July 15, 2011

Scary Movie, Ju-on dan Seluar Jeans Zikry

Assalamualaikum..

Dalam banyak-banyak kisah hantu dalam TV yang paling menakutkan bagi aku adalah JU-ON. Walaupun pernah adik perempuan aku gelakkan aku sebab dia ckp ;

" Haaa, JU-ON seram?, ape lah Abang Ikar ni, tak seram langsung cerita tu. hantu dia tah paper, asyik keluar bunyi uuuuuurrrkkkk... eerrrkkkkk...uuuurkkkk.. tak paham ayin"

Tapi aku masih nak cakap jugak yang Ju-on tu seram, selain dari Ju-on, kisah seram lain bagi aku yang aku masih ingat adalah filem melayu zaman 70-80 an, yang ada mayat budak mati kena simen untuk sorok kematian dia dalam rumah, jenuh aku nak cari tajuk cerita tu kat google tapi aku tak jumpa.

Exorcist pun seram jugak, tapi aku still boleh tengok dengan keberanian seorang pahlawan konon-konon. aku ingat lagi, masa aku sekolah menengah, kawan-kawan aku sibuk cerita pasal filem parody seram iaitu Scary movie.



Aku pun excited la nak tengok, pinjam vcd dekat anak Pegawai Daerah Mersing. masa tu tak salah aku form 3 rasanya. satu kelas dok kecoh yang filem tu cerita lawak-lawak seram. Rasanya aku tak payah nak describe semua org dah tau kot filem tu macam mana kan?

Jadi bermodalkan kekuatan dan preview tak rasmi dari kawan-kawan yang ckp movie tu cerita lawak, aku pun dengan selamba tengok sorang-sorang dekat ruang tamu pada pukul 2 pagi. Tapi bila start je cerita tu ada scene exorcist budak perempuan tu muntah hijau dekat paderi yang kekonon nak halau hantu.

aku menggelupur tekan button stop dekat remote, keluarkan CD dan teruskan dengan kata-kata makian sambil bermonolog seorang diri.

" celaka punya Fairuz, nak kenakan aku la ni, kata cerita lawak, ni pekehal plak  keluar exorcist muntah hijau? ni mesti dorang naya aku gi tukar cd dalam ni. mesti diorang gelakkan aku kat kelas esok"

Tapi jangkaan aku meleset, rupanya Fairuz berniat jujur, memang tu lah jalan cerita dia, awal-awal memang seram sebab dia imitate scene exorcist asal, lepas tu terus jadi cerita lawak la, aku yang over reacted. eee memalukan, mcm pondan takut tengok cerita hantu!

" Eh zul, memang la cerita dia awal-awal mcm tu, tapi cerita lawak la, tu baru introduction.. hahahaha kantoi ko takut tengok cerita hantu kan kan kan"

" hahaha, kekeke, hihih..hehehe, wakakaka, hua hua hua hua. wee hu wee hu.." (macam-macam fesyen gelak aku dapat hari tu dalam kelas sebab kena gelak ramai-ramai)

Sedangkan, kalau aku sabar sikit, aku tahan sikit takut tu, mesti aku dapat melepasi scene pembuka movie exorcist tu. Dapatlah aku gelak ketawa sepanjang malam. jadi apa yang aku dapat?

" semasa anda menonton movie, jangan gelojoh jump to conclusion"


*******************************

Walaupun aku tak percaya dengan fenomena hantu dan aku dah ceritakan panjang lebar pendapat aku dalam entry Aku skeptikal pasal Hantu. Tapi aku tetap nervous jugak bila tengok cerita hantu, dada berdebar tapi muka cool macam koboi.

Masa aku duduk rumah bujang dulu, rumah flat 2 bilik seksyen 8 Shah Alam, aku makin berani bereksperimen dengan sikap skeptikal aku pasal hantu.

Aku dah mula jalan-jalan dalam gelap dekat lorong gelap untuk pergi kedai runcit beli roti canai, sebab aku yakin takde hantu. Makin lama makin aku menjadi berani dan terus berani.

Tapi, tabiat lama masih belum diubati, iaitu rasa seram sejuk tengok movie hantu. pada satu ketika, kecohlah dekat kelas yang ada cerita hantu Jepun paling hebat abad ini iaitu JU-ON, sesiapa yang tak tengok, dia memang telah ketinggalan zaman.

