February 13, 2011

Saya Bangga Berbahasa Melayu

Assalamualaikum,

Ayat skema, bahasa sms, sambutan Valentines, Pakai Tudung tapi Tshirt lengan pendek, Tudung Yuna dan keputusan Bola EPL adalah antara post entry yang paling kerap nampak semasa menjenguk ke blog-blog kawan mahupun blog terkenal. Tetapi di antara banyak2 blog, paling banyak aku tengok blog akan menjustifikasikan dan memberi alasan bahawa mereka merasa malu bila menggunakan ayat Bahasa Melayu secara betul dan elok, akan keluarlah setiap kali di hujung ayat yang bagus dan sedap dibaca kata2 yang begini : -

"aiseh, ayat skema la pulak"

"Ye aku tau ayat aku skema"

"ayat skema mcm Tatabahasa BM spm"

"hahaha ayat aku skema mcm jawab periksa plak"

Anda malu bila anda guna Bahasa Melayu dengan Indah dan tertib? anda malu apabila secebis ketemadunan Bangsa Melayu berusia ribuan tahun terpalit pada penulisan anda?

Aku tau isu yang aku bawakkan ni berbau basi dan sudah Melodrama...dan mungkin juga nampak provokasi, tapi kadangkala di samping kesantaian blog aku ni, aku perlu juga bertanggungjawab sebagai anak bangsa untuk memperlihatkan pendirian aku bahawa tidak mengapa jika anda menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan teratur...anda tidak akan nampak skema sebaliknya anda akan dinilai matang dan terpelajar...biarpun mungkin usia anda baru belasan tahun....tidak mengapa untuk dilihat sebagai cerdik..sekurang2nya walaupun kita tak cerdik..tapi kita nampak cerdik....



"Nama saja Melayu, sikit Hadab pun taktau...org nak cakap pangil oii hoii oiii..saya ni apa?batu ke kayu ke?"

--AKU BANGSA MELAYU DAN AKU BANGGA BERBAHASA MELAYU, AKU GEMAR BERBAHASA MELAYU KERANA BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA-----

P/s ok dah habis berleter, lepas ni kalau tengok aku jd santai balik, jangan la pulak korang perli2 aku ye.. :) maklumla aku ni menulis ada mode2...kadang2 jd pensyarah, kdg2 jd mat rock kapak tepi tembok, kadang2 jadi mat bunga....asal ada...ok chill !!! (ops silap) Baiklah Sejuk!!!


12 comments:

  1. saya bangga jadi skema sebab dapat berbahasa melayu dengan betul dan tepat. hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh....Gee nampak Matang dan cerdik.. :)

    ReplyDelete
  3. aku memang suka setiap penulisan hang. semakin berkarisma la!

    ReplyDelete
  4. areripe, aku perasan hang selalu bace dan komen blog aku, terime kasih bebanyak... thnks..

    selalunya bila aku menulis ni aku suka berleter panjang2.. sorry kalau jemu nak habiskan.. :)

    p/s tulisan ko pun best gak...

    ReplyDelete
  5. bahasa kat blog gua camne lak bro
    main tulis je
    kadang2 ok, kdg2 marapu gak,haha
    ikut mood
    tp kebanyakannya suka tulis formal la
    rasa lebih puas

    cara tulis xpenting, yg penting apa nk disampaikan
    tp x leh nk dinafikan, bahasa pun mainkan peranan penting utk tarik org baca kan?

    ReplyDelete
  6. Terinsaf juga baca entry ni. hehehe... Bukan malu nak berskema tapi dalam penulisan gaya berbahasa tu mainkan peranan gak bro.apalagi bila kita berblog..mungkin entry tu lebih kepada lawak jenaka, ayat pon kasi geletek sikit. kalau serious, sskema. maksudnya disini kena sesuaikan dengan keadaan dan tajuk jugak. tak gitu bro? Eh. Tak begitu abang. Erk?! hehe. salam kenal :)

    ReplyDelete
  7. hahahaha... cikgu ikar da bunyi da... bunyi da die....
    *amik kapas sumbt dlm tinge...
    lalalalalal~ :P

    ReplyDelete
  8. harus la kita buat kempen Nyah... Mak sponsor sepanduk tapi dengan manila kad je yer... kekekekekeke

    ReplyDelete
  9. pengunaan bahasa yang santai dan lawak tak mengapa... tak kisah...lagi rasa mesra ibarat borak teh tarik kan... cuma kempen aku, jangan la pulak bila ada mood nak tulis ayat sedap2 kemudian segan pulak.. pegi bagi alasan malu ayat tu skema...

    senang cerita jangan malu bila anda nak menulis secara tertib dan teratur.. :)

    ReplyDelete
  10. hahha! macam amik idea budak youtube inianwarhadi je??? cari isu laen!

    ReplyDelete
  11. Tak pernah dengar nama dia, tak pernah tengok youtube pasal isu ni.. :)
    mungkin kebetulan...anyway thankyou sebab baca dan komen, most appreciated.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...