February 8, 2011

Rahsia mengenali perwatakan menerusi tarikh lahir? = mengarut!!

ni apakehal ada pelaris2 pakai Tarikh lahir lak ni? nak cari makan pun agak2 la, jangan la memperbodohkan orang..agak2 kalau ambik no pelaris tu letak dalam resume mintak kerja boleh terus dapat ke??? deeeyyyy machaaa!!!

Assalamualaikum,

Maka berseronoklah mereka yang mempunyai akaun facebook itu bermain dengan rahsia perwatakan Tarikh Lahir hasil dari kajian tokoh2 motivasi dan tokoh2 psikologi, mana mungkin hanya dengan mengkaji seseorang yang lahir pada tarikh2 tertentu dapat menentukan perwatakan seseorang, seseorang itu tidak mahu dilahirkan pada tarikh yang dia mahu, itu semua adalah ketentuan Tuhan..

Mana mungkin seseorang itu telah ditetapkan kekuatan diri, kemampuan diri dan kejayaannya hanya dengan melihat pada tarikh lahir dia? adakah seseorang itu diminta utk dilahirkan pada tarikh2 tertentu?

Ini semua kaedah kajian mengikut syok sendiri, tidak mempunyai asas saintifik.. malah tidak mempunyai Asas kerohanian dan Keagamaan pun...

Tidak pernah kita dengar dari satu potong Hadis dan nasihat dari Para Tabi' tabieen pun yang mengajar cara mengkaji dan mengklasifikasikan perwatakan, potensi dan nasib individu.. jadi dari mana datang benda mengarut ini?

Jawapanya datang dari orang2 yang mengaku menjadi tokoh motivasi yang mengenakan bayaran hanya utk mendengar potensi diri melalui kajian tarikh lahir.

Rasulullah saw melarang keras Umat islam dari merenung nasib kerana ia akan membantutkan akal dan usaha, membuatkan manusia percaya kepada kuasa penentuan selain dari Allah Swt...

Membuatkan manusia menjadi malas dan tidak mahu berusaha kerana percaya nasib dirinya telah ditentukan begitu...

Namun begitu, di sebalik larangan tersebut, Agama memberi penawar dan alternatif iaitu Solat Istikharah dan DOA... jika anda dipersimpangan membuat keputusan dan anda mahu bantuan dari kuasa Tuhan.. Solatlah Istikaharah dan panjatkan doa Kepada Illahi...

Buatlah solat hajat, hajatkan apa yang anda mahu.. bukannya pegi bayar upah dekat Ustaz perubatan Islam mintak buatkan solat Hajat... agama ni medium utk mencari makan ke? sampai nak ambik upah buat solat hajat halau hantu dan buang sial??

Camon lah kawan2.. dunia dah maju, Pendidikan Islam dah banyak, maklumat semua di hujung jari..

Bila ajak bersembang pasal halal ke tak ayam KFC?, pasal pakai tudung yuna tutup aurat ke tak? dan pasal hukum Hudud, semua pakat ramai2 nak berbalah, nak tunjuk pandai,

Semua nak tunjuk jaguh keluar hadis tu hadis ni, potong ayat Quran itu.. ini, mulut tak habis2 guna jargon Bahasa arab dengan harapan orang yang dengar tak paham bahasa arab ni tak boleh melawan, jadi korang boleh putar belit dan nampak Jaguh..

Tapi bila Bab jaga akidah, semua main cincai... bersepah dekat wall2 orang yang perasan pandai agama ini yang bermain kuiz zodiak dan kajian perwatakan kajian tarikh lahir... apa benda ni????

Itu lah jangan syok sendiri.....sebab anda mungkin akan dihitung kredibiliti bukan dari berapa fasihnya anda berbahasa Arab, atau fasihnya anda memotong2 ayat.. tapi anda dinilai dari apa yg anda lakukan. kalau korang cakap tak serupa bikin, itu dah macam orang munafik.

Pernah tak, kawan-kawan aku semua ni yang bijaksana, berpengatahuan dan intelek ni dalam satu waktu.. korang kumpul orang yang sama tarikh lahir dengan korang, atau sekurang2nya satu bulan dengan bulan korang lahir, korang senaraikan nama kawan2 semua tu, lepas tu korang tengok perwatakan diorang, kerjaya diorang, kedudukan keluarga, percintaan, dan sikap emosi diorang, agak2 korang sama tak?