So bila aku balik rumah, aku dah berangan-berangan nak cari vcd Ju-on ni, tapi kebetulan kawan aku si Yus panjang ada vcd tu.

malam tu, aku pakat ramai-ramai ngan Shahril Husin, Wan Narezuan dan Zikry untuk tengok ramai-ramai sambil makan keropok goreng cicah sos cili dengan nescafe o.

Tapi malam tu hampeh, Chewe pergi racing keter kancil turbo dia. Shahril Husin balik rumah amik duit belanja, lepas tu kena row-call dekat kolej.

Zikry pulak pergi post mortem perkhemahan kursus ko-kurikulum Kesatria. aku pun tak paham misteri yang satu ni, event kesatria tu 3 hari 2 malam, tapi Zikry dan kesemua Komander Kesatria buat post mortem event setiap minggu selama sebulan. kenapa post mortem lebih lama dari Event?

Tapi awas, jangan tanya banyak kali dekat Zikry, nanti dia merajuk. hahaha.

Berbalik pada kisah Ju-on, jadi malam tu aku jadi pathetic tengok movie sorang-sorang di ruang tamu rumah flat. Bagi aku malam tu terlalu panjang untuk diharungi.

"cis, kenapa hantu ada di bilik mandi? kenapa ada di lift? kenapa dia nyorok dalam selimut, Ya Rabbi... seramnya cerita ni, bila nak habis seksa aku ni?"

Nak tutup muka ngan bantal takut kantoi malu kalau kawan balik mengejut terserempak. Nak stop movie terus pergi tidur menunjukkan aku tertewas dengan cerita hantu. 

macam mana aku nak selesaikan masalah aku? nampaknya tak selesai, terpaksa harungi sorang-sorang jugak tengok sampai habis.

Dah masuk part hantu Ju-on mengganas, Zikry balik dengan seluar jeans Lois dan baju belang-belang berkolar, aku pun amik peluang keemasan pelawa Zikry tengok sesama. strategy menjebakkan kawan-kawan demi menutup ketakutan.

" woi zik, kau baru balik ke? amcam post mortem?"

" okey je, penat wehh meeting 3, 4 jam"

" dah dah dah, jom join aku tengok cerita ni, best wei, JungOn"

" bukan JungOn la ikar, Juuuuuuuu On!"

" ahh lantaklah, bunyi sama jugak, jom jom tengok jom"

" takpe la, kau tengok la dulu, aku dah tengok dah cerita ni kat rumah ngan adik-adik aku, lagipun aku penat la, aku nak lepak jap, nanti aku join kau"

Zikry masuk dan terus landing atas katil dia, tau tau 5 minit lepas tu, dia leboh lena. terkontang-kanting aku tengok Ju-on sorang-sorang. ciss taktik aku melobi sekutu tidak menjadi, nampaknya malam ni aku akan terus terseksa menahan takut.

Tahan punya tahan, last last habis jugak, lega aku dapat habiskan movie seram tu, aku dapat membuktikan pada diri aku sendiri yang aku berjaya tengok Ju-on sorang-sorang kat rumah flat, tanpa tutup muka dengan bantal.

Tapi bila aku kemas-kemas ruang tamu, simpan vcd, off player, off TV, kemas-kemas sofa n kusyen, tutup kipas, tutup lampu, masuk bilik...

aku mula rasa seram sejuk, bila aku pandang atas almari besi simpan baju aku terbayang hantu Ju-on mencangkung pandang aku, bila aku nak tunduk bukak spender salin seluar tidur, aku bayangkan Ju-on bawah katil tengah ngendap aku.

bila aku lalu depan cermin, aku rasa macam ada Ju-on dalam cermin, bila aku nak tutup tingkap, aku rasa macm Ju-on duk kat luar. Hisshhh laaaaa......serba-serbi tak kena la, serba-serbi menakutkan, aku rasa perkataan yang tepat adalah Anxiety kot.

Memang malam tu menyeramkan walaupun aku secara sedar dan rasional tau bahawa hantu tak wujud, dan aku cuba menguatkan Rasa Hati aku bahawa aku memang skeptic.

aku try buat donno, aku baring atas katil sambil tangan kat dada, aku rasa macam ada Ju-on kat hujung kaki katil aku, bila aku nak peluk bantal peluk aku... aku rasa tak perlu la aku bayangkan kat korang semua ia membayangkan ape kan.

