June 26, 2011

Belajar Untuk Tidak Bersetuju


Assalamulaikum...

Kerap kali apabila terlalu mengagumi seseorang mendorong kita untuk menjadi tukang hangguk terhadap segala yang dikatakannya. Seakan-akan kita takut untuk menjadi penentang arus, seakan-akan menjadikan kita bengap untuk menjadi tidak bersetuju.

Tidak bersetuju bukan bermaksud kita membangkang dan biadap, ia cuma menunjukkan kita masih lagi mempunyai akal dan jiwa yang berindividu. Belajar untuk tidak sentiasa bersetuju akan menjadikan kita lebih bijak dalam berkata-kata dan lebih berani menyuarakan pendapat.

"aku suka la dengan Ustaz Junaidi Mat Sukun tu, aku kagum sangat-sangat bila dia bagi ceramah bab Munakahad"

"Tapi Zainudin, hari tu aku pernah baca buku dia tulis, buku dia banyak gila mencarut, maki hamun ngan hina orang"

" ahh, ko ni munafik tau tak! ko ni lah insan paling hina, Ustaz tu semulia-mulia orang ko jangan nak fitnah suka-suka hati, apa taraf kau nak kritik dia? kau ni lagi mulia dari dia ke? cermin la diri tu sikit. Kalau betul pun, apa salahnya mencarut? ada la sebab dia tulis macam tu"

PAP!

" nah kau baca sendiri apa yang dia tulis"

" errr...gulp"

"  Zainudin....aku tidak bersetuju dengan buku dan pendapat dia tentang mencarut dan mengutuk hina orang ni, tapi bab kelebihan dia yang lain mcm alim, Faqih dan pandai tafsir tu aku kagum la. cuba la kau belajar untuk kadang kala tidak bersetuju, boleh tak Zainudin?"

Tidak bersetuju untuk sesuatu topik yang dibincangkan tidak sama sekali menunjukkan kita bukan satu geng. Takkan pula bila kawan kita tengah cerita pasal benda yang tak masuk akal, kita nak iyakan pulak semata-mata nak jaga hati dia atau takut kita dilabelkan sebagai pengkhianat.

" korang nak tau tak? aku ada dengar kawan aku ckp, dia bawak kereta naik genting pakai gear 5, turun pun gear 5"

" errr, kau memang kawan aku Kasban, tapi aku tak setuju la bab ni. takkan naik genting gear 5! ini totally rubbish"

" beeeeetul Jep, memang kawan aku ckp mcm tu, kereta dia kereta baru, Chevrolet..takkan dia nak tipu pulak, dia kerja engineer bhai!"

" maksud kau dari bawah sampai atas pakai gear 5 je? tak drop gear langsung?"

" Iyyyeeeeeeee.... jep!"

" Terpulang la Kasban, aku tak boleh nak setuju dengan kau pasal cerita ni, sebab aku banyak kali jugak naik genting, tak pernah pulak boleh naik guna gear 5, ade sesetengah tempat tu nak naik guna gear 3 pun tak lepas!"

"  hehe, lantaklah jep....sedap pulak teh halia ni kan, pandai mamak ni buat teh kan jep kan"

Nampak? Kasban tetap menghabiskan teh tariknya bersama Salleh tanpa heart feeling dan terus berkawan sambil main badminton bersama-sama. Tidak bermakna apabila kita satu geng dengan kawan kita membuatkan kita harus mempunyai fikiran yang sama.

Kalau nak tengok dari sudut kerohanian pulak, kita kena ingat pesan Nabi SAW. Nabi larang kita asabiyah. Apa itu asabiyah? asabiyah adalah fanatik berpuak dan ber'geng'.

Mempertahankan puak atau kawan kita meskipun kawan kita buat sesuatu yang salah. Tidak kiralah parti politik ke, kawan sekampung ke, ipar duai, kawan blogger, kawan bersukan dan macam-macam lagi. Selagi mana dia kawan kita, dia buat salah pun kita Back-up dia jugak. takut sangat kalau kena tendang keluar dari geng kan.... itulah dia asabiyah.

************

Bagi pengalaman aku sendiri pulak, aku telah dapat banyak ilmu secara tak langsung apabila aku belajar untuk tidak bersetuju. Tidak bersetuju itu bukan menunjukkan aku kaki bangkang, cuma aku belajar untuk soal di tempat dan masa yang sesuai, itu saja.

Dulu, aku ada amik kelas Tassawur Islam masa tingkatan 4 dan 5. yang ajar kelas Tassawur Islam tu adalah Ustaz Uzet.

Ustaz Uzet sangat berkaliber, berserban dan berbaju Raihan setiap masa, isterinya berpurdah, dia lulusan Al-Azhar atau Jordan tak silap aku, dia mahir bahasa Arab dan mukanya berseri-seri sebab murah dengan senyuman, kata-kata yang keluar dari mulut dia baik-baik, tak menghina dan menyakitkan hati orang.

