April 19, 2011

sains seks : makna sebalik solek

Assalamualaikum...


Sape2 lelaki yang tengok muka dia ckp tak lawa, atau sikit pun tak terdetik yang dia ni menarik, samada lelaki tu hipokrit, ada masalah nafsu atau dia homoseksual.."ehh ape la kau ni Zulfikar, suka hati la orang nak cakap dia lawa ke tak? yang kau sibuk2 kenapa? kau nak ampu lisa surihani ke??? haaa???"

Setelah kita marah-marah dengan mood tulisan nasihat seperti di SINI, dan setelah kita bergelak tawa dengan lawak-lawak zaman kecik-kecik, kali ni aku nak berkongsi ilmu ala-ala professor dari Stanford.

Ok, semua perempuan suka kelihatan cantik, semua perempuan suka dipuji sebagai menarik, tidak kiralah matanya yang cantik, atau tubuhnya yang solid, tapi kebenarannya perempuan suka dilabel cantik.

Disebabkan mahu dilabel cantik, maka perempuan akan bersungguh-sungguh untuk bersolek, solek tang mata difokuskan pada eye-shadow, solek tang pipi dinamakan blusher, solek tang bibir dinamakan lipstick/lip gloss dan solek tang hidung dibayangkan dgn liner yang mancung.

Tapi apakah asas solek dari segi saintifik??? bila aku tanya kawan-kawan perempuan..

"kenapa korang suka mekap ha? "

"Mestilah kena mekap Zul, kalau tak nanti muka pucat, macam orang sakit, takda selera orang tengok muka kita"

Tapi betul ke solek / mekap itu untuk menutup wajah dari kelihatan mcm orang sakit?

Sebenarnya jawapan itu salah.

Solek bukan nak elak dari menyerupai orang sakit, sebab kalau manusia yang tak bersolek tu secara semulajadinya mcam orang sakit, maka orang sakit akan kelihatan lebih teruk. sebab manusia diciptakan dari azali tanpa alat solek. Muka yang tanpa solek itu adalah muka semulajadi manusia. Jadi, apakah tujuan utama Perempuan bersolek?

Mengikut Kajian ahli sains biologi yang bekerjasama dengan psikologi :

"Solekan adalah satu kaedah pengiklanan untuk meniru tentang tahap kesuburan seseorang wanita. iklan untuk menarik jantina jantan bagi mengadakan hubungan seks dan melahirkan zuriat, bagi melansungkan keterusan hidup spesis"

Apabila perempuan itu dalam keadaan subur, Pipinya akan merah dan kelihatan gebu secara semulajadi, melambangkan aliran darah yang lancar di dalam tubuh, ia memberi signal bahawa individu itu sedang subur dan paling layak untuk dijadikan teman seks. Begitu juga dengan Bibir yang merah dan munggil, dan mata yang bundar dan kornea yang membesar lambang tertarik dan bersemangat.

Maka , dengan itu, bila pipinya merah, secara subliminal stage atau minda bawah sedar lelaki akan tertarik dan tergoda untuk mengorat perempuan tu, sebab dia akan :

"whoaaaa, cantiknya minah tu....pipi dia merah menguntum bak pauh di layang, confirm minah ni tengah dalam keadaan subur. minah ni amat sesuai untuk menjadi calon teman bagi kelansungan survival keturunan aku.....maka.... mari kita ngoratttt!!!!" (berkata2lah lelaki itu secara minda bawah sedar didalam bahagian otak kunonya)

Bila perempuan melihat ramainya lelaki terpana dan tergoda dengan pipinya yang merah itu, maka dia akan merasa seronok, beliau akan mula merasakan dirinya laku di pasaran dan menjadi kegilaan jantan-jantan alpha... maka perempuan itu akan menjadi begini :

" Wahh, bila aku musim subur je, mesti jantan-jantan semua terpikat dan tergoda pada aku, tapi......aku mana mungkin subur setiap hari, setiap minggu dan setiap masa dalam sebulan, aku hanya subur seminggu-10 hari je sebelum period.. Jadi macam mana ye, aku nak duplicate penanda kesuburan aku? hah!.. aku ni kan manusia, manusia sangat kreatif, apa guna ada industri dan teknologi, maka mari kita guna bahan-bahan industri dan teknologi untuk duplicate (tiru) penanda kesuburan semula jadi " (berkata2 perempuan itu dalam akalnya tanpa sedar, lalu dia mengeluarkan duit untuk beli blusher Avon dari katalog Kak Zah Tonggek)

1. Pipi yang merah dan gebu : Pakai Blusher kaler pink atau peach, kalau lebih berani pakai merah jahang

2. Bibir yang munggil dan merah : kita pakai lipstick estee lauder, takpun clinique, kalau takda Avon pun jadi lahhh... asal merah.

