August 2, 2011

Mitos Batu Caves, Antara Believer dan Skepticism

Assalamualaikum...


Gunung batu kapur yang tersergam indah tu adalah Batu Caves, punya besar kapal Tanggang kalau tengok size dia, tak munasabah betul mitos tu. Credit gambar kepada MOMOC blog, kalau nak tengok boleh klik momoc.sumasu.com


Dulu masa aku duduk dekat Batu Caves, ramai kawan-kawan asrama aku gelakkan aku.


" Zul, ko duduk batu caves? ko buat apa kat situ? ko jadi sami eh?"


" bukanlah aku duduk dalam batu caves, aku duduk kampung sungai tua, selayang, Batu caves, Gombak"


" Kau ni mana satu ni Zul, Batu caves ke, selayang ke gombak?"


" entah kalau ikut alamat, ujungnya 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan"


" haaa kira kau duduk Batu Caves la tu, tak sangka aku kan, dah moden-moden ni ada lagi kawan aku orang gua"


********************


Pada masa itu, walaupun aku sayangkan sangat Kampung Sungai Tua Baharu, Batu caves, tapi aku tetap memasang perasaan was-was dan curiga padanya. Walaupun usia aku pada masa itu baru 9-10 tahun, tapi aku tidak boleh menerima sahaja apa yang orang ceritakan pada aku.


Beberapa kekeliruan asyik membuatkan aku menggaru kepala yang tak gatal.Pernah satu perdebatan maha hebat yang membuatkan perbicangan verbal hampir menjadi fizikal.


Dulu, orang kampung selalu cakap yang Batu Caves itu adalah kapal si Tanggang yang telah disumpah oleh mak nya sebab menderhaka, bagi mengukuhkan lagi cerita ini, maka orang kampung telah menggunakan hujah kampung-kampung sub di sana dinamakan dengan nama-nama berkaitan pelayaran dan lautan..


Contohnya seperti : Kampung Nakhoda, Kampung Bendahara, Kampung Laksamana, Kampung sungai Tua dan Warta Superstore.


" eh Zulfikar, apa kena mengena Sungai Tua dengan pelayaran dan lautan?"


" Setiap mata air menjadi anak sungai, setiap anak sungai menjadi sungai besar yang mengalir ke muara dan seterusnya ke lautan yang terbuka nan luas terbentang"


" okey, tapi warta superstore tu kenapa pulak Zulfikar?"


" warta superstore tu takde kena mengena, tu tempat aku beli Jam Boy London ngan gi makan KFC dengan mak aku"


Masa tu, kanak-kanak sekolah dan kampung terbahagi kepada 2 jenis pemikiran iaitu satu adalah tukang percaya atau dikenali sebagai 'Believer' dan satu lagi golongan dinamakan Pawaham atau popularnya dipanggil 'skeptical'


Mereka dua puak ini selalu berhujah tentang isu-isu semasa dan asal-usul sejarah. Dipendekkan cerita aku di belah pihak Skeptical. Dan aku bermati-matian memperjuangkan bahawa Batu Caves itu bukanlah Kapal si Tanggang yang telah disumpah menjadi batu.


" Wei, korang nak tau tak? korang pernah tengok kan cerita tanggang? kalau korang nak tau, batu caves tu la kapal yang kena sumpah tu"


" Hotak kau, takkan besar macam tu sekali kapal tanggang, besar gila, Feri pulau pinang pun kalah"


" ko penah naik feri pulau pinang ke?"


" pernah lah, feri penang, langkawi...ngan pangkor pun aku pernah naik tau!"


" beeetul zuuul, nenek aku pun cakap mcm tu, dia cakap, kalau aku derhaka kat mak aku, nanti kena sumpah jadi Batu Caves"


" tapi kan Ustazah kita cakap, kalau derhaka kat mak ayah, nanti berdosa masuk neraka, mana ada pulak jadi batu"


" errrmmm aaaaa.. ngaaaa.... ermmm.. nguuuuu.. ngaaaaa..errrmmmphh"


Hujah-hujah itu tidak berhenti kat situ, baru warm up je tu, jap lagi akan berlaku soalan-soalan berdas-das dari golongan tukang percaya aka 'believer' ini.