Banyak aku belajar dengan dia tapi banyak jugak aku berbahas dengan dia. Bukan bahas membawa kepada perbalahan, cuma menjadi tidak bersetuju terhadap sesuatu topik.

" Awok semua, awok kena paham dugaan dari Allah swt. Dugaan adalah untuk menguji Iman kita kepada Allah. Cuba tengok Contoh Nabi Ayub, Dia diduga penyakit teruk, ulat makan isi badan dia sampai nampak rangka.  Riwayat ada cerita ulat tu jatuh atas tanah, dia kutip balik letak atas kepala dia suruh sambung makan"

" Tapi Ustaz, teruk sangat la dugaan tu sampai tinggal rangka. Penyakit dia mcm teruk sangat je Ustaz?"

" itu la dugaan seorang Nabi"

" Tapi ustaz, saya tak faham la, kan ke syarat untuk menjadi Nabi mestilah tidak cacat anggota, maksum, tidak pekak dan buta, tidak ada penyakit yang sangat teruk sampai susah nak dakwah, buat orang lari jauh"

"Betul tu Zulfikar"

"Habis tu, dari apa yang saya dengar dan saya baca dalam banyak buku kisah-kisah nabi ni, diorang cerita teruk sangat sakit Nabi Ayub ni Ustaz. sampai ada cerita tinggal tengkorak, hina sehina hinanya ustaz, betul ke semua ni Ustaz? saya tak mampu nak bersetuju la ustaz. Sebab dah tak telli dengan fakta"

" bagus soalan awok ni Zulfikar, sebenarnya saya pun tak setuju dengan buku-buku kisah nabi tu. Semua cerita yg dibesar-besarkan dan tokok tambah ni adalah pengaruh Israiliyat"

" Israiliyat ustaz? apa pulak tu ustaz?"

" Israiliyat tu adalah pengaruh kisah-kisah dari dongeng kitab yahudi, nasrani dan cerita atas cerita dari golongan yahudi yang meresap masuk dalam riwayat kisah-kisah dalam Islam"

" habis tu, kenapa Ustaz tak pernah ajar pasal Israiliyat ni?

" sebab, tidak dibenarkan dalam silibus sekolah menengah, saya tak patut cerita pasal ni, bimbang nanti mengelirukan, nanti awak dah masuk Universiti ada la ajar bab israiliyat nih"

" Owwwhhh.. macam tu Ustaz, baru saya faham"

Bermula dari saat itu, aku mula balik rumah, baca buku pasal Israiliyat, dan dari situ mula menyambungkan aku kepada Link hadis maudhu', riwayat palsu, unsur syiah yang meresap dalam Islam dan unsur sufi yang tercemar dengan ketaksuban.

Credit Gambar : http://www.al-ahkam.net
Tapi ia tidaklah pulak mengubah aku menjadi manusia yang " aku mulia dari kau" dan takabbur dalam aspek keagamaan, aku masih lagi remaja biasa yang hidupnya masih dengan suzuki best kaler merah dan berseluar tumit koyak amik lap cecah pedel keluar api. kadang-kadang hujung minggu tengok wayang.

Cuma ia memberi kesedaran kepada aku bahawa dengan belajar untuk tidak bersetuju mengikut isu membawa aku ke satu dimensi lain dalam ilmu mencari fakta dan pendapat. dan pendapat itu membuatkan kita melihat dunia ni menjadi luas dan indah.

******************

Sikap sesetengah orang yang mahu belajar tetapi takut tak tentu pasal juga membuatkan kita memundurkan dunia intelek, kadang-kadang kita sendiri menjumudkan fikiran kita. Selalu tak korang bila dengar orang cakap macam ni?

"Aku taknak bagi pendapat la bab ni, aku masih banyak kekurangan dalam bab agama, aku banyak  nak kena belajar agama lagi baru aku berani nak kritik"

Ini bukan soal kurang agama atau kurang ilmu, ini bab mencari ilmu dan belajar mengutarakan pendapat. mengutarakan pendapat tidak bermakna ia perlu jadi FAKTA JITU. Mungkin ia benar dan mungkin ia salah.

Ia sekadar melontarkan buah fikiran. anda tidak akan menjadi sesat kalau anda mengeluarkan pendapat dalam masalah furuk dan cara berwuduk. ia hanya sekadar bertukar pendapat.

Pendapat : datang dari perkataan akar DAPAT. Anda dapati bahawa perkara itu adalah bla bla bla bla bla bla mengikut apa yang akal saya dapat fahami. Pendapat bukan fakta.


Setiap ilmu itu berkembang dari soalan > pertukaran pendapat > pemerhatian > kajian > catitan > perakuan > penerimaan > pertukaran pendapat > soalan.