3. Payu dara yang besar : ermm.. kita beli bra yang ada span, takpun kuar duit lebih sikit, kita beli push-up bra..baru up sikit...

4.Pinggul yang bulat dan montok : errm, nanti nak order korset beautiful la, kalau tak cukup, kita pakai padding.. marvelous... rombe nalla rekke....

Mesti ada pembaca yang mula-mula akan memberontak dan memandang sinis pada pendapat ni, tapi kalau fikir secara rasional, anda akan bertemu dengan kebenaran.

Anda boleh buat eksperimen, jika anda perasan, pada waktu kesuburan, anda akan lihat wajah anda menarik secara semulajadi, walaupun tanpa mekap, anda akan perasan muka anda akan ada deruan darah yang banyak, dan menjadikan muka bertambah merah, segar, tidak pucat, dan menarik meskipun lepas mandi.

Ingat tak apa itu seri pengantin? walaupun pengantin tu tak bersolek, tapi Mak andam mesti cakap :

"Kamariah...jangan risaula Kamariah oiii... pengantin ni dia ada seri sendiri tau.. lain dengan muka kita yang biasa2, biarla mekap mcm mana pun, lain dengan seri pengantin.berseri-seri~~~..senyum2 pulak kamu ni Kamariah... Malu la teewwwww"

mungkin dia tak lawa bagi sesetengah orang, tapi dia mungkin lawa bagi sesetengah orang pulak, korang pernah tengok dokumentari orang kat africa yang tergila-gila dekat perempuan gemuk? itu la maksud PREFERENCES yang sebenar. lagi satu, dia mungkin tak lawa tapi dia subur hehe..

Apabila wanita belum baligh, belum bersedia menjadi ibu. bentuk badan wanita akan kelihatan seperti budak lelaki, dada yang leper dan punggung yang tidak montok...

Jadi secara biologinya, dada yang besar itu adalah penyedian tubuh untuk menyusukan bayi, jadi ia akan membesar dengan pengumpulan lemak dan Mammary Gland (kelenjar susu) akan bertumbuh secara sempurna...

So jangan salahkan lelaki jika suka merenung payudara, ia bukan gatal miang seluruhnya, tapi ia adalah tindak balas semulajadi bagi seorang lelaki, tertarik untuk mengimbas samada perempuan itu cukup subur bagi melahirkan dan membesarkan keturunan spesis (offspring).

Tak hairanlah, jika Push-up bra sangat laku di pasaran, produk-produk pembesaran payudara pun berlambak, dan korset laku betul walaupun harga ribu-ribu.

Industri mekap? alat solek? jangan cakap la, industri mekap bernilai berbillion -billion. Industri ni berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi kerana apa? bukan kerana pengaruh iklan, bukan kerana pengaruh rakan sebaya, sebaliknya permintaan dari pasaran, iaitu golongan wanita yang mahu 'menduplicate' tanda-tanda kesuburan untuk kelihatan cantik.

Memang lumrah dunia... lelaki akan mencari pasangan yg sesuai dan subur untuk dijadikan teman hidup....

Wanita pula akan mengiklankan aset kesuburannya. Tapi pendapat ini adalah dari sudut pandang saintifik saja. kalau korang semua pegang pada saintifik saja, nanti kita jadi macam gorilla la. tak pun macam chimpazi kat dalam hutan, yang jantan terlompat-lompat tunjuk bakat.

"akulah jantan paling kuat yang layak meneruskan zuriat!!!!" (sambil tepuk2 dada)

Dan betina akan rilek je kat pangkal pokok jerumun daun-daun kayu...sambil menayangkan punggung kepada chimpazi jantan.

