April 17, 2011

Rumah Bujang : Bermulanya survival

Assalamualaikum..

Dulu aku duduk rumah Bujang dekat seksyen 8 Shah Alam masa study kat UiTM, kisahnya amat panjang, dipendekkan cerita, disebabkan aku kecik hati dengan Pengurusan Kolej Meranti Cendana, aku membawa diri dengan Zikry dan Chewe ke rumah sewa.

Ada ke patut, seorang ahli JPK yang berkaliber macam aku ni, sorang presiden BLOK B tidak dibagi bilik kolej masa part 3? korang rasa ada ke patut? mana privilege yang aku patut dapat sebagai orang yang telah menaburkan jasa? sepatutnya, lepas orang dah berjasa, pandai2 la pengurusan amik hati, kenang jasa, sambung la kontrak penginapan sampai habis aku study diploma..

Takpela kisah dah lama.. sebenarnya aku yang emo lebih, sebab masa aku nak hantar borang clearance bilik, aku jumpa pengetua Puan Fauziah, dia ckp :

" Eh Zulfikar, Kenapa kamu pindah rumah sewa? kan ke kamu layak duduk kolej sampai habis?"

"Takpe la puan, orang dah taknak jasa saya, saya pindah la rumah sewa, saya datang ni pun nak pulang kunci bilik, saya dapat surat, gagal dapat kolej dah puan..surat sampai ke rumah"

" Laa awak ni Zul, tu process formaliti je, awak sebenarnya layak, awak bawak la surat tu, pastu buat surat rayuan, takyah taip pun takpe, awak tulis tangan je, skrg juga saya sain, lepas tu awak dapat la bilik"

" laaa ye ke Puan? alamak, maknanya saya dapat la kolej ye puan?"

Tapi aku bagi alasan kat Puan, yang aku dah bayar deposit rumah sewa, sedangkan rumah sewa pun tak jumpa lagi, masa tu aku buat keputusan bodoh sebab terikut-ikut dengan nafsu orang muda...

Iyelah kannn....Duduk rumah sewa tak payah kena Curfew, boleh keluar masuk suka hati, boleh pegi main snooker, boleh lepak- lepak tak payah nak panjat pagar elak pakguard, tak payah takut2 spotcek..

Lagipun masa tu aku kesian dekat Chewe, mamat tu sorang2 terhontang-hanting takda hala tuju, aku ngan zikry sebenarnya layak dapat kolej lepas buat rayuan, sebab kami bekas JPK musim lepas. Tapi kami sorokkan je kebenaran tu, buat buat macam tak dapat kolej, sebab teruja konon2 nak jadi budak bujang survival..

Lagipun, abah aku cakap kalau duduk rumah sewa, dia naikkan elaun belanja sebulan dari RM 300 ke RM 450.... boleh la aku melahu-lahu dengan duit extra 150 tu.. tapi sebenarnya kepala otak aku benak dan bengap... extra 150 tu tentu la kena bayar kat tuan rumah, duit sewa... dah jatuh miskin balik, dapat la extra rm 40 sebab rumah sewa tu RM 110 satu kepala, Tuan rumah sewa tu Nama nya Yus, student jugak dekat Uitm, amik kos sains polimer, bapak dia beli rumah flat 2 bilik tu, suruh dia jaga.

Jadi kami pun pada masa tu teruja duduk rumah sewa tu, seingat aku, iklan rumah sewa tu dapat dekat tiang bus stop.. call2 sekali dapat, malam tu jugak pukul 8 kami pergi tengok rumah, Mashaallah, rumah sewa tu cantik sangat, luar mcm Flat sri pahang, horror gila.. tapi bila Yus bukak je pintu rumah, interior mcm kondominum... terpacul dari mulut kami...

"luar buruk gila wei.. dalam macam apartment maya mira..jadi jadi jadi.. takyah pikir panjang dah..kita sewa rumah ni je la nak nak nak"

Masa ni kami belum dapat PTPTN lagi, jadi kami ada la dalam poket seratus dua...terima kasih la kat Zikry masa tu, dia yang dahulukan deposit 2 bulan sewa..tapi kami dah bayar balik lama dah.

Rumah Flat 2 bilik tu boleh jadi cantik sebab ada sorang hamba Allah ni, nama dia saiful. Dia pun kerja uitm jugak, okey dia straight...cuma jiwa dia kuntum.. dia obses dengan kecantikan dan kekemasan, korang bayangkanla masa tu, dia nak buat kotak simpan kasut pun dia pegi balut kotak tu dengan kertas pembalut hadiah kilat2 ada bintang bagai.. dah macam hadiah krismas aku tengok.

Masa tu kami semua pembersih juga, aku bersyukur la kat Tuhan, sebab Zikry, Debe, Chewe dan Yus panjang ni jenis berdisplin dan beretika.. jenis makan perli dan senang bawa berbincang...so takda la adengan milo basi bersalut biskut meri...

Towel hapak bersepok atas kusi makan, pinggan tak basuh dihiasi meggi, ashtray abu rokok potato chip penuh.. semua tu tak terjadi zaman kami.. rumah kami bersih ngalahkan rumah anak dara, ada beberapa undang2 kecik pihak berkuasa tempatan dalam rumah kami :

1. Kerusi bukan tempat sidai towel
2. bekas abu rokok hanya dibenarkan dua sahaja, satu setiap bilik.
3. tidak dibenarkan bawak awek datang bermalam.
4. lepas makan, lepas masak terus basuh pinggan..
5. baju kering tolong angkat, penyidai ni bukan mak bapak korang yang pasang.
6. sebarang stokin dan kasut yang berbau 'kaki' diharamkan, jika berani buat anda akan dikutuk sepanjang zaman.
7. kasut2 wajib susun dekat rak kasut.
8. setinggang dilarang keras, siapa yang bawak kawan lepak tak tau balik.. korang akan kena sesi tarbiyah..hahahaha masa ni aku ingat debe bawak YO dia lepak rumah....

