Korang ingat lagi 9 julai? perhimpunan Bersih 2.0?
Korang ingat lagi aku pernah menulis pasal Bersih dalam entry post Bersih 2.0 pandangan dari Jiwa Marhaen?
Dan Kaedahnya adalah begini.
Pada masa itu, beberapa blogger cuba mencari justifikasi terhadap suara demonstrasi itu wajar dilakukan. Dan menyatakan sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka adalah jenis manusia yang jumud dan kolot, tidak pernah baca buku lain selain dari buku teks KBSM.--kata mereka.
Mereka dengan hanya membaca blog, citation dari MalaysiaKini dan Malaysia Insider cuba untuk kelihatan seperti Aristotle dengan mengeluarkan Hujah-hujah tentang Bagaimana Mahatma Ghandi Berdemonstrasi mogok lapar demi mendapatkan kemerdekaan india.
Mereka juga berdegar-degar menceritakan akan dunia demokrasi sekarang ini berhak diwarnai dengan demonstrasi aman yang tak perlu dimomok-momokan oleh pihak berkuasa dan kerajaan.
Banyaklah Jargon yang diutarakan dengan berfikir bahawa hanya mereka yang membaca buku Tamadun Utama dunia.
Mereka cerita separuh dan mereka simpan separuh, mereka cerita Mahatma Ghandi mogok lapar dan berjaya mencapai kemerdekaan, tetapi mereka tak ceritakan kepada anak muda bahawa Akhirnya Mahatma Ghandi ditembak mati oleh aktivis fanatik hindu yang juga berlaku semasa rapat umum rakyat.
Mereka tidak cerita beratus juta rakyat muslim india yang menjadi pelarian ke pakistan akibat dari pembahagian negara India yang beragama majoriti Hindu, dan Pakistan yang beragama Islam.
pada masa itu berapa ribu rakyat yang terbunuh akibat demonstrasi yang bermula dari aman tetapi menjadi bencana akibat hasutan sentimen provokasi. Dan mereka juga sorok cerita bahawa bermula detik itu India dan Pakistan saling mengancam senjata Nuklear sampai sekarang.
Ada juga blogger yang cuba justifikasi dengan menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw juga berdemo dengan membawa tentera Jihad ke Mekkah. Ini adalah salah, itu bukan demonstrasi, itu adalah pengishtiharan perang kepada penduduk mekah (yg pada itu Kafir) yang mana mengancam muslim dan agama islam. Jangan keliru antara demo dan perang. pengertiannya sangat berbeza.
Secara Harfiahnya, Kepimpinan islam tidak pernah diertikan dengan sistem demokrasi, kepimpinan Islam adalah kepimpian Khalifah. Khalifahnya dipilih melalui perlantikan dari Majlis Syura, atau mesyuarat dalam bahasa melayu. Pemimpin dipilih oleh sebilangan ulamak dan tokoh masyarakat. Tiadanya undi Rakyat majoriti untuk melantik pemimpin ultimate.
mereka sorok lagi bahawa selepas tumbangnya sistem khalifah bersyura, kepimpinan Daulah Islam adalah melalui sistem pewarisan descendant dalam Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan keluarga diraja negara-negara arab sekarang contohnya Al-Saud dan lain-lain.
Dan Apabila satu masa bila DS Najib Tun Razak pergi ke UK untuk bertemu Ratu Elizabeth, mereka mentertawakan PM Malaysia kerana ada segenggam rakyat London yang memakai baju kuning berdemo murahan mempersendakan sistem kerajaan kita sendiri.
Mereka Memfitnah dengan menyatakan Queen Elizabeth menyokong bersih 2.0 sebab sambut DS Najib dengan pakai baju kuning. Apakah mereka sudah menjadikan Queen england sebagai rujukan dan tukang endorse terhadap perjuangan menentang masalah keadilan undi? atau mereka mengamalkan prinsip...
"Jika engkau musuh kepada musuh aku maka engkau adalah kawan aku"
Kini, Apabila LONDON telah riot, merusuh yang hebat, kedai-kedai dibakar, mereka mula Twist dan buat U-Turn mengatakan bahawa demonstrasi yang bermula aman itu berubah menjadi Riot kerana ada tindakan provokasi.
"Jadi apa bezanya dengan Bersih 2.0???"