"Hai abang, marilah sini...kita bemesra dan berasmara dana, saya sudah sediaaaa"

Teori cinta dan jodoh secara saintifik dan detail aku ada tulis di SINI

apa korang ushar-ushar? aku nak dating ngan awek aku pun korang nak sibuk, yang si Zulfikar ni duk sibuk2 sebut nama aku dalam blog kenapa? patutla aku tersedak-sedak makan pisang tadi...cissss


Sebab itu ada FAITH.... Islam dengan akhlak dan ajarannya. Kristian dengan etikanya, Yahudi ada caranya dan agama-agama lain semua mengajar manusia untuk beradap dan mengawal nafsu serakah.

Tanpa Agama??? Tanpa agama...si jantan mungkin akan mengejar betina tanpa merasa malu..dan betina akan mula memperagakan tubuhnya yg subur itu.....

Jadi, mengapakah walaupun ada AGAMA, manusia masih bersungguh-sungguh untuk menjadi chimpanzi? menjaja dan memperaga aset tanpa segan dan malu? salahkan blogger itu??? atau salah kan kerajaan??? tidak..tidak.tidak... salahkan diri sendiri yang mungkin terlupa tentang ajaran, bagaimana menjadi seorang insan.


P/s Jika anda bersetuju dengan pendapat ini, sila tekan butang 'LIKE' Facebook di bawah..

owh yaa, entry diatas ditulis untuk perkongsian ilmu, dan bukan bermatlamat untuk menyindir sesiapa. Penulis tetap suka melihat perempuan yang ada sedikit merah dibibirnya. segar sikit mata. :)

27 comments:

  1. sebijik2 bace nak tahu cerita apa. oohhhh.. ada betul. hoho.

    tapikan, kenapa banyak term2 solek den tatau.? korset.? ge dia tuu. haha

    ReplyDelete
  2. :) ehehhe, padie padie.. membaca jambatan ilmu..nanti boleh la cong kawan2 kat kelas hehehe..

    apsal boleh taktau..mesti tak kesah pasal solek ni? natural beauty gituu... :P

    ReplyDelete
  3. pehhhhh... JM pon x seterer tuh nak cakap bab mekap, cantek, lawa... by da way nice entri, tersenyum bace :)

    ReplyDelete
  4. harus di ingat.. maknyah maknyah tak termasuk dalam golongan artikal di atas....

    ReplyDelete
  5. oh oh ini serius betul sebab aku pernah bace kat mane tah dulu x ingat tapi artikel dalam bahase inggeris.

    sedap lagi kalau kau letak source knowledge tu. biar orng boleh check kalau dia tak puas hati haha.

    ReplyDelete
  6. nasib baik xde makwe ps yg suke makeup

    ReplyDelete
  7. ade yang sanggup buat surgery dan suntik pelbagai benda semata2 untuk cantik,..

    ReplyDelete
  8. kmain lagi boleh tawu nma2 alat mekap girl.LOL

    Oreally? blh start beli alat make up la after ni.lol

    ReplyDelete
  9. syok2 bace tak sedar entri panjang.. dah abes dah.. hohoh..

    tu la pikar..
    bila kecantikan luaran dianggap suatu aset yang perlu diperagakan..
    bukan dipelihara..

    iman yang ade kene tekan2...
    "takpe tunjuk siket jer.."

    lama2
    "bende tu dah biase org buat, tunjuk semua pon tak pe lah.."

    haish..... =.=

    ReplyDelete
  10. bru tau pasal sains seks ni..
    kalau pipi merah tanpa blusher dikira sentiasa subur la kan..:)

    ReplyDelete
  11. eh betul2, immitate waktu subur kite sebenarnya. sebab selalunya waktu subur lah muke licin takde jerawat, nampak berseri2, pipi and bibir pun merah

    ReplyDelete
  12. JM : tau sebab selalu ikut mak shoping barg mekap masa kecik2 :)

    SM banjamin : aku nak masukkan bab maknyah tu, tapi tertinggal, kau sebut baru aku teringat.. haha

    ARC: mula2 nak letak sourse, tapi smlm dah ngntuk tak sempat letak, nanti aku edit, aku letak ye..

    PS : bagi can la kat awek nak ceria skit :)

    ReplyDelete
  13. Macamnilah : sanggup sekse utk cantik, itulah dunia

    Raihana : boleh start dgn lipgloss dan blusher dulu.. :)

    Along Usop : itulah jadi bila orang tak pegang dengan agama atau code of conduct..yg laki pun kalau boleh nak mekap mcm nyah..

