February 16, 2011

Anda Kekasih Jenis Yang Mana? Part 2

cinta skandal, ingat jika anda berskandal anda juga akan diskandal...Rule of skandal no 1

Assalamualaikum,

Sambungan dari Part 1.......

Jadi untuk menunaikan janji dan melunaskan kerja yang telah dimulakan, aku nak sambung kisah Anda Kekasih jenis yang mana? dinasihatkan agar anda baca di SINI untuk part 1 dan skrg mari kita sambung baca samada untuk memuaskan hati anda atau mengenali anda jenis kekasih yang mana satu?

4) First Time Lover... / cinta pertama...

Anda jenis yang takut kalau ponteng kelas, anda juga takut kalau Lecturer ugut anda bahawa anda kene repeat paper, anda jenis pergi kelas bawak beg galas, pakai kasut kemas, kalau hari isnin jika IPTA mewajibkan Tie, anda akan pakai Tie walaupun sampai ke petang... rupa anda tidaklah hodoh sangat, dan tidaklah pula terlalu hensem..anda tidak pernah merasa cinta sebenar semasa di bangku sekolah menengah.. masa sekolah menengah anda hanya ada cinta monyet..atau cinta jalan pegang tangan je...

Bila masuk Universiti, anda dapat couple dengan sorang minah ni, dan dia juga amatlah 'suci'...belum pernah dilamar cinta katanya...selalunya simptom2 first time lover ni, anda akan sanggup berkorban apa saja demi cinta anda.. sebut sahaja apa? anda akan cuba kotakan...hantar nasik padprik tapau dari kedai ke Kolej penginapan pada pukul 11 malam? no hal lah.macam takde... belikan panadol activeFast kerana awek sakit kepala pada pukul 6.30 pagi? ala kacang je... boleh punyeee..sayang katakan!....Tolong kiwikan kasut Gf untuk badan beruniform nak kawad hari sabtu nanti?? ala..mcm takde..sonang bai tu...pokoknya.. "katakan sahaja..kan ku laksana...permaisuri kau bertakhta di jiwaaaa" (apa saja dr KRU tiba2 berkumandang) APA GUNA KAPEL KAN???

Berhati2 jika anda menjadi first time lover, tidak dinafikan ada pasangan kekasih cinta pertama berjaya mengharungi badai gelora untuk ke jinjang pelamin, tetapi peratusan tidak tinggi...tapi kalau anda berjaya, aku ucapkan tahniah dan aku tumpang gembira, tapi buat masa ni...kawan2 aku ramai yang tumpas dek penangan awek cun di tempat praktikal aaatau.. pakwe bawak honda civic ajak lepak uptown ujung minggu.. haha

5) Kekasih Pencukup Syarat/kapel Desperate....

anda tahu apa itu 'sindrom takut tak laku' ???sindrom takut tak laku ni terjadi pada gigirl2 di sekolah menengah atas iaitu form 4-5 dan merebak ke pelajar2 Diploma hingga degree.

"alamak, Nani dah ada Boifren la, Ct pun dah ade boifren...Shamsiah Tahar yang skema pengawas pustakawan tu pun dah kapel dengan Hapis budak nasyid tu...hishh takleh jd mcm ni, aku yang hot, seksi, muka cun mcm Aishah sinclair ni takkan nak single kot, takkan aku ni jadi anak dara tak laku? gila ape.. aku mesti cari gak pakwe, tak kisahlah sape2 pun..sebat je, janji ada boifren" Tasha Ismail Hudson bermonolog dalam hatinya di tepi tangga blok A...

"Oi Tasha, dengar citer ko kapel dengan Mail Sungkip...ko ni takda lelaki lain ke Tasha? Mail Sungkip budak kelas 5 cemerlangyangsajeletakcemerlangwalaupunkelasbelakang tu yang ko nak? ko tu dah la anak Datuk Ismail Hudson, tokey kedai karpet terkenal kat KL ni, pulak tu muka lawa gila.. ngan Mail sungkip jugak ko kapel...ko dah hilang akal ke Tasha?"