Semua majoriti rakyat tidak mahu perhimpunan Jalanan Bersih bukan kerana tuntutan itu tidak logik, tetapi kerana bimbang negara aman menjadi rusuhan sebab ada anasir provokasi. itu sahaja.
Kini mereka mula malu sendiri, sebab pada mulanya, mereka mengagungkan Polis Uk, megah dengan Scotland Yard yang berperikemanusiaan, tidak memukul para demo dan rioter. tapi buktinya, kepala mereka dipukul, di libas dengan kayu, diserang dengan anjing German Sherpard, di tendang, di belasah, di heret di jalan....
"Jadi manakah Hero Scotland Yard anda?"
Di manakah kebijaksanaan sistem demokrasi mereka yang dapat mengawal Demo aman dari bertukar menjadi RIOT?????
Di manakah jaminan perhimpunan aman demi menuntut keadilan kematian Mark Duggan itu tidak akan berlaku Riot?
Semuanya menjadi rusuhan yang menjahanamkan negara bukan kerana sistem mereka tidak bagus, bukan kerana polis mereka jahat, bukan kerana Perdana menteri mereka kuku besi, bukan kerana penganjur demo ada niat mahu gulingkan kerajaan tetapi kerana tindakan kacang hantu, kutu rayau, kutu babi, babi buta, gila babi yang ambil kesempatan terhadap keadaan yang mula di luar kawalan.
Perkara inilah yang ditakuti oleh Rakyat Marhaen, rakyat majoriti dalam negara yang aman ini, bukan kami tidak mahu menyuarakan pendapat, tetapi segala faktor dan variable harus diteliti dahulu sebelum menyokong perhimpunan Jalanan.
Jangan cakap Melayu dan rakyat Malaysia kolot tidak pernah Berdemo, sebelum kita semua lahir, sebelum bapak-bapak kita pandai berseluar Yankee, atuk-atuk kita telah bangun berdemo satu negara dalam demonstrasi menentang Malayan Union dan Memohon kemerdekaan negara.
Dan janganlah korang rasa Media Prima sahaja yang bias dalam memberi berita, korang patut selar semua media termasuk Harakah, suara keadilan, Malaysia Kini, Insider, blogger pembangkang, TV selangor, CNN, Al jazeera.. kerana media semua berpihak kepada golongan yang berkuasa.
Kerana mengikut hukum politik demokrasi dan Komunisma, mengikut hukum politik kenegaraan, sesiapa yang dapat menguasai elemen Sumber ekonomi, ketenteraan strategik, dan penyebaran Media maka mereka akan berkuasa.
Dan janganlah korang cuba berbangga dengan menyatakan French Revolusi itu berjaya kerana suara medianya telus, Korang nampaknya tidak membaca siapa itu Jean Paul Marat atau korang sekali lagi menyorokkan separuh fakta tentang dia, iaitu seorang Journalist dan rakan baik politik kepada Maximilian Robespierre yang tidak beretika, yang twist semua cerita fitnah demi membangkitkan kemarahan rakyat kepada pihak Feudal.
Akhirnya Jean Paul Marat mati dibunuh di tangan perempuan akibat dari kewartawanannya yang tidak beretika, penuh dengan kata-kata makian, fitnah, bohong, hasutan dan segala macam elemen bias.
Kini, London dalam kebakaran, dan hiruk pikuk. Pada masa ini mungkin rakyat London yang berbaju Kuning boleh pergi cari perlindungan dari Ambiga. kerana mereka kata demonstrasi yang aman akan berakhir dengan aman jika polis tidak mulakan aksi kawalan.
Aku mengucapkan Takziah kepada Rakyat Marhaen London yang tidak bersalah menjadi mangsa, aku mengucapkan Takziah kepada pelajar Malaysia yang di pukul disana. dan aku mengharap dan berdoa yang terbaik untuk London. Semoga semuanya kembali aman seperti Malaysia selepas gelombang kuning 9 July Itu.
P/s Asyik straight je cerita comel-comel dan nostalgia kan, kali ni aku cover pulak isu pendapat, lain hari kita cerita comel-comel lagi ya.
hemm....hentahla. bila pandang sesuatu dari satu hala dan adanya TAKSUB, memang susah.