Benda ringkas macam ni, tak payah panggil pakar motivasi nak hujah dengan korang, tak payah Datuk DR Haji Professor madya pun nak hujah dan debat panjang2 lebar dengan korang, tak payah panggil Imam Masjid negara ke, negeri ke, Tok Guru ke...

Kita semua ada Akal, kita boleh pikir sendiri, benda yang mudah tak payah korang merintih2 dan berbebal2 nak kaji sampai mcm nak buat roket angkasa.

Aku dah buat pun dah, adik perempuan aku dua orang lahir bulan Februari sama dengan aku, tapi perwatakan kami berbeza, kekuatan dan kemahiran berbeza, tahap daya tahan berbeza...

Zaman aku belajar dulu, dalam kelas ada dekat nak 10 org lahir bulan Februari , tarikh ada 3 orang yang sama dengan aku, tapi ada yang pengkid, ada yang western, ada yang kampung, ada sensitif, ada kuat lawak, ada yang tidak cepat putus asa, ada yang cepat fedap..

Ada yang panas baran dan ada jugak yang penyabar.. totally tak sama... jadi di mananya kejituan dan ketepatan kajian 'ala sains dan metafizik ni???

Metafizik konon... orang yang tak suka membaca dan orang yang taksub boleh la kau bohong dengan istilah2 jargon.. pigidah!



Kaedah menilik nasib menggunakan Fortune / oracle stick di tokong Buddha, goncang2 kayu nasib, kayu mana yang jatuh amik pastu tilik nombor yang ada kat kayu tu, pegi bayar upah duit dekat Tokong buddha, bayar sami budhha untuk huraikan nasib melalui jawapan dari Oracle stick tersebut....ape bezenya dengan kaji tarikh lahir????

P/s Jika anda percaya dengan rahsia perwatakan dari tarikh lahir, maka tiadalah beza anda dengan orang yang menilik nasib melalui tapak tangan dan sembah kayu nasib di tokong Buddha..

Konsepnya sama, matlamatnya sama...mencari jawapan kepada masa depan melalui renungan pada masa kini.! period!.....

Psssttt: dari korang duk tilik tarikh lahir tu, baik korang amik tarikh lahir korang, pergi tikam kat Nombor ekor.. sekurangnya dosa Judi tidaklah sebesar dosa syirik!!! hahahahahah (gurau pedas namanya)


19 comments:

  1. kekuatan diri tu diperoleh dari pengalan dan pengajaran hidup sehari-hari... asuhan keluarga... pengaruh kawan-kawan... kekuatn diri tu kene develop dari hari ke hari... tarikh lahir? saye lahir kurang percaye, tapi to be fair n honest, tak terlepas dari bace2, sekadar suka-suka dan tak taksub dan percaye membabi buta...

    ReplyDelete
  2. aah, betul kata sm benajamin
    tak terlepas dari nak baca2 apa yg ada tuh
    kdg2 ada betulnya, tp xleh nk percaya sgt kan
    itu semua hanyalah kebetulan
    yg asli dan benar, adalah ketentuanNya

    baca boleh, percaya jangan

    ReplyDelete
  3. yg tak terlepas nak baca dan ketahui tu takpa la.. umpama mcm kita nak tengok org hindu bawak kavadi masa thaipusam.. kita bukan nak percaya cuma perasaan ingin tau...

    masalah datang bila kita beiya2 percaya benda tu betul.. tu datang masalah Akidah tu...

    ReplyDelete
  4. masa zaman sekolah dulu suka lar baca pasal zodiak larr..

    bila dah tau benda2 nih sume tak boleh caya sangat, terus dah tak brapa minat nak baca..

    seperti yg SM Banjamin tulis tu.. perwatakan kita sebenarnya bergantung kepada persekitaran kita dididik dan dibesarkan..

    ReplyDelete
  5. x percaya dgn tilik nasib ni. nasib kita mmg dah di tentukan Tuhan.

    ReplyDelete
  6. Ana Farha: saya pun dulu suka gak baca zodiak, skrg ni tgk pun taknak. :)....
    p/s cari blog Ana tak jumpa la.. apa nama belog ye?

    Seven : betul, tepat sekali!

    ReplyDelete
  7. ala..nanti dia kata. "aku kira tarikh lahir ni bukan nak tgk nasib. tp nak kenali potensi diri. orang yg tak berjaya tu sbb dia tak nampak potensi diri. haaaa...sbb tu la kna knali potensi diri tu dgn kira tarikh lahir nih." hahahahaaa...

