Islam adalah agama kehidupan. Islam adalah agama logik, islam adalah agama rasional, indahnya islam itu apabila ia tidak menjadikan penganutnya kartun dan tatacaranya ibadahnya sarkis. Tepatnya Islam itu apabila segala Ibadah dan kisah teladan berlandaskan Nas Al-quran dan Hadis.
************************
1) Dalam kita nak beribadah dan berdakwah yang bagus, kita mesti pegang pada 2 perkara Utama...
1. Niat kita ikhlas kerana Allah Taala, pada setiap hal yang kita lakukan.
2. Tatacara ibadah kita tepat ikut cara yang Nabi saw ajarkan.
Kaedah di atas bersangkut-paut bersama. Mesti seiring.
Jangan Ikut kaedah 'semangat lebih' dan jangan ikut teori tolak tambah syok sendiri. sebab sebelum Nabi saw wafat, Allah telah sampaikan bahawa agama islam ini telah sempurna dan diredhakan sebagai agama anutan seluruh manusia hingga kiamat.
Menyentuh sikit pasal tulisan aku pada Isu tidak pakai tudung masuk neraka, ada orang yang berhujah ikut sentimen, kalau ikut dalil aku setuju untuk berbeza pendapat..mungkin aku tertinggal dalil dan nas, mungkin aku budak bodoh yang tak habis belajar, aku hanya insan biasa yang berborak ringan-ringan je, aku bukan Mujtahid.
Hujah sentimen begini menimbulkan keraguan :
" takpelah diorang cakap tak pakai tudung KOMPOM masuk neraka, tujuan dan niat baik kan nak bagi orang free hair Insaf!"
Niat sahaja tidak cukup, kena follow dengan cara dan kaedah yang nabi ajar, sebab itu pun nabi saw dihantar kepada manusia...supaya menjadi contoh kepada manusia biasa. Baginda Makan, minum, mandi, bergaul dengan isteri, luka, sakit, gelak, nangis, tegas, hidup dan mati.
Namun banyak juga hujah yang bernas dan aku sokong pendapat itu. kalau aku sendiri tidak boleh menerima perbezaan pendapat, maknanya aku ni cakap putar belit, tak macam yang aku kempenkan selama ini.
Jadi, tolong jangan jadi syok sendiri masa nak berdakwah, jikalau tak tau dan tak pasti, anda ada dua kaedah, satu pergi sambung mengaji atau tanya balik dengan Ustaz yang berkaliber atau buat macam aku.. kalau tak tau diam.. jangan cakap..
"Sesungguhnya diam itu pelindung kepada orang bodoh dan hiasan pada orang pandai"Kalau nak ikutkan kaedah niat, ramai manusia yang beribadah dengan niat yg ikhlas, Sami buddha punya la tawadhuk sampai taknak makan daging, taknak kawin, tak boleh ada harta, tak boleh ada nafsu.. tapi cara dia tak mengikut apa yang Nabi ajar dan tak ikut Nas Al-quran, maka ibadah dia tidak diterima di sisi Allah.
Kalau nak ikutkan kaedah 'niat baik dan buat benda baik takpa', berapa ramai paderi kristian yang baik dengan jiran mereka, hulur bantuan pada fakir miskin, tak berkahwin..konon-konon tolak nafsu godaan wanita dan hidup tidak mengumpul harta... tapi kerana konsep dan cara beribadah itu tidak sama dengan yang Nabi ajar dan Allah firman dalam Alquran, maka ibadah dan amalan dia tertolak di sisi Allah.
sama la juga dengan cerita sami Hindu, Zoroastrian, Yahudi, dan lain-lain lagi.
" Tapi Zulfikar, Bidaah ada yang baik dan ada yang tak baik, bidaah yang baik kalau kita buat takpa"
" Kalau bidaah itu baik, Sudah tentu Rasulullah dan Para Sahabat sendiri berlumba-lumba buat dulu masa hayat mereka, sebab mereka paling bertakwa dan paling rajin beribadah mencari redha Allah"
" Tapi Bukan semua benda zaman moden ni ada pada zaman Nabi, kalau semua nak Ikut cara nabi, kita kena naik Unta je la"
" Istighfar banyak-banyak, jangan jadi rebellious sangat, Bidaah dan tokok tambah yang dilarang adalah dalam Hal IBADAH dan perkara Ghaib yang Allah sampaikan...tapi perkara muamalat dan kehidupan seharian ia tidak dikelaskan dalam hal bidaah"
Biar buat sikit amalan asalkan ia tepat dengan sunnah. Jangan semangat lebih, tapi tak pasti hujung pangkal.
