Assalamualaikum...
aku nak mengomel pasal Seat belt penumpang belakang hari ni, isu berbolak balik ni dah jadi macam isu roller coster, kejap diwajibkan pakai, kejap tak diwajibkan pakai... kelmarin keluar dekat Buletin Utama TV3, wajib kena pakai berkuatkuasa 1 mac... aku tengok Dato's Suret Singh tu mcm rasa nak ajak lepak minum teh tarik je sembang..tapi apakan daya, aku hanya semut merah, tulis je panjang2 kat blog.. untung2 ada org baca leh sampai2kan...
Beberapa kontroversi yang berhubung-kait dengan Datok Suret singh ni banyak... Pengarah JKJR..atau Jabatan Keselamatan Jalan Raya ni pernah mengeluarkan beberapa pendapat yang bernas bagi pemikiran rasional dan logik aku tapi tidak sesuai dengan keadaan dan iklim tabiat rakyat Asean ni...
1. Berura-ura mahu menetapkan had limit 60km/jam bagi rider motor balik kampung masa raya... :- agak2 korang la, kalau tiket bas habis, terpaksa balik naik EX5.... baper jam baru sampai Ipoh? agak2 korang kebas tak bontot?? uihhh aku pernah bawak dari Dungun ke Shah Alam naik EX5 woooo... rasa mcam hilang kejantanan kejap... kebassss :P
2. Pemakaian Tali pinggang belakang diwajibkan dengan secara drastik dan mengejut
:- ok jangan ingat aku rebelious... pemberontak..sebenarnya sikap aku lebih ke pro aspirasi, bagi aku pemakaian tali pinggang penumpang dibelakang adalah saranan yg sangat baik, sebab aku sendiri dengan adik aku masa kecik dulu berapa kali pulak terperosok ke dashboard depan masa bapak aku brek mengejut kan... syabas dengan cadangan yang diberikan...
Tapi penguatkuasaan sampai nak saman RM300.oo kepada sesiapa yang tak pakai??? agak meresahkan...ingat!! aku ckp meresahkan bukan mengarut ye... ia akan menimbulkan perasaan bengang kepada penumpang kereta yang majoriti tergolong dlm golongan tak kaya, sebab kalau kaya, takda la nak sumbat sampai 4-5 orang kat belakang kan,.. bila dah sumbat 4, 5 orang kat belakang, nak gagau tali pinggang kat mana??? padahal ada 3 seatbelt je kat seat belakang....
Bagi aku saman dalam rm100 tu waras sikit... tapi sebenarnya aku ni yang emosi lebih kot... aku kan driver...aku mmg tabiat suka pakai tali pinggang bila driving, so buat ape nak takut... sebab sapa yang tak pakai tali pinggang dia la yang bayar saman kan.... lain kali sapa2 nak tumpang kereta bagi satu kenyataan takpun buat sticker...
"perhatian, pemakaian seatbelt adalah amat dialu-alukan..kalau taknak pakai pun takpa, kena saman bayar sendiri..sekian!"
Lagi satu yg aku nak ngomelkan secara tak waras ni, orang bawak proton ngan produa best la...boleh pasang seat belt belakang ada sponsor... free.... org mcm aku ni? kereta lama umur 20 tahun.. seatbealt takde...nak pasang berapa pulak nak kuar duit? sapa pulak yang nak bayor??
"sapa nak tumpang kereta aku..sila bawak seatbelt masing2 ye..sekian terima kasih"
3) satu lagi yang wajar difikirkan....Dato Suret singh terlepas pandang( Jika Dato' blog walking dan ada membaca blog saya..sila ambil perhatian ye...takpun sesiapa yang yg kerja JKJR..kalau terbukak blog aku..leh kongsi link dengan Dato)
Kenapa dalam keghairahan isu Pemakaian seatbelt penumpang belakang dan bawak motor maximum 60km/sejam... tetapi pada masa yang sama Dato terlepas pandang kewajipan pemakaian Topi Keledar kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah, kenapa Orang Sikh dan Pak Haji yang memakai sarban / turban dikecualikan? adakah ini double standard? adakah ini dalam ruang lingkup rasional?
Aku menyatakan sekali lagi bahawa aku adalah jenis Moderet, dan berfikiran terbuka, cuma nak ajak berfikiran Rasional.. dalam Islam..Sunnah yang utama adalah menjaga keselamatan diri dan menjauhkan diri dari lembah kebinasaan..malah ia telah menjadi wajib, maka Pak-pak haji dan Imam masjid bolehlah menanggalkan serban itu dulu dan memakai helmet...mengikut arahan Pemimpin yang tidak menyalahi akidah itu adalah wajib dan lebih sunnah dari memakai serban.
Dan tidak terkecuali Jugak kepada Uncle2 dan abang2 Sikh, Jika lesen memandu motorsikal itu setara dan sama standard dengan semua orang, ciri-ciri dan aspek2 motor itu sama dengan semua org, brek yang sama, handel, side mirror, tayar, seat, throttle dan jalan yang sama, saya tidak nampak pengecualian terhadap pemakaian Helmet itu satu keperluan yang rasional.
