April 6, 2011

corat coret

Assalamualaikum....

1. Cikgu sekolah agama bunuh budak 7 tahun sebab mencuri rm7.00

cikgu tu membunuh, samada dengan niat atau tanpa niat, dia telah membunuh.. mungkin dirasuki perasaan amarah dan diracuni nafsu yang tidak dikekang, cikgu tu juga mungkin syok sangat belasah, sampai terlebih belasah sampai maut..

Cikgu tu terlupa, kalau orang yang mencuri, hukuman paling teruk pun potong tangan dan bukan mati. Cikgu tu terlupa dia tengah pukul anak orang. Cikgu tu zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Bayangkan betapa sakitnya kena pukul sampai mati, Aku doakan roh Mangsa dirahmati Allah SWT..

2. Video Seks Anwar Ibrahim.

Tiadakah lagi isu penting yang patut dibincangkan oleh ahli parlimen dan politician? tidak kira Kerajaan atau pun pembangkang? kemanakah hilang Isu Tsunami Jepun? Libya di belasah Amerika? masalah minyak naik? masalah rasuah negeri selangor? masalah rasuah kastam?

Perlukah berpesta dan berpeluh keringat hanya kerana nak membicarakan perihal peribadi sorang ni je? si Anwar Ibrahim ni je? aku rasa lebih baik Rakyat Malaysia, ahli parlimen dan ADUN duduk membahaskan hal-hal dan isu rakyat yang lebih dari 20juta orang lagi ni, dari sembang pasal Video seks tu.

Penyokong Pakatan Rakyat cakap BN Fitnah Anwar Ibarahim , Penyokong BN pulak cakap Pakatan Rakyat Fitnah BN menfitnah Anwar Ibarahim.. amacam smart tak persamaan serentak aku?

Bak kata P.Ramlee..

"eh di sana.... Bapak di sana tu penyamun, abang-abang di sini tu penyangak...dah kena dah penyamun jual si penyangak, apa salahnya....."

3. Kes Rasuah Bos Kastam..

Tadi dengar Buletin Utama, ada ke patut Ketua Pengarah Kastam ckp yang dia menyerahkan kepada SPRM dan Polis untuk menetapkan garis panduan yang sepatutnya tentang amalan rasuah untuk dia implement dalam Pasukan Kastam DiRaja Malaysia..habis tu kerja ketua pengarah apa? mestilah kena set the rules, displin, etika, garis panduan dan kena la pantau...

Dia cakap lagi yang dia tunggu laporan lengkap dalam masa dua hari. Ha ni la kerja yang buatkan orang berkata2 pasal tak buat kerja. asal ada masalah je tunggu laporan. Gamaknya kalau takda laporan ni, Orang atasan ni tak pernah nak ambil tahu pasal aktiviti anak buah dia...

"Deyyy Macchaa.. kepimpinan melalui Tauladan la"

Bukan sikit duit yang dibelasah, penuh satu rumah, bersepah-sepah.

4. Petrol naik RM 0.20

Hairan juga, kawan2 aku yang anti kerajaan tegar, dulu masa naik sepuluh sen, penuh satu wall FB aku komen dan update pasal tak puas hati minyak naik, tapi sekarang, semua orang senyap dan tak komen, bukan sebab apa, sebab fokus diorang terarah ke Isu nak Bela Kes Video Seks Anwar Ibrahim... Hurmmmmmphh... dunia dunia....

Rupanya, perjuangan atas nama rakyat, tidaklah lebih suci dari perjuangan ranjang.


P/s aku nak ulas pendapat aku je, aku bukan nak kempen pilihanraya, kalau korang rasa aku take side.. aku hanyalah manusia biasa..

4 comments:

  1. aku heran,, sorang update pasal anwar, sume nak update gak *okayy, aku cite pasal ko sekarang. HAHA aku tak suke politik, tu sebab aku tak update. aku tabik manusia yang paham politik m'sia ni

    ReplyDelete
  2. nak komen pasal ustaz belasah murid sampai mati jer... padal video seks.. politik bagai tu tak reti nak komen sangat.
    Pasal ustaz tu maybe dia terlupa yg dia belasah tu anak manusia bukan teddy bear. Almaklum la yg di belasah tak boleh melawan.. mcm tinju guni pasir jer di buatnya

    ReplyDelete
  3. semua point Pon Best...

    Bab 20sen tu, diorg malas nk ckp Sbb depa pon pkai ron95 je pon...

    ReplyDelete
  4. CikuCak : cayalah Lan... haha betul3

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...