" lantak lah korang nak caya ke tak, tapi aku percaya batu caves tu kapal si tanggang. ada orang ckap kalau kau panjat sampai puncak, kau boleh jumpa batu macam manusia. tu la tanggang"


" Tapi kan ke Batu caves tu kat tengah darat, dah dekat banjaran titiwangsa, mana ada laut, jauh betul kapal tu tersadai kat darat, laut jauh wei, KL mana ada laut"


" ada ada, kat port Klang, Port dickson pun ada, bapak aku selalu bawak gi sana mandi laut"


" Ishhh jauh sangat la, takkan tambat boat kat selayang, belayar kat port klang, tak logik la korang ni!"


Datang pulak 'believer' yang educated sikit, jenis yang selalu baca buku tapi pemikiran masih konservatif sebab banyak sangat baca buku hikayat sang kancil dengan Nabi Sulaiman (punya mengarut)


" hek eleh, Zul betul la Aswad cakap tu, tu memang kapal, kalau kau nak tau, aku ada baca buku geografi bapak aku tau tak!"


" kenapa dengan buku tu? dia cakap apa? memang tu kapal tanggang eh?"


" Kalau kau nak tau, dulu tanah-tanah kering ni semua ais tau tak, pastu dia cair jadi laut, haaa tanah-tanah semenanjung ni semua dulu lautan la, banjaran titiwangsa ni la jadi tanah pamah"


" pastu din?"


" Pastu lama-lama air laut surut la, bila dah surut, tu yang tempat kita duduk ni jadi kering, tanah rata, laut surut sampai port klang sana!"


" aik... tapi cerita tanggang tu dah agak moden dah din, aku tengok cerita tu zaman melayu melaka, mana ada macam zaman ice pakai baju bulu-bulu, jambang-jambang semua, tak logik la fakta kau din, tak boleh terima"


" errrmmm ngaaa ngaaa.. ermm ermm... "


" lagipun mana ada orang zaman ice boleh buat kapal besar batu caves tu, diorang tak pandai buat kapal lagi tak salah aku,  ishhhkk gila apa orang zaman ais pakai baju melayu, siap sampin lagi tuuuuu"


Setelah hujah yang ini dipatahkan, akan bermulalah rusuhan yang akan menjahanamkan keamanan perbincangan secara sihat. bak kata ahli-ahli reformasi, demo dan tunjuk perasaan adalah salah satu asas demokrasi seperti parti jamuan Teh boston, agaknya diorang bersembang macam aku tak baca buku gamaknya.


"Woi, Zul! ko takyah kerek sangat la, betul la dulu sini laut, kalau tak kenapa belakang rumah nenek timah ada banyak kulit kerang! tu bukti kau tau tak, bukti..bukti bukti!!!!... dulu kampung kita laut, batu caves tu kapal tanggang kena summmpaaahhhh!!"


Dan hujah ni tidak dijawab oleh aku, sebaliknya Mustafa kamal kawan merangkap jiran aku yang jawab..


" Wei bodoh, Kulit kerang tu mak aku buang la, mak aku kan meniaga kantin sekolah agama, kulit kerang buang belakang rumah lah, Buat sambal kerang nasik lemak ngok!"


" eheeeh... sambal kerang ehhh? heheeee : ) .... hee heee sambal kerang"


******************************


Si Tanggang juga dikenali sebagai malim kundang yang femes di Padang Indonesia, jadi mana satu yang betul? kapal kena sumpah jadi Batu Caves ke atau kena sumpah batu simen kat indon? heh...


Atau korang malas nak pikir, cuma nak tengok gambar aku makan satey ikan, secucuk 10sen, dulu zaman aku sekolah rendah, satay ni femes gila. sedap sangat, makan sepuluh cucuk pun boleh!


"patut la kau gemuk Zul, makan satay ikan pun 10 cucuk!"




















p/s weeehuuu... kalau korang baca entry ni siang-siang, mesti satay ikan tu berubah menjadi satay kajang, bayangkan kuahnya yang manis-manis pedas, dimakan bersama air kelapa sejuk, nasik putih dan sup ekor, ayam panggang, wah sangat menyelerakan, rasa macam lambat lagi nak bukak puasa kan???





26 comments:

  1. kah kah kah!

    nasib baik aku baca masa belum lagi setart puasa... kalau tak...tengok gambor ni memang menggoda gila ahhh... cisss...hahah!

    ReplyDelete
  2. Huiyyooo... tatau plak aku mitos ni kat batu caves. Hahaha.... ahhh... tengok gamba ko makan satay tu pon takde da nak terliur... sbb skang kalo cari satay ikan camtu kat area umah aku da tak same mcm yg dijual kat tepi skolah mase aku skolah rendah dlu... yg tu je paling sedap kat tekak aku. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. weyy.. ape tunjuk2 satay nih! nasib baik aku br lepas sahur tau...

    emm.. sepjg aku study kat uia, aku tak penah pun dgr cite2 camtu.. pegi batu cave pun jrg.. ehehehe..