ReplyDeletebiasa laa... media... kene simpan separuh, cerita untuk umum separuh. yang untuk umum tu nanti lepas puluh2 tahun, masuk dalam buku sejarah.
ReplyDeletebila dah masuk dalam sejarah, semua yang berlaku kononnya golongan yang memberontak tu dipersalahkan sebab membuta-tuli...
susah nak justify...
mujur jugak zaman sekarang ni banyak source bleh jadi bahan bukti... at least ada jugak cerita dari pihak lain-lain.
kalo dah kata media bias... standard lah... memang dorang kene berpihak pade pihak berkuasa pon (rasanya lah) kalo tak nanti "kebebasan" dorang disekat. so, apa material yg dorang ade takleh jadik sumber sejarah.
oh, demmm... aku tak suke subjek sejarah pon bleh cerita pasal sejarah kat sini...
anyway, everything happens for a reason. semua untuk future references. huhu.
Haikal : Ya, masalahnya adalah kerana TAKSUB dan sentimen.. masalahnya adalah kerana kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat.. kerajaan menjadi terlalu tamak dengan kekayaan.
ReplyDeleteAslina : Tidak boleh Justify, yang berlaku akan berlaku..
cuma tulisan aku ni, adalah nak pulang paku buah keras pada pengkomen dan blogger yang maki aku ckp aku taktau fakta dan taktau sejarah :)
nak sokong pembangkang ke kerajaan hak masing2. hak rakyat, undi adalah rahsia..
p/s kalau Khir toyo rasuah, aku benci, kalau KJ rasuah aku benci, kalau Zulkifli Nordin bercakap benar aku suka. kalau Dr Hasan Ali kena sekat bercakap sebab perjuangkan Islam aku benci. simple :)
tettt tetetetetttttt tentunya ramai berpanas punggung dengan entry ni.
ReplyDeleteaku dah taip komen panjang tadi tapi terlalu panjang kang xde org bace lak.
cukuplah dengan komen tetttt aku hahahha
Arc : xpe, aku suke komen panjang.. haha
ReplyDeleteaku pun ada rasa macam akan datang gerombolan sipanas punggung.. tapi ada aku kesah..wahhh kak fenny sungguh ayat aku..
apa kata ameno world? panas bontot lg?
ReplyDeletewakakakakakakakak
tetetetetetteteteetetetttttttt <-- sambung arc punya kt atas lol
entry yang agak telus untuk menyedarkan yang lain...
ReplyDeletenasib baik bersih hari tue tak jadi seteruk di london..
biarpun mulanya aman..jika ada provokasi sana sini...keamanan itu akan hilang pelan2...maka terjadi lah spt di kota london~
Fiffy Syafiqa : ameno world pasni mesti dia wat2 tak nampak je.. sebab segan. tah tah dia memang tak pernah tau blog aku.. akakakaka
ReplyDeleteSir Marcello : London yang Demokrasinya topten... tapi tetap tak boleh kawal demo aman jadi aman kan.... so... :)
mane ameno ni. datang ah datang ah. Panggil member ko sozycili skali. Cakap gebang islam tu islam ini, top entry, gambar tayang tetek.
ReplyDeletehmm.. dunia makin tua dan dah nak ujung.. :)
ReplyDeletepong pong pong.Hakhakhak.
ReplyDeleteadakah entry nei akan sehot entry bersih 2.0..hahahaha.
bab bab agama tue pasti akan ada 'ustazah2' dan 'ustad2' yg akan bagi karangan panjang dkt awk nanti.hahahaha.
ooohhh... tak sabar weh nak tunggu komen "lebih ilmiah" yg lain...
ReplyDeletenanti balik keje check lain. hehe...
Dalam dunia ni semua orang betul takder yang salah.
ReplyDeleteHaha.. sengal.. ini bru nmanya rusuhan dan penunjuk perasaan, bandingkanlah dgn bersih 2.0 lepas, bgnunan stsen pudu n mybank ada ke kna bakooooooo :P itulh bezanya perhmpnan aman n tnjuk prasaan.. 1 world, bangggennnnng....
ReplyDeletebersih 2.0 : takda yg kena bakor cuma ada orang berlakon mati je. wakakaka... tapi polis UK lebih perikemanusiaan dari polis Malaysia kan?
ReplyDeleteitu lah bezanya rusuhan dan perhimpunan..