    Liyana : thanks sebab baca sampai habis scra bersemangat

    erysweetie : itulah dunia kalau dilihat dari sdut yg ilmiah

    Fayad : Manusia subur hanya seminggu atau 10 hari sebelum period :) kalau selalu merah maknanya dia ada radang kulit :P

    Ika Hunney bunney : 'imitate adalah perkataan yg lebih sesuai, sorry tulis duplicate..betul perempuan akan nampak natural beuty masa subur.

    ReplyDelete
  14. comelnye monyet monyet tersebut..

    ReplyDelete
  15. erk..yo soy betty la fea..:P

    saya tak suke mekap..n tak reti mekap..penah di make up kan..tp burukla..mcm hantu je rasa muka..hahaha..

    sbb tu agama penting untuk mgawal hidup sso:) dan agama yang benar hanya Islam sahaja

    ReplyDelete
  16. terasa sebab suka mekap, hihi :D sekadar hobi je la, tak pandai mekap shading2 hidung sampai jadi mancung pun :P

    ReplyDelete
  17. Fatehah :dont worry.. entry di atas bukan nak judging people yg suke mekap... bukan salahkan org, bukan nak hukum.. just nak bgtau makna mekap di sebalik sains je...

    Alexa : kene jugak mekap sikit2.. light...atleast pink lip gloss... cheering ur patient nanti kan :)

    Mcjust: tu beruk la yang.. :)

    ReplyDelete
  18. entri yang menarik. i love your writing style.

    apa-apa pun, ya, memang lumrah bagi seorang wanita cenderung ke arah make-up. naluri mereka sendiri untuk membuatkan mereka kelihatan cantik.

    tapi adakalanya juga, lelaki tak suka memandang perempuan yang menggunakan make-up berlebih-lebihan kan? sesungguhnya kecantikan semulajadi itu juga yang benar-benar memikat hati seorang lelaki., hahaha.

    aku belajar ilmu baru hari ni, mengenai make-up. terima kasih kerana berkongsi. :)

    ReplyDelete
  19. salam ziarah...
    syukran atas perkongsian..secara jujurnya, sya baru mengetahui ttg fakta yang anda perkatakan..
    kadang2, kita melakukan sesuatu itu tanpa niat. disebabkan JAHIL nya kita terhadap sesuatu ilmu, maka kita melakukan...so, bila dah tahu, tindakan perlu diambil untuk berubah..sebab bila dah tahu, tapi masih melakukan, itu bukan panggil jahil dah, tapi sengaja mencari dosa dan bala=)

    ReplyDelete
  20. cik kotak : terima kasih.... alhamdulillah sebaba wak dapat sikit ilmu yang saya cuba sampaikan dalam blog ni....

    untuk cantik dan kelihatan cantik itu tidak salah, sedangan Allah SWT cantik dan amat suka pada kecantikan... tapi berpada-pada dan sesuai dengan tempat la kan... :)

    teruskan membaca..membaca itu jambatan ilmu...

    ReplyDelete
  21. Betul la teori tu, bila jer mekap ramai la encik jantan mengusha..

    Alamak, rasa malu plak bila baca kat sini..

    tapi, nasib baik ada agama, kan? kalau tak jadi mcm chimpazee tu.. Isk, tak nak!

    kdg2 bermekap utk naikkan keyakinan. Self confident. rasa org akan respek sikit.

    ReplyDelete
  22. sy sbagai prmpuan mmg mengaku pakai makeup untuk nampak cantik tp x tau pulak ada perbezaan wajah time subur huhu btw thanks for the good info :)

    ReplyDelete
  23. nice...biar nampak semula jadi..bersyukur dengan apa yang di beri...bersyukur juga sebab kita cukup sifat...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum.. nice belog.. baru tahu pasal make up ni adalah untuk menduplicate' tanda-tanda kesuburan untuk kelihatan cantik.

    btw encik.. tq foe the info..=)

    ReplyDelete
  25. Norabudy : erm, itulah sebenarnya, sebab manusia tidak dapat menyimpulkan kenapa manusia mekap....

    selalunya manusia mekap hanya semata-mata minda bawah sedar yg surh mcm tu.

    ReplyDelete

Hidup Dalam Kepalsuan

Assalamualaikum Kisah ni aku yakin berlaku pada tahun 1990, sebab kejadian ni berlaku semasa aku tadika, aku tadika umur 6 tahun. Masa aku...