June 17, 2011

Perempuan : Sumber Kekuatan yang Terlindung

Assalamualaikum.

Perempuan, sumber kekuatan yang terlindung.

"Apa sebenarnya makna tajuk si Zulfikar ni? adakah ada sumber kekuatan yang terlindung dalam hutan hujan tropika yang apabila dimakan oleh perempuan maka perempuan akan menjadi kuat seperti Bionic women? atau dia maksudkan perempuan itulah sumber kekuatan yang terlindung?"

Sebenarnya aku mahu maksudkan, perempuan adalah sumber kekuatan bagi lelaki di saat genting. Perempuan secara sedar atau tidak adalah sumber kekuatan yg selama ini lelaki malu untuk dedahkan secara terang-terangan.

Bukan kerana masalah ego, tetapi itu adalah fitrah semulajadi lelaki, yang memilih untuk tidak menunjukkan perasaan sebenarnya kepada dunia. Kerana lelaki diciptakan Tuhan seperti itu iaitu sentiasa belajar untuk menjadi terbuka sehingga ke akhir hayat.

Lihat sahaja singa jantan di dataran Afrika, ia tidaklah berguling-guling di atas pasir untuk menyatakan rasa cintanya kepada singa betina, tetapi cuba kalau singa jantan dari kumpulan lain cuba untuk mengacau isteri-isterinya, nescaya dia akan bangun untuk mempertahankannya, biarpun bergaduh hingga hilang nyawa.




Sebenarnya wahai perempuan semua, lelaki akan menjadi kuat dan menjadi hero apabila ada perempun memberi perhatian kepadanya, bersorak untuk pertarungannya, atau secara moral iaitu menyatakan secara halus dan menjadi tulang belakang pada setiap perjuangannya.

" Abang, ketahuilah abang bahawa ayu adalah orang yang paling kuat dan setia menyokong abang, biarpun apa yang terjadi, ayu sentiasa di sisi abang melayari samudera yang rakus merobek tubuh dan asa abang, ayu mencintai abang.. teruskan bertarung wahai perwiraku!"

Pada masa itu lelaki itu seakan-akan Ultraman Taro yang sudah berkelip-kelip lampu mentol di dadanya mula mendapat kembali kuasa dari alam semesta.



Pada masa itu, lelaki itu seperti pesakit yang lemah disuntik adrenalin tambahan.

Pada masa itu, lelaki itu bagaikan body builder disuntik steroid.

Pada masa itu, lelaki itu umpama pekerja pejabat yang lemau mendapat Kafein dari Kopi espresso yang mahal nak mati RM 12 secawan.

Pada masa itu, lelaki itu umpama seorang yang lemas di dalam air selama 1minit setengah, dan kemudian dapat mencapai ranting yang menariknya ke atas dan menyedut oksigen yang masuk laju ke dalam paru-parunya.

Pada masa itu, terbuanglah segala beban di bahunya, terlapanglah dadanya, rilekslah otot-ototnya, tegaplah kembali tulang belakangnya, kembanglah kembali dadanya, menggenggamlah semula tangannya, bundarlah irisnya, senyumlah kembali bibirnya, kempang kempis lah hidungnya.

Mengetahui akan dia bahawa perjuangannya tidak sia-sia, tidak berseorangan mengharungi dugaan dan badai. mempunyai matlamat kepada usahanya, matlamat untuk berkongsi kejayaan dengan perempuan yang dia sayang

*********************

Suatu masa, aku sudah hampir kalah dalam pertarungan Badminton terbuka Mersing, walaupun aku telah memenangi acara bergu, tapi acara single sedikit mencabar. Dalam keadaan badan aku yang lemah sebab tak makan dari pagi semata-mata takut perut senak masa main, aku sudah mula lemah untuk menghabiskan pertarungan.

Biarpun pada masa itu majoriti penonton dan penyokong di dewan menyokong aku, sebab aku kawan dan ahli kelab mereka. Tetapi apabila sudah sampai ke waktu genting aku dah lemah dan hilang tenaga. nampaknya asid laktik telah terkumpul dengan banyaknya dan oksigen sudah berkurang membuatkan sokongan tidak mampu menambah kekuatan moral lagi..