    ReplyDelete
  4. aku duduk kat rumah kakak aku,selalu duduk kat balkoni tu tenungg aje bt caves tu,kagum dengan kekuasaan MAHA PENCIPTA.

    tapi langsung tak terlintas yang pasal sumpahan tu..apa daa

    cuma tak tergerak hati pulak sampai sekarang nak menjat tangga yang beratus tu,dah sampai seru aku g lah ajak anak buah aku manjat.

    ReplyDelete
  5. haha.jawapan mustapha kamal jugak yg bernas.kehkeh.

    sekarang satey ikan nei dah mahal dan tak sedap mcm masa kecik kecik dulu.kehkeh

    ReplyDelete
  6. eh?aku tak pernah dengar pun mitos ni..tipu la..tak caye!


    ishh..cirit tol la g bubuh gambo tu..ape ni?!hahaha..takpa..iman aku kuat..tak terliur pun..;p

    ReplyDelete
  7. aku pun pernah dengar cerita kapal tanggang jadi batu caves ni. Bapak aku cerita, makcik pakcik aku pun cerita. Tapi aku tau diorg cerita sekadar teladan, diorg tau batu caves tu bukan kapal.

    masa kecik2 boleh la jual cerita ni sebab nak mendidik anak2 yang taat. tapi bila besar, aku rasa benda ni serius bodoh. lagi bodoh bila ada orang dewasa yang masih percaya batu caves tu kapal tanggang. nampak sangat malasnya orang macam ni nak belajar geology dan geography..

    ReplyDelete
  8. dulu duduk kg nakhoda..
    skang pindah tmn koperasi polis..
    hehehe..

    btw, kisah tanggang tu kan dr indonesia...
    kat indonesia ada tempat kesan2 dr kisah si tanggang tu n dijadikn tmpt plncongn...

    ReplyDelete
  9. salam singgah..

    pes time singgah sini.. nice blog
    tak macam kapal pun? huhu..

    JOM BACA NI : BUFFET RAMADHAN 2011 KEMBALI LAGI!!

    ReplyDelete
  10. Wei..aku penah makan sate tue..mse sekolah rendah lagi aku dah jd buyer setia pakcik yang datang naik moto ade box kt belakang siap tray bakar sate.

    kira sape nk makan sate niw memang fresh ar kn? kn? kn?

    penah jugak jd part time tolong pakcik tu bakar kn sate tue sbb aku tengok pakcik tue xmenang tangan layan budak2 datang beli..

    aku rase pakcik tue dok kat sekolah aku 1, 2 jam je dah boleh abis sate2 dia..


    p/s: citer mitos tanggang ko panjang tp aku komen pasal sate plak ye? hahahaha..

    sengal ubi gak budak2 tu ye..agak2 nye skrg diorg still pecaya x?

    SEBENARNYE MUNCUNG THE SHIP KT PERTAMA TUE KAPAL SITANGGANG.. ADE SESAPE PECAYE X? DEKAT NGAN SUNGAI PLAK TU..HAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  11. semua tu mitos.. kan ke banyak mat-mat indon yg pandai bancuh simen... tentu la semua kerja diorang yang membentuk simen tu jadi bentuk orang.. orang tu pun sempena memperingati mandur tempat kerja diorang yang mati tercekik tempe... wak parmin perawan joko perdana optimus namanya... ape da ko ni boleh terpedaya dengan da'yah2 cendekiawan barat... hahaha

    ReplyDelete
  12. nie hah bekas penduduk tmn sri gombak pon kena selalu ejek dok kek batu caves! hahahah.. betol lar.. dulu kat skolah pon.. budak2 ni ckp batu caves itu kapal si tanggang.. kekekeke.. tp kenyataan.. mana ada lar..itu kan ciptaan Illahi.. :)

