April 10, 2011

"aku perlukan perhatian, maka aku toreh tangan"

Assalamualaikum..

Perkara paling horror yang aku pernah tengok 'live' depan mata aku masa aku darjah 5, ada budak perempuan dalam kelas nak sangat tarik perhatian budak lelaki kat dia, dia amik pisau lipat sekupang, dia toreh pergelangan tangan dia.. maka berdarah-darah la tangan dia. Bila dah berdarah dia akan mengalirkan airmata Azean Irdawaty dengan harapan semua budak-budak lelaki akan berkumpul dan bersimpati pada dia...

Pada masa tu, perasaan aku????

"Arghhhhh Bullshit, ape kejadahnya minah ni buat, aduihhh mengadanya, attention seeker betul minah nih...aarghhh jiwa aku sengsara tengok kebodohan palsu yang dilakon-lakonkan.. apsal ko tak terjun bangunan je wei" ----> berkata-katalah aku sekonyong-konyongnya di dalam hati.

Tapi masalah lain datang pulak, ada pulak budak-budak lelaki jenis Mat bunga, Romeo jambu, GQ boy yang cepat terangsang untuk menjadi hero, maka dengan segeranya lah mamat-mamat hero ni melompat-lompat macam kijang elak kena terkam dek singa... pergi cepat-cepat dekat minah tu untuk menghulurkan bantuan dan simpati.

Bila dah dapat perhatian dan simpati macam ni, minah ni puas hati dan happy, sebab gigirl cun lain dalam kelas itu ditinggalkan sekejap, semata-mata nak bagi rawatan kat dia. Namun dari jauh aku dapat tengok senyuman sinis di bibirnya yang disorokkan di balik kesakitan 'auta grek' nya tu.

Tak ramai pun 'mamat romeo cepat cair' ni, dalam setiap kelas mesti ada sorang, ataupun maximum akan ada 2 orang 'mamat tunjuk hero'... dia takkan ramai manusia spesis ni, sebab mereka tidak mampu hidup secara simbiosis.. mereka adalah predetor yang laparkan dan berebut-rebut kasih dan puji-pujian budak perempuan dalam kelas terhadap mereka...

Okey berbalik pada kisah 'minah toreh tangan' ... sejak dari kecik aku dah analisis orang jenis macam ni :

"Ohh budak ni jenis kurang kasih sayang dan cepat cemburu, dia cemburu budak2 lelaki tak ngorat dia, dia nak buat aksi gedik, tak laku-laku pulak..jalan terakhir adalah simpati berdarah....Mari Kelar tangan!!!"

Tapi bila dah besar-besar ni, bila aku tengok drama Dr.House kat AXN, baru aku faham, yang sakit mcm ni memang ada.. sakit ni adalah sakit perlukan perhatian orang terutamanya Doktor dan staff hopital.

aku ingat lagi, masa mula-mula aku tengok citer House ni, aku naik panic lak, rasa macam ada cacing dalam otak aku, punya la kuat pengaruh drama ni. * aku memang suka tengok drama medic.

Sakit mental ni dinamakan Sindrom Munchausen, ataupun Munchausen Syndrome. simptom-simptom sakit ni adalah, apabila penderita/pesakit akan mencederakan diri diorang sendiri samada secara fizikal, keracunan atau simtom sakit kronik dengan harapan, doktor di hospital akan panik dan memberikan perhatian untuk merawat mereka....

Pesakit Munchausen syndrome ni akan berasa puas secara perasaan dalaman dan jika lebih kronik mereka akan merasa puas secara seksual. yelah mana tak puas kan, bila diorang terlentang atas katil wad tu, doktor datang amik tekanan darah, amik darah nak uji, cek kencing, cek berak diorang, cek semua la... sungguh Tender Loving Care...