Tetapi, sumber kekuatan yang terlindung datang memberikan bantuan talian hayat yang terakhir. Masa itu ada 3 sekawan anak dara datang ke dewan, mana boleh aku lupa masa tu.

Stepheni Francis Dominic, Siti Fatimah Roslan dan Tik Kamalia datang ke dewan memberikan sokongan kepada aku, dengan berbekalkan kekuatan air mineral dalam botol, aku merasakan air itu umpama air sakti dari telaga keremajaan abadi dari cerita mitos Yunani Greek Hercules.

Perasaan aku rejuvenate masa tu umpama Hang Tuah yang kembali mendapatkan kembali Keris Taming sari nya. Ibarat badang memakan muntah jembalang sungai, Ibarat pemegang Panji Perang yang menyambut panji dari jatuh ke tanah gersang.

Melompat-lompatlah aku berusaha berjuang dan akhirnya aku menang kejohanan itu dengan penuh kemanisan, kemanisan merasai bagaimana faktor sokongan perempuan memainkan peranannya....

"Bagaimanakah perasaannya sekali lagi Zulfikar?"

"Perasaannya adalah seperti menjadi Hero dalam Filem sendiri dan perempuan itu Heroinnya"


*****************************

Tidak hairanlah kenapa Hafiz Saad boleh mengkarate papan kayu kerusi sekolah yang tebal dan keras itu di dalam kelas di depan budak-budak perempuan, dan tangannya bengkak nasib baik tak retak tulang sementara papan itu tidak patah dan terusik lansung.


Tidak hairanlah Abang aku tiba-tiba mampu melompat dan berguling secara tiba-tiba semasa bermain pingpong apabila aweknya datang memberikan sokongan.

Tidak hairanlah apabila budak-budak rempit boleh bangun senyum dan cakap tak ada apa-apa apabila jatuh terseret di atas jalan raya sejauh 10 meter dan meninggalkan kulit badannya bersemi di atas jalan raya.

Tidak hairanlah Bapak aku boleh bangun dan panjat bumbung untuk pasang area TV walaupun kakinya sudah biru dan mukanya sudah pucat sebab gayat yang teramat sangat.

Rupa-rupanya semuanya kerana suntikan tenaga lebihan dari perhatian dan sokongan perempuan yang menjadikan semua lelaki-lelaki ini menjadi hero dalam fantasinya sendiri.

Dan perempuan, ketahuilah dengan bangganya apabila ada lelaki sanggup merisikokan keselesaan dan kemalasan dirinya semata-mata mahu beraksi gagah di mata anda.

Walaupun dia tidak mengeluarkan perkataan cinta secara romantik dari mulutnya atau dia tidak menghadiahkan anda coklat cadbury setiap hari, tetapi dia telah bersungguh-sungguh untuk menjadi hero kepada heroinnnya .

Perempuan, sebenarnya anda amatlah berharga kepada lelaki, sehinggakan Adam itu rela rusuknya menjadi insan yang menemaninya dalam lebih atau kurangnya dunia.

Takkanlah kerana topup, teady bear dan coklat layak menjadi pengukur cinta dan semangat kepahlawanan seorang lelaki kepada perempuan yang dicintainya?



sesungguhnya perempuan, anda sebenarnya adalah sumber kekuatan yang selama ini terlindung.




p/s tribute kepada kawan-kawan aku, Stephani, Siti Fatimah (ayong) dan Tik kamelia, semua diorang ni dah kawin dan dah ada anak, bahagia dengan rumah tangga masing2.

21 comments:

  1. Percayalah lelaki bahawa anda anda semua jugak adalah hero kepada perempuan itu sendiri.heee

    p/s : dah bermata panda,akhirnya br sy tersengih balik. ;)

    ReplyDelete
  2. :) hehehehe.. sengih. bagus :)

    ReplyDelete
  3. perghhh... perempuan adalah segalanya bagiku...tanpamu hidupku tak bermakna....nice n3

    ReplyDelete
  4. nie yg waktu men kat siapu tue ker bro?

