwk la hamster.. walaupon dlm sangkar.. janji adooooo... hahahha :P

    ReplyDelete
  6. adakah Shahril tu adalah Shahril Husin? hahahahahhaa... ingat nak p kuantan jemput kau ajak lepak sekali...tapi tak sempat..sayap kat keter tak cukup besar...

    ReplyDelete
  7. AD -- hehehe, ye ke duk area sana? ok lain kali ye.. ri tu lepak ngan kawan perempuan la AD...

    agaknya Paris Hilton la kut...tak pun kecik2 berangan nak jd veterinar...

    ReplyDelete
  8. mak ada 12 ekor hamster kat umah ni Nyah.. tadi baru berkejar kejaran sebab seko terlepas penjara.. Tak penah lak mak bawak gi jalan2.. Dulu balik kampung masa nak nikah seminggu juga la mak tinggalkan dorang.. elok jer cuma sekor je ghaib ntah kemana sampai sekarang. Masa majlis kawen mak sebab panjang cuti mak laki mak antar umah in law.. yelah dah nikah kan time tu.. Kalau nak bawak hamster jenjalan ni ni bukan taknak.. hamster mak semua genius2 belaka.. takat lock yg sedia ada kat case gelak jer dorang. Malu la mak nak bawak case dengan lock pesen baru mak tu guna penyepit baju.. kekekekekekekek

    Apapun minah tu just nak perhatian jer.. Ni sebenarnya komen mak. Saja taip panjang2 nak cerita mak pun ada hamster.. kat kampung ada kucing

    ReplyDelete
  9. hahahaha, lawak ada 12 ekor... penyepit baju.. hahahahaha tak tahan keras perut... bayangkan 12 ekor duduk dlm penjara..pintu pakai penyepit baju...hahahaa

    ReplyDelete
  10. ko ada kucing ngn hamster kan zul? tak pernah ke kucing ko makan hamster ko. kucing kan makan tikus? kan kan?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...