ReplyDeleteyang dilondon ni namanya merusuh..
yang bersih buat tu namanya perhimpunan..
yang mrusuh masa perhimpuanna bersih dulu tu polis..
heheheh
Rusuhan di london bermula dengan perhimpunan aman.
ReplyDeletedan dah jawab semuanya dalam entry yang panjang.
Kalau Polis Malaysia tak cekap, bengap mcm polis UK, dah pasti Perhimpunan bersih jadi merusuh mcm london jugak..
itupun anwar ibrahim dah menipu nak provok ckp luka kena tear gas.
ada org menipu mati, provok,
Mat sabu taktau jenis kereta, tuduh polis langgar...
semua provoke nak malaysia jd macam egypt dan london..
padan muka Bersih skrg ni malu tengok London, ingatkan sekutu kuat, konon2, hak demokrasi dan bersuara bebas,..
tapi hampeh tak bertamadun sama macam ambiga jugak
mungkin aku tak layak berbicara macam ko bro...
ReplyDeletetapi yang pasti, aku mahukan pilihan raya yang adil sahaja. tak kira lah yang main tipu BN/PR .
p/s: aku suka dengan keadaan parti politik malaysia sekarang, check n balance. Cuma sesetengah politikus terlalu taksub dan main kotor itu lah yg aku benci.
Fidoo : semua layak bebicara, kau pun layak...
ReplyDeleteaku pun nak pilihanraya adil sama mcm semua pengundi.
sila baca entry dan komen aku di bersih 2.0 sebelum ni, dan aku sendiri dah usulkan kat spr, supaya tuntutan 1, pengundi didaftar automatik bila 21thn..
ini hanya masalah provokasi perhimpunan supaya berlaku rusuhan , itu sahaja, terima kasih :)
Haha..bengong, admin ni penakut ke? asal bersih 2.0 ditukar jdi bersih dan suci.. non otak atau non takut? pastu edit pula komen tu, dasar putar alam, cenggitu la..
ReplyDeleteaku harap derang sedar yg berhimpunan aman ke, rusuhan ke whatever la mmg tak bole pakai.. menyusahkan hidup org lain.. aku nak aman..
ReplyDeletep/s: err.. nape ngan komen bersih 2.0 kat atas ni, aku tak paham la..
urm..byk info.tq ika.
ReplyDeleteurm..byk info.tq ika.
ReplyDeletelike a lot this entry.. Malaysia terlalu rapuh.. mintak2 kemajuan malaysia x terbantut.. :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteclap2...10 minit tanpa henti2...
ReplyDeleteaku rasa susah hendak jumpa blogger yang berani mati macam kau ...sekurang2nya ada juga yang tahu untuk berjuang...
berjuang pakai akal bukan pakai kepala lutut!
Bersih 2.0 semua gunakan kepala lutut!
keh3!
betul tu zulfikar, saya cukup setuju...semua tuntutan dalam bersih tu diperakui elok... tp segala bentuk perhimpunan or rusuhan, mmg saya tak setuju....
ReplyDeletesebabnya
yang makan but polisnya rakyat, yang kena tear gas pun rakyat,
yg kena dakwa juga rakyat,
malahan yang kena pukul juga rakyat....
mana sesetengah pemimpin politik yg beria2 bersuara mengajak turun pada demo bersih tu, tetapi tak nampak batang hidung?
dan kalu kena tangkap polis dan diambil tindakan undang2 negara juga rakyat...
mmg komen saya ni lebih kepada mementingkan diri saya sendiri. tapi cuba renung sejenak, tgh2 lepak waktu rehat ari ni cuba pikir secara mendalam, pemimpin2 yang menganjurkan demo hari tu tak mementingkan diri mereka kah? ada dia pikir pasal diri kamu ? family kamu yg mungkin akan tanggung akibat kalau kamu dikenakan tindakan undang2?
arghh asal aku masuk sini,mesti time ko tgh bermood nak cter pasal benda2 politik..bru nk baca yg comel2..hahaha...xpe2 aku tekan older post.. :P
ReplyDeletematang..memang ko berpikiran matang..jgn terima satu source je dalam bab2 cenggini..guna kan teknologi ni cari apa yg tersirat n yg tersurat...
x semestinya yg tertulis tu betol,n tak semestinya jugak yg tersirat tu betol..masing2 dah besar,boleh ppikir mana betol mana salah....