Anda tak perlu nak jadi pakar kalau dalam bab mengkritik atau mengeluarkan pendapat. Takkan lah anda perlu jadi engineer Honda bila nak bandingkan motor EX5 dengan Motor 135 LC.

" John, aku rasa kan, motor EX5 ni tak best lah, lembab, banyak makan minyak! lagi baik motor 135 LC"

" Kau ni apasal Zack? kau ni bagus sangat ke nak kutuk-kutuk motor Honda. kalau kau hebat sangat cuba buat satu motor sendiri tengggookkkkk, bajet bagus sangat!"

Atau

"Tah pape la cerita hantu kak limah tu, boring, cliche, tak best, jalan cerita tak munasabah"

" Yang kau kutuk sangat Hantu Kak Limah Balik Rumah ni kenapa? kau hebat sangat ke? taraf kau sama ke dengan Mamat Khalid? kalau kau hebat sangat, kau buat satu filem aku nak tengok. cakap pandai sangat!"

Selalu kan kita jumpa dalam kehidupan situasi macam kat atas? selalu jumpa orang macam ni dalam blog yang berimej infomasi, politik dan review filem. Bagi aku, orang yang suka cakap macam atas tu ada masalah dalam otak dia, samada dia dah tepu dengan kepercayaan taksub atau dia ada masalah dalam bidang komunikasi.

Mengkritik motor honda dari sudut pandang pengguna (consumer's preferences) adalah berbeza dengan nak buat sensory evaluation thesis pasal engine dan motor Honda. Takkan setiap kali kita nak keluarkan pendapat kita harus buat thesis siap dengan contoh produk? kalau macam tu susah la kak Jue Rahman nak kritik goreng pisang kak norina kan?

" Ya Allah, tak sedapnya goreng pisang akak norina tu wei, pisang muda kelat, tepung liat, tak rangup..taknak aku beli dah!"

" amboi amboi amboi mulut kau Jue... sedapnye kritik goreng pisang akak, kalau pandai sangat gorenglah sendiri!"

" hai, nak cakap pun tak boleh? kalau macam tu, akak buat perusahaan pisang goreng komunis lah!, sapa je ckp pisang akak tak sedap, akak tembak dia dengan senapang gajah!"

Situasi di atas sama lah macam aku tengok Si Suria Lekat - lekit kena hentam dengan fanatik pementasan bangsawan dalam entry dia.

**********************


Kepada blogger pulak, toksah la kerana kegilaan trafik dan nak menumpang populariti Blogger famous itu menukarkan kita insan cerdik menjadi dungu. Macam dah takde otak pulak nak berfikir.

Selagi dia tu sekutu kita, asal apa saja dia tulis , entry blog lucah ke, entry pengampu ke, entry takde manfaat, entry gila SEO, entry bangang segmen-muka-pertama-kali-beli-pad-sebab-1s time-period pun kita duk ampu setuju dan join. Kadang-kadang tu aku duk baca komen-komen sampai rasa naik mual pun ada.


Aku bimbang sangat, jika aku mempunyai ramai pembaca dan peminat yang suka dengan tulisan aku pada satu masa nanti menjadi serba salah untuk tidak bersetuju dengan aku.

Aku risau jugak satu hari nanti kalau aku salah mengeluarkan pendapat tapi takde sesiapa yang berani nak kritik aku dan pada satu masa aku akan berubah menjadi angkuh dengan hasil tulisan aku sendiri.

Dan akhirnya mengubah aku dari seorang penulis biasa menjadi pengembala blogger dan anak-anak gembalanya bak kata si ARC13.

Dengan ini aku berpesan kepada kawan-kawan aku yang mengenali aku dari dunia maya seperti facebook dan blog, jika satu hari nanti, korang ada perkara yang tidak bersetuju dengan aku, aku mengalu-alukan pertukaran pendapat yang mana ia akan membuatkan kita semua menjadi manusia yang memajukan tamadun dengan jalan penulisan.



P/s  aku banyak pergi membaca ke blog- blog yang terbuka berkongsi pendapat, aku jugak baca hasil-hasil tulisan dari orang yang komen di blog aku, cuma kadang-kadang aku tak sempat nak tinggalkan komen mungkin sebab ada word verification yg panjang2, atau moderation, atau ruangan kotak komen yang banyak kena isi email,nama,website..... atau kdg2 komen dia tak popup ke window baru. tapi kalau aku terlebih rajin, aku slow2 isi semua  dan komen demi memajukan lapangan pertukaran pendapat.

14 comments:

  1. bukan ke pengembala blogger yang ARC13 cakap tu jenis lain?