Doktor pegang dagu, ngangakan mulut, suluh tekak, suluh bijik mata dan bagi perhatian penuh la. Nurse pun akan turut sama cek diorang ni. diorang pun akan dapat perhatian dari sedara mara dan sahabat handai yang akan datang menjenguk dan menghulurkan simpati dan perhatian yang tak bertepian.

Namun yang paling sadis bagi aku la, Bila penyakit ni merebak menjadi Munchausen By Proxy syndrome...
yang ni lagi kronik, kes ni pulak diorang akan cederakan seseorang di bawah jagaan diorang, contohnya anak-anak... diorang akan bagi makan racun yang mild..bak kata budak-budak sekarang ni.. 'bagi yang light2 jehh' ... sebab niat utama diorang bukan nak bunuh anak-anak tu...

Sebaliknya, diorang nak anak diorang sakit dan menunjukkan simptom2 sakit yang ketara, bila ada simptom2 ni, diorang akan dapat perhatian dari doktor, nurse dan staff hospital, mereka akan merasa puas, disayangi dan diberi perhatian..diorang akan bersungguh-sungguh duduk di sisi pesakit untuk merasai perhatian dari doktor dan sedara mara yang simpati.

sesiapa kawan atau ahli keluarga korang, kalau korang suspek ada penyakit ni, kena bawak jumpa psikiatris, jangan amik mudah, takut dia bahayakan diri dan orang bawah jagaan diorang.

######################

Ke arah mana aku nak bawak korang semua pembaca nih?

Aku nak bawak korang semua ke situasi moden yang mana, ramai penderita sakit mental ni, mula mendapatkan perhatian ala-ala 'Munchausen Syndrome' ni dekat Wall FB, Status Update, Upload Picture, Blog, Twitter, Tumblr... dan sebagainya...

Korang rasa benda ni remeh? korang akan mula meluat dan merasakan dunia semakin diracuni dengan sikap mengada-ngada dan attention seeker yang kronik. aku terasa nak menulis pasal benda ni, apabila aku mula rasa menyampah dengan 2,3 orang kawan-kawan FB.

Kalau istilah lama, diorang ni dipanggil 'kaki kencing'...penuhlah wall fb dan picture album diorang dengan gambar2 meraih simpati dan perhatian...

Ada sorang mamat ni, setiap hari dia akan upload gambar tangan dia patah, tengkuk dia patah, dada terbelah, kaki hampir putus, gigi patah, telinga terkoyak dan kaki calar-balar...

Dia akan mula buat cerita yang dia eksiden.. korang bayangkan dia sampai tak sedar yang dah di luar kawalan, dia mula upload picture tragis bulan demi bulan, kemudian minggu demi minggu..sekarang ni aku tengok makin kronik. dia upload gambar2 eksiden dan cedera hampir selang sehari.

Tapi itu belum Tragis lagi, kisah dia akan lebih tragis dan memualkan apabila terkantoi rupa-rupanya gambar yang dia upload selama ni bukan gambar dia, itu semua gambar2 yang dia copy dan save dari google dan blog-blog.

Pastu dia makin liar, dia akan pergi hospital dan akan berhenti tepi-tepi jalan, tangkap gambar mangsa parah eksiden yang ada iras2 warna kulit dan susuk tubuh, lepas tu, dia upload dalam Facebook, dengan harapan dia dapat perhatian dari friend-friend yang ratus-ratusan tu.. apabila adengan seperti :

"Ya Allah Angah!!!.. apa dah jadi ni angah???? kenapa jadi macam ni? ko eksiden ke angah? bila ni? ko okey? semua okey?

"aku eksiden semalam, kereta Saga BLM yang aku baru beli bulan lepas jahanam, hancur.. aku pulak tercampak keluar cermin, tangan aku patah, tulang bahu terkeluar dr sendi, ngan tulang belakang aku retak...doktor cakap aku mungkin lumpuh"

"Astgha...sabar ye angah, semoga Allah cepatkan ko sembuh, ko jaga diri tau, jangan lasak-lasak, aku sentiasa doakan kau...ko tabah tau Angah, aku sentiasa di sisi kau... bila-bila masa kau perlukan aku, ko contact aku eh angah.. sayang ko sangat..."
"Okey Thanks Fatin, errmmmmmm doktor cakap, kena ada ubat spesel dari kau baru cepat baik... meh nak kiss sikit Fatin..leh tak?

