February 23, 2011

Politik Pejabat, situasi dan tip...

Assalamualaikum...

Nak berkisah-kisah pasal Office politicking atau Politik Pejabat... hurmmphhh.. semua yang dah bekerja tau dekat office memang banyak politik, tapi berbeza bentuknya... pada kerani2...politiknye lebih kepada siapa belanja goreng pisang paling sedap, atau siapa yang tak pernah belanja Lunch....

"weii korang, korang tau tak.. si Kuyah tu kan, sembang cakap laki orang kaya la, taste tinggi la, tapi beli goreng pisang tak sedap... orang selalu beli kat depan Maybank tu kan, sedap..tepung rangup..ni dia pegi beli kat belakang KWSP..Tah hape2 la si Kuyah tu.. dah la kedekut nak mampus...aku boleh kira tau tak... dia banje kita lunch baru sekali je tahun ni.. haji bakhil betul laaaa!!!

Kepada Managerial Level,politiknya adalah lebih kepada siapa yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Board Of Director (BOD) senang cerita tokey company la.. dan bagaimana nak Taichi masalah kepada orang lain tanpa rasa bersalah....

"Bos, mengikutkkan Gunt Chart ini.. menunjukkan kita akan beroperasi di negara teluk batik..ehh silap2.. Teluk Baltic pada suku tahun terakhir tahun ini...ehhh bercakap pasal teluk2 ni, Bos ada dapat invitation main golf kat Teluk cempedak tak Bos?? saya ada dapat 2 invitation... tak tau la nak ajak sapa lagi... apa kata kita main sama2 bos..saya bagi invitation ni kat bos la..okey?"

Tak dinafikan dalam kehidupan Dunia ni, memang wujud segelintir manusia yang mempunyai kualiti yg sangat buruk.. aku kalau bersembang dengan kawan2, aku selalu gelar manusia macam ni 'Watak Hitam' , 'kutu belahak' ataupun 'Darth Vader'....

"Woi Shamsuri, bangang, ko ni taknak2 mampus ke? aku dah menyampah tengok muka kau tau tak, bodoh, pergi mati lah... kau ingat Datok puji2 kau minggu lepas aku tak tau... ko ingat datok puji2 ko, ko boleh naik jadi Manager ganti tempat aku??? sedar la diri tu sikit..ko tu Tukang Bancuh simen je Shamsuri....aku ni???? aku ni sapaaa??? aku ni Bos ko tau tak??? dah pergi belikan aku teh ais dengan Dunhill!!! lambat aku rekod dalam report ko mengulor!! "

Watak Hitam ni, perangai pattern dia hampir sama, dalam segenggam, sekumpulan masyarakat, tak kiralah budak kelas, office, pekerja line production, kerani hatta geng gosip kejiranan mmg wujud manusia watak hitam ni....perangai seperti suka dengki, iri hati dengan kelebihan orang lain, tak boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia, tak suka kalau orang lain atau officemate puji orang lain dan tak puji dia, tak boleh orang lain dapat perhatian lebih, mulut suka sumpah seranah, maki hamun, perasan bagus, suka guna perkataan kesat, kalau bercakap nada suara nak kuat2, nak tinggi, kalau boleh nak bagi satu level office dengar..suka menjahanamkan masa depan orang lain, menabur fitnah sesuka hati, suka hentam orang di belakang, tak bagi orang yang kena hentam untuk defend diri sendiri.

Kalau Managerial level, dia akan ada lagi tambahan sikap buruk, dia suka Taichi, iaitu mengalihkan kesilapan dan kegagalan dalam mengurus ke atas orang lain... kalau boleh, Bangla cleaner pun dia nak rembat taichi...

"En Zaharin, kita dapat lihat penurunan dari segi pengeluaran dan kualiti mutu produk kita makin teruk, akibat dari masalah2 yang berantai ni maka penjualan kita menjunam teruk dan kita terpaksa menanggung kerugian yang berlarutan dan bertindan-tindan, saya mahu jawapan dari awak, bagaimana boleh jadi begini dan apa perlu dilakukan?