kawan kawan semua, cuba tengok komen dari BERSIH 2.0
ReplyDeletekorang rasa korang paham ke apa yang dia ckp?
atau dia ni tak berapa center?
atau dia ni taktau pasal internet?
bila masa pulak admin boleh edit komen?
teruknya class...
i like this post.berani n full of info,tapi yang 'obses' akan tetap mencebik bila membacanya..buka mata wahai kawan :)
ReplyDeleteseriously, ttg isu BERSIH tu aku mmg org yg terkeliru, apatah lagi sering disogokkn dgn kebaikan BERSIH tu. kalau kau belajar kat sini, kau akan faham. aku memang memilih untuk tidak memilih mana-mana pihak, sebab nanti bila aku bergelar wartawan, aku sendiri akan nampak dan faham.
ReplyDeleteTapi betul sangat pendapat kau dan aku setuju, bila ada rakyat yg memilih untuk tidak menyokong perhimpunan tu, tak bermaksud mereka tak ambil peduli, cuma cara itu tak bertempat.
Anyway, memang post kau tentang BERSIH tu membuka mata. Itulah pentingnya ilmu. Supaya kita tidak membabi buta percaya dan dipengaruhi sehingga dipergunakan orang lain demi kepentingan mereka.
mana 'ustad' dgn 'ustazah' nei.tak sabar nak bace komen komen yg menjurus kepada keagamaan.Hahaha.
ReplyDeleteKupasan yang agak menarik. Perlu mendalami lebih mendalam ilmu dan pentadbiran. Perlu mengkaji dalam semua aspek. Ada juga kebenarannya :)
ReplyDeleteEntri Terkini:
Awas Dengan Muslihat Syaitan!
rasa hati: aku rasa sgt senang membaca blog anada ini.. serius.. orang semua tak fikir kesan-kesan demonstrasi dan perhimpunan jalanan ke atas nama baik negara.
ReplyDeleteada kala sedihjuga kepada mereka yang tidak tahu menghargai keamanan.
sedangkan membina nama baik untuk diperkenalkan kepada seluruh negara bukanlah perkara yg mudah
namun meruntuhkan, hanyalah sekelip mata saja.
Jue : Komen Bersih 2.0 ni aku rasa budak2 la jue, takpun ada masalah kasih sayang, ape ke bengap sangat sampai taktau yg komen tak bleh edit, dia ni buta blog ke?
ReplyDeletePuteri : gitulah sikit sebanyak :)
Dzarief Zuhdi : Malaysia baru umur 54 tahun :)
RepublicAku : terima kasih2 (tunduk2 sambil tangan kat belakang)
Bersih 2.0, apakah impaknya selepas sebulan berlalu?
Sabrina : pendapat yg bagus dan betul.. sesiapa nak sokong sape itu hak masing2, sapa nak perintah itu hak rakyat tentukan..
tapi demo jalanan itu merampas hak rakyat marhaen yg lain!!...
Vampire : ala, nanti aku buat entry comel ye :)
politik matang akan menjadikan kita sedikit tenang, dan tidak gelupur mengikut dan menentang tanpa tahu apa yg diperjuang.
Alexa Yussida : Thanks Doc, harap 'mereka' dapat baca dan hadam dengan penuh keikhlasan juga.
Huda_no : terima kasih huda, pegangan aku bukan menghalang org untuk menyokong pembangkang atau BERSIH
tapi kaedahnya, kaedah membuat huru hara dengan provokasi utk mencemarkan maruah itu menyusahkan rakyat biasa yang taknak pun terlibat dengan kacau bilau, sebab kita dah selesa dengan aman.
nak menang, pergi undi :)
Elyana : diorang 'segan' kot sebab diorang rasa betul bila baca kat atas. hehe
Hami : Trima kasih Hami, Rakyat yang membaca mampu mengubah iklim politik apabila mereka mampu bicara dari hanya mendengar dusta.
Ikhram : Terima kasih Banyak, menjahanamkan lebih senang dari membina...
dan seperti biasa, orang akan berebut sesuatu yang sudah cantik dan siap dibina, dari ambil sesuatu yg lompong untuk dibina.
Bersih 2.0...umur ko ni berapa tahun erk....pakai otak yang mana satu yer....cer cer cerita sikit bagi aku faham....keh3!