Disebabkan kami ambik course Foodservice Management, amat banganglah kami kalau kami tak tau memasak sendiri, dan amat malanglah kami kalau dapur itu tak berasap..
Zaman dulu ada hiaraki, disebabkan aku dan Chewe pandai masak, dan boleh dikatakan masakan kami sedap, jadi kami berdua 'dilantik' sebagai tukang masak sepenuh masa. Tapi kami tak rela diri kami dipergunakan begitu saja...

sape2 yang tak reti masak, wahima kalau dia masak pun lauknya rasa macam ketiak hantu, jadi kami membahagi-bahagi tugas...

1. Tukang Masak : Aku dan Chewe
2. Tukang masak nasik dan beli barang : Debe
3. Tukang basuh pinggan : Karnain, Yus
4. Tukang hidang dan kemas : Zikry

Tapi Saiful dan Zikry jarang makan kat rumah, sebab saiful selalu balik lambat dari opis, dan zikry masa tu sibuk dengan hal2 kesatria dan berpacaran.

Nak tau menu masakan kami yang glamour dan boleh dikatakan rutin?

*************
Sardin tumis cili kering asam jawa
kangkung goreng belacan
gulai lemak ikan rebus /kembung
sambal belacan asam jawa
kobis goreng
ulam-ulaman dan kangkung celur
telur dadar berbawang dan chili..
ikan goreng.
ikan masin
ikan bilis goreng dengan bawang
nugget dan drummet
Kari sardin
sambal tumis sotong
udang masak kicap.
ayam masak kicap.

**************
(berulang2 la menu kat atas ni selagi tak jemu)

Sebulan sekali atau 2 minggu sekali, kami akan naik kereta wira Zikry atau kancil yus, kami akan ke Giant sek13 untuk shopping barang2 dapur, paling banyak sekali kami borong adalah sardin cap Giant atau sardin tin Merah, tau sebab apa? sebab murah gila, setin 0.99 sen. kami hangkut sampai setengah trolli. Telur satu papan.. kangkung ngan ikan masin... kalau awal bulan, mula la zikry menggatal beli Drummet atau nugget ayamas.

Zaman tu, lauk paling sedap mesti lah sardin. sebab tahan lama dalam tin, tak payah siang...ala kalau kena siang ikan pun takpa, bukan susah mana, bak kata orang perak.. "sementara aku kencing je pun boleh buat" ... tapi kalau malas sangat, suh je mamat kedai runcit tu siang.hahahaha..ape susah?

Tapi masa tu, kami semua selalu rasa kembang dan berlagak.. kadang2 tu saja-saja bawak balik kawan2 kelas yang perempuan.. menunjuk rumah sewa kami lawa.. haha, budak2 pompuan tu jeles dan tak mampu menafikan kehenseman rumah kami. Dan bermula dari itu, rumah cantik kami dijaja di fakulti....

Buat entry dan masa ni aku takda gambar nak bekap cerita aku, nanti aku mintak kat chewe atau Debe, sebab diorang ada simpan lagi gambar2 lama kot. okey entru ni adalah pengenalan..dimana semuanya bermula, lepas ni ada pulak sambungan kisah-kisah rumah bujang, banyak jugak kisah2 lawak rumah bujang ni, macam kisah ngigau..kisah Ju-on..kisah ular getah dan macam2 lagi lah.

Jadi dalam, Blog aku ni akan ada segmen Rumah bujang, selain dari isu2 pendapat, nostalgia kecik2 dan puisi moden. okey sampai berjumpa lagi.. terima kasih banyak2 kepada kawan-kawan yang dah mula follow blog ni dan meminati tulisan aku. aku amat hargai korang semua..dan kepada kawan-kawan yang ikhlas mem'bloglist'kan blog aku ni, aku ucapkan ribuan terima kasih, ternyata korang blogger tulen, tak payah buat contest nak masuk bloglist kan :) salute for you!...

Oh satu lagi, kepada kawan-kawan blogger atau pencinta karya tulisan dan kreatif, anda boleh join group di Fb iaitu Gerila Penulisan Kreatif (sila klik dan join) yang di ilhamkan oleh Aku dan Zulkifli Saadon. Blog juga ada, anda boleh lawat GPK dan klik SINI

P/s Masa bujang, rumah Flat tu best je aku tengok.. home sweet home.. tapi bila dah makin dewasa ni, macam ngada2 lebih pulak taknak duduk rumah flat.. ciss tak sadar diri...

4 comments:

  1. amboihh... resepi dio x menahan... jeles2.... <-- sb x pandai masak... la la la

    ReplyDelete
  2. semua org leh masak la JM... tinggal nak ke dapur ke tak je.... :)

    ReplyDelete
  3. JM malas ke dapor skang... hahahaha... tol gak, skill memasak nih akan ilang kalo lame x dipraktikkan.. hmmmm...

    ReplyDelete
  4. best kn msak2..hehehe
    x sabar nk bce next entry zmn bujang..:)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...