Ternyata, pemakaian serban dan Turban sama sekali tidak dapat menahan impak pelanggaran akibat kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motor..adakah aku cakap merepek dalam isu ini? atau adakah mungkin nanti ada komen dari anonymous yang mengomen mengikut sentimen dan bukan mengikut fakta dan rasional?
"Menjaga Nyawa lebih penting dari segalanya"
"Tiada diskriminasi dalam melaksanakan Undang-undang"
"Two Wrongs Don't make it right"
Kesimpulannya..Kenyataan yang dikeluarkan haruslah selari dengan perlaksanaan dan pemikiran....hishhhh susah sangat.....Cakap mau serupa bikin....
P/s adik aku buat lawak... bila JPJ or Polis Trafik tahan, apsal tak pakai tali pinggang??? angkat baju tunjuk tali pinggang kat seluar... "ni dah pakai encik" heheheheheh
hehehe good point... tp pakai tali pinggang kalo pemanduan cm haprak pun x guna gak... tetap statistik kemalangan tinggi melangit..
ReplyDeletedah pukul 5 pagi tak tdo lagi ke apis oiiii... :)..... kalau pemanduan mcm haprak jgn pakai tali pinggang... pakai tali gantung kan ad kan.. :P
ReplyDeletep/s pinjam 4 bijik bola pingpong boleh?
ROAD TOUR FROM THE FACEBLOG.
ReplyDeleteCOME AND JOIN OUR BLOGGER COMMUNITY NOW.
FOR MORE INFORMATION,CLICK HERE-"THE FACEBLOG COMMUNITY"
pakai ajela walaupon rimas n rasa tercekik..hehe:D
ReplyDeleteerr pasal tom hanks tu sy tak sure la..tp header tu fountain kat valencia..yg muvi tu pon kat sana ek?
fuhh.. memang menyeluruh btul...
ReplyDeleteaku setuju bebeno dgn para pendapat ko tuh.. *para?. cam org la puloks.. =p
para adalah seorang... para-para adalah beberapa orang... para-para juga dikenali sebagai pari-pari versi betina..tetapi pari-pari tiada kene mengena dengan ikan pari...
ReplyDeletefuhh.. memang menyeluruh btul...
ReplyDeleteaku setuju bebeno dgn para pendapat ko tuh.. *para?. cam org la puloks.. =p
Malaysia kena ada perubahan sikit demi sikit. Sampai bila nak berada pada tahap lama. Cuba bandingkan dengan peraturan jalan raya Australia. Lebih strict. Budak kecil bawah certain umur, kena duduk dalam baby carseat. Baby car seat pun ada 2 jenis, 1 untuk baby kot, satu lagi untuk yang budak besar sikit. Kalau tak, kena kompaun AUD150.
ReplyDeletePerlahan2la kita cuba buat perubahan. Moga2 kesedaran pemanduan secara berhemah itu akan datang dengan perubahan akta dan undang2. Kalau tak buat apa2 pun, sama jugak takde ape2 kesan. Kita kena optimistik yang perubahan akan menunujukkan outcome yang positif.
Pasal tak konsisten tu, haha, ko tau ar kan dengan campurtangan politik and furthermore PRU is coming up. So, polisi Kerajaan pun bukan lagi pada tangan top management people Kerajaan.
yerp... aku setuju la mcm tu, mmg aku sokong kempen pakai seat belt belakang tu.. cuma apu yang aku ngomelkan kat atas tu adalah apa yang pakcik2 dan makcik2 kampung duk sembang kat kedai kopi...
ReplyDeleteAku tau banyak keputusan skrg ni ding dong sebab PRU.. mcm mana pun DSN nak dapatkan Undi Popular.. dan aku tengok pun PM kita skrg ni bagus.. mendekati belia dan Rakyat.. aiceeehhhh :)
ko kalo ko berkata2 sesuatu yang serius..buat aku nak tabik spring kat ko beb!!! serius!!!
ReplyDeletetapi zaman sekarang ni smua pakai helmet xde cop sirim! :) nk beli murah . haha
ReplyDeletebetul2 tu Nyah.. bab tali pinggang kat belakang kalau sumbat 5 - 6 org anak buah igt nak ikat je ngan tali rapian kat kerusi.. mana cukup nak tali pinggang.
ReplyDeletehelmet tu pulak... pun mak setuju.
Sekian makaseh
KHIDMAT SEKS PADA PENOREH GETAH SANGAP
Ady budika : sorry entry aku selalu panjang2 kan.. jenis mulut tak reti diam.. anyway thanks sudi baca ye.. :)
ReplyDeleteNamee : beli mahal2 nanti kene rembat ngan rempit.. :)
ReplyDeleteThe Lekat : ikat ngan tali rapia pastu letak pompom.. bila kene saman suh goyang2 pompom mcm balik dr stadium kann hehehe
Satu saranan yang bagus cuma untuk kerusi keselamatan kanak-kanak yang dijual dipasaran lebih mampu dibeli kalau anak ramai banyak kos yang perlu dibelanjakan kalau harga bermula dari RM100
ReplyDelete