"Ala Jameelah...aku bukannya suka sangat kat Mail tu pun..tapi aku terpaksa la Milah...janji CUKUP SYARAT je... aku belum gila lagi nak jatuh cinta kat Mail Sungkip tu..dah lah tak hensem, bawak Yamaha 100 sport je pun... nanti kita habis SPM nanti, pandai la aku clash ngan dia.. wat masa sekarang ni, anggap je la dia tu pakwe partime aku ye milah..kau je tau rahsia ni...jangan bagitau org, biar pecah diperut jangan pecah di mulut" (mmg pecah kat mulut seperti yang disangka oleh pembaca sekalian..10minit lepas tu habis je waktu rehat terus kecoh satu sekolah Tasha kapel desperet dgn Mail Sungkip)

Pesanan utk Mail sungkip dan Lelaki2 yang sedar dirinya hanyalah boneka si Tasha Ismail hudson ni... korang banyak2kan la Muhasabah diri..selalu2 jenguk cermin, tanya pada diri..adakah anda rela satu sekolah atau satu fakulti menjaja cerita anda bahawa anda hanyalah Cinta cukup syarat si GirlGirl? owhh lepaskan diri anda dari isu panas ni..malu beb!

6) Kekasih Skandal / Skandal / Open Relationship..

Kekasih skandal ni paling popular dan paling direstui oleh remaja2 di Malaysia walaupun semua orang tak suka bila kekasih mereka ada skandal... ooohhhh sungguh ironik!!!! anda bangga anda ada skandal, anda bangga bila anda skandal dengan Nora Danish atau Tiz Zaqiyah..tapi pada masa yang sama bila anda dapat tau Gf anda skandal dengan Tuan Haji Zainal Marhuman di Opis dia, anda melenting dan anda pergi spy awek anda di opis.. adil kah?

Lesen skandal adalah salah satu lesen paling bertuah dan paling diimpikan oleh semua lelaki dan perempuan yg happy go lucky dan suka mengorat...skandal ini berjaya melepaskan anda dari tanggungjawab, dari keperluan untuk berkorban dan dari keperluan untuk pergi ke rumah keluarga kekasih anda untuk mengambil hati mak ayah dia.. ye la, nama pun skandal, buat apa nak tolong mak dia baiki singki dapur kan.. call je la plumber.. matlamat anda hanya nak ADA teman tengok wayang masa weekend..atau teman berpegang tangan window shopping kasut timberland dekat Jusco kan??

Yang perempuan pulak, anda suka skandal sebab anda taknak budak lelaki satu kelas ngan anda kapel dengan anda kan? yelah, nak kapel serius2 mcm mane...Spender ngan topup henpon pun mak bapak yang tanggung...mcm mana pulak nak tanggung Gf.. mcm mana pulak nak sehidup semati.. baik anda Skandal je senang...sebab mana tau nanti.. 2, 3 bulan lagi, anda tengah jalan2 dekat pavillion sekali anda kene tackle dengan Anak CEO Petronas kan.. takda la anda terikat dan terlibat dalam episod sedih clash mengelash semata2 nak kapel dengan mamat Skyline GTR tu....

"Hashimah..kau tau tak? semalam kan, aku pergi lepak dekat KLCC kan, ingat nak beli kasut Vincci baru tu.. laaaawa sangat.. dia bukan wedges tau.. tapi ala2 separuh wedges separuh Stiletto...cantik.. serius...eh melalut lak...masa aku duk tengok2 kasut tu. dah nak pegi bayar, sekali Cashier tu cakap...dah ada gentleman sorang ni bayarkan....Heeeeensem sangat Shimah!!!...cute...lepas tu dia ajak aku gi makan, tengok movie...ko teka la shimah, dia bawak kereta ape? Subaru Impreza tau tak shimahhhh!! aku sukaaaa...i loike!!!

" Ye ke Nurul..waaahh bertuahnye kau nurul, macam citer novel Ahadiat Akashah pulak kan Nurul kan.. tak sangka apa yang ko impikan selama ni dapat jugak.. for sure la ko dah tangkap cintun dengan dia kan nurul kan..maklum la Subaru tuu.... ehhh tapi Nurul.. Macam Mana dengan Zack? ko tak kesian ke kat dia, dia tau ke ko dating dengan that Delicious Guy???

"ala Shimah.. ko naif la.. buat2 tak tau lak... takkan ko tak tau.. Zack tu kan Skandal je dengan aku..kitorang memang Loving2 pun..tapi kitorang dah ada syarat, masing2 tak terikat kan...so..salah ke aku kapel dengan pakwe baru tu? anyway... nama dia Shamsudin Juraimin...senang panggil Sam je ye... OoOOoooppppsss.. sorry.. Bukan Juraimin JE ye...tp.. Shamsudin Bin Tan Sri Datuk Seri Professor Ir Emeritus Tuan Haji Syed Juraimin al Bana watakona bin Syed Kordi... ye.....please take note shimahhhh... *wink wink*

"ye la Nurul, Untung badan ko jadi menantu Tan Sri kan....aku ni ape je, dah nasib kapel dengan Kamal tu..but at least aku tau dia sayang aku... hope ko bahagia dengan dia nurul"

okey, pesanan kepada pemain skandal...anda harus tabah dan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap perasaan cemburu dan irihati.. kerana sewaktu anda baca blog ini, mungkin Bf atau Gf anda tengah duduk di Couple seat Wayang tengok citer Green Hornet dengan Skandal dia yang lain yeee.. :)

Bersambung ke Anda Kekasih Jenis Yang mana? Part 3...