"mMMmmMMuuUUuuuUaaahhHHh.. take care ye angah"

Gejala ni makin menular di FB, dan ianya umpama ulang tayang semula drama-drama sadis Minah toreh tangan darjah lima aku. Aku merasakan bahawa dunia kini makin banyak melahirkan pesakit-pesakit jiwa samar-samar, atau mungkin aku rasa perlu ada istilah baru, mereka ini mungkin pesakit cyber-psiko...

Kalau belum ada istilah dan penemuan sakit ni, aku nak daftar nama la, mana tau nanti aku leh dapat hadiah Nobel prize kan.. nak buh nama apa ye,

Toreh tangan Syndrome? aku ketagih simpati syndrome?

p/s sesiapa yang terupload gambar dia eksiden dan cedera terlalu kerap, baik cek balik2.. ntah-ntah korang attention seeker kronik kot.

11 comments:

  1. Nyah kat blog pun ada blogger yg berpenyakit mcm ni tp lain cara.. cara dia nak tarik perhatian clik blog dia suka sangat buat gempak kat tajuk entri tp bila kita clik kisahnya xde kena mengena pun dengan tajuk entri tu. kebanyakkan berakhir dengan penulisan pendek yang berkata " sebenarnya aku tengah bosan & takde idea nak update entri. Jangan marah yer.." ni tak tau la nak bawak gi jumpa sapa?? ben ashaari ker Lensarosak nak suruh pulihkan golongan blogger camni?? rasa bg lensarosak jer skolahkan.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. elok orang mcm ni, bagi Lensarosak je sekolahkan, takpun suruh tehtarikgelasbesar ke, terfaktab ke.. biar sedar sikit..

    Blogger mcm ni pun aku dah naik meluat dah, rasa mcm nak unfollow je diorng nih kla Nyah Lekit..

    ReplyDelete
  3. sadisigaraga... penyakit rupenye... ni bukan cobaan ni.. ni betul-betul ni... jadi.. jangan nak mengeluh dan bersedih-sedihan di internet....

    ReplyDelete
  4. sadisigaraga... penyakit rupenye... ni bukan cobaan ni.. ni betul-betul ni... jadi.. jangan nak mengeluh dan bersedih-sedihan di internet....

    ReplyDelete
  5. yup2..
    ade jgk kwn yg cmni..
    asyik cte yg sedih2 je psal dri mula2 ok la tp mkin lme mkin byk pulak kisah sedih die smpai rse x leh nk cye..
    last2 mlas lyn da..:)

    ReplyDelete
  6. last last malas nak layan dia.. :) hahahahahahaha tepat sekali...

    Zul: memang penyakit pun kalau tak bendung (jangan bayangkan baby kene bedung ye)

    ReplyDelete
  7. urm.. nak buat2 terlanggar jejake ensem pastu jatuh lah! haha!
    just being sarcastic.. :p kesian... kurang iman dan takwa...

    ReplyDelete
  8. oh. buat macam tu boleh tarik perhatian ea? boleh kasi try.lol

    That disease is serious.

    UNFRIEND je org tu daripada kita jadi lebih nyampah.

    ReplyDelete
  9. Numara : kdg2 kawan ngan sarcastic ni best.. atleast terus terang :P

    Raihana : dah ikut ckp ko, dah unfriend dah hahahaha

    ReplyDelete

Tempoyak 101

Assalamualaikum. Apakah sakti benar tempoyak ini? Tempoyak ini mitos atau urban legend dia banyak, sama banyaknya ia dengan mitos ...