    ReplyDelete
  13. cerita asal usul nama tempat kalau ko dgr nama kampung aku Nyah memang pelik.. Mak kan org kedah, kampung mak nama Naga Lilit. Pelik kan?? cerita2 dogeng asal usul kg mak ni Nyah menurut org2 tua yg sinonim memang pandai buat cerita dogeng ni katanya dulu ada sekor naga yang melilit satu bukit. Bukit tu kt kg mak nama dia bukit keramat.. Kewujudan naga pun tak bapa logik,inikan ada naga lilit kat bkt keramat tu. Yg bkt tu nama keramat pun tak tau apa yg keramat. Kena balik interview warga emas kat kg dulu baru blh buat entri sebab mak ni tggl je kt kg tu tp membesar mcm tak berapa dlm kg tu sgt. byk terdedah dgn aktiviti luar.. Cuma terpaksa juga pulang kepangkal jalan sbb memang rumah kt situ. Wakakakakaka

    ReplyDelete
  14. haha,...
    saya pun penah ketawakan kawan saya yg mnetap kat btu cave

    mestiu kaitkan die dgn buah klapa dan besi pencucuk badan.. huhuhu..

    kesian. kan?

    ReplyDelete
  15. PB : ahaha, satey ikan tu sedap wei..

    Aslina : Mitos batu Caves ni adalah mitos tempatan.. org kampung sana je banyak cerita...kat penang pun ade satay ikan ke? kekeke

    Yaya : macehhh

    Jue : Mitos tu mitos domestik local.. lagipun budak uia banyak foreigner, takpun diorg dah lupa citer batu caves

    Noi : jom panjat batu caves nanti nak? tapi takyah bawak kavadi la kan kan kan? hjehhehe

    Elyana : sama la, bernas kan mustapa kamal jawab!! hahahaha sataey ni tak sedap atau kita yang dah tak kebulur???

    Cik Sha : betul la, ko bace komen bawah2 ni mesti ada org percaya punya.. hehehe

    Irshadim : diorang ada yg rajin belajar dan baca, tapi diorang masih nak percaya cerita org tua2 sentimental katanyaa.. haha

    Nadirah : ada 2 sumber cerita dari kisah yang sama iaitu Si Tanggang dan Malim Kundang.. :) koperasi polis? tau KIMAR tak?

    MadamMondoq : cmm sampan nak karam kan kan? :P

    Ijam : semua org kat sel ngan KL pernah makan kot satay ikan tu.. kekekeke...

    sama la, aku pun pernah buat lawak mcm tu jugak... muncung the ship kat pertama tu la kapal tanggang yg betul kan.. haahahahaha

    ReplyDelete
  16. Sam Banjamin : Da'Yah? hahhh Dayah anak wak barat dah pergi memetik cendawan??? hahahaha

    BamBam : owhh ni la budak tmn sri gombak ehhh, kan dah ckp dah. budak2 gombak mesti tau citer pasal batu caves ni tanggang kan kan kan...

    Lekat Lekit : kiranya cerita batu caves lagi hebat la nyah. sebab diorg ade buat filem ngan teater..

    naga keramat ko tu lain tahun kot diorg buat.. hahahahahah

    Ikhram : wel wel wel ...wel..wel.. pecah kelapa tahipusam cucuk besi semua tu dah sebati dah ngan penduduk batu caves...

    kalau jumpa sedara mesti diorg tanya bende tu dulu.. hahahahhaa

    ReplyDelete
  17. kumpul lidi sate..

    pastu buat cucuk-cucuk jambu..

    jambu..jambu...jambuuu....

    eh..

    jambu ke rojak??

    ReplyDelete
  18. golongan2 yang suka percaya cerita2 tahyul memang akan selalu menegakkan kepercayaan diorang.

    ReplyDelete
  19. maaf nyampuk..dh name mitos..rekaan la.tp rekaan yg blh djadikn iktibar.tp psal bntuk muka bumi yg dh brubah2..xblh dsangkal..n bdan org dulu2 bsar2..kpal pn mst bsar..zmn dulu pn org pndai buat kapal..nabi nuh pn blh buat bahtera kn.zmn dulu jgk.jd..ada pgkaji sjarah yg ckp ape yg blaku zmn dhulu kala trutame sblm masihi..xde ape yg mustahil.bbnding ngn zmn skrg.tanah mlyu kite ni pn dh byk brubah wjah.