ReplyDeletebro..
ReplyDeleteriot ngn demo len la bro..
yg ni mmg merusuh habis!! bukan demo utk anta petisen la..
alien : silalah baca banyak kali, dan pahamkan betul2...
ReplyDeletesapa pulak yg tak paham itu adalah riot...
cuba paham intipati entry atas...
ramai yg paham....
sama2 lah kita paham yeee
TQ
beg to differ, kalo baca balik rentetan peristiwa riot ni anda faham kenapa ia berlaku.... dan kalo anda kaji latar belakang social masyarakat landon anda akan lebih jelas keadaan sebenar.....first off tiada penganjur untuk perhimpunan nie, mereka menyetujui satu tarikh atas jemputan twitter, dan twitter mmg mass media yg tak terkawal retwitte akan sampai kepada semua follower...berlainan bersih kerana ada penganjur dan ada petugas dari penganjur bagi setiap kawasan, malah setiap media(blog dan FB) peserta diingatkan menjaga kelakuan....tapi berlainan dgn patriot(ironickan nama dia) mereka yg menganjur patriot sedari awal mengatakan tujuan mereka adalah untuk memprovoke bersih(tapi lbh ironic) hanya peserta bersih yg ditahan.....dan mereka yg mengatakan tiada pemimpin pembangkang masa perhimpunan seriously tolong check youtube dan cube tengok tahap kesabaran peserta bersih, dan tgk kelakuan peserta patriot(mungkin hanya ada gambar dlm blog je) peserta bersih tiada seorg pon yg melanggar barisan FRU yg memegang shield, tetapi patriot ada melanggar mereka......dlm FRU provokasi yg memerlukan mereka membalas dgn air dan asap adalah apabila barisan2 FRU yg memegang penghadang dilanggar(itu code of conduct diorg).....polis london tak sempat bertindak kerana golongan yg riot berkomunikasi menggunakan twitter sebaik sahaja perhimpunan bermula tu sebab keadaan jadi cam2...
ReplyDeleteMinta tolong tengok video link di bawah nie dan cube pahamkan kenapa air diselangor boleh free!! dan fahamkan kenapa ramai yg ini menukar barisan pimpinan.... http://vimeo.com/19244761
ReplyDeletemungkin boleh diterjemahkan kepada rasa hati untuk next post :P
get ur facts right : ok terima kasih dengan jawapan awak, saya pun dah tau pasal kronologi yang jadi kat london sebelum saya tulis...
ReplyDeletefundemental penulisan saya masih tidak lari, and im not buying that rusuhan di London itu adalah bertujuan riot... perhimpunan pada asal adalah demo secara aman bagi tunjuk perasaan tak puas hati dengan tindakan polis...
Jaguh dan pendokong demo selama ini menyatakan hak berdemo tidak perlu organiser.. ia adalah hak general semua rakyat.
penulisan di atas menyatakan... setiap demo berpotensi berubah menjadi RIOT tak kira lah bersih ke, Patriot ke, UMNO ke, DAP ke, PKR ke...PAS ke...
tulisan di atas bukan kempen plihanraya, tulisan ini menyatakan, negara ini tidak perlu demo jalanan samada organise atau tidak, sebab rakyat majoriti tidak mahukannya..
ANON august 12, terima kasih, nanti saya tonton.
ReplyDeleteWell said. BERSIH tak perjuangkan hak rakyat pun. Demo so-called aman itu perjuangkan hak hak kepada sesebuah parti politik.
ReplyDeleteEg, BERSIH mahukan pilihan raya yang adil. Lebih baik mereka perjuangkan untuk pembanggunana Sabah dan Sarawak. Baru demo ini jadi lebih kepada isu isu rakyat.
BERSIH tetap menjadi demonstrasi aman kerana polis Malaysia among the best. Bukan BERSIH yang menjanjikan demonstrasi aman. Langsung bukan
bile aku tgk kes kat london tuh, aku mmg tabik la ngn polis n pihak kerajaan.. x kan da terbaka sane, terbaka sini br polis nk amik tindakan kan? lg satu la, nk tnye sket.. anda suke ke krete anda, rumah anda, harta bende anda terbaka dek demonstrasi? hu, klw aku, x mo.
ReplyDelete