Akhirnya aku tewas dengan perasaan takut dan seram masa tu, aku pun ambil langkah pemulihan dengan kadar segera.....

" Zik...Zik bangun, salin seluar tidur, tak elok tidur pakai seluar jeans masa tidur"

" hohh.. hohh.. aaaa.. aaaa .. okey okey"

Zik bangun mamai-mamai tukar jeans ganti dengan sseluar pendek biru. Sambil aku merasa lega sebab ada kawan yang teman aku sama-sama melelapkan mata. esoknya Zikry tanya..

" ehh, Ikar, apasal kau baik sangat pulak semalam ha? siap kejut aku suh salin seluar tidur!"

" takda ape lah Zik, aku kan kawan kau"

" heeeeeeee.... ko takut eh tengok Ju-on, ko saje kejut aku soh bangun teman ko tidur kan? hahahahahahahahhaha"

" heeeeeeee, mana ada zikry, mana ada takut, aku kejut kau salin jeans tu, sebab lelaki tak elok la tidur pakai jeans, tak elok untuk testis dan kesuburan sperma"

" banyak la kau, sperma mema... takut ckp takut.."


Untuk satu malam, aku rasa aku penuh naluri keibuan, menyuruh kawan salin seluar tidur di waktu malam.



Ni lah ruang tamu rumah flat kami tempat kejadian Ju-on, ngah senyum ni Chewe, mamat belakang ngadap tingkap tu Zikry. kemas kan rumah bujang kami? :)



p/s cuba korang bagitau aku, cerita hantu apa paling seram sepanjang hidup korang pernah tengok? ke aku sorang je yang takut tengok movie hantu? hahahaha


31 comments:

  1. aduhh sekarang ni LM takut nak tgk cerita seram.uik..cerita apa ye budak kena simen dlm dinding?yg ada jins samsudin dan yosof haslam berlakon tu ke?cam terkenang lak cerita seram dulu2 tu...pernah jugak tgk,siyes masa tu mmg duk bawah ketiak mak.

    ReplyDelete
  2. haaaa, betul la tuuuu jins samsudin jadi bapak, roh budak tu tak tenteram, bagi hint yang dia terkurung dlm simen dinding....

    ReplyDelete
  3. aku tak pernah seram tengok cerita hantu. Ia cuma memainkan bunyi-bunyian dan shots yang cuba memanipulasikan penonton. Excitement untuk kisah pembunuhan bersiri dan gore tapi hantu bagi aku, sangat lame.

    ReplyDelete
  4. semua cite hantu sy takut nak tengok.hahahahaha.*eh pendek pulak komen kali nei.hahhaha

    ReplyDelete
  5. Ko ingat tak cerita SUUUTIINAAA...Noorkumalasari yang berlakon.hahaha

    bilik air rumah aku kat kampung letak belah luar,kalau malam2 nak kencing memang sangat psiko,kalau tengah meremang remang takut tu aku macam panggil-panggil mak aku n nyanyi kuat-kuat,hahahhaha

    ReplyDelete
  6. Sadiss gileerr budak ni, sampai mcm tu sekali...pcm pun tak heran lah cerita2 hantu ni, apa ada hal, tu pasal tak de dehhh aku nak nengok benda2 ni semua ..."segann"...hahahhaa...2 x 5 dengan itu blogger Zulfikar Hazri..kenal?...

    ReplyDelete
  7. hahahhahaahahhahaha...

    aku lepas tgk, alhmdulillah setakat ni xde lg teringat2..terbayang2..


    ala ikar...antu tu lakonan je.

    penat gak aku tanam ayat tu kt otak masa tengok..

    tp bila jerit,jerit jugak...

    kekekeke..

    ReplyDelete
  8. 1) Ju On cerita hantu Jepun paling seram. start Ju On, lain2 pun makin lebat nak wat filem hantu.

    2) Kalau tak percaya hantu, tak perlu takut.

    3) Kalau tak percaya hantu,sila pergi ke Kuala Linggi Melaka time2 sebelum puasa. la ni pun antu sedang menjelmakan diri. pegi test keberanian dan sceptic anda. kalau anda tak pegi test means anda percaya hantu itu ada.