*******************
Ia adalah Hadis Mungkar, ada pula yang mengatakan ia hadis Dhaif. bukan aku yang cakap, bukan aku syok sendiri, tapi aku dengar Dr MAZA yang ceramah.
" tapi Dr Maza tak boleh pakai zul, dia tu org cakap wahabi dan dia bukan Muhadhithin"
"okey, takyah guna Dr Maza yang cakap tapi Ibnu Hajar Al-asqalani, Ibnu Khuzaimah dan Imam As-Suyuthi yang cakap, mereka semua ini Ulamak Hadis yang Tersohor"
Nak dapatkan lebih pencerahan, boleh sambung pembacaan di Blog INI
Sekian khidmat bertukar-tukar pendapat di malam hari ramadhan, semoga kita semua dapat manfaat. Dan aku Insyallah taknak ego, kalau aku salah, sila ajar di ruangan komen, lagi best kalau ada sumber rujukan Dalil.
P/s siapa dah beli baju raya, angkat tangan!!!
frankly, saya banyak diam sebab memang cetek ilmu.. kena belajar lagi. ;)
ReplyDeletekesimpulannya, kita kena terus belajar dan belajar tentang Islam dengan mereka yg lebih tahu seperti ustaz..kan ikar?
ReplyDeleteblog tips kurus : diam bila taktau lebih elok dari ckp macam tau... tapi kalau nak tukar pendapat yg releven takpe kak!!... ehh ehhh selambe je panggil org lain kakak!..
ReplyDeleteCik sha : ye kena belajar dan terus belajar, ilmu yg bagus adalah ilmu yg reference lebih dari satu...
satu perkara, tapi dengar dari 3, 4 sumber berbeza.. baru kita dapat pikir secara kritis dan kretip sha.. :)
aku tak banyak ilmu, jadi aku sampaikan yang mana aku mampu faham. yang aku tak tahu, aku cuma baca dan dengar, dan cuba cari kesahihannya.
ReplyDeletetapi kan, yang no. 2 tu, aku banyak dengar tazkirah ustaz2. diorang ulang2 hadis tu jugaklah. emm, kalau seorang dua tak apa, untuk bulan ramadhan kali ni je, ada lebih kurang 5 ustaz beritahu hadis yang sama. macam mana?
GR : sampaikanlah ilmu walau sepotong.. :)
ReplyDeletepasal NO 2. mmg banyak ustaz yang sampaikan, sebab diorang keliru...
atau diorng berdegil taknak bagitau yg sumber hadis tu mungkar...
Tapi biarlah Ustaza hebat mcm mana pun, kalau mungkar tetap mungkar...
ko ingat tak lagi zaman Ustaz2 sebarkan2 dan ceramah pasal Fadhilat sembahyang terawih??
skrg diorg semua dah taknak sebar pasal tu sebab diorg dah tau semua tu hadis palsu dan mungkar.. hadis rekaan.
sama jugak dengan kes mandi safar dan macam2 lagi...
Yang penting, Ulamak hadis paling ulung dan pakar memang dah kelaskan hadis ni palsu dan mungkar... semoga ustaz2 semua dapat pencerahan.. lain kalai kau dengar diorg ckp hadis ni, ko bawak bincang dengan ustaz tu ok.. :)
hmm, yang entry latest aku tu, aku sebenarnya tak suka tulis sangat bab agama ni, sebab sesetengah orang lagi hebat suka mencari ruang perbalahan (dah biasa kena)
ReplyDeleteada orang..ilmu seciput tapi sembang bagai ribut...tak mahu bertukar pendapat..dan xmahu mendengar pendapt...
ReplyDeletespt yg tertera peel Dr Maza itu Wahabi...kenapa di tolak terus pendapat beliau disebabkan perkara yang kita kurang senangi?
ramai suka ambil yg mudah..tak mahu menggerak akal untuk kesempurnaan akidah..
Alhamdulillah,islam itu mudah... sama-sama kita menghayati apa erti sebenar islam,terima kasih juga dengan huraian itu... :)
ReplyDelete