    ReplyDelete
  20. hah..zul dan kekawan...dengar ni orang tak kenal cerita batu caves ....tadi ade dua yang saya pandang...satu kenapa kapal tanggang tu besar macam itu dan ini...korang memang tak pernah baca buku...yang korang tahu duduk atas pangkin depan rumah ..aku kat kau bodoh kau kata aku bodoh..hei MELAYU kalau dah ego memang tak lari dengan perkataan keluarga lembu...kalau nak bertekak ...penuhkan ilmu dalam kepala..faham.....tanggang yang kapalnya batu cave tu memang BETUL...diulangi memang YA....masa tahun 1974...dua pelancong mat saleh pernah datang ke malaysia nak buat kaji siasat gua batu yang ada kat pinggir bandar kolumpo ni....lagi satu bila diorang terlebih kaji..akibat dua dua ekor tu sesat dan mati sampailah orang jumpa mayat laki bini tu kat sungai batu...tak caya..korang pergi ke perpustakaan..jalan syed putra..atau lagi nak menyusahkan korang.....arkib negara....boleh....lukis balik gunung tu dari setiap sudut...okey dari arah kolumpo nak ke gombak...dan dari arah genting

    ReplyDelete
  21. nak ke gombak...bila korang siap lukis...cuba terbalikkan gambar..tu..kalau ade yang pernah tengok cerita omputeh zaman. dulu..viking ke atau purba lama...korang perhatikan kapal masa dulu ngan gunung yang korang lukis dan terbalikkan sama..lagi satu kenapa tempat nama GOMBAK..gombak adalah hulu yang dipacak kat hujung kapal yang terbonjol kedepan menunjukkanlayar dan senang digerakan bila angin tiup...bila kapal tu kenapukul ribur macam citer yang korang tengok....filem tu tak tunjuk habis....kapal tu terbalik lepas air laut yang kuat hempas kat badan kapal tu..orang zaman dulu tinggi tinggi...hang tuah saje 9 kaki 10 inci...kenapa aku cakap macam tu.....kubur hang tuah sama panjang dengan badan orang afrika purba yang mat salih jumpa kat angola tahun 1985 dulu..bila mat salih dari eropah tu datang malaysia dan kaji selidik makam hang tuah...diorang kata baka manusia 500 tahun dulu memang tak sama ngan zaman kita millenium ni..lagi satu kalau korang nak tahu lagi...kalau bumi ni tahan lagilah tahun 3000 manusia lagi kerdil dari asal kita hidup sekarang ni ..tau..mana aku dapat sumber ...rajinlah selakkan buku..

    ReplyDelete
  22. ok ...tanggang pun sama ....masa dulu orang tak panggil kapal orang panggil JONG...bila manusia dulu nak belayar jauh..diorang tak mainlah cikai ...diorang paling bagus bapak segala benda....yang korang tengok nilah....kapal dulu memang besar gila babi dari kapal TITANIC...sebab kalau tak buat besar besar..air laut senang masuk...buatan manusia dulu memang tak samapi akal orang 2014...kalau ade makhluk zaman tu datang ke tahun sekarang..aku rasa bertukar alam kat negara malaysia sebab pandainya otak dulu susah nak kata...dulu tanah kita pijak memang laut...laut akan surut bila zaman yam kat taman jasa utama

    ReplyDelete
  23. bila masa berlalu...sungai tu dah kering..yang tinggal nama kampung sejemput yang rumahnya kalahkan rumah tan sri dan paduka...lagi satu...kenapa setiap kali hujan gunung tu yang bergelap dulu...tak pela kalau gitu...tapi angin kuat yang betul nak rak ..tambah lagi ngan hujan yang lebat serta ribut....sejarah masa tanggang mak dia menadah supaya tuhan mintak dia rasa kecewa ...yang korang tengok filem kat wayang tvla....samapi zaman sekarang suasana tu tak pernah sekali hilang...bila petang je...angin macam taufan..dah tak der hujan barulah segar panorama gunung tu...lagi satu ade yang kata ...kalau nasib kita baik kita nampak segulung tali betul betul kat hujung gunung sebelah pinggiran batu caves...yang berselaput ngan hutan belukar dan penduduk asal kat situ..fahamkan ajelah penduduk apa...bila kilang buat simen tutup kat mana korang tahu kat tengah tengah gunung batu caves tu...samapi ke hari ni bekas temapt kilang tu dikosongkan...gunung tu dulu cantik....tapi sebab kerja buat yang kilang tulah habis tak der lagi bentuk yang sepenuh...tula..lain waktu korang banyakkan pegang kertas tebal selaput nagn kulit...jangan asyik nak jadi peguam ngan hakim ...sudahnya korang tu mewariskan BONGOK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As slm..abg jan as..minta bantuan info psl by cv kami bercadang nak explore ke tengah2..hrp dpt hubungi sy 01137398938

      Delete
    2. Da pergi Ke tuan?

      Delete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...