"errmmm Dato', ni bukan masalah pengurusan operasi dan produksi dato', kita dah cuba sedaya upaya, masalah kualiti ni sebab kita nak jaga margin, cut cost, lagipun ni semua salah Marketing dan sales dato'... diorang yang tak buat kerja, kalau dah takda order, macam mana kita nak buat production...lagi satu masalah ni semua timbul sebab Jaga yang kita lantik, saya syak dia yang masukkan benda asing dalam ramuan rahsia kita dato!!"

" hah?? ape kejadahnyaaaaaa??? awak tak payah la duk pusing2, salah orang tu salah orang ni, dulu sebelum awak masuk kerja elok je semua, marketing sales takda masalah, order banyak, laku je jual barang, bila awak masuk pulak awak nak tukar semua supplier, awak nak ubah itu ubah ini...sampai yang awak nak salahkan Rahman Jaga kita tu kenapa? ape untung kat dia pulak kalau dia sabotaj kita? awak ni tak habis2..."

Jadi dalam bermain politik pejabat....matlamat dia adalah :-

KITA MESTI ADA RAMAI KAWAN, DAN KITA MESTI KURANG MUSUH, SEIRING MENJAGA PERIUK NASI, SEIRING MENJAGA HAK DAN TANGGUNGJAWAB.

Tips mcm mana nak ramai kawan dan kurang musuh? ini dia :-

1. Jangan selalu perasan bagus, dan rasa semua orang tak bagus, semua orang dilahirkan dengan kemampuan masing2, dan ada fungsi masing2 dalam syarikat.

2.Jangan suka Maki hamun, perkataan seperti 'babi', anjing, bangang, bodoh, mampus, mati, bengap, kepala hotak kau, bapak kau, setan. jin ifrit, lahanat, jahanam, sial, celaka dan banyak lagi sila lupuskan dari pembendaharaan komunikasi anda..anda suka kena maki hamun dan sumpah seranah?? kalau anda tak suka, orang lain pun tak suka.

3.Jangan iri hati, jangan cepat cemburu..hari ni hari dia, esok lusa hari kita... kalau sampai tulat mulat..berbulan2 bukan hari kita jugak.. sila pergi kursus...hahahaha

4.Jangan sembang lebat, gebang tak tentu pasal, janjikan yang tak realisitik... sebab bila kita sembang lebat samada dengan bos atau kawan sekerja atau staff bawahan..bila tak dapat laksana semua orang akan benci kita ON THE SPOT......

5. Jangan curi Tulang.. don't take credit from others' effort....atau jangan mengambil nama dari usaha orang lain... elakkan benda ni ye Tuan-tuan dan puan-puan... claim credit atas usaha org lain mmg jalan pintas untuk mengampu bos, tapi sekali temberang dah pecah, bos takkan percaya dekat anda sampai bila2...dan akan pandang lekeh pada anda selama2nya....

Sekian cerita politik pejabat..nanti aku sambung perihal-perihal kerja yang lain.

P/s kalau la dekat office ade light saber kaler hijau.. boleh je potong belah dua Darth Vader2 dan Firaun kecil yg melalak2 itu..

7 comments:

  1. rileks.dalam opis nie mmg banyak dugaan :P

    ReplyDelete
  2. Haha, susahnya kalau dah kerja nanti. :)


    Mr.Swift currently posted : Apabila Ayam Dah Mula Pelik Pasal Manusia....

    ReplyDelete
  3. politik kt mana2 pun ada... nk mask tandas pun ada politik tau :P

    suka bersidai kt opis :P

    ReplyDelete
  4. salam...banyak org banyaklah perangainya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah.. tempat kerja kak ikin tak payah nak berpolitik2 nie... tapi masa kerja kat tempat lama ada lah.... semua yg Ika tulis tu TEPAT belaka... untuk kak ikin sekarang semua tu dah jadi kenangan belaka... sekarang nie kena berpolitik dengan Daddy Sofiya je.. ha..ha..ha.. politik rumah tangga...

    ReplyDelete
  6. Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete
  7. hahahahahaha.. ANon kata atas telah buat kau gelak dekah2 dalam bilik.. bygkan staff lari2 terkentut2 gi msuarat...hahahahahah cayalah.. pantun terbaik... :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...