    ReplyDelete
  5. pikar!!!!!!!!!!! ceq rasa terpujuk hati ni bila baca...hahahhaha! sayang ang lebih!!! nice entry!

    ReplyDelete
  6. perempuan kekuatan terlindung dari fitrah ego seorang laki...sori encik fikar...lelaki mmg perlukan ego, sbb besar tggjawabnya..ape2pun entri ko mmg best..tulis lagi banyak2

    ReplyDelete
  7. ouch! kaum hawa ni memang macam dadah. macam - macam dadah diorang ni.
    macam steroid ialah yang ko cerita ni..hehehe
    macam marijuana pun ada. gila bayang je.

    HAHAHA

    ReplyDelete
  8. wahhh.. terasa dihargai. hihi.. gud2..

    ReplyDelete
  9. yeke? habis sumber kekuatan seorang gay datang dari mana ya?

    tolong jawab dato'. saya perlukan jwpnnya urgent *muka serius*

    ReplyDelete
  10. trackers : tak la, main kat dewan MDMG kat bandar tu.. tournament mersing open... :)

    ReplyDelete
  11. azlannmat : TQ baca dan follow, perempuan tu kan teman lelaki. :)

    Tamlegend : lelaki mmg hidup dengan ego.. sebab ego tu adalah fitrah semulajadi jantan alpha.. :) TQ for reading.

    Sunah : ni apa yg lelaki rasa dalam hati tapi malu nak bagitau.. so ada medium blog ape salahnya sampaikan untuk perempuan rasa diri dihargai. :)

    Mr blank : ha, perempuan ni mcm dadah pun ada... tapi dia lagi power.. kerajaan boleh tumbang bila lelaki dambakan perempuan.

    Jue : maceh maceh.. ada adik belum kawen dak? wakakakaka

    Azza : Gay sebab dia rasa dia perempuan, so kekuatan dia lelaki, ada pulak gay yang anggap lelaki yg dia suka tu mcm perempuan dia.. jadi saya menyimpulkan disini.. gay kekuatan dia ada pada lubang2 rahsia. :)

    ReplyDelete
  12. wah, terharunya..

    Ya, saya akui, lelaki akan sanggup buat apa sahaja utk perempuan, demi membuktikan kejantanan dan keheroannya..

    Nak jawab:
    'Hanya kerana topup, teady bear dan coklat sudah layak menjadi pengukur cinta dan semangat kepahlawanan seorang lelaki kepada perempuan yang dicintainya, kalau dengan cara nak bagi tu pun susah. Macam artikel ni:
    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/02/saya-sayang-pak-we-saya-walaupun-dia.html


    Suka sgt ayat ni:
    sesungguhnya perempuan, anda sebenarnya adalah sumber kekuatan yang selama ini terlindung.

    Very nice entry, Fikar. Thumb up! =)

    ReplyDelete
  13. wah,rasa di awang-awangan..bertuahnya diriku ini.Next week ada sukan staf,jadi pompom girl boleh suntik adrenalin kat kawan-kawan lelaki(gatal~)

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/06/potong-rambut-secara-paksa.html

    ReplyDelete
  14. sesungguhnye di belakang sorang lelaki e2 adanye sorang wanita yang menjadi pendokong dan poemberi semangat.... erkssss *tetibe rase nak berlaki bile bace entri nih*... keh keh keh

    ReplyDelete
  15. hahaha kerajaan langit ayah pin pun tumbang akhirnya walau sudah 5 isterinya....:D

    ReplyDelete
  16. tidak hairan larh kawan aku dalam kelas amali(kelas welding)..dia sangop weld untuk si gadis2 punya dahulu dan dia punya tak sempat siap dan dinttgalkan pulak keseorangan dlam bengkel tu..dan persolannya..mana si gadis2 yang di tolongnya itu??ahah..ya betul!..kalau gaduh depan awek.aku rasanya paling kuat walaupun airmata dah meleleh..haha

    ReplyDelete
  17. betul..betul..betul..mcm kmu penah ckp dulu "setiap lelaki yg gagah, pasti akan ada perempuan di belakangnya"..

    ReplyDelete
  18. imagine if xda wanita dlm dunia nie?..hehehehe

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...