    ReplyDelete
  8. ade org kaye raye sebab tilik nasib,.. entah hape hape entah,.

    ReplyDelete
  9. ia berkaitan POTENSI diri..bukan MENILIK NASIB..ia berpandukan PENGALAMAN ORANG YANG LEPAS bukan RENUNGAN MASA KINI..nak cakap buat kajian dulu..jangan sedap je tulis entry macam orang takda akal..

    kalau hebat sangat cuba la buat satu kelas macam tu, tengok dapat sambutan tak..benda ni bukan MENILIK NASIB..jangan sebarkan fitnah..reti ke pasal dosa sebelum nak cakap tentang dosa ni??

    ReplyDelete
  10. reti pasal dosa, setakat yang dah diajar oleh nabi.

    Nabi tak dapat wahyu stright dari langit, tapi takde ajar pun nnak kaji POTENSI diiri dari tarikh lahir.

    aku rasa entry aku berakal kot. sila semak, entry pasal ni senada dengan pandangan mufti, ulamak arab dan ulamak antarabangsa.

    buat apa aku nak buat kelas macam tu kalau ia menuju ke aah syirik dan tahyul.

    ReplyDelete
  11. hahah..suka jump to conclusion..ikut logik akal..sedap cakap tanpa berlandaskan fakta..

    ReplyDelete
  12. sy penah try buat kira tarikh lahir ni..hihi kebetulan 99% tepat dr segi perwatakan..


    tp sy bukanlah taksub dan percaya sgt dgn benda ni..alah mcm lebih kurang kita buat kuiz personaliti kt majalah remaja tu

    ReplyDelete
  13. Awak mmg pandai lah nak hujah kan... Tapi inikan ilmu Allah juga... Saya tanya salah ker belajar ilmu Allah... Klu pakar motivasi tu keluar kan method dia sendiri kenapa kita tak cuba cari jalan untuk kaji benar atau tak apa yang dia beri, mcm awak cakap kita kan ada akal.klu awak nak sangkal kalipun awak kena lah guna bahasa yang hemah juga... Jika awak mencemuh seseorang apa faedahnya... Dan saya percaya awak pun tau ape balasannya even dlm islam pun tak ada 1 word pun kata kita boleh sesuka hati menghina orang.kita beri nasihat.. Pada remaja jngan taksub sudah la dgh

    ReplyDelete
  14. Kadang2 bnde ni btol jgk lah. Tak penah ke dengar cita zaman2 nabi dlu bhwa ada org yg pndai menelek nasib, meramal mimpi dari bintang2 dan mcm2 lg. Semua ni ilmu Allah la... semua ilmu dalam dunia ni adalah ilmu Allah. kita dipinjamkn jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ‘Barang siapa datang ke tempat jururamal, kemudian bertanya sesuatu dan membenarkan apa yang dikatakan, maka Allah s.w.t tidak menerima sembahyangnya selama 40 hari.’ (Hadis Riwayat: Muslim)

      Delete
  15. Melayu bodoh asyik tahu kutuk bangsa n agama laen aje,

    ReplyDelete
  16. Askum..

    Everybody have their own oppinion n right to speak out what we thing is right n thats good to stand firm in what you believe.But we also have to know that not everybody think the same like we(not like bananas in pyjamas okiess hihihi)because we being brought up in different life style,different level of thingking,different serounding like friends,family & etc.We should know that we are not always right n other are not always wrong.just open your heart n mind with others oppinion u might can see it in a new side view.n just punder it wisdom act with wisdon n mind not heart..in islam also stated that we need to be wisdom in what ever we do.islam is peacefull..islam is beautyfull..please mind your own word everybody can read what you write.Sorry to say but we still in a zone of typical malay..me also sometimes can be the typical malay hihihi..i think he stated the right about what he think..stop being a typical malay n see from others view n try to pounder it..

    p/s:my malay was really bad jng hentam i plak ye hihi
    think to pounder:
    we can hear or we might say that don't judge the book by it's cover..but what if the cover it self show how ugly n bad they are??wich area should we judge(normally i just straight read the ending hihihi typical me)wink2 smile

    ReplyDelete
  17. saya memang tak caye benda nie..tp mungkin kebetulan sy pnh ada couple tarikh lahir dia 5 hb bln..n dlm ramalan tu kata org yg lahir 5 hb ni suka tukar pasangan..n betol..ye mungkin ini kebetulan...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...