February 21, 2011

Ke mana aku menghilang tanpa entry?


Owhhh dah 27tahun dah rupanya si Zulfikar ni Ataupun Owhh baru 27Tahun je budak ni, patut la tulisan pun mentah2 je lagi.. :P


Assalamualaikum,
Pertamanya diucapkan ribuan terima kasih kepada kawan2 Facebook dan blogger yang mengucapkan selamat menyambut harijadi kepada aku tanggal 19 febuari yang lalu, agak lama juga aku tak post entry baru dekat blog ni, bukan apa, sebab aku sikit sibuk dengan hal kerja, ye lah sekarang ni dah ada dua opis, satu di kilang dan satu di Hq untuk pemasaran.. seminggu yang lepas aku bz berulang dari Gombak ke Port Klang,

Selain dari itu, aku tak dapat nak menulis di blog sebab pergi Mendaki Gunung Angsi di Bukit Putus, Kuali Pilah....aku merasakan hari jadi kali ni amat bermakna sebab sambutan hari jadi aku begitu padat dan berganda2... dimulakan dengan berita baik pemberian Hadiah Pass menonton wayang dari Nuffnang dan TGV, kemudian sambutan 'surprise' family di Shah alam bersama Kek Blackforest, aktiviti mendaki Gunung Angsi, dan malamnya pula ada jamuan makan oleh keluarga aku di Restoren nasik Ayam Pak Mal...aku juga merasa sangat gembira sebab, selepas meninggalkan dunia internet untuk 2 hari, aku dapat 60 notification birthday wish dari kawan2 facebook... terima kasih kalian kerana masih ingat kepada aku.. :) aku hargai persahabatan kita samada nyata atau maya.

Pendakian Gunung Angsi betul2 banyak dugaan, aku kena bangun pukul 6 pagi, bergerak dari Shah alam dan berkumpul di wisma Pahlawan di jalan kampung atap KL, sampai je, ingat nak gerak pukul 7, tapi ada nasib malang, kereta Bos Nizar eksiden di kepong, langgar divider, habis sportrims dan Tayar kereta Mini dia.. kesian..kami bergegas ke kepong amik dia dan Shah dan kemudian dari Kepong terus masuk ke Highway Lekas melalui Cheras....

Aku takjub betul dengan jalan Highway LEKAS Ni... betul2 takjub, korang bayangkan, kami gerak dari Kepong pukul 8.15 pagi, kami sampai di Bukit Putus Negeri Sembilan Pukul 9 pagi!!! perjalanan hanya ambil masa 40minit lebih kurang, takjub betul la....

Pendakian Bermula dari kaki bukit pada pukul 9.30 pagi.. dan sampai pada destinasi pada pukul 12tengahri, iaitu setinggi 400meter.... sebenarnya puncak sebenar adalah 825 meter, tapi kami mengikut trek baru yang baru dibuat oleh renjer....anyway, aku berpuas hati dengan aktiviti ini sebab kerjasama erat terjalin di antara Staff DMG Holdings, di antara Bos-bos dan anak2 buah.. dan kami semua dapat berendam dalam air sungai yg sangat sejuk sampai lupa diri...perjalanan pulang bertolak pada pukul 4 petang dan sampai di KL pada pukul 4.50petang....

Terima kasih kepada semua yang menjayakan pendakian Ini..selamat tinggal pada kasut timberland lusuh aku yg dibuang ke dalam tong sampah akibat hilang tapak..tercicir masa penurunan...dan lain kali kita jayakan Misi yang kedua iaitu gunung2 lain..sebelum matlamat Utama..Pendakian Gunung Kinabalu pada Bulan 6 nanti, Insyallah..

P/s Maaf, gambar daki gunung takda, nanti aku dah upload dr Camera photographer tak bertauliah nanti aku edit balik entry ni letak pict ye... :)..... aku tak sempat tangkap gambar guna henpon, sebab takut beteri habis nanti sesat ke emergency ke takleh nak call pulak.. :)



13 comments:

  1. eh3... jah dah wish ke blom ye?? alamak tak ingat la pulak.. sorry la der, nak nyanyi nih.. selamat hari jadi... sambung sendiri tau, kat sini nak hujan lak bila jah start nyanyi..

    ReplyDelete
  2. Nyah.. mesti ko berkepit2 daki gunung kan?? mak dpt bayangkan mcm mana ko sapu cream bagai nak jaga kulit sblm daki gunung ganang tu.. pastu skit2 lap muka dgn tisu serap minyak... wakakakakaka

    ReplyDelete
  3. bestnye. cadangan. beli kasut getah yg org buat gi noreh tu je utk menddaki.cepat kering, tak licin dan mempunyai cengkaman yg ok la. tak payah kasut mahal2. nnt rosak dan bazir.

    ReplyDelete
  4. Lekat lekit : bukan takat lap pakai kertas serap minyak nok.. mak pakai pondesyen ngan compact powder terus.. daki2 jugak nok... vogue tetap vouge..ala2 destiny child dalam videoclip survivor giuteeww....

    ReplyDelete
  5. Terimakasih Fateehah.. :) owhh maksudnya selamat hari jd yeee...

    ReplyDelete
  6. Chek Jah... dah puas nyanyi dah.. skrg tengah nak buat tarian cakpong versi hari jadi.. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Kasut but keling tu ke Nadia? whoaa idea bernas bangat ni dong.. :)

    ReplyDelete
  8. eh2...terlewat kapal terbang la..ni br dapat wish...hehe

    Hapy belated birthday Zulfikar..=)

    ReplyDelete
  9. ayark.. budak aquarius gak la ko ni?.. heheh.. hepi belated beday.. =)

    ReplyDelete
  10. time kasih Eda... tenkiu Along.. ko nyer birthday bila wei?

    ReplyDelete
  11. sila rujuk album daku mendaki gunung berembun, cemerung di fb untuk melihat sampel kasut. tQ

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...