    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. aku kalau tak setuju memang aku bangkang..tak kira secara realiti atau maya..sebab aku memang jenis kuat membangkang..tapi benda yg logik la..bukan sebarangan je nak membangkang kan?;p

    ReplyDelete
  3. Aslina : ape yg ko paham pasal pengembala blogger tu? aku rasa ko ngan aku paham benda yg sama kot.

    Ciksha : betul betul betul bak kata upin dan ipin.. sokong dan bangkang ikut topik

    ReplyDelete
  4. Mengapakah nama akak jual pisang goreng tu namanya sama dengan aku?kebetulankah?

    aku kalau tak berapa setuju kalau entri kat blog tu aku just baca je n tak bubuh komen,kang tak pasal kena hentam berapi..huhu takut aku.Tapi kalau kita bangkang kaw-kaw,owner blog tu akan carik kita sampai jumpa ke ekk..

    ReplyDelete
  5. Norina : entah lah, nama akak goreng pisang tu mcm sama je kan kan? :P

    p/s kalau nak kritik, kritik elok2... jangan hentam berapi... jangan jadi mcm John kat atas.. :)

    ReplyDelete
  6. hmm.. ni yg jadi kes tak pasal-paal "aku up lagi" ni.. kepada yang kaki-kaki bodek, yang terlalu takut melukakan hati orng lain, selalu bersetuju sahaja atau terpaksa bersetuju.. wal hal benda yang tak betul pun nak setuju jugak.. hmm.. donia... donia..

    ReplyDelete
  7. bos2 tak suka puak2 yang membangkang ni...huhu. takut lawan tokey...tapi aku pedulik hape...as long as i 'am fight for right...



    p/s: mintak2 bos aku tak reti baca blog...hehehe

    ReplyDelete
  8. tetap ko selit nama mak yer Nyah... kekekekeke
    Apapun mak belajar utk dari blog2 macam ko Nyah.. dlm menyatakan pendapat tak semestinya kita main angguk je. Macam blog mak.. di alukan komen setuju or bangkang tp biar la berhemah bila berhujah. Yg mak marah komen yg sesat tak menepati permintaan topik. Komen2 menghentam tanpa tgk lampu isyarat kaler apa. Tu yg mak tak suka. Mcm kes cikgu shida.. dia takkan blh terima apa saja komen, pandangan atau teguran yg menampakkan kesilapan dia. Org kata dia berani tp bg mak dia penakut. Stp org ada kekurangan & kelebihan. Adakala kita pun buat silap..

    ReplyDelete
  9. ape barang kutuk goreng pisang.. kuikui.. tak sume blogger bole kene tegur.. ade yg cpt sgt terasa

    bercakap tentang israiliyat, tahukah anda bahawa cerita tentang perkahwinan Nabi Yusuf dengan Zulaikha adalah israiliyat, sbb dlm Quran & hadith sahih tak penah cite pun pasal perkahwinan tu, siyes kita sume kene tipu bulat2 ngan pengkarya yahudi.

    Aku nak gak buat entry pasal israiliyat ni, tp takut le plak, kang kene hentam.. UZAR pun kene hentam abes2, inikan pulak ai yg lemah lagi inesen ni, klu ko ngan si ARC kene hentam xpe, korg kuat:P

    ReplyDelete
  10. ok silap, bukan UZAR, tp M-Fundamentalist :D

    ReplyDelete
  11. Jue : hehehe, cuba study pasal Qabil dan habil, dalam quran xde sebut pun nama anak adam tu.. itu kisah israiliyat jugak....

    aku tau 3 tahun lepas pasal Nabi Yussuf dan Zulaikha tu.. tapi biase la awal2 kawan semua tekejut dan takleh terima... :)

    ko pun bleh jd kuat ape jue :)

    ReplyDelete
  12. haha bila dah TAKSUB.
    orang sekarang memang taksub dengan asobiyah ni. sebab tu jadi pengikut tegar.kadang sampai mengagungkan bangsa lain semata - mata nak nampak gangster kononnya.

    Lagi bila bab ideologi agama. senang2 orang jatuhkan hukum.
    itu kerja majlis fatwa, bukan ko
    otak tahap ex5 nak letak hukum bagai.

    TAKSUB dan ASSOBIYAH = menghancurkan

    ReplyDelete
  13. Nice written. Malangnya, setinggi mana pun belajar..sejauh mana pun dpd malaysia..mentaliti ini ada d klangan warga malaysia d luar negara. Penampilan fizikal yg sering menipu juga jd pertaruhan. Kita ckp betul dan direct to the point di kata mulut laser...LOL

    ReplyDelete
  14. Satu lg, ur tagline siapa xboleh terima pendapat pergi baca doraemon, sia tidak satuju. Baca doraemon kadangkala lebih baik dpd baca utusan malaysia atau cerita israiliyat..krn ada idea yg perlu difikirkn secara mendalam dln doraemon, idea yg katun yg ada logiknya. Saya baca doraemon :-)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...