    4) Tajuk filem tu Rahsia (1987)

    5) Fikar penakut.

    ReplyDelete
  9. aku pon penakut jugak.kalau tgk cta hntu mesti kena ada bntal n at least 3 org yg x tdo lagi teman aku tgk.kalau x,maaf la baik aku tdo je...

    cter ju on tu aku lebih kepada mnyampah sebab dia rompak mak org lain..bnci aku...

    ReplyDelete
  10. ok, aku mengaku yg aku memang penakut tahap gaban, bygkan cite mak limah & setinggan pun aku takut nak tgk sensorang, klu tgk cite antu ngan kengkawan aku byk tgk bantal dr tgk tv, siyes.. derang pun dh cukup paham dah.

    cite plg seram.. aku rs semua.. ahaha, penunggu rumah tua kot, yg noorkumalasari beranak melalui mulut

    walaupun aku penakut, tapi klu cite potong2, makan2 org aku steady jek, tak berkelip mata aku ms derang cencang2 org.. pergh best giler.. wahaha

    ReplyDelete
  11. berjaya abihkan cerita panjang lebar ni.. hahaha lawak-lawak.. cerita paling seram takat ni eh.. semua cita hantu.. haha.. kecuali karak yang baru ni.. cesss hantu dia ntah hapa-hapa.. buang karan ja loading utube berjam..

    ReplyDelete
  12. haha cerita hantu ni tak ada lagilah yang menakutkan sampai terbawa - bawa sebab pengalaman disakat hantu lagi rare. HAHA

    Mungkin aku je kot yang ketakutan disakat hantu. dem betul. malu je. HAHA mampuihla.....

    ReplyDelete
  13. haha... movie hntu.. aku tak brape nak takut... cume bunyi grafik yg lebih2... hOhO

    ReplyDelete
  14. kawan aku suka menjerit kalo tgok citer hantu..dan otometiknya ..aku sbgai kwan yg tgok sekali ngn dia boleh menjerit sekali..
    apoda punya kwn..suka jebakkan aku dlm aksi jerit menjerit dan terkejut dia tu..
    moral of da story:
    aku xtakut tgo citer antu tp seram je nk tgok sorang2..(wakaka..xngaku tkut tgok citer antu)

    ReplyDelete
  15. aku kalau tgk cite hantu pun pastu mesti terbayang2 weh..wahaha..

    ReplyDelete
  16. hahahah same here!!! takot gak nk tgk.. bukan tkotkan sgt cerita tu.. x suka tgk sbb kalo tgk. mesti focus.. n kalo part2 elemnet yg seram tu.. asal terkejut mula lah mulut baekkk je perkataan yg keluar...

    n satu lg.. n mcm tu la.. skeptikal.. benda xde.. tp ilusi kita tu sume.. keep thinking benda tu ada.. mmg last2 die cak cak lah.. :)

    ReplyDelete
  17. filem budak kena bunuh & di simen kat dinding umah tu tajuk dia RAHSIA la Nyah.. mak pun suka cerita hantu tp tetap la aku takkan tgk sorang2.. Ju-On bagi mak hantu dia blh tahan seram sbb cerita dia byk suspen.

    ReplyDelete
  18. cari pasal...tgk cter hantu sorg2...malam lak tu...aku y berjiwa kental ni pun tak berani buat...hehehe...cerita paling seram aku pernah tgk hantu indon...masa tu zaman pakai tspe video lagi...tajuk cerita DUKUN LINTAH..hahaha...mesti ramai y taktahu...

    ReplyDelete
  19. heheheh..sumpah takmo tengok citer antu sorang2!!! sereeemmm.. nnt bila dah takot.. nak gi mana sorang2 pon payah..asyik nak berteman..so baik tgk citer doraemon.. kekekke

    ReplyDelete
  20. hahaha.. pikar ooo pikar..

    ko ni badan je buff...
    aty kecit.. hahahah.. :P



    aku citer hantu stakat ni layan sensorang pon beres lagi..

    alhamdulillah blum ditemukan dengan makhluk2 yang digelar hantu lagi stakat nih..

    hantu orang tu banyak la.. hahaha.. ;p

    ReplyDelete
  21. Lucifer : haha, hantu Ju-On je aku seram tengok, hantu lain buat tak reti je.. hehe

    Elyana : scary movie pun takut ke??

