April 30, 2011

Dedikasi Blog Pilihan : Blog ARC13.COM

Assalamualaikum...

Entry pepagi buta mcm ni aku nak dedikasikan khas untuk blog kegemaran aku iaitu ARC13, aku terpanggil nak buat blog dedikasi khas kerana aku telah terkesima dengan penghargaan yang telah diberikan oleh owner blog ni iaitu papanda garang.

Pihak ARC13 telah penuh baik hati menganugerahkan aku sebagai blog pilihannya bagi bulan april, dan mengikut kata-kata dia, aku adalah pemenang lelaki yang pertama dalam blog dia ni..



Terharukan kalau hasil kerja dan karya kita dihargai dengan ikhlas dan tanpa perlu ampu-mengampu? TQ arc13....

Senang cerita, sapa2 nak tengok anugerah tu, boleh klik di SINI...atau korang boleh klik blog ARC13 ni di bloglist aku...aku mmg 'bloglistkan' blog dia walaupun sebelum dia follow aku lagi pun. Punya excited nak tunjuk aku ikhlaskan....

tapi, secara jujurnya, memang aku rasa terharu pun dengan penghargaan tersebut, sebab aku ni blogger pemalas, entry aku banyak tulis panjang2, pastu malas nak teknologi2 sangat. Menurut blog ARC13, beliau tertarik dengan blog Rasa Hati ni dengan entry Muslihat kaunter perfume yang telah membongkar muslihat2 peniaga di shoping mall.

Ternyatalah aku minat dengan cara penulisan blogger muda ni, walaupun dia muda dari aku, tapi cara penulisan dia sangat matang, bernas dan tajam menikam. aku start jatuh cinta dengan blog arc13 ni masa aku blogwalking dan aku baca tulisan dia pasal Teori Konspirasi Upin Dan Ipin...lepas aku baca je entry dia pasal ni, aku terpegun, dia mengingatkan kembali aku pada zaman2 muda aku, iaitu zaman study UiTM...seorang pemuda yang mempunyai idea dan tidak gentar untuk menjadi outspoken, tidak hipokrit dan tidak bias dalam mengkritik.



Entry ni berjaya buat aku menilai penulis sebagai sorang yang rasional dan praktikal...

Selain itu, kekuatan Blog ARC13 adalah tuan blog tidak kedekut berkongsi ilmu blogging, banyak bagi tutorial bagaimana menjadikan blog lebih kemas dan functional. ilmu direct yang aku dapat dari ARC13 adalah, button LIKE Fb di setiap entry.(jadi sesiapa yang mengikuti tulisan aku, yg bersetuju dengan pendapat aku boleh tekan button like pada bawah entry)

Selain itu Dia juga menasihatkan aku pasal letak widget 'search' , dan kurangkan font2 berwarna-warni dalam entry, kalau korang perasan dulu entry2 aku colorful kan? skrg tidak lagi, aku wat dek je ngan dialog tu. aku yakin semua pembaca aku dah pandai nak beza2kan watak dialog tu sendiri.

Blog ARC13 juga mempunyai kekuatan dari segi penceritaan dengan watak Kak Fenny, yang agak popular di kalangan blogger2..sebab kak fenny cool, lawak dan laser...baru2 ni kak fenny melaserkan kumpulan ala2 K pop malaysia...iaitu Gulagula..ahahahaha..nak baca boleh klik di SINI



Setiap kali aku tengok muka Akak Fenny, aku mesti gelak, ngan cakap sorang2..hantu betul arc13..buat lawak..ahahahaha

Aku sarankan, kalau korang klik blog ARC13 ni, korang klik satu persatu baca hasil tulisan dan pendapat dia, jangan baca satu entry je dan korang judge dia..korang kena paham mcm mana pemikiran student dri New Zealand ni. entry2 dia bernas, padat dan ringkas.penuh dengan kritikan secara pedas dan beretika.

Kepada Papanda Garang, aku mengucapkan ribuan terima kasih di atas penganugerahan Blog april ARC13 kepada blog rasa hati ni, dengan review dan award tu, ternyata hit readers aku meningkat dengan drastik dan itu satu hal, satu hal lagi, jenis reader yang datang dari blog kau adalah dari jenis pembaca tulen dan ikhlas. Terima kasih sekali lagi.

Dunia ni kecik, lepas aku bercerita pasal kenangan zaman sekolah aku, baru aku tau dia ni alumni merangkap Junior aku, Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Tua Baharu. :)


P/s aku akan berikan penghargaan seikhlas dan sedaya mungkin, teruskan kawan2 blogger menghasilkan karya dan penulisan yang bernas.. Insyallah org akan respect tanpa mengharapkan apa2 balasan pun.terima kasih juga kepada pembaca2 yang sangat rapat di hati aku semuanya.


psst.. tulisan2 gelap2 atau kuning2 yang korang tengok kat atas tu, kalau korang klik, korang akan muncul di page yg dimaksudkan secara ajaib... para celik IT dan blogger2.. sila abaikan msg remeh ini.. terima kasih.


BLOG ARC13

10 comments:

  1. ni kalau jenis hati tisu kena kritik tp cuma kental nak maki hamun carut orang tak boleh baca blog2 camni. kang sentap abis semua dalam kain keluar.. kekekekeke. apapun tahniah la Nyah.. ko makin maju kedepan bkn hanya misai je makin tebal.

    ReplyDelete
  2. Nyah Lekit : itu la Nyah..ingat dulu blogging nak suke2 je.. skrg ni makin berkembang pulak.. seb bek perut ni tak ikut berkembang...ahaha

    maju pun hasil dari bantuan, sokongan dan iklan dr ko jgak nyah!.....tq yeee.....

    ReplyDelete
  3. baguslah.. sebenarnya aku terjumpa blog kau ni pun sebab aku baca entry ARC13 hari tu lah. ;)

    ReplyDelete
  4. Mcjust.lol : rupenye, ramai betul readers ARC13 kan... nak nak girls.... :)

    ReplyDelete
  5. caya lah... Rasa Hati? ni blog kawan saye tau... hahaha.. tahniah zul.. tahniah sangat2.. semoga maju jaya..

    ReplyDelete
  6. tahniah ey kamu..semoga terus maju..;)

    ReplyDelete
  7. aku suka ayat ni jangan baca satu entry je dan korang judge dia

    tahniah bro, ko memang layak dpt anugerah arcx13 gak.kekehkehekeh..

    Arcx13 = sifu aku, walau ayat dia pedas2 tapi dia baek! ehehheh...

    ReplyDelete
  8. kte jtuh aty kt blog RASA HATI pun sbb Blog Arcx13.. ayt dy mmg sentap.. haha

    ReplyDelete
  9. dah lama kenal blog ARC tu

    :D

    ReplyDelete
  10. SM banjamin : ko yang trigger aku menulis balik...semoga ko dapat rentak balik.. :)

    Fayad : tenkiuuu.... :P

    Myra Zoe : dulu dia sifu ko, skrg ni kira dah jd sekutu la kan.. terima kasih yeee.. ko pun pemenang gak..lama dah.. lagi otai :)

    Anon : tenkiu tenkiu.. mmg sentap punnn...

    Amoi : ramai ye girl suka blog dia?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...