P/s aku selalu teringat Kawan aku Shahril Husin pernah cakap, dia cakap yang cikgu dia cakap (berapa banyak cakap la) "Man with many Girls Is a Hero..... but Woman With many Man is a Whore...bukan aku ckp haaaaa.. aku dengar je..tapi mcm ade betulnye jugak kan....

Pssttt: mungkin bahagian 3 nanti adalah Part terakhir...


25 comments:

  1. ada yg betul, ada yg tak tepat.....nak nak yg no 6 tu...hurmmm.....hehehe

    ReplyDelete
  2. huikkk.. aku lak pakar skandal... hahaha...tapi aku x print screen ady.. :P

    ReplyDelete
  3. Katek--- tang mana yang tak betul.. cepat betulkan kat komen.. nanti saya betulkan kat part3... :)

    ReplyDelete
  4. wahahah.. dulu ramai la..kot.. =p

    skarang.. tunggu yang sorg ni je.. ngu.. =p

    ReplyDelete
  5. haha , no.6 tu american habesss ! x)

    ReplyDelete
  6. ferra --hehehe..american ...hahaha.. baru la koboi.. pakai baju butang batu ..suar levis 501... isap dunhill.. hehehe

    ReplyDelete
  7. ele lelelelelele eleee Ucop....jgn takut cop... awek ko tak bace blog aku ni...hahahaha

    ReplyDelete
  8. hahhha rule of love game....

    well baby.. this is the game..
    dont hate the player, hate the game...
    :P
    *wink wink... kah kah kah :P

    ReplyDelete
  9. i'm not a whore. but i'm such a lonely girl kerana percintaan jarak jauh. soooooo...... who wannabe my scandal??? heh..

    ReplyDelete
  10. kekasih yg mana satu yea...

    kena tanya suami dulu la....

    :P

    ReplyDelete
  11. aku suka bab kilat kasut tu..
    n aku suka juga pasal ayat dr cikgu aku tu..
    haha

    ReplyDelete
  12. entry yg buat aku senyum simpul membacenye... ade ke cinta suci ni? cehhhh... bunyik orang frust dan give up dengan cinta...

    betul la... aku sejak kebelakangan ni, lama tak cakap soal cinta... aku ni dah tak de nafsu nak becinta ke? huhhhh... entah la....

    elok ko kupas2 sikit tentang taktik2 nak melepaskan diri a.k.a nak mintak break off dengan cemerlang... sindrome ibnor reeza ke... lagi ape ek... hmm... hahhh macam mane si gigirl yg berfantasi mengidam prince of charming kahakk tuih!!!.... kupas2... aku tunggu nak bace....

    ReplyDelete
  13. ok2... nanti aku kupas skill mintak breakoff dengan cemerlang... :P

    Ko bukan takde nafsu, tapi ko belum settle down lagi.. nanti ko dah settle.. datang la nafsu sakaratul maut tu.. ehh silap nafsu sarakah dan shah wat... ape shah wat ape? sha tak wat pape punnnnn.. :P

    ReplyDelete
  14. Ixora rasa ade kene mengena tak ngan mana2 watak? ohh dah kawen.. baguih2.... bestnye kawennnnn...nak kawen nak kawen nak kawen!!!

    ReplyDelete
  15. onetieyha--- sedang mencari bini :)

    ReplyDelete
  16. ARC--- ko yang desperet ke ko yang mangsa? haha :P

    ReplyDelete
  17. Ek eleh main rahsia2 lak.. takpe nanti aku korek kat Kak Fenny.. jaga ko...

    ReplyDelete
  18. TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA DI KOMUNITI FACEBLOG. SERTAI SEKARANG. [ http://the-faceblog.blogspot.com/ ]

    ReplyDelete
  19. hmm..... part skandal tuh, sesuai sgt dgn firman Allah di bawah ni:

    Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji dan lelaki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji. Sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik". Surah Al Nur, ayat 26

    "lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman."
    Surah Al Nur ayat 3

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...