    NOI : Sutina? tak ingat la, tapi ingat masa dulu noorkumalasari mmg muka horror...

    Mat gebu : sebenarnya aku nak tulis 'segan' jugak.. hahahaha

    Missenget : ahahaha, kalau real life xtakut kot even jln dalam hutan gelap2, tapi bab movie hantu ni rasa berdebar sikit la.. haha

    Nadia : takut cerita hantu tak takut hantu. boleh dak?
    3) tetap sceptic bahawa hantu tu takde.

    Vampire's lovex : ingat ta? hantu suka kacau org duk tengah? hahaha

    Ju-On jalan cerita ngarut ngan tak paham, tapi scene hantu dia seraaamm

    Jue : apsal ramai org ingat tajuk citer hantu zaman 80an ha? aku sorng je ke tak ingat? ko pernah tengok 'kolong' tak?

    nsar : tu la, ramai org tak suke karak, majoriti ckp citer tu hampeh..

    Haikal : ko wat la entry, citer pasal hantu rare tu, aku curious nak tau niiiiii,, bebetul nih.

    Abu HUzaifah : aku terkejut, bukan takut.. boleh tak? wakakaka

    ReplyDelete
  22. pjah : sama la, aku pun seram je tapi tak takut... ehh ade beza ke weh? kekekek

    ADfeez : yerpp.. terkejut tu buat jantung aku degup laju la.. tapi dilema, nak kontrol lagi takut org perasan kita takut kannn kkakakakaka

    Lekat Lekit : hahahaha, ooo tajuk dia RAHSIA.. baru la leh tdo lena..
    Laki ko takut citer hantu gak mcm takut lipas tak nyah?

    tamlegend : hahahahahah dukun lintah hahahahah. epic... seram dia leh lawan sundal bolong dak?

    Bambam's : sampai nak kencing pun takut, seb bek lelaki leh kencing dlm botol kan?

    Aloun Ucop : aku ckp takut sebab nak berlagak comel.. bila comel baru lah boleh boleh gedik2 kan kan :) kekeke

    hati kau memang kering roy!!! hahaha

    ReplyDelete
  23. zikry? yg kerja kat majlis perbandaran selayang tu ke? yg bru kwin bulan 3 ari tu? hehe

    ReplyDelete
  24. nurul izzan : ahhh sudah. staff zikry dah kantoi baca blog rasa hati.. habis la zik pas nih... kakakakakakakakkakakakaka

    ReplyDelete
  25. Laki aku tak minat bukan takut.. kdg2 aku tgk kat youtube.. dia jeling2 jer sambil dok ngadap laptop dia. kalau nak ajak tgk wayang cerita hantu ni jgn harap. lagi2 cite melayu.. dia kata baik tgk kat youtube sbb tak berbaloi. alih2 byk sembang dr action

    ReplyDelete
  26. kolong? ghase mcm penah dengau, lupe la.. aku mane ingat cite lama, cite tu je yg aku igt, lg satu setinggan, yg lain lupe.. hehe

    ReplyDelete
  27. Suria lekat lekit : aku pun tak pernah tgk wyg citer hantu melayu... takde nafsu... wahahahah sorangs atu laptop online kan kan kan? :P

    JUE: aku pun tak penah tgk, tapi ramai kwn2 aku suggest tgk kolong sebab seram... setinggan aku ingat lagi.. tp ingat2 lupa.. hahahahaha

    ReplyDelete
  28. laptop ada 2.. dua2 laki aku punya nyah. dia guna cuma 1... aku online kat pc je.. sebab selesa dgn kebot pc dr laptop..

    ReplyDelete
  29. sy kalau tgk crite hantu takde lah takut..tp kalau orang cerita hantu tu yang buat sy seram..tak kiralah dia tipu ke tak..hehe

    ReplyDelete
  30. hehe~ xla ikar.. sy dgn zik lain2 jabatan.. dia slayang, sy shah alam..
    knal time meeting je.. kecik rupenya dunia neh! hehe

    ReplyDelete
  31. ya Allah... penat menahan ketawa yg amat.. -sbb bace entry zul kt opis, TERBAIK la..siap imagine lgik cmne zul melalui detik2 